Anda di halaman 1dari 60

PENGESAHAN PELAJAR DAN PEMERIKSA

PELAJAR

Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ..

Nama Pelajar : MUHAMMAD IQBAL ADIL BIN MOHD MAHDZIR

No.Pendaftaran : 01DIS14F1032

Tarikh : 15 APRIL 2017

PEMERIKSA

Saya akui bahawa saya telah memeriksa laporan ini dan pada pandangan saya laporan ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Sijil atau Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tandatangan :

Nama & Cop Jawatan :

Tarikh :
BAB 1

1.1 PENGENALAN

Bagi setiap penuntut politeknik yang terdapat di Negara ini di wajibkan untuk menjalani

Latihan Industri sama ada mereka ini mengikuti kursus Sijil ataupun Diploma. Ini adalah syarat

yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan politeknik dan tempoh Latihan Industri yang

ditentukan adalah selama 6 bulan (1 semester). Semua pelajar akan diberi tempoh ini bagi

menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang telah mereka pilih sendiri ataupun yang

telah ditentukan oleh pihak pengurusan politeknik.

Latihan Industri ini dijalankan pada semester yang ketiga bagi Kursus Peringkat Sijil dan

semester keempat atau semester keenam bagi Kursus Peringkat Diploma. Penganugerahan Sijil

atau Diploma hanya akan diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan Latihan

Industri pada semester keenam ataupun sebelum menyambung semula semester nanti bagi

pelajar yang menjalani latihan dapan semester ketiga dan keempat. Ia juga merupakan salah satu

syarat yang di wajibkan untuk penganugerahan Sijil mahupun Diploma.

Dengan ini para penuntut politeknik semua harus memandang serius terhadap Latihan

Industri ini dan kita tidak boleh memandang remeh sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita

dapat mengetahui alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.

1.2 PENDAHULUAN
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya dan

keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Saya berasa

gembira kerana Latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurnanya. Ia telah

berjalan dengan lancar sepertimana yang diharapkan.

Dalam tempoh 1 minggu 6 hari bermula pada 28 NOVEMBER 2016 sehingga 15

NOVEMBER 2016 saya menjalani latihan industri di Telekom Malaysia Taiping, kemudian saya

telah bertukar dan menjalankan latihan industri di Telekom Malaysia Kuala Kangsar,bermula

dengan 16 NOVEMBER 2016 sehingga 14 APRIL 2017. Dalam tempoh saya berada di

organisasi ini, saya dapat mendapat pelbagai pengetahuan baru dalam hidup saya terutama di

dalam alam pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisasi ini saya dapat mempraktikan apa yang

telah saya belajar secara teori sewaktu di politeknik dan mengenali bahan, kelengkapan dan

peralatan yang digunakan di dalam industri.

Latihan industri ini merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar

Politeknik sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan. Setiap pelajar perlu lulus

latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang

gagal perlu mengulangi semula latihan industri. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat

yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik dan juga syarikat pelajar ditempatkan.
Selain itu, latihan industri ini juga telah memberikan banyak pendedahan dan pengalaman

tentang alam pekerjaan. Dengan pembelajaran berterusan ini, para pelajar akan dapat menambah

kemahiran serta pengalaman sebelum menghadapi alam pekerjaan yang sebenar. Selama tempoh

itu, pelajar akan mempelajari sesuatu yang baru apabila menjalankan latihan industri dengan

sebaik mungkin.

Di samping itu, latihan industri merupakan cara atau kaedah terbaik untuk melatih pelajar

seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama dengan rakan sekerja, pihak atasan

dan juga pelanggan. Di dalam latihan industri ianya akan memberi peluang kepada saya untuk

mempraktikan cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini

kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang sangat dititik beratkan dalam alam

pekerjaan.

Secara tidak langsung, latihan industri ini juga dapat mewujudkan sikap di dalam diri

pelajar agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab, membuat keputusan yang bijak dan berupaya

menguji keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang

dihadapi. Justeru itu, latihan industri ini juga dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan

yang berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan didalam alam pekerjaan

pada masa akan datang.


