Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

MINGGU PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2016


@ PAMERAN HASIL KARYA MURID TAHUN
SEKOLAH KEBANGSAAN ST.MARY (M) LIMBAHAU

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi
visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman
ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali
cita rasanya sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,
interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang.
Hasil karya seni murid juga akan dipamerkan. Pameran Seni Visual adalah untuk menghargai
karya seni yang telah dihasilkan oleh murid. Ia adalah satu bentuk aktiviti bagi warga sekolah
mendekati dan menghayati karya seni murid terutama murid Tahun 6. Pengurusan pameran adalah
satu daripada aktiviti yang terdapat dalam DSKP Pendidikan Seni Visual KSSR Tahun 6. Murid
Tahun 6 perlu melibatkan diri dalam pelaksanaan pameran Seni Visual. Hasil karya murid yang akan
dipamerkan adalah himpunan dua belas (12) aktiviti sepanjang tahun.

2.0 TUJUAN
Tujuan Kertas Kerja ini ialah :

1. Mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar SK.ST.Mary (M) untuk mengadakan Minggu
Pendidikan Seni Visual dan juga Pameran hasil karya murid.
2. Mendapatkan peruntukan kewangan untuk menampung sepenuh atau sebahagian daripada kos
program serta perbelanjaan pengurusan dan peralatan.
3. Mengadakan Minggu Panitia Pendidikan Seni Visual yang mendatangkan keseronokan
kepada murid terhadap subjek PSV disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
berkaitan seni visual.
4. Melatih murid Tahun 6 untuk mengurus pameran yang akan diadakan.
5. Memastikan semua AJK yang dilantik dalam kalangan murid menjalankan tugas untuk
kelancaran pelaksanaan program PSV.

1
3.0 VISI
Melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang pengurusan sesuatu program disamping mencungkil
kemahiran murid dalam mata pelajaran PSV.

4.0 MISI

1. Membolehkan murid menghasilkan karya seni dengan menggunakan kemahiran yang telah
dipelajari.
2. Meningkatkan keupayaan Kemahiran Berfikir melalui gabungan teknik yang digunakan.
3. Memberi keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

5.0 OBJEKTIF.
1. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas PSV.
2. Memberi pendedahan yang lebih meluas dalam penghasilan karya-karya yang kreatif.
3. Mewujudkan interaksi yang berkesan di antara murid – murid serta murid - guru.
4. Memberi peluang murid meneroka persekitaran dan diri sendiri.
5. Meningkatkan tahap pemahaman murid secara kreatif supaya pembelajaran menjadi lebih
berkesan khususnya dalam pemahaman konsep, penguasaan kemahiran dalam menggabungkan
teknik dan nilai-nilai murni.
6. Melahirkan murid yang kreatif.

6.0 SASARAN
Semua murid Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

7.0 TARIKH
17hb Oktober hingga 21hb Oktober 2016

8.0 TEMPAT
Tempat yang dicadangkan untuk mengadakan program-program yang dirancang ialah di dalam bilik
darjah dan Dewan Minda SK.ST.Mary.

2
9.0 TENTATIF PROGRAM (untuk murid Tahap Dua)

TARIKH MASA &


AKTIVITI MURID GURU
& HARI TEMPAT

ISNIN 8.00 pagi – INFORMASI PENDIDIKAN SENI VISUAL Semua Semua Guru
9.30 Pagi murid PSV
17/10/2016 Tahap Dua
Dewan Minda

SELASA 11.00 pagi - BIDANG MENGGAMBAR Semua


12.20 tengahari murid Semua Guru
18/10/2016 KATEGORI : INDIVIDU Tahap Dua PSV
Bilik Darjah AKTIVITI : MELUKIS POSTER
TAJUK : CINTAI SENI BUDAYA KITA

RABU 11.00 pagi - BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT Semua


12.20 tengahari BINAAN murid Semua Guru
19/10/2016 Tahap Dua PSV
Bilik Darjah KATEGORI : KUMPULAN
AKTIVITI : ARCA ASEMBLAJ
TAJUK : BEBAS

KHAMIS 8.00 pagi – TAHUN 6: PERSIAPAN PAMERAN Semua


12.00 tengahari murid Semua Guru
20/10/2016 Dewan Minda Tahap Dua PSV

11.00 pagi – BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL


12.20 tengahari
KATEGORI : INDIVIDU
AKTIVITI : BATIK (TAHUN 4)
TENUNAN (TAHUN 5)

JUMAAT 8.00 pagi – PAMERAN HASIL KERJA Semua guru


11.00 pagi TAHUN 6 : 10 KARYA (setiap individu)
21/10/2016 TAHUN 4 & 5 : 3 KARYA
(2 setiap individu & 1 kumpulan)

3
10. AKTIVITI-AKTIVITI MINGGU PENDIDIKAN SENI VISUAL
10.1 INFORMASI PENDIDIKAN SENI VISUAL
- Taklimat berkaitan teknik-teknik yang digunakan dalam penghasilan karya seni
Visual serta alatan dan bahan yang digunakan.
- Tayangan Visual berkaitan karya-karya serta pelukis karya yang terkenal

11. JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT : Pegawai Pendidikan Daerah Papar

PENGERUSI : Pn Sabella Alixius (Guru Besar)

TIM PENGERUSI : Pn Asmah Salleh (PK Kurikulum)

TIM PENGERUSI 1 : Pn Daria Juanis (PK Hal Ehwal Murid)

PENYELARAS PROGRAM : Pn Haslinda Midy


(Guru Mata Pelajaran PSV Tahun 6)

SETIAUSAHA : Pn Norhayah Hakim (Guru Mata Pelajaran PSV Thn 5/4)

AHLI JAWATANKUASA KERJA PELAKSANA (PAMERAN @ MURID)

PENGERUSI : Evangelisca Daphne Anselinus (Tahun 6K)

TIM. PENGERUSI : Rachel Lisa Charles Wee (Tahun 6K)

SETIAUSAHA : Alea Qiasatina Azrul (Tahun 6K)

PEN. SETIAUSAHA : Nuriy Nazihah M. (Tahun 6K)

BENDAHARI : Cressentia Paul (Tahun 6K)

JEMPUTAN : Wenna Wendy (Tahun 6K)

PERSEDIAAN PAMERAN: Hannah Shannon (Tahun 6K)

PERSEDIAAN DEWAN: Emmanuel Richard (Tahun 6K)

PENYUSUNAN KARYA: Gresilda Gilbert (Tahun 6K)

KEBERSIHAN : Jesuah Aden Jimmy (Tahun 6K)

4
12. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN
Semua perbelanjaan adalah dibawah tanggungan panitia dan murid sendiri, iaitu dari segi
penyediaan alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan karya seni.

13. PENUTUP

Adalah harapan besar Panitia PSV SK ST Mary dan semua guru PSV agar kertas kerja yang
dikemukakan ini mendapat perhatian pihak Guru Besar dan kelulusan beliau supaya program
ini dapat dijalankan dengan jayanya. Matlamat jawatankuasa ini mengharapkan agar program
ini akan membantu pelajar dalam meningkatkan kreativiti mereka untuk menghasilkan karya.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH

....................................... ………………………… …………………


(HASLINDA MIDY) (ASMAH SALLEH) (SABELLA ALIXIUS)
Guru PSV Tahun 6 PK Kurikulum Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai