Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PROJEK PROGRAM

SAFARI: EXPLORING OUR FIELDS

TARIKH:
23 MEI 2023 (SELASA)

TEMPAT:
SEKOLAH SRI UTAMA

ANJURAN:
PELAJAR DIPLOMA PASCASISWAZAH
PENDIDIKAN SESI 2022/2023

SUBJEK:
ASAS PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
DALAM PENDIDIKAN (PQI6005)
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk mencadangkan penganjuran program Safari: Exploring
Our Fields dan memohon dana bagi menjalankan program tersebut. Projek ini dipercayai
boleh menjalin interaksi sosial yang positif antara pelajar pascasiswazah dengan murid-
murid di sekolah. Selain itu program ini juga dapat mengenal pasti minat dan kebolehan
murid serta mengetahui potensi dan bidang yang murid ingin ceburi. Di samping itu,
tujuan program ini juga dapat meningkatkan tahap interaksi sosial dalam kalangan murid
sekali gus meningkatkan tahap keyakinan murid terhadap bidang yang ingin diceburi
kelak

2.0 PENGENALAN
Sistem Pendidikan di Malaysia kini berkembang pesat sejajar dengan era globalisasi yang
semakin membangun dengan sepantas kilat. Perkembangan teknologi yang pesat itu sedikit
sebanyak menjadi cabaran kepada murid-murid masa kini dalam menentukan hala tuju
selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, dengan pelaksanaan program
begini murid-murid di sekolah dapat mengenal pasti minat dan kebolehan diri masing-
masing serta mengetahui potensi dan bidang yang murid ingin ceburi. Di samping itu,
program ini juga dapat meningkatkan tahap interaksi sosial dalam kalangan murid sekali gus
meningkatkan tahap keyakinan murid terhadap bidang yang ingin diceburi kelak
Seterusnya, selain daripada memberi kelebihan kepada murid-murid sekolah, program
ini juga akan memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran berkomunikasi dengan
pihak luar bagi melahirkan mahasiswa Universiti Malaya yang berdaya saing dan berpotensi
tinggi. Kemahiran guru perlu sentiasa diasah bagi meningkatkan mutu pengajaran supaya
dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek
dan Sosial (JERIS).
3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program "Safari : Exploring Our Fields” bertujuan untuk memberikan murid sekolah
pemahaman yang komprehensif tentang pelbagai bidang pengajian melalui penceritaan
pengalaman praktikal, pandangan industri dan peluang bimbingan. Program ini akan
membolehkan murid sekolah meneroka minat mereka, memperoleh kemahiran baharu dan
membuat keputusan yang berkenaan dengan laluan akademik dan kerjaya mereka.
Program ini terbuka kepada murid sekolah menengah (atas) daripada latar belakang
akademik yang berbeza dan terdiri daripada bidang-bidang tertentu. Program seperti ini dapat
membantu murid menambah dan mengembangkan ilmu tentang laluan kerjaya dan industri
yang berbeza. Sesi bimbingan akan menjadi bahagian penting dalam program ini, di mana
murid berpeluang untuk berhubung dengan ahli jawatankuasa program yang berpengalaman
dan mendapat bimbingan serta sokongan dalam perjalanan akademik dan kerjaya mereka.
Program ini juga akan menyediakan peluang rangkaian untuk murid sekolah berhubung
dengan pelajar pascasiswasah pendidikan dalam bidang yang mereka minati melalui aktiviti
“Career Booth” yang akan dijalankan ketika program itu berlangsung.
Secara keseluruhannya, program "Safari : Exploring Our Fields” akan menawarkan
peluang yang unik dan berharga untuk murid sekolah memperoleh pandangan awal dalam
pelbagai bidang pengajian yang mereka minati dan membantu membuat keputusan
termaklum tentang laluan akademik dan kerjaya mereka.
4.0 MAKLUMAT PROJEK

Nama program : Safari: Exploring Our Fields


Tarikh : 23 Mei 2023 (Isnin)
Tempat : Sekolah Sri Utama
Sasaran peserta : 20 orang peserta

4.0 OBJEKTIF

4.1 Murid dapat mengenal pasti minat dan kebolehan diri


4.2 Murid dapat mengetahui potensi dan hala tuju bidang yang ingin diceburi
4.3 Meningkatkan tahap interaksi sosial dalam kalangan murid sekali
4.4 Meningkatkan tahap keyakinan murid terhadap bidang yang ingin diceburi
kelak

5.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh (Hari) Masa Aktiviti

8:00 Murid berkumpul dan diberi sedikit


Pagi taklimat berkenaan program.

8:10 Ceramah tetamu jemputan


Pagi
23 Mei 2023
8:40 Pergerakan
Pagi murid ke booth
kerjaya
(Selasa)
9:40 Penutup (bersurai)
Pagi
6.0 IMPAK

6.1 Peserta dapat mengasah kemahiran berfikir dan kemahiran psikomotor.

6.2 Menarik minat murid terhadap sesuatu subjek berdasarkan kerjaya-kerjaya


yang ditawarkan.

6.3 Murid dapat menerima dan berinteraksi pelajar pascasiswasah dengan


lebih baik.
7.0 CARTA ORGANISASI

PENGARAH
MUHAMMAD AZMIR BIN MOHD AZLAN

TIMBALAN PENGARAH I
WAN FATNIN HUDA BINTI MUTALIB

TIMBALAN PENGARAH II
NUR FAZLIN BINTI HASIM

SETIAUSAHA
NUR NADIAH NADHIRAH BINTI ROMELY

BENDAHARI
NUR HAFIZAH BINTI JAFRI
8.0 BELANJAWAN

1.0 Pengangkutan
1.1 Tambang pengangkutan RM 205.00
RM 5.00 X 41 orang
awam

2.0 Makanan
2.1 Sarapan Pagi AJK RM 3.00 X 41 orang RM 123.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 328.00

ANGGARAN PENDAPATAN
BIL. PERKARA JUMLAH
1. FAKULTI PENDIDIKAN RM 328.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 328.00
9.0 PENUTUP

Projek ini diharapkan dapat memupuk interaksi sosial yang positif antara murid-murid
sekolah dengan pelajar diploma pascasiswazah pendidikan. Projek ini juga diharapkan dapat
membantu mempersiapkan para pelajar untuk menjadi seorang guru yang berempati dan
profesional dalam menjalankan tanggungjawab di sekolah nanti. Pelaksanaan program
sebegini dapat mempersiapkan diri pelajar untuk bersedia dengan masa depan dan kerjaya
anak-anak murid kelak. Akhir sekali, diharapkan projek ini dapat memberi manfaat dan
pengetahuan yang berguna dan boleh digunakan dalam kalangan peserta.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Nur Nadiah Nadhirah Binti Romely Muhammad Azmir Bin Mohd Azlan
Setiausaha Pengarah Program
Program Program
Safari: Exploring Our Fields Safari: Exploring Our Fields

Disahkan oleh: Disemak oleh:

Dr. Amira Najiha binti Yahya Dr. Azmawaty Mohamad Nor


Pensyarah PQI6005 Ketua, Jabatan Psikologi Pendidikan
Fakulti Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan
Ulasan: Ulasan:
Disokong oleh: Diluluskan oleh:

Prof Madya Dr. Zaharah Hussin Prof. Madya Dr.Zawawi


Bin Ismail
Timbalan Dekan Ijazah Tinggi Dekan Fakulti Pendidikan
Fakulti pendidikan
Ulasan: Ulasan:

Anda mungkin juga menyukai