Anda di halaman 1dari 32

1

BAHAGIAN 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Latihan industri (LI) merupakan komponen program pengajian yang memberi


pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan agar lebih bersedia dengan suasana kerja
yang bakal mereka ceburi. Selain daripada itu program LI adalah untuk memperkasakan
kompetensi dan kemahiran pekerjaan pelajar dan seterusnya dapat mempertingkatkan
kebolehan pasaran pelajar.

Secara dasarnya, program LI ini merupakan satu program yang menempatkan


pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, amali atau klinikal dalam satu-satu
organisasi luar UKM yang dipilih dan diselia dalam jangka masa yang ditetapkan
sebelum pelajar dianugerahkan ijazah.

1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

Matlamat LI adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang


sebenar sambil mempraktikkan pengetahuan secara teori kepada amalan serta
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesion masing-masing.
Latihan Industri juga bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kompetensi yang
diperlukan oleh majikan di samping memberikan pengalaman keusahawanan.
2

1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif utama program LI adalah untuk :

a. memberikan peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran


akademik dalam alam pekerjaan sebenar.
b. memberi peluang kepada pelajar belajar dari pengamal dalam bidang masing-
masing.
c. mempertingkatkan kemahiran generik dan profesional seperti kemahiran
interpersonal, bekerja secara berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan
kemahiran keusahawanan.
d. menghayati nilai etika profesion masing-masing.
e. mempertingkatkan peluang pekerjaan.
f. memberikan pengalaman pembelajaran dalam dunia industri dan
g. merapatkan jalinan hubungan universiti dengan industri.

Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan
pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja berpasukan dan
perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan dan
memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada
bakal majikan serta dapat menyediakan laporan rasmi selepas tamat latihan.

1.4 LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT

1.4.1 Lokasi Daerah

Daerah Hulu Langat terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadanan
dengan:

a. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah Barat Laut;
b. Daerah Petaling di sebelah Barat;
c. Daerah Sepang di sebelah Barat Daya;
3

d. Negeri Pahang di sebelah Timur Laut; dan


e. Negeri Sembilan disebelah Selatan dan Timur

1.4.2 Profil Daerah

Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah


bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di
sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan kedudukannya yang hampir dengan Persekutuan Putrajaya.  Daerah
Hulu Langat merupakan satu daripada 9 daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Ia
merupakan daerah ke 5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan
Lembah Klang. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun
Tanah Negara iaitu :

a. Ampang dengan keluasan 3,901 hektar.


b. Beranang dengan keluasan 6,184 hektar.
c. Cheras dengan keluasan 5,973 hektar.
d. Hulu Langat dengan keluasan 29,542 hektar.
e. Hulu Semenyih dengan keluasan 18,405 hektar.
f. Kajang dengan keluasan 9,340 hektar.
g. Semenyih dengan keluasan 9,599 hektar.

1.5 SEJARAH PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT

Ditubuhkan pada 1884 di Bandar Kajang. Pada 1 Januari 1992 pejabat telah
berpindah di pejabat baru di Bandar Baru Bangi sehinggalah ke hari ini. Dirasmikan oleh
Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan
Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada 25 Mac 1992.

1.6 VISI,MISI DAN MOTTO PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT


4

Visi, misi dan motto Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat adalah untuk :

a. Visi
Menjadikan Sebuah Daerah Yang Termaju Dan Sejahtera Menjelang Tahun 2015.

b. Misi
Merancang, Mengurus Dan Memantau Pentadbiran Daerah Bagi Mencapai
Pembangunan Yang Holistik Dan Seimbang Dari Segi Ekonomi, Sosial, Fizikal
Dan Pembangunan Insan Melalui Perkhidmatan Yang Berkualiti.

c. Motto
Kejujuran dan Ketekunan Dirpelihara oleh Allah S.W.T

1.7 OBJEKTIF DAN FUNGSI UTAMA PEJABAT DAERAH / TANAH HULU


LANGAT

Objektif Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat adalah untuk : 

a. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pemantapan


keupayaan dan kapasiti organisasi.
b. Meningkatkan kecemerlangan organisasi dengan memperkasakan tadbir urus
organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni.
c. Mempertingkatkan kepuasan pelanggan dalam semua bidang berkaitan tanah
dengan memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah secara menyeluruh.
d. Memperbanyakkan kemudahan awam dan infrastruktur asas serta menggiatkan
pembangunan bandar dan desa serta pengukuhan sosio-ekonomi secara holistik
dengan mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
e. Mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dengan mengekalkan
perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Fungsi utama Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat adalah :


5

a. Mentadbir pentadbiran daerah ke arah kesejahteraan rakyat.


b. Mengurus pentadbiran tanah termasuk kutipan hasil dan cukai tanah.
c. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan tanah dan,
d. Mengurus pelaksanaan pembangunan Daerah.

Pegawai Daerah berperanan sebagai perancang, penyelaras, pemantau dan


pelaksana projek dan program di peringkat daerah.  Pegawai Daerah juga menganggotai
Jawatankuasa Tetap di peringkat Negeri. Beliau juga berperanan menyelaras program-
program anjuran kerajaan persekutuan di peringkat daerah termasuk juga Pihak Berkuasa
Tempatan.

1.8 FUNGSI UNIT PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH HULU LANGAT

1.8.1 Bahagian Khidmat Pengurusan

a. Unit Pentadbiran & Kewangan


 Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya
dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah.
 Mengawal disiplin dan memproses tindakan tatatertib.
 Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman
tentang dasar dan peraturan kerja semasa. 
 Menyelaras Penilaian Prestasi Tahunan untuk Panel Pengurusan Sumber Manusia
(PPSM)

b. Unit Majlis & Keraian


 Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk sambutan,
keraian dan majlis rasmi Kerajaan Negeri & Persekutuan di peringkat daerah,
mukim dan kampung termasuk yang melalui bahagian pembangunan.
6

 Menyelaras dan mengadakan pelbagai mesyuarat peringkat di Daerah.

c. Unit Keselamatan
 Membantu KPPD Khidmat Pengurusan sebagai S/U Keselamatan Daerah dalam
penyampaian bantuan bencana daerah.
 Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Keselamatan Daerah, J/K Pengurusan
dan Batuan Bencana, J/K menangani Gejala Sosial, J/K Pendatang Tanpa Izin,
J/K Hal Ehwal Pengguna, J/K Perpaduan, J/K Penyakit Berjangkit.
 Merancang dan melaksanakan kempen-kempen bersama dengan agensi-agensi
berkaitan.
 Menyediakan laporan pemantauan dan menilai impak pelaksanaan dasar kerajaan
dan program pembangunan untuk disampaikan kepada MKN.
 Pengerusi Gerak Saraf Negara.

d. Unit Teknologi Maklumat


 Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam teknologi maklumat dan
komunikasi kepada penjawat awam dan komuniti ke arah merealisasikan program
kerajaan elektronik di peringkat daerah.
 Menyelaras dan mengawal penggunaan sistem, peralatan server dan lain-lain yang
berkaitan.
 Membangun dan mengemaskini Laman Web Jabatan dan Sistem HRMIS.
 Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota termasuk latihan
pengguna.

1.8.2 Bahagian Pengurusan Tanah

a. Pembangunan Tanah
 Permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah. 
 Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah.
7

 Permohonan ubah syarat, pecah sempadan/bahagian tanah.


 Permohonan penyatuan tanah.
 Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pada pertanian
kepada industri.
 Pemberian milik tanah di bawah Akta Tanah.
 Memproses permohonan pecah sempadan/bahagian, pemberian milik tanah dan
penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik.

b. Pelupusan
 Permohonan tanah biasa oleh orang perseorangan/ swasta, Jabatan Kerajaan yang
kurang dari 10 ekar.
 Permohonan tanah besar-besaran berkelompok.
 Permohonan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS).
 Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lombong
(SL/PL).
 Permohonan tanah di bawah dasar penswastaan.
 Permohonan rayuan pengurangan premium.
 Permohonan pecah bahagian bangunan dan pendaftaran hakmilik strata.

c. Pendaftaran
 Mendaftar hakmilik tanah.
 Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga.
 Menerima suratcara urusniaga / bukan urusniaga.
 Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan
peraturan dan perundangan.
 Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam dokumen Hakmilik Daftar
Komputer.
 Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal.
 Menyediakan Sijil Carian Rasmi dan Carian Persendirian bagi tanah milik.
8

 Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan


urusniaga.

d. Perundangan
 Menyemak semula  prosedur-prosedur kerja supaya prosedur kerja yang diguna
pakai di Bahagian  Tanah adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia
ada dan bukannya berdasarkan tradisi / amalan biasa. 
 Memantau perjalanan kes-kes saman berkaitan dengan Pejabat Daerah/Tanah
Hulu Langat di Makhamah.
 Mewujudkan kesedaran dikalangan  kakitangan dan pelanggan Pejabat
Daerah/Tanah Hulu Langat akan kepentingan mematuhi peruntukkan undang-
undang dan kesan sekiranya melanggar peruntukkan tersebut.
 Memantau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang dibawah Kanun Tanah
Negara 1965.
 Menyelaras hal-hal perundangan di daerah dengan pihak Kamar Penasihat
Undang-Undang Negeri dan Bahagian Dasar dan Perundangan Pejabat Tanah dan
Galian Negeri Selangor.
 Menjadi urusetia Inventori masalah Rakyat (IMR).
 Menyelaras aduan-aduan awam terhadap urusan-urusan berkaitan tanah dan
Pentadbiran Daerah Hulu Langat.

e. Teknikal & Penguatkuasaan


 Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai.
 Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan,
permohonan tanah melalui penswastaan dan pengambilan balik tanah.
 Urusetia Jawatankuasa Khas Pengambilan balik tanah.
 Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit.
 Menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan.
 
f. Hasil
9

 Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan.


 Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat.
 Menyelaraskan Laporan Pungutan Hasil bulanan.
 Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan.
 Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah.

1.8.3 Bahagian Pembangunan

a. Pembangunan Fizikal
 Menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan bagi sektor infrastruktur daerah.
 Merancang dan melaksanakan aspek-aspek teknikal projek-projek Pejabat Daerah.
 Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek yang telah siap untuk pembayaran.
 Menyelaras dan mengawasi projek persekutuan, negeri dan swasta.
 Mengurus, menyedia dan memperakui Spek Kerja dan pelan-pelan kejuruteraan
awam.
 Merancang dan menyelaras perancangan Pembangunan Fizikal Daerah.
 Menganggotai Mesyuarat Perancangan Infrastruktur PBT dan JPBD.
 Menyelaras dan mengawasi Perancangan Pembangunan Tempatan bersama PBT.
 Menyelaras pembangunan agensi-agensi pusat di peringkat daerah.
 Menyemak permohonan Tukar Syarat Tanah supaya bersesuaian dengan
Rancangan Pembangunan Tempatan.
 Memantau pelaksanaan kemajuanprojek persekutuan di daerah melalui SPPII.
b. Pembangunan Masyarakat
 Mengurus pelantikan dan penamatan Ketua-ketua Kampung Tradisi.
 Mengurus pelantikan dan penamatan perkhidmatan Ketua-ketua Kampung Baru
Cina.
 Pelantikan JKKK bagi Kampung-kampung Tradisi dan Kampung-kampung Baru
Cina.
 Penyediaan profil Kampung Tradisi dan Kampung Baru Cina.
10

 Penyediaan Baucer Pembayaran Elaun Ketua-ketua Kampung dan Elaun


Mesyuarat Pengerusi JKKK.
 Merancang Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat (Daerah).
 Menguruskan Program Bantuan Pelaburan kpd Penduduk Termiskin melalui Skim
ASB/ASW
 Merancang dan melaksana Program Minda Insan di kalangan penduduk termiskin.
 Merancang dan mengurus pelaksanaan Program Latihan Kepimpinan Masyarakat
Setempat.
 Merancang dan melaksana Program Pembangunan IKS.
 Menyelenggara aktiviti pertubuhan sukarela peringkat daerah.
 S/U J/K Sambutan Upacara Keagamaan Daerah meneruskan pemulihan dan
pertumbuhan sosial ekonomi melalui perkhidmatan mesra rakyat.

1.9 CARTA ORGANISASI UTAMA PEJABAT DAERAH / TANAH HULU


LANGAT

Berikut adalah carta organisasi utama terkini Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :

Bil. Jawatan Nama


Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Haji Haris B. Kasim
1.
Ketua Pen. Pegawai Daerah Luraashy Bt.Hassim
2.
(Kidmat Pengurusan)
11

Ketua Pen. Pegawai Daerah Ahmad Suaidi B. Abdul Rahim


3.
(Pengurusan Tanah)
Ketua Pen. Pegawai Daerah Norfaizah Bt. Omar
4.
(Pembangunan)
Pen. Pegawai Daerah Aireen Umimaisarah Bt. Hamdan
5.
(Pentadbiran Kewangan)
Pen. Pegawai Daerah Mohd Rashidi B. Ruslan
6.
(Pelupusan Tanah)
Pen. Pegawai Daerah Norfauzah Bt. Ahmadan
7.
(Pembangunan Tanah)
Pen. Pegawai Daerah Nurul Fatanah Bt. Kamarul
8.
(Pendaftaran)
Pen. Pegawai Daerah Mohd Fadhil B. Mohamad Jamin
9.
(Pendaftaran)
Pen. Pegawai Daerah Mohd Azhar B. Daud
10.
(Penguatkuasaan)
Pen. Pegawai Daerah Teepah A/P Athimoolam
11.
(Hasil)
Pen. Pegawai Daerah Khairul Fadhli Bin Mahmud
12.
(Pembangunan Masyarakat)
Pen. Pegawai Daerah -Kosong-
13.
(Pembangunan Fizikal)
Setiausaha Keselamatan Daerah -Kosong-
14.
12

Carta 1: Carta Organisasi Pentadbiran Utama Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat .
13

BAB 2

BIDANG TUGAS LATIHAN INDUSTRI DI ORGANISASI

2.1 SKOP / SPESIFIKASI TUGAS

Sepanjang pelatih menjalani latihan industri di organisasi, pelatih telah


ditempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat.
Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat merangkumi empat
unit utama iaitu unit pentadbiran dan kewangan, unit keselamatan, unit majlis keraian dan
unit teknologi maklumat. Pelatih telah diberikan tugasan untuk membantu Bahagian
Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam menyiapkan tugasan-
tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini untuk diselesaikan
dan sebagainya.

2.2 TUGASAN HAKIKI

Tugasan hakiki atau sebenar yang pelatih lakukan ialah melaksanakan sistem kad
perakan waktu (punch card). Punch card merupakan perkara yang wajib dibuat bagi
semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat bagi merekod
kedatangan harian mereka. Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan agensi
Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk mengawal
waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang dari pejabat.
Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan dedikasi dan
tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi
mereka.
14

2.3 TUGASAN HARIAN

Latihan Industri bagi pelatih di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat telah
bermula pada 2 Julai 2012 dan berakhir pada 30 Ogos 2012. Latihan ini memakan masa
selama lapan minggu.

