Anda di halaman 1dari 52

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

MUHAMAD AKMAL BIN AHMAD KARSANAY

DI

D’ SEPIT BIRU

NO 412 & 413,


PERSIARAN SIBC 16,
32610, SERI ISKANDAR,
PERAK.

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan sebagai memenuhi


sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam.

POLITEKNIK SEBERANG PERAI


SESI JUN 2019

1
POLITEKNIK SEBERANG PERAI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

SESI JUN 2019

D’ SEPIT BIRU

Disediakan Oleh:

NAMA: MUHAMAD AKMAL BIN AHMAD KARSANAY.

NO. PENDAFTARAN: 10DIB19F1016.

PROGRAM: DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM.

2
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum W.b.t,

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya maka
dapat saya menyampaikan sedikit ucapan penghargaan di sini. Dengan ini saya
Muhamad Akmal Bin Ahmad Karsanay (10DIB19F1016) siswa Politeknik Seberang
Perai, Pulau Pinang yang sedang mengikuti program pengajian Diploma Kewangan
dan Perbankan Islam (DIB) telah Berjaya menamatkan sesi Latihan Industri sebagai
Pelatih bahagian Kewangan bagi Syarikat D’ Sepit Biru di Seri Iskandar,Perak.

Di Kesempatan ini, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada Puan Irnie Binti Ibrahim selaku Pengurus D’ Sepit Biru dan
seluruh warga kakitangan kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan
industri disini.

Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada seluruh kakitangan D’Sepit Biru
yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan perkongsian berkaitan selok
belok kerja dan tugas yang harus saya galas sepanjang menjalani latihan industri
syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti saya tidak dapat menjalani
latihan industri ini dengan jayanya seperti ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik
terutamanya kepada para pensyarah di Unit Perhubungan dan Latihan Industri
(UPLI) kerana telah memberi peluang dan ruang kepada saya untuk mencari sendiri
tempat untuk menjalani latihan industri mengikut keutamaan dan pilihan saya. Turut
berterima kasih juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi
taklimat untuk menjalani latihan industri beserta kaedah menyiapkan buku laporan
latihan industri yang lengkap dan bersesuaian dengan aspek kriteria yang
ditetapkan.

3
Sekalung budi ditujukan kepada barisan pensyarah di Jabatan Perdagangan
Politeknik Seberang Perai khususnya kepada Penasihat akedemik saya iaitu Puan
Norwani Binti Harun kerana telah banyak memberikan bantuan, sokongan,
semangat, panduan dan nasihat kepada saya serta rakan-rakan sekelas sebagai
persediaan sebelum menjalani latihan industri. Tidak lupa juga kepada semua
pegawai latihan industri yang berada di UPLI yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menguruskan urusan kami selaku mahasiswa
dalam menetapkan tempat latihan industri. Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat membantu saya dan memberikan sokongan sehingga
terhasilnya laporan ini. Semoga Allah swt sahaja yang dapat membalasnya.

4
Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

Penghargaan 3-4

Isi Kandungan 5-7

Senarai Rajah 8

Senarai Jadual 9

Bab 1 : Pengenalan

1.1 Pengenalan
1.1.1 Hasil Pembelajaran Latihan Industri
1.1.2 Objektif Laporan
1.1.3 Kepentingan Latihan Industri
10 - 17

1.2 Latar Belakang Organisasi


1.2.1 Pengenalan Organisasi
1.2.2 Maklumat Lokasi
1.2.3 Hala Tuju Organisasi
1.2.4 Carta Organisasi

5
Bab 2 : Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

2.1 Pengenalan Aktiviti Mingguan 18 - 27


2.1.1 Masa Berkerja
2.1.2 Aktiviti Mingguan

Bab 3 : Mengendalikan Tempahan Dewan

3.1 Pengenalan

3.2 Spesifikasi / Jenis Peralatan Yang Digunakan

28 - 36
3.3 Proses Kerja Yang Dilakukan

3.4 Kesimpulan

Bab 4 : Laporan Harian

4.1 Pengenalan

4.2 Spesifikasi / Jenis Peralatan Yang Digunakan


37 - 42
4.3 Proses Kerja Yang Dilakukan

4.4 Kesimpulan

6
Bab 5 : Kesimpulan 43 - 45

Bab 6 : Komen Dan Cadangan 46 - 48

Rujukan 49

Lampiran 50 - 52

7
Senarai Rajah

Rajah Muka Surat

Rajah 1 : Logo Organisasi 14

Rajah 2 : Restoran D’ Sepit Biru 15

Rajah 3 : Lokasi Restoran Di Dalam Peta 15

Rajah 4 : Alat Tulis 30

Rajah 5 : Aplikasi Whatapps 30

Rajah 6 : Komputer 31

Rajah 7 : Audio Sistem 31

Rajah 8,9,10,11,12,13 : Menu Pilihan Bagi Tempahan Dewan 32

Rajah 14 : Buku Resit 33

Rajah 15 : Resit Pembelian 38

Rajah 16 : Aplikasi Word 38

Rajah 17 :Alat Tulis 39

Rajah 18 : Komputer 39

Rajah 19 : Mesin Kira 40

Rajah 20,21,22,23,24 : Lampiran 50 - 52

8
Senarai Jadual

Jadual Muka Surat

Jadual Waktu Berkerja 19

Jadual Aktiviti Mingguan 20 - 27

9
BAB 1 :

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan

Kursus Diploma Kewangan dan Perbankan Islam merupakan salah satu


bidang yang terdapat di Politeknik Seberang Perai (PSP). Pelajar yang mengambil
kursus ini akan menjalani tempoh pengajian sepanjang 3 tahun bersamaan 6
semester pengajian. Sepanjang tempoh pengajian 2 ½ tahun kursus tersebut para
pelajar telah pun didedahkan secara teori berkaitan aktiviti, jenis produk, peraturan
dan perundangan berkaitan akta kewangan Malaysia. Sewaktu pelajar melangkah
ke semester akhir pengajian, pelajar diwajibkan menghabiskan satu semester
latihan industri sebagai syarat menamatkan pengajian dalam jurusan tersebut.
Pelajar akan menggunakan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sebagai
persediaan untuk diaplikasikan di dalam program latihan industri yang bakal
dijalankan oleh pelajar di syarikat masing-masing.

10
1.1.1 Hasil Pembelajaran Latihan Industri

Selepas menamatkan latihan industri, pelajar seharusnya dapat :

a) Berkomunikasi secara berkesan dalam setiap peringkat komunikasi.

b) Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-


kaedah dalam organsisasi.

c) Memupuk sikap amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri semasa


menjalani latihan industri.

d) Berkerjasama dalam berpasukan

11
1.1.2 Objektif Laporan

Setelah menamatkan latihan industri di sesuatu syarikat atau firma, setiap pelajar
dikehendaki menyediakan satu laporan lengkap di mana ia perlu dilengkapkan
mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Hal ini bertujuan untuk
menilai sejauh mana keberkesanan latihan industi kepada pelajar.

Laporan ini merupakan suatu dokumen yang penting sebagai bukti kepada pelajar
yang menjalani latihan industri. Oleh itu, laporan industri perlulah diberikan
pemerhatian yang khusus oleh pelajar sepanjang melaksanakannya. Piawaian yang
ditetapkan dalam laporan ini juga mampu melatih pelajar supaya mematuhi semua
arahan dan peratutan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Antara objektif
utama laporan latihan industri ialah:

 Menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pelajar sepanjang


latihan industri.

 Bukti latihan yang dijalankan. Semua kerja dan tugasan akan direkodkan di
dalam buku laporan harian dan dimasukkan ke dalam laporan akhir latihan
industri sebagai bukti latihan dilaksanakan.

 Memberikan gambaran kepada pihak politeknik mengenai kegiatan yang


dilakukan oleh pelajar sepanjang latihan industri dijalankan.

12
1.1.3 Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri merupakan salah satu cabang bidang ilmu yang dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan ia
adalah langkah terakhir sebelum pelajar melayakkan diri memperoleh segulung
diploma.

