Anda di halaman 1dari 4

Tutorial 14

BMM3073
Pendekatan Proses
ADIBAH HUSNA
SHAMIELAA
SITI ZULAIKHA
TUAN ZULAIKHA
Menekankan proses
mengarang dan bukan hasil
penulisan yang akhir. Pelajar dilatih menulis
Menuntut
semula draf,
penggunaan
menyemak, mencipta
bahasa secara
dan mengkritik
berkesan
berulang kali.

Pendekatan
Pelajar diminta
Penulis bukan sahaja Proses menyusun atur atau
memikirkan tujuan dan
audiennya tetapi mereka
menulis semula
juga perlu mengambil kira perenggan-perenggan
cara-cara hendak tertentu, menambah
memulakan penulisannya yang baru dan
sendiri Tumpuan kepada menggugurkan apa
kesalahan leksikal dan yang telah ditulis.
tatabahasa yang nyata
dan tidak pada idea-idea
tertentu
Perkara penting yang melibatkan pendekatan proses
Persediaan untuk menulis:
Persediaan ini datang dari pengalaman, benda, gambar, perbincangan atau dari sesuatu yang menimbulkan minat.

Mengingat balik apa pengalaman yang dirasai:


Pelajar perlu diberi masa untuk mengetahui yang mereka boleh tulis berkenaan dengan pengalaman dan pemerhatian yang mereka lalui.

Masalah kreatif:
Pelajar mencari bahan penulisan dan idea atau membuat hipotesis. Mereka juga akan cuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi
dalam menyediakan karangan.

Perbincangan secara lisan:


Pelajar akan cuba berbincang secara lisan dengan rakan-rakan sebaya tentang tajuk dan isi yang telah mereka kumpulkan
Perbincangan selepas menulis draf pertama:
Pelajar akan berbincang lagi setelah menulis draf karangannya. Dia sendiri akan memikirkan apa yang patut dibuang atau yang perlu
dibaiki.
Membentangkan karangan secara lisan:
Pelajar dirangsang membaca isi karangan kepada rakan-rakan. Aktiviti ini membayangkan bahawa sesebuah karangan ialah hasil pertuturan dan
penulisan Pendengar akan mengesyorkan berberapa hal yang perlu diambil perhatian seperti penggunaan ejaan atau idea baru.
Mempamerkan karya:
Setelah proses satu hingga enam dilaksanakan, karangan itu akan dipamerkan. Para peringkat inilah akan timbul rasa gembira di hari pelajar kerana
hasil tulisannya diberi tempat dan pengiktirafan untuk mendapatkan perhatian dan penilaian sewajarnya
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai