Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN

PENGURUSAN KESELAMATAN DI BENGKEL

TUGASAN 1

Oleh

Nama No Telefon

1. MUHAMMAD AMIRUL AL-QAYYUM 017-4166246


BIN MAHMUD FAUZI

Kursus
RULES AND REGULATION COMPLIANCE MONITORING
NYV 4014

Pensyarah: Mohd Isa bin Hussin


INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN, MELAKA
NOVEMBER 2020
PRAKATA

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak Institut Kemahiran Mara, Pengetua dan Pensyarah-pensyarah yang telah
membantu saya dalam menyempurnakan Folio : Prosedur Pengurusan Bengkel ini.
Tanpa bantuan kalian semua, tugasan ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan
sekuliah yang telah banyak memberikan kerjasama dan saling berkongsi maklumat dalam
menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga saya tujukan penghargaan khas kepada ibu dan ahli keluarga
saya yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan sepenuhnya kepada saya dan
rakan-rakan Kursus Teknologi Automotif Servis, Institut Kemahiran Mara, jasin Melaka.

Diharap, melalui tugasan ini, saya dan rakan-rakan dapat menambah ilmu pengetahuan dan
sekaligus memberi manfaat dan pengalaman yang amat berguna kepada kami.

Sebelum mengakhiri prakata, saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas
pertolongan dan tunjuk ajar semua pihak yang terlibat dalam menjalankan tugasan ini. Saya
juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan
yang tidak disengajakan di dalam folio ini.

Muhammad Amirul Al-Qayyum Bin Mahmud Fauzi,


12 disember 2020
ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL. TAJUK
SURAT

1. PENGHARGAAN 2

2. ISI KANDUNGAN 3

3. PENGENALAN 4

4. KESELAMATAN 15

5. OBJEKTIF 16

6. KESIMPULAN 17

7. LAMPIRAN 18

8. RUJUKAN 25
PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sistem pengurusan bengkel adalah penting dalam mewujudkan satu proses social
yang sistematik iaitu merangkumi perancangan pelan struktur, kawalan keselamatan dan
penyelaraskan yang tepat kepada pelatihyang menjalankan aktiviti agar lebih berkesan.
Pengurusan bengkel juga merupakan proses mengintegrasian sumber di antara manusia,
bahan dan alatan yang ada didalamnya. Sistem pengurusan bengkel yang baik juga dapat
mengelakkan pembaziran tenaga ,masa dan wang.

Selain itu, pengurusan bengkel yang baik dapat mewujudkan suasana


persekitaran ruang kerja dan pembelajaran yang lebih kondusif. Suasana persekitaran baik
adalah penting bagi memainkan peranan dalam penghasilan produk. Produk yang berkualiti
terhasil daripada kemampuan sesuatu alatan atau mesin untuk berfungsi dengan baik selain
dari kemahiran seorang itu. Contohnya,apabila sesuatu alatan seperti mesin pemotong tidak
diselengara dengan baik hasil daripada kesan potongannya tentulah tidak tepat dan cantik.
Secara amnya, pengurusan bengkel yang baik dan efisyen harus dititikberatkan sebelum
beralih kepada bahagian lain. Pengurusan bengkel yang baik dapat menghasilkan produk
yang berkualiti dengan penjagaan kawalan keselamatan yang teratur dan mampu menjadi
contoh kepada institusi lain.

Pengurusan ruang kerja merupakan perkara penting dan termasuk dalam


pengurusan bengkel yang sistematik. Pada peringkat Kolej Vokasional Nibong
Tebal, ruang kerja hendaklah bersesuaian dengan kerja amali mengikut sukatan
pelajaran. Perancangan ruang didalam bengkel adalah berbeza mengikut bidang
pembelajaran yang dijalankan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Teknologi Automotif yang berbentuk amali, penggunaan bengkel amat
diperlukan. Untuk melatih pelatih menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan
projek-projek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelatih
melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan
yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat
tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik.
Dalam pengurusan bengkel,pembahagian ruang juga adalah penting kerana
ia melibatkan penempatan mesin-mesin, alatan, laluan untuk bekerja, kit
kecemasan, penstoran, pemadam api dan kawasan untuk menjalankan proses
pembelajaran dan pengajaran yang sistematik. Merancang pelan lantai bengkel
dengan mengenalpasti jenis ruang dan kawasan yang digunakan mengikut
keperluan dan jenis pembelajaran yang akan diajar. Beberapa garis panduan boleh
diambil dalam membentuk ruang kerja yang teratur, kemas dan secara tidak
langsung menjamin keselamatan.

Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam perancangan reka
bentuk dan susun atur bengkel ini. Antara aspek – aspek tersebut ialah :

1. Pelan lantai , pelan susun atur mesin dan perabot , pelan kecemasan

2. Ruang Kerja, ruang kelas teori, ruang mesin, stor alat dan bahan

3. Pencahayaan, pengudaraan dan keselamatan

Oleh itu, bagi memenuhi kehendak soalan kerja kursus individu RBT3122
iaitu kursus Pengurusan Keselamatan Bengkel, saya telah menghasilkan satu model
cadangan bengkel menggunakan aplikasi Autodesk Homestyler secara dalam talian
untuk menghasilkan satu model pelan lantai bengkel elektrik dan elektronik.

4.1 Hubungkait Peraturan dan Perundangan dalam Pengurusan Bengkel di


Malaysia dengan Reka Bentuk Bengkel

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan latihan


kemahiran juga bergantung kepada reka bentuk bengkel yang efisien. Reka bentuk
bengkel adalah satu faktor yang amat kritikal di dalam menentukan keberkesanan
penggunaan ruang dan keselamatan individu yang terlibat dengan kerja-kerja di
dalam bengkel. Di antara faktor yang perlu diambil kira di dalam menentukan reka
bentuk bengkel yang efisien ialah bentuk bengkel, keluasan bengkel, ruang bengkel,
pintu masuk dan pintu keluar serta lokasi perabot dan alatan. Namun begitu, reka
bentuk bengkel haruslah selaras dengan peraturan dan perundangan dalam
pengurusan bengkel di Malaysia.
4.2 Perundangan

Perundangan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat


pada tahun 1994. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta
514) telah mendapat kelulusan Parlimen pada 1993 dan telah diwartakan
pada Februari 1994. Perundangan ini diperbuat kerana memandangkan Akta
Kilang dan Jentera 1967 hanya meliputi keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di sektor perkilangan, perlombongan; dan penguarian dan
pembinaan, yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industri-
industri lain tidak diliputi. Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang
dan Jentera 1967 hanyalah 24% daripada jumlah tenaga kerja, manakala
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi sejumlah 90%
daripada tenaga kerja dan akta ini hanya mengecualikan pekerjaan atas
kapal dan angkatan tentera.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah bertujuan


untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di
kalangan pekerja-pekerja dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-
langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan melalui
skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau
organisasi yang berkaitan. Akta ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah
langkah pembolehan yang bertindih di atas undang-undang keselamatan dan
kesihatan sedia ada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967. Peruntukan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan
undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan,
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya.
Dengan kelulusan akta ini mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera
dikenali sebagai Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan
Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Oobjekif JKKP ialah mencegah kemalangan industri dan penyakit pekerjaan
menjelang tahun 2010 seperti berikut :

4.1.1 Pengurangan kadar kemalangan maut sehingga


20% Pengurangan kadar kemalangan yang dilaporkan (maut,
hilang upaya kekal, tanpa hilang upaya kekal) sehingga 20%

4.1.2 Penambahan jumlah pemeriksaan penguatkuasaan


sehingga 100% dan promosi sehingga 200%

4.1.3 Penambahan tempat kerja yang menggaji pengamal


KKP (SHO) sehingga 20%

4.3 Ciri-ciri reka Bentuk Bengkel yang Efisien Berdasarkan Peraturan


dan Perundangan Pengurusan bengkel di Malaysia.

Bagi memastikan objektif perundangan pengurusan bengkel di


Malaysia tercapai, prinsip-prinsip berikut haruslah diamalkan:-

 Menghasilkan sebuah bengkel yang efisien

 Mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat untuk bekerja

 Memenuhi keperluan psikologi murid

 Memudahkan kawalan guru

 Mewujudkan keadaan yang selamat kepada semua alatan mesin,


mesin dan bahan yang penting di dalam bengkel.

 Mewujudkan keadaan pencahayaan yang baik kepada pengguna bengkel


Ruang

Sebelum merancang pelan lantai bengkel, pelukis pelan dan guru perlulah
terlebih dahulu mengenalpasti dan memahami peraturan dan
perundangan yang berkaitan dengan pengurusan reka bentuk dan susun
atur bengkel. Menurut Mohd Saher (2015), ruang yang optimum
mengurangkan kecenderungan berlakunya kemalangan di dalam bengkel.
Langkah ini penting bagi memastikan kedudukan ruang dan keluasan yang
disediakan mencukupi bagi memenuhi fungsi setiap ruang yang disediakan.
Berikut adalah rasional berkenaan jenis ruang yang telah saya reka dalam
pelan cadangan bengkel Automotif:-
Ruang bengkel yang diperlukan Ciri-ciri
ruang
Stor alat dan bahan -Berdekatan dengan tempat duduk majikan
untuk tujuan kawalan.
-Berdekatan dengan tempat kerja untuk
mengurangkan pergerakan pekerja di
dalam bengkel
- Stor alatan dan bahan berasingan untuk
memudahkan pengguna menyimpan dan
mengambil alat atau bahan dan proses
pengambilan dan penyimpanan barang
menjadi
lebih sistematik.
Ruang kerja: -Di hadapan ruang kerja pekerja untuk
memudahkan mekanik m e m perlaksanakan
kerja
Ruang pintu masuk -1 ½ kali ganda dari keluasan pintu biasa
untuk memudahkan pergerakan keluar
masuk murid terutamanya jika berlaku
kecemasan dan juga
untuk tujuan pengudaraan
Ruang tingkap -Mempunyai saiz tingkap yang besar untuk
membiarkan lebih cahaya masuk sebanyak
mungkin serta pengudaraan yang bebas
- Cat bengkel juga haruslah cerah agar
bengkel
tidak kelihatan gelap
Tempat simpanan barang pekerja -Disediakan di luar bengkel agar keadaan di
dalam bengkel tidak sesak ketika ruang
kerja berlangsung kerana barang-barang
pekerja perlu
diletakkan di luar bengkel
Ruang di antara mesin dan tempat -Mencukupi agar pekerja boleh bekerja
kerja dengan
selesa dan dapat mengelakkan dari sebarang
kemalangan berlaku
Kabinet pameran -Disediakan bertujuan untuk
memastikan
kekemasan bengkel terjamin
Ruang tong sampah - Tong sampah haruslah disediakan di
dalam
bengkel untuk memastikan sisa-sisa bahan
yang tidak lagi digunakan dapat dibuang
dan
kebersihan bengkel terjamin.
Ruang singki - Singki diletakkan di luar bengkel untuk
memastikan tidak ada pekerja tergelincir
jika berlakunya kebocoran paip.
Ruang menunggu - disediakan untuk memastikan keselesaan
kepada pelanggan .
Susun atur

Di dalam proses perancangan pembangunan bengkel, di antara aktiviti


yang perlu dilakukan ialah aktiviti susun atur. Perkara yang perlu dirancang
ialah membina rak, merancang panel penyimpanan alatan, mewarna kawasan
mesin, menanda tanda amaran bahaya pada mesin dan lain-lain lagi (Nur
Sohin,2002). Susun atur bengkel perlu kemas dan lengkap supaya kerja-kerja
dapat dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya
kemalangan dan kerosakkan harta benda. Susun atur bengkel yang baik
adalah seperti :-

 Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan. Rak dan panel
alatan haruslah tidak terlalu tinggi agar murid mudah mencapai alatan atau
bahan. Rak dan panel alatan juga haruslah disusun dengan kemas dan
pastikan tingkap tidak dihalang oleh rak untuk memastikan pegudaraan dan
pencahayaan bengkel tidak terganggu (Mohd Saher, 2015).
 Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan
baik agar bahan binaan projek sentiasa tersusun dan kemas. Keadaan
bengkel yang kemas akan memberikan suasana pembelajaran kondusif
pada murid sekaligus meningkatkan keefisenan bengkel.

 Rak-rak dan laci bahan bantu mengajar yang kemaskini dan pelbagai

 Susunan rak-rak dan perabot di dalam bengkel haruslah memudahkan


kerja- kerja penyelenggaraan dilakukan, tidak menyukarkan trafik,
disusun secara efektif dan kemas serta tidak sempit untuk memastikan
segala pergerakan murid selesa dan mereka berasa selamat untuk
belajar di dalam bengkel.

Jenis-Jenis Susun Atur

Terdapat 3 jenis susunatur yang di gunakan iaitu susun atur Polisi Tetap, susun atur Proses
dan susun atur Pejabat..

Susun atur Posisi Tetap

 Biasanya digunakan untuk mesin yang tidak mudah dialihkan.


