Anda di halaman 1dari 54

MESIN PEMBUATAN AISKRIM GULUNG

BERASASKAN SISTEM PENYEJUKAN PETI


SEJUK

WAN MUHAMMAD SYAHIR BIN WAN


RAZID
MOHAMAD AFIQ MUKHRIZ BIN ABDUL
MALIK
ZULHIMI MARWAN BIN ZULAZRI

2023

DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN


PENYAMANAN UDARA
KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH
MESIN PEMBUATAN AISKRIM GULUNG
BERASASKAN SISTEM PENYEJUKAN
PETI SEJUK

Oleh

WAN MUHAMMAD SYAHIR BIN WAN RAZID


MOHAMAD AFIQ MUKHRIZ BIN ABDUL MALIK
ZULHIMI MARWAN BIN ZULAZRI

Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada


Kolej Vokasional Tanah Merah Bagi Memenuhi Sebahagian
Daripada Keperluan Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyejukan
Udara
PROGRAM TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN
UDARA

i
PENGAKUAN PENULIS

“Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja
kumpulan kami dan dibuat berdasarkan undang-undang yang
termaktub di bawah peraturan Kolej Vokasional. Ia adalah asli
berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh kami. Projek
ini merupakan penambahbaikan mesin yang dicipta sebelum ini.

Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh


saya melanggar mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil
kerja saya akan di gagalkan dan didapati sebagai tidak
melengkapkan diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang
tindakan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional.”

Nama Penulis 1 : Mohamad Afiq Mukhriz bin Abdul Malik


Tandatangan : ...................................................
No Kad Pengenalan : 031020-03-0963

Nama Penulis 2 : Wan Muhamad Syahir bin Wan Razid


Tandatangan : ...................................................
No Kad Pengenalan : 030610-03-1187

Nama Penulis 3 : Zulhimi Marwan bin Zulazri


Tandatangan : ...................................................
No Kad Pengenalan : 031114-16-0347

Program : Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara


Nama Kolej : Kolej Vokasional Tanah Merah
Tajuk Projek : Mesin Pembuatan Aiskrim Gulung Berasaskan
Sistem Penyejukan Peti Sejuk

ii
PERAKUAN PENYELIA PROJEK (PP)

“Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan
segala yang terkandung di dalam adalah benar. Projek ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat
dan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional bagi tujuan
penganugerahan Diploma Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan
Udara”.

Tandatangan : ……………………………………….
Nama : En. Nazrujehan bin Saian
No. Kad Pengenalan : ……………………………………….
Tarikh : ……………………………………….

iii
PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada


Penyelia Projek saya, En. Nazrujehan bin Saian yang telah banyak
memberi bimbingan dan nasihat kepada saya untuk menyiapkan projek ini
dengan penuh kesabaran.

Tidak lupa juga kepada seluruh keluarga yang banyak memberi


sokongan dan dorongan yang kuat sepanjang kajian ini dijalankan.
Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang secara langsung atau
tidak dalam memberikan idea-idea dan cadangan. Segala tunjuk ajar,
nasihat dan panduan tidak akan saya lupakan.

Semoga kajian yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan dari Tuhan.

Sekian

iv
ABSTRAK

Tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk membuka lebih


banyak peluang kepada peniaga-peniaga kecil yang ingin memulakan
perniagaan menjual aiskrim terutamanya aiskrim gulung. Dengan
projek yang dijalankan ini,sistem yang digunakan diperbuat daripada
unit penyejukan peti sejuk yang terpakai. Mesin pembuatan aiskrim
mula terkenal pada tahun 2020 di negara-negara seperti
Thailand,Vietnam,Indonesia dan di negara kita Malaysia. Masalah
yang timbul kepada peniaga-peniaga adalah,kos mesin pembuatan
aiskrim gulung ini adalah terlalu tinggi. Ianya adalah kerana
permintaan mesin pembuatan aiskrim gulung semakin tinggi. Sistem
yang digunakan pada mesin tersebut diambil daripada alat-alat dan
komponen baru yang menyebabkan kos pembuatan mesin ini sangat
mahal. Membina mesin pembuatan aiskrim gulung yang lebih rendah
kos dan menggunakan bahan-bahan terpakai. Mesin ini dibina
menggunakan sistem penyejukan peti sejuk terpakai yang mudah
didapati pada peti sejuk terpakai. Sistem tersebut juga akan diservis
terlebih dahulu supaya dapat memberikan kepuasan kepada pembeli
dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kos pembelian
mesin pembuatan aiskrim gulung. Pelaksanaan projek ini adalah di
bengkel teknologi penyejukan dan penyamanan udara. Projek ini
dapat membuat aiskrim gulung dengan kos yang rendah. Hal ini dapat
membantu peniaga-peniaga kecil yang ingin memulakan perniagaan.
Dapatan menunjukkan mesin aiskrim gulung yang dibangunkan
berfungsi dengan baik.. Peniaga-peniaga juga berpuas hati dengan
penggunaan mesin aiskrim gulung ini yang mesra pengguna. Implikasi
projek menunjukkan pengguna berasa lebih jimat dan mudah dengan
menggunakan mesin aiskrim gulung ini.

