Anda di halaman 1dari 50

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Latihan industri adalah kursus yang dilaksanakan melalui


pendekatan experiental leaning dengan menempatkan pelajar di sesebuah
organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri
yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negeri, dalam jangka masa yang
ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana
Muda.

Laporan akhir latihan industri merupakan salah satu komponen penilaian yang
wajib dipenuhi oleh pelajar yang menjalani latihan industri. Kriteria penilaian
laporan inii adalah berdasarkan rubrik (merujuk appendik 4) yang membawa
markah 20%. Penilaian ini akan dilaksanakan oleh pensyarah penilai yang
dilantik di jabatan masing- masing.

1
1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah salah satu latihan yang wajib dijalani oleh semua pelajar
atau mahasiswa di sesuatu organisasi atau institut pengajian tinggi dalam tempoh
tertentu supaya para pelajar dapat mempelajari ilmu baru dan mendapat banyak
pengalaman bekerja. Dengan cara ini, para pelajar dapat mempraktikkan
pembelajaran yang dipelajari di institusi serta mempertingkatkan lagi kemahiran
dan mempelajari banyak perkara. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan kepada
para pelajar mengenai suasana pekerjaan yang sebenar di sesuatu organisasi
atau firma. Secara amnya, objektif latihan industri adalah seperti berikut;

a) Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar alam pekerjaan.

b) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan


aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.

c) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama


pekerja industri.

d) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.

e) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.

f) Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam sistem latihan
Industri.

g) Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan


yang dipelajari di Politeknik untuk dipraktikkan semasa latihan industri.

2
1.3 Objektif laporan latihan industri

Laporan Latihan Industri ini disediakan oleh pelajar – pelajar Politeknik yang
mempunyai beberapa objektif.

Antara objektifnya ialah:

a) Menerangkan satu persatu aktiviti yang dilakukan di firma


bertujuan melengkapkan laporan yang dibuat secara ringkas oleh pelajar
pada setiap hari supaya ia lebih lengkap dan jelas.

b) Buku laporan ini juga bertujuan untuk memastikan pelajar menjalani latihan
industri dengan baik.

c) Pensyarah dapat menilai pelajar tersebut melalui laporan yang dibuat.

d) Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Diploma kepada


pelajar.

3
1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar

Setiap pelajar yang mengikuti Pengajian di Politeknik


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah diwajibkan untuk menjalani
latihan industri selama satu semester, bagi pelajar yang mengambil
Diploma, mereka akan menjalani latihan industri pada semester keenam.
Latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum melayakkan
mereka untuk di anugerahkan Diploma tersebut. Secara amnya,
terdapat pelbagai kepentingan yang dapat dipelajari oleh semua
pelajar sepanjang menjalani latihan industri yang dianjurkan oleh
Politeknik sepanjang tempoh tertentu.
Antaranya ialah latihan industri dapat mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian
masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu
pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung ia dapat
memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan
sebenarnya tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika
dalam sesi pembelajaran. Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia
memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat
pengajian kelak. Ini tidak dinafikan keran secara umum sesebuah firma
amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat
tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.
Oleh hal yang demikian, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat
besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi
semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang.
Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis
kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam
pekerjaan yang sebenar.

4
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan organisasi

Rajah 2.1.1 Logo Syarikat


2.1.2 Latarbelakang syarikat latihan industri JKR Daerah Jerantut telah ditubuhkan pada
Tahun 1964 dimana bangunan asal adalah bangunan 1 tingkat yang terletak di Jalan
Mahkamah. Kemudian berpindah ke pejabat baru pada 6 Ogos 1990 dan berfungsi
sebagai agensi pelaksana teknikal kerajaan dalam Daerah Jerantut. Jaringan
perhubungan yang menghubungkan daerah jerantut ada secara pengangkutan
darat dan air. Jerantut mempunyai jaringan perhubungan yang terdiri daripada jalan
persekutuan dengan jarak 404.85km serta jalan Negeri 176.619km. Jalan-jalan ini
menghubungkan di antara Negeri Pahang, Kelantan, Perak, Terengganu dan Johor.
Jurutera daerah pertama yang berkhidmat di JKR Jerantut adalah YM Raja Ariff
Bin Raja Mahmud pada tahun 1964 hingga tahun 1965. JURUTERA DAERAH ke
20 yang berkhidmat di JKR Jerantut adalah Mohd Sably Bin Abu Latif pada tahun
2017 sehingga sekarang.Bermula dari tahun awal pembukaannya, JKR Jerantut
telah ditadbir oleh 20 orang Jurutera Daerah yang meliputi pelbagai bangsa.
Secara umumnya, Logo yang dipaparkan itu mencerminkan kepelbagaian bidang
kerja dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).Bermula dari
bawah, garisan lengkung berwarna hitam memberi simbol kerja membekal air bersih
dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang dinamik.
Garisan yang berbentuk arch berwarna hitam pekat menunjukkan simbol kerja
berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga mencerminkan JKR
sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju utama negara
untuk melaksanakan kerja kejuruteraan.Empat belas garisan yang terletak di atas
garis lurus melambangkan penglibatan untuk melaksana kerja bangunan meliputi
14 negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.

5
2.2 Warna

1. Kuning melambangkan kedewasaan jenama JKR sebagai salah sebuah organisasi


yang tertua diwujudkan dan mencerminkan imej yang matang dalam mencapai
objektifnya.
2. Hitam melambangkan kekuatan / kesatuan yang berkualiti dari cawangan - cawangan
didalam organisasi JKR yang diamanahkan untuk melaksana projek pembangunan.
3. Kelabu melambangkan wujudnya nilai - nilai murni modal insan di dalam memberi
perkhidmatan.

2.3 Visi
Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

2.4 Misi

Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di
dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi
pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta
teknologi terkini.

2.5 Objektif

JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :

 Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui


kerjasama rakan kongsi strategik
 Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
 Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
 Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
 Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
 Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
 Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
 Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan

6
2.6 Fungsi

Sebagai Perunding Utama kepada Kerajaan Malaysia, objektif Jabatan Kerja Raya
adalah untuk:

"Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang


menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang
optimum".

2.7 Alamat Perhubungan:


JKR Daerah Jerantut,
Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan,
27000 Jerantut. Pahang Darul Makmur.
Telefon: 09-266 3040, 09-266 3041
Fax No: 09-266 1696
E-mel: jerantut@jkr.gov.my

2.8 Carta organisasi

7
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan
Bab ini menunjukkan ringkasan mingguan semasa latihan industri dijalankan.
Segala aktiviti atau pengetahuan yang dilakukan perlu dicatat dalam buku jurnal
harian dan mingguan tersebut. Ia memudahkan pelajar praktikal menggunakan ilmu
atau segala nota yang dicatat untuk kegunaan apabila telah tamat latihan
industri. Bab ini adalah keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan
perlu dicatat di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas dan akan
diterangkan dalam bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia.

Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti dan tugas
yang telah dilakukan semasa menjalani latihan industri pada satu semester iaitu
selama 20 minggu. Segala akiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke
minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam
seminggu dan di samping itu dapat memudahkan proses penyemakan. Dalam
menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang
baru.

Selain mempraktikkan apa yang dipelajari di politeknik , saya juga telah


didedahkan dengan peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap
kali saya berada di tempat latihan industri. Segala pengalaman yang telah saya
pelajari dan saya ketahuia kan saya ceritakan di dakam ringkasan ini. Ini sedikit
sebanyak dapat saya jelaskan secara ringkas aktiviti dan apa yang saya pelajari
sepanjang saya menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya Jerantut, Pahang.
Tujuannya adalah untuk dijadikan sumber rujukan pada masa akan datang dan
seterusnya memberi pendedahan kepada sya untuk menempuh alam pekerjaan
kelak.

8
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan industri selama satu semester
adalah diringkaskan seperti berikut :

Waktu kerja biasa : 8.00 a.m – 5.00 p.m

Hari kerja : Isnin - Jumaat

Cuti : Sabtu & Ahad

9
3.4 Ringkasan Aktiviti Mingguan
Minggu ke-1 (1/7/2019 -5/7/2019)

Rajah 3.4.1: Contoh lukisan Blok Asrama SMK


Kuala Tembeling

1. Lapor diri di pejabat Jabatan Kerja Raya Jerantut pada jam 8.00 pagi dan
berjumpa Jurutera Bangunan untuk memperkenalkan diri serta di berikan penyelia
dari bahagian bangunan untuk mengawal aktiviti sepanjang latihan industri
dijalankan.

2. Aktiviti meminit mesyuarat tapak projek di dalam dokumen penyelenggaraan


elektrik dan menyusun serta mengemaskini laporan pernilaian keberkesanan
latihan.

3. Pengasingan barang mengikut sebut harga serta merekodkan nombor resit dan
menyusun mengikut tarikh yang telah di tetapkan.

4. Menambahbaik pelan lukisan bagi memperelokkan jalan merbahaya di laluan


Jalan Jerantut – Maran.

10
Minggu ke-2 (8/7/2019 – 12/7/2019)

Rajah 3.4.2 : Contoh senarai Jalan – jalan yang di baikpulih oleh JKR
Dalam senarai yang telah di sediakan.

1. Laporan dokumen sebut harga di kemaskini dan meminitkan dokumen mesyuarat


tapak projek dewan serbaguna Sekolah Menengah Agama Al- Basriah.

2. Menyediakan pelan lukisan jalan laluan merbahaya dan mengisi maklumat dalam
borang konkrit.

3. Fotokopi pelan lukisan Jalan Benta – Maran untuk diberikan kepada Jurutera
Daerah.

4. Menyenaraikan pengiraan “Bill Quantity” (BQ) dan menyemak NOE.

5. Fotokopi dokumen perlaksanaan kemajuan dan mengisi maklumat aset beli


barang serta menyemak harga barang.

11
Minggu ke-3 (15/7/2019)-(19/7/2019)

Rajah 3.4.3 : Penambahbaik lukisan pelan bangunan


Surau.

1. Kabel wayar internet yang di kenali sebagai “ Fleksible Cover Corrugated Tube
Pipe Hose White” di setiap meja pekerja di pejabat JKR di kemaskan bagi
mengelakkan kejadian tidak diingini.

2. Meminit maklumat mesyuarat dan menyusun dokumen mengikut jilid dan lokasi.

3. Penyelenggaraan di lakukan di bilik fotokopi yang berpunca daripada bumbung


yang bocor semasa hujan lebat dan menyebabkan titisan air jatuh di mesin
fotokopi.

4. Surat senarai aset ahli diedarkan ke semua meja pekerja JKR serta dokumen di
susun rapi sebelum pemantauan Audit membuat pemeriksaan.

12
Minggu ke-4 (22/7/2019)-(26/7/2019)

Rajah 3.4.4: Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Agama Al-Basriah

1. Lawatan ke tapak projek pembinaan Dewan Serbaguna Sekolah Menengah


Agama Al-Basriah untuk membuat pemeriksaan struktur bangunan mengikut
pelan lukisan.

2. “Bill Quantity” elektrik mengikut harga yang telah ditetapkan dan mencatat nombor
laluan yang di buat pembaikan jalan.

3. Lawatan projek cerun “ Gabion Wall” , “ Micropile” Jalan Jerantut – Lipis


menggunakan alatan seperti “ hydraulic jet” dan “hydraulic pamp”.

4. Lawatan ke institusi ADTEC bagi projrk naiktaraf dan pemulihan serta


membincangkan tentang skop kerja kesesuaian tapak.

5. Pemasangan “grill” mengikut rekabentuk , material tingkap dan pemasangan


“tinted” 80% di kelas biasa.

13
Minggu ke-5: (29/7/2019) – (2/ 8/ 2019)

Rajah 3.5: Pelan lukisan Rumah Pam


1. Pelan lukisan untuk rumah pam serta ukuran darjah ketinggian ukuran pintu dan
dinding.

2. Meminit mesyuarat kerja-kerja penyelarasan cadangan tapak pembinaan Sekolah


Menengah Agama Al-Basriah di Kuala Tembeling.

3. Semakan dokumen “Roadcare” dan minit mesyuarat tapak naiktaraf Jalan Benta-
Maran.

4. Mengemaskini dan menyusun dokumen semakan rutin bulanan.

14
Minggu ke-6 (5/8/2019) – (9/8/2019)

Rajah 3.5.1 : Aktiviti membaikpulih sekolah rendah


Kebangsaan Teh, Jerantut

1. Lawatan ke tapak projek membaikpulih Sekolah Rendah Kebangsaan


Teh,Jerantut untuk menentukan warna cat di dinding sekolah dan memeriksa
pemasangan besi di kawasan bumbung.

2. Lawatan ke pejabat meteorologi Batu Embun Bagi pemasangan dan


penyelenggaraan elektrik di Kuarters kakitangan pejabat.

3. Membuat pemeriksaan kotak agihan di setiap bangunan kuarters klinik Kampung


Bantal sebelum penyerahan kepada pegawai.

4. Lawatan ke tapak projek pembinaan kuarters klinik di Kuala Tahan untuk


memantau keadaan bangunan yang menggunakan konsep pasang siap.

15
Minggu ke-7 ( 12/8/2019)-(16/8/2019)

Rajah 3.5.2: Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi 2


1. Pemeriksaan pendawaian elektrik di Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi 2 bagi
memastikan pemasangan paip “conduit” tidak luka untuk mengelakan wayar dari
rosak supayan tidak berlakunya “trip”.

2. Pemasangan kabel adalah jenis kabel PVC bersalut daripada MEGA SDN.BHD
mengikut saiz dan warna.

3. Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol untuk kerja-kerja pemeriksaan


pendawaian elektrik di setiap bilik darjah dan bilik-bilik yang di gunakan oleh pihak
sekolah.

4. Melukis pelan lukisan Sekolah Kebangsaan Teh menggunakan “sketchup” untuk


di berikan contoh warna dinding sekolah kepada kontraktor

16
Minggu ke-8 (19/8/2019)-(23/8/2019)

Rajah 3.5.3: Lawatan kerja-kerja naik taraf kanopi


di Taman Negara

1. Lawatan ke Institusi ADTEC , Jerantut untuk memantau kerja-kerja penambahbaik


dalam bangunan seperti pemasangan “partition” di bilik pensyarah, memasang
“tinted” 80%-95% di tingkap bilik kelas dan pemasangan penghawa dingin di setiap
bilik.

2. Lawatan ke tapak projek pembinaan asrama pelajar Sekolah Kebangsaan


Kampung Kuala Sat untuk memantau atap genting asrama, kantin dan surau.

3. Lawatan ke tapak projek pembinaan kuarters klinik Kuala Tahan untuk


memastikan struktur bangunan mengikut pelan dan memantau pemasangan
“grill”.

4. Lawatan ke Taman Negara bertujusn untuk memantau pemasangan “grip” pada


tali kanopi dan pembaikan papan pemijak pada jambatan.

17
Minggu ke-9: (26/8/2019)-(30/8/2019)

Rajah 3.5.4: Memperelok pelan jalan merbahaya di laluan


Persekutuan.
1. Membaiki pendawaian dua suis 2 hala mengawal satu kipas dan satu lampu serta
membaiki kerosakan lampu di stor JKR.

2. Memantau dan membuat pemeriksaan penyelenggaraan serta pendawaian


semula elektrik di Sekolah Kebangsaan Jerantut.

3. Laporan mengenai pemeriksaan di buat bagi klinik Cure and Care Jerantut.

4. Senarai jalan-jalan yang di baikpulih oleh JKR di rekodkan dalam senarai yang
disediakan.

18
Minggu ke-10: (2/9/2019)-(6/9/2019)

Rajah 3.5.5: Tapak projek Kuarters Kakitangan Klinik Kesihatan Kampung


Bantal , Jerantut

1. Lawatan ke tapak projek kuarters kakitangan klinik kesihatan Kampung


Bantal, Jerantut untuk kerja-kerja memantau pendawaian elektrik dan
memeriksan kotak agihan setiap rumah kuarters.
2. Lawatan ke tapak projek di sekolah Kebangsaan Sungai Kiol bagi
memantau kerja-kerja pendawaian elektrik serta memeriksa kemasan
pendawaian di setiap tingkat bangunan sekolah.
3. Membuat senarai semak peralatan yang digunakan untuk di catat ke dalam
“Bill Quantity”(BQ).
4. Minit mesyuarat tapak projek Dewan Serbaguna 1 Tingkat Sekolah
Menengah Agama Al-Basriah, Kuala Tembeling.
5. Pemantauan dan pemeriksaan cara pemasangan besi di bumbung dan
jenis bumbung yang digunakan.

19
Minggu ke-11 : (9/9/2019)-(13/9/2019)

Rajah 3.6: Lawatan ke tapak projek naik taraf Sekolah


Tunas Bakti, Jerantut (L)
1. Lawatan ke kolej komuniti untuk mensyuarat pra pembinaan kerja-kerja naik taraf
kolej bersama pihak kolej dan kontraktor yang akan mengendalikan kerja naiktaraf
tersebut.

2. Pelarasan semula arahan perubahan kerja (APK) No.1 serta merekodkan setiap
aktiviti kerja dijalankan.

3. Tambahan kerja kemasan luar bangunan dan kerja mengecat di dalam bangunan
serta memansuhkan kerja rumah pam.

4. Minit mesyuarat tapak projek Kampung Labu, Jerantut untuk kerja pembinaan
semula.

20
Minggu ke-12: (16/9/2019)-(20/9/2019)

Rajah 3.6.1 : Ceramah Kesihatan yang diadakan di Stor Mekanikal


JKR Jerantut
1. Menghadiri ceramah berkaitan kesihatan yang diadakan di Stor Mekanikal
Jabatan Kerja Raya Daerah Jerantut.

2. Membuat dokumen sebut harga “Heavy Patch” di ulu Cheka mengikut ketebalan
atau jenis kerja.

3. Minit mesyuarat teknikal elektrik kali pertama di bawah projek penyelenggaraan


bangunan.

4. Penambahbaik dokumen meja tender, pembukaan tender dan penyusunan


dokumen.

21
Minggu ke-13: (23/9/2019)-(27/9/2019)

Rajah 3.6.2: Lawatan ke tapak projek Asrama Sekolah Menengah Kuala Sat,
Jerantut.

1. Lawatan ke tapak projek Asrama Sekolah Menengah Kuala Sat,Jerantut untuk


pemeriksaan ikatan bata dan penutupan dinding bata.

2. Lawatan ke tapak projek pembinaan Kuarters Klinik Kesihatan Kuala Tahan untuk
pemeriksaan longkang.

3. Mesyuarat tapak tender semula Klinik Kesihatan 7 Kampung Labu, Jerantut.

4. Mengemaskini laporan projek pembinaan asrama SMA AL-Basriah,Kuala


Tembeling.

22
Minggu ke-14: (30/9/2019)-(4/10/2019)

Rajah 3.6.3: Lawatan ke tapak projek naiktaraf di ADTEC,Jerantut.


1. Lawatan ke tapak projek naiktaraf di ADTEC,Jerantut untuk memantau kerja-kerja
yang telah telah di siapkan pada fasa pertama.

2. Minit mesyuarat dokumen pemasangan elektrik di asrama Sekolah Menengah


Kampung Kuala Sat, Jerantut.

3. Minit mesyuarat dokumen kerja-kerja teknikal pemasangan elektrik di Klinik


Kesihatan Kuala Tahan.

4. Mengemaskini maklumat pembaikan jalan dan kerja-kerja di sekitar kawasan jalan


mengikut nombor laluan dan tarikh kerja-kerja di lakukan.

5. Menyusun dan mengemaskini laporan pernilaian keberkesanan latihan.

23
Minggu ke-15: (7/10/2019)-(11/10/2019)

Rajah 3.6.4: Lawatan ke tapak projek naiktaraf pendawaian elektrik


di Sekolah Kebangsaan Sungai Retang,Jerantut.
1. Menyediakan “Bill Of Quantity” serta mengukur panjang wayar yang di perlukan
bagi kemasan wayar.

2. Lawatan ke tapak projek Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Agama Al-


Basriah untuk memantau kerja-kerja mengikat bata yang masih giat di jalankan.

3. Membuat kerja-kerja senarai semak ‘Agreed Performance Standard (APS)


penyenggaraan rutin –Pavemen (RO1).

4. Menghadiri ceramah mengenai jenayah komesial yang di sampaikan oleh pihak


polis daerah Jerantut.

24
Minggu ke-16: (14/10/2019)-(18/10/2019)

Rajah 3.6.5: Membuat pemeriksaan peralatan pembaikan lampu isyarat


yang rosak

1. Peralatan yang diguna oleh pihak kontraktor perlu di rekodkan di dalam dokumen
bagi memantau penggunaan mengikut standard yang telah di tetapkan oleh
pihak JKR.

2. Pemeriksaan dan membaiki pelan lukisan dokumen kontrak.

3. Lawatan ke tapak projek di Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol bagi memantau


kerja-kerja pendawaian elektrik.

4. Membuat senarai semak laporan data kemalangan jalanraya.

25
Minggu ke-17: (21/10/2019)-(25/10/2019)

Rajah 3.7: Lawatan ke tapak projek baikpulih bangunan Sekolah Kebangsaan


Teh, Jerantut.
1. Memantau kerja-kerja yang di jalankan seperti kerja-kerja mengecat dinding,
pemasangan siling,pemasangan pintu ,lampu dan kipas.

2. Membuat semakan senarai aset tidak alih mengikut pelan yang telah disediakan.

3. Minit mesyuarat lawatan pemeriksaan jalan laluan cerun.

4. Penambahbaik ringkasan sukatan No.21 (Bayaran Interim No.21) (Kuarter Klinik


Kuala Tahan, Jerantut.

26
Minggu ke-18 (28/10/2019)-(1/11/2019)

Rajah 3.7.1: Lawatan ke tapak projek di Sekolah Kebangsaan


Padang Piol, Jerantut

1. Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Padang Piol untuk kerja-kerja penyelenggaraan


elektrik.

2. Pemeriksaan tempat dan kemasan wayar di ambil kira bagi mengelakkan daripada
berlakunya kejadian yang tidak di ingini.

