Anda di halaman 1dari 13

ePEMBELAJARAN

MINGGU 12

SHAMIELAA A/P DARSON


Si Gajah dan Sang
Pelaksanaan
Kancil
terapi bercerita di
dalam bilik
darjah
Apabila guru menggunakan teknik
bercerita sebagai terapi, kanak-kanak
akan diminta berkumpul membentuk
bulatan. Terapi bercerita dijalankan

Pengenalan secara berkelompok. Terapi bercerita


yang dijalankan secara berkelompok
akan melibatkan perhubungan antara
individu yang menekankan aspek
kekuatan fikiran dan perasaan dalam
aktiviti yang dijalankan
bersama-sama dalam kumpulan.
Pelaksanaan secara berkelompok
ini dilihat memudahkan
perkongsiaan pengalaman antara
Langkah individu dalam kelompok. Di
samping itu, sekiranya terapi
Pertama bercerita dijalankan secara
berkelompok, kanak-kanak perlu
didedahkan dengan sikap
berempati, penerimaan individu lain
tanpa syarat dan bersikap ikhlas.
Semasa proses penyampaian, sesi
soal jawab akan berlaku antara
kanak-kanak dengan guru. Guru perlu
mengambil kesempatan ini dengan
mencungkil keberanian kanak-kanak

Langkah
untuk menyuarakan pendapat di
hadapan kawan-kawannya yang lain.
Selain itu, kanak-kanak akan

kedua berbincang dan berbual dengan


rakan-rakan tentang cerita tersebut.
Oleh itu, guru bertanggungjawab
untuk menyediakan suasana
pembelajaran sosial yang sihat dan
positif dalam kalangan kanak-kanak.
Melalui terapi bercerita, kanak-kanak
juga dapat menambah keyakinan diri
untuk mengekspresikan perasaan
dan idea di mana pendekatan ini
memerlukan penglibatan

Langkah kanak-kanak secara aktif. Proses


bercerita merupakan salah satu

ketiga
aktiviti yang berpusatkan
kanak-kanak. Oleh itu, kanak kanak
memerlukan keyakinan diri yang
tinggi untuk menjalankan aktiviti yang
diarahkan oleh guru seperti bercerita,
menjawab soalan dan aktiviti
susulan.
Mereka akan berusaha dan berlatih
untuk mempersembahkan cerita
yang menarik dan sesuai

Langkah berdasarkan kriteria yang


ditetapkan oleh guru mengikut

keempat
perspektif individu. Bimbingan dan
nasihat akan diberikan oleh guru
semasa proses penyampaian
supaya kanak-kanak dapat
membaiki kesalahan dan
mempertingkatkan keupayaan diri.
Di samping meningkatkan
keyakinan diri, kanak-kanak juga
dapat meluahkan perasaan dan

Langkah kelima idea mereka dengan cara yang


sihat, iaitu mereka tidak perlu
bergaduh, menjerit atau
merosakkan harta benda jika
berhadapan dengan masalah.
Dengan terapi bercerita, mereka
dapat mengaitkan diri dalam cerita
tersebut dan sekali gus
menyelesaikan masalah dengan

Langkah bimbingan dan pendapat guru dan


kawan-kawan. Kanak-kanak yang

keenam telah melalui pengalaman yang


menakutkan akan memproses
pengalaman tersebut berdasarkan
cerita yang disampaikan kepada
mereka.
Penyelesaian yang terdapat dalam
cerita akan dapat membantu
kanak-kanak berdepan dengan
pengalaman yang menakutkan tadi.
Secara tidak langsung, situasi ini
akan membantu murid untuk

Langkah ketujuh meningkatkan keyakinan diri dan


rasa selamat apabila mengingati
pengalaman lalu dengan pandangan
yang positif.
Kesimpulannya, terapi bercerita
dapat membantu kanak-kanak
mengenali dirinya dan meluahkan
perasaan yang terpendam. Cerita

Kesimpulan
yang mempunyai nilai-nilai murni,
pengajaran dan unsur-unsur
teladan akan memberikan kesan
kepada kanak-kanak yang
mempunyai masalah tingkah laku
atau konflik emosi dan sosial.
Oleh itu, seorang pencerita hendaklah
bijak membuat pemilihan jalan cerita
supaya kanak-kanak dapat dipupuk
dengan nilai-nilai yang positif. Jalan cerita
yang baik untuk kanak-kanak adalah
cerita yang ringkas, mudah difahami,
menarik, menggunakan bahasa yang
Kesimpulan sesuai dan mempunyai nilai moral yang
tinggi supaya kanak-kanak dapat
menghayati pengajaran yang ingin
disampaikan pada akhir sesi bercerita.
Nilai-nilai murni yang berkaitan dengan
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
boleh diserapkan secara langsung dan
juga tidak langsung.
Terima
Kasih

Anda mungkin juga menyukai