v
ABSTRACT

The main purpose of this project is to open more opportunities for


small traders who want to start a business selling ice cream,
especially rolled ice cream. With this project carried out, the system
used is made from used refrigerator cooling units. Ice cream making
machines became famous in 2020 in countries such as Thailand,
Vietnam, Indonesia and in our country Malaysia. The problem that
arises for the traders is that the cost of this roll ice cream machine is
too high. It is because the demand for rolled ice cream machines is
getting higher. The system used on the machine is taken from new
tools and components which cause the cost of manufacturing this
machine to be very expensive. Build a roll ice cream machine that is
lower in cost and uses used materials. This machine is built using a
used refrigerator cooling system that is readily available on used
refrigerators. The system will also be serviced first so that it can
provide satisfaction to the buyer and at the same time can reduce the
cost of purchasing the rolled ice cream machine. The implementation
of this project is in the refrigeration and air conditioning technology
workshop. This project can make ice cream rolls with low cost. This
can help small traders who want to start a business. Findings show
that the rolled ice cream machine developed works well. The traders
are also satisfied with the user-friendly use of this rolled ice cream
machine. The implication of the project shows that users feel more
economical and convenient by using this rolled ice cream machine.

vi
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Muka Dalam Laporan Projek ii


Pengakuan Penulis iii
Perakuan Penyelia Projek (PP) iv
Penghargaan v
Abstrak vi-vii
Isi Kandungan viii-ix
Senarai Jadual
1. Kandungan Gas R22 14
2. Komponen Penyamanan Udara 20
3. Carta Gantt 23-25
4. Carta Alir 26
5. Senarai Bahan 27
6. Proses Pelaksanaan Kerja 28
7. Senarai Alat Pengujian 32
8. Keputusan Ujian Dan Pentaulihan 34
Senarai Rajah
1. Kitaran Penyejukan 6
2. Pemampat 7
3. Pemeluwap 9
4. Peranti Pemeteran 10
5. Penyejat 12
6. Bahan Pendingin 13
7. Penyamanan Udara 15
8. Mesin Pembuatan Ais krim Gulung 16
9. Peti Sejuk 17
10. Kitaran Asas Penyejukan 19

vii
PERKARA MUKA SURAT

11. Lakaran Awal 29


12. Mengukur Bahan-bahan 42
13. Memotong Bahan-bahan 42
14. Menguji Kompresor 42
15. Memasang Bahan-bahan pada rangka projek 42
16. Semua Bahan Siap Dipasang Pada Rangka Projek 43
17. Melakukan Pengujian Pada Projek 43
BAB 1 Pengenalan 1
1.1 Pengenalan Projek 1-2
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Objektif 3
1.4 Tujuan 3
1.5 Skop Projek 3
BAB 2 Kajian Literatur 4
2.1 Pengenalan 4
2.2 Komponen Asas dan Kitaran Penyejukan 5-14
2.3 Sistem Penyejukan 15-20
BAB 3 Metodologi 21
3.1 Pengenalan 21-22
3.2 Carta Gantt 23-25
3.3 Carta Alir 26
3.4 Senarai Bahan 27
3.5 Proses Kerja 28
3.6 Lakaran Awal 29
3.7 Masalah Teori 30
BAB 4 Dapatan Dan Analisis 31
4.1 Data Pengujian Sistem 31
4.2 Objektif 32
4.3 Senarai Alat Pengujian dan Langkah Keselamatan 32-33
4.4 Keputusan Ujian dan Pentauliahan 34
4.5 Pengiraan Bagi Penukaran Unit Dari psi ke bar 35-37

viii
PERKARA MUKA SURAT

BAB 5 Perbincangan, Cadangan Dan Kesimpulan 38


5.1 Pengenalan 38
5.2 Perbincangan 38
5.3 Cadangan 39
5.4 Kesimpulan 40

Rujukan 41
Lampiran 42-43

ix
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek

Sistem penyejukan didefinasikan sebagai proses pemindahan haba


dari satu tempat ke satu tempat yang tidak diperlukan ke satu tempat
yang memerlukan. Haba yang tidak diperlukan pada suatu
tempat,ruang ataupun bahan perlulah dipindahkan untuk menjadi
sesuatu tempat,ruang ataupun bahan menjadi sejuk atau nyaman.
Proses ini dipanggil “Refrigerated Cordinaly” (Hukum penyejukan
dimana haba akan dipindahkan dari tempat yang panas ke tempat
yang sejuk).

Peralatan penyejukan digunakan dalam banyak bidang aktiviti.


Tidak mungkin dilakukan tanpa kehidupan sehari-hari dan mustahil
untuk membayangkan karya penuh kedai pengeluaran di perusahaan,
lantai perdagangan, dan tempat ondense awam. Bergantung pada
tujuan dan ruang lingkup yang dimaksudkan, terdapat beberapa jenis
peranti utama seperti pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan
penyejat.

Sebenarnya suhu rendah yang terhasil bukan penyebab


semata-mata kepada pembekuan keras di ruang pembekuan
sesebuah peti sejuk. Ketiadaan haba pada ruang tersebut yang
menyebabkan sebarang bentuk cecair akan menjadi keras. Sebagai
contoh, air menjadi pepejal apabila suhu menjadi rendah ke 0°C dan

1
mula cair pada suhu yang sama kerana kehadiran haba pendam jika
proses pembuangan haba terhenti misalnya jika peti sejuk itu
dihentikan.

1.2 Penyataan masalah

Mesin pembuatan aiskrim mula terkenal pada tahun 2020 di negara-


negara seperti Thailand,Vietnam,Indonesia dan di negara kita
Malaysia. Masalah yang timbul kepada peniaga-peniaga adalah,kos
mesin pembuatan aiskrim gulung ini adalah terlalu tinggi. Ianya adalah
kerana permintaan mesin pembuatan aiskrim gulung semakin tinggi.
Sistem yang digunakan pada mesin tersebut diambil daripada alat-alat
dan komponen baru yang menyebabkan kos pembuatan mesin ini
sangat mahal.