3. Minit mesyuarat tender semula projek naik taraf dan pembaikan kolej komuniti
Jerantut.

4. Membuat pengiraan pembentung konkrit.

27
Minggu ke-19: (4/11/2019)-(8/11/2019)

Rajah 3.7.2: Lawatan ke tapak projek pembinaan Kampung Labu

1. Lawatan ke tapak projek pembinaan Klinik Kampung Labu untuk memantau kerja-
kerja “piling”.
2. Membuat senarai semak laporan prestasi kontraktor dan kertas perakuan lantikan
terus bahagian elektrik.
3. Minit mesyuarat tender pembaikpulih kerja-kerja pembaikan i Sekolah Menengah
Jerantut.
4. Penambahbaik pelan lukisan persimpangan Jalan Utama TYPE “B”.

28
Minggu ke-20: (11/11/2019)-(15/11/2019)

Rajah 3.7.3: Lawatan ke Asrama Sekolah Kuala Sat untuk kerja-kerja


“mock up”

1. Penambahbaik pelan lukisan persimpangan jalan utama TYPE “B” dengan


menambahkan “dimension dan “error” pada pelan lukisan.

2. Minit mesyuarat projek jalan cerun jalan laluan Jerantut-Maran.

3. Minit mesyuarat dokumen kerja-kerja teknikal pemasangan elektrik di Klinik


Kesihatan Kuala Tahan.

4. Mengemaskini maklumat pembaikan jalan dan kerja-kerja di sekitar kawasan jalan


mengikut nombor laluan dan tarikh kerja-kerja di lakukan.

29
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan

Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang


telah dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan
perlu mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya
dijalankan secara berperingkat-peringkat. Ia memastikan segala
pengurusan organisasi dapat berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah. Di
dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan
yang melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama 20 minggu
di syarikat tersebut. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses
ini hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan
mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut dengan baik. Bab ini
menerangkan aktiviti yang dilaksanakan dan langkah–langkah melaksanakan
tugasan yang diberi.

4.1 Prosedur Semasa Kerja

Langkah-langkah kerja yang dijalankan adalah seperti berikut


a) Sediakan senarai bahan.

b) Pilih bahan yang disenaraikan sahaja untuk tujuan projek.

c) Pastikan bahan yang diperlukan adalah mencukupi seperti yang tertera pada
kertas senarai bahan.

d) Saiz bahan yang dikehendaki hendaklah betul seperti yang tertera.

e) Bahan yang telah disediakan hendaklah diletakkan pada tempat yang sesuai

f) Kemaskan kawasan kerja selepas kerja selesai dilakukan melakukan kerja.

30
4.1.1 KERJA MENAMPAL JALAN YANG BERLUBANG
 Biasanya dilakukan bagi memastikan permukaan dan struktur asas jalan sentiasa
berada di dalam keadaan yang baik. Penyenggaraan berterusan ini akan
membantu mengelakkan kerja-kerja pembinaan semula bagi jalan-jalan yang
rosak teruk yang mana kosnya akan memakan jumlah yang lebih tinggi yang
semuanya ini juga memerlukan penyenggaraan secara sistematik agar sistemnya
sentiasa berfungsi dengan baik dan memberi keselamatan dan keselesaan
kepada pengguna-pengguna jalanraya.

 Apa itu Pothole?


Pothole adalah sejenis kerosakan pada permukaan jalan di mana sebahagian
bahan turapan telah pecah dan tertanggal lalu membentuk lubang. Kebanyakan
pothole terjadi akibat kelesuan (fatigue) pada permukaan jalan.

 Bagaimana Pothole terbentuk?


Keretakan halus sekiranya tidak dirawat akan menjadi semakin lebar dan
bercambah sehingga ketulan bahan permukaan jalan terbongkah lalu membentuk
pothole. Sekiranya dibiarkan tanpa ditampal, air yang bertakung akan mudah
menyerap masuk ke lapisan bawah lalu melemahkan asas jalan, menyebabkan
kerosakan lebih parah.

 Punca-Punca
 Campuran premix yang tidak sempurna. Kadar peratus bitumen yang
digunakan rendah. Aggregate yang digunakan kotor menyebabkan ikatan
di antara aggregate dan asphalt menjadi lemah dan mudah tertanggal.
 Kualiti semasa proses turapan dijalankan. Proses pemadatan (compaction)
yang tidak sempurna dan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Suhu
semasa proses pemadatan juga tidak mengikut spesifikasi.
 Perubahan cuaca terutamanya ketika musim hujan mampu melemahkan
struktur pavemen.
 Sistem saliran longkang yang teruk boleh menyebabkan air bertakung dan
meresap ke dalam turapan pavemen. Ia akan menyebabkan terhasilnya
lubang-lubang kecil seterusnya membentuk pothole yang besar sekiranya
dibiarkan dan tidak dirawat dengan segera.

31
4.1.2 PROSES KERJA MENAMPAL JALAN YANG BERLUBANG

Rajah 4.1.2 : Proses kerja menampal jalan yang berlubang


4.1.3 Senarai peralatan dan bahan yang digunakan;
 Cangkul

 Tar

 Minyak hitam

 Mesin Kompek

 Penyodok

4.1.4 Langkah – langkah kerja;


a) Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan.

b) Membersihkan kawasan yang berlubang terlebih dahulu.

c) Meletakkan minyak hitam di sekitar kawasan yang berlubang.

d) Meletakkan tar pada kawasan yang berlubang dan diratakan dengan


menggunakan skop/penyodok.

e) Menggunakan Mesin Kompek untuk memandatkan lagi kawasan yang ditarkan.

