Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KOKURIKULUM
SUKAN DAN PERMAINAN 2018
BOLA SEPAK

Tarikh

10-11.04.2018

Tempat

SK LIMPUTUNG PAPAR.

DisediakanOleh :

SETIAUSAHA
HILARY JULIAN
GURU PENASIHAT BOLA SEPAK.

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH PAPAR 2018

1. Rasional

Penyertaan dalam pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dan memberi peluang kepada
pasukan bola sepak sekolah ini meningkatkan daya kepimpinan dan peningkatan prestasi dalam sukan dan
permainan. Budaya gerak kerja dan pembelajaran teknik permainan yang bermutu dan berkesan mampu
melahirkan pelajar yang berkualiti dan berketrampilan dalam sukan. Diharapkan dengan adanya
penglibatan murid dalam program ini, ia mampu menaikkan nama dan imej sekolah kepada sebuah sekolah
yang melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam sukan dan permainan.

2. Objektif

i. Menanam sikap positif dan minat murid dalam permainan bola sepak.
ii. Menggalakkan murid mengambil bahagian dalam pertandingan untuk tujuan membentuk keyakinan
diri yang tinggi.
iii. Menerapkan semangat ingin mencuba, tidak berputus asa dan bersaingan ke peringkat lebih tinggi.
iv. Merapatkan hubungan yang akrab di antara murid dan guru.

3. Tarikh : 10-11 April 2018


4. Tempat : Padang Sk Limputung Papar.
5. Sasaran: 22 orang murid (Tahun 4 - 6)

6. Jadual Latihan 27 Mac sehingga 9 April ( 13 hari )


HARI MASA TEMPAT
SELASA (PJ) RABU (PJ) 6.30 – 7.00 PAGI ENGLISH SHELTER
KHAMIS, JUMAAT (1M1S) 6.30 – 8.00 PAGI PADANG SK. ST MARY
SABTU 31 Mac dan 7 April (tertakluk kepada 7.00 – 9.30 PAGI PADANG SK. ST. MARY
perubahan masa)

7. Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Jurulatih : En. Hilary Julian ( Ketua )
En. Abd Malis Naming
En. Clement Su
En. Augustine ( NYDP PIBG )

8. Peruntukan Latihan dan Pertandingan.


Bil. Peruntukan Jumlah
1. Yuran Pertandingan Bola Sepak B12 RM 50.00
2. Pengangkutan Pertandingan RM 50.00
3. Makanan dan Minuman Latihan dan RM 150.00
Pertandingan
Jumlah RM 250.00

9. Senarai Pemain
-sila rujuk lampiran.

10. Penutup

Diharapkan program yang dirancang ini berjalan dengan lancer serta mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Semoga program ini memberi manfaat kepada para pelajar yang menyertainya. Kerjasama
dan komitmen guru-guru dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.

Disediakan oleh Disahkan oleh

Hilary Julian ……………………………………..


HILARY JULIAN SABELLA ALIXIUS
Guru Penasihat Bola Sepak Guru Besar
SK. ST Mary SK. ST. Mary
Papar. Papar.
LAPORAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK B12 TAHUN DAERAH PAPAR APRIL 2018

1.Pendahuluan
Objektif penyertaan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat yang bakal diketengahkan di peringkat
sekolah, zon, daerah dan negeri.

2.Sasaran
Pada tahun ini sasaran Kelab Bola Sepak adalah untuk memberi pendedahan sebenar kepada pemain-
pemain di peringkat sekolah untuk persediaan mewakili sekolah ke peringkat daerah.

3.Pencapaian
Mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah Papar.

4.Bilangan dan nama pelajar yang terpilih mewakili daerah/negeri


Seramai 15 orang murid tahap 2 terpilih ke pertandingan ( rujuk lampiran )

5.Kelemahan
i.Cuaca panas terik semasa pertandingan menganggu penumpuan murid semasa pertandingan.
ii.Tidak cukup latihan perlawanan persahabatan dengan sekolah lain.
iii.Kecerdasan tidak mencapai tahap sebenar.
Tempoh latihan yang singkat.

6.Cadangan/langkah mengatasi kelemahan


i.Persediaan awal perlu dibuat untuk membentuk pasukan yang mempunyai ketahanan mental dan
fizikal serta bermain dalam suasana pertandingan sebenar.

7.Sasaran tahun hadapan


Menyertai pertandingan bola sepak di peringkat lebih tinggi.

8.Penutup
1.1.Lampiran disertakan.
1.2.Laporan Kewangan ( Segala perbelanjaan adalah ditaja oleh guru pengiring)
1.3.Senarai nama pelajar yang menyertai.

PERLAWANAN PERTAMA ANTARA SK ST MARY MENENTANG SK PENGALAT KECIL PAPAR.

Disediakan Oleh:

Hilary Julian
( HILARY JULIAN )
GURU PENASIHAT BOLA SEPAK 2018.
SK. ST. MARY (M) LIMBAHAU.

Sk. Fail kokum


Fail unit permainan.

Anda mungkin juga menyukai