1.3 Objektif

Projek yang kami jalankan ini ialah penyejukan papan steel,kemudian


dituang susu manis atau apa-apa sahaja cecair perisa yang ingin
digulung menjadi aiskrim. Cecair tersebut disapu rata di atas
permukaan papan sehingga nipis dan kemudian digulung untuk
dihidangkan sama ada di dalam bekas atau pinggan. Projek yang
kami tambahbaik ini dapat mengurangkan kos pembuatan sistem
penyejukan mesin tersebut kerana menggunakan sistem yang
terdapat pada peti sejuk terpakai yang tidak digunakan lagi. Projek ini
sesuai kepada pengusaha-pengusaha restoran,peniaga-peniaga kecil
mahupun orang awam yang ingin membuat aiskrim gulung di rumah
tanpa perlu beratur di kedai untuk membelinya.

1.4 Tujuan

Tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk membuka lebih


banyak peluang kepada peniaga-peniaga kecil yang ingin memulakan
perniagaan menjual aiskrim terutamanya aiskrim gulung. Dengan

2
projek yang dijalankan ini,sistem yang digunakan diperbuat daripada
unit penyejukan peti sejuk yang terpakai. Ini akan mengurangkan kos
pembuatan mesin tersebut dan sekaligus dapat mengurangkan kos
bagi perniaga-perniaga yang ingin membeli mesin pembuatan aiskrim.

1.5 Skop Projek

Membina mesin pembuatan aiskrim gulung yang lebih rendah kos


dan menggunakan bahan-bahan terpakai. Pemilihan bahan pada
semester 3 yang lepas telah ditentukan, dimana kami telah bersetuju
menggunakan bahan-bahan terpakai yang boleh didapati di bengkel.
Pada semester akhir ini, kami telah memulakan kerja-kerja. Kami
memulakan dengan membuat rangka awal. Sistem penyejukan juga
telah diservis terlebih dahulu supaya dapat memberikan kepuasan
kepada pembeli

3
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Menurut tulisan Alan The Leam Seng dalam akhbar New Straits Times
(NST), aiskrim pertama kali diperkenalkan secara besar-besaran oleh
syarikat Cold Storage Ltd yang bertapak di Singapura. Pembuatan
aiskrim secara komersial di Malaya bermula pada tahun 1923 apabila
Cold Storage mengasaskan jabatan susu dan aiskrim yang pertama di
Singapura sebelum datang ke Kuala Lumpur beberapa tahun
kemudian. Ketika itu, produk aiskrim dipasarkan bawah tanda
perniagaan Paradise yang ada logo burung cenderawasih.
Pembuatan aiskrim juga menjadi lebih moden apabila kilang
diciptakan untuk menghasilkan cecair dan pepejal karbon dioksida,
bahan penting untuk menurunkan suhu agar terciptanya aiskrim.

Aiskrim gulung ialah hidangan sejuk, lazat dan unik pada

pencuci mulut klasik. Ia dibuat dengan menuang lapisan nipis aiskrim


ke atas gril teppanyaki sejuk beku dan kemudian menggulungnya ke
dalam kayu balak. Aiskrim dihasilkan dengan menuang tenusu manis
pada permukaan logam yang sangat sejuk (-35 darjah) yang serupa

dengan gril atas rata atau griddle kepada orang Barat. Cecair itu
disebarkan ke dalam lapisan nipis dan kemudian digulung, dan proses
ini diulangi berulang kali

4
Pada tahun 2009,aiskrim gulung telah dicipta di
Thailand.Terdapat beberapa pengedar pada masa itu,tetapi ia tidak
begitu dikenali ramai. Idea aiskrim tumis adalah pelik walaupun
aiskrim itu bukan “tumis”, penggunaan pinggan griddle teppanyaki
untuk membuat hidangan berais bukanlah perkara biasa. Sehinggalah
pada tahun 2011-2012,aiskrim gulung mula mendapat nama di
Thailand dan mula berkembang ke negara jiran seperti Malaysia,
Filipina dan Kemboja. Aiskrim gulung mula menjadi pencuci mulut
kegemaran di Amerika Syarikat pada tahun 2015.

2.2 Komponen Asas Dan Kitaran Penyejukan

2.2.1 Fungsi komponen asas

Penyejukan adalah proses pemindahan haba dari satu tempat ke satu


tempat yang lain tanpa mendatangkan sebarang masalah kepada
alam sekitar dan kehidupan seharian.

Dalam proses pemindahan haba ini terdapat beberapa komponen


yang diperlukan :

 Pemampat (Compressor)
 Pemeluwap (Condenser)
 Peranti Pemeteran (Metering Device)
 Penyejat (Evaporator)

Empat komponen ini dianggap penting kerana setiap satu


mempunyai fungsi yang berlainan tetapi ia amat memerlukan diantara
satu sama lain. Jika salah satu daripada komponen diatas didapati
tidak berfungsi atau rosak maka kitaran penyejukan tidak akan
berlaku.

5
Kitaran Penyejukan

Rajah 1 Kitaran Penyejukan

6
2.2.2 Pemampat (compressor)

Rajah 2 Pemampat

Di dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara , pemampat


merupakan komponen yang penting dimana ia diibaratkan sebagai
jantung pada sistem. Ini kerana pemampat akan mengepam bahan
pendingin yang masuk ke seluruh sistem sebagaimana jantung
mengepam darah ke seluruh tubuh manusia.