1.3 PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun

secara tidak langsung dalam proses menyiapkan laporan akhir latihan industri ini. Kepada para

pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak yang banyak membantu saya dalam

menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan latihan industri dan juga di atas segala pengorbanan

pensyarah-pensyarah yang membantu saya menjalani latihan industri ini dalam keadaan yang

sempurna.

Tidak lupa juga kepada penyelia saya semasa di Telekom Malaysia, Encik Sharuddin

Saidon manager ENZ Perak Utara ,Encik Rajandran A/L Rajoo Pegawai Teknik di Taiping dan

Encik Bistamam B. Mohd Zainal Pegawai di Kuala Kangsar, Seterusnya Penyelia saya Puan

Azliza Binti Yeop Abdullah kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan

industri di Teras Technology Network. Juga kepada staf-staf yang berkhidmat di Teras

Technology Network yang telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar dalam segala ilmu yang

dicurahkan kepada saya sepanjang menjalani latihan industri disana.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat di Politeknik Ungku omar yang

telah banyak membantu serba sedikit semasa saya menjalani latihan industri dan juga dalam

penulisan laporan akhir latihan industri ini.


1.4 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum

layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus

latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang

gagal perlu mengulagi semula latihan industri.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri ini akan ditempatkan di firma-firma atau

organisasi-organisasi yang sesuai dengan kursus yang di pelajari ketika berada di politeknik.

Oleh itu, beberapa objektif Latihan Industri ini diadakan adalah :

a) Keberkesanan komunikasi

Komunikasi yang berkesan dapat dipupuk semasa menjalani latihan industri.

Komunikasi dua hala yang berlaku bukan sahaja antara pelajar dengan pekerja tetapi

dari pelbagai pihak iaitu antara pelajar dengan majikan, pelanggan, pembekal, dan pihak lain.

Pelajar perlu bersedia menghadapi pelbagai situasi dan berkomunikasi dengan baik supaya

maklumat yang tepat dapat disampaikan dan diterima dengan jelas.

b)Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik


Setiap organisasi mempunyai etika dan peraturan. Pelajar harus melaksanakan tugas yang

diberikan dengan sempurna dan mengikut masa yang telah ditetapkan berdasarkan peraturan

kerja yang telah ditetapkan. Pelajar mestilah bersedia menerima arahan dari semasa ke

semasa.

c)Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan

Melalui latihan industri, para pelajar secara tidak langsung dapat merasai dan memahami

situasi alam pekerjaan yang sebenar. Pelbagai pengalaman dapat ditimba untuk manfaat

pekerjaan di masa hadapan.

d)Membina personaliti individu

Latihan industri dapat membina keyakinan diri pelajar. Pelbagai situasi dan

ragam manusia perlu dihadapi dan skopnya adalah lebih luas jika dibandingkan ketika sesi

pembelajaran di dalam kelas. Sedikit sebanyak pola pemikiran pelajar dapat digubal dan

perasaan malu untuk berkomunikasi dengan masyarakat dapat di atasi, secara tidak langsung

dapat membina personaliti individu yang

1.5 SKOP LATIHAN INDUSTRI


Unit Perhubungan dan Latihan Industri memberi kelonggaran kepada pelajar untuk

menentukan sendiri firma atau syarikat untuk mereka menjalankan Latihan Industri.Bagi mereka

yang tidak berkeinginan untuk mencari sendiri ataupun permohonan latihan di mana-mana

syarikat tidak diterima, mereka boleh memilih tempat yang telah terpilih di bawah unit latihan

mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan

Dengan ini, pelajar harus menggunakan peluang yang diberikan bagi mempelajari ilmu

pengetahuan yang berkatan dengan bidang yang telah diceburi.Masa yang diperuntukkan untuk

menjalani latihan industri adalah hampir 5 bulan.Jadi, pelajar seharusnya menggunakan peluang

yang ada untuk menjalani latihan ini dengan sempurna.