Kepentingan latihan industri ialah di mana ia dapat mendedahkan pelajar kepada


suasana kerja yang sebenar sebelum melangkahkan diri ke alam pekerjaan.
Pendedahan awal yang dilaksanakan oleh pihak politeknik dapat meningkatkan jati
diri seseorang pelajar. Selain itu, tanpa latihan industri seseorang pelajar tidak dapat
mempratikkan kemahiran yang dipelajari secara teori. Hal ini akan menyukarkan
pelajar jika mereka mahu mencari pekerjaan kerana kebanyakan majikan akan
melihat pada kemahiran dan pengalaman yang diperolehi. Pengalaman dan
kemahiran amatlah penting untuk membentuk jati diri yang profesional dalam bidang
yang diceburi kelak.Pelajar yang menjalani latihan industri dapat membina sikap
yang positif dalam diri. Beberapa kepentingan latihan industri adalah seperti :

i) Mencabar minda pelajar dalam menyelesaikan kerja dan cara berinteraksi dengan
pelbagai pihak.

ii) Pelajar dapat meningkatkan cara berkomunikasi dengan berkesan.

iii) Pelajar mengamalkan etika yang telah didedahkan semasa berada di Politeknik.

iv) Membina keyakinan diri pelajar atas kemampuan melaksanakan tugas yang diberi
dengan baik.

v) Melihat sejauh mana kemampuan pelajar dalam mendisiplinkan diri.

13
1.2 Latar Belakang Organisasi

1.2.1 Pengenalan Organisasi

Rajah 1

D’ Sepit Biru adalah sebuah restoran yang menyediakan makanan


berunsurkan shellout serta ala carte (masakan panas).D’ Sepit Biru telah ditubuhkan
pada 6 tahun yang lepas iaitu 16 april 2016 yang telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Dato’ Mohd Nizar Bin Haji Zakaria ahli parlimen UMNO bahagian Parit.

Restoran ini ditubuhkan oleh sepasang suami isteri iaitu Encik Ramli Bin
Kamardin dan isterinya selaku pengurus iaitu Puan Irnie Binti Ibrahim.Restoran ini
diberi nama D’Sepit Biru adalah kerana penjualan shellout udang galah yang
mempunyai penyepit berwarna biru. Semasa pemilihan udang galah disitulah
tercetusnya idea untuk memberi nama restoran ini sebagai D’Sepit Biru.

Tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan restoran yang menyediakan


shellout kerana semasa pembukaan kedai mereka adalah yang pertama menyajikan
shellout di Bandar Seri Iskandar,Perak.Semasa pembukaan pada tahun 2016
shellout masih tidak diketahui ramai orang membuat restoran ini mengalami kerugian
tetapi kedua pasangan ini tidak berputus asa dan meneruskan perniagaan
sehinggalah dapat bertahan sehingga kini.

14
Rajah 2

Rajah 3

15
1.2.2. Maklumat Lokasi

Alamat : NO 412 & 413,PERSIARAN SIBC 16,32610, SERI ISKANDAR,PERAK.

Number pengurus : 019 - 401 5522

Facebook : D’sepit BIRU

1.2.3 Hala Tuju Organisasi

Visi

 Menjadi satu restoran shellout yang dikenali ramai .

Misi

 Membuka cawangan di setiap negeri dan ingin dikenali dalam dan luar negara
pada lima tahun akan datang.

16
1.2.4. Carta Organisasi
Puan Irnie Binti Ibrahim
& Encik Ramli Bin
Kamardin
(pengurus)

Puan Azie
Cik Nurul Hazwani
(Tukang Masak
(Pelayan)
Masakkan Panas)

Encik Hazwan
Cik Ahlin
(Tukang Masak
(Pelayan)
Shellout)

Cik Hidayah Izzati Puan Marmisah


(Pelayan) (Pembantu Dapur)

Encik Mustaqim Cik Rabiatu Adawiyah


(Pelayan) (pembancuh Air)

Cik Rabiatu Syafiqah


(Tukang Cuci)

17
BAB 2 :

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pengenalan Aktiviti Mingguan

Pelajar yang menjalani latihan industri perlulah mencatat semua aktiviti


sepanjang tempoh latihan industri di dalam buku Refleksi Jurnal yang telah
diberikan oleh pihak politeknik kepada semua pelajar sebelum menjalani latihan
industri. Aktiviti yang dilakukan di organisasi perlulah dicatat setiap hari. Laporan
yang ditulis perlu mendapatkan tandatangan penyelia setiap minggu untuk
disahkan. Melalui buku jurnal tersebut, penyelia dapat memberikan komen atau
cadangan yang bernas dalam produktiviti yang dihasilkan pelajar selama mereka
menjalani latihan industri sekaligus dapat memberi peluang kepada pelajar
memperbaiki hasil kerja dari hari ke hari.

