Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA SATU

PETALING JAYA, SELANGOR

KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD)
TAHUN 4, 5, DAN 6
2021

TARIKH:
5 Mei Hingga 7 Mei
(Rabu, Khamis dan Jumaat)

TEMPAT :
Dewan Sekolah Assunta Satu
1. PENGENALAN

Program Transformasi Diri (PTD) atau lebih dikenali dengan Program Maju Diri (PMD) sebelum
ini merupakan satu program memfokuskan kepada pembangunan diri secara komprehensif
bagi semua murid di Selangor dan menjadi tunjang kepada pembentukan insan yang seimbang
dan harmonis selari dengan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Program ini juga dilaksanakan adalah untuk mencapai hasrat kerajaan ke arah menghasilkan
kemenjadian murid dalam semua aspek terutamanya disiplin diri.

2. MATLAMAT PROGRAM
Matlamat Program Transformasi Diri (PTD) menjadi agen perubahan agar murid-murid lebih
bermotivasi, bersemangat dan bersungguh-sungguh ke arah pembangunan sahsiah diri,
peningkatan disiplin, kesejahteraan mental dan emosi serta dapat mengenalpasti minat dan
potensi diri masing-masing.

3. OBJEKTIF PROGRAM
Program ini dilaksanakan adalah bertujuan:

i. Membangunkan sahsiah diri murid

ii. Meningkatkan disiplin diri murid


iii. Membantu murid mengenalpasti minat dan potensi diri.

iv. Menambahbaik kesejahteraan mental dan emosi murid- murid.

4. KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 4, 5 dan 6 SK Assunta Satu.

5. PELAKSANAAN PROGRAM
Program ini akan dijalankan di bawah kendalian Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama unit Hal Ehwal Murid SK Assunta Satu.

6. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 5 hingga 7 Mei 2021.


Hari : Rabu, khamis dan jumaat.
Masa : 1.00 petang hingga 4.45 petang.
Tempat : Dewan Sekolah Assunta Satu.
7. JADUAL PROGRAM
Rujuk Lampiran 1.
8. AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA
Rujuk Lampiran 2.
9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BILANGAN JUMLAH (RM)

1. Peralatan

Pen Marker 3 kotak x RM 15.00 RM 45.00


Kertas Majong 4 roll x RM 15.00 RM 60.00

2 Hadiah Tahun 4
RM 2.00 x 36 orang ( 3 kumpulan ) RM 72.00
Alat Tulis
Tahun 5 RM 72.00
RM 2.00 x 36 orang ( 3 kumpulan)
RM 72.00
Tahun 6
RM 2.00 x 36 orang ( 3 kumpulan)

JUMLAH KESELURUHAN RM 321.00

10. PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat mencapai objektif dalam membekalkan pengetahuan dan
manfaat kepada murid kerana Program Transformasi Diri ini mampu memberi pendedahan awal
kepada mereka mengenai kemahiran-kemahiran belajar yang sangat diperlukan di samping
meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran di sekolah. Selain itu, diharapkan agar
murid dapat menanam sasaran untuk kejayaan yang gemilang seawal yang mungkin dan
memasang strategi untuk mencapainya pada masa hadapan kelak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………… ……………………………..

(MUNIRAH BT HA ALI) (MARIAM HAFIZAH BT AHMAD BAKHTIAR)


Guru Akademik, PK HEM
SK Assunta Satu. SK Assunta Satu.
Diluluskan oleh,

………………………………

(ADIBATUL ANNIAH BT ABDUL HAMID)


Guru Besar,
SK Assunta Satu.

Anda mungkin juga menyukai