Fungsi Pemampat di dalam sistem penyejukan dan


penyamanan udara ialah menyedut bahan pendingin dari saluran
sedutan dan memampatkan bahan pendidngin tersebut sebelum
keluar ke pemeluwap. Ia juga berfungsi untuk memberi

7
penyelenggaraaan perbezaan tekanan dan suhu pada bahagian
tekanan tinggi dan bahagian tekanan rendah.

Di dalam sistem penyejukan dan penyamanan


udara,pemampat terletak diantara pemeluwap dan penyejat. Terdapat
banyak jenis pemampat di dalam sistem penyejukan dan penyamanan
udara,namun kami telah memilih menggunakan pemampat yang
terpakai jenis heptic. Ini kerana ia lebih bersesuaian dengan projek
yang kami jalankan.

8
2.2.3 Pemeluwap (condenser)

Rajah 3 Pemeluwap

Pemeluwap adalah salah satu komponen utama yang berfungsi untuk


menukar gas tekanan tinggi kepada cecair tekanan tinggi. Komponen
ini dipasang diantara pemampat dan peranti pemeteran.

Terbahagi kepada tiga jenis yang mana jenis-jenis ini


bergantung kepada bahan pendingin yang digunakan oleh pemeluwap
bagi menyingkirkan haba. Proses pertukaran gas kepada cecair ini
dilakukan dengan menggunkan mendia angin. Proses ini akan
berubah menjadi bahan pendingin tetapi tidak mengubah suhu dan
tekanan dalam sistem kerana ini akan berlaku pada haba pendam
pelakuran.

9
2.2.4 Peranti Pemeteran (metering device)

Rajah 4 Peranti Pemeteran

Peranti pemeteran ialah salah satu daripada komponen yang terdapat


dalam sistem penyejukan dan penyejukan udara. Terdapat pelbagai
jenis peranti pemeteran yang digunakan dalam sistem penyejukan
dan penyamanan udara. Peranti pemeteran berfungsi untuk
mengawal cecair bahan pendingin yang masuk ke penyejat dan
merendahkan tekanan cecair iaitu dari cecair tekanan tinggi ke cecair
tekanan rendah.

Suhu,tekanan atau gabungan kedua-dua di manipulasikan


bagi mengawal operasi peranti ini agar jumlah cecair yang memasuki
ke dalam penyejat mencukupi dan mengelakkan cecair dari
memasuki pemampat bagi mengekalkan kecekapan.

10
Bagi melaksanakan projek kami ini,saya telah memilih untuk
menggunakan capillary tube atau tiub rerambut sebagai peranti
pemeteran. Ini kerana keupayaan tiub rerambut dalam memelihara
atau mengawal perbezaan antara tekanan tinggi dan tekanan rendah.
Dalam sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara,peranti
pemeteran diletakkan diantara pemeluwap dan penyejat.

11
2.2.5 Penyejat (evaporator)

Rajah 5 Penyejat

Salah satu komponen asas yang penting ialah penyejat. Projek ini
tidak menggunakan penyejat, sebaliknya menggunakan gegelung
penyejat. Gegelung penyejat merupakan satu komponen dimana
tempat berlakunya proses penyejukan dan pembekuan. Didalam
gegelung penyejat haba sekeliling akan diserap oleh cecair
bertekanan rendah. Setelah di serap, cecair akan bertukar menjadi
wap yang bertekanan rendah dan akan masuk kepemampat. Semasa
penukaran bentuk akan berlaku satu proses haba pendam dimana
cecair akan bertukar dan membentuk wap tanpa berlakunya
perubahan suhu dan tekanan.

12
2.2.6 Bahan Pendingin ( R-134A )

Bahan pendingin pada penyejukan dan penyamanan peti sejuk


merupakan media yang sudah cukup lama digunakan, berfungsi untuk
memindahkan haba panas dari satu tempat ke tempat yang lain. Jenis
– jenis bahan pendingin termasuk Ammonia, Sulfur Doiksida,
Hidrokarbon seperti methane, methyl klorida, methylene florida, HFC
seperti R11 ( umum digunakan pada refrigerator dan air conditioner )
dan R22. Kesedaran bahawa HFC turut berperanan dalam kerosakan
lapisan ozon, Sehingga kebimbangan mengenai penipisan lapisan
ozon muncul pada tahun 1980-an, bahan pendingin yang paling
banyak digunakan adalah halometana R-11, R12 dan R-22.
Pendingin tradisional disertakan klorofluorokarbon (CFC) dan
hidroklorofluorokarbon (HCFC), namun pada masa kini ia
dihentikankan dan telah digantikan oleh gas mesra ozon seperti
R134a, R407 dan R410a.

13
Rajah 6 Bahan Pendingin

Sifat – sifat Bahan Pendingin (R-134A)

Sifat kimia/fizikal
-Sekumpulan gas yang digunakan untuk aplikasi penyejukan,
umumnya tidak beracun, tidak mudak terbakar, tidak menghakis dan
mempunyai sifat termodinamik yang dikehendaki dari bahan pendingin
yang baik.