Sepanjang tempoh latihan tersebut, pelatih telah diberikan tugasan untuk


membantu bahagian khidmat pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam
menyiapkan tugasan-tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini
untuk diselesaikan dan sebagainya.

Secara dasarnya, skop dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada


pelatih adalah terlalu rencam dan pelbagai. Pelatih bertanggungjawab membantu dalam
melaksanakan tugas-tugas Perkeranian dan Operasi (P/O) di peringkat kumpulan
sokongan Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat yang
merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran
am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan
maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi). Selain daripada
membantu menjalankan deskripsi tugas kumpulan sokongan, pelatih juga telah ditugaskan
dalam membantu menjalankan penyeliaan tugas dan dokumen perkhidmatan serta
kewangan selaras dengan fungsi jabatan berkenaan. Berikut adalah antara tugasan yang
telah dilakukan oleh pelatih sepanjang menjalankan latihan industri di Pejabat Daerah /
Tanah Hulu Langat :

a. Draf kertas Kerja Pengukuhan Perjawatan PDHL 2012.


b. Draf set soalan selidik yang digunakan khas dalam menilai keberkesanan program
yang dijalankan di PPDHL.
c. Analisa pengukuran kursus yang telah diadakan di PDHL (Februari hingga Julai)
2012.
d. Semakan senarai daftar kad kawalan stok.
e. Semakan senarai baucar bayaran.
f. Semakan senarai tuntutan perjalanan.
15

g. Draf surat rasmi jabatan dan urusan minit surat masuk jabatan.
h. Melakukan kerja-kerja fotostat dan menghantar faksimili.
i. Perkhidmatan kaunter pertanyaan / menjawab panggilan telefon.
j. Menjadi peserta / wakil dalam majlis anjuran PDHL ataupun majlis anjuran pihak
luar.

Pelatih turut diberikan peluang untuk sama-sama terlibat dengan kursus dan
program latihan pengurusan anjuran Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Kursus
seumpama ini membekalkan pelatih dengan pelbagai ilmu serta kemahiran pentadbiran.

Selain itu, selepas menghadiri kursus dan program latihan ini, pelatih dapat
menyesuai dan menerapkan diri dengan suasana dan budaya kerja di jabatan,
meningkatkan pengetahuan tentang perjawatan sedia ada dan menjalankan kerja harian
mengikut sistem dan prosedur kerja yang betul mengikut piawaian Pejabat Daerah /
Tanah Hulu Langat. Berikut antara beberapa kursus anjuran Pejabat Daerah / Tanah Hulu
Langat yang diikuti oleh pelatih sepanjang tempoh latihan industri di jabatan berkenaan :

a. Kursus Kewangan - Elaun Dalam Perkhidmatan Am


b. Kursus Pengenalan Urus niaga Di Unit Pendaftaran PDHL
c. Kursus Fail dan Rekod (Arkib Negara Malaysia)
d. Kursus Pengurusan Keselamatan (Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia)

2.4 TUGASAN KHAS

Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat melalui unit
majlis dan keraian telah diperluaskan skop tugasnya untuk menyelaras aktiviti korporat,
hubungan pihak luar dan mengukuhkan governan serta penyampaian perkhidmatan di
Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Unit majlis dan keraian ini diletakkan terus di
bawah Bahagian Khidmat Pengurusan dan mempunyai fungsi utama seperti berikut:

a. Perancangan, perhubungan dan komunikasi korporat.


16

b. Menguruskan dan menyelaras hubungan kerjasama pihak luar dengan PDHL.


c. Menyelaras dan memastikan program / majlis anjuran PDHL berjalan lancar dan
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pelatih telah diberikan kesempatan untuk sama-sama terlibat dengan beberapa


program dan majlis anjuran unit ini. Pelatih berperanan mengendalikan dan menyelaras
aktiviti yang berkaitan dengan dibantu oleh pegawai yang telah dilantik menganggotai
Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJK) setiap aktiviti yang dijalankan. Berikut antara
beberapa program dan majlis yang disertai pelatih sepanjang menjalani latihan industri di
Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat:

a. Urus setia Pelaksana Program CSR (Corporate Social Responsibility) Pejabat


Daerah / Tanah Hulu Langat dengan mewujudkan perpustakaan mini di kawasan
Kampung Batu 20 Mukim Hulu Langat.
b. AJK cenderamata bagi Majlis Berbuka Puasa Solat Tarawih dan Khatam Al-
Quran Peringkat PDHL 2012.
c. Wakil peserta Program Bicarawara i-Ramadan Anjuran Bahagian Sumber
Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
d. Urus setia Pelaksana Majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid
Jamek Sg. Ramal Luar.
e. Urus setia Pelaksana Majlis Hari Raya Peringkat PDHL 2012.
f. Urus setia Pelaksana Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di SMK Cheras
Jaya, SMK Taman Tasik Ampang dan Plaza Tol Grand Saga (Batu 9, Hulu
Langat).
g. Wakil Peserta Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat sempena Majlis Sambutan
Bulan Kemerdekaan Ke 55 dan hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun
2012 Anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

BAB 3
17

PENILAIAN KRITIS TENTANG TUGAS YANG DILAKUKAN SEMASA


MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

3.1 KESESUAIAN LATIHAN DENGAN BIDANG PENGAJIAN

Secara keseluruhannya, walaupun skop dan bidang tugas yang


dipertanggungjawabkan organisasi kepada pelatih adalah terlalu rencam dan pelbagai,
namun ia tetap mempunyai perkaitan dengan pembelajaran di kampus. Latihan industri
ini telah memberikan peluang kepada pelatih untuk mengaplikasikan serta
mempraktikkan ilmu khususnya dalam bidang pengajian di universiti.

