Anda di halaman 1dari 34

SMART WATER COOLED CONTAINER

OLEH

MUHAMMAD ANAS MIRZA BIN NORAZAM


MUHAMMAD HAFIZ IRFAN NORPAKIDIN
MUHAMMAD HARIZ ERSHAD BIN RAHIM
MUHAMMAD NURHAIKAL PUTRA BIN ISMAIL

Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada Kolej Vokasional Sepang Untuk


Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Diploma Teknologi Penyejukan Dan
Penyamanan Udara

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI


PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA

2023

i
PENGAKUAN PENULIS

Dengan ini kami akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja kami sendiri dan dibuat
berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej Vokasional
Sepang. Ia merupakan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh kami.

Nama Penulis 1 : MUHAMMAD HARIZ ERSHAD BIN RAHIM


Tandatangan :
No Kad Pengenalan : 040409-10-0143

Nama Penulis 2 : MUHAMMAD ANAS MIRZA BIN NORAZAM


Tandatangan :
No Kad Pengenalan : 040616-14-1239

Nama Penulis 3 : MUHAMMAD HAFIZ IRFAN BIN NORPAKIDIN


Tandatangan :
No Kad Pengenalan : 031004-10-1045

Nama Penulis : MUHAMMAD NURHAIKAL PUTRA BIN ISMAIL


Tandatangan :
No Kad Pengenalan : 040613-14-0337

Program : DIPLOMA TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMAN


UDARA
Nama Kolej : KOLEJ VOKASIONAL SEPANG
Tajuk Projek : PROTABLE ICE MAKER FOR STORAGE CONTAINER

Penyelia Projek : PUAN NORAZLINNA BINTI UJANG


Tandatangan :

ii
PERAKUAN PENYELIA PROJEK (PP)

“Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang
terkandung di dalam adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti serta telah memenuhi segala syarat dan undang-undang di bawah peraturan
Kolej Vokasional bagi tujuan penganugerahan Diploma Teknologi Penyejukan
Dan Penyaman Udara”.

Tandatangan :

Nama :

No Kad Pengenalan :

Tarikh :

iii
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi serta selawat ke atas junjungan besar kita iaitu
Nabi Muhammad SAW dapatlah kami menyiapkan projek tahun akhir dengan
cemerlang dalam tempoh yang telah ditetapkan tanpa menghadapi sebarang
masalah yang sukar diselesai.

Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat


secara langsung mahupun tidak langsung terutamanya penyelia kami Pn.
Norazlinna binti Ujang yang telah banyak memberi segala tunjuk ajar, nasihat,
dorongan serta kritikan membina kepada kami sehinggakan kami berjaya
menyiapkan laporan projek akhir ini.

Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan kami dan ahli
keluarga yang banyak membantu dari segi pandangan dan kewangan dalam
menyiapkan tugasan projek tahun akhir ini. Dengan ini kami bersyukur ke hadrat
Allah SWT maka siaplah projek tahun akhir ini.

Harapan kami semoga laporan ini dapat dijadikan contoh dan panduan
kepada pihak-pihak yang berkenaan pada masa hadapan dan boleh
memperbaharui projek kami dengan teknologi-teknologi akan datang.

iv
ABSTRAK

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk mereka bentuk Smart Water Cooled
Container dengan menggunakan sistem penyejukan sebagai faktor utama untuk
menyegarkan barangan mentah seperti ikan, ayam dan daging. Dimana projek ini
memainkan peranan yang penting bagi menggantikan tenaga manusia.
Masalah yang dihadapi adalah peniaga sering menggunakan tenaga manusia yang
banyak untuk memproses ketahanan dan kesegaran barang basahan. Dengan
adanya projek ini, manusia boleh melakukan kerja lebih mudah dan menjimatkan
tenaga manusia. Selain itu, projek ini boleh menjimatkan kos para peniaga. Ini
kerana para peniaga boleh menggurangkan kos dari segi pembelian ais yang terlalu
banyak untuk menyegarkan bahan mentah. Projek rekabentuk ini memberi banyak
peluang untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerana dapat
mengaplikasi penggunaan perisian rekabentuk seperti autocad, pengiraan asas
kejuruteraan, mengenalpasti serta penyelesaian permasalahan, terutamanya dalam
proses mereka bentuk Smart Water Cooled Container. Namun begitu, projek ini
masih mempunyai kekurangan dan kelemahan yang masih boleh dipertingkatkan
serta berpotensi untuk berkembang sejajar dengan objektif mereka bentuk sistem
Smart Water Cooled Container ini.

ISI KANDUNGAN

v
Muka Dalam Laporan i
Pengakuan Penulis ii
Perakuan Penyelia Projek (PP) iii
Penghargaan iv
Abstrak v-vi
Isi Kandungan vii-ix
Senarai Jadual x-xi
Senarai Rajah xii
BAB 1 Pengenalan

1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 2
1.4 Tujuan 3
1.5 Objektif 3
1.6 Kepentingan Projek 3
1.7 Skop Projek 3

BAB 2 Kajian Literatur

2.1 Pengenalan 4
2.2 Sejarah Pembangunan Penyejukan 4-5
2.3 Sejarah Penyejukan 5-6
2.4 Bahan Pendingin 6-7
2.5 Kaedah Digunapakai Dalam Projek 7
2.6 Carta Mollier 7
2.7 Kompenan Kitaran Asas
2.7.1 Pemampat (Compressor) 8-10
2.7.2 Pemeluwap (Condenser) 10
2.7.2.1 Pemeluwap Sejuk Udara 11
2.7.2.2 Pemeluwap Sejuk Air 11
2.7.2.3 Pemeluwap Pencairwapan 12
2.7.3 Peranti Permeteran (Metering Device) 12
2.7.4 Penyejat (Evaporator) 13
2.7.4.1 Penyejat Jenis Pengembangan Kering 13
2.7.4.2 Penyejat Jenis Banjir 14

BAB 3 Metodologi Kajian

vi
3.1 Pengenalan 15
3.2 Proses Pembuatan 15-19
3.3 Masalah Teori Atau Reka Bentuk 19-20
3.4 Senarai Kos Bahan 21
3.5 Senarai Peralatan Yang Digunakan 22-26
3.6 Kompenan Yang Digunakan 26-29
3.7 Soal Selidik Kajian 30-32
3.8 Carta Gantt Projek 33
3.9 Carta Alir Perlaksanaan Projek 34

vii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pada era globalisasi kini, Sistem penyejukan dan penyaman udara adalah
satu sistem yang sangat penting kepada manusia. Seawal kehidupan manusia,
manusia mengenali bahawa bahan sejuk adalah suatu medium yang sesuai
digunakan untuk memindahkan haba. Ais dan salji adalah dua bahan yang
digunakan dalam teknologi penyejukan.

Ais adalah suatu bahan yang memiliki titik beku yang rendah dan digunakan
untuk mendinginkan suatu objek atau ruangan. Kini dalam industri penyejukan, air
dipanaskan hingga menjadi wap, wap tersebut didinginkan dan dikondensasikan
kembali menjadi air. Proses ini membuat air membeku dan membentuk menjadi ais
yang kemudian digunakan sebagai sumber pendinginan.

Salji pula adalah butiran-butiran salji yang berasal dari air yang membeku
dan meleleh pada udara. Salji biasanya terbentuk pada suhu di bawah 0°C dan
terdapat di daerah beriklim dingin. Dalam teknologi penyejukan, salji digunakan
sebagai medium penyejukan semula jadi.

Pada masa kini, kebanyakan gerai jualan mengekalkan kesegaran dan


ketahanan air tin minuman, air bancuhan jualan dan sebagainya dengan
menggunakan Ice Storage. Penggunaan Ice Storage akan menyebabkan
pembaziran pada tenaga manusia dan wang. Salah satu alat untuk mengatasi
masalah ini telah dibangunkan iaitu Smart Water Cooled Container.

1
1.2 Latar Belakang Kajian

Pada masa kini, masalah yang sering dihadapi oleh para peniaga adalah ais yang
menjadi medium untuk menyegarkan dan memanjangkan ketahanan air minuman
dan sebagainya boleh digunakan dalam jangka masa yang pendek kerana ais
mudah cair apabila dalam keadaan cuaca panas atau cuaca yang tidak menentu.
Keadaan ini menyebabkan peniaga memerlukan kos yang tinggi untuk membeli ais.
Barang-barang yang tidak mempunyai ais yang mencukupi akan menyebabkan
barang tersebut kurang segar dan rosak. Situasi ini akan menjejaskan pendapatan
peniaga-peniaga kecil dan juga pemborong-pemborong barangan basah.

Selain daripada itu, produk yang dibangunkan ini juga dapat menjimatkan
ruang penyimpanan ais kerana keadaannya yang mudah alih dan senang untuk
dikendalikan. Smart Water Cooled Container ini tidak memerlukan tempat khas
seperti peti ais yang sedia ada ketika ini.