 Contoh:- Mesin drill dan hydraulic press
 Memerlukan kos yang tinggi.
 Susunatur Proses.
 Kebaikan: Tidak perlu mengubah tempat
 Keburukan: Susah untuk mengubah alih tempat kerana berat.
 Objektif: Meminimumkan kos peralihan mesin
Susun Atur Proses

 Biasa digunakan bagi menyusun proses pengeluaran yang pelbagai produk atau
perkhidmatan.
 Contoh :- Kedai membaiki kereta dan alat ganti.
 Kebaikan : Kebolehan mudah alih buruh dan peralatan
 Keburukan : Mengambil masa yang lama bagi memenuhi pesanan pelanggan.
 Objektif : Meminimumkan kos peralihan bahan

Susun Atur Pejabat

 Biasa digunakan bagi menyediakan keselesaan ditempat kerja, keselamatan


dan kemudahan aliran maklumat.
 Contoh: pejabat-pejabat pengajar automotif dan bilik kuliah.
 Dapat membina suasana yang ceria di tempat belajar, pelajar dan peranan
yang dimainkan juga dapat dikekalkan.
 Objektif: mempercepatkan aliran maklumat /mesej, memindahkan maklumat
melalui media elektronik, dan meminimumkan kos.
Kebaikan Dan Kelemahan

Kebaikan
Kebaikan susunatur di atas, sesebuah bengkel automotif memenuhi jadual dengan
lancar serta dapat meningkatkan kualiti produk. Susunatur yang teratur dan betul
akan memberi kesan disamping memberi kualiti penyusunan yang terapi. Selain itu,
ianya boleh mengelakkan berlakunya kemalangan di kawasan kerja jika tidak teratur.
Bengkel akan dapat beroperasi pada tahap maksima dan kecekapan kerja akan
menyenangkan kerja mencari barang. Susunatur kawasan kerja dibengkel yang baik
bukan sahaja dapat melancarkan proses kerja, malah dapat memberi ruang kerja
yang banyak .

Kelemahan

Kelemahan susunatur ini boleh berlaku sekiranya susunatur di kawasan bengkel yang
tidak bersistematik atau susunan yangtidak mengikuti rak yang disediakan akan
menyukarkan kerja. Susun atur yang tidak memenuhi jadual juga akan menyebabkan
berselerak dan berterabur barang-barang dan peralatan akan tidak teratur. Selain itu,
ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di kawasan kerja dengan kerap
yang melibatkan pekerja. Susunatur kawasan kerja yang tidak baik akan menimbul
masalah yang melibatkan kerugian di luar jangkaan samada secara langsung atau
tidak langsung.
Keselamatan

Kuasa elektrik digunakan dengan agak meluas dalam bengkel


automotif. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan
dengan lebih cepat, selamat dan sistematik (Saliza,2012). Bagaimanapun,
penggunaan elektrik yang tidak disenggara dengan baik boleh mendatangkan
bahaya kepada pengguna. Oleh itu, langkah keselamatan haruslah sentiasa
diutamakan oleh majikan dan juga pekerja. Oleh yang demikian, aspek-aspek
keselamatan yang harus dititikberatkan ialah :-
 Majikan perlu menyediakan pakaian dan bahan perlindungan kerja bagi
melindungi badan pekerja dan memastikan pekerja memakai pakaian
yang sesuai setiap kali masuk ke ruang kerja. Majikan haruslah
menekankan tentang peraturan ini dengan menampal setiap notis-notis
ataupun peraturan di dalam bengkel di setiap papan notis mahupun
dinding bengkel.
 Majikan perlu menyediakan alat pemadam api di setiap sudut bengkel &
di dalam stor dan majikan perlu memastikan alat pemadam boleh diguna
pakai. Alat Pemadam api haruslah diletakkan di dalam dan luar bengkel
ini kerana kebakaran boleh berlaku di mana sahaja.
 Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan di ruang kerja
bengkel Automotif untuk memastikan rawatan awal boleh dilakukan jika
berlakunya kecelakaan seperti tangan melecur dan sehubungan.

pertolongan cemas haruslah mudah dicapai oleh sesiapa sahaja


termasuklah murid dan isi dalam peti tersebut haruslah sentiasa
dikemaskini.
 Memaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba,
Ambulan, Polis dan lain-lain agar pengguna bengkel sentiasa tahu siapa
yang harus dihubungi jika berlakunya perkara yang tidak diingini.
Objektif

 Rancangan peniagaan ini disediakan sebagai panduan untuk


memulakan perniagaan yang baru kepada mengusaha dengan
mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dilakukan dari aspek
pengurusan, perkhidmatan, potensi pelanggan dan anggaran kos.