32
4.2 KERJA PENYELENGGARAAN JALAN RAYA
 Penyelenggaraan jalan raya bermaksud semua kerja-kerja yang terlibat bagi
tujuan mengekalkan keadaan jalan (sejauhmana boleh) seperti keadaan asalnya
dari segi ciri-ciri geometri dan juga kekuantan strukturnya.

4.2.1 Objektif Penyelenggaraan

 Mengenalpasti kerosakan dengan melakukan pemantauan berterusan & ujian


penilaian mutu jalan.

 Memastikkan jalanraya sentiasa dalam keadaan bersih, selesa & selamat.

 Menghadkan proses kemerosotan jalan raya dengan mengadakan langkah


perlindungan dan pembaikan.

 Memanjang tempoh hayat rekabentuk jalan.

4.2.2 Tujuan Penyenggaraan

 Mengawal kadar kerosakan

 Memastikkan perkhidmatan jalan tidak berada di bawah paras yang menyulitkan


kepada awam.

 Kurangkan kos pembaikan ke atas kenderaan awam disebabkan kerosakan


jalanraya.

 Penyenggaraan perlu dilakukan untuk elak kerosakan jika sumber bahan turapan
berkurangan, ini akan mendatangkan masalah untuk pembinaan jalan yang baru.

 Meliputi operasi yang dijalankan untuk mengekalkan turapan, bahu, tambakan,


potongan, sistem penyaliran dan semua perabut jalan kepada keadaan asal.

33
4.3 Kerja- Kerja Pembentangan Premix
Kerja-kerja penurapan premix atau juga dikenali pembentangan premix selalunya
dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak kerajaan atau kerajaan
tempatan. Namun, ada kelainan di sini apabila pihak kerajaan sendiri adalah satu-
satunya masig melakukan sendiri kerja-kerja tesebut. Sekarang, semua kerja-
kerja penurapan dan pembentangan jalan telah diswastakan dan diberi kepada
kontaktor yang lain.

Terdapat empat langkah utama kerja-kerja

 Penurapan iaitu penyiasatan di tapak


 Penyemburan tack coat
 Hamparan Premix dan penggelakkan

4.3.1 Penyiasatan di tapak projek


1. Kerja-kerja siasatan di tapak projek dilakukan terlebih dahulu bagi mengukur
kuantiti hot premix yang akan diguna serta kesesuaian rekabentuk produk hot
premix yang akan digunakan.

4.3.2 Persediaan Semburan Bitumen


2. Jalan yang akan diturap akan dibersihkan dengan menggunakan power broom
dan digerakkan dengan jentera backpusher. Sebarang kotoran boleh menjejaskan
fungsi sebenar penyemburan tack coat. Semburan ini adalah sebagai fungsi
pengikat antara dua lapisan asal dengan lapisan yang baru.

4.3.3 Terdapat dua jenis bitumen yang digunakan adalah


 Samada prime coat atau tack coat
 Prime coat diguna untuk lapisan asas jalan iaitu rodd base manakala tack
coat diguna untuk kerja-kerja membaru permukaan jalan iaitu tack coat
jenis RS-1K yang digunakan pakai.

34
4.4 Proses Penggelekkan

Terdapat dua jenis roller digunakan untuk kerja kerja penggelekkan iaitu:

4.4.1 Tandem Roller dan Trye roller

• Tujuan penggelekkan adalah untuk memadat dan penyendat hamparan


premix yang dihampar. Suhu hot premix pada masa ini adalah dalam
lingkungan 90-120 darjah celcius. Cara kerja penggelakkan mengikut
sistem yang diamalkan oleh pihak mereka iaitu:

1. 2 kali tendom roller pergi


2. 2 kali tendom roller balik
3. 4 kali type roller pergi balik
4. 3 kali tendom roller pergi baik

Tendom Roller Road Paver

Rajah 4.4.1 : Jenis kenderaan yang digunakan semasa kerja


penggelekkan dijalankan.

35
4.5 PROSES PENYELENGGARAAN JALAN RAYA

Rajah 4.5.1 : Aktiviti membaikpulih jalan raya laluan Jerantut-Temerloh

4.5.1 Senarai peralatan dan bahan yang digunakan;

 Cangkul

 Tar

 Minyak hitam

 Bitumen
 Tack coat
 Tandem Roller
 Trye Roller

36
4.5.2 Langkah – langkah Kerja

a) Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan.

b) Membersihkan jalan yang perlu ditarkan

c) Menyemburkan minyak hitam terlebih dahulu pada kawasan tersebut.

d) Memproses tar tersebut dengan sedikit campuran Bitumen dengan menggunkaan


mesin Road Paver

e) Taburkan tar tersebut dengan campuran sedikit Bitumen sepanjang jalan yang
rosak.

f) Meratakan tar tersebut dengan menggunakkan cangkul jejari atau skop/penyodok.

g) Memapatkan tar tersebut dengan menggunakkan Tendom Roller pergi dan balik
secara bergilir-gilir.

4.6 KERJA MEMBAIKI LALUAN JALAN KAKI


Pembinaan laluan-laluan pejalan kaki ini mengambil kira elemen rekabentuk
bandar selamat supaya dapat memberikan keselesaan kepada pengguna dan
orang awam disamping menggalakkan suasana yang sihat dalam kalangan
masyarakat. Pihak MPSP sentiasa menggalakkan pembinaan laluan-laluan
pejalan kaki di kawasan pembangunan-pembangunanbaru dan pada masa yang
sama juga turut mempertingkatkan kemudahan dengan menambahbaik
kemudahan yang sedia ada.

Perancangan laluan pejalan kaki bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada


pengunjung-pengunjung bergerak ke destinasi yang dituju dengan selamat dan
selesa. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengatasi masalah kesesakan yang
berlaku akibat pertambahan bilangan kenderaan yang tinggi dari masa ke semasa
di bandar-bandar.

Keperluan terhadap penyediaan laluan pejalan kaki adalah penting bagi


memudahkan pergerakan lalu-lintas. Masalah ketiadaan laluan khusus pejalan
kaki untuk bergerak ditambah dengan laluan di kaki lima bangunan yang telah
menjadi semakin sempit. Dari sini timbul kesedaran terhadap kepentingan
penyediaan laluan pejalan kaki bagi memudahkan pengunjung di pusat bandar
bergerak di samping mengelakkan berlakunya kesesakan,kemalangan dan lain-
lain masalah antara pengguna jalan raya.

37
4.6.1 OBJEKTIF LALUAN BERJALAN KAKI

I. mengenalpasti isu dan masalah pelaksanaan penyediaan kemudahan


laluan pejalan kaki.
II. mengenalpasti elemen-elemen rekabentuk laluan pejalan kaki.
III. penambahbaikan bagi penyediaan kemudahan laluan pejalan kaki yang
komprehensif, selamat, selesa,bersambungan (inter-connected) dan
mudah sampai (accessible).

4.7 PROSES KERJA MEMBAIKI LALUAN BERJALAN KAKI

Rajah 4.7.1 : Kerja-kerja membaiki laluan berjalan kaki


4.7.1 Senarai peralatan dan bahan yang digunakan;
 Cangkul

 Tukul Bata

 Pemaras Kayu dan batu (Interlocking)

 Skop/Penyodok

 Pasir dan simen

38
4.7.2 Langkah – langkah Kerja

a) Sediakan peralatan dan bahan yang perlu digunakan.


b) Membersihkan kawasan tersebut dan membuang batu yang telah rosak.
c) Meletakkan pasir terlebih dahulu dan meratakan keseluruhan kawasan tersebut
dengan menggunakkan pemaras kayu.
d) Menyusun bata (Interlocking) dengan susunan yang betul dengan rapi
e) Memastikkan keadaan bata( Interlocking) dengan susunan yang betul.
f) Melakukan kerja tersebut sehingga selesai.

Rajah 4.7.2 : Menyusun bata (Interlocking) dengan tersusun

39
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Komen

Sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat ini, saya amat berpuas
hati dengan layanan yang diberi oleh majikan dan pekerja kepada saya
semasa menjalani latihan industri di syarikat itu.Saya telah menyenaraikan
beberapa komen dan cadangan mengenai jabatan dan firma ini. Hal ini
adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 20 minggu dan bukanlah
bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu atau merendahkan syarikat.
Saya ingin memberikan komen ini supaya pihak syarikat dapat
meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek. Antara komen yang telah
saya senaraikan adalah :

1. Terdapat beberapa peralatan yang rosak atau ada kebocoran bumbung atas
yang boleh mengundang bahaya kepada pekerja yang menggunakan bilik alatan
fotokopi mungkin boleh menyebabkan tergelincir.

2. Sikap segelintir pekerja yang tidak mematuhi waktu bekerja

3. Kekurangan tenaga kerja dalam menyebabkan sesetangah petugas


terpaksa melakukan tugas yang amat berat dan terpaksa menangung
beban kerja.

4. Kekurangan jurutera untuk membaikpulih peralatan yang rosak.

40
5.2 Cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Antara saranan dan cadangan untuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
adalah :

• Soal selidik secara terbuka dapat membuat keputusan dengan lebih tepat.

• Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu berganding tenaga untuk


meningkatkan prestasi pelajar dan kerjasama serantau.

• Pihak berkenaan hendaklah menghasilkan pensyarah-pensyarah yang berdedikasi,


mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan mahir dalam Bahasa
Inggeris.

41
5.3 Cadangan kepada Politeknik

Antara saranan dan cadangan untuk pihak politeknik adalah :

• Pihak Politeknik dapat menyelia dengan menghantar surat permohonan


dan dokumen berkaitan kepada organisasi tersebut dengan lebih
berkesan.

• Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah dipohon


supaya dapat menjalani Latihan Industri dengan lebih baik.

• Pihak Politeknik hendaklah memberikan taklimat panduan yang lebih


berkesan dan secara terperinci kepada pelajar mengenai cara untuk
melengkapkan buku laporan harian yang lebih tepat. Contohnya :

• Seperti format bagi laporan, kaedah penulisan yang sesuai, perkara-


perkara yang perlu dan tidak perlu dalam penulisan laporan harian.

• Selain itu, perlu ditekankan cara yang sesuai bagi pelajar yang mungkin
ketika latihan akan melakukan kerja yang sama selama beberapa minggu
atau bulan.

• Latihan industri ini perlu diteruskan lagi kerana ia bukan sahaja banyak
memberikan faedah kepada pelatih, malah juga kepada pembangunan negara
dari segi penyediaan pekerja mahir.

• Pihak politeknik dan pihak firma perlulah menjalankan kerjasama yang baik dan
sentiasa berganding bahu dalam menjayakan latihan industri yang dibuat.

42
5.4 Cadangan Kepada Firma

Walaupun begitu, masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki agar program
ini lebih berkesan. Kelemahan yang perlu diatasi dari segi penyimpanan
maklumat atau rekod. Di sini, penyimpanan maklumat atau rekod masih lagi
menggunakan sistem tradisional iaitu dengan menggunakan kertas atau
sistem manual dalam urusan mereka terutama ketika merekod sesuatu
seperti urusan dengan kakitangan seperti permohonan cuti, kehadiran
kakitangan dan sebagainya. Setelah menjalani program latihan industri, ingin
saya mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan bagi
kebaikan bersama. Antara cadangan dan saranan ini adalah:

• Jabatan Kerja Raya Jerantut perlulah lebih memberi panduan kepada pelajar
tentang prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalankan latihan.