18
HARI MASA BEKERJA
ISNIN CUTI
SELASA - KHAMIS 11.00 PAGI - 6.00 PETANG

JUMAAT 9.00 PAGI - 4.00 PETANG

SABTU - AHAD 11.00 PAGI - 4.00 PETANG

2.1.1 Jadual Waktu Berkerja

19
2.1.2 Aktiviti Mingguan

Minggu / Tarikh Ringkasan Kerja

 Memperlajari memasukkan menu serta harga di


Minggu 1 salam sistem.
7/3/2022 -13/3/2022

 Mendaftarkan restoran D’Sepit Biru ke Foodpanda .

 Mempelajari cara kerja yang perlu dilakukan.

 Memperlajari teknik untuk memasukkan data ke


Minggu 2 dalam sistem (harian).
15/3/2022 - 20/3/2022

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

 Memasukkan data makanan kedalam peranti


Foodpanda.

20
Minggu 3  Mengikuti Puan Irnie membeli barang untuk kedai.
22/3/2022 - 27/3/2022

 Mempelajari daripada Puan Irnie untuk menjaga


kedai.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

 Melihat serta mempelajari cara Puan Irnie


Minggu 4 berbincang dengan pelanggan yang hendak
29/3/2022 - 3/4/2022 menempah dewan.

 Memperlajari cara menjaga bahagian audio sistem


semasa masjlis berlangsung.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

Minggu 5
5/4/2022 - 10/4/2022
 Cuti sempena menyambut Ramadhan.

21
Minggu 6  Memperlajari mengambil tempahan berbuka puasa.
12/4/2022 - 17/4/2022

 Menjawab segala panggilan pelanggan.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

 Menjaga kedai semasa Puan Irnie tiada di kedai.


Minggu 7
19/4/2022 - 24/4/2022
 Membeli barangan yang diperlukan di beberapa
tempat dengan bimbingan Puan Irnie melalui
whatapps.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

 Mencuba berkomunikasi dengan pelanggan untuk


mengambil tempahan dewan.
Minggu 8
26/4/2022 - 1/5/2022
 Menjadi pengacara majlis bagi majlis yang telah
diterima.

22
 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat
report kewangan pada hujung bulan.

Minggu 9
3/5/2022 - 8/5/2022  Cuti sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 Mengira pembelanjaan untuk membuat kedai


terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.
Minggu 10
10/5/2022 - 15/5/2022
 Membantu dalam menyediakan serta menjayakan
kedai terbuka.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

 Berlajar untuk menjadi juruwang dan memberi gaji


Minggu 11 kepada staf yang lain.
17/5/2022 - 22/5/2022

 Membeli barang perniagaan untuk kegunaan kedai.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

23
 Menjaga kedai semasa ketiadaan Puan Irnie.
Minggu 12
24/5/2022 - 29/5/2022
 Memberi gaji serta memegang duit jualan untuk
memindah ke dalam akaun perniagaan.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

 Menjawab panggilan untuk menerima tempahan


daripada pelanggan.
Minggu 13
31/5/2022 - 5/6/2022
 Menjadi juruwang dan memberi gaji kepada staf
yang lain.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

 Membeli barang perniagaan untuk kegunaan kedai.


Minggu 14
7/6/2022 - 12/6/2022
 Menerima aduan daripada staf serta daripada
pelanggan untuk menambah baik.

24
 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat
report kewangan pada hujung bulan.

Minggu 15
14/6/2022 - 19/6/2022  Menghadiri rombongan ke cameron untuk memberi
semangat kepada staf untuk berkerja.

 Mengira jumlah pembelanjaan rombongan ke


cameron.

 Berkomunikasi dengan pelanggan yang hendak


mengambil tempahan dewan.
Minggu 16
21/6/2022 - 26/6/2022
 Menjaga audio sistem semasa majlis yang
berlangsung supaya majlis berjalan dengan lancar.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

Minggu 17
28/6/2022 - 3/7/2022  Menjawab panggilan untuk menerima tempahan
daripada pelanggan.

25
 Menjadi juruwang dan memberi gaji kepada staf
yang lain.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

Minggu 18
5/7/2022 - 10/7/2022  Menjaga kedai semasa Puan Irnie tiada di kedai.

 Membeli barangan yang diperlukan di beberapa


tempat dengan bimbingan Puan Irnie melalui
whatapps.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

Minggu 19
12/7/2022 - 17/7/2022  Cuti sempena Hari Raya Aidil Adha.

Minggu 20
19/7/2022 - 22/7/2022  Membuat pasaran tentang kedai di aplikasi
Facebook, Whatapps,Instagram serta Tiktok supaya
menarik lebih ramai pelanggan.

26
 Memanggil orang untuk memasarkan kedai seperti
‘Seladang Perak’ untuk menaikkan jumlah jualan.

 Merekod jualan, belian serta gaji untuk membuat


report kewangan pada hujung bulan.

27
BAB 3:

MENGENDALIKAN TEMPAHAN DEWAN

3.1 Pengenalan

Restoran dapat menerima tempahan untuk mengadakan pelbagai majlis di


dalam dewan yang berada di tingkat 1 restoran yang dapat memuatkan kapasiti
maximum sebanyak 120 orang dan minimum sebanyak 30 orang. Restoran ini
menerima tempahan kerana mempunyai dewan yang besar untuk dijadikkan tempat
membuat sesuatu majlis.

Selain itu, dewan ini mempunyai pelbagai kemudahan yang membuatkan


pelbagai pelanggan tertarik untuk mengadakan majlis di dewan
tersebut.Kemudahan yang Restoran D’ Sepit Biru memberi ialah mempunyai audio
sistem ,LCD projektar ,pentas untuk berucap, mikrofon , mempunyai 7 penyaman
udara yang dapat memberi keselesaan kepada pelanggan. Restoran ini juga
menawarkan harga yang berpatutan di mana harga makanan yang melebihi
RM350.00 tidak dikenakan caj tambahan manakala, jika bawah RM350.00
dikenakan caj tambahan iaitu sebanyak RM50.00 .

28
Hal ini juga, menarik minat pelanggan untuk menyewa dewan D’Sepit Biru.
Dewan ini juga memberikan kemudahan meja serta bangku dengan percuma.
Pelanggan tidak perlu memikirkan tentang meja, bangku serta makanan kerana
Restoran D’Sepit Biru telah menyediakan semua kemudahan tersebut.

29
3.2 Spesifikasi / jenis peralatan yang digunakan

 Alat Tulis

Rajah 4

 Telefon ( aplikasi whatapps)

Rajah 5

30
 Komputer

Rajah 6

 Audio Sistem

Rajah 7

31
 Menu pilihan

Rajah 8 Rajah 9

Rajah 10 Rajah 11

Rajah 12 Rajah 13

32
 Buku Resit

Rajah 14

33
3.3 Proses kerja yang dilakukan

1. Mendapat panggilan telefon daripada pelanggan yang ingin membuat tempahan


dewan.

2. Pelanggan memberikan tarikh dan masa untuk berjumpa untuk membincangkan


tentang penyewaan dewan dari segi makanan, tarikh serta harga.

3. Pelanggan datang berjumpa pada hari serta masa yang telah dijanjikan untuk
berbincang tentang penyewaan dewan.

4. Saya memberikan pilihan menu, harga serta tarikh yang kosong untuk dipilih oleh
pelanggan.

5. Pelanggan memilih masa, tarikh, makanan serta harga yang pelanggan inginkan.

6. Pelanggan membuat pembayaran deposit untuk menetapkan tempahan supaya


tidak bertindih dengan pelanggan yang lain.

