Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,

PPR BATU MUDA,


51200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
UJIAN PERSONALITI HOLLAND
DAN CERAMAH KERJAYA DAN
HALATUJU SELEPAS UPSR 2014

TARIKH : 29 OKTOBER 2014


TEMPAT : DEWAN SERI MUDA
SK BATU MUDA,
KUALA LUMPUR
HARI : SELASA
MASA :7.35 PAGI – 1.05 T/HARI

Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK Batu Muda


dengan kerjasama Guru-guru Aliran Tahun 6

-1-
VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


 Melahirkan insan yang beriman,berakhlak mulia,berilmu,berketrampilan,
dan sejahtera
 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
 Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SKBM dengan penuh kesedaran berikrar untuk mencapai kecemerlangan ke
tahap optima dalam kurikulum,kokurikulum dan sahsiah diri berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan .
Kami akan mencapai hasrat ini dengan :

 Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti .

 Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam aktiviti kokurikulum dan


kurikulum .

 Melahirkan pelajar yang berdisiplin , berakhlak mulia dan cintakan sekolah .

 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif , harmoni , selamat dan selesa .

 Melayani ibu bapa / penjaga dengan penuh hormat dan tanggungjawab .

-2-
1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Program Ceramah


Kerjaya dan Halatuju Selepas UPSR sebagai salah satu aktiviti dibawah Program Pasca
UPSR 2014 seiring dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG

Remaja masa kini sering leka dengan keseronokan dan jarang sekali memikirkan soal
masa hadapan. Mereka tidak tahu kekuatan dan kelemahan mereka boleh membantu
mereka dalam mencorak kejayaan mereka di masa akan datang. Kegemaran atau hobi
mereka boleh menjadi satu sumber kerjaya yang baik suatu hari nanti. Sebagai contoh,
pelajar yang gemar bersukan, tidak mustahil boleh menjadi atlet negara di masa
hadapan, walaupun sedikit lemah di bidang akademik. Oleh itu, pelajar harus didedahkan
dengan berbagai-bagai kerjaya yang ada pada masa kini dan tidak hanya tertumpu
dengan satu dua kerjaya seperti doktor, peguam dan jurutera sahaja. Banyak lagi kerjaya
masa kini yang menarik dan mencabar seperti jurufoto, pemandu pelancong sukan
ekstrem, pereka fesyen, perancang perkahwinan, usahawan internet dan sebagainya.
Banyak kerjaya masa kini dipengaruhi oleh hobi masing-masing. Oleh itu, pelajar perlu
diberi galakan dan sokongan tidak kira pelajar tersebut cemerlang dari segi akademik
ataupun tidak.
Kerjaya pilihan ini juga boleh dikenalpasti dengan Inventori Minat/Personaliti Kerjaya
Holland di mana terdapat 6 model personaliti yang bersesuaian dalam alam pekerjaan.
Model tersebut adalah, Realistik (Praktikal), Investigatif (Penyelidikan), Artistik (Seni),
Sosial, Enterprising (Keusahawanan) dan Konvensional. Pelajar perlu didedahkan
dengan model ini agar mereka tahu pekerjaan apa yang bersesuaian dengan minat dan
personaliti mereka.
Setelah didedahkan dengan alam pekerjaan, pelajar perlu diberi pengetahuan akan
hala tuju dan jalan yang perlu mereka pilih. Selepas menjalani UPSR, seterusnya
menyambung pelajaran ke peringkat menengah. Dalam peringkat menengah, ada
sekolah-sekolah yang bersesuaian dengan opsyen atau pilihan kerjaya yang diidamkan.
Contohnya, jika pelajar gemar sesuatu yang teknikal dan mekanikal, maka mereka boleh
meneruskan pelajaran di sekolah teknik, atau pelajar yang begitu menyukai sukan dan
cemerlang dalam sukan, pelajar ini boleh meneruskan pelajarannya di sekolah sukan.
Perancangan masa hadapan tidak berhenti di situ sahaja. Selepas sekolah menengah,
mereka perlu pula meneruskan perjalanan mereka ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke
pusat pengajian tinggi samada dalam peringkat diploma ataupun ijazah. Oleh sebab itu,
pelajar perlu didedahkan dengan kesinambungan kehidupan mereka mengejar cita-cita
tidak berhenti selepas menduduki UPSR sahaja. Masih banyak cabaran yang perlu di
tempuh.