Oleh yang demikian, Latihan Industri amatlah penting kepada pelajar untuk mencapai

matlamat dalam latihan Industri supaya mereka lebih berpegetahuan dan mendapat pengalaman

dalam menjalan isituasi yang sebenar pada masa akan datang.

1.6 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI


Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di

mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan sebelum

dianugerahkan Sijil / Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta

mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang

diperolehi semasa menjalankan kuliah di politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat

membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan

kelak.

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mempraktikkan suasana kerja

yang sebenar contohnya kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja

yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang

sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik,

dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan

pengalaman dan sebagainya.

Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktikal/amali dan

praktikal/amali kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam

pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industri bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada

setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan

mutu

1.7 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


Laporan ini dilaksanakan adalah sebagai kepada saya dan pensyarah.Rujukan ini

mungkin boleh membantu saya pada masa akan datang sebagai panduan dan bimbingan ketika

kerja kelak. Bagi rujukan pensyarah, laporan ini dapat membuktikan kepada beliau tentang

latihan yang telah saya jalani pada semester empat ini.

Laporan ini adalah sebuah laporan yang bekaitan dengan aktiviti yang telah pelajar

jalankan semasa menjalani Latihan Industri. Laporan ini hendaklah disiapkan dalam tempoh

yang telah ditetapkan dan disediakan oleh pelajar sendiri.

Antara objektif Laporan Latihan Industri ialah :

1. Bukti kepada latihan yang diikuti.

Dengan terhasilnya laporan ini, pihak Politeknik dapat membuat penilaian

terhadap pelajar berdasarkan kefahaman dan prestasi pelajar sepanjang tempoh

latihan.

2. Pendokumentasian aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh Latihan

Industri.

Laporan ini adalah cara untuk pelajar mendokumentasikan segala gerak kerja dan

aktiviti sepanjang latihan.


3. Menghasilkan panduan yang dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang.
Pengalaman merupakan syarat utama yang dipertimbangkan oleh majikan.

Perakuan daripada pihak organisasi boleh dijadikan bukti bahawa pelajar

mempunyai pengalaman dalam bidang diceburi.

1.8 PENYUSUNAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Garis Panduan penyediaan dan penyusunan Laporan teknikal ini telah ditetapkan dan

mesti dipatuhi oleh setiap pelajar Politeknik yang telah ditetapkan oleh Unit Latihan &

Perhubungan Industri (UPLI).Hal ini kerana Laporan Latihan Industri adalah merupakan satu

dokumen yang penting bagi setiap para pelajar yang tamat latihan industri yang telah ditetapkan

oleh pihak Politeknik.Pelajar perlu membuat perancangan yang betul untuk menyiapkan satu

laporan yang lengkap dan sempurna dengan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Oleh itu, cara penyusunan laporan

hendaklah terlebih dahulu dirancang dengan lebih teliti untuk memudahkan kerja-kerja semakan

dan rujukan.

Ini adalah kerana sebuah laporan yang berkualiti boleh menunjukkan imej seseorang

pelajar tersebut. Sesuatu kerja yang cemerlang adalah tidak bermakna jika ia tidak dapat

dilaporkan dalam sebuah laporan yang baik.

BAB 2
DISINI XSIAP

2.1 LATAR BELAKANG TERAS TECHNOLOGY NETWORK.

Telekom Malaysia Berhad

Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan syarikat telekomunikasi terbesardi

Malaysia dankedua terbesar di Asia Tenggara.Telekom Malaysia memegang

hakmonopoli untuk penyediaanrangkaian telefon talian darat serta mempunyai

peganganyang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon.