7. Saya mengemas kini dengan memberitahu kepada group whatapps serta menulis
dalam senarai tempahan dewan.

8. Pelanggan telah bersetuju tentang harga, makanan, tarikh serta masa yang telah
dibincangkan.

34
9. Memberikan resit deposit kepada pelanggan supaya waktu majlis pelanggan
boleh menunjukkan resit deposit bertujuan untuk menolak harga penuh.

10. Saya mengemas kini kepada pelanggan 3 hari sebelum majlis untuk tentang
tempahan yang telah dibuat supaya pelanggan tidak lupa dengan melalui aplikasi
whatapps.

35
3.4 Kesimpulan

Secara kesimpulan, menempah dewan di Restoran D’ Sepit Biru perlu melalui


pelbagai proses supaya tidak berlakunya percanggahan serta ketidakpuas hati
daripada mana-mana pihak.Ia mestilah dilakukan dengan teliti serta menerangkan
kepada pelanggan dengan benar supaya tidak berlaku kekeliruan terhadap
penerangan yang telah saya berikan.Hal ini supaya tidak berlaku sebarang
kesilapan dan penindihan tarikh dengan pelanggan yang lain.

36
BAB 4 :

LAPORAN HARIAN

4.1 Pengenalan

Setiap syarikat atau perniagaan mempunyai rekod jualan supaya


memudahkan mereka untuk mengira cukai pada hujung tahun.Hal ini juga, dapat
memberi gambaran tentang kemajuaan atau kerugiaan sesebuah syarikat.Restoran
D’Sepit Biru menulis laporan harian atau mencatat jumlah jualan, pembelian serta
penolakkan gaji secara harian kerana restoran ini memberi gaji serta membeli
barang secara harian.

Selain itu, restoran ini adalah perniagaan kecil yang ingin mengembangkan
sayap serta dikenali di dalam Malaysia mahupun luar Malaysia yang menawarkan
makanan utama berdasarkan shellout.Laporan harian ini juga memudahkan pihak
yang menjaga kewangan untuk membuat kunci kira-kira pada akhir bulan untuk
memudahkan proses peminjaman daripada sesebuah bank.

37
4.2 Spesifikasi / jenis peralatan yang digunakan.

 Resit pembelian

Rajah 15

 Microsoft Word

Rajah 16

38
 Alat tulis

Rajah 17

 Komputer

Rajah 18

39
 Mesin kira

Rajah 19

40
4.3 Proses kerja yang dilakukan

1. Menunggu penutupan kedai untuk mendapatkan slip hasil jualan serta resit
pembelian barang.

2. Membuat satu folder baru untuk merekod hasil jualan, pembelian serta gaji
pekerja.

3. Membuat tiga jadual dimana yang pertama tempat pembelian serta jumlah
pembelian pada hari tersebut.

4. Jadual kedua berisi nama serta gaji pekerja pada hari tersebut.

5. Jadual ketiga berisi hasil jualan dan untung bersih.

6. Mengisi data ke dalam microsoft word tentang hasil jualan, pembelian serta
jualan.

7. Mengira untung bersih yang kedai dapat dengan formula hasil jualan menolak
pembelian serta menolak gaji pekerja dan mendapat untung bersih bagi kedai.

8. Ulang perkara yang sama pada setiap hari sehingga akhir bulan untuk mengira
hasil jualan pada bulan tersebut supaya lebih mudah untuk laporan akhir tahun.

41
4.4 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, sesebuah perniagaan haruslah membuat catatan


tentang kemasukan dan pengeluaran duit supaya mudah untuk mengatasai sesuatu
masalah yang berkaitan kewangan daripada perniagaan tersebut.Mencatat
kemasukkan serta pengeluaran duit perlulah dilakukan tidak kira perniagaan kecil-
kecilan mahupun besar-besaran.

Selain itu, dengan adanya laporan kewangan dapat memudahkan membuat


pinjaman bagi meluaskan atau memperbesarkan perniagaan.Membuat bahagian
kewangan tidaklah semudah yang disangka dan perlu dicatat dengan teliti supaya
tidak berlaku kesukaran pada masa akan datang.

