Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN, MELAKA

SEP– DIS 2021

NYV 5013
BUSINESS STRATEGY IMPLEMENTATION

TUGASAN 3.2
EXECUTE BUSINESS STRATEGY

PROGRAM
DIPLOMA IN AUTOMOTIVE TECHNOLOGY (SERVIS)

ASSIGNMENT
A1 / GROUP 2

SEMESTER
DGP SEM 2

NAMA PELAJAR
MOHAMAD AKMAL BIN ABD HAMID

NAMA PENGAJAR
EN. SAIFUL BIN MD. SUKARDI
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1 PENGENALAN 3

2 OBJEKTIF 4
3 KEPENTINGAN STRATEGI PERNIAGAAN 5

4 STRATEGI YANG SESUAI DENGAN SOP 6

5 STRATEGI YANG SESUAI DENGAN KEPERLUAN SYARIKAT 7-8


6 KESIMPULAN 9

7 RUJUKAN 10
PENGENALAN

Organisasi perniagaan tidak kira samada lama atau baru, kecil atau besar wujud
mengikut kepada sesuatu keputusan yang telah dipersetujui. Strategi syarikat
hendaklah dilaksanakan sesuai dengan polisi, SOP dan mengikut keperluan
organisasi. Standard oreration proceduce (SOP) juga boleh difamami sebagai kod
kelakuan bertulis atau tidak bertulis dan juga peraturan di mana operasi jalankan
untuk mencapai matlamat organisasi. perkara tersebut adalah penting kepada
mana-mana syarikat yang ingin memastikan syarikat dapat bertahan lama.
OBJEKTIF

 Merancang strategi perniagaan menggunakan kaedah yang digunakan masa


kini.

 Menjalankan perancangan strategi perniagaan memenuhi keperluan syarikat


agar tidak membazirkan kewangan syarikat.

 Merupakan alat penting yang digunakan dalam pemantauan kemajuan sesuatu


aktiviti untuk mencapai objektif jangka masa Panjang.

 Membantu menetapkan keutamaan dalam sesuatu organisasi.

 Menjelaskan perkaitan pendekatan strategi dengan perniagaan yang releven.

 Menjelaskan pendekatan strategi yang diamalkan oleh syarikat.


KEPENTINGAN STRATEGI KEPADA SESEBUAH SYARIKAT

Strategi pemasaran mewakili arah generik yang perlu diikuti dalam usaha untuk
mencapai objektif perniagaan tertentu. Ia merupakan “Peta atau Petunjuk Arah” bagi
mencapai keputusan yang lebih besar, seperti pertumbuhan jualan, pengiktirafan
jenama, menembusi pasaran antarabangsa dan lebih banyak faktor lain. Selain itu,
Strategi pemasaran adalah pendekatan jangka panjang dan berpandangan ke
depan serta rancangan permainan keseluruhan organisasi atau perniagaan. Tujuan
asas strategi pemasaran ni adalah untuk mencapai kelebihan daya saing yang
mapan dengan memahami keperluan dan kehendak pelanggan. DI samping itu,
Walau bagaimanapun masih ada segelintir usahawan yang tidak menitik beratkan
tentang strategi pemasaran ini. Bagi mereka, cukup sekadar mempromosikan di
laman sosial dan kemudian mendapat sejumlah jualan sudah mencukupi.
STRATEGI YANG SESUAI DENGAN SOP

SOP pertama - Pembuat keputusan perlu fokus pada perkara-perkara yang penting
saja dan menyumberluarkan tugas-tugas pentadbiran kepada pekerja bebas. Selain
itu, Perniagaan sentiasa menguruskan pelbagai tugas dalam masa yang sama
seperti menguruskan jualan, stok, hal pentadbiran dan penghantaran produk. Oleh
itu, perlu mempunyai SOP yang praktikal supaya tugas-tugas ini dapat diselesaikan
tanpa mempengaruhi fokus ke atas proses yang paling penting.

SOP kedua - Fikir sebelum belanja, kurangkan komitmen tetap dari semasa ke
semasa. Setrusnya, menghadapi cabaran yang sama seperti perniagaan lain,
terutamanya cabaran yang berkaitan dengan kewangan. Oleh itu, sentiasa
mengamalkan pengurusan kewangan yang baik untuk menjamin aliran tunai yang
lebih fleksibel.