Rajah2.1.1: Bangunan Lama Hospital Rajah 2.1.2: Bangunan Utama HRPB


Ipoh

mudah alih setelah mengambil alihCelcom Berhad dan mengabungkannya dengan perkhidmatan

mudahalih sendiri, TMTouch.Telekom Malaysia pada asalnya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan,

JabatanTelekom Malaysia(JTM).Telekom Malaysia

diswastakan pada 12 Oktober 1984 dandikenali sebagai Syarikat TelekomMalaysia Berha

d (JTMB).Telekom Malaysiadisenaraikan dalam


Bursa Malaysia pada 9 September 1990.Pada April 2005,

TelekomMalaysia secara rasminya menukar jenama dari Telekom Malaysiakepada

TM.L o g o b a r u m e l i b a t k a n t i g a w a r n a i a i t u j i n g g a , b i r u d a

n m e r a h . W a r n a jinggamelambangkansemangat yang dipamerkan warga TM Net

Berhad.Manakala

merahmelambangkanidentiti Celcom.Perkataan TM yang berwarna biru memberi maksud

kumpulan TM sebagai sebuahorganisasi yang empati, dan mempunyai semangat danjiwa yang

kental.Gabungan ketiga-tiga warna inimenunjukkan TM Net Berhad, Celcomdan Telekom

Malaysia berkerja seiring dalam mencapai matlamatorganisasi.

Rajah 2.1.3: Kompleks Klinik Rajah 2.1.4 Kompleks Rawatan


Pakar Harian

Hospital Raja Permaisuri Bainun ini juga berfungsi sebagai hospital latihan untuk

penuntut perubatan, pelatih jururawat dan anggota kesihatan bersekutu dari institut pengajian

tinggi awam dan swasta. Hospital ini juga merupakan hospital latihan untuk doktor siswazah.
Bagi aspek pencapaian kualiti, Hospital ini telah menerima anugerah sijil MS ISO 9001

pada tahun 2005 dan sijil akreditasi hospital pada tahun 2006. Hospital ini juga telah diberi status

hospital rakan bayi sejak tahun 1996.

2.1.1 VISI, MISI & OBJEKTIF HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN

Visi TM
Untuk menjadi syarikat telekomunikasi pilihan dengan penumpuan ke arahmenyampaikan
nilaiterunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yangberkepentingan dalam syarikat.
41.6
Misi TM
Berikut merupakan misi TM:a)Menjadi peneraju yang diiktiraf dalam semua pasaran yang kita
ceburi. b)Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan danyang
menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.c)Membina hubungan yang berkekalan
dengan pelanggan dan rakan niaga kita berdasarkan kepercayaan.d)Menjana nilai pemegang
saham dengan merubut peluang-peluang perniagaan di Asia Pasifik dan lain-lain pasaran
serantau terpilih.e)Menjadi majikan pilihan yang memberi inspirasi ke arah
kecemerlangan prestasi.

OBJEKTIF

OBJEKTIF UMUM

Memberikan perkhidmatan diagnostik, rawatan, rehabilitasi dan pendidikan kesihatan yang

berkualiti dan berkesan.Pesakit yang memerlukan rawatan yang tidak didapati di sini akan

dirujuk ke hospital yang mempunyai rawatan tersebut.Semua pesakit akan dirawat dengan

kemesraan, keikhlasan, dan penghormatan.Maruah pesakit sentiasa dijagai. Semua maklumat

pesakit akan dirahsiakan dan akan dikemukakan kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit
atau mengikut kehendak undang-undang.Pesakit akan diberi penerangan berkenaan perawatan

dan prosedur yang dicadangkan atau alternatifnya serta risiko yang terlibat.

OBJEKTIF KHUSUS

Objektif-objektif unit adalah seperti berikut:

a. Rawatan Pesakit Dalam

-Pesakit yang dirawat sebagai pesakit dalam akan diperiksa oleh pegawai

perubatan sekurang-kurangnya sekali sehari.

b. Rawatan Kecemasan

-Pesakit yang kritikal di Jabatan Kecemasan akan dirawat dengan segera.


2.2 LATAR BELAKANG UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT.

Rajah 2.2.1: Kompleks Rawatan Harian

Unit Teknologi Maklumat (ICT) adalah salah satu dari unit di bawah Pejabat Pengurusan

Hospital Raja Permaisuri Bainun yang berada di aras 3 Kompleks Rawatan Harian HRPB. Unit

ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2004 dengan pengisian perjawatan Penolong Pegawai

Sistem Maklumat dan Juruteknik Komputer.