42
BAB 5 :

KESIMPULAN

Inisiatif pihak Politeknik menempatkan pelajar-pelajar menjalani Latihan


Industri (LI) adalah salah satu langkah yang bijak bagi memberi peluang kepada
pelajar untuk merasai pengalaman kerja yang sebenar.Latihan Industri ternyata
banyak memberikan pendedahan awal kepada pelajar yang bakal menamatkan
pengajian untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Pengalaman yang
diperolehi oleh pelajar dapat memberikan impak yang besar dalam diri untuk
dijadikan panduan kepada para pelajar pada masa depan kelak. Program ini harus
diteruskan kerana ianya banyak memberikan manfaat khususnya kepada pelajar
dan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dunia sebenar alam
pekerjaan di sesebuah organisasi. Di samping itu, dengan adanya latihan industri ia
dapat memberikan keyakinan kepada pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan
yang sebenar di mana ianya mencabar malah pelajar perlu bijak dalam
menggunakan peluang yang ada untuk memberikan hasil yang terbaik.

43
Sepanjang menjalani latihan industri di D’Sepit Biru, ia merupakan
pengalaman yang bernilai dan sangat bermakna bagi diri saya kerana saya dapat
mempelajari ilmu pengetahuan yang baru sepanjang menjalani latihan industri.
Pengalaman ini merupakan titik permulaan yang akan sentiasa diinganti kerana
saya dapat menggunakan ilmu yang diperolehi ke alam pekerjaan yang sebenar.
Pengalaman dan ilmu yang diperolehi di D’Sepit Biru yang dapat saya kaitkan
dengan pembelajaran sepanjang berada di Politeknik adalah seperti
akaun,pengajian perniagaan dan sistem pengoperasian dan pengurusan
perniagaan yang telah dipelajari sepanjang pengajian kursus saya iaitu Kewangan
dan Perbankan Islam dimana terdapat banyak perkaitan di dalamnya. Dengan
menjalani latihan secara praktikal di D’Sepit Biru, saya dapat meningkatkan lagi
pemahaman saya terhadap apa yang dipelajari di dalam kuliah di Politeknik
bersama pensyarah.

Antara dapatan yang diperolehi oleh saya sepanjang menjalani Latihan


Industri ialah:

i. Mempelajari kemahiran berkomunikasi berkesan dengan pelanggan.

Kemahiran berkomunikasi adalah salah satu kemahiran yang penting bagi pelajar
untuk menempatkan diri ke alam pekerjaan yang sebenar. D’Sepit Biru telah
memberikan impak yang besar dalam diri pelajar kerana pihak D’Sepit Biru telah
memberikan tunjuk ajar dalam berkomunikasi terhadap pelbagai peringkat
komunikasi. Pihak D’Sepit Biru memberi peluang kepada saya untuk berkomunikasi
dengan pelanggan sendiri. Komunikasi yang baik dapat membantu seseorang itu
untuk lebih berkeyakinan diri dan tidak kekok dalam berinteraksi dengan orang lain.
Sepanjang tempoh menjalani latihan industri, pelajar mendapat bimbingan
mengenai cara berkomunikasi dengan baik bagi meningkatkan mutu berkomunikasi
dari semasa ke semasa

44
ii. Didedahkan dengan persekitaran yang profesional.

Persekitaran yang profesional merupakan salah satu suasana yang wujud dalam
sesebuah organisasi di mana pelatih diajar untuk berurusan secara profesional
antara rakan sekerja dan pelanggan. Selain itu, pelajar juga dilatih untuk berdisiplin
dan mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan. Justeru itu, sepanjang
tempoh Latihan Industri pelajar telah didedahkan untuk lebih berfikiran terbuka
dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya keputusan yang dibuat adalah tepat
dan tidak terburu-buru dengan bertanyakan dengan orang yang lebih arif atau
pengurus sendiri. Di samping itu, pelajar juga didedahkan dengan sifat berpasukan
bagi mendapatkan hasil yang lebih cemerlang dalam setiap tugasan yang
dilaksanakan.

iii. Dapat meningkatkan keyakinan diri

Latihan Industri memberikan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan


diri dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan. Hal ini kerana, pelajar
berada dalam persekitaran pekerjaan yang sentiasa menyokong dan diberi tunjuk
ajar yang baik oleh pengurusan organisasi iaitu Puan Irnie selaku pengurus D’Sepit
Biru . Pelajar juga dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam melaksanakan
tugasan serta telah diberi pendedahan yang baru dalam melakukan tugasan
menjadikan pelajar lebih bersemangat dan yakin dengan kebolehan diri untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan.

