Anda di halaman 1dari 10

TAJUK

PENAPIS AIR MUDAH

NAMA MURID

ALEXANDER ERICK ANAK BAREK

(051026-13-1501)

EMMANUEL BAWED ANAK MAN

(050625-13-0741)

JASON AUSTIN POJIE PUJI

(050615-13-1089)

PENASIHAT

CIKGU NORMAH BINTI DILLAH


ABSTRAK

Sasaran kami dalam pembuatan projek ini adalah masyarakat yang tinggal di
kawasan pedalaman. Hal ini kerana, projek kami adalah tentang penapisan air dan
biasanya masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman tinggal berhampiran
dengan sungai. Sungai itu pula tidak bersih dan mempunyai banyak kotoran. Oleh
itu, kami yakin projek kami dapat memudahkan lagi masyarakat yang tinggal di
kawasan pedalaman untuk mendapatkan sumber air yang bersih. Penapis air ini
juga dicipta dengan hanya menggunakan bahan kitar semula dan bahan semula
jadi. Bahan-bahannya adalah seperti botol plastik, kapas, batu kerikil, batu kecil,
arang halus dan pasir. Alatan yang digunakan pula tidak terlalu mahal dan mampu
untuk diperoleh. Alatan yang digunakan hanyalah pisau dan pita pelekat. Cara
penghasilan penapis air ini juga mudah dan tidak sukar untuk dihasilkan. Langkah
yang pertama adalah potong dua buah botol pada bahagian tapak botol. Yang kedua
pula letakkan kapas kering sebagai lapisan yang pertama melalui bahagian tapak
yang telah dipotong. Yang ketiga pula letakkan batu kerikil disertakan dengan kapas
pada bahagian atasnya. Yang keempat pula letakkan pasir disertakan dengan arang
halus. Yang kelima pula letakkan batu kecil pada bahagian paling atas. Yang
keenam pula ambil sebuah lagi botol yang telah dipotong tadi dan lekatkan melalui
bahagian penutup botol yang telah diisi tadi menggunakan pita pelekat supaya air
yang mengalir tidak tumpah dan hanya akan bertakung di dalam botol yang
dilekatkan tadi. Yang terakhir, tuangkan air yang keruh ke dalam botol tersebut dan
perhatikan kekeruhan air. Kesimpulannya, air yang keruh tadi dapat ditapis dan
menjadi lebih bersih.

2
ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat

Abstrak 2

Isi kandungan 3

Penghargaan 4

Bab 1: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 5

1.2 Tujuan Kajian 5

1.3 Strategi pelaksanaan 5

Bab 2: METODOLOGI / PROSES KAJIAN

2.1 Prosedur Menjalankan Kajian 6

2.2 Proses Kajian 6

Bab 3: EKSPERIMEN

3.1 Proses eksperimen 7

Bab 4: HASIL KAJIAN

4.1 Hasil Dapatan 8

Bab 5: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pemerhatian 8

5.2 Kesimpulan 8

5.3 Inovasi 9

RUJUKAN 9

APENDIKS 9

3
PENGHARGAAN

Penghasilan projek ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan


dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang berikut iaitu Encik Jumari bin
Hashim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau, Miri kerana telah
memberikan sumbangan dalam pembuatan projek kami. Selepas itu, guru penasihat
kami Puan Normah binti Dillah kerana telah memberikan sumbangan dari segi idea
pembuatan projek. Akhir sekali, kepada rakan-rakan yang telah memberikan
sumbangan dari segi tenaga dan kerjasama dalam pembuatan projek ini.

4
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pencemaran alam sekitar pada masa kini kian meruncing. Pencemaran air
yang terjadi di kawasan pedalaman telah membuka mata kami bagi merancang
serta menghasilkan satu penapis air yang mampu berfungsi untuk menapis air
yang mempunyai kotoran dan dapat bagi mengurangkan masalah pencemaran
air. Oleh itu adalah diharap penghasilan penapis air ini, dapat mengurangkan
pencemaran air.

1.2 Tujuan kajian

i. Memudahkan manusia untuk mendapatkan sumber air yang lebih bersih.


ii. Mengelakkan manusia terkena jangkitan akibat daripada pengambilan air
yang tidak ditapis.

1.3 Strategi pelaksanaan :

Beberapa langkah telah diambil dalam memastikan penghasilan penapis ini


berjalan lancar. Perkara pertama yang kami lakukan adalah mengadakan
perbincangan bagi memutuskan perkara yang akan di fokus dalam tugasan ini.
Akhirnya kami mencapai kata sepakat dengan memilih isu pencemaran air. Ini
adalah kerana kami dapat melihat bahawa masalah pencemaran air ini berlaku
di kampun saya sendiri yang berpunca daripada pencemaran air.

Seterusnya kami telah membuat kajian mengenai apa yang kami perlu
lakukan dalam penghasilan penapis air ini. Kami telah mengumpulkan segala
maklumat yang perlu dalam menghasilkan penapis ini dan kenapa ia perlu
dilakukan.

Selepas itu, kami telah mengumpulkan bahan yang perlu dan membina
penapis ini . Kami telah membuat demonstrasi penggunaan penapis ini dan
mendapatkan penapis air ini boleh menapis air kotor dengan baik.

5
METODOLOGI / PROSES KAJIAN TINDAKAN

2.1 Prosedur Menjalankan Kajian

2.1.1 Rekabentuk penapis air

Batu kerikil Air yang


berlumpur
Kapas

Pasir & Batu kecil


Arang halus

Hasil turasan

Proses penurasan

2.1.2 Bahan dan alatan

Botol plastik, kapas, batu kerikil, batu kecil, arang halus, pasir, pisau
dan pita pelekat

2.2 Proses Kajian

2.2.1 Prosedur

1. Potong dua buah botol pada bahagian tapak botol.

2. Letakkan kapas kering sebagai lapisan pertama melalui


bahagian tapak yang telah dipotong dan letak arang.

3. Letakkan pasir dan batu kecil.

4. Letakkan kapas pada bahagian atasnya.

5. Letakkan batu kerikil pada bahagian paling atas.

6
6. Ambil sebuah lagi botol yang telah dipotong tadi dan letakkan
melalui bahagian penutup botol yang telah diisi tadi
menggunakan pita pelekat supaya air yang mengalir tidak
tumpah dan hanya bertakung di dalam botol yang dilekatkan
tadi.

7. Tuangkan air yang keruh ke dalam bekas.

8. Perhatikan kekeruhan air.

EKSPERIMEN

3.1 Proses eksperimen

1. Air dari kolam disediakan di dalam botol.

2. Masukkan arang halus. pasir, batu kecil, kapas dan batu kerikil di
bahagian atas sekali.

7
HASIL KAJIAN

4.1 Hasil Dapatan

Situasi Keadaan Air


Sebelum ditapis Air keruh
Selepas ditapis Air menjadi jernih

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pemerhatian

Gambar perbandingan sebelum dan selepas air ditapis.

Sebelum ditapis Selepas ditapis

5.2 Kesimpulan
Air yang keruh dapat ditapis dan menjadi jernih serta memberikan hasil yang
memuaskan.

8
5.3 Inovasi

Penapis
air
berperingkat

Kaedah ini sangat berkesan dalam menapis kotoran dalam air yang
kotor sepeti air kolam. Jika kaedah ini diaplikasikan di kawasan pedalaman
lebih ramai lagi yang boleh mendapat manfaat daripada ciptaan penapis air
ini. Selain daripada itu, kaedah ini juga akan dapat meningkatkan tahap
kesihatan penduduk di pedalaman, lalu membuka ruang kepada mereka
untuk sama-sama meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti di sini, dan
juga negara.

RUJUKAN

1. Program Minggu Sains 2014 (Tema: Sayangi Alam Sekitar) ,NorSyahirah


Binti Mohamad Aziz, 2014.
2. Cara membuat penyaringan air dari botol, 2015.
3. Menganalisis kaedah pembersihan air, Cikgu Hailmi, 2013.
4. Penapis untuk bekalan air bersih di pedalaman, Utusan Online,2016

APENDIKS

9
Rajah 1: Air kolam yang keruh Rajah 2: Air kolam yang jernih

10

Anda mungkin juga menyukai