ICT ditubuhkan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan perlaksanaan

program ICT melalui selenggaraan sistem aplikasi, peralatan komputer, perkhidmatan nasihat

rundingcara perolehan produk ICT dan aktiviti-aktiviti celik komputer di kalangan warga

hospital.
ALAMAT SURAT MENYURAT

Unit Teknologi Maklumat,

Aras 3, Kompleks Rawatan Harian,

Hospital Raja Permaisuri Bainun, Jalan Raja Ashman (Jalan Hospital) 30450 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan.

NO TELEFON PEJABAT

Kaunter: 05-2085342

Bahagian Teknikal/ Rangkaian: 05-2085343

Bahagian Aplikasi/Multimedia/Latihan & Pengurusan: 05-2085341/5344/5335

Ketua Unit: 05-2085338


2.2.1 VISI, MISI & OBJEKTIF UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT.

VISI

Ke arah memodenkan pentadbiran HRPB dengan teknologi ICT yang terkini dan melahirkan

warga hospital yang membudayakan ICT untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cepat

dan cekap.

MISI

Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infrostruktur yang bertaraf nasional seiring dengan

perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini bagi menjamin sistem perkhidmatan

sentiasa boleh dicapai setiap masa dan di mana-mana secara online.

OBJEKTIF

OBJEKTIF UMUM

Menyediakan perkhidmatan ICT yang cekap kepada semua jabatan dan unit bagi meningkatkan

kualiti operasi harian HRPB.

OBJEKTIF KHUSUS

i. Memberikan maklumbalas dalam tempoh tigapuluh (30) minit bagi aduan kritikal dan

empat (4) jam bagi aduan bukan kritikal selepas menerima aduan.
ii. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pembetulan (corrective) dalam tempoh (4)

jam bagi aduan kritikal dan (2) hari bagi aduan bukan kritikal.
2.3 CARTA ORGANISASI

Rajah 2.3.1: Carta Organisasi Unit Teknologi Maklumat


2.4 LOGO HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN

Rajah 2.4.1: Logo HRPB

Maksud Logo

Bulan sabit merah ialah organisasi perkhidmatan perubatan


Slogan "Kami Endah" (We Care) bermaksud Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh

mengutamakan khidmat yang terbaik kepada pesakit-pesakitnya.


BAB 3

3.1 PENGENALAN

Latihan industri ini dijalankan selama lebih kurang enam bulan yang bermula

pada 28 November 2016 sehingga 14 April 2017. Unit Teknologi Maklumat di Hospital

Raja Permaisuri Bainun merupakan unit yang mempunyai pelbagai perkhidmatan

berkaitan teknologi seperti komputer, rangkaian dan printer.

Walaupun saya tidak mempunyai kerja yang khusus, saya dapat mempelajari

pelbagai kerja kerja lain dan banyak pengalaman yang saya perolehi yang dapat di

manfaatkan pada masa akan datang dan dalam kegunaan seharian. Selain itu, dapat

mengetahui sedikit sebanyak tentang kerja- kerja yang dilakukan di Hospital Raja

Permaisuri Bainun.
3.2 RINGKASAN MINGGUAN AKTIVITI YANG DILAKUKAN

3.2.1 MINGGU 1 2

Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan

1 28/11/2016 Lapor diri di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan

- ditempatkan di seksyen teknikal dan rangkaian.


Salin maklumat dan perkara penting sebelum mula bekerja.
02/12/2016 Belajar cara menjawab panggilan dan ambil aduan

kerosakan daripada pengguna.


Mengambil aduan kerosakan daripada pengguna dan

membuka borang aduan bagi merekodkan aduan kerosakan

yang telah dibuat.


Pergi ke klinik mata bersama aiman dan melihat bagaimana

aiman menyelesaikan masalah komputer yang dialami