• Pihak syarikat haruslah memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari


lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan
industri.

• Lebih mendedahkan pelajar dengan pelbagai kerja agar pelajar dapat


mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari serta pengalaman yang sedia ada.

• Pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik mungkin oleh


penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan.

• Ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan komunikasi yang


baik seperti memberi penerangan secukupnya tentang sesuatu kerja supaya
pekerja atau pelatih dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin.

43
5.5 Cadangan kepada Pelajar

• Pelajar yang ingin menjalankan latihan industri hendaklah sentiasa bersedia untuk
menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap
bertanggungjawab.

• Pelajar mestilah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan mematuhi peraturan dan etika
kerja yang baik agar disegani ramai.

• Pelajar tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi semasa menjalani latihan industri
supaya ilmu yang diperolehi sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan
untuk menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang berguna kepada diri
sendiri.Latihan industri merupakan pembelajaran secara berkesan untuk para pelajar
politeknik dan usaha ini harus diteruskan pada masa akan datang.

44
5.6 Cadangan

Sebagai mana yang diketahui latihan industri adalah salah satu syarat bagi
penganugerahan sijil diploma kepada pelajar-pelajar politeknik.
Jadi sewajarnya jika semuanya pelajar dapat mengetahui dan
mempelajari selok-belok kerja dan mempraktikkan segala yang telah
dipelajari dahulu. Walaubagaimanapun, disini saya ingin memberikan
beberapa cadangan yang difikirkan wajar untuk meningkatkan mutu kerja
syarikat dan kemajuan syarikat :

1. Sikap bertanggungjawab menjaga peralatan perlu ditanamkan kepada


petugas.

2. Langkah menyimbangkan pekerja sambilan atau pelatih perlu diambil


untuk menjimatkan masa dan meningkatkan mutu pengeluaran.

3. Mengadakan satu program khas oleh syarikat kepada pelatih dan pekerja bagi
mendedahkan pelbagai aspek untuk mencungkil bakat-bakat dalam diri mereka.

45
BAB 6

KESIMPULAN

6.1 Pengenalan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
Pengurusan Politeknik Pengajian Tinggi Malaysia kerana memberikan kesempatan
kepada saya untuk memberikan komen dan cadangan.Pada pendapat saya, latihan
industri adalah inisiatif yang amat baik bagi mendedahkan pelajar mengenai
cabaran yang bakal dihadapi dalam dunia pekerjaan sebenar kelak.

Hal ini dapat membantu pelajar mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah
syarikat berpandukan pelajaran yang diperolehi semasa menjalani kuliah di
Politeknik Kementerian Pelajaran Tinggi kerana ianya mempunyai objektif tersendiri
dan yang paling penting ialah dapat mendisiplinkan pelajar dalam hal-hal yang
berkaitan dengan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa,
ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan
arahan dengan baik serta mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dalam bidang
pengurusan dan perancangan sesuatu projek. Pemilihan organisasi bukan sahaja
bergantung kepada besar atau kecil sesuatu organisasi tetapi kesanggupan segala
ilmu pengrtahuan yang ada pada pelatih dengan teknologi terkini yang digunakan di
firma. Di samping itu, pengetahuan-pengetahuan baru yang telah saya perolehi
disini ialah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang penyelia tapak.

Antaranya adalah melawat tapak dan melihat kerja-kerja yang


sedang dilaksanakan. Seterusnya, pelatih juga seharusnya didedahkan
dengan lebih banyak pengetahuan tentang kerja yang berkaitan projek di
mana pengetahuan ini tidak dapat diperolehi di politeknik. Di sini, banyak kemahiran
yang telah saya timba dan pelajari daripada mereka yang sememangnya sydah arif
terutamanya berkaitan dengan kursus kejuruteraan awam. Kemahiran ini benar-

46
benar memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan pengajian saya di
semester akhir dengan jayanya dan seterusnya melangkah kealam pekerjaan
yang sebenar. Oleh hal yang demikian, saya mencadangkan supaya pelajar- pelajar
yang ingin menjalani latihan industri agar sentiasa bersedia untuk menjalankan
tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab.

Justeru itu, program latihan ini juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan
pergaulan antara rakan-rakan sekerja. Program latihan ini juga banyak
mengajar saya agar lebih menitikberatkan hal-hal hubungan sosial tidak
kira dengan pihak atasan mahupun pekerja am. Jadi, saya dapat
mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi dengan para pekerja sama ada
dari pihak atasan mahupun pihak bawahan yang terlibat dengan firma ini. Namun
demikian, sifat ingin tahu juga penting bagi membolehkan saya mengumpul
seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan.

Tahap keyakinan diri saya juga semakin bertambah dan kini membuatkan
saya lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Sepanjang
menjalani latihan industri, ianya banyak mengajar saya dengan lebih mendalam
mengenai kursus yang saya ambil di politeknik.Walaupun latihan ini cuma
mengambil masa yang singkat tetapi banyak pengalaman dan perkara-perkara baru
yang dapat saya perolehi dan pelajari di sini. Oleh itu, Beberapa cadangan dapat
dirumuskan bagi kepentingan bersama juga penambahbaikkan kepada
pihak Kementerian, Politeknik, Firma/Majikan dan pelajar sendiri.

47
6.2 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

 Jurnal Refleksi Latihan Industri

 http://jkr.pahang.gov.my/index.php/portfolio/jkr-daerah/jkr-daerah-jerantut

 https://www.jkr.gov.my/

48
Lampiran 1

49
Lampiran 2

50

Anda mungkin juga menyukai