Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

(PAHLAWAN MUDA)

PROGRAM SERVICE LEARNING MALAYSIA - UNIVERSITY FOR SOCIETY


(SULAM): KESATRIA NEGARA

ANJURAN

PELAJAR KURSUS KOKURIKULUM

KESATRIA NEGARA(HBU131)

TARIKH : 12 JUN 2021

HARI : SABTU

MASA : 8.00 PAGI - 10.00 PAGI

TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

KAEDAH : ATAS TALIAN/ GOOGLE MEET


1.0 TAJUK KERTAS KERJA

PROGRAM SERVICE LEARNING MALAYSIA - UNIVERSITY FOR SOCIETY


(SULAM): KESATRIA NEGARA (PAHLAWAN MUDA)

2.0 TUJUAN

PROGRAM SERVICE LEARNING MALAYSIA - UNIVERSITY FOR


SOCIETY (SULAM) bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta
untuk menjalankan program khidmat masyarakat di tempat masing-masing. Hal
ini dikatakan demikian kerana, KESATRIA Negara (HBU131) merupakan
subjek kokurikulum untuk pelajar yang mengikutinya pada semester 3 bagi sesi
2020/2021. Setiap pelajar yang mendaftar kod kursus ini diberikan pendedahan
dengan ilmu-ilmu yang berkaitan tentang KESATRIA Negara. Subjek ini juga
mewajibkan pelajar untuk mengadakan aktiviti program di luar kampus bagi
memberikan pendedahan dengan lebih jelas kepada masyarakat tentang
KESATRIA Negara.

Namun, pelaksanaan program ini tidak dapat dijalankan akibat daripada


pandemik Covid-19 yang sedang melanda di negara kita. Justeru itu, Program
SULAM ini diadakan di kediaman masing-masing untuk melatih kemahiran
insaniah yang terdapat dalam diri pelajar dengan membentuk pelbagai
kemahiran seperti kepemimpinan, kerja sepasukan dan kemahiran komunikasi
dalam melaksanakan tugas masing-masing. Oleh itu, dengan adanya, program
ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kelebihan
menyertai KESATRIA Negara.
3.0 LATAR BELAKANG

Program SULAM ini dirancang akan diadakan pada minggu ke-9 yang
bertempat kediaman masing-masing secara atas talian. Aktiviti yang dirancang
untuk program ini adalah lebih ke arah meningkatkan kemahiran
mempertahankan diri dalam memupuk semangat kerjasama antara pasukan,
membina jati diri, melahirkan sifat toleransi antara satu sama lain serta
mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan dalam kalangan
peserta di samping mengembangkan idea yang sedia ada. Selain itu, dengan
adanya aktiviti seperti ini dapat melahirkan rasa berani dan yakin dengan diri
setiap ahli yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Oleh itu, aktiviti
yang bersifat kemasyarakatan ini dapat mendidik para peserta untuk menjadi
sukarela yang berwibawa.

4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:


4.1 Memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang asas tempur tanpa
senjata
4.2 Menghasilkan mahasiswa yang proaktif
4.3 Membentuk satu hubungan yang akrab antara satu sama lain.
4.4 Mendidik para peserta untuk bersedia dalam apa jua keadaan
4.5 Meningkatkan kualiti pembelajaran untuk menghasilkan graduan yang
holistik dan seimbang.
5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Program SULAM menyasarkan peserta atas talian yang berumur dari 7
tahun hingga 45 tahun
5.2 Jumlah peserta yang disasarkan adalah 5 hingga 10 orang peserta
bagi setiap pelajar yang terlibat

6.0 TARIKH/MASA/TEMPAT

TARIKH 12 JUN 2021


TEMPAT
KEDIAMAN MASING-MASING

MASA 8.00 PAGI-10.00 PAGI

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.50 PAGI PESERTA MULA MENYERTAI PLATFORM
GOOGLE MEET MENGGUNAKAN PAUTAN
YANG DISEDIAKAN
8.00 PAGI
SESI PERKENALAN DAN PEMANASAN
BADAN
8.30 PAGI TTS PART 1
9.00 PAGI TTS PART 2

9.30 PAGI TTS PART 3


10.00 PAGI BERSURAI
7.0 KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI/ IMPAK KEPADA PELAJAR,
UNIVERSITI, MASYARAKAT/ KOMUNITI

