Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA,

PPR BATU MUDA,


51200 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA
PROGRAM PASCA UPSR 2014

TARIKH : 28 OKT 2014 – 13 NOV 2014


TEMPAT : SK BATU MUDA,
KUALA LUMPUR
HARI : ISNIN - JUMAAT
MASA :7.35 PAGI – 1.35 T/HARI

Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK Batu Muda


dengan kerjasama Unit Kokurikulum

1
VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi


Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


 Melahirkan insan yang beriman,berakhlak mulia,berilmu,berketrampilan,
dan sejahtera
 Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
 Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia

PIAGAM SEKOLAH

Kami warga SKBM dengan penuh kesedaran berikrar untuk mencapai


kecemerlangan ke tahap optima dalam kurikulum,kokurikulum dan sahsiah diri
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
Kami akan mencapai hasrat ini dengan :

 Menjalankan sistem pendidikan dengan berkesan dan berkualiti .

 Penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu di dalam aktiviti kokurikulum


dan kurikulum .

 Melahirkan pelajar yang berdisiplin , berakhlak mulia dan cintakan sekolah .

 Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif , harmoni , selamat dan selesa .

 Melayani ibu bapa / penjaga dengan penuh hormat dan tanggungjawab .

2
1.0 PENDAHULUAN

Program aktiviti selepas UPSR ini dirancang serta dilaksanakan bagi


memenuhi keperluan murid-murid Tahun 6 yang telah selesai menduduki
peperiksaan UPSR pada setiap tahun. Program ini dirancang dengan teliti
agar murid-murid Tahun 6 akan dapat meluangkan masa mereka dengan
lebih terancang dan sistematik. Program melibatkan pertandingan-
pertandingan yang menyeronokkan yang dapat mencungkil bakat dan
kereativiti murid. Selain dari itu, aktiviti-aktiviti kaunseling kerjaya turut
diadakan seperti Inventori Holland untuk mengetahui kecenderungan kerjaya
bersesuaian dengan minat dan Ceramah Kerjaya dari profesional dalam alam
pekerjaan. Disamping itu, program keremajaan juga diadakan dengan
penglibatan pegawai-pegawai dari Kafe@teen di bawah LPPKN (Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di bawah Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

2.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Program
Pasca UPSR 2014.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi ruang dan peluang kepada murid Tahun 6 menjalankan


pelbagai aktiviti yang berfaedah demi kebaikan mereka.

3.2 Membantu dan membimbing murid Tahun 6 agar mereka tahu


menggunakan masa dengan lebih baik, tidak ponteng sekolah dan
mengisi ruang masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berguna.

3.4 Mewujudkan pembelajaran luar bilik darjah yang meransang minda


murid dan mencungkil bakat dan kreativiti murid.

3.5 Memberi keyakinan dan meningkatkan potensi diri sebagai persediaan


ke sekolah menengah.

3.6 Membina sahsiah dan akhlak yang baik dan positif dalam diri murid.

4.0 TARIKH / HARI / TEMPAT

Tarikh : 28 Oktober 2014 – 13 November 2014


Hari : Isnin hingga Jumaat
Waktu : 7.35 Pagi – 1.35 Tengahari
Tempat : Dewan Besar, SK Batu Muda

3
5.0 SASARAN

Semua murid Tahun 6, Tahun 2014.

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Seperti Lampiran 1

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

7.1 Pertandingan Sukan

7.2 Permainan Tradisional

7.2 Pertandingan Setiap Panitia

7.3 Ceramah.

7.4 Lawatan

8.0 JADUAL PROGRAM


Seperti Lampiran 1

9.0 KEWANGAN

Perancangan kewangan adalah seperti berikut:

9.1 Anggaran Perbelanjaan dan Peruntukan

BI AKTIVITI KOS (RM) PERUNTUKAN


L PCG (RM)
1 Pertandingan Sukan Panitia PJK (26.9.14) 200.00 PJK
2 Lawatan Sambil Belajar ke Kidzania (Bas) 400.00 Kaunseling
3 Pertandingan Pantia KT (Buku Skrap- 100.00 KT
Berkumpulan)
4 Pertandingan Panitia KT (Poster Integrasi 100.00 KOKO – Aktv
Kaum (Individu) Slps UPSR
5 Pertandingan Panitia Muzik (Bakat Cilik 100.00 MUZIK
Nyanyian)
6 Pertandingan Panitia Muzik (Bakat Cilik 100.00 KOKO – Aktv
Tarian) Slps UPSR
7 Pertandingan Panitia PSK (Congkak- 100.00 PSK
Berkumpulan)
8 Pertandingan Panitia PSK (Poster-Individu) 100.00 KOKO – Aktv
Slps UPSR

4
9 Pertandingan Panitia KH (Sulaman) 100.00 KH
10 Pertandingan Pantia Seni Visual (Kraftangan) 100.00 PSV
11 Pertandingan Panitia Bahasa Inggeris (English 100.00 KOKO – Aktv
Literature) Slps UPSR
12 Pertandingan Panitia Bahasa Melayu 100.00 KOKO – Aktv
(Pentomen) Slps UPSR
13 Pertandingan Panitia Matematik (Explorace) 100.00 KOKO – Aktv
Slps UPSR
14 Pertandingan Panitia Sains (Kuiz Sains) 100.00 KOKO – Aktv
Slps UPSR
15 Pertandingan ’Junior Chef’ 100.00 Kaunseling
16 Pertandingan Folio Kerjaya 100.00 Kaunseling
17 Ceramah Kerjaya dan Inventori Holland 200.00 KOKO - Kerjaya
18 Ceramah Halatuju Selepas UPSR 100.00 KOKO - Kerjaya
19 Ceramah Awal Remaja LPPKN 200.00 KOKO - Kerjaya
20 Pertandingan Permainan Rakyat – Galah 100.00 Kaunseling
Panjang
21 Pertandingan Permainan Rakyat – Tuju Tin/ 100.00 Kaunseling
Selipar
22 Ceramah Kerjaya – Perkongsian Pengalaman 100.00 Kaunseling
Penulis
23 Ceramah Kerjaya – Perkongsian Pengalaman 100.00 Kaunseling
Jurutera
23 RENCAM 70.00 KOKO – Aktv
Slps UPSR
JUMLAH 2,970.00

9.2 Peruntukan

PCG Kokurikulum - Aktiviti Selepas UPSR RM 770.00


PCG Kokurikulum – Kerjaya RM 500.00
PCG Bimbingan Kaunseling RM1000.00
PCG Panitia PJK RM 200.00
PCG Panitia KT RM 100.00
PCG Panitia KH RM 100.00
PCG Panitia Muzik RM 100.00
PCG Panitia PSK RM 100.00
PCG Panitia PSV RM 100.00

JUMLAH RM 2,970.00

5
10.0 Kesimpulan

Program ini diharap dapat memenuhi masa murid Tahun 6 dengan lebih
produktif. Selain dari itu, meningkatkan perkembangan sahsiah dan
merealisasikan potensi murid dengan sebaiknya.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

SHARIFAH MAIZATUL ZURAIDA EN ABDULLAH B SHUIB PN NOR AISHAH BT ASADUR


Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru PK Kokurikulum RAHMAN
Guru Besar SKBM

Anda mungkin juga menyukai