Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PISMP AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

(PSVK3252)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR SHAMIELAA A/P DARSON

ANGKA GILIRAN 2020192340209


NO KAD PENGENALAN 000611-08-0944
KUMPULAN KUMPULAN F11
KOD DAN NAMA KURSUS PENGAJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN
SENI VISUAL
(PSVK3252)
TAJUK TUGASAN PENULISAN PELAPORAN PBS

NAMA PENSYARAH AKADEMIK PUAN WAK CHU A/P WOK

TARIKH HANTAR 11 APRIL 2022


Penghargaan

Jutaan syukur dipanjatkan kepada Tuhan kerana dengan izinNya, dapat saya
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih saya
mengucapkan kepada Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Puan
Wak Chu a/p Wok yang telah membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan
tugasan yang diberi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang banyak memberi
dorongan dan sokongan dari segi moral kepada saya sepanjang tugasan ini disiapkan.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan sekelas saya yang telah membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus dijalankan.
Isi kandungan

1.0 Pengenalan 1

2.0 Pengurusan bahan sumber 1

3.0 Cadangan Penambahbaikan 3

Kesimpulan 3

Rujukan 4

Lampiran 5
1.0 Pengenalan
Pengurusan bahan sumber meliputi reka bentuk dan proses menyediakan bahan
sumber pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bahan sumber dapat membantu guru
membuat pertimbangan yang asas dalam menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Dengan perancangan bahan sumber, guru dapat
menggunakan bahan sumber seni visual tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan. Guru harus membuat pengurusan bahan sumber yang sesuai dengan
objektif dan isi kandungan pelajaran mengikut tahap secara kolaboratif dan koperatif. Guru
harus menghasilkan bahan sumber atau boleh dikatakan sebagai bahan bantu mengajar
yang menarik minat dan perhatian murid, membina suasana pelajar dengan penggunaan
bahan sumber serta melibatkan murid secara aktif dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti
dengan menggunakan bahan sumber yang telah disediakan.

2.0 Pengurusan bahan sumber

Saya membuat pemerhatian di kelas Tahun 5 dengan bidang Corak dan Rekaan dan
tajuk pembelajaran adalah corak terancang. Kelas dilaksanakan selama sejam iaitu dari
pukul 11 pagi sehingga 12 tengahari. Guru telah mengarahkan murid untuk membawa alat
dan bahan yang diperlukan terlebih dahulu iaitu seminggu sebelum kelas Pendidikan Seni
Visual bagi melaksanakan aktiviti corak terancang

Daripada pemerhatian saya dalam kelas, guru telah menggunakan dua jenis bahan
bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Bahan yang digunakan
ialah buku teks dan gambar. Buku teks merupakan bahan yang dikarang khusus bagi subjek
tertentu oleh beberapa pengarang. Guru memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan
penggunaan buku teks kerana buku teks merupakan bahan yang digunakan secara meluas
dan merupakan bahan sumber utama bagi sesuatu pengajaran dan latihan.

Guru menggunakan buku teks bagi membantu murid memahami topik pengajaran
dengan jelas. Guru mengetahui kelebihan menggunakan buku teks sebagai bahan sumber
kerana buku teks merupakan salah satu bahan yang sangat sesuai untuk murid memahami
dan memulakan aktiviti. Daripada ilustrasi serta penerangan yang ditunjukkan dalam buku
teks, murid akan memahami langkah-langkah atau cara menghasilkan karya mengikut cara
yang betul dan tepat.

Dengan itu, murid juga akan mengetahui penggunaan alat dan bahan yang sesuai
serta fungsinya semasa penghasilan. Pada masa yang sama, buku teks menepati isi

1
kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Susunan
bahan serta tajuk amat tepat dalam buku teks dan dengan ini murid akan memahami
susunan topik dengan jelas. Daripada pemerhatian, saya juga mendapati murid juga dapat
memahami fakta yang terdapat dalam cara aktiviti dijalankan dengan menggunakan buku
teks.