3.1.1 Komponen Latihan Terhadap Aspek Pembangunan Manusia

Pelatih telah diberikan latihan secara tidak langsung melalui penyertaan terhadap
kursus dan program latihan yang dianjurkan pengurusan PDHL apabila berada dalam
organisasi tersebut. Latihan pengurusan ini mampu membekalkan pelatih dengan pelbagai
ilmu serta kemahiran pentadbiran.

Pembangunan manusia adalah aspek penting untuk mengukur tahap kemajuan dan
juga memastikan organisasi terus efisien. Organisasi yang baik perlu memberi penekanan
terhadap pembangunan manusia terutamanya peningkatan kemahiran pekerja dengan
memberi peluang kepada pekerja untuk mengikuti program-program latihan dan kursus-
kursus pembangunan. Penganjuran program-program latihan dan kursus-kursus
pembangunan akhirnya akan menghasilkan pekerja mahir, terlatih dan bermotivasi.

Latihan merupakan salah satu fungsi utama dalam pembangunan manusia yang


perlu dijadikan falsafah berterusan bagi sesebuah organisasi. Individu yang melalui
tempoh tertentu bekerja dalam sesebuah organisasi biasanya akan mempunyai keinginan
18

untuk meningkatkan kemampuan bekerja, kemahiran dan pengetahuan mereka dan


jawapannya adalah melalui latihan.

Perubahan yang berlaku dalam organisasi misalannya dalam konteks teknologi
dan persaingan menyebabkan fungsi latihan banyak kebaikan dan faedahnya. Realiti
menunjukkan banyak organisasi pada masa kini mementingkan elemen latihan dalam
perkembangan kakitangannya, kerana melalui latihanlah pekerja dapat mengikuti arus
perubahan dalam pelbagai aspek dan bidang yang sentiasa berlaku dalam organisasi.

Selepas menghadiri kursus dan program latihan ini, pelatih dapat menyesuai dan
menerapkan diri dengan suasana dan budaya kerja di jabatan, meningkatkan pengetahuan
tentang perjawatan sedia ada dan menjalankan kerja harian mengikut sistem dan prosedur
kerja yang betul mengikut piawaian Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat.

3.1.2 Komponen Pembangunan Komuniti Terhadap Aspek Pembangunan


Manusia

Program CSR adalah suatu insiatif yang telah diambil oleh Pejabat Daerah / Tanah
Hulu Langat dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat madani di seluruh Negeri
Selangor. Menurut World Business Council for Sustainable Development, Corporate
Social Responsibility (CSR) ini di definisikan sebagai; komitmen sesebuah organisasi
terhadap masyarakat. Komitmen itu dilakukan bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti
hidup semua pihak baik pekerja dan ahli keluarganya, komuniti mahupun persekitaran
secara nilainya.

Tujuan program CSR ini adalah untuk memberikan hak dan peluang yang sama
rata kepada rakyat di Negeri Selangor menyertai gelombang pembangunan serta teknologi
maklumat yang sedang melanda dewasa ini. Dengan adanya infrastruktur-infrastruktur
seperti ini terutamanya di kawasan luar bandar, ianya akan dapat mengurangkan jurang
sosial di antara masyarakat bandar dan juga masyarakat luar bandar. 
19

Pelatih telah terlibat secara langsung dengan program CSR Pejabat Daerah /
Tanah Hulu Langat. Cadangan program adalah mewujudkan sebuah ruang perpustakaan
mini di Balai Raya Kg. Batu 20 Mukim Hulu Langat. Program ini berjaya dilaksanakan
dan perpustakaan mini Balai Raya Kg. Batu 20 Mukim Hulu Langat ini telah selamat
dirasmikan oleh YB Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat.

Pelatih juga turut terlibat dalam Program Keselamatan Jalan Raya anjuran Pejabat
Daerah / Tanah Hulu Langat. Program ini bertempat di dua sekolah menengah di kawasan
Hulu Langat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Tasik Ampang dan di Plaza Tol Grand Saga (Batu 9, Hulu Langat).
Program yang dikendalikan Majlis Keselamatan Jalan Raya Daerah Hulu Langat ini telah
mendapat kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Pendidikan Daerah
Hulu Langat (PPDHL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Program ini berobjektifkan
membantu masyarakat memahami undang-undang jalan raya dan langkah-langkah yang
perlu diambil untuk meningkatkan keselamatan jalan raya selain meningkatkan kesedaran
jalan raya dalam kalangan orang awam.