45
BAB 6 :

KOMEN DAN CADANGAN

6.1 Pelajar

Pelajar perlulah membuat persiapan secukupnya dari segi fizikal dan mental
sebelum menjalani latihan industri di mana-mana organisasi seperti membuat
pembacaan serba sedikit mengenai latar belakang organisasi dan maklumat
berkaitan produk yang ditawarkan dan mengetahui skop pekerjaan yang ditawarkan
supaya tidak tersasar dari skop pembelajaran. Persediaan awal ini mampu
menjadikan pelajar lebih bersedia untuk memulakan kerja di sesuatu organisasi.
Seterusnya, pelajar perlu menghadiri taklimat latihan industri bagi mendapatkan info
penting dan terkini serta tindakan yang mesti dilakukan sebelum, semasa dan
selepas latihan industri. Pelajar mestilah sentiasa peka dengan proses latihan
industri ini supaya tidak berlaku apa-apa impak yang buruk di masa akan datang.

46
6.2 Pihak Politeknik

Pihak politeknik memainkan peranan penting dalam tempoh latihan industri


dijalankan di mana pensyarah latihan industri mestilah sentiasa membuat
pemantauan terhadap setiap pelajar dari semasa ke semasa agar pelajar mudah
untuk mendapatkan bantuan sekiranya pelajar hendak membuat aduan dan
sebagainya. Selain itu, pihak politeknik haruslah mengkaji sedikit latar belakang
organisasi yang ditawarkan kepada pelajar agar tugasan yang pelajar perolehi
bersesuaian dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar tersebut.

Jika pelajar menjalani latihan industri dengan organisasi yang memberikan


tugasan berkaitan dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar, maka ia merupakan
satu bonus untuk pelajar dapat memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang
lebih mendalam apabila melaksanakan sesuatu tugasan. Seterusnya, pihak
politeknik perlulah mengekalkan semester 6 iaitu semester terakhir untuk menjalani
latiahan industri supaya pembelajaran dari segi teori dan praktikal dapat dicapai
dengan sempurna.

Pemantauan yang dilaksanakan oleh pensyarah pemantau memberikan


impak besar kepada pelajar supaya lebih bersikap serius selama menjalani latihan
industri. Sekiranya pelajar tidak mengikuti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan
oleh pihak politeknik, pelajar tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib di atas
kegagalan mengikuti peraturan sepanjang latihan industri.

47
6.3 Pihak Organisasi

Pengalaman menjalani latihan industri bersama kumpulan D’Sepit Biru


merupakan suatu pengalaman yang berharga bagi pelajar. Pengurus dan pekerja
D’Sepit Biru tidak kekok ataupun kedekut untuk berkongsi ilmu dengan pelajar
malah sentiasa mengalu-alukan pelajar untuk mengenali lebih mendalam berkenaan
setiap urusan di D’Sepit Biru serta menjalin hubungan baik bersama pelatih seperti
keluarga.

48
Rujukan

https://mobile.facebook.com/Dsepit-BIRU-785788028222813/

https://www.google.com/maps/place/Restoran+D+Sepit+Biru/
@4.3562081,100.9678645,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!
1s0x31cadfd29a811a03:0x13a81b35098c1f69!8m2!3d4.3562028!4d100.9700532?
hl=ms

https://www.academia.edu/37868966/
FORMAT_PENYATA_PENDAPATAN_DAN_KUNCI_KIRA_KIRA

49
Lampiran

Rajah 20

Rajah 21

50
Rajah 22

Rajah 23

51
Rajah 24

52

Anda mungkin juga menyukai