 Membangunkan sebuah syarikat perniagaan perkhidmatan servis


kereta dan tayar dengan menggunakan mesin dan peralatan yang
moden dan terkini disamping pekerja-pekerja yang mahir dan
berpengalaman.

 Mepertingkankan produktiviti dan menghasilkan pendapatan yang


lumayan dan konsisten.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, walau apa pun tanggapan orang tentang perancangan, ia
masih penting dan merupakan elemen terpenting di dalam fungsi pengurusan bengkel
dalam susunatur. Pengurusan susunatur yang baik dapat meningkatkan tahap
maksima dan kecekapan kerja serta dapat meningkatkan produktiviti. Susun atur
kawasan kerja yang baik bukan sahaja dapat melancarkan proses kerja, malah dapat
mengurangkan kerugian samada secara langsung atau tidak langsung. perancangan
memerlukan matlumat dan maklumat boleh dikumpul melalui satu sistem maklumat.

Kelemahan susunatur juga boleh berlaku sekiranya susunatur di kawasan kerja


yang tidak bersistematik. Susunatur yang tidak memenuhi jadual juga akan
menyebabkan ruang kerja menjadi padat. Kawasan kerja yang tidak baik boleh
menurunkan kualiti produk, kecekapan kerja, dan produktiviti yang tidak mencapai
tahap yang maksima.

Ini bermakna merancang adalah satu perkara yang wajib bagi setiap orang,
inikan lagi bagi seseorang pengurus bengkel yang menjadi pengerak kepada
sesebuah organisasi
Lampiran
PELAN LANTAI BENGKEL DAN PELAN KECEMASAN

PERALATAN PERSONAL PROTECTION EQUIPMENT


(PPE) DI BENGKEL KERETA
1.PAKAIAN
 Ia diperbuat daripada fabrik dan melindungi badan pemakai daripada benda-
benda tajam,kasar dan berat.

2.S ARUNG TANGAN

 Ia diperbuat daripada kulit, fabrik, atau getah, digunakan untuk melindungi


daripada haba, asid, benda-benda tajam, kasar dan berat.

3.GOGGLE

 Digunakan untuk melindungi mata. Pemilihan jenis goggle berdasarkan


keselesaan pemakai dan jenis kerja yang dilakukan.
4.PENUTUP TELINGA

 Ia menutup keseluruhan cuping atau lubang telinga.


 Ia bertujuan untuk mencegah kehilangan pendengaran

5. KASUT KESELAMATAN

 Melindungi bahagian kaki daripada benda tajam atau melindungi pemakai


daripada tergelincir.
 Diperbuat daripada getah dan diperkukuhkan dengan logam
KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM
DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF

KESELAMATAN DI BENGKEL
Langkah keselamatan di dalam bengkel perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang
kemalangan yang mungkin berlaku tanpa disedari. Kemalangan yang sering terjadi
di dalam atau
di luar bengkel boleh mengakibatkan :-
 Luka sementara dan kekal
 Kehilangan nyawa
 Kerugian atau kerosakan pada alatan dan mesin
Terdapat dua faktor atau punca kemalangan boleh terjadi di bengkel iaitu :-
 Faktor kemanusiaan
 Faktor keadaan bengkel dan mesin yang telah rosak atau alatan yang telah di
bawah
taraf.

1. FAKTOR KEMANUSIAAN
Hampir 70% kemalangan yang terjadi di kawasan luar dan dalam bengkel
disebabkan
oleh faktor kemanusiaan. Antara faktor kemanusian yang memungkinkan
kemalangan terjadi di
bengkel adalah seperti berikut :-
 Terlalu yakin
 Cuai atau gopoh dalam melakukan sebarang kerja yang diberikan
 Segan untuk bertanya walaupun tidak tahu
 Sikap yang kurang berminat
 Tiada tumpuan sewaktu menjalankan kerja amali / tidak sihat
 Tidak mahu mematuhi peraturan-peraturan bengkel atau undang-undang
keselamatan
bengkel
 Pakaian yang tidak sesuai
2. FAKTOR KEADAAN BENGKEL / MESIN ATAU ALATAN YANG ROSAK DAN DI
BAWAH TARAF
 Lantai bengkel berminyak atau bersepah
 Kawasan dalaman bengkel yang kurang cahaya atau gelap
 Peredaran udara yang tidak baik
 Meja kerja atau bangku yang tidak tetap
 Suis elektrik rosak atau rosak
 Alatan tangan tumpul atau rosak / Alat elektrik yang rosak
Berikut merupakan peraturan asas sewaktu berada di Bengkel Automotif yang perlu
dipatuhi
serta difahami :-

KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN DIRI


DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF

A. LANGKAH KESELAMATAN DIRI


 Bekerja dalam keadaan sihat
 Berdisiplin semasa bekerja atau menjalankan amali
 Jangan bergurau atau bermain semasa berada di bengkel atau melakukan
kerja amali
 Pakai pakaian yang sesuai. Barang perhiasan seperti cincin, rantai atau jam
tidak boleh
dipakai sewaktu melakukan kerja amali.
 Jangan membawa alatan tangan yang tajam di dalam saku.
 Jauhkan tangan atau anggota lain ketika bekerja dengan enjin atau mesin
yang
bergerak
 Rambut hendaklah sentiasa pendek
 Gogal perlu dipakai semasa menjalankan atau melakukan kerja pada mesin
canai atau
gerudi serta mengimpal
 Jangan menggunakan sebarang alatan atau mesin yang telah rosak atau
cacat.

B. LANGKAH KESELAMATAN ALATAN SERTA MESIN


Sebelum menggunakan sebarang alatan atau mesin elektrik, pasti meminta
kebenaran
daripada guru. Alatan atau mesin yang ingin digunakan perlu berada di dalam
keadaan baik serta
faham bagaimana untuk mengendalikannya.
i. MESIN
 Sebelum menggunakan atau menjalankan mesin anda hendaklah faham serta
tahu
bagaimana untuk mengendalikan mesin tersebut.
 Pastikan selepas mesin yang digunakan, ianya perlu dibersihkan.
 Jangan menggunakan alatan elektrik mudah alih di tempat sempit atau
mudah terbakar.
 Gunakan gogal atau pelindung mata sem asa menggunakan mesin canai,
gerudi atau
pengimpal
 Pastikan kabel atau sambungan pendawaian alatan elektrik tidak longgar
atau cacat.
 Alatan elektrik mudah alih perlu berada di dalam keadaan sentiasa bersih dan
disimpan
ditempat yang selamat serta kering.

ii. ALATAN TANGAN DAN MEJA KERJA


 Pastikan alatan tangan yang digunakan berada di dalam keadaan baik dan
tidak
menggunakan alat tangan yang telah rosak atau tumpul.
 Elakkan menggunakan pahat yang telah berkepala cendawan.
KESELAMATAN DAN PERATURAN-PERATURAN AM
DI DALAM BENGKEL AUTOMOTIF

 Alat tangan pengetuk seperti tukul, pastikan pemegangnya teguh terpasang


pada kepala.
 Spana atau alat tangan yang digunakan perlu sesuai dengan kerja yang
dijalankan.

iii. ALAT PENJULANG


 Sebelum menggunakan penjulang, pastikan kenderaan yang perlu diangkat
perlu
diletakkan di kawasan yang rata.
 Pasangkan sangga keselamatan di bawah kenderaan selepas kenderaan
dijulang iaitu
sebelum melakukan sebarang pekerjaan di bawah kenderaan
 Pastikan sebelum menurunkan kenderaan, tiada orang berada di bawah
kenderaan

Jenis kemalangan yang mungkin terjadi di dalam Bengkel Automotif


1. Melecur 
   - Jangan membuka penutup pengalir haba semasa enjin dalam keadaan panas.
   - Melecur juga boleh terjadi sekiranya tersentuh bahagian-bahagian kenderaan yang
panas,
     contohnya; tersentuh atau terpegang sistem pancarongga keluar atau brek gelendung
atau
     ceper selepas ianya beroperasi

2. Terhempap
    - Sebelum sebarang kerja dijalankan pada bahagian bawah kenderaan yang telah
dijulang
     . pastikan sangga keselamatan diletakkan
RUJUKAN
https://www.slideshare.net/mrqiff12/perancangan-dan-pengurusan-bengkel

http://docshare01.docshare.tips/files/24160/241602746.pdf

https://www.academia.edu/23715158/KAISHI_AUTOMOTIF_SDN_BHD

Anda mungkin juga menyukai