Anda di halaman 1dari 7

JALAN SS9/13, 47300 PETALING JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN


TEL: 03-78768450
FAKS: 03-78747248
E-MAIL: bbb8316@moe.edu.my

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
KIDZANIA

7 NOVEMBER 2019

KHAMIS

ANJURAN
UNIT BADAN KEBAJIKAN
DAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA
SURAT
1. Pendahuluan 3

2. Matlamat 3

3. Objektif 3

4. Tarikh dan pelaksanaan 4

5. Rasional Pemilihan Tempat 4

6. Kumpulan sasaran dan penyertaan 4

7. Jawatankuasa pengurusan 5

8. Perbelanjaan 5

9. Penutup 6

2
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
UNIT BADAN KEBAJIKAN
DAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
GERKO‐Gerak Kerja Kokurikulum, Un it Badan Kebajikan Sekolah dan Unit Bimbingan
Dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan X. Program ini disertai oleh murid‐murid tahun 6 yang
terdiri daripada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan. Sekolah akan
mengadakan lawatan ke Kid Zania Kuala Lumpur pada 7 November 2019. Aktiviti ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani. Emosi, rohani, intelek dan
juga sosial melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang murid itu wajib
menyertai aktiviti kokurikulum untuk mengembangkan minda serta menyeimbangkan
tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Di
samping itu juga, pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan sambil belajar ini
bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan sosial dan disiplin
yang perlu ada dalam diri setiap murid. Selain itu, murid dapat mengetahui bidang kerjaya
yang mereka boleh pilih selepas menempuhi alam persekolahan. Ia bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan sedia ada murid di samping memberi dorongan kepada
mereka untuk terus berusaha menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, program ini
memberi peluang kepada peserta untuk meneroka serta mempelajari sesuatu melalui
pemerhatian dan pembejaran di luar kelas.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman bekerja di Kid Zania
dan memberi pengalaman yang baharu dalam menyertai lawatan sambil
belajar di luar sekolah.
3.2 Membentuk murid supaya mampu berdikari dan menyesuaikan diri dalam
setiap situasi.
3.3 Melatih murid untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan sifat
kasih sayang antara satu sama lain.
3.4 Menambahkan pengetahuan sedia ada murid.
3.5 Memupuk semangat kerjasama antara rakan dan kumpulan serta
mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
3.6 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
serta sosial.

3
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang adalah pada 7 November 2019 (Khamis)


4.2 Dilaksanakan dari pukul 7:30 pagi hingga 6:00 petang.
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan 10 jam dan 30 minit.

5.0 RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana ;

5.1 Kid Zania merupakan tempat yang berkonsepkan pekerjaan dan ilmu
pengetahuan tentang teknologi dan kehidupan seharian manusia.
5.2 Terdapat ruang aktiviti dan bidang pekerjaan yang menyeronokkan untuk
murid-murid
5.3 Tempat di mana murid-murid dapat menimba pengalaman bekerja pada masa
akan datang.
5.4 Bebas dari sebarang pengaruh yang tidak baik kepada pelajar.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Jumlah Peserta : 56 orang

6.2 Jumlah Guru : 5 orang guru

4
7.0 AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN:

PENGERUSI :
NAIB PENGERUSI 1:
NAIB PENGERUSI 2:
NAIB PENGERUSI 3:
Penyelaras :
Guru Pengiring :

8.0 KEWANGAN
8.1 Pendapatan

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. Kutipan daripada peserta lawatan
1400.00
RM25.00 X 56 orang
2. Sumbangan 5320.00
RM 95.00 x 56 orang murid

JUMLAH 6720.00

8.2 Perbelanjaan

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)


1. Makan dan minum di KIDZANIA 840.00
(RM15.00 x 56 murid )
2. Tiket bayaran masuk
(RM 95.00 x 56 murid ) 5320.00
( Dibayar oleh
3. Insurans 168.00
( 56 orang x RM 3 )
4. Kos tambang 2 buah bas 392.00
(56 murid )

JUMLAH 6720.00

9.0 JADUAL LAWATAN

7 November 2019

5
7.30 pagi : Ketibaan dan pendaftaran pelajar
Taklimat oleh guru penyelaras

8.30 pagi : Sarapan Pagi

9.00 pagi : Bertolak dari Sekolah Kebangsaan Sungei Way


dengan menaiki bas

9.45 pagi : Tiba ke KidZania

1.30 petang : Makan tengahari & Solat Zohor

5.30 petang : Solat Azar

6.00 petang : Jangkaan sampai di Sekolah Kebangsaan Sungei Way

6
10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga Program Lawatan Sambil Belajar ini dapat menarik minat murid untuk terus
meneroka dan menimba ilmu pengetahuan supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan
seharian mereka bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh
itu, kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan diiringi dengan ucapan
terima kasih.

Disediakan oleh Disemak oleh,

………………………………… ………………………………………

Di sahkan oleh,

………………………………………..

Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

Anda mungkin juga menyukai