Sifat berbahaya
-Walaupun cukup selamat digunakan di tempat kerja, CFC didapati
mempunyai kesan buruk pada lapisan ozon pelindung UV bumi
sehingga penggunaannya telah dilarang dan tidak lagi dihasilkan.
HFC dan HCFC masih digunakan sebagai pengganti tetapi kesan gas
rumah kaca yang kuat (penyerap kuat radiasi inframerah),
penggunaannya dikendalikan dan diatur dengan berhati-hati

Kandungan gas R-134A


Perkara Penjenlasan
Keadaan luaran Kurang warna
Takat didih −14.9 °C /−26.1° C
Kelarutan dalam air 0.11% dari berat 25 ° C

Suhu kritikal 122°C

Jadual 1 Kandungan gas R22

14
2.3 Sistem Penyejukan

2.3.1 Peralatan kajian yang telah dijalankan oleh pihak lain

Rajah 7 peralatan kajian yang dijalankan oleh pihak lain

Rajah 7 penyamanan udara

Penyamanan udara bertindak sebagai pendingin. Ia juga akan


memberi keselesaan dengan mengatur suhu sekeliling, tahap
kelembapan, kandungan oksigen dan mewujudkan kandungan udara
yang segar dari bahan-bahan tercemar.

15
Rajah 8 Mesin pembuat aiskrim gulung

Mesin aiskrim gulung adalah mesin yang diperbuat khas untuk


membuat aiskrim Teppanyaki ataupun dikenali sebagai aiskrim
gulung. Ia dibuat menggunakan susu, krim dan gula serta bahan
tambahan lain untuk meningkatkan rasa. Campuran cecair dikacau
untuk memasukkan ruang udara pada kuali ais dan pada masa yang
sama disejukkan kepada -30 °C (-22 °F). Proses penggulungan yang
lengkap menghasilkan gulungan ais krim atau gelato yang licin dan
separuh pepejal. Gulungan diletakkan dalam kedudukan menegak
dalam cawan aiskrim, di atasnya dengan pelbagai topping dan hiasan,
dan dimakan dengan sudu

Pencuci mulut beku berasal dari Thailand dan Menjelang


2015, Amerika Syarikat mengambil alih trend dan pencuci mulut kini
dikenali di sana sebagai “aiskrim gulung” atau “.Sebagai makanan
jalanan yang popular, pencuci mulut ini menjadi gaya aiskrim yang
popular menjelang 2012.

16
Rajah 9 peti sejuk
Peti sejuk adalah alat mekanik untuk menyimpan dan
memeliharakan makanan yang cepat rosak. Alatan ini pada dasarnya
direka bentuk sebagai unit penyejuk dengan petak sejuk beku yang
berkongsi sistem penyejukkannya dengan lagi sebuah petak untuk
suhu sejuk yang dikekalkan diluar takat sejuk beku.

Peti sejuk merupakan rekaan yang agak moden, ondens-


sama dengan alat-alat dapur yang lain. Alatan ini menggantikan kotak
ais dan unit penyejukan perdagangan telah digunakan selama hampir
satu setengah abad sebelum pengenalannya untuk kegunaan rumah.
Ini disebabkan sistem ammonia yang digunakan menyebabkan tidak
selamat untuk kegunaan rumah

2.3.2 Pengenalan Projek

Projek yang kami laksanakan ialah penggunaan semula sistem


penyejukan peti sejuk terpakai untuk membina mesin pembuatan
aiskrim gulung. Projek yang kami cipta ini dapat memudahkan para
peniaga dalam urusan perniagaan seharian mereka kerana kami telah
mencipta mesin aiskrim yang tidak memerlukan kos yang tinggi.
Projek ini bersesuaian dengan peniaga-peniaga kecil yang ingin
memulakan perniagaan aiskrim kerana kos yang diperlukan tidak
terlalu tinggi. Selain itu, perbandingan dari aspek kecekapan sistem

17
yang lebih jimat dari segi kos pembelian sistem yang menggunakan
barangan yang terpakai. Di samping itu, saya kami telah menguji
kecekapan sistem agar ianya berfungsi dengan baik supaya para
peniaga berpuas hati dengan apa yang dicipta ini.

18
2.3.3 Kitaran Asas Projek

Rajah Skematik

Rajah 10 kitaran asas projek

19
2.3.4 Penerangan

BAHAGIAN PENERANGAN

pemampat akan memampatkan wap bahan


pendingin bersuhu dan bertekanan rendah menjadi
PEMAMPAT
wap yang bersuhu dan bertekanan tinggi dan
(COMPRESSOR)
dialirkan ke ondenser (pemeluwap) melalui
discharge line

pemeluwap haba akan disingkirkan dan wap bahan


dingin yang bersuhu dan bertekanan tinggi tadi
PEMELUWAP akan bertukar kepada cecair yang bersuhu dan
(CONDENSER) bertekanan tinggi dan seterusnya dialirkan ke
metering device (peranti pemeteran) melalui liquid
line
Peranti pemeteran akan mengawal pengaliran
cecair bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan
PERANTI tinggi sehingga menukarkannya kepada cecair
PEMETERAN yang bersuhu dan bertekanan rendah dan dihantar
(TXV) ke evaporator (penyejat) melalui evap line.

penyejat haba akan diserap sehingga cecair wap


bahan dingin yang bersuhu dan bertekanan rendah
berubah bentuk menjadi wap bahan dingin yang
PENYEJAT bersuhu dan bertekanan rendah dan masuk ke
(EVAPORATOR) compressor (pemampat) melalui suction line.
Proses ini akan berlanjutan selagi unit penghawa
dingin dihidupkan
Jadual 2 Komponen Penyamanan Udara
.
BAB 3

20
METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Perancangan yang tersusun diperlukan dalam perlaksanaan sesuatu


projek. Setiap langkah diatur dan disenaraikan secara sistematik bagi
memudahkan serta melancarkan perlaksanaan projek. Bagi
mendapatkan prosedur kerja sesuatu projek yang bermula dari
penghasilan idea hingga ke peringkat penghasilan produk atau lebih
dikenali sebagai metadologi, satu kajian bagi membangunkan proses
perlaksanaan hendaklah dibuat terlebih dahulu.

Pada masa kini, pembuatan aiskrim gulung menjadi trend bagi


peniaga-peniaga terutama di pasaran besar seperti pasar malam,
pusat membeli belah dan juga tempat-tempat penarikan pelancongan.
Permasalahannya mesin pembuatan aiskrim gulung ini memerlukan
kos yang tinggi yang perlu dibayar oleh peniaga dan sekiranya mesin
tersebut rosak, maka peniaga perlu membayar mesin yang baharu
dengan kos yang lebih tinggi. Selain itu, masyarakat yang semakin
moden juga menjadi salah satu sebab permintaan tinggi untuk mesin
pembuatan aiskrim gulung ini kerana mereka tidak perlu bergerak
untuk membuat aiskrim gulung pada bila-bila masa. Ini menyebabkan
penigkatan kos pembuatan mesin tersebut semakin tinggi dan
peniaga-peniaga kecil akhirnya mula mengalami kesukaran untuk
membiayai mesin ini. Penggunaan sistem penyejukan yang terbaru
juga adalah salah satu punca kos naik dengan mendadak.

Projek yang kami laksanakan merupakan penggunaan semula


sistem penyejukan yang terdapat pada peti sejuk terpakai untuk

21
mencipta mesin pembuatan aiskrim gulung. Mesin tersebut akan
dicipta menggunakan papan grill atau dikenali sebagai papan griddle,
sistem penyejukan peti sejuk terpakai, bingkai besi yang dibentuk dan
papan besi untuk menutup bahagian penyejukan tersebut.
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, projek ini dapat
mengurangkan kos pembuatan mesin tersebut sekaligus menguji
kecekapan sistem agar ianya berfungsi dengan baik dan sempurna
agar pembeli berpuas hati dengan mesin yang dicipta ini.

Tujuan kami mencipta projek ini adalah untuk menjimatkan


para pembeli dari segi kos, dan juga ruang kerana saiz mesin ini
dicipta dengan saiz yang mesra dan lebih mudah dialihkan. Dengan
berjalannya projek ini, lebih banyak peluang terbuka kepada peniaga-
peniaga kecil yang ingin memulakan perniagaan aiskrim gulung.
Keberkesanan projek ini telah dipastikan dan memastikan kepuasan
pembeli mesin aiskrim gulung ini.

Kelebihan projek yang jalankan ini adalah penjimatan dari segi


kos dan ruang. Sistem penyejukan yang digunakan diperolehi
daripada peti sejuk terpakai dan akan dilakukan semakan kemudian
diservis terlebih dahulu sebelum digunakan. Pembinaan rangka mesin
tersebut pula akan menggunakan besi-besi terpakai dan dibentuk
untuk menjadi bingkai. Papan besi pula akan digunakan untuk
menutup bahagian penyejukan supaya dapat mengelakkan dari
sebarang masalah seperti tikus dan hujan. Papan besi berukuran
350 ×350 ×50 mm akan diletakkan pada bahagian atas untuk dijadikan
tempat penggulungan aiskrim.

22
3.2

CARTA GANTT PELAKSANAAN PTA

BULAN / MINGGU
BIL PERKARA JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS JAN FEB MAC APR
2022 2022 2022 2022 2022 2022 2023 2023 2023 2023
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3
1. PENGENALAN
PTA 1

2. MERANCANG DAN
MEMBUAT KERTAS
CADANGAN
(PROPOSAL)
3. PENULISAN
ABSTRAK
.
4. PENULISAN BAB 1 :

23
PENGENALAN

5. PENULISAN BAB 2 :
KAJIAN LITERATUR

6. PENULISAN BAB 3 :
METODOLOGI

7. PEMBENTANGAN
KERTAS CADANGAN
(PROPOSAL)

8. PENGENALAN
PTA 2

9 PENULISAN BAB 4 :
DAPATAN DAN
ANALISIS
10 PENULISAN BAB 5:
PERBINCANGAN,
CADANGAN
DANKESIMPULAN
11 PELAKSANAAN

24
PROJEK

12 PEMBENTANGAN
LAPORAN DAN
HASIL PROJEK
 Panel Penilai
 Penyelia Projek (PP)
 Pegawai Pengesah
Luaran (PPL)
Jadual 3 carta gantt

PETUNJUK :
PERANCANG
PELAKSANAAN

25
3.3 Carta Alir Pelaksanaan Projek Tahun Akhir (PTA)

MULA

PERBINCANGAN BAGI
MENJALANKAN PROJEK

MEMBUAT KAJIAN PROJEK

MEMBUAT LAKARAN
PROJEK

PENYEDIAAN BAHAN DAN


KOMPONEN

MELAKUKAN PEMASANGAN
PROJEK

PENGUJIAN
MODEL

LAPORAN DAN KEPUTUSAN

BERJAYA
TAMAT

TIDAK BERJAYA

Jadual 4 carta alir

26
3.4 Senarai Bahan Dan Peralatan Diperlukan

3.4.1 Senarai bahan

BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI


1 Pemampat 1
2 Penyejat 1
3 Pemeluwap 1
4 Peranti pemeteran 1
5 Tiub kuprum 6mm Segulung
6 Bahan pendingin R22 1
7 Besi keluli 4
8 Papan besi 50mm 1
9 Plate Segulung
Jadual 5 Senarai Bahan

27
3.5 Proses Pelaksanaan Kerja

Gambarajah Langkah Kerja


Mengukur bahan-bahan.

Memotong bahan-bahan.

Menguji kompresor

Memasang bahan-bahan pada


rangka projek.

Semua bahan-bahan siap dipasang


pada rangka projek.

Melakukan pengujian pada projek.

Jadual 6 Proses perlaksanaan kerja

28
3.6 Lakaran Awal

Rajah 11 lakaran awal

29
3.7 Masalah Teori Atau Reka Bentuk
i) Menentukan kuasa motor pemampat serta mengetahui panjang atau
pendek tiub kuprum yang hendak digunakan.
ii) Membuat sudut 45 darjah pada besi angle yang tepat.
iii) Menentukan saiz dan ukuran pada plat dengan tepat
iv) Pengukuran plywood yang hendak dipotong dengan tepat
v) Menguji common, stating and running pada motor pemampat
vi) Mengkaji berapakah belitan tiub kuprum pada plat

30
BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS PROJEK

4.1 Data Pengujian Sistem

Pengenalan

Dalam sebuah sistem penyejukan, penggunaan komponen elektrik


dan mekanikal amat meluas. Kami akan menerangkan bagaimana
hendak melakukan pengujian pada sistem penyejukan dengan cara
yang betul dan selamat. Di sini kami akan menerangkan kaedah-
kaedah pengujian bagi komponen elektrik dan mekanikal. Pengujian
sistem perlu dilakukan ke atas projek bagi mendapatkan keputusan
yang memuaskan dan ia tidak mendatangkan kemudaratan atau
bahaya pada sistem. Setiap pengujian yang saya lakukan bertujuan
membolehkan sistem yang digunakan beroperasi dengan baik tanpa
sebarang masalah.

31
4.2 Objektif
Objektif sebenar projek ini bertujuan mengurangkan kos pembuatan
mesin aiskrim gulung untuk membolehkan mesin ini dibeli dan dipakai
oleh peniaga-peniaga aiskrim di pasar malam.

Objektif merangkumi :

i) Mengurangkan kos binaan mesin


ii) Mengurangkan pembaziran dengan mengguna pakai semula
sistem penyejukan terpakai
iii) Bersifat mesra alam tanpa ada pencemaran udara

4.3 Senarai Alat Pengujian dan Langkah Keselamatan

4.3.1 Senarai alat pengujian


Alat pengujian merupakan alat yang digunakan untuk membuat
pengukuran setiap bacaan atau data-data pengujian bagi tujuan
penyeliaan projek. Berikut merupakan jenis alat pengujian serta fungsi
alat pengujian.

Bi Nama alat Fungsi alat Kuantiti


l
1. Test pen Menguji kehadiran arus elektrik 1 pcs
2. Multimeter Menguji voltan 1 pcs
3. Clamp meter Menguji larian arus 1 pcs
4. Thermometer Menguji suhu 1 pcs
Jadual 7 senarai alat pengujian

32
4.3.2 Langkah langkah Keselamatan

Keselamatan adalah faktor yang amat didalam kehidupan supaya


keselamatan individu,orang sekeliling harta benda dan alam sekitar
berada dalam keadaan yang selamat.kemlangan boleh berlaku secara
tidak sengaja atau diluar jangkaan kita keselamatan adalah
keutamaan untuk menyelamatkan diri dari kecederaan keselamatan
boleh diklasifikasikan kepada 5 bahagian:

1. Keselamatan didalam bengkel

2. Keselamatan peralatan yang digunakan

3. Keselamatan diri.

4. Keselamatan ketika pemasangan projek

5. Keselamatan projek.

Keselamatan Di Dalam Bengkel

 Bersihkan peralatan atau perkakas sebelum dan selepas


digunakan. Memasang papan tanda 'BAHAYA' ATAU
'DIDALAM SELENGGARAN
 Sediakan peti pertolongan cemas.
 Jangan bergurau senda semasa rakan semas sedang
melakukan kerja.
 Laporkan kepada penyelia dengan segera jika berlaku
kemalangan.

Keselamatan peralatan yang digunakan

 Jangan gunakan mesin yang rosak.

33
 Ikut S.O.P pada mesin tersebut.
 Menggunakan alat perlindungan diri seperti memakai pelindung
 mata,sarung tangan,ear plug dan pakaian keselamatan.
Gunakan peralatan tangan yang sesuai dengan benda kerja
yang hendak dilakukan.

Keselamatan diri

 Memakai pakaian yang kemas dan sesuai.


 Memakai jaket keselamatan dan kasut safety boots.
 Bekerja ditempat yang selamat dan teduh

4.4 Keputusan ujian dan pentauliahan


Bil Perkara Bacaan
selepas 10
minit
1 Starting ampere 4.1 AMP

2 Running ampere 3.6 AMP

3 Suhu paip sebelum pemampat 9°C

4 Suhu paip selepas pemampat 63°C

5 Suhu paip sebelum pemeluwap 34°C

6 Suhu paip selepas pemeluwap 31°C

7 Suhu paip sebelum penyejat 15°C

8 Suhu paip selepas penyejat 9°C

9 Suhu masuk pemeluwap 27°C

10 Suhu keluar pemeluwap 36°C

11 Tekanan rendah 50 Psi

34
12 Tekanan tinggi 280 Psi

Jadual 8 Keputusan Ujian dan Pentauliahan

4.5 Pengiraan bagi penukaran unit tekanan dari psi ke bar

1Bar = 14.7Psi = 101325Pa

Pabs Pg+ Patm

Tekanan mutlak (Pabs)= Tekanan gauge (Pg) + Tekanan atmosfera

a) Membuat penukaran unit untuk tekanan rendah

Pabs = Pg+ Psig

= 50+ 14.7 Psig

= 64.7Psl / 14.7

= 4.40 Bar

a) Membuat penukaran unit untuk tekanan tinggi

Pabs Pg+ Psig

=280+ 14.7 Psig

= 294.7Psi / 14.7

35
= 20.04Bar

Nisbah mampatan (compression Ratio)

Com = HP LP

= 20.04/4.4

= 4.55 bar

Kesan pendinginan (refrigerant effect)

C - A = kj / k * g

=418-215

= 203kj / k * g

Haba disingkir (heat reject at condenser)

D - A = kj / k * g

=440-215

= 225kj / k * g

Kerja mampatan (compression work)

4) D - C = kj / k * g

=440-418

36
= 22KJ / K * G

37
Kadar aliran refrigerant (mass flow rate refrigerant)

1) M_{o} = Q C-A

= 0.746/203

= 0.0036

Kuasa diperlukan oleh pemampat (power required by compressor)

2) W = m(d - c)

= 0.0036 (440-418)

= 0.0036 * 22

= 0.0792

Pelaki prestasi (coefficient of performance -- COP)

3) Cop

= Q/W

= 0.746/0.0702

9.4

4) EER

3.412 x Cop

= 3.412 * 9.4

= 32.07

38
BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini dan secara
amnya bab ini akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang
hasil dapatan dari pengujian terhadap reka bentuk yang telah dianalisi
dalam Bab 4. Hasil dapatan ini disokong dengan pendapat-pendapat
yang boleh mengukuhkan lagi hasil Analisa ini. Kesimpulan pula
dibuat berdasarkan kepada perbincangan ke atas dapatan yang telah
diperolehi dan beberapa cadangan juga turut dikemukan bagi
digunapakai untuk kajian-kajian yang akan dilakukan kelak.

5.2 Perbincangan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana reka bentuk

Pembangunan dalam sains dan teknologi menghasilkan pelbagai


bentuk komponen yang lebih canggih dan berteknologi tinggi. Namun
tujuan utama pembinaan projek ini ialah merendhkan lagi kos proses
pembuatan mesin aiskrim gulung. Ia juga merupakan satu teknologi

39
yang dapat diterima pakai masyarakat dan mewujudkan satu
kemudahan untuk dimiliki oleh semua golongan.

Berdasarkan binaan yang terhasil, dapat disimpulkan bahawa projek


yang dilaksanakan telah mencapai objektif utama dan matlamat yang
dikehendaki iaitu menghasilkan sebuah projek yang rendah kos.

5.3 Cadangan

Berikut adalah cadangan bagi mengurangkan kos iaitu dengan


menggunakan pemampat peti sejuk terpakai.

5.3.1 Menambah Kekukuhan Rangka Projek

Kami mendapati bahawa projek yang sedia ada mempunyai sedikit


kekurangan/kelemahan ialitu kekurangan kekukuhan pada rangka,
kami berharap bahwa rangka projek yang kami bina ini akan diperbaki
dan diperluaskan lagi tapaknya.

5.3.2 Menambah Baik Pendawaian Elektrik

Kami mendapati pendawaian yang kami guna pada agak kurang


memuaskan dan boleh menyebabkan kendala ketika cuba
meghidupkan. Ini dapat diselesaikan dengan menggunakan wayar
baru dan pasang dengan teliti dan cermat.

40
5.4 Kesimpulan

Projek ini adalah hasil ciptaan kami khas untuk para peniaga kecil
yang ingin memulakan perniagaan. Projek ini dirangka dan dijalankan
dengan memenuhi kehendak silibus Teknologi Penyejukan dan
Penyamanan Udara. Kami berharap projek yang kami cipta ini dapat
diterima oleh masyarakat pada masa kini. Ia bersesuian dengan
konsep kami iaitu untuk memberi kemudahan dan kesenangan pada
para pengguna.

41
RUJUKAN

1) https://www.coursehero.com/file/63653881/laporan-akhir-pta-
Copy-4docx/

2) https://www.studocu.com/my/document/politeknik-kota-
kinabalu/trim-final automotif/laporan-akhir-automotif/8870016

3) https://www.academia.edu/43127819/
_CONTOH_BAB_1_2_3_4_5_6_LAPORAN_AKHIR

4) http://kejuteraanelektronik.blogspot.com/2016/05/report-projek-
akhir-automatic-cooling.html?m=1

5) heritage.gov.my https://heritage.gov.my › 5-k...PDF FORMAT


Penulisan Laporan Akhir

6) Scribd https://www.scribd.com › document Projek Tahun Akhir


Hvac | PDF

7) Course Hero https://www.coursehero.com › file PROPOSAL


BUSINESS PROJECT MINI AIRCOND.pdf - DPB6043...

8) https://www.academia.edu › Rekabe... Rekabentuk Dan


Membina Sistem Penyaman Udara Mudah Alih

9) https://youtu.be/KuATLI5mty8

42
Lampiran

Rajah 12 mengukur bahan-bahan.

Rajah 13 memotong bahan-bahan.

Rajah 14 menguji kompresor

Rajah 15 memasang bahan-bahan pada rangka projek.

43
Rajah 16 semua bahan-bahan siap dipasang pada rangka projek.

Rajah 17 melakukan pengujian pada projek.

44

Anda mungkin juga menyukai