3.0 RASIONAL

i. Remaja kurang pengetahuan kendiri dan sukar membuat keputusan mengenai


kerjaya pilihan mereka.
ii. Pelajar perlu didedahkan dengan berbagai-bagai kerjaya yang ada pada masa
kini.
-3-
iii. Kerjaya masa kini dan akan datang memberi peluang kepada semua golongan
tidak kira yang cemerlang dari segi akademik atau sebaliknya untuk berjaya
dalam hidup.
iv. Pelajar perlu tahu hala tuju mereka selepas menduduki peperiksaan UPSR.
v. Halatuju pelajar selepas UPSR seharusnya seiring dengan kerjaya pilihannya.
vi. Kerjaya seseorang itu berkait rapat dengan minat dan personalitinya.

4.0 OBJEKTIF

i. Pelajar dapat mengetahui terdapat berbagai-bagai kerjaya pada masa kini dan
akan datang.
ii. Pelajar dapat lebih mengenali diri dengan mengetahui personaliti yang ada
dalam diri masing-masing.
iii. Pelajar dapat membuat pilihan kerjaya berdasarkan minat dan kelebihan yang
ada pada diri.
iv. Pelajar dapat memilih sekolah yang bersesuaian dengan pilihan kerjaya.
v. Pelajar diberi pendedahan bagaimana merancang untuk mendapatkan kerjaya
pilihan dari sekarang (selepas UPSR) sehingga ke sekolah menengah dan ke
institusi pengajian tinggi.

5.0 ANJURAN

Unit Bimbingan & Kaunseling SK Batu Muda dengan kerjasama Guru-guru Aliran Tahun
6.

6.0 SASARAN

Semua pelajar Tahun 6.

7.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Tarikh : 29 Oktober 2012


Hari : Selasa
Masa : 7.35 pagi – 1.05 tengahari

8.0 METODOLOGI

i. Sesi Ujian Personaliti Holland


ii. Taklimat pencerahan dan penjelasan Ujian
iii. Ceramah Kerjaya
iv. Ceramah Halatuju Selepas UPSR
v. Sesi aktiviti latihan
vi. Sesi soal jawab

-4-
9.0 TEMPAT

Dewan Seri Muda, SK Batu Muda

10.0 PENCERAMAH

En Suilly Bin Haji Abdul Latib


Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Cochrane Perkasa
51000 Jalan Cochrane
Kuala Lumpur

11.0 JAWATANKUASA PENGANJUR

Penasihat : Pn. Hjh Nor Aishah Asadur Rahman

Pengerusi : Pn. Hashafa Husin (PK HEM)

Penyelaras / SU : Pn Sharifah Maizatul Zuraida (GBKSM)

Kawalan Pelajar : Pn Suzerawati Husin


Semua guru kelas Tahun 6

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA SESI HARGA 1 JUMLAH
SESI
1. Sumbangan penceramah 1 RM 200.00 RM 200.00
(Ujian Personaliti Holland
dan Ceramah Kerjaya)

2. Ceramah Halatuju 1 RM100.00 RM 100.00


Selepas UPSR

JUMLAH BESAR RM300.00

-5-
12.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukkan PCG Unit Bimbingan & Kaunseling RM300.00

JUMLAH RM300.00

13.0 PERALATAN
13.1 Mikrofon / PA Sistem
13.2 LCD
13.3 Laptop
13.4 Layar putih

14.0 PENUTUP

Semoga dengan ceramah ini para pelajar akan lebih terbuka untuk memilih kerjaya
berlandaskan minat dan personaliti masing-masing. Disamping itu, pelajar dapat memilih
meneruskan pelajaran mereka di institusi persekolahan peringkat menengah dengan lebih
baik. Seterusnya membuat pilihan yang bijak untuk meneruskan kejayaan di insititusi
pendidikan tinggi pula. Apabila semuanya lebih terang dan jelas, pelajar akan lebih fokus
kepada kejayaan diri dan dengan itu fokus kepada pelajaran dan pembelajaran di sekolah.
Mereka akan lebih faham yang kejayaan dalam mendapatkan pekerjaan idaman mereka
merupakan satu proses yang panjang dan berterusan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

SHARIFAH MAIZATUL ZURAIDA PN NOR AISHAH BT ASADUR RAHMAN


Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar SKBM

-6-

Anda mungkin juga menyukai