Seterusnya, projek ini menggunakan 4 kompenan kitaran asas iaitu


pemampat, pemeluwap, peranti pementeran dan penyejat. Projek ini menggunakan
pemampat jenis hermatik yang mudah diservis. Projek ini jugak menggunakan
pemeluwap jenis sejuk udara yang menyingkirkan haba menggunakan kipas.
Peranti pementeran pula yang digunakan dalam projek ini adalah jenis injap
pengembangan (txv). Akhir sekali, projek ini menggunakan penyejat jenis
pengembangan kering. Jenis bahan pendingin yang digunakan dalam projek Smart
Water Cooled Container ini ialah penyejat jenis pengembangan kering

1.3 Pertanyaan Masalah

Antara masalah yang sering berlaku pada para peniaga adalah pembelian ais yang
berlebihan. Hal ini boleh menyebabkan kos pembelian ais menjadi tinggi. Ia kerana
ais yang menjadi medium untuk menyegarkan dan memanjangkan ketahanan air
balang, tin minuman dan sebagainya hanya dapat digunakan dalam jangka masa
yang pendek kerana ais mudah cair. Disebabkan masalah ini, projek “Smart Water
Cooled Container” telah dicipta.

2
1.4 Tujuan

Tujuan projek adalah untuk mereka bentuk sistem “Portable Ice Maker For Storage
Container” yang boleh beroperasi dengan sempurna serta menganalisis suhu yang
sepatutnya. “Portable Ice Maker For Storage” ini telah dibangunkan bagi
memudahkan pengguna membawa kemana-mana dan menyediakan proses
penyejukan yang pantas.

Dengan ini, ianya akan memudahkan peniaga kecil-kecilan kerana barang-


barang yang hendak dijual akan berada dalam keadaan baik dan suhu yang sesuai.
Ianya juga mudah untuk dibawa ke tempat seperti pasar, kedai runcit dan
sebagainya.

1.5 Objektif

Objektif projek yang akan dibangunkan adalah;


i. Mereka bentuk sistem “Portable Ice Maker For Storage Container”
ii. Menguji kebolehfungsian projek “Portable Ice Maker For Storage Container”
iii. Menganalisis prestasi sistem dengan menggunakan Carta Mollier.

1.6 Kepentingan Projek

Sesuatu kajian yang dijalankan kebiasaannya mestilah mendatangkan banyak


kebaikan dan kelebihan kepada semua pihak dari pelbagai aspek. Begitu juga
dengan projek yang telah dibangunkan ini perlulah mendatangkan kelebihan kepada
para peniaga dan pengguna. Projek ini telah direka bentuk supaya menjadi mesra
pengguna dan mempunyai harga mampu milik bagi semua golongan masyarakat di
Malaysia.

1.7 Skop Projek

Pada era kini, para peniaga agak terkesan dengan kenaikan harga barang, ini
termasuk juga dengan ais kiub. Maka skop projek ini adalah untuk meghadkan
penggunaan ais yang berlebihan kepada para peniaga yang membeli ais untuk
menyegarkan barang basah. Selain itu, dapat menghadkan masa tenaga manusia
kerana setiap beberapa jam ais akan mencair dan tenaga manusia akan diperlukan
untuk membuang ais yang telah cair dan mengisi semula ais yang baru

3
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam kajian literature ini, penkaji akan menerangkan secara terperinci tentang
kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh beberapa orang penyelidik.
Perbincangan yang mendalam berkenaan isu-isu tersebut akan dibincangkan dalam
bab ini. Kajian ini penting bagi menyokong projek yang ingin dibangunkan

2.2 Sejarah Pembangunan Penyejukan

Menurut Daniel J. Boorstin (1965) menyatakan bahawa sistem penyejukan bermula


sekitar tahun 1626 dimana Francis Bacon adalah manusia pertama yang
memikirkan bahawa sistem penyejukan sangat penting untuk menyimpan makanan.
Beliau telah membuat satu penyelidikan dengan menyimpan daging dan ayam
didalam sesuatu tempat yang diisi dengan salji. Beliau telah mendapati bahawa
daging dan ayam yang disimpan itu dapat mengawal pembiakan bakteria.

Selepas penemuan yang pertama oleh Francis Bacon pada tahun 1626
dengan menggunakan salji, pada tahun 1834 terciptalah reka bentuk mesin
penyejukan yang pertama. Reka bentuk sistem yang pertama ini telah ditemui
selepas 208 tahun yang lalu. Menurut Ruth E. Mier (1947) menyatakan bahawa
pada tahun 1851 Dr. John Gorrie of Apalachicola dari Florida telah dianugerahkan
sebagai pereka perubahan dan pembuatan ais. Unit pembuatan beliau digunakan di
United States Marine Hospital di Apalachicola, untuk tujuan perubatan.

Sear Reback And Company (1910) telah berjaya mencipta Domestik


Refrigerator yang pertama Domestik Refrigerator ini mampu menghasilkan 25
pound (11-34 kg) ais, tetapi mesin ini hanya boleh digunakan dalam masa yang

4
singkat sahaja. J.L Larsen (1913) telah mengeluarkan peti sejuk yang pertama pada
tahun 1913 yang dijalankan secara manual. Namun begitu penggunaannya tidak
begitu meluas. Pada tahun 1918 sebuah syarikat yang terkenal Kalvinator Company
telah berjaya menghasilkan peti sejuk yang pertama yang bekerja secara automatik.
Ini membuka lembaran baru dalam menghasilkan produk peti sejuk.

Bermula dari penemuan yang pertama inilah sehingga tahun 1920 sebanyak
200 buah peti sejuk telah berjaya dijual oleh syarikat tersebut. Pada tahun 1926,
peti sejuk yang pertama menggunakan seal hermatik compressor telah dikeluarkan.
Peti sejuk yang menggunakan Seal Hermatic Compressor ini telah dikeluarkan oleh
syarikat General Elektrik. Tidak lama kemudian Syarikat Elexrtolux pula
memperkenalkan Automatic Absobtion Unit. Dalam jangka masa yang agak lama
iaitu lebih kurang 300 tahun, maka wujudlah sebuah unit penyejukan yang mana
sampai ke hari ini ia digunakan dengan secara meluas. Suatu ketika dulu sistem
penyejukan hanya digunakan oleh golongan atasan sahaja. Tapi masa kini, ia
merupakan keperluan asas tidak kira golongan sederhana atau golongan atasan.

2.3 Sejarah Penyejukan

Sistem penyejukan dan penyamanan udara adalah satu sistem yang sangat penting
kepada manusia masa kini. Terdapat pelbagai jenis dan model di reka untuk
memenuhi permintaan pengguna. Seawal kehidupan manusia, mereka mengenali
bahawa bahan sejuk adalah suatu medium yang sesuai di gunakan untuk
memindahkan haba. Oleh itu, salji dan ais adalah di perlukan untuk tujuan
pemindahan haba tersebut. Salji digunakan untuk menyimpan daging dan
sebagainya supaya tahan lebih lama.

Menurut Lydia Bjornlund (2015) menyatakan bahawa orang Cina


mempelajari bagaimana ketulan ais batu ini boleh menyegarkan minuman. Mereka
memotong beberapa ketulan ais di dalam tasik semasa musim sejuk dan dan
disimpan untuk dijual dalam musim panas. Mengikut sejarah juga, orang Cina
adalah manusia pertama yang memperkenalkan minuman yang dicampurkan
dengan ais dan ia menjadikan minuman lebih sejuk dan lebih sedap untuk diminum.
Orang-orang Greek dan Roman mempergunakan hamba abdi untuk membawa salji
dari pergunungan dan disimpan di tempat yang dikhaskan berbentuk seperti kon
untuk tujuan menyejukan makanan.

5
Menurut Ibrahim Dincer (2017), penduduk Mesir (Egypt), mendapati bahawa
air yang disimpan di dalam tempayan yang diperbuat daripada tanah adalah lebih
sejuk dari air yang disimpan di tempat lain. Tempayan yang berisi air tadi disimpan
di atas bumbung di sebelah matahari jatuh. Apabila malam, suhu bertukar menjadi
sejuk. Ini menyebabkan suasana sekeliling bertukar menjadi lembap. Kelembapan
akan mempengaruhi suhu air di dalam tempayan. Dalam masa yang sama proses
pemeluwapan (evaporation) berlaku dan menyebabkan air berubah sifat menjadi
sejuk.

2.4 Bahan Pendingin

Simpson Brooke (1989), menyatakan bahawa idea untuk menyejukkan ruang sudah
ada sejak ribuan tahun yang lalu. Bangsa Rom telah menemukan idea asalnya
dengan mengalirkan air akueduk melalui dinding rumah mereka bagi menurunkan
suhu di dalam rumah. Akueduk ialah saluran air buatan yang berfungsi untuk
mengalirkan air dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Menurut Shan K. Wang (2001), bahan pendingin berdalir utama atau dikenali
juga sebagai refrigerant yang digunakan dalam sistem penyejukan dan
penyamanan udara sebagai penyerap haba di dalam penyejat dan menyingkirkan
haba tersebut di dalam pemeluwap. Di dalam penyejat, bahan pendingin bertukar
bentuk daripada cecair sejuk kepada gas sejuk dalam keadaan tekanan rendah
semasa proses penyejatan. Di dalam pemeluwap pula, setelah haba disingkirkan,
bahan pendingin akan bertukar bentuk daripada gas panas kepada cecair panas
dalam keadaan tekanan tinggi semasa proses pemeluwapan.

Nama-nama lain bagi bahan pendingin adalah freon, fron, genetron, isotron, dan
neon. Nama-nama ini di gunakan berdasarkan negara-negara yang
menggunakannya. Bahan pendingin mempunyai takat didih yang berbeza pada
tekanan yang berbeza dan penggunaannya berbeza mengikut kepada sistem yang
memerlukannya. Sifat-sifat bahan pendingin juga perlu diambil kira semasa memilih
bahan pendingin yang terbaik bagi sesuatu sistem penyejukan dan penyamanan
udara. Sifat-sifat bahan pendingin yang sesuai ialah:

i. Tidak beracun.
ii. Tidak mudah terbakar.
iii. Tidak berkarat atau menghakis.

6
iv. Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah.
v. Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap haba.
vi. Perbezaan tekanan tinggi dan rendah mestilah kecil untuk meninggikan
keupayaan mampatan.

2.5 Kaedah Digunapakai Dalam Projek

Salah satu kaedah untuk mengawal suhu dan cut off sistem ini adalah dengan
menggunakan direct digital control (DDC), ini akan lebih memudahkan lagi kerja
untuk mengawal suhu. Menurut Michael J. Coffin (1998), menyatakan bahawa
kawalan digital langsung (DDC) ialah proses kawalan di mana pengawal
mikroproses sentiasa mengemas kini pangkalan data maklumat dalaman dengan
memantau maklumat daripada persekitaran terkawal dan terus menghasilkan
arahan keluaran pembetulan sebagai tindak balas kepada keadaan kawalan yang
berubah-ubah.

Kaedah lain yang di gunakan dalam projek ini adalah, Roda bagi
memudahkan para peniaga untuk menolak Smart Water Cooled Container ini.
Tujuan kami menggunakan Roda ini adalah untuk memudahkan pengguna atau
pembeli, ia juga seiring dengan tajuk projek “Smart Water Cooled Container”.

Kaedah untuk pemindahan haba yang akan digunakan di dalam Smart


Container untuk menyejukkan medium seperti tin minuman dan air balang yang lain,
kami akan menggunakan kaedah shell in tube. Menurut Simin Wang, Jian Wen dan
Yanzhong Li (2009), untuk tujuan peningkatan pemindahan haba. Keputusan
eksperimen pemindahan haba menunjukkan bahawa pekali pemindahan haba sisi
shell penukar haba yang lebih baik meningkat sebanyak 18.2-25.5%.

2.6 Carta Mollier

Carta mollier atau dikenali sebagai carta tekanan entalphi adalah carta untuk
menentukan kuantiti haba dan keadaan bahan pendingin pada takat suhu tertentu.
Melalui carta mollier kita dapat menganalisa entropi, entalpi, isipadu, cecair tepu,
wap tepu, suhu genting dan sebagainya. Menurut Mark R. Shelton dan Ignacio E.
Grossmann (1985), carta mollier adalah yang paling sesuai untuk sistem
penyejukan.

7
Rajah 2.1 Contoh Carta Mollier

2.7 Kompenan Kitaran Asas

2.7.1 Pemampat (compressor)

Menurut Samuel C. Sugarman (1946), menyatakan bahawa pemampat


merupakan sebuah alat mekanikal yang digunakan pada sistem penyejukan
dan penyaman udara untuk mewujudkan tekanan di dalam sistem agar
bahan pendingin dapat beredar dan mengalir di dalam sistem tersebut.
Pemampat merupakan kompenan yang penting dalam sistem kitaran asas
dan pemampat diibaratkan seperti jantung yang mengepam. Terdapat
beberapa jenis pemampat iaitu:

8
Rajah 2.2 Pemampat jenis salingan (piston type)

Rajah 2.3 Pemampat jenis skru (screw type)

Rajah 2.4 Pemampat jenis putar (rotary type)

9
Rajah 2.5 Pemampat jenis empar (centrifugal type)

Rajah 2.6 Pemampat jenis tatal (scroll type)

2.7.2 Pemeluwap (condenser)

Pemeluwap merupakan kompenan pembuangan haba yang diserap di


dalam penyejat dan dimampatkan di dalam pemampat. Jadi haba
disingkirkan ke dalam suatu media di luar sistem penyejukan atau penyaman
udara, sama ada menjadi udara atau air yang rendah suhunya.

Di dalam pemeluwap wap bahan pendingin dalam keadaan haba


lampau dan mempunyai haba mampatan bersuhu dan bertekanan tinggi
akan disejukkan dan terpeluwap dengan penyingkiran haba deria. Dengan
penyingkiran haba pendam, wap bahan pendingin yang panas bertukar
menjadi bahan pendingin cecair. Terdapat beberapa jenis pemeluwap iaitu:

10
i. Pemeluwap sejuk udara. (air cooled condenser)
ii. Pemeluwap sejuk air. (water cooled condenser)
iii. Pemeluwap pencairwapan. (evaporative condenser)

2.7.2.1 Pemeluwap sejuk udara

Pemeluwap dingin udara yang menggunakan udara sebagai media


penyingkiran haba dan cukup untuk menampung haba yang perlu
disingkirkan.

Rajah 2.7 Pemeluwap jenis sejuk udara

2.7.2.2 Pemeluwap sejuk air

Pemeluwap sejuk air yang menggunakan air sebagai media penyingkiran


haba. Bagi pemeluwap sejuk air terdapat dua cara penyingkiran haba iaitu
dengan menggunakan air biasa dan air garam. Dengan menggunakan air
sebagai media penyingkiran haba, sistem penyejukan atau penyamanan
udara dapat menyingkirkan haba dengan kadar yang maksimum berbanding
dengan menggunakan udara.

11
Rajah 2.8 Pemeluwap jenis sejuk air

2.7.2.3 Pemeluwap Pencairwapan

Pemeluwap cairwapan menggunakan air dan udara secara serentak


sebagai media penyingkiran haba di gegelung pemeluwap. Pemeluwap
jenis ini digunakan pada sistem kormersial yang kecil (WCPU) bagi
mengatasi masalah ketinggian suhu pada unit pemeluwap dingin air.

Rajah 2.9 Pemeluwap jenis cairwapan

2.7.3 Peranti Permeteran (Metering Device)

Menurut A. R. Trott dan T. Welch (2000), menyatakan bahawa tujuan peranti


permeteran atau lebih dikenali sebagai injap pengembangan digunakan
untuk mengawal kadar aliran bahan pendingin. Bahan pendingin dalam
bentuk cecair bertekanan tinggi perlu dikurangkan tekanannya agar kuantiti
sebenar dapat beroperasi pada takat didih yang maksimum. Keupayaan
sistem dapat dicapai tanpa beban berlebihan di dalam pemampat.

Rajah 2.10 Injap pegembangan (TXV)

12
2.7.4 Penyejat (evaporator)

Menurut G.F. Hundy, A.R. Trott dan T.C. Welch (2008), penyejat merupakan
salah satu kompenan asas dalam sistem penyejukan dan penyamanan
udara. Penyejat berfungsi sebagai penyerap haba di dalam ruang dan
menghasilkan pendinginan pada sesuatu ruang.

Cecair bahan pendingin di dalam penyejat akan bertukar kepada wap


tekanan rendah dan suhu rendah selepas menyerap haba. Dalam keadaan
suhu dan tekanan rendah penyejat akan menyerap haba yang panas di
sekelilingnya. Antara nama lain penyejat ialah gelung penyejat, unit
penyejuk, gelung pembeku dan penyejuk cecair. Terdapat dua jenis penyejat
iaitu:

i. Penyejat jenis pengembangan kering.


ii. Penyejat jenis banjir.

2.7.4.1 Penyejat Jenis Pengembangan Kering

Peranti pementeran bagi penyejat jenis pengembangan kering hanya


membenarkan cecair bahan pendingin yang diperlukan dalam penyejat
sahaja yang menyerap haba. Cecair bahan pendingin bertekanan rendah
dan suhu rendah akan masuk melalui satu hujung penyejat dan keluar
melalui hujung yang lain didalam lingkaran yang sama. 100% bahan
pendingin meninggalkan lingkaran penyejat adalah dalam bentuk wap
tekanan rendah dan suhu rendah.

Rajah 2.11 Peyejat jenis pegembangan kering

13
2.7.4.2 Penyejat Jenis Banjir

Binaan penyejat jenis banjir terdiri daripada satu tangka atau akumulator
yang dipasang diatas lingkaran penyejat. Cecair bahan pendingin akan
sentiasa membanjiri keseluruhan lingkaran penyejat. Aras cecair di dalam
lingkaran penyejat dikawal oleh injap apong. Cecair bahan pendingin dari
saluran cecair akan masuk ke dalam tangki melalui injap apong dan terus ke
bahagian bawah lingkaran penyejat.

