Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA BIJAK PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT (2)

Tahun 2017

1.0 AKTIVITI

Bijak Prasekolah

2.0 ANJURAN

Prasekolah SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT (2) Kuala Lumpur.

3.0 MATLAMAT

Menanam minat murid dan meningkatkan kemahiran 4M (membaca, mengira,


menaakul, menulis) menerusi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Sains dan Matematik serta aktiviti pengucapan awam.

4.0 OBJEKTIF

1. Memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid prasekolah seperti yakin pada diri
sendiri, berani, berusaha dan bertanggungjawab.
2. Memberi peluang kepada murid menunjukkan kebolehan dan keupayaan diri
masing-masing.
3. Memberi pendedahan kepada murid untuk bersaing secara sihat dalam
kalangan rakan-rakan sekolah.
5.0 FAEDAH

Murid-murid akan dapat:

1. Memupuk rasa bersaing secara sihat untuk belajar dengan lebih bersungguh-
sungguh dalam kalangan murid.
2. Mengenal erti kepuasan diri dan rasa penghargaan individu lain akan
kejayaan diri mereka
3. Memberi peluang murid untuk belajar dalam suasana yang berbeza.

6.0 BUTIRAN AKTIVITI BIJAK PRASEKOLAH 2017

Tarikh : BULAN JANUARI HINGGA OGOS

Hari : SETIAP HARI RABU DAN KHAMIS

Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 tengahari

Tempat : Kelas Prasekolah

Bilangan Murid : 25 orang murid

7.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan dari wang(LPBT) Prasekolah .

8.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Prasekolah .
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Jumlah Catatan


Hadiah
1 Tempat 1,2,3 RM 4.00 6 = RM 60.00
Saguhati RM 0.60 50 = RM 30.00
Peralatan
Kertas A4 RM 7.50 2 = RM 15.00
2
Kertas warna RM 7.50 1 = RM 7.50
Makanan untuk aktiviti Teka Rasa RM 10.00
JUMLAH RM 222.50

10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI BIJAK PRASEKOLAH 2012

Penasihat :En. Mohd. Rashed bin Sahroni(Guru Besar)

Ketua Penyelaras : Pn. Nurul Nadirah bt Ramli

Setiausaha :Pn. Nurida bt Rosli (ppm)

AKTIVITI BIJAK PRASEKOLAH 2017


Aktiviti Bijak Prasekolah :

- Stesen 1 Tulisan Cantik

- Stesen 2 Kuiz Matematik

- Stesen 3 Membaca Teks Bahasa Melayu

- Stesen 4 Membaca Teks Bahasa Inggeris


Disediakan oleh,

...............................................

(NURUL NADIRAH BINTI RAMLI)

Guru Prasekolah

Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (2)

Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

.............................................

(MOHD. RASHED BIN SAHRONI)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (2),

Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai