Anda di halaman 1dari 58

LAPORAN AKHIR ON-THE JOB TRAINING (OJT)

OLEH

MOHAMAD ZHARIF BASYIR BIN ZAINAL ABIDIN

DI

PROKEL MANAGEMENT SDN. BHD.

LOT 1-5 TINGKAT 2,

MENARA PERBADANAN,

JALAN TENGKU PETRA SEMERAK,

15000 KOTA BHARU,

KELANTAN
KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Latihan Industri

On-The Job Training (OJT) adalah salah satu syarat wajib bagi semua pelajar di Kolej

Vokasional. Program On-The Job Training (OJT) diperkenalkan untuk memperkasa

kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan. On-The

Job Training (OJT) memberi peluang kepada pelajar merasai pembelajaran di dunia pekerjaan

sebenar supaya dapat mencapai kebolehpasaran yang tinggi.

Latihan ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi

perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi,

prosedur, peraturan-peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi. Selain itu,

kursus ini membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya

meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

Unit Perhubungan On-The Job Training (OJT) Kolej Vokasional Pasir Mas telah diberi

tanggungjawab untuk menempatkan para pelajar yang akan menjalani On-The Job Training (OJT)

di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat swasta yang sudi menempatkan

para pelajar di tempat mereka. Oleh itu, para pelajar boleh mempraktikkan ilmu teori dan amali
yang dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin di alam pekerjaan yang
sebenar sambil menimba pengalaman serta memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang

yang diceburi.

Konklusinya, On-The Job Training (OJT) ini banyak memberi pengalaman dan sedikit

sebanyak dapat membuka minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari perspektif

yang positif. Diharapkan pelajar membuat persediaan rapi dengan memantapkan ilmu,

memperbaiki kelemahan diri seperti cara berkomunikasi dan mewujudkan keyakinan diri

sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

1.2 Objektif On-The Job Training (OJT)

On-The Job Training (OJT) merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar

sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar

perlu lulus On-The Job Training (OJT) dan pelajar yang gagal perlu mengulangi semula

latihan industri.

Antara objektif On-The Job Training (OJT) diadakan adalah :

1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.

2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat.


3. Mengamalkan kerja berpasukan.
4. Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam memenuhi dasar-dasar,

prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi

5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT mengikut format yang

ditetapkan.

6. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani On-The Job

Training (OJT) dengan lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja

semasa menjalankan latihan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat.

Melalui penulisan laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari

sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Laporan yang terperinci disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah

dijalankan dengan sempurna mengikut jangka masa lebih kurang 4 bulan bermula pada 5

Disember 2016 hingga 7 April 2017 seperti yang ditetapkan oleh pihak BPTV.

Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalankan oleh

pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh

pensyarah. Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawab dalam
melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma dan Kolej

Vokasional. Di mana pelajar dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan

dengan baik.
1.4 Kepentingan On-The Job Training (OJT) Kepada Pelajar

Persaingan dalam merebut peluang pekerjaan amat sengit pada masa kini. Melalui

latihan perindustrian, pelajar akan didedahkan tentang suasana sebenar alam pekerjaan.

Pelajar juga memperoleh pelbagai faedah dari On-The Job Training (OJT) antaranya adalah:

Mendedahkan para pelajar tentang kepentingan pengurusan masa dalam setiap pekerjaan yang

dilakukan. Ia amat penting untuk menanam sikap pandai mengurus masa dalam diri para pelajar

supaya segala tugas yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Meningkatkan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dengan pekerja-pekerja di dalam firma

atau masyarakat. Ia dapat mendidik para pelajar cara-cara berkomunikasi yang baik dan

bersesuaian dengan situasi sama ada dengan ketua, kakitangan ataupun pelanggan yang

wujud di persekitaran tempat pelajar bekerja.

Kebanyakan firma yang mahu mengambil pekerja baru juga memerlukan pekerja yang sudah

berpengalaman bekerja, setidak-tidaknya para pelajar Kolej Vokasional sudah mempunyai

pengalaman bekerja semasa menjalani latihan industri.

Dengan menggunakan pengalaman menjalani latihan di firma selama empat bulan,

para pelajar dapat mempelajari serba sedikit tentang alam pekerjaan dan dapat mengawal

situasi jika berada di pejabat atau lokasi bekerja satu hari kelak.

Para pelajar tidak lagi merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah ke alam

pekerjaan yang sebenar di samping dapat menilai keupayaan diri sendiri sama ada boleh

menempuhi alam pekerjaan dan menghadapi cabaran apabila bekerja kelak. Ia membantu
meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar.

Dengan adanya pengalaman selama empat bulan menjalani latihan industri, para pelajar serba

sedikit dapat membantu menyelesaikan masalah di tempat kerja apabila sudah bekerja kelak. Ia
membantu para pelajar menyemai sikap bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap

kerja yang diberikan kepadanya.

Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang kepentingan hidup

hormat-menghormati di antara satu sama lain sewaktu berada di tempat kerja. Sifat ini

penting bagi

memastikan segala urusan pejabat berjalan lancar tanpa sebarang konflik di antara pekerja.

Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan polisi-polisi am peraturan-peraturan firma agar tidak

dikenakan sebarang tindakan oleh firma atau jabatan serta mendidik menjadi seorang yang

lebih disiplin. Pelajar dapat diberi pendedahan secara langsung, malah mendidik pelajar agar

lebih bersikap profesional, dinamik dan kreatif.

1.5 Hasil Pembelajaran

On-The Job Training (OJT) memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari

segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan,

polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. On-The

Job Training (OJT) ini akan membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan

seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.


BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

*NOTA
MASUKKAN SEMUA MAKLUMAT BERKAITAN

SYARIKAT/ORGANISASI

-Sejarah Syarikat/Pengenalan Syarikat/Latar Belakang

-Visi, Misi, Objektif

-Piagam Pelanggan

-Logo

-Carta Organisasi

-Perkhidmatan
2.1 Pengenalan Organisasi

Prokel Management Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat Kumpulan PKINK yang

menjalankan aktiviti pengurusan harta milik PKINK. Ditubuhkan pada 30 Oktober 1986 dan

mula beroperasi pada 1 Disember 1986 dengan modal saham berbayar RM100,002 dan modal

saham dibenarkan RM500,000.00.

2.2 Misi Prokel

Menyediakan perkhidmatan berkualiti, cekap, berpengalaman dalam bidang pengurusan harta

dibantu oleh warga kerja yang komited serta teknologi terkini.

2.3 Visi Prokel

Berazam untuk menjadi sebuah syarikat yang bertanggungjawab dan berwibawa dalam

bidang pengurusan harta.

2.4 Logo
Rajah 2.4 Logo
2.4 Objektif

1. Kutipan sewa mencapai tahap ‘Standard Industri’ dalam bidang sewaan tanpa

mengabaikan tanggungjawab sosial.

2. Penyelenggaraan bangunan secara optima dengan kawalan kos tidak melebihi bajet.

3. Memajukan modal insan dan diurustadbir secara telus dan berhemah.

2.5 Aktiviti

1. Mengendalikan pengurusan sewa dan pemasaran premis kosong milik PKINK.

2. Menyelenggara perkhidmatan mekanikal, elektrikal, struktur dan peralatan awam di

bangunan milik PKINK.

3. Menyediakan perkhidmatan pengurusan kebersihan.

4. Menyediakan perkhidmatan pengurusan perlindungan insurans harta.

5. Menyediakan perkhidmatan pengurusan keselamatan harta.

6. Menyediakan perkhidmatan pengurusan cukai bandar.

7. Mengurus perkhidmatan tempat letak kereta.

8. Menjalankan aktiviti pengurusan projek selaku perunding kontraktor.

9. Mempromosikan Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh dan mengendalikan operasi bot

Kelantan River Cruise.

10. Mempromosi dan memasarkan produk dan perkhidmatan Syarikat Kumpulan PKINK.
11. Sebagai Event Manager bagi expo, pameran, karnival dan medium pemasaran yang

lain.
2.6 Anak Syarikat PKINK

Hartanah & Pembinaan

1. PKINK Bina Sdn. Bhd. (Kelkon Sdn. Bhd.)

2. Binaraya PKINK Sdn Bhd

3. Profil Impian Sdn Bhd

4. Sinaran Pantai Timur Consortium Berhad

5. Kijang Kuari Sdn. Bhd.

6. SPP Development Sdn Bhd

Perkhidmatan

1. Permodalan Kelantan Berhad

2. Infra Quest Sdn Bhd

3. Ascii Line Sdn Bhd

4. UB Consult Sdn Bhd

5. ICT Incubator Centre Sdn Bhd

6. Prokel Management Sdn Bhd

7. Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn Sdn Bhd)

8. KPJ Perdana Specialist

Sumber Galian

1. Kelstone Sdn Bhd​ ​Agro-Bisnes

2. Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd

3. Damai Sdn Bhd


Perladangan

1. Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd

2. Ladang Tapis Sdn Bhd

3. Ladang Lubok Bongor Sdn Bhd​ ​Pelancongan

1. KTC Convention & Apartment Sdn. Bhd.

2. Irama Resort Development Sdn Bhd​ ​Perkayuan

1. Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd.

2.7 Carta Organisasi


Rajah 2.7 Carta Organisasi
BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.1 Pengenalan

Ringkasan laporan mingguan ini disediakan bertujuan untuk melihat hasil kerja yang

telah dilakukan sepanjang menjalani On-The Job Training (OJT) di Prokel Management

On-The Job Training (OJT) ini merupakan satu peluang untuk mempelajari secara

langsung proses-proses kerja yang dilakukan oleh Prokel Management seperti dalam

Bahagian Jualan, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pemasaran. Kesempatan ini adalah

pengalaman yang sesuai sebelum melangkah ke alam pekerjaan nanti.

2.2 Ringkasan Aktiviti Mingguan

Berikut adalah ringkasan aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang menjalani

On-The Job Training (OJT) di Prokel Management Kelantan :

MINGGU TARIKH AKTIVITI

∙​ Melapor diri di MIB River


1 05/12/2016-09/12/2016 Cruise

∙​ Belajar mengenai servis yang


disediakan
∙ Membantu menguruskan
bahagian ​sales

∙ Mengumpulkan semua
maklumat berkaitan pakej

2 15/12/2016-19/12/2016 River Crusie ​yang disediakan

∙ Membantu menguruskan
bahagian ​sales

∙ Mencatat jumlah ​sales


3 22/12/2016-26/12/2016 bulanan

∙ Membantu menguruskan
bahagian ​sales

∙ Membantu menguruskan
4 29/12/2016-2/1/2017 bahagian sales

∙ Cuti banjir

∙ Belajar membuat blogspot


∙​ Membuat blogspot untuk MiB

5 05/01/2017-9/01/2017 River Cruise

∙​ Perbaiki system supaya lebih

stabil

6 12/01/2017-16/01/2017 ∙​ Publish ​blogspot MiB River


Crusie
∙ Mencipta borang
maklumbalas pelanggan

secara online

∙ Mengemaskini segala

maklumat baru di blogspot

∙​ Mengikuti trip Siti Nabila ke


7 19/01/2017-23/01/2017 Tambatan Diraja

∙ Mencatat ​sales​ harian

∙ Mengemaskini blogspot MiB


River Cruise

8 26/01/2011-30/01/2017 ∙ Mencatat ​sales​ bulanan

∙ Perbaiki sistem (HTML)

blogspot

∙ Mesyuarat bersama Jabatan


Pengurusan Strategik

Perniagaan (SBU)\

9 01/02/2017-07/01/2017 ∙ Membuat facebook pages

(PROKEL BIZZ)

∙​ Birthday Party on Boat Siti

Nabila ( Untuk Marketing )

∙ Mengumpul semua maklumat


10 10/02/2017-14/02/2017 berkaitan perkhidmatan yang

ditawarkan Prokel
∙ Mengemaskini laman web
www.prokel.com.my

∙ Mesyuarat bersama En.

Hishamuddin b. Hussein,

Pengurus Besar Prokel

berkaitan servis baru

(Perkhidmatan Kebersihan)

∙ Merekod minit mesyuarat


∙ Cuti

11 ∙​ Majls persaraan En sapie

∙ Melibatkan diri dengan

minggu 3M selama semnggu.

∙ Melibatkan diri dengan


minggu 3M

12 ∙ Mengemas tapak pendaftaran.

∙ Mengemaskini blogspot MiB

River Cruise

∙ Belajar yii framework.


∙ Install SQLYoge Enterprise

13 ∙ Membuka semula coding

tentang “system borrowing

and returning book”

14 ∙ Perbincangan dengan En
fauzan dari pusat data untuk
15

16
membuat satu sisem sistem supaya

berkaitan proses kelihatan lebih

peminjaman dan teratur

pemulangan

asset-aset di pusat
Mengemaskini
data.
Laporan

Menghantar Harian Bab 3

emel kepada
Memasukan coding
pelanggan
template dalam

form

Memasukan
*borrow.php
coding design
*assetBorrowphp
template dalam

form

“​index.html”​ dan

“assetManager.php”

Membuat Laporan

Akhir LI Bab 1

dan Bab 2

Membuat Laporan

Akhir LI Bab 3

Perbaiki
*borrowAdd.php

∙ Memasukan coding

template dalam form:

*CategoryPrcess.php

∙ Mengedit laporan

Bab 2,Bab 3 dan Bab

∙ Perbaiki sistem

supaya

kelihatan lebih

teratur.
17
∙ Menyiapkan Laporan
Akhir

LI

∙ Meminta tandatangan

supervisor untuk

pengesahan tamat LI
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pemasaran dalam perniagaan

Mengikut Persatuan Pemasaran Amerika (AAM) pemasaran merupakan satu proses

perancangan dan pelaksanaan ke atas harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau

perkhidmatan supaya proses pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan

individu dan mencapai objektif organisasi.

4.2 Strategi “Place” / “Distribution Strategy” di SBU Prokel Management

Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran (“distribution”)

produk yang berfungsi menyampaikan produk kepada pengguna sasaran. Prokel Management

telah menggunakan beberapa kaedah seperti penggunaan medium internet dengan

mewujudkan laman web iaitu ​www.prokel.com.my ​dan blog iaitu

www.mibrivercruise.blogspot.my ​. Melalui kaedah ini syarikat telah memperolehi tambahan

dari segi jualan seterusnya pendapatan.


4.3 Pemasaran Online SBU Prokel Management

A) Mengemaskini Laman Web Rasmi Prokel Management

Langkah 1 : Layari ​http://www.prokel.com.my/wp-admin

Rajah 4.3.1 : Admin perlu memasukkan username dan password.

Langkah 2 : Klik ​Add New​ untuk membuat ​post​ baru

Rajah 4.3.2 : Paparan utama admin


Langkah 3 : Tulis tajuk dan isi kandungan ​post

Rajah 4.3.3

Langkah 4 : Admin boleh menetapkan tarikh & masa untuk dipost secara automatik

Rajah 4.3.4
Langkah 5 : Klik ​Publish​ setelah selesai

Rajah 4.3.5

Langkah 6 : Klik ​View​ untuk melihat hasil

Rajah 4.3.6 : ​Post​ akan dipaparkan di halaman utama Prokel Management


B) Mengemaskini Blog MiB River Cruise

Langkah 1 : Layari ​www.blogger.com

Rajah 4.3.7

Langkah 2 : ​Sign in​ menggunakan akaun ​G-mail

Rajah 4.3.8
Langkah 3 : Klik ​New Post

Rajah 4.3.9

Langkah 4 : Bina tajuk dan isi kandungan ​post

Rajah 4.3.10
Langkah 5 : Klik ​Publish

Rajah 4.3.11

Langkah 6 : ​Post​ berjaya dan dapat dilihat oleh pengguna di ​Blogspot

Rajah 4.3.12
C) Mengemaskini Facebook Rasmi Prokel Management

Rajah 4.3.13

1. Sentiasa mengemaskini semua facebook rasmi Prokel Management :

Prokel Bizz

Prokel Service

Prokel Billboard Advertising

Prokel Event

Prokel Sound & Entertainment

Bazar Buluh Kubu Rasmi

Medan Usahawan Rasmi

Arked Perdana

Kelantan MiB River Cruise

2. Menjawab semua komen & mesej pelanggan


4.4 Menghasilkan Borang Maklumbalas Pelanggan Secara Online

Langkah 1 : Layari ​https://www.google.com/forms/about/

Rajah 4.4.1

Langkah 2 : ​Sign in​ menggunakan akaun ​G-mail

Rajah 4.4.2
Langkah 3 : Edit maklumat yang diinginkan

Rajah 4.4.3

Langkah 4 : Setelah selesai membina soalan yang diinginkan, klik butang ​send

Rajah 4.4.4
Langkah 5 : Klik pada ​Embed HTML​ dan ​Copy link​ tersebut

Rajah 4.4.5

Langkah 6 : Layari ​www.blogger.com​ ​dan bina satu post, klik pada HTML dan tampalkan link yang telah
disalin itu tadi

Rajah 4.4.6

Langkah 7 : Setelah selesai klik ​Publish


Rajah 4.4.7
Langkah 8 : Borang maklumbalas online berjaya dihasilkan dan dapat dilihat
oleh pengguna di ​Blogspot

Rajah 4.4.8

Langkah 9 : Layari ​www.google.com/forms​ ​dan klik pada ​View Responses in Sheets

Rajah 4.4.9
Langkah 10 : Segala aduan/cadangan/pertanyaan pelanggan akan disimpan di dalam format
Microsoft Excel

Rajah 4.4.10

Langkah 11 : Klik pada ​comments​ untuk membalas pertanyaan/aduan/cadangan pelanggan


Rajah 4.4.11
4.4 Kauter Tiket ​MiB River Cruise

Rajah 4.4.1 : ​Passengger Registration Form​ & Borang Tempahan Floating Chalet

A) Proses Kerja Yang Dilakukan ( ​River Cruise​ )

1. Mengisi semua maklumat di dalam ​Passengger Registration Form​ seperti Tarikh,

Time Departure, Time Arrival, Helmsman, Boatman, Boat Number,​ Jenis Trip, dan

harga.

2. Meminta penumpang untuk mengisi nama, umur, dan nombor I/C.

3. Kemudian, memberi tiket bot kepada pelanggan yang mengandungi masa bertolak,

jenis pakej dan harga pakej.

4. Bawa penumpang ke bahagian ​life jacket dan meminta penumpang untuk

memakainya bagi tujuan keselamatan.

5. Akhir sekali, bawa penumpang ke jeti

B) Proses Kerja Yang Dilakukan ( ​Floating Chalet​ )

1. Mengisi borang tempahan ​floating chalet yang mengandungi nama, no I/C,no telefon,
tarikh check-in/check-out, bilangan bilik dan harga.

2. Memberi kunci bilik kepada pelanggan dan membawa mereka ke bilik tersebut.
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

Saya sebagai pelajar On-The Job Training (OJT) ingin memberikan sedikit dapatan dan

cadangan untuk Prokel Management supaya dapat membangun dengan lebih maju.

Berkemungkinan juga ia dapat memperbaiki dan memberi kemudahan dan keselesaan bagi

semua pihak serta boleh digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan datang.

5.1 Dapatan

Hasil laporan ini secara keseluruhannya memberi pengetahuan dan kemahiran yang

berguna khususnya dalam bidang pengurusan perniagaan. Sepanjang menjalani latihan di

Prokel, saya memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang amat berguna

kepada seorang pelajar yang akan melangkah masuk ke alam pekerjaan kelak. Ini merupakan

salah satu kelebihan yang ada untuk pelajar Kolej Vokasional berbanding pelajar dari institusi

pengajian tinggi yang lain.

Dalam tempoh selama 17 minggu, saya amat berpuas hati dengan kerjasama, perhatian

serta tunjuk ajar yang diberikan oleh kakitangan Prokel tidak kira pangkat dan kedudukan.

Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dari minggu pertama hingga minggu ke dua

puluh telah banyak membantu saya dalam meningkatkan prestasi, kemampuan dan mengenal
pasti kelemahan yang ada di samping mengaplikasikan teori dan amali yang dipelajari di

dalam kelas.
Antara pendapat atau pandangan yang saya ingin berikan ialah:

Kedudukan kaunter tiket river cruise yang terletak di hujung bangunan MIB

menyukarkan orang lain yang berurusan dengan staff. Sebagai contoh, untuk proses

pembelian tiket bot ​river cruise​ dan penempahan ​floating chalet.

Ketua jabatan harus bijak memainkan peranan sebagai seorang ketua. Beliau

seharusnya lebih mengambil berat mengenai masalah kakitangan bawahan supaya

dapat membentuk satu pasukan kerja yang lebih baik dan mantap. Begitu juga dengan

kakitangan bawahan seharusnya lebih bersikap terbuka dalam usaha menyuarakan

pendapat masing-masing. Tindakan ini akan dapat membantu dalam usaha

membentuk pasukan kerja yang saling bekerjasama bagi memberikan perkhidmatan

yang berkualiti kepada orang ramai khususnya pengguna.

5.2 Cadangan

Pihak syarikat di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan yang

kerja-kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program latihan

industri. Pihak syarikat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari

lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan industri.

Pensyarah Kolej Vokasional Pasir Mas harus memberi pemantauan dan sokongan

yang lebih kerap terhadap pelajar-pelajar yang sedang menjalani OJT kerana mungkin
terdapat masalah yang di hadapi pelajar memandangkan pelajar masih belum bersedia

di alam pekerjaan.
BAB 6

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, On-The Job Training (OJT) yang dilaksanakan oleh pelajar

semester lapan adalah amat berguna terutamanya bagi diri saya. Dengan adanya On-The Job

Training (OJT) menjadi satu landasan bagi saya untuk mengenali bidang kerja yang sebenar

serta lebih luas. Di samping itu, ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian di Kolej Vokasional

di aplikasikan sepenuhnya dalam dunia pekerjaan. Perbezaan semasa pengajian Kolej

Vokasional dan menjalani latihan praktikal adalah amat berbeza sekali terutamanya cara

berkomunikasi dengan orang luar. Gaya komunikasi yang lebih matang merupakan satu

kelebihan yang saya peroleh untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi saya. Justeru,

latihan ini amat baik dan wajar diteruskan bagi melahirkan graduan yang lebih berkualiti

selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan profesional yang dinamik.

Dalam tempoh menjalani On-The Job Training (OJT) di Jabatan SBU Prokel

Management banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya terima ketika melakukan

kerja di dalam pejabat dan luar pejabat. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna untuk

memajukan diri dan membantu untuk kemudahan di masa hadapan terutama sekali dalam

bidang pengurusan perniagaan. Saya juga telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti

serta tugas di jabatan ini secara tidak langsung saya juga telah mengetahui setiap
tanggungjawab dan peranan setiap kakitangan di dalam jabatan. Pendedahan kepada alam
pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada para pelajar terutamanya untuk membuka minda

dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi. Pelajar juga dapat

mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi pekerjaan

yang sebenar.

Banyak cabaran yang saya terpaksa tempuhi terutama sekali apabila ditempatkan di

kaunter tiket ​River Cruise.​ Pelbagai ragam manusia yang perlu ditempuhi setiap hari yang

datang ke kaunter. Pada mulanya agak sukar untuk saya mengatasi masalah pelanggan yang

datang berurusan kerana tidak pernah berhadapan dengan perkara tersebut namun dengan

bantuan daripada staf-staf jabatan tersebut lama-kelamaan saya dapat mengatasi masalah

tersebut dengan sendiri.

Dari segi perhubungan dengan staf-staf jabatan, tiada sebarang masalah yang saya

hadapi. Ini kerana sikap setiap pekerja yang ceria dan begitu prihatin terhadap setiap gerak

kerja yang saya lakukan. Kerjasama yang dihulurkan oleh kakitangan jabatan amat

membanggakan. Selain itu, kerajinan dan keprihatinan dalam setiap masalah yang timbul

mencenderungkan diri saya untuk menjadikan mereka sebagai contoh. Di samping itu,

On-The Job Training (OJT) melatih diri saya untuk sentiasa menepati masa. Secara tidak

langsung OJTmendidik diri saya supaya menjadi seorang yang berdisiplin dengan masa.

Selain itu, OJT juga telah mendedahkan kepada saya mengenai semangat kerja berpasukan

dan bertukar-tukar pendapat serta idea yang bernas dengan kakitangan yang lain.
Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh setiap pelajar sepanjang

menjalani OJT berbeza antara satu sama lain, namun apa yang penting ialah setiap individu

mestilah bersikap lebih positif dalam menghadapi setiap situasi supaya pengalaman yang

diperoleh dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

Melalui On-The Job Training (OJT) ini, jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai

sepanjang dua puluh minggu bermula 5 Disember 2016 sehingga 7 April 2017. Oleh itu,

dapat disimpulkan bahawa pendedahan yang telah diberikan kepada pelajar sepanjang

On-The Job Training (OJT) ini sangat berguna dan perlu dimanfaatkan dengan betul pada

masa hadapan. On-The Job Training (OJT) juga dapat merealisasikan wawasan negara

menjelang tahun 2020 dengan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkeperibadian

tinggi serta taat dalam menjalankan perintah agama.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang

terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung yang telah memberi ilmu dan tunjuk

ajar yang berguna. Jasa dan bantuan mereka tidak dapat saya lupakan. Saya juga ingin

memohon maaf kepada pihak Jabatan SBU Prokel Management dan Unit Perhubungan dan

Latihan Industri (UPLI) Kolej Vokasional Pasir Mas, Kelantan atas sebarang kesilapan dan

kekhilafan yang terkandung di dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia menerima teguran

yang membina.

Anda mungkin juga menyukai