Selepas proses penyerapan haba beban peyejukan, cecair yang terpeluwap


akan masuk ke dalam saluran singkiran dan disedut oleh pemampat.
Kelebihan penyejat jenis pengembangan ini ialah, sentiasa mengandungi
cecair bahan pendingin bertekanan rendah dan suhu rendah yang sedia
meyerap haba beban penyejukan.

Rajah 2.12 Penyejat jenis banjir

14
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang aspek-aspek berkaitan metodologi kajian yang


digunakan dengan lebih jelas dan terperinci. Metodologi kajian merupakan suatu
perancangan yang rapi dari segi perjalanan sesuatu projek. Bagi melancarkan
sesuatu projek, metodologi haruslah disusun dengan sebaik mungkin. Dengan ini
setiap peringkat perjalanan projek tidak akan terkeluar dari landasan yang telah
ditetapkan atau lebih tepat lagi, hasil projek akhir akan menepati kehendak
pemasalahan yang hendak di selesaikan. Justeru itu, amat penting untuk
mengetahui dan memahami dengan mendalam setiap proses yang terdapat dalam
struktur metodologi kajian.

3.2 Proses Pembuatan

Berikut adalah proses-proses pembuatan projek “Smart water Cooled Container”.


Proses –proses kerja ini telah dijalankan mengikut perancangan yang telah
dirancang dalam carta gantt. Langkah kerja dalam proses reka bentuk projek
dijalankan secara peringkat – peringkat. Langkah pertama dalam menghasilkan
Smart Water Cooled Container. Besi hollow diukur menggunakan pita pengukur
dengan mengikut saiz condensing unit dan ice box supaya dapat meletakkan projek
tersebut. Seterusnya menanda besi dan langkah-langkah untuk memotong hollow.

15
Setelah selesai mengukur dan menanda besi hollow, langkah diteruskan dengan
memotong dan mengimpal besi hollow. Besi hollow dan besi angle iron dipotong
menggunakan mesin pemotong besi untuk membuat rangka projek Smart Water
Cooled Container. Selepas memotong besi tersebut mengikut saiz langkah
seterusnya, mengimpal besi hollow supaya menjadi rangka projek.
Langkah seterusnya ialah menggosok lebihan besi yang di kimpal menjadi rangka
supaya rata dan kemas. Tapak besi digosok menggunakan mesin gosok besi.
Langkah seterusnya, mengimpal kaki rangka dengan menggunakan mesin kimpalan
mig.

Langkah seterusnya adalah proses mengecat dan menebung lubang pada rangka.
rangka projek Smart Water Cooled Container di cat dengan warna hitam untuk
mencantikkan lagi rangka projek. Setelah selesai mengecat rangka projek di
keringkan dibawah matahari. Langkah seterusnya pula, menebuk lubang pada
rangka projek untuk mengikat skru.

Langkah seterusnya adalah membentuk gegelung penyejat dengan mengikut saiz


yang ditetapkan untuk meletakkan gegelung penyejat di dalam ice box. Setelah
selesai membentuk, langkah kerja seterusnya adalah proses mengimpal gegelung
penyejat yang telah dibuat dengan menggunakan kaedah silfos
Langkah mengukur dan menanda plat besi untuk membuat kotak penyimpanan
barang basah dan diletakkan di dalam ice box. Langkah seterusnya memotong plat
besi dengan menggunakan gunting. Plat besi di potong mengikut ukuran ice box.
Langkah Akhir ialah mengimpal plat besi yang telah dibentuk menjadi kotak
penyimpanan barang basah untuk diletakkan di dalam ice box. Setelah selesai
mengimpal kotak penyimpanan barang basah, langkah seterusnya adalah
mengosok lebihan kimpalan dengan menggunakan mesin grinder mata gosok.
Lebihan itu digosok untuk mencantikkan dan kemas pada permukaan kotak
penyimpanan barang tersebut.

16
3.3 Masalah Teori atau Reka Bentuk

Dalam kajian ini, mempunyai beberapa kemudahan dan reka bentuk yang telah
diciptakan. Bagi memudahkan para peniaga menggunakannya. Antaranya ialah
roda, pemegang tangan dan reka bentuk yang kompleks. Pertama sekali, roda
dapat memudahkan pergerakan para peniaga untuk menggerakkan unit tersebut
supaya peniaga lebih mudah bergerak ke sesuatu tempat. Seterusnya, ialah reka
bentuk yang kompleks. Hal ini kerana unit ini 2 dalam 1 iaitu dapat mengekalkan
kualiti dan menyejukan air tin minuman dalam satu unit.

Pandangan Atas Pandangan 3D

17
Pandangan Sisi Pandangan Hadapan

18
3.4 Senarai Kos Bahan

Kos merupakan sumber yang diambil kira untuk memenuhi syarat penghasilan
sesuatu produk. Selain itu, proses pengiraan kos ini biasanya berlaku apabila mahu
mengeluarkan produk baharu atau penubuhan syarikat baru. Seterusnya, kos
adalah jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar bagi mendapatkan sesuatu
barangan atau perkara.

Jadual 3.1 Kos Bahan


BIL BAHAN KUANTITI KOS BAHAN
1 Insulated Plastic Cooler Ice Box 1 kotak RM 130.00
2 Eliwell Direct Digital Control 1 set RM 171.00
3 Fleksibel hos 4 ft RM 8.00 x 2
4 Steel Plate 3 pcs RM 5.00 x 3
5 Insulation Hose 6 pcs RM 2.00 x 6
6 Black Tape 1 Bundle RM 8.00
7 Roda 1 Set RM 13.00
8 plywood 1 RM 43.00
9 White tape 1 Bundle RM 6.00
10 Skru 1 Set Rm 5.00
11 Cable tie 1 Set RM 4.00

JUMLAH RM 553.00

3.5 Senarai Peralatan Yang Digunakan

Dalam penyediaan senarai peralatan perlu diambil kira supaya dapat memudahkan
kita membangunkan sesuatu projek. Antara peralatan yang digunakan dalam
membangunkan reka bentuk adalah:

Jadual 3.2 Senarai Peralatan

19
Bil Peralatan Fungsi

Pemutar Skru

Pemutar skru berfungsi untuk


melonggarkan dan mengetarkan
1 skru.

Spanar Boleh Laras

Berfungsi untuk mengetat dan


melonggarkan nut dengan pelbagai
2
saiz.

3
Tolok Pancarongga

Berfungsi untuk megecas bahan


pendingin, memvakum sistem dan

20
menyukat bacaan tekanan.

Berfungsi sebagai alat ujian bagi


4 megesan kehadiran arus elektrik.
Test Pen

Hand Drill

Berfungsi sebagai alat untuk


menebuk lubang ukuran kecil

5 sehinggan ukuran besar pada


meterial

21
Cordless Drill

Berfungsi sebagai alat untuk


memasang skru atau nat dan
6
membuka skru atau nat yang ketat.

Pembaris Besi

Berfungsi untuk mengukur jarak dan


7 membuat garis lurus pada material
yang akan dipotong.

22
Mesin Welding Mig

8 Berfungsi untuk mencamtumkan


besi dengan mengimpal supaya
menjadi reka bentuk yang diginkan

Grinder

Digunakan untuk momotong,


9 mengasah, menghaluskan dan
membersihkan material seperti
logam, kayu dan plastik.

3.6 Kompenan Yang Digunakan

23
3.7 Soal Selidik Kajian

24
Jun-23 Jul-22 Aug-22 Sep-22 Oct-22 Nov-22 Dec-22 Jan-23 Feb-23 MAC 2023 Apr-23
BIL KOMPONEN
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
MERANCANG DAN
1 MEMBUAT KERTAS
CADANGAN
PENULISAN BAB 1, BAB 2
2
DAN BAB 3

PEBENTANGAN KERTAS
3
KERJA
MERANCANG DAN
4 PENYEDIAKAN PERALATAN
& BAHAN
MEREKA BENTUK PROJEK
SISTEM PORTABLE ICE
5
MAKER FOR STORAGE
CONTAINER
MEMASTIKAN SISTEM
6
BERFUNGSI

7 MENGANALISA SISTEM

PENULISAN BAB 4 DAN BAB


8
5

MENGHANTAR LAPORAN
9
PROJEK

PEMBENTANGAN LAPORAN
10
DAN HASIL PROJEK

3.8 Carta Gantt Projek


Rajah 3.9 Carta Gantt Perancangan Projek

25
3.9 Carta Alir Perlaksanaan Projek
Carta alir perlaksanaan projek dibentuk sebagai satu garis panduan kepada
perlaksanaan projek supaya proses perlaksanaan dapat dijalankan dengan
mengikut masa yang telah ditetapkan

Mula

Membuat Pemilihan Projek

Memilih Bahan Dan Peralatan Projek

Membuat Anggaran Kos

Perlaksanaan Projek

Menganalisis Projek

Berfungsi Tidak Berfungsi


Membuat Laporan

Pengubahsuaian

Tamat

26
Rajah 3.10 Carta Alir Perlaksanaan Projek

27

Anda mungkin juga menyukai