Selepas menerangkan segala cara serta isi pembelajaran yang terdapat dalam buku
teks, guru menggunakan gambar bagi menunjukkan ilustrasi corak terancang dengan jelas
dan teliti. Guru menunjukkan jenis-jenis corak terancang yang terdapat dalam dalam tajuk
corak terancang dengan menunjukkan gambar iaitu hasil karya corak terancang. Gambar
merupakan sumber bahan yang bercirikan menarik dan guru telah menyusun segala gambar
hasil karya di papan putih agar setiap murid dapat meneliti dan melihat corak-corak
terancang yang telah dihasilkan dalam cara-cara yang berbeza. Gambar selalunya
digunakan bagi memulakan pengajaran atau sesuatu aktiviti bagi menarik minat pelajar
kerana murid lebih tertarik dengan bahan maujud yang menarik dan berwarna-warni.

Saya memerhati setiap murid selepas melihat koleksi gambar corak terancang.
Semua murid menjadi sangat seronok dan mula mengeluarkan alat dan bahan bagi
memulakan aktiviti yang ditetapkan. Sebelum memulakan karya, guru telahpun memberitahu
untuk mengeluarkan alat dan bahan yang dinyatakan dalam buku teks. Alat dan bahan
seperti pensel warna, kertas lukisan, pemadam, pembaris dan pensel. Guru telah
mengarahkan setiap murid untuk meletakkan botol air di belakang kelas dan menyimpan
buku lain dalam beg. Guru juga memastikan keselamatan murid sebelum dan semasa
menghasilkan karya. Sedangkan murid Tahun 5, tiada masalah kelakuan yang terdapat
dalam kelas semasa penghasilan karya.

Saya juga mendapati guru Pendidikan Seni Visual telah menyediakan papan
pameran pendidikan seni visual di satu sudut dalam kelas. Papan pameran merupakan
papan buletin dan merupakan bahan sumber pengajaran yang produktif. Dengan adanya
papan pameran, murid dapat diketahui dengan idea baharu, merangsang pemikiran serta
kreativiti murid dan membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran
seseorang pelajar.

Sebelum memulakan aktiviti, guru telah memberi penjelasan yang sangat jelas
berkaitan langkah-langkah penghasilan karya agar murid tidak mempunyai kekeliruan
semasa menghasilkan karya.

2
3.0 Cadangan Penambahbaikan
Daripada keseluruhan pemerhatian, saya mendapat tahu bahawa guru tidak
merekod alat dan bahan yang dibawa oleh murid serta tidak merekod aktiviti yang
dilaksanakan. Guru harus merekod segala maklumat agar tidak menyusahkan guru untuk
merancang tajuk pengajaran dan pembelajaran pada kelas yang akan datang.

Kesimpulan
Sebagai bakal guru, saya memahami bahawa pengurusan bahan sumber amat
penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan berkesan.
Guru harus peka dan memahami reka bentuk dan proses menyediakan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran, prosedur menggunakan dan menyimpan alat dan bahan
serta penyimpanan dan rekod stok.

3
Rujukan

Aiyas, A. M. (2004). PSV-Pengurusan-Sumber-Dan-Bahan-Bantu-Mengajar.

scribd:https://www.scribd.com/presentation/83237236/PSV-Pengurusan-Sum
ber-Dan-Bahan-Bantu-Mengajar

Cinda. (2011).PSV3104_Pengajian_Pengurusan_Kurikulum.

academia:https://www.academia.edu/19954223/PSV3104_Pengajian_Pengur
usan_Kurikulum_Pend_Seni_Visual_KBSR

Hamzah Lasa. (2013). Estetika Seni Visual. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Maiden. (2012). Dunia Pendidikan Seni Visual. Penerbitan Sumur.

Marhanim A. Razak dan Shahrizal Dolah. (2016). Seni Visual. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Spaghcoroni,A.(2010).pengurusan-sumber-dan-bahan-bantu-mengajar

slideshare:https://www.slideshare.net/angelf5833/pengurusan-sumber-dan-ba
han-bantu-mengajar-5234158

4
Lampiran

Penyusunan gambar

Penggunaan buku teks

5
Murid menghasilkan karya

6
Papan pameran

7
Rancangan Pengajaran Harian

Anda mungkin juga menyukai