7.0 PROGRAM SERVICE LEARNING MALAYSIA- UNIVERSITY FOR


SOCIETY (SULAM) : KESATRIA Negara diadakan secara individu dan
berkumpulan yang melibatkan komunikasi dua hala antara fasilitator
(urusetia) dan juga peserta program yang merupakan mahasiswa UiTM
Shah Alam. Hal ini dikatakan demikian kerana, para peserta dapat
pendedahan awal tentang menyertai KESATRIA Negara. Justeru itu,
peserta akan diberikan kuiz atau latihan tentang KESATRIA Negara
supaya lebih difahami dengan jelas. Hal ini supaya terdapat penglibatan
aktif daripada peserta sepanjang program berlangsung.

7.1 AKTIVITI DILAKSANAKAN DENGAN CARA:


Kaedah pelaksanaan aktiviti ini menggunakan 3 modul pelajar.

7.2 IMPAK KEPADA PELAJAR, UNIVERSITI, MASYARAKAT ATAU


KOMUNITI
7.2.1 Memberi input baharu serta memantapkan pengetahuan sedia
ada mengenai ilmu KESATRIA Negara.
7.2.2 Melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam semua bidang
dan aspek serta mahir dalam kemahiran insaniah.
7.2.3 Menggalakan pelajar menyertai pelbagai aktiviti dan program
yang memerlukan khidmat masyarakat daripada sukarelawan
KESATRIA Negara.
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat Program Encik Mohd Hamidi bin Che Hussin

Pengarah Program Muhammad Afdhal bin Shahrani


Timbalan Pengarah Program Ikliluddin bin Mohd Zainuldin
Setiausaha Program Nur Aina binti Azhar
Bendahari Muhammad Shahril bin Mohamad Rasat
Biro Multimedia & Publisiti Nur Farhah Afifah binti Zuhairi

8.1 SKOP TUGASAN

Jawatan Bidang Tugas

Penasihat Program ● Membantu memberi idea atau


pendapat

dalam melaksanakan program.

Pengarah Program ● Menguruskan pentadbiran aktiviti.

● Memastikan arahan daripada


penasihat program dapat dijalankan.
● Memberi arahan yang tepat dan jelas
kepada jawatankuasa dalam
melaksanakan tugas dan aktiviti.
● Bertanggungjawab menentukan hala
tuju program pendidikan luar.
● Menjadi orang tengah dalam
mengemukan

cadangan atau usul ahli kepada pihak


yang
berkenaan.
Timbalan Pengarah Program ● Membantu pengarah dalam
melicinkan perlaksanaan aktiviti.
● Memangku tugas pengarah semasa
ketiadaannya.
Setiausaha Program ● Bertanggungjawab kepada pengarah
dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran.
● Menyediakan kertas kerja yang
diperlukan oleh program.
● Membuat laporan akhir program.
Bendahari Program ● Mengawal kewangan dalam program.

Biro Multimedia & Publisiti ● Merancang bentuk dan konsep


hebahan yang boleh menarik minat
peserta tentang sesuatu projek atau
aktiviti.
● Membuat poster untuk
mempromosikan
sesuatu projek atau aktiviti.
9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Peruntukan perbelanjaan bagi program ini tidak disediakan kerana program yang
dilaksanakan merupakan program secara individu. Selain itu, pelajar juga boleh
menggunakan inisiatif sendiri dalam pelaksanaan program masing- masing. Oleh
itu, segala perbelanjaan program adalah ditanggung sendiri oleh peserta.

10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja ini dapat perhatian daripada Pusat Kokurikulum
UiTM Shah Alam dan seterusnya mempertimbangkan mengenai kelulusan
program ini. Pihak kami mengharapkan PROGRAM SERVICE LEARNING
MALAYSIA- UNIVERSITY FOR SOCIETY (SULAM) : KESATRIA Negara ini dapat
direalisasikan dengan jayanya Bersama masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………
Nur Aina binti Azhar
Setiausaha Program
Kesatria Negara 3 (HBU131C)

Disokong oleh, Disokong oleh,

…………………… ……………………
Muhammad Afdhal bin Shahrani Mohd Hamidi Bin Che Hussin
Pengarah Program Penasihat Program
Kesatria Negara 3 (HBU131C) Kesatria Negara 3 (HBU131C)

Anda mungkin juga menyukai