Secara external, penerapan program CSR dalam budaya kerja adalah untuk
memperkaya masyarakat khususnya dalam konteks pembangunan komuniti. Ini ternyata
penting kerana apabila timbulnya konflik dalam masyarakat, program CSR boleh
membantu mewujudkan suasana persekitaran harmoni melalui kempen-kempen yang
dijalankan. Ini juga membuktikan tanggungjawab korporat bukan sahaja untuk
memastikan sistem pentadbiran yang teratur atau mewujudkan sistem atau tata kerja yang
beretika malah organisasi korporat ini juga berperanan untuk membangunkan masyarakat
yang madani selain memperkemas kualiti hidup sedia ada secara amnya.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN LATIHAN INDUSTRI

Setelah menyelesaikan latihan industri, pelatih berupaya:


20

a. mempraktikkan teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja di


bawah penyeliaan;
b. mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengalaman praktikal yang
berkaitan dengan bidang pengajian;
c. berinteraksi, berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan secara berkesan
dengan pelbagai pihak;
d. memberi pandangan secara kritis, berkeyakinan, inovatif dan mampu menyelesaikan
masalah secara profesional;
e. mempamerkan etika dan integriti yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab
yang diberikan; dan
f. menjelaskan pengurusan organisasi.

3.3 KEKUATAN

Penyediaan latihan industri kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi penting dalam
usaha mempertingkat kebolehgunaan tenaga sebagai persediaan berdepan dengan cabaran
dunia kerjaya. Berikut antara beberapa kelebihan yang diperoleh pelatih sepanjang
menjalani latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :

a. Lebih berani, berkeyakinan diri dan berketerampilan ketika berurusan dengan


pelanggan.
b. Berkemampuan dan bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan selepas tamat
pengajian.
c. Mempunyai personaliti yang positif dan mempunyai kebolehan berkomunikasi yang
berkesan.
d. Meluaskan pengetahuan dan kemahiran teknikal dan softskill pelatih.
e. Menimbulkan kesedaran dan memupuk minat pelajaran dalam bidang pekerjaan.
f. Pendedahan pengamalan etika dan peraturan kerja yang baik.
g. Melatih pelatih agar lebih bertanggungjawab dan amanah dalam
melaksanakan tanggungjawab.
21

3.4 KELEMAHAN

Melalui pemerhatian dan pengalaman pelatih dalam sepanjang proses latihan industri,
didapati terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki organisasi untuk masa akan
datang. Hal ini penting supaya organisasi dapat melancarkan proses pengurusannya dalam
menguruskan pentadbiran dan perkhidmatan yang disediakan. Berikut adalah antara
kelemahan organisasi yang di kenal pasti:

a. Pengurusan dan pentadbiran secara birokrasi atau “red tape”.


Istilah ini merujuk kepada satu peraturan birokrasi yang sangat berlebihan
sehingga menyebabkan kelewatan kepada sesuatu urusan ataupun proses. Contoh
bagi menggambarkan masalah “red tape” di sini ialah apabila seseorang individu
ingin mendapatkan khidmat bantuan kebajikan daripada jabatan. Bagi
mendapatkan bantuan tersebut, individu itu perlulah mendapat pengesahan
daripada beberapa pihak tertentu dari pihak bawahan sehinggalah ke pihak atasan
bagi membuktikan bahawa individu tersebut benar-benar layak menerima
bantuan. Individu tersebut terpaksa menyediakan dokumen, membuat temu janji
dengan pihak-pihak tersebut, membuat perjalanan ke hulu dan ke hilir dan
akhirnya dalam jangka masa yang panjang barulah permohonan individu tersebut
diluluskan dan memperolehi bantuan kebajikan tersebut.

b. Organisasi terlalu menekankan prinsip orientasi melakukan tugasan tanpa


dipengaruhi oleh perasaan. 
Dalam prinsip ini, orang atasan harus menghindarkan pertimbangan peribadi
dalam hubungannya dengan orang bawahan ataupun orang awam yang
dilayaninya. Walaupun pada dasarnya prinsip ini bertujuan untuk memberikan
perlakuan yang adil terhadap semua orang, namun jika terlalu ditekankan atau
tidak disesuaikan mengikut keadaan akan menyebabkan penurunan produktiviti
pekerja. Sebagai contohnya di sini, katakan terdapat dua jenis orang bawahan
yang mempunyai daya produktiviti yang berbeza, golongan orang bawahan yang
22

pertama mempunyai prestasi kerja yang baik manakala golongan orang bawahan
yang kedua pula mempunyai prestasi kerja yang buruk, namun layanan yang
diberikan oleh pihak atasan kepada kedua-dua golongan orang bawahan tersebut
tetap sama. Keadaan ini akan menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati kepada
orang bawahan yang mempunyai prestasi kerja yang baik itu tadi dan ini boleh
mempengaruhi prestasi mereka kerana mereka kurang diberi penghargaan.

c. Suasana organisasi langsung tidak menggalakkan yang cergas menonjolkan


inisiatif.
Organisasi tidak menggalakkan anggota yang ahli menonjol dan menyumbang
sepenuhnya keahlian untuk dimanfaatkan oleh organisasi. Malahan ahli kerap
ditekan sehingga akhirnya memilih untuk tunduk kepada tekanan budaya kerja
yang dominan. Ini seterusnya menyumbang kepada timbulnya ketidakcekapan
organisasi.

BAHAGIAN 4

CADANGAN DAN KESIMPULAN


23

4.1 CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI ORGANISASI

Pelaksanaan reformasi pentadbiran perlu dibuat melalui perkongsian idea dan


keputusan bersama di antara semua pihak dalam organisasi. Tindakan susulan dan
tindakan seterusnya dibuat untuk mencapai matlamat yang digariskan. Penyebaran
maklumat dan lawatan inspektorat perlu untuk memastikan pelaksanaan sistem menurut
perancangan diatur. Kesemua langkah ini adalah untuk menjamin kejayaan dan sokongan
padu daripada kakitangan terhadap pembaharuan yang dibuat.

Perkhidmatan yang berkualiti harus mengejar pembaharuan. Ia bukan mudah


untuk dicapai, perancangan yang teliti harus dibuat secara teratur, tertib, tidak terlalu
drastik dan boleh dibuat secara incremental dalam bentuk penyelesaian masalah bagi
mencapai matlamat kemajuan global. Program dan projek pembaharuan dalam
pentadbiran perlu dilaksanakan dengan displin dan penuh komitmen, gigih berdasarkan
prinsip follow up dan follow through untuk mencapai pembaharuan yang berkekalan dan
perkhidmatan awam yang progresif dan dinamik.

Kursus, latihan dan taklimat yang berkaitan dari masa ke semasa kepada
kakitangan di semua peringkat adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran, motivasi, produktiviti, dan mutu kerja kakitangan serta meningkatkan
kesedaran tentang tanggungjawab mereka. Abad 21 adalah era pekerja berilmu,
pengetahuan dan pendedahan mengenai pembaharuan serta sistem baru perlu dilakukan
untuk meningkatkan taraf perkhidmatan awam.

Peraturan dan pembaharuan yang dibuat tidak akan terlaksana sekiranya


kakitangan tidak peka terhadap perubahan dan kehendak awam. Semua kakitangan awam
perlu mengubah sikap, memikul tugas dengan amanah, akauntabel, jujur dan ikhlas.
Setiap kakitangan patut menyemai prinsip dalam diri masing-masing bahawa tugas yang
mereka sandang adalah amanah yang perlu ditunaikan. Mereka perlu meningkatkan lagi
sifat dedikasi, minat, kesungguhan kerja dan memupuk sifat responsif terhadap kehendak
pelanggan. Sikap pekerja adalah faktor utama dalam mengukur kejayaan reformasi
pentadbiran. Pekerja hendaklah sentiasa berfikiran terbuka, peka kepada perubahan yang
24

dibuat dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Mengubah minda
kakitangan amat penting. Ini kerana kepercayaan dan inilah yang membentuk
tingkahlaku. Kakitangan perlu berubah kepada nilai-nilai baru untuk mempelajari
kemahiran yang pelbagai dan bersedia untuk menerima budaya kerja yang baru.

Pembesaran kerja (enlargement), pengkayaan kerja (enrichment) dan penurunan


kerja (empowerment) merupakan keperluan mutlak dan boleh meningkatkan motivasi
kakitangan. Ini kerana pekerja yang diberi peluang untuk membuat keputusan yang
berkaitan dengan bidang tugasnya, akan merasa diperlukan, diiktiraf dan dihargai di
dalam organisasi apabila pendapat mereka diterima pakai.

Kualiti perkhidmatan awam dapat ditingkatkan sekiranya pihak atasan lebih


memahami kehendak jentera penggeraknya. Kepentingan dan kebajikan perlu
diseimbangkan di antara kakitangan dan pelanggan. Ini secara langsung dapat
menyelesaikan masalah dalaman organisasi dan meningkatkan kepuasan bekerja
dikalangan kakitangan. Dengan ini pekerja dapat keselesaan yang sewajarnya dan dapat
menghasilkan kerja yang berkualiti.

Pihak pengurusan atasan juga perlu menunjukkan contoh terbaik dalam


menjayakan reformasi pentadbiran ini. Kepimpinan melalui teladan perlu diamalkan.
Gaya baru kepimpinan amat perlu seperti mengubah fungsi daripada kaedah yang
memberikan arahan dan kawalan kepada kaedah kerja berpasukan (team work). Membina
hubungan baik dengan pekerja sukar kerana melibatkan emosi dan perasaan. Pemimpin
berurusan dengan pekerja berilmu, oleh itu mereka perlu lebih kretif dan inovatif dalam
setiap tindakan yang diambil. Ini dapat mengelakkan pertukaran kerja di kalangan
kakitangan. Komunikasi di antara kakitangan pelbagai peringkat amat penting untuk
menyelesaikan masalah yang akan timbul dan akan timbul. Peluang perlu diberi kepada
pegawai kanan dan kakitangan membincangkan masalah kerja. Hubungan baik di antara
pihak atasan dan bawahan serta persefahaman di antara kedua-dua pihak, salah satu faktor
penting dapat meninggikan kualiti perkhidmatan awam.
25

Untuk mencapai tahap world class, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat mesti
mempunyai benchmark, tanda rujukan atau standard yang mesti dicapai. Warga Pejabat
Daerah / Tanah Hulu Langat mesti proaktif, berfikir secara strategik, lebih efisien dan
mempunyai keupayaan melaksanakan pilihan strategi yang dibuat. Pejabat Daerah /
Tanah Hulu Langat telah mengalami perubahan dari segi peningkatan infrastruktur
melalui pemodenan kemudahan komputer secara on-line, mempermudahkan peraturan
dan meningkatkan kualiti pengeluaran.

Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang berorientasikan pelanggan, Pejabat Daerah /


Tanah Hulu Langat mesti mengubah mutu perkhidmatan dan cara berfikir tanpa
mengorbankan keselamatan orang ramai. Oleh itu, kakitangan perlu banyak diberi
pendedahan tentang budaya kerja cemerlang untuk meningkatkatkan imej organisasi.
Memberi maklumat kepada orang awam tentang organisasi adalah langkah wajar, dengan
ini memudahkan matlamat organisasi dicapai dengan jayanya.

Tenaga manusia adalah aset terpenting dalam organisasi. Peningkatan prestasi


berkaitan dengan sumber manusia. Peningkatan dalam pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Elakkan sikap suka bertangguh kerana perkara yang kecil hari ini boleh menjadi masalah
besar nanti. Peningkatan akhlak, nilai murni dan penghayatan nilai islam dapat
meningkatkan imej jabatan dan mengelakkan penyelewengan, salah guna kuasa dan
pembaziran masa. Setiap kakitangan jabatan memerlukan kesedaran diri dari segi mental
dan berfikiran terbuka serta perlu diberi peluang dan menghadiri kursus yang ditetapkan
oleh jabatan. Sikap dedikasi dan kesabaran perlu dipertingkatkan dan mengelakkan sikap
pilih kasih di antara kakitangan dalam organisasi. Kerjasama di antara rakan sekerja amat
perlu dalam menyelesaikan tugas-tugas seharian.

4.2 CADANGAN MENINGKATKAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI

Bagi menjayakan sesuatu kerja, persiapan dan persediaan dari semua aspek
amatlah penting bagi mencapai atau menghasilkan nilai kualiti sesuatu latihan industri itu
malah persiapan dari segi mental dan fizikal seseorang pelajar itu amatlah penting.
26

Penguasaan bahasa terutamanya penguasaan bahasa inggeris amatlah penting


sejajar dengan teknologi masa kini yang memerlukan penguasaan bahasa inggeris
sepenuhnya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak tidak kira dalam bidang
professional atau sebaliknya. Pihak universiti perlu menekankan kepentingan penggunaan
bahasa inggeris di dalam aktiviti harian kelas. Pihak universiti juga perlu mewajibkan
kepada setiap pelajar bukan sahaja lulus dengan baik malah dapat berkomunikasi dengan
lancar dalam penggunaan bahasa inggeris ini. Penguasaan bahasa inggeris yang baik di
kalangan pelajar akan membantu mereka dalam pesaingan pasaran kerja hari ini.

Tempoh latihan industri juga dicadangkan dipanjangkan kepada enam (6) bulan. 
Dengan pemanjangan tempoh ini, pelatih merasakan ianya dapat memperbanyakkan lagi
pengalaman dan pengajaran mengenai kehidupan bekerja atau sebaliknya.  Jika tempoh
latihan ini dikekalkan seperti sedia ada pelajar tidak akan mengalami sesuatu perkara
yang baru dan menganggap latihan ini dilakukan hanya untuk memenuhi syarat untuk
mendapatkan ijazah.

4.3 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, didapati latihan industri memberi pelbagai faedah kepada pelatih
dimana terdapat peningkatan dari segi sikap, komunikasi dan tabiat kerja pada diri pelatih
disamping keyakinan tentang faedah menjalani latihan industri. Diharapkan latihan
industri ini meningkatkan kematangan pelatih selain menyediakan modal insan kepada
pelatih bertepatan dengan permintaan industri masa kini.

RUJUKAN
27

Laman web Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam capaian laman web
http://www.selangor.gov.my/hululangat/main.php

Laman web Pejabat Hal-Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat Universiti


Kebangsaan Malaysia dalam capaian laman web http://www.ukm.my/hejim/

Peta Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam capaian laman web
http://maps.google.com.my/

SELANGOR
LAMPIRAN
28

Gambar 1 : Peta Daerah Hulu Langat

Gambar 2 : Bangunan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat


29

Gambar 3: Pelan lokasi Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat


30

Berikut antara beberapa gambar aktiviti sepanjang pelatih menjalankan latihan industri di
Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :

Gambar 4 : Aktiviti CSR Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dengan cadangan
mewujudkan perpustakaan mini di kawasan Kampung Batu 20 Mukim Hulu Langat.
31

Gambar 5 : Aktiviti CSR Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat sempena Kempen
Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Grand Saga (Batu 9, Hulu Langat).
32

Senarai memo dan tugasan sepanjang pelatih menjalani latihan industri di

Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat

Anda mungkin juga menyukai