SOP ketiga - Hantar produk tepat pada masanya dan sentiasa utamakan
permintaan pelanggan.selain itu, mengutamakan permintaan pelanggan dari segi
kualiti produk dan kepantasan penghantaran produk kepada pelanggan.
STRATEGI YANG SESUAI DENGAN KEPERLUAN SYARIKAT

Harga
Penentuan harga yang bersesuaian bagi produk atau perkhidmatan adalah amat
mencabar dan dinamik dalam kebanyakan firma kerana dipengaruhi oleh peraturan
dalam sesetengah pasaran, persaingan global yang sengit dan pertumbuhan firma
yang perlahan kerana kemelesetan ekonomi dan inflasi. Berikut merupakan kaedah
yang boleh digunakan untuk menetapkan harga produk atau perkhidmatan 

Produk
Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan hendaklah menarik perhatian pelanggan
dan bakal pelanggan anda supaya menyedari kewujudannya dalam pasaran. Berikut
merupakan antara langkah yang boleh dilakukan untuk menjadikan produk atau
perkhidmatan anda berbeza daripada pesaing :

 Pembungkusan – Pembungkusan adalah penting bagi sesuatu produk. Tujuan


utama pembungkusan adalah untuk melindungi produk daripada rosak ketika
pengendalian dan pengedaran.

 Perlabelan – Label ialah reka bentuk grafik di atas bahan pembungkusan yang
mengandungi maklumat terperinci sesuatu produk seperti pengeluar, nama
produk, penggunaan dan penerangan produk dalam bentuk tulisan.

Tempat
Kenal pasti lokasi dan kaedah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda
supaya dapat sampai kepada pengguna akhir yang betul pada waktu yang tepat.
Penggunaan tempat yang betul akan membolehkan anda untuk menembusi pasaran
yang lebih besar, meningkatkan jualan dan memaksimumkan keuntungan. Kaedah
alternative seperti pasaran dalam talian juga boleh digunakan untuk menjual produk
atau perkhidmatan secara terus kepada pelanggan yang disasarkan. Jadi apa yang
perli tahu

Orang

Bagi menarik perhatian pelanggan, semua pekerja hendaklah memainkan peranan


untuk mendapatkan kepercayaan, keyakinan dan jaminan supaya pelanggan
membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Gabungan pekerja yang baik
dan pelanggan yang berpuas hati akan membantu syarikat anda untuk
mengembangkan perniagaan dan menjana keuntungan.

 Tenaga Kerja – Pekerja yang berilmu dan berkemahiran tinggi diperlukan supaya
pekerja anda memahami objektif syarikat, produk dan perkhidmatan yang
disediakan. Pekerja yang berpengetahuan dapat membantu untuk mempromosi
produk atau perkhidmatan dengan lebih baik kepada pelanggan yang berpotensi.

Proses
Proses adalah elemen dalaman untuk meletakkan satu sistem yang efektif dan
bersesuaian dalam proses mengendalikan produk dan perkhidmatan kepada
pengguna akhir. Sebuah perniagaan yang baik akan menggunakan Prosedur
Pengoperasian Standard (SOP) dalam menjalankan tugasan tertentu. SOP ialah
arahan langkah demi langkah atau manual sebagai panduan untuk menguruskan
produk dan perkhidmatan anda. Hasil yang diperoleh akan meningkatkan jualan dan
produktiviti. Sistem ini termasuklah proses penghasilan sehinggalah kepada
penguruskan pertanyaan dan maklum balas pelanggan.

KESIMPULAN
Sudah tiba masanya bagi sektor perniagaan membuktikan kemampuan mereka.
Selain itu, tanpa adanya rancangan perniagaan, Perniagaan mungkin akan
menghadapi banyak masalah dalam menjalankan perniagaan. Seterusnya, perlu
banyak penilaian tentang kedaan semada dan harus lebih peka dengan
perkembangan dan keperluan semasa supaya perniagaan boleh menunjukkan
bahawa kekuatan dan mampu mengubah corak, perniagaan yang ada pada masa
kini.

Rujukan
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/07/16/wow-usahawan-dedah-
bagaimana-sop-mampu-jadikan-bisnesnya-lebih-power
http://tisasacademy.com/7-kaedah-pemasaran-berkesan/
https://www.diyprintingsupply.com/mblog/penting-ke-strategi-pemasaran-ini-8-
jawapan-terbaik-untuk-anda/

Anda mungkin juga menyukai