Anda di halaman 1dari 6

KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR

BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR

KERTAS KERJA

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

ANJURAN

Pelajar Kolej Vokasional Kuala Selangor Diploma


Perakaunan

TARIKH

20 JANUARI 2021

TEMPAT

BILIK GURU 2, KOLEJ VOKASIONAL KUALA


SELANGOR
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan daripada


pihak Kolej Vokasional Kuala Selangor serta pihak yang berkaitan untuk
menjalankan projek menceriakan semula bilik guru Kolej Vokasional Kuala
Selangor. Tujuan menceriakan semula bilik guru Kolej Vokasional adalah
untuk meningkatkan keselesaan bekerja kepada guru-guru. Selain itu, ia juga
menjadikan suasana bilik guru menjadi lebih ceria, tersusun dan kemas.
Secara tidak langsung, ini akan memberikan semangat baru kepada guru
untuk mengajar dan mengelakkan perbezaan ketara antara bilik.

2.0 PENGENALAN

2.1 Kumpulan pelajar Program Diploma Perakaunan, Kolej Vokasional


Kuala Selangor, dibentuk untuk melaksanakan kursus MPU 2412 bagi
memenuhi jam kredit kursus disamping membentuk tanggungjawab sosial
serta meningkatkan pengatahuan dalam pembangunan insaniah. Melalui
mata pelajaran ini pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan dan
membuat laporan berkenaan projek yang dilaksanakan.

2.2 Program ini akan mendedahkan pelajar kolej vokasional tentang


tanggungjawab diri terhadap komuniti sekeliling, memberi pendedahan untuk
mereka belajar bersosial dengan komuniti serta memberi peluang kepada
pelajar kolej vokasional melakukan kerja sukarelawan. Pelajar kolej
vokasional juga dapat menanam sikap penyayang. Kami memilih bilik guru 2
kerana kami ingin menceriakan persekitaran di dalam dan luar bilik guru 2.
Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek
ini di tempat yang dicadangkan ini.

2.3 Semangat kerjasama dalam pasukan juga dapat dipupuk melalui


program ini dengan adanya tenaga kerja setiap peserta dalam melaksanakan
aktiviti komuniti yang telah diaturkan. Semangat ini merupakan elemen
penting bagi melahirkan pelajar kolej vokasional yang mempunyai jati diri
serta mampu melahirkan sifat tanggungjawab dalam setiap diri pelajar kolej
vokasional kerana setiap ahli akan berkerjasama untuk merealisasikan
program ini.

2.4 Selain memenuhi keperluan kursus, pelajar kolej vokasional juga dapat
mengaplikasikan pembelajaran di luar kelas dalam kehidupan mereka
seharian. Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat merancang,
mengurus dan melaksanakan program khidmat komuniti dengan baik pada
masa yang akan datang.
3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami


untuk memastikan kelancaran program ini dengan :

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej
Vokasional.
3.2 Supaya dapat membentuk pelajar kolej vokasional yang berkemahiran
berkomunikasi, berkerjasama dalam kumpulan dan berkepimpinan.
3.3 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.4 Menjaga nama baik Kolej Vokasional Butterworth sepanjang dan selepas
pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT

Program ini berhasrat untuk mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian


pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan kepada pihak
kolej. Selain daripada memberi sumbangan kepada kolej, ia juga bertujuan
melahirkan sifat patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memupuk perasaan bertimbang rasa dan sifat keprihatinan terhadap


komuniti di persekitaran.

5.2 Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri
setiap pelajar.

5.3 Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta


kemahiran.

5.4 Mengamalkan sikap sentiasa ringan tulang serta Menanam


semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan pelajar dalam
menyumbang bakti kepada kolej dan masyarakat sekitar.

5.5 Kolej dapat melahirkan lebih ramai pelajar kumpulan kelas pertama,
yang mempunyai nilai nilai etika dan sahsia yang tinggi

6.0 TEMA
Kesungguhan Demi Mencapai Kejayaan
7.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh sekumpulan Pelajar Kolej Vokasional Kuala


Selangor Diploma Perakaunan.

8.0 BUTIRAN PROGRAM

8.1 Peserta
25 orang pelajar Kolej Vokasional diploma Perakaunan.

8.2 Tarikh : 20 Januari 2021


Masa : 8:00 pagi – 1:00 tengah hari.
Tempat : Bilik Guru 2, Kolej Vokasional Kuala Selangor.

8.3 Tentatif Program

MASA ATURCARA
8.00 a.m. Semua murid berkumpul di lobi dan mendengar
penjelasan daripada guru penasihat tentang aktiviti
yang akan dilaksanakan.
9.00 a.m. Mengambil bahan untuk mengemas Bilik Guru 2 di stor
dan melakukan aktiviti membersihkan dan
menceriakan Bilik Guru 2.
12.30 p.m. Setelah selesai, pelajar mengumpul sampah untuk
dibuang.
1.00 p.m. Pelajar dibenarkan bersurai dan makan tengah hari di
dewan makan.

8.4 Perincian Program

1. Aktiviti senamrobik
 Pelajar berkumpul di Dataran TVET
 Pelajar senamrobik mengikut muzik yang disediakan
 Dapat meningkatkan jasmani pelajar
2. Aktiviti gotong-royong di Bilik Guru 2
 Untuk menceriakan Bilik Guru 2
 Membaiki kerosakan
 Dapat mengeratkan hubungan silaturahim
8.5 Struktur Organisasi Program

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI


PENASIHAT PROGRAM
Nur Shafaainaa Bt Muhammad Yunus
PENGARAH PROJEK
Muhammad Iman Irfan Bin Ishak
PENOLONG PENGARAH PROJEK
Nur Uzma Iwani Binti Johari
SETIAUSAHA
Ain Ilya Syazmin binti Mohd Salmi
BENDAHARI
Nurulhaishimah binti Kadir
AJK KECERIAAN
Shazalisa Zyra binti Shaharuddin
Ahmed Rifa’ie Zuhair bin Azmi

9.0 SUMBER DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Sumber Kewangan :

Tajaan makanan oleh Dewan Makan – Sarapan dan makan tengah hari.

b) Anggaran Perbelanjaan :

BIL PERKARA RM

JUMLAH
10.0 PENUTUP

Diharapkan pihak Kolej Vokasional Kuala Selangor dapat mempertimbangkan dan


meluluskan kertas kerja cadangan untuk projek menceriakan bilik guru Kolej
Vokasional Kuala Selangor ini agar dapat berjalan lancar bagi menjayakan program
ini. Kami juga berharap projek ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya
yang utama yakni memupuk semangat perpaduan dan menambah pengetahuan
berkenaan perayaan di Malaysia dalam kalangan murid. Setinggi penghargaan kami
rakamkan kepada pihak pentadbiran Kolej Vokasional Kuala Selangor dan semua
pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan
projek ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................... ...........................................
(MUHAMMAD IMAN IRFAN) ( )
PENGARAH PROGRAM, PENSYARAH KURSUS
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI, KHIDMAT KOMUNITI
KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR.

Disahkan oleh,

.........................................
( )
PENYELARAS KURSUS
KHIDMAT KOMUNITI

- Format tulisan dalam laporan program mestilah menggunakan font arial (12).
- No spacing pada setiap perenggan.
- Wajib ‘justify’.

Anda mungkin juga menyukai