Anda di halaman 1dari 75

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan Lulusan Latihan Industri merupakan salah satu syarat utama sebelum seseorang pelajar diperakukan untuk penganugerahan Diploma di sesebuah Politeknik di seluruh Malaysia. Pelajar akan menjalani Latihan Industri lebih kurang 19 minggu atau satu semester. Pelajar boleh memilih sendiri samada mahu ditempatkan di Jabatan Kerajaan atau mana-mana Syarikat Swasta untuk mendedahkan kepada pelajar dengan suasana alam pekerjaan yang berbeza dari suasana Politeknik.Latihan Industri juga memberi suasana berbeza sekiranya dibandingkan dengan suasana pembelajaran secara teori. Memang tidak dinafikan bahawa kedua-dua keadaan ini adalah saling memerlukan antara satu sama la

1.1 Objektif Latihan Industri Latihan industri merupakan salah satu aktiviti yang diwajibkan kepada para pelajar yang mengikuti kursus di Politeknik sebelum layak menerima Sijil atau Diploma. Ini merupakan salah satu cara pendekatan untuk melahirkan tenaga separa professional yang berkebolehan dari sudut teori mahupun teknikal. Diantara objektif utama Latihan Industri diadakan adalah seperti berikut :a) Untuk membiasakan diri pelajar kepada suasana alam pekerjaan yang sebenar. b) Meluaskan lagi pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar dalam bidang yang diceburi. c) Menanamkan semangat kerjasama diantara pelajar dan masyarakat sekeliling semasa menjalani Latihan Industri. d) Melatih para pelajar supaya patuh kepada arahan majikan, bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan serta berdisiplin dalam melakukan pekerjaan supaya tidak menghadapi kesulitan kelak. e) Membolehkan pelajar mula mempelajari serba sedikit tentang perkaraperkara yang bersangkutan dengan pelajaran pada semester yang akan dating. f) Supaya pelajar tidak berasa kekok ataupun terasing apabila berada dalam alam pekerjaan sebenar kerana telah lima bulan menjalani Latihan Industri.

g)

Merupakan salah satu cara, bagaimana para pelajar mempraktikkan segala apa yang dipelajari di Politeknik semasa melakukan Latihan Industri di Firma atau syarikat terbabit.

h)

Dapat melatih para pelajar menyediakan satu buku laporan yang lengkap dan bermutu. Melalui laporan inilah penilaian secara menyeluruh dibuat oleh pensyarah untuk menentukan tahap kecemerlangan pelajar.

i)

Sebagai salah satu cara menyahut cabaran kerajaan untuk menentukan tenaga mahir dan separa mahir di dalam Negara untuk mencapai wawasan 2020.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri. i Laporan ini adalah sebagai bukti bagi Latihan Industri yang telah dijalankan sepanjang semester ke-4( bagi pelajar diploma ). ii Supaya dapat menjelaskan segala aktiviti yang telah dipelajari atau dibuat sepanjang Latihan Industri. iii Laporan Latihan Industri yang bermutu boleh dijadikan sebagai dokumen sokongan dalam temu duga. 1.3.1 Cara Laporan Industri Disusun Untuk Mencapai Objektif Laporan. i. Merujuk Buku Laporan Latihan Industri pelajar kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik bagi semester lepas bagi mengetahui data-data penting yang perlu ada dalam laporan.

ii.

Menjalankan kajian mengenai syarikat berdasarkan sejarah syarikat , fail-fail meja bagi setiap unit, brosur dan majalah-majalah yang dikeluarkan oleh jabatan.

iii.

Laporan juga dibuat berdasarkan pengalaman dan rujukan catatan Buku Laporan Harian yang telah dibuat.

iv.

Memastikan laporan yang telah dibuat mengikut piawaian dan Garis Panduan Latihan Industri yang telah ditetapkan oleh pihak POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH.

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar Latihan Industri ini amat penting bagi saya kerana ia menguji sejauh mana kefahaman saya dari segi teori dan amali yang telah saya pelajari di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. Selain itu, ia juga menguji daya kreativiti saya untuk mempraktikkan ilmu. Latihan ini juga amat penting kerana latihan ini dapat memberikan saya pengalaman tentang kerja mengikut bidang yang saya ceburi. Saya dapat mempelajari cara-cara untuk mengira kuantiti bahan dalam sesebuah projek. Saya juga mendapat peluang untuk mempelajari perkara-perkara baru yang terdapat di JKR Raub ini kerana setiap unit menjalankan kerja yang berbeza. Dengan latihan ini,saya dapat menjalankan kerja dengan lebih sistematik dan teratur. Dengan ini juga, pelajar-pelajar akan dapat

melakukan kerja dengan baik apabila bekerja kelak kerana pelajar telah diberi pendedahan awal tentang alam pekerjaan. 1.4 Skop Latihan Industri a) Pelajar dapat mempelajari bagaimana untuk menjalankan kerja dengan penuh amanah, cekap dan bertanggungjawab serta menjaga imej POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH semasa latihan dijalankan. b) Melatih para pelajar bagaimana untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH dalam menjalankan tugas sepanjang latihan dijalankan. c) Memberi pendedahan dan meningkat kemahiran pelajar-pelajar dalam menjalankan kerja ataupun tugas mengikut bidang atau kursus yang telah diceburi. d) Supaya pelajar dapat menyiapkan Laporan Latihan Indusri dan lainlain tugas seperti yang telah diarahkan oleh POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH.

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1

Pengenalan Organisasi Jabatan Kerja Raya Daerah Raub, Pahang dengan jumlah tenaga kerja seramai 146 orang adalah merupakan agensi pelaksanaan kerajaan yang terbesar di daerah Raub yang pada umumnya bertanggungjawab di atas perlaksanaan dan penyelenggaraan semua projek-projek pembangunan khususnya dalam bidang jalan raya dan bangunan kepunyaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Jabatan ini dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas projekprojek pembangunan Kerajaan Negeri dari peringkat perancangan,

merekabentuk, pembinaan dan seterusnya penyenggaraan. Manakala bagi projek pembangunan Kerajaaan Persekutuan, jabatan ini hanyalah bertaggungjawab sebagai agensi pelaksana dan akan melaksana kerja-kerja penyenggaraan apabila diminta. Jabatan Kerja Raya Daerah Raub, Pahang diketuai oleh seorang Jurutera Daerah (J44), En. Norikhwan Bin Haji Abu Seman. Untuk pengurusan jabatan yang lebih licin lagi JKR Raub, Pahang. 2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 2.2.1 Sejarah penubuhan JKR Raub, Pahang Jabatan Kerja Raya (J.K.R) Raub, Pahang mempunyaipelbagai kisah silam. Dari catatan silam yang dapat dikesan, J.K.R Raub telah diwujudkan pada tahun 1990 dan berfungsi di sebuah bangunan dua tingkat di Jalan Raub yang terletak berhampiran Padang Dataran dan ditempatkan di tingkat bawah. Di bangunan yang sama juga di tingkat atasnya pula merupakan pejabat Majlis Daerah Raub. Pejabat JKR Raub telah dipindahkan ke Pejabat Daerah dan Tanah Raub. Hal ini kerana dapat memudahkan pihak JKR dan pihak Pejabat Daerah dan Tanah untuk bekerjasama dalam membangunkan daerah Raub pada masa itu. Dengan kerjasama antara kedua belah pihak, daerah Raub telah membangun dengan majunya hasil titik peluh pegawai dan staf

yang bertugas ketika itu. Sehingga hari ini JKR Raub dan Pejabat Daerah dan Tanah sentiasa bekerjasama dalam melakukan kerja pembinaan yang bertujuan untuk memberikan jasa kepada penduduk di daerah raub. Dengan kemudahan dan keselesaan mendorong lagi semua pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya Raub menjayakan konsep JASA KEPADA RAKYAT.

2.4 BIODATA JURUTERA DAERAH RAUB BUTIR-BUTIR KETERANGAN AHLI LEMBAGA PENGARAH JKR RAUB Nama Encik Norikhwan Bin Haji Abu Seman

Jantina No. Kad pengenalan

Lelaki 750113 06 - 5488

Tarikh lahir

13 Januari 1975

Bangsa Pekerjaan Pendidikan

Melayu Jurutera Daerah Raub Diploma

Warganegara Ringkasan tanggungjawab

Malaysia i) Bertanggungjawab kepada kemajuan dan kejayaan

yang telah dicapai oleh JKR Raub sehingga sekarang. ii) Mengawal selia dan mengkoordinasi operasi harian syarikat. iii) Terlibat dengan aktif dalam kerja-kerja berkaitan yang dijalankan oleh syarikat.

2.5 SENARAI PROJEK YANG TELAH SIAP BAGI TAHUN 2012-2013 Projek Membina jalan baru di kg melayu sempalit Memotong dan membersihkan rumput di kedua belah bahu jalan di jalan cheroh/gesing Deah Enterprise Rm100.000.00 Sebut harga Kontraktor Ar Ahmad Enterprise Harga RM140,000.00 Cara Perolehan Sebut harga

Membina bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Raub Membina jambatan baru di Kg Batu Talam Menyelenggara atap Sk Batu Malim

Teguh Lokasi Sdn Bhd

Rm1,546,000.00

Tender

Daya Enterprise

RM 130,000.00

Sebut harga

Jasa Baiduri Enterprise

Rm50,000.00

Sebut harga

Membina tembok Chekas penahan di cerun Enterprise bukit kuarters kerajaan Membina baru jalan di Kg Melayu Simpang Kallang Hasrat Teguh Enterprise

Rm145,000.00

Sebut harga

Rm135,550.00

Sebut harga

2.6 SENARAI PROJEK YANG SEDANG DIJALANKAN Projek Membina baru masjid kg sempam Membina baru jalan di Taman Amalina Lestari Membaik pulih kuarters kerajaan Membina longkang berbentuk V di Jalan Cheroh/Batu Malim Kela Bina Enterprise Rm90,000.00 Sebut harga Serdang Timur Enterprise Rm40,000.00 Sebut harga Sri Serdang Enterprise Rm110,000.00 Sebut harga Kontraktor Znd Timur Sdn Bhd Harga rm3,000,000.00 Cara Perolehan tender

2.7 SENARAI PROJEK YANG AKAN DIJALANKAN/DALAM PERANCANGAN Projek Membina baru Masjid Kg Cheroh Membina tembok penahan cerun runtuh di Bukit Fraser Angsana Sdn Bhd Rm5,000,000.00 tender Kontraktor Noris MJ Enterprise Harga Rm4,000,000.00 Cara Perolehan tender

BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1

Pengenalan KPTM ( Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia ) telah mensyaratkan pelajar untuk melengkapkan laporan setelah mereka telah tamat latihan industri. Namun begitu, pelajar juga perlu mematuhi syarat dimana mereka seharusnya mengikuti panduan yang ditetapkan oleh Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI). Selain itu, laporan akhir latihan industri ini adalah sebagai bukti dimana pelajar telah sah menamatkan latihan mereka selama enam bulan, dimana pelajar merakam secara penulisan segala kesemua aktiviti mereka. Sepanjang aktiviti latihan industri yang saya jalani, saya telah dapat pelbagai banyak pengalaman yang tidak pernah saya alami di dalam kuliah

3.2

Ringkasan aktiviti latihan industrI MINGGU 1 (17/6/2013-21/6/2013) Pendaftaran dan lapor diri di JKR Raub. Sesi suai kenal diri kepada kakitangan JKR Raub. Melakukan dan melihat ujian CBR ( California Bearing Test ). Melihat kerja-kerja penurapan semula di bahu jalan di daerah Raub. Lawatan sambil belajar ke kilang YTY,Raub. Melakukan semula pengukuran jalan dimana yang ditetapkan. Melakukan kemasukan data resit kutipan hasil kerajaan. Memerhati kerja-kerja pembayaran (payment) kepada kontraktor. MINGGU 2 (24/6/2013-28/6/2013) Memerhati ujian CBR ( California Bearing Ratio Test). Memehati kerja-kerja penurapan jalan di Sega dan Cheroh. Memerhati program bancian lalulintas cadangan lampu isyarat persimpangan daerah Raub. Melawat ke tapak projek di Bukit Fraser.

MINGGU 3 (1/7/2013-05/7/2013) Mesyuarat bahagian jalan diadakan bagi mengagihkan tugas. Lawatan ke Kelau untuk melihat pembukaan jalan sementara. Penerangan tentang keeping pembayang yang berada dijalan. Mengetahui tentang maklumat inden.

Mengetahui pelbagai jenis mesin penurap.

MINGGU 4 (8/7/2013-12/7/2013) Kursus penyelenggaraan kenderaan diadakan bagi semua staf tukang kemahiran. En Nerwean,Penolong Jurutera memberi penerangan tentang cadangan membina jamabatan konkrit,Mukim Gali. Mengetahui semua projek tahunan jalan. Penerangan tentan kelas-kelas kuarters kerajaan.

MINGGU 5 (15/7/2013-19/7/2013) Menyelesaikan tugasan daripada En Nerwean (Penolong Jurutera ) untuk menyelesaikan runtuhan cerun. Diberi tugasan untuk mengira besi iaitu BQ (Bill Of Quantity ) Mesyuarat semua pelatih berkenaan tugasan yang diberi mengenai cerun. Mesyuarat dengan Jurutera Daerah serta Unit Bangunan berkenaan kerja-kerja yang akan dilakukan. MINGGU 6 (22/7/2013-26/7/2013) Mengenalpasti kualiti kawalan pembinaan. Lawatan ke tapak projek SMA AL-ULUM. Menyiapkan pelan yang diarah untuk diwarnakan. Mengetahui faktor cerun yang gagal.

MINGGU 7 (29/7/2013-2/08/2013) Mengenalpasti penyiasatan tapak projek yang akan dijalankan. Mengetahui tentang factor geoligikal untuk cerun. Taklimat cerun bersama Unit Jalan daripada pihak Roadcare. Melukis pelan lama Masjid Abu Bakar,Raub. Penerangan tentang tapak jalan yang diturap.

MINGGU 8 (5/8/2013-9/8/2013) Penerangan tentang penghamparan asphalt. Penerangan tentang penurapan dengan mengunakan tangan. Mengenalpasti tentang pemadatan asphalt. Mengetahui penyediaan tentang sambugan jalan raya. Penjelasan tentang pengurus trafik jalan raya ketika pembinaan

MINGGU 9 (14/8/2013-18/8/2013) Mengenalpasti tentang proses penyerahan projek jalan raya. Penerangan tentang penyelenggaraan jalan raya. Mengetahui tentang kerosakan jalan yang berlaku. Mengetahui tentang skop kerja pembinaan Masjid Baru Kg Sepam. Lawatan ke Masjid Lama Kg Sempam bersama juruteknik.

MINGGU 10 (19/8/2013-23/8/2013) Melawat kerja-kerja pembinaan garaj di kuarters JKR,Raub. Lawatan ke tapak SMA AL-FATAH,Batu Talam. Mengetahui gred pembentung yang diterangkan oleh juruteknik. Lawatan ke Masjid Sultan Abu Bakar. Mengenalpasti penyenggaraan biasa bagi jalan raya.

MINGGU 11 (26/8/2013-30/8/2013) Mengetahui tentang peyelenggaraan jambatan konkrit. Membuat persiapan jamuan raya di benkel JKR. Seluruh warga kerja JKR menghadiri jamuan raya. Mengenalpasti bancuhan konkrit mengunakan penyodok. Mengetahui tentang pengangkutan konkrit.

MINGGU 12 (2/9/2013-6/9/2013) Penerangan tentang pengenalan sebut harga. Pendedahan tawaran terbuka kepada kontraktor. Mengenalpasti kebaikan tawaran terbuka. Melihat kerja borehole di Kg Gali Tengah,Raub. Pendedahan tentang keburukan tawaran terbuka.

MINGGU 13 (9/9/2013-13/9/2013) Melihat kerja-kerja tanah di SMA AL-ULUM. Mesyuarat menaiktaraf jalan pos Sinderut,Cameron Highlands. Melawat kerja-kerja tanah yang dilakukan oleh kontraktor di SMA AL-ULUM. Mengenalpasti maklumat dan syarat didalam iklan tawaran.

MINGGU 14 (16/9/2013-20/9/2013) Penerangan tentang kegunaa peti tawaran. Melawat dan membuat pengukuran semula kuarters guru di SMA AL-FALAH,Batu Talam. Mengenalpasti tentang surat setuju terima lebih terperinci. Mengetahui tentang penolakan tawaran kontrak. Mengenalpasti tentang tawaran semula kepada kontraktor.

MINGGU 15 (23/9/2013-27/9/2013) Penjelasan tentang takrif iklan semula. Penerangan berkaitan penganugerahan tawaran kontrak. Mengenalpasti surat niat (Letter Of Intent ). Mesyuarat pembinaan kerja-kerja memotong dan menambun tanah. Membuat kiraan keratan rentas,potong dan tambun tanah di SMA AL-ULUM.

MINGGU 16 (30/9/2013-4/10/2013) Mengetahui tentang tinjauan tapak bangunan. Mengetahui maklumat sebelum perlaksanaan penyelidikan tanah. Mengenalpasti faktor enapan tanah. Penerangan tentang kelebihan parit air tanah. Pendedahan berkaitan kesan-kesan dan pengaruh air dalam tanah. MINGGU 17 (7/10/2013-11/10/2013) Mengenalpasti tentang tinjauan tapak projek pembinaan. Penerangan maklumat sebelum perlaksanaan penyelidikan tanah. Pendedahan faktor enapan air tanah. Mengetahui tentang parit tanah air tanah Mengenalpasti kesan-kesan dan pengaruh air dalam tanah.

MINGGU 18 (14/10/2013-18/10/2013) Penerangan konkrit Mengetahui berkaitan bancuhan konkrit menggunakan mesin pengaul. Mengenalpasti tentang penuangan dan penempatan konkrit.

MINGGU 19 (21/10/2013-25/10/2013) Mengenalpasti kejadian honey comb (konkrit). Mengetahui proses pengawetan konkrit. Mengetahui pengukuhan konkrit.

MINGGU 20 (28/10/2013-1/11/2013) Mengenalpasti tentang kerja-kerja tanah ditapak. Mengetahui sistem perparitan tanah. Mengenalpasti kerja penggalian tanah. Mengetahui pemasangan longkang konkrit. Penerangan tentang takungan.

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL

4.1

Takrif sebutharga & tawaran 4.1.1 Takrif sebutharga Sebutharga merupakan proses memanggil dan memilih kontraktor yang berkelayakan membuat dan menyiapkan kerjakerja yang bernilai antara RM 1 sehingga RM 500,000.00. Sebutharga diamalkan bagi memenuhi kerja segera, kerja undi dan inden.Kerja-kerja melalui sebutharga diberikan kepada kontraktor Bumiputra sahaja. Bagi kontraktor yang berstatus gred G1, projek yang layak dimasuki oleh kontraktor ini adalah berharga RM 200,00.00 kebawah sahaja. Bagi kontraktor yang berstatus G2, projek yang layak dimasuki ialah antara RM 200,00.00 sehingga RM 500,0

4.1.2 Takrif tawaran Tawaran adalah satu kenyataan yang dikeluarkan bagi mempelawa pihak untuk melaksanakan suatu kerja sama ada kerja pembinaan atau pembekalan di samping mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan. Tender dikeluarkan oleh pemaju manakala penerima tender adalah kontraktor atau pemborong. Kontraktor yang berstatus gred G3 dan ke atas layak untuk memasuki tawaran. 4.2 Jenis-jenis Tawaran Bagi kerja-kerja yang melebihi nilai RM 500,000 pemanggilan dan pemilihan kontraktor dilakukan melalui tawaran. Umumnya, ada beberapa jenis tawaran yang biasa diamalkan di negara kita. Di antara jenis-jenis tawaran tersebut ialah : a) Tawaran Terbuka b) Tawaran Terhad c) Tawaran Terpilih d) Tawaran Pra Kelayakan e) Tawaran Perundingan

4.2.1 Tawaran Terbuka Tawaran terbuka merupakan tawaran yang biasa diamalkan oleh pihak kerajaan dan badan-badan berkanun. Tawaran jenis ini dibuka kepada semua kontraktor yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Bilangan pretender adalah tidak terhad. Tawaran ini digunakan bagi mendapatkan harga tawaran yang baik kerana bilangan kontraktor yang memasuki tawaran ini adalah ramai. 4.2.1.1 Kebaikan Tawaran Terbuka 1) Membuka peluang kepada kontraktor baru dan tidak mempunyai pengalaman. 2) Pihak majikan dapat memilih harga yang terendah dari bilangan kontraktor yang ramai. 3) Tawaran ini sesuai untuk pembinaan yang mudah dan tidak memerlukan pengalaman serta kelayakan khusus. 4.2.1.2 Keburukan Tawaran Terbuka 1) Proses perlaksanaan tawaran ini mengambil masa yang lama dan tidak sesuai untuk projek yang perlu disiapkan dengan segera. 2) Pemilihan harga tawaran yang terlalu rendah adalah berisiko tinggi kerana kemungkinan kontraktor akan menghasilkan mutu binaan yang rendah disebabkan

penggunaan bahan yang tidak bermutu untuk mendapatkan keuntungan. 3) Tawaran ini tidak menggalakkan kontraktor menggunakan peralatan moden dan teknik baru kerana kos penggunaannya adalah tinggi. 4) Kesulitan dalam pemilihan kontraktor yang layak serta berlaku pembaziran dalam proses penyediaan dan pemilihan. 4.2.2 Tawaran Terhad Tawaran ini hanya terhad kepada kontraktor-kontraktor yang tertentu sahaja. Biasanya dikhaskan kepada kontraktor Bumiputra sahaja. Hanya bumiputra yang memenuhi syaratsyarat yang ditentukan boleh menyertai tawaran dan bilangannya adalah terhad. Ini merupakan langkah kerajaan dalam DEB untuk member sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kontrak tahunan bumiputra. Biasanya diiklankan melalui surat khabar tempatan atau dipamerkan di papan kenyataan tawaran pejabat majikan. 4.2.2.1 Kebaikan Tawaran Terhad 1) Memberi peluang kepada kontraktor bumiputra untuk menceburkan diri dalam industri binaan tanpa persaingan dari kontraktor bukan bumiputra.

2) Dapat melaksanakan kehendak kerajaan bagi menggalakkan 30% bumiputra menceburi bidang pembinaan. 3) Masa memproses dokumen tawaran dapat dikurangkan. 4.2.2.2 Keburukan Tawaran Terhad 1) Hanya terhad kepada segolongan kontraktor sahaja. 2) Harga yang ditawarkan menjadi tinggi disebabkan kurangnya persaingan. 4.2.3 Tawaran Terpilih Merupakan tawaran yang dikemukakan kepada kontraktor yang dipilih oleh majikan. Pertandingan dalam merebut tawaran berlaku di antara kontraktor yang terpilih sahaja. Tawaran ini dilaksanakan berdasarkan keperluan keperluan yang berikut : 1) Projek-projek khas yang memerlukan kepakaran tertentu. 2) Projek yang perlu disiapkan segera di mana hanya kontraktor yang berkemampuan sahaja dibenarkan menyertai tawaran. 4.2.3.1 Kebaikan Tawaran Terpilih 1) Majikan akan memperolehi hasil binaan yang berkualiti kerana kontraktor yang dipilih terdiri daripada kontraktor yang mahir dan mempunyai rekod yang baik. 2) Masa yang diambil untuk membuat analisis tawaran adalah singkat kerana semua keperluan tawaran

disediakan mengikut bilangan kontraktor yang disenaraikan. 3) Pemilihan kontraktor yang mahir dapat dilakukan dengan cepat kerana keistimewaan dari segi kerja. 4) Pemilihan harga yang terendah adalah wajar. 4.2.3.2 Keburukan Tawaran Terpilih 1) Harga tawaran menjadi tinggi disebabkan kurang persaingan serta kontraktor yang bertanding terdiri daripada mereka yang mahir dan berpengalaman. 2) Kemungkinan berlaku pakatan harga di antara kontraktor untuk meletakkan harga penutup yang sama. 3) Disebabkan keupayaan organisasi kontraktor sentiasa berubah, maka terdapat risiko dalam mengambil dan memilih kontraktor yang mutu kerjanya sedang menurun. 4.2.4 Tawaran Pra Kelayakan Tawaran dibuka hanya kepada kontraktor yang dipilih melalui proses pra kelayakan. Sesuai untuk projek yang tertentu dan khas memerlukan kepakaran yang tinggi dan bertaraf antarabangsa. Kehendak asas dalam pemilihan agak ketat di mana pengalaman, kemahiran, kepakaran kerja, modal pusingan

yang besar dan penggunaan teknik teknik moden adalah antara syarat- syarat kelayakan yang diperlukan. 4.2.4.1 Kebaikan Tawaran Pra Kelayakan 1) Mutu pembinaan yang dihasilkan adalah tinggi melalui penggunaan teknologi yang tinggi dan pengalaman kontraktor. 2) Hanya kontraktor yang mempunyai pengurusan dan pengalaman yang baik serta modal yang cukup layak menyertai tawaran ini. 3) Menjimatkan masa, tenaga, dan kos dari segi menyedia dan menyemak dokumen tawaran serta bilangan kontraktor yang tidak ramai. 4) Projek dijamin akan siap pada tempoh yang ditetapkan. 4.2.4.2 Keburukan Tawaran Pra Kelayakan 1) Tawaran ini hanya layak untuk kontraktor yang mempunyai kepakaran sahaja. 2) Kos pembinaan akan menjadi lebih tinggi disebabkan penggunaan teknologi terkini yang jarang dimiliki oleh kontraktor yang lain. 3) Hanya sesuai untuk projek projek yang besar dan tidak sesuai untuk projek yang kecil.

4.2.5 Tawaran Perundingan Tawaran ini dijalankan atas sebab sebab tertentu selalunya atas arahan pihak pihak tertentu Antara perkara perkara yang dibincangkan adalah aspek aspek rekabentuk, anggaran kos, jadual kadar harga, pengurusan dan keuntungan. Pada keseluruhannya tawaran perundingan dilaksanakan sebelum penyediaan lukisan dan senarai bahan; Tawaran ini dipraktikkan atas sebab sebab tertentu : 1. Projek yang memerlukan persiapan segera. 2. Projek yang memerlukan kepakaran kerja. 4.2.5.1 Kebaikan Tawaran Perundingan 1) Perbelanjaan membiayai tawaran ini adalah rendah. 2) Kontraktor boleh member nasihat dan memberikan cadangan dan nasihat kepada arkitek / jurutera di peringkat awal reka bentuk projek. 3) Majikan dapat menganggarkan kos kos yang terlibat dengan lebih tepat dan cepat berdasarkan kadar harga yang diketahui sebelumnya iaitu bagi projek yang mempunyai bidang yang sama. 4.2.5.2 Keburukan Tawaran Perundingan 1) Harga tawaran menjadi tinggi disebabkan tiada persaingan. 2) Hanya kontraktor tertentu sahaja yang akan terpilih.

3) Disebabkan harga tawaran yang terlalu tinggi, pengawalan terhadap pembaziran bahan dan masa tidak begitu baik. 4) Berlaku penyelewengan di peringkat perancangan menyebabkan kerugian kepada pihak majikan. 4.3 Takrif Iklan Tawaran Merupakan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pemaju untuk mempelawa pihak kontraktor kontraktor memasuki tawaran bagi projek yang dicadangkan. Iklan tawaran disediakan bagi memaklumkan kepada kontraktor yang berminat tentang butir butir penting sesuatu tawaran 4.4 Ciri . Ciri Iklan Tawaran Iklan tawaran hendaklah menarik dan mempunyai maklumat yang lengkap mengenai projek supaya ramai kontraktor yang berkelayakan akan menyertai tawaran tersebut. Iklan tawaran hendaklah diiklankan di dalam akhbar tempatan ataupun ditampal di papan kenyataan tawaran di pejabat majikan. 4.5 Maklumat Maklumat dan Syarat Syarat Di Dalam Iklan Tawaran Maklumat penting yang perlu ada dalam satu satu iklan tawaran adalah : a) Logo dan nama majikan b) Tajuk kerja

c) Jenis tawaran d) Kelas kontraktor yang dipelawa e) Gred dan pengkhususan f) Bayaran dokumen tawaran g) Tempat mengambil dokumen tawaran h) Tempat dan masa dokumen tawaran dikembalikan i) Tarikh lawatan tapak, masa serta tempat perjumpaan j) Pejabat di mana dokumen tawaran boleh diperiksa k) Masa dan tarikh memeriksa dokumen meja tawran l) Tarikh tutup tawaran 4.6 Jangka Masa Proses Pengiklanan Tawaran Biasanya tempoh iklan tawaran disiarkan di akhbar akhbar tempatan atau melalui notis yang ditampal di papan kenyataan tawaran majikan adalah dua minggu sebelum tarikh lawatan tapak. Kenyataan tawaran hendaklah dihantar ke pihak akhbar sekurang 4.7 kurangnya dua minggu sebelum tarikh diiklankan.

Proses Penutupan Tawaran Penutupan tawaran bermaksud tarikh tutup tawaran seperti yang dinyatakan di dalam iklan tawaran. Apabila tarikh tawaran ditutup, dokumen tawaran yang telah lengkap diisi akan dimasukkan ke dalam peti tawaran yang telah disediakan. Peti tawaran tersebut akan ditutup dan disimpan di dalam bilik jurutera atau di bilik khas kontraktor. Jawatankuasa Pembukaan Tawaran kemudian akan bersidang untuk membuka peti tawaran itu.

Rajah 4.7.1 Peti Tawaran 4.8 Kegunaan Peti Tawaran Peti tawaran digunakan untuk memasukkan dokumen tawaran yang telah dihantar oleh pihak kontraktor. Merupakan sebuah bekas / peti berkunci yang ditandakan dengan no.projek, nama projek, tarikh dan masa tawaran dibuka serta tarikh penyerahan terakhir. 4.9 Proses Pembukaan Tawaran dan Tugas Jawatankuasa Pembukaan Tawaran Sebagaimana yang telah diterangkan, proses pembukaan peti tawaran akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pembukaan Tawaran. Ahli jawatankuasa ini biasanya terdiri daripada tiga orang pegawai yang telah dilantik oleh pihak majikan. 4.10 Surat penerimaan tawaran boleh dibuat pada dua peringkat:

1) Surat Niat ( Letter of Intent ) Iaitu surat kepada kontrator yang kandungannya meliputi hasrat untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syarat syarat dan keperluan kerajaan yang mesti dipatuhi

oleh kontraktor. Surat ini tidak mengikat Kerajaan kepada satu perjanjian bahawa satu kontrak telah wujud. 2) Surat Setuju Terima ( Letter of Acceptance ) Iaitu surat pengesahan tawaran berasaskan kepada syarat yang telah ditetapkan dan berkaitan dengan kontrak tersebut. Surat ini merupakan dokumen perundangan yang sah dan sebahagian daripada kontrak. 4.11 Penolakan Tawaran Antara sebab sebab mengapa sesuatu tawaran tidak diterima ialah : a) Harga tawaan yang terlalu tinggi. b) Harga tawaran yang terlalu rendah. Jika kerja tersebut diberikan kemungkinan kerja tidak dapat disiapkan. c) Kerja kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor tersebut terlalu banyak dan melebihi had kewangan pendaftaran. d) Rekod kerja terdahulu tidak memuaskan. e) Tidak mematuhi mana mana syarat tawaran. f) Butir butir tawaran tidak diisi dengan betul. g) Tidak cukup peruntukan kewangan bagi satu satu projek.

4.12

Tawaran Semula Tawaran perlu dipanggil semula apabila perkara perkara berikut berlaku : a. Harga yang ditawarkan adalah terlalu rendah atau terlalu tinggi. b. Terdapat kesilapan di dalam dokumen tawaran, mungkin dari segi pengiraan ataupun dalam butiran lukisan. c. Tiada peruntukan ataupun tidak mencukupi untuk pembiayaan projek. d.

4.13

Penyelenggaraan Jalan Penyelenggaraan jalan ialah operasi yang dijalankan untuk memelihara jalan supaya ia berada dalam keadaan baik seperti ianya dibina dan tidak mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk kepada penggunanya.

4.14

Tujuan Penyelenggaraan Jalan Penyelenggaraan jalan mempunyai tiga tujuan utama: 1) Mengurangkan kadar kerosakan jalan supaya ianya tahan lebih lama 2) Mengurangkan perbelanjaan untuk-untuk kenderaan dengan menyediakan permukaan yang baik 3) Menjamin kenderaan-kenderaan awam supaya dapat berjalan Operasi penyelenggaraan jalan boleh dibahagikan kepada tiga jenis mengikut kekerapan kerja yang perlu dilakukan:

4) Penyelenggaraan biasa ( Routine Maintenance) 5) Penyelenggaraan berkala ( Periodic Maintenance) 6) Penyelenggaraan kecemasan ( Emergency Maintenance) 4.14.1 Penyelenggaraan Biasa (Routine Maintenance) Antara operasi penting untuk penyelanggaraan biasa adalah berkaitan a) menampal lopak-lopak b) memotong rumput c) membersih longkang tepi jalan d) mengecat garis jalan e) membersih sampah-sarap dalam pembentung dan di bawah jambatan f) membaiki dan membersih papan tanda g) membaiki jambatan / pembentung h) menggred bahu jalan i) menggred permukaan jalan (bagi jalan jenis tanah) j) membaiki guardrail

4.14.2 Penyelenggaraan Berkala ( periodic maintenance) Operasi penyelanggaraan berkala mengandungi aktiviti berikut: a) membaru muka jalan -premix untuk jalan bertar -gravel untuk jalan tanah b) mengganti lantai baru untuk jambatan baru c) mengecat jambatan besi

4.14.3 Penyelenggaraan Kecemasan (emergency maintenance) Penyelanggaraan kecemasan adalah kerja yang perlu dilakukan segera sekiranya terdapt kejadian seperti tanah runtuh, jambatan runtuh, dan lain-lain kejadian cemas di jalan raya untuk menjaga dan memberi kemudahan kepada pengguna-pengguna jalanraya. 4.15 Penyelenggaraan Bahu Jalan Tugas yang diperlukan di dalam penyelenggaraan bahu jalan bertanah merah ialah: i. Merata dan membentuk dengan menggunakan jentera menggred ii. Menambah semula tanah merah/batu kelikir yang hilang melalui hakisan dan lalulintas iii. Pembasahan dan pemadatan bahu jalan 1) Bahu jalan yang berumput hendaklah dijaga. Rumput hendaklah dipotong dari masa ke semasa supaya tidak tumbuh tinggi dan menghalang pemandangan. Jika terdapat sebarang lekuk-lekuk hendaklah segera diratakan dan ditampal dengan bahan yang diperlukan. 2) Bahu jalan tertutup mestilah kerap disapu untuk menghindarkan sebarang batu yang terkopek menghalang pengaliran air permukaan.

4.16

Penyelenggaraan Longkang Tepian Longkang tepian terap memerlukan penyelenggaraan. Bentuk dan dalaman hendaklah digred sementara sampah sarap dan tanah yang terkumpul di dalamnya hendaklah dibuang supaya tidak menghalang perjalanan air. Hakisan di longkang tepian memerlukan perhatian yang segera untuk mengelakkan kerosakan yang lebih seperti hakisan dalam, hakisan ubin jalan dan curam potong. Dalam perkara jalan dua hala, lubang bebendul jalan ditengah-tengah jalan hendaklah diperiksa dan jika terdapat sebarang sampah sarap hendaklah dibersihkan untuk mengelakkan halangan pengaliran air.

4.17

Bitumen Macadam (premix) Bancuhan atau adunan yang biasa dipakai oleh JKR untuk kerja membaru muka jalan adalah terdiri dari bituminous macadam yang disediakan berasaskan BS 1621 atau BS 4987-1973 atau concrete asphalt. Premix disediakan di loji bancuhan batu baur kasar dan halus, filler galian dan lapis lekat adalah dicampur dan digaul di bawah keadaan yang ditentukan. Penurapan biasanya dilakukan pada

suatu lorong pada satu-satu masa dan mengandungi kerja-kerja seperti yang tercatit di bawah.

i. Menyapu satu lapisan tack coat ii. Menghampar adunan panas dengan jentera penurap yang dipasangkan dengan alat pemanas dan batang penukul iii. Penempatan Adunan Panas Bilangan laluan jentera penggelek dan suhu penggelekan untuk bitumen macadam adalah seperti berikut :Maks Suhu pada penghantaran Suhu pada penggelekan 80c 120c 130c Min 105c Optima -

4.17.1 Cara Cara Pemampatan a) Jenis Jentera Penggelek Yang Digunakan Untuk Pemampatan 1. penggelek 3 roda untuk pemecahan mula penampalan ( berat untuk seinci lebar roda belakang 300 1b 400 1b ) 2. roda tandem untuk penyiapan ( berat untuk seinci lebar antara 200 1b 400 1b ) 3. penggelek beroda pneumatic ( jenis berpusing sendiri ) (bertayar benangan halus dengan tekanan tayar 85-90 1b / seinci )

b) Bentuk penggelekan di bawah ini adalah sebagai suatu panduan untuk pemampatan I. Penggelekan permulaan adalah terdiri daripada 2 laluan dengan penggelek 3 roda diikuti dengan 24 laluan bagi penggelek bertayar pneumatic dan akhirnya 2 laluan penggelek tandem sebagai penyial mampatan II. Sekiranya penggelek beroda 3 tidak didapati, bentuk penggelekan berikut boleh dijadikan panduan 4.17.2 Permukaan berkonkrit asphalt Adunan konkrit asphalt boleh dibahagikan kepada dua jenis;i. Adunan batu baur selangan bergredan ii. Adunan batu baur berterusan 1) Adunan batu baur selangan bergredan Adunan ini terdiri daripada mortar bituminous yang dibuat dari pasir halus bersih , filler dan bitumen dimana batu baur dicampurkan ke dalamnya mengikut bahagian yang ditentukan. Jenis aduan biasa di bawah jenis ini :1973. 2) Adunan Batu Baur Berterusan Jenis adunan ini tidak boleh digunakan bagi jalan-jalan di Malaysia pada masa sekarang. Adunan batu baur

berterusan terdiri dari batu-batu terpilih dari saiz besar hingga filler dengan tujuan mendapatkan suatu adunan yang ruang kosongnya dapat dikawal dan mencapai ciriciri lain yang ditentukan. Jenis aduan ini biasanya direka berlandaskan cara Ujian Marshall dan biasa digunakan pada masa sekarang. Bila direka sebaiknya, ia akan memberi permukaan yang tahan terhadap kenderaan berat. Reka adunan mestilah menggunakan bahan-bahan yang tersedia di lapangan. Batu baur kapur (limestone) tidak digalakkan untuk digunakan bagi permukaan haus kerana ia mudah dihauskan oleh kenderaan. 4.18 Lapisan Permukaan ( Surface Dressing ) I. Lapisan permukaan bolehlah dijalankan tunggal atau dua lapis lapisan permukaan. Jika dilakukan dengan baik dan betul, lapisan permukaan akan memberi permukaan yang cantik dan mengelakkan dari permukaan yang licin. II. Namun demikian, permukaan ini tidak mempunyai kesan kekuatan. Penutupannya hanya untuk memperbaiki kelancaran penunggangan kenderaan dan mengelakkan resapan air dari membasahkan tapak jalan.

III. Lapisan permukaan tunggal terdiri daripada satu lapisan batu baur halus dilekatkan ke atas permukaan jalan yang sedia ada dengan lapisan nipis bitumen. IV. Bagi dua lapisan permukaan pula, prosesnya adalah sama seperti lapisan permukaan tunggal kecuali dua lapisan pelekat dan batu baur halus digunakan. Saiz batu halus dan kadar bitumen yang digunakan adalah berbeza antara lapisan. V. Fungsi pelekat ini adalah untuk melekatkan batu-baur halus antaranya dengan permukaan jalan dan pada masa yang sama menyokong batu baur apabila dilalui oleh kenderaan. VI. Kadar penyemburan pelekat adalah penting bagi menentukan ketahanan usia lapisan tunggal. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan adalah ditetapkan iaitu 2/3 dari batu baur halus tersebut dibenamkan kedalam lapisan nipis pelekat kelak. VII. Saiz batu baur pula bergantung kepada jumlah lalulintas dan kekuatan permukaan jalan sedia ada. Batu baur halus yang kecil digunakan untuk menampung jumlah lalulintas yang kecil dan sebaliknya. Jumlah kadar batu baur halus yang digunakan mestilah cukup untuk menutupi lapisan pelekat bitumen selepas penggelekan. VIII. Selepas sahaja batu baur halus dihampar diatas pelekat, ia digelek sehingga sekata mampatannya. Penggelekan ada dua fungsi iaitu menolak batu baur halus ke dalam pelekat dan meratakan lapisan supaya tidak terjejas oleh lalulintas. Hasil yang baik adalah didapati dengan menggunakan pemggelek beroda getah yang dipandu

perlahan-lahan. Penggelek beroda besi boleh mengakibatkan batu baur halus pecah dan akan mengurangkan kekuatannya. Biasanya 2-3 laluan penggelek adalah mencukupi. IX. Perlu diingatkan bahawa lapisan permukaan adalah dalam keadaan baik selepas dihampar. Biasanya kejayaan lapisan tunggal yang baik adalah bergantung kepada masa yang diperuntukkan supaya tiada lalulintas melaluinya dan demikian juga jumlah kenderan dan keadaan iklim. Kenderaan seboleh-bolehnya diarah memandu dengan halaju kurang dari 20 bsj. Sehingga lapisan permukaan tersebut benar-benar melekat kuat.

Gambarajah 4.18.1 Kerja pemasangan alat CBR untuk menjalankan ujian CBR

Gambarajah 4.18.2 ujian coring sedang dijalankan

Gambarajah 4.18.3 lapisan Prime Coat di sapu ke atas jalan

Gambarajah 4.18.4 kerja menghampar Premix

Gambarajah 4.18.5 Kerja Memampatkan Premix

Gambarajah 4.18.6 Jalan Yang Baru Dimampatkan 4.19 Pengenalan Cerun Cerun merupakan kegagalan tanah yang disebabkan beberapa faktor yang tidak diingini seperi kejadian alam semula jadi,pergerakan tanah,kandungan air tanah dan juga faktor manusia Dalam hal ini juga,banyak pihak yang akan terlibat,antaranya ialah juruteknik,mekanikal tanah dan geoligikal akan digunapakai.

4.20

Pengaruh Geoligikal Tehadap Kestabilan Cerun

a) Faktor pencetus : hujan,aktiviti manusia dan gempa bumi b) Faktor pengawal : sifat batuan dasar dan tanah,hidrogeologi tanah dan konfigurasi tanah. 4.20.1 Faktor Kestabilan Cerun Mengikut kajian di Malaysia,kegagalan cerun di dalam kawasan yang betropika adalah berpunca daripada proses penyusupan (90%). Masalah ketidakstabilan berkaitan dengan hakisan tanah dari cerun yang dipotong dinegara ini adalah berpunca utama daripada hujan yang berterusan. Faktor bagi kegagalan cerun : i. Sepanjang hari yang kering dan panas, permukaan cerun terjemur dan mengecut terutama sekali cerun yang baru dipotong. Pemanjangan dan kedalamanya bergantung kepada keplastikan tanah dan jenis perlindungan cerun yang digunapakai. ii. Sewaktu hujan kilat, air hujan akan menyerapi celah-celahan rekahan atau permukaan yang terdedah menyebabkan jisim cerun mengembang dan menjad tepu. Ini memberi kesan kepada partikel-partikel tanah bergerak-gerak melalui lompanglompang antara tanah dan menyebabkan terhasilnya ricih. Pergerakan air yang melalui rekahan pada tanah dari permukaaan atas cerun juga adlah disebabkan tekanan sedutan pada pemukaaan tanah.

iii.

Apabila permukaan luar cerun menjadi tepu dan mengembang, kebolehtelapan adalah sejajar dengan permukaan cerun bertambah dengan hujan yang berterusan.

iv.

Kestabilan cerun biasanya dianalisis dengan kaedah had keseimbangan sementara itu, pergerakan tanah dianalisis kaedah elemen terhad.

4.21

Perlindungan Cerun Tujuan perlindungan cerun adalah untuk melindungi cerun daripada terjadinya hakisan tanah akibat daripada pengaliran air pada permukaan, untuk mengurangkan penyusupan dan juga untuk menambahkan kestabilan cerun. Terdapat beberapa jenis perlindungan cerun: 4.21.1 Gabion Perlindungan lebuhraya dan jalan daripada bencana alam sekitar adalah mudah dengan menggunakan gabion di mana menstabilkan dan melindungi bahu-bahu cerun yang mana mudah terkena hakisan. Tembok penahan gabion digunakan sebagai tembok penahan adalah berfungsi, penyelesaian yang menjimatkan dan altenatif terbaik untuk jenis-jenis struktur penahan yang lain sesuai untuk kebolehlenturan dan kebolehtelapannya

Rajah 4.21.1.1 Kerja Gabion sedang dijalankan

Rajah 4.21.1.2 Sangkar dimana gabion diletakkan

4.21.2 Soil Nailing a) Soil nails tidak sesuai untuk tanah yang tepu atau kepadatan tanah yang kurang baik. b) Kebiasaanya soil nails adalah diantara 100 - 200 dipasang secara melintang. Ruang diantara soil nails ialah 1.0 2.0m. Keberkesanan secara normal yang dibolehkan bagi keupayaan tegangan soil nails ialah antara 2 20 tan. c) Panjang nails adalah antara 6 36m dan abr tetulang Y12 hingga Y32 atau bar fireglass dalam 100 150mm

lubang yang diturap dengan simen. Lubang yang digerek perlu disembur dengan simen secepat yang mungkin sebaik sahaja 2jam selepas lubang digerek. d) Permukaan : minimum 75mm tebal gunite atau shotcrete reinforced dengan dawai mesh atau permukaan fleksibel geosel atau hydroseeding.

Rajah 4.21.1.1 Kedudukan nails

Rajah 4.21.1.2 Soil nailing yang telah siap dipasang

4.21.3 Turfing Turfing adalah kaedah di mana cerun akan ditutupi permukaanya dengan tanaman berumput. Penutupannya boleh menggunakan pohon yang rendah

dengan akar yang menjalar dan rumput kerbau kerana sifat pokok yang berakar menjalar dapat mencenkam tanah dan sekaligus mengelakkannya daripada terhakis. Ini boleh diringkaskan di mana partikel-partikel tanah tidak dapat bergerak kerana ia terperangkap di bawah cengkaman akar pokok yang menjalar.Kaedah ini sangat efektif untuk perlindungan yang segera dan ia biasa bagi cerun yang kurang memberi kesan kegagalan ketara. Penambakan kekuatan ricih akibat daripada tindakan akar pokok terutamanya akar yang menjalar memberi kesan terus kepada peneguhan tanah secara mekanikal dan pemindahan kelembapan oleh proses transpirasi.

Rajah 4.21.3.1 Gambaran rumput turfing

Rajah 4.21.3.2 Rajah turfing yang telah siap

4.22.4 Hydroseeding Hydroseeding tanpa anak pohon yang berkualiti dan parit yang melintang pada cerun tidak akan berjaya.Mengambil perkiraan hamparan yang terbiodegradasi akan melindungi anak pohon dan akar rumput muda daripada hanyut dibawa air hujan yang mengalir padapermukaan atau terjemur oleh cahaya matahari.

Rajah 4.22.4.1 Hydroseeding yang telah siap dipasang 4.23 Pengenalan Konkrit Konkrit merupakan hasil campuran yang terdiri daripada simen, pasir, batu baur dan air mengikut nisbah yang tertentu. Nisbah bancuhan yang baik penting bagi mendapatkan kekuatan dan tahap kebolehkerjaan konkrit yang diperlukan bagi sesuatu struktur binaan. Kerja-kerja pengkonkritan merupakan perkara yang paling utama dalam kerja pembinaan. Oleh yang demikian, bagi menghasilkan mutu kerja pengkonkritan yang baik, pemeriksaan yang teliti perlu dilakukan ke atas bahan-bahan yang digunakan, kerja-kerja

pembacuhan, pengangkutan, penempatan, penuangan, pemadatan dan pengawetan konkrit dengan betul. 4.24 Simen Simen yang hendak digunakan mestilah simen Portland dari pembuat yang diluluskan. Simen Portland hendaklah mematuhi kualiti Piawaian Malaysia M.S 7.13. Simen yang hendak dihantar ke tapak bina mestilah dalam keadaan yang baik, menaiki kenderaan bertutup untuk melindungi dari hujan. Simen juga handaklah disimpan di dalam stor yang diluluskan supaya ia selamat daripada cuaca dan hendaklah dikeluarkan untuk digunakan mengikut giliran penghantaran.

Rajah 4.24 Simen Portland biasa 4.25 Batu Baur Batu baur yang digunakan dalam industri pembinaan hendaklah mematuhi piawaian Malaysia M.S 74. Batu baur hendaklah daripada jenis yang kuat,tahan lama, bersih dan ketidaktelapan, bersegi, berselaput serta tidak mengandungi bahan-bahan perosak yang akan memberi kesan buruk kepada kekuatan dan ketahanan konkrit serta tetulang. Batu baur hendaklah disimpan di tempat yang

terlindung daripada pencemaran sekeliling. Batu baur ini terbahagi kepada dua jenis iaitu batu baur halus dan batu baur kasar. I. Batu Baur Halus Terdiri daripada pasir semulajadi yang kebiasaannya didapati di kawasan air tawar. Batu baur ini hendaklah tidak mengandungi kekotoran dan bahan-bahan halus yang melebihi 3% mengikut isipadu apabila diuji mengikut tahap Piawaian Malaysia. Penggunaan pecahan batu sebagai penggantian pasir adalah tidak dibenarkan dalam kerja pembinaan

Batu baur halus Ayak B.S ( mm ) 5 2.3 1.18 0.60 0.30 0.15 Peratus telus (%) 95 - 100 70 - 95 45 - 85 25 - 60 5 - 30 0 - 10

Jadual 4.25.1 Menunjukkan peratus telus bagi batu baur halus ii.Batu Baur Kasar Terdiri daripada pecahan batu baur keras kecuali bagi kerja bawah tanah yang hanya batu granit sahaja digunakan. Batu baur yang mengandungi tanah liat melebihi 1% adalah tidak

sesuai untuk dicampur dalam konkrit. Saiz maksimum batu baur adalah dalam lingkungan 19mm.

Batu baur kasar ( saiz lingkungan 20mm) Ayak B.S ( mm ) 20 10 5 Peratus telus (%) 100 25 55 0 10

Jadual 4.25.2 Menunjukkan peratus telus bagi batu baur kasar

Rajah 4.25.3 Batu baur halus dan batu baur kasar 4.26 Air Air yang digunakan ialah mesti bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran dan hendaklah dari sumber yang diluluskan. Air menyebabkan permukaan berperoi. Kontraktor perlulah mengatur dan merancang cara penyimpanan air yang secukupnya di tapak bina

untuk kegunaan membancuh dan mengawet konkrit disamping tidak terdedah kepada kekotoran dan menepati Piawaian Malaysia.

4.27

Bahan Tambah Bahan tambah merupakan bahan yang dicampurkan ke dalam konkrit semasa pembacuhan. Bahan tambah berfungsi untuk meningkatkan bahan pada sifat-sifat konkrit. Bahan tambah haruslah digunakan mengikut kadar yang sederhana kerana jika camppuran bahan tambah berlebihan akan menggugat dan menimbulkan kesan buruk terhadap sifat-sifat konkrit. Terdapat 5 jenis bahan tambah di pasaran, iaitu : i. ii. iii. iv. v. Pencepat ( accelerators ) Pemudah adun ( plasticizer ) Pelambat ( retarders ) Perangkap udara ( air retaining agent ) Penangkis air ( water repelling agent )

4.28

Cara Pengendalian Semasa Latihan 4.28.1 Bancuhan Konkrit Menggunakan Penyodok Bancuhan konkrit menggunakan penyodok biasanya adalah untuk kegunaan bagi kuantiti yang kecil sahaja seperti untuk kerja-kerja touch up iaitu kerja pembaikan-pembaikan kecil. Bahan campurani iaitu simen dan pasir akan digaul kering terlebih dahulu dan air akan ditambah sedikit demi sedikit sehingga kadar yang cukup. Konkrit digaul sehingga campuran sekata

4.28.2 Bancuhan Konkrit Menggunakan Mesin Penggaul (Conrete Mixer) Kebiasaannya, konkrit yang dibancuh menggunakan mesin penggaul digunakan bagi struktur-struktur seperti tiang, ikatan bata, pembinaan longkang dan juga boleh digunakan untuk rasuk bumbung. Kuantiti simen hendaklah ditentukan dengan timbangan berat manakala bagi batu baur dan pasir menggunakan kaedah sukatan isipadu. Isipadu batu baur hendaklah disukat menggunakan kotak penyukat yang diluluskan. 4.28.3 Konkrit Sedia Bancuh (Concrete Readymix) Konkit siap campur ialah konkrit yang telah siap dibancuh dari kilang dan kemudian akan dibawa ke tapak bina menggunakan trak penggaul (truck mixer). Antara struktur bangunan yang menggunakan konkrit jenis ini ialah seperti lantai dan rasu bumbung ( roof beam ). Konkrit yang telah siap dibancuh perlu dibawa dengan cepat ke tapak bina bagi mengelakkan pengasingan bahan berlaku. Oleh sebab itu, penggaul trak pelu diputarkan mengikut kadar kelajuan yang sesuai semasa perjalanan konkrit ke tapak bina. 4.29 Pengangkutan Konkrit Konkrit yang telah seragam akan dituang ke dalam kereta tolak (wheelbarrow) dan akan dibawa ke tempat yang hendak dituang.konkrit ini perlu diangkut dengan secepat mungkin dan dituang dengan cara yang sesuai bagi mengelakkan berlakunya

pengasingan bahan-bahan sedia ada. Konkrit perlu dituang di tempat yang paling hampir dengan kawasan penempatan konkrit yang dikehendaki untuk mengelakkan tuangan semula atau pengaliran.

Rajah 4.28.3.1 Konkrit Sedia Bancuh 4.30 Penuangan / Penempatan Konkrit Penempatan konkrit adalah salah satu operasi terpenting dalam kerja pengkonkritan. Penempatan konkrit hendaklah dibuat secepat yang boleh dari masa konkrit siap dibancuh supaya dapat dielakkan dari berlakunya cold joint. Konkrit hendaklah ditempat dalam bentuk lapisan seragam untuk mengelakkan pengasingan.

4.31

Pemadatan konkrit Alat penggetar ( vibrator ) akan digunakan untuk memadatkan konkrit setelah ianya siap dituang. Tujuan utama pemadatan dilakukan adalah untuk membuang udara-udara yang terperangkap. Pemadatan dianggap memadai setelah mortar simen didapati berbentuk bulat

sekitar alat getar keran jika getaran berlebihan dikenakan akan menyebabkan pengansingan bahan. Getaran juga perlu dilakukan berhati-hati supaya tidak menyentuh tetulang atau acuan yang boleh merosakkan tetulang 4.32 Tujuan membuang udara terperangkap adalah untuk :

1) Menambahkan kekuatan konkrit keran 1% udara yang terperangkap akan melemahkan 5-6% konkrit. 2) Mengurangkan sifat ketelapan bagi mengelakkan berlakunya pengaratan. 3) Menambahkan kekuatan pegangan antara bar tetulang dengan konkrit. 4) Mengelakkan terjadinya sarang lebah ( honey comb ). 4.32.1 Kejadian sarang lebah ( honey comb ). Sarang lebah terjadi apabila sambungannya terdiri dari batu baur sahaja. Ia adalah disebabkan oleh : i. Pengasingan bahan yang mungkin akibat getaran berlebihan yang dikenakan. ii. Pengasingan akibat curahan bebas yang dibuat dimana batu baur terjatuh terlebih dahulu daripada pasir dan air simen seperti semasa mengkonkrit tiang. iii. Pengasingan akibat kehilangan turap simen iaitu apabila terdapat lubang-lubang pada acuan.

Rajah 4.25.1 Honey comb yang terjadi 4.33 Kerja Tanah Sebelum memulakan kerja-kerja tanah, kita seharusnya meneliti beberapa hal yang penting untuk di titikberatkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di tapak pembinaan seperti tanah runtuh. Kerja pembaikan memerlukan kepakaran yang mahir bagi projek yang memerlukan belanja yang besar yang mungkin dapat menjimatkan sekiranya perhatian yang rapi dapat dilaksanakan . 4.33.1 Pembersihan Tapak a. Kadangkala terdapat pokok,kawasan berumput dan lainlain yang perlu disimpan atau dijaga dala keadaan sedia ada. Pokok-pokok ini hendaklah ditandakan dan kawasan-kawasan berumput pula diadakan papan tanda penghadang supaya tidak diganggu oleh aktiviti-aktiviti pembinaan.

b. Jika projek berada dalam wilayah yang telah dibangunkan,arah jajaran paip air,sesalur bawah tanah dan lain-lain perkhidmatan perlu ditentukan supaya perhatian khas diberikan apabila kerja- kerja memotong atau menggali dibuat berhampiran dengan jajaran tersebut. c. Adalah sangat mustahak akar-akar pokok perlu dibongkar keluar. lebih-lebih lagi di tapak bangunan. Jika akar pokok ditinggalkan dalam tanah,lama kelamaan ia akan reput dan mengakibatkan pemendapan tanah. d. Lapisan tanah asal sedalam 150mm boleh digunakan semula untuk kerja penanaman rumput. Kawasan untuk menyimpan tanah atas ini hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti pembinaan yang lain tidak terganggu. Bahan-bahan yang tidak diperlukan yang terdapat dalam lapisan tanah atas atau perlu dibuang sebelum tanah atas itu disimpan. 4.34 Penyiasatan Tapak Sebelum memulakan sesuatu projek binaan sama ada bangunan ataupun jalan, pihak Jurutera perlu mengetahui keadaan tanah yang sebenar sebelum meneruskan kerja rekabentuk asasnya,dengan melakukan analisa kestabilan benteng jalan atau pun apa-apa kerja yang berkaitan dengan tanah tersebut.

4.35

Pentingnya Penyiasatan Tapak a) Sebagai satu langkah berjaga-jaga di dalam sesuatu projke yang akan dilaksanakan. b) Untuk mendapatkan sifat-sifat fizikal dan juga lain-lain maklumat yang bersangkutan. c) Membolehkan perekabentuk memilih jenis-jenis asas serta melakukan rekabentuk asa yang baik, selamat dan berekonomi. d) Dapat memberi gambaran tentang kemungkinan masalahmasalah yang aka dialami ketika pembinaan. e) Mengetahui dan mengambilkira tentang sesuatu keganjilan atau pun perbezaan-perbezaan yang mungkin akan berlaku. f) Untuk mengenalpasti perubahan keadaan asal dan juga mengkaji kemungkinan apa yang berlaku disebabkan perubahan tersebut 4.35.1 Cara Penyiasatan Tanah Peringkat Awal a) Proba JKR JKR telah memperkenalkan alat ini dan ia merupakan alat yang sering digunakan untuk kajian awal dan sebagai tambahan kepada kajian terperinci yang akan dijalankan kemudian Proba JKR. b) Peralatan Proba JKR Ianya mempunyai cased hardened steel pointer , bergaris pusat 25mm dan mempunyai kun bersaiz 60 darjah. Pointer tersebut berskru di bahagian bawah di hujung batang besi.

Batang-batang besi yang digunakan ialah bergaris pusat 12mm dan mempunyai kepanjangan 1.2m panjang. Batang-batang besi ini boleh disambungkan diantara satu sama lain.

Rajah 4.35.2.1 Batang besi yang digunakan c) Cara Kerja Menggunakan Proba JKR i. Dengan menjatuhkan tukul seberat 5kg dengan kadar ketinggian 280mm, kun tersebut akan tertekan masuk kedalam tanah. ii. Jumlah hentakan untuk kemasukan kun sedalam 300mm (1kaki) akan dicatatkan dan ianya digunakan sebagai petanda kekentalan tanah pada tanah jelikat dan sistem penyusunan tanah Granular.

Rajah 4.35.2.2 Proba JKR yang dijalankan

Rajah 4.35.2.3 Point yang pertama 4.36 Sistem Peparitan 1. Parit Tanah Ini merupakan saliran sementara dan memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Kos pembinaan adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis yang lain.

Rajah 4.36.1 Parit Tanah 4.37 Sistem Peparitan 1. Parit Tanah

Ini merupakan saliran sementara dan memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Kos pembinaan adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis yang lain.

Rajah 4.37.1 Parit Tanah

2. Longkang Konkrit Tuang Dulu Longkang jenis ini digunakan dengan meluasnya. Kos pembinaannya adalah sederhana dan ianya hanya memerlukan penyelenggaraan yang minima,jika direkabentuk dengan sempurna.

Rajah 4.37.2 Longkang Konkrit Tuang Dulu 3. Longkang Konkrit Tuang Disitu

Jenis ini biasanya digunakan di mana pemendapan yang tidak setara dijangka akan berlaku seperti longkang di atas cerun tambun. 4.38 Kerja Penggalian a. Perparitan perlulah digali mengikut saiz, aras dan cerun. b. Perparitan hendaklah dielakkan dari terlebih gali, kerana ini mengakibatkan pemendapan tidak setara apabila bahan kambus yang sesuai digunakan. c. Kebiasaanya peparit digali 150mm kurang dari dikehendaki. 4.39 Pemasangan Longkang Konkrit a. Kualiti longkang yang hendak dipasang mestilah mengikut jenis, saiz dan dimensi yang telah ditentukan. b. Pengalas konkrit atau lapis kedap perlulah dibina dengan sempurna mengikut cerun yang ditetapkan. c. Cerun pengalas konkrit ini perlu disemak untuk memastikan aliran songsang tidak berlaku.

BAB 5 KESIMPULAN

Sepanjang tempoh latihan di Jabatan Kerja Raya Raub,Pahang ini selama lebih kurang lima bulan ini,banyak perkara yang telah dipelajari dalam tempoh ini.Objektif yang telah dicapai antaranya ialah bagaimana cara bekerja,cara menyesuaikan diri di dalam pekerjaan dan cara berurusan dengan rakan-rakan serta para pekerja lain.Di sini banyak perkara yang baru telah saya pelajari.Pengalaman yang diperolehi ini bukan sahaja member pengajaran malahan ianya menjadi satu asset bagi diri tentang bagaimana memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Secara keseluruhannya,dapatlah disimpulkan disini bahawa latihan industri ini dapat membantu pelajar lebih matang dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Melalui latihan industri ini juga dapatlah ianya membentuk minda

yang positif dan mempunyai wawasan .Pelajar juga dapat mengumpul pengalaman dan mempelajari pelbagai perkara yang berfaedah untuk kegunaan di masa akan datang serta dapat menjadi teladan atau petunjuk kepada pelajar di Politeknik kelak.Di sini terbuktilah bahawa dengan mengikuti latihan industri ini,segala objektif dapat dicapai untuk menghasilkan seorang pelajar Politeknik yang cemerlang di masa akan datang.

BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN

Bagi menyediakan sebuah laporan yang lengkap dan memenuhi criteria adalah menjadi satu kewajipan untuk menyediakan ruangan ini. Ruangan komen dan cadangan untuk meluahkan dan memberi pendapat para pelajar semasa menjalani latihan industri di syarikat atau firma yang ditempatkan. Jabatan Kerja Raya Raub,Pahang, merupakan satu firma yang amat sesuai untuk penuntut bidang kejuruteraan bagi menjalani latihan industri. Firma ini memenuhi skop pelajaran di institusi pelajar tersebut. Oleh itu,para pelajar memperoleh pengetahuan yang lebih dalam bidang ukur untuk diaplikasi semasa belajar di institusi masing-masing.

Segala komen dan cadangan ini adalah semata-mata untuk memberikan saranan yang berguna untuk membaiki kelemahan bagi semua pihak yang terlibat agar memperbaiki dan meningkatkan apa yang kurang. Harapan saya agar saranan dan cadangan yang dikemukakan ini dapat diterima dan dimanfaat untuk membaiki kelemahan yang ada dan dapat memuaskan hati bagi semua pihak.Berikut adalah sedikit cadangan yang dapat saya berikan iaitu :

CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN i. Pihak jabatan atau syarikat hendaklah menyediakan satu ruangan khas kepada pelajar praktikal bagi memberi keselesaan kepada pekerja jabatan tersebut. ii. Pihak politeknik dan pihak firma atau syarikat hendaklah mempunyai hubungan yang baik bagi mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menjalani latihan industri. iii. Pihak Politeknik juga hendaklah memastikan bahawa setiap pelajar yang dihantar untuk menjalani latihan industri dapat mengetahui perkara-perkara yang mereka pelajari semasa berada di Politeknik, ini adalah sangat penting untuk memastikan pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran kemahiran dan teori yang dipelajari semasa menjalani latihan industry. iv. Pekerja dan pelajar praktikal hendaklah mempunyai hubungan baik dan tahap komunikasi yang baik antara satu sama lain bagi

memudahkan para pelajar belajar dan mengetahui banyak perkara tentang kerja tersebut. Semoga apa yang dicadangkan di atas dapat dipertimbangkan oleh semua pihak yang terlibat untuk menjadikan latihan industri sebagai satu pembelajaran yang dapat membentuk pelajar ke arah profesionalisme yang berdaya saing dalam bidang yang diceburi selaras dengan seruan kerajaan dalam proses menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran dan inovatif dalam menjana ekonomi negara.

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

Bagi menyiapkan Laporan Latihan Industri ini, saya banyak mendapat tunjuk ajar dari staf-staf JKR RAUB. Saya juga turut mendapat maklumat daripada pelbagai bahan rujukan seperti :

1. Fail Jabatan Kerja Raya Raub. 2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4 3. Encik Norikhwan Bin Haji Abu Seman ,Jurutera Daerah Raub. 4. Puan Nor Aziah Binti Hamzah, Juruteknik Kontrak Dan Ukur Bahan JKR Raub 5. Encik Mohamad Tajudin Bin Abd Malek, Juruteknik Kontrak Dan Ukur Bahan JKR Raub 6. Encik Adnan Bin Kaharudin, Juruteknik Bahagian Jalan JKR Raub 7. Encik Hanif Bin Ahmad, Juruteknik Bahagian Jalan JKR Raub 8. Encik Abdul Razak Bin Karim, Juruteknik Bahagian Bangunan JKR Raub 9. Tender Document, Professional Practice 2, Noor Afzila Binti Mohamad

LAMPIRAN

Peti Tawaran

Coring test dijalankan

Prime Coat Dijalankan

Kerja Premix dijalankan

Kerja Memampatkan Premix

Penghamparan Premix

Konkrit Sedia Bancuh

Kerja Proba dijalankan

Maklumat kerja borehole

Parit Tanah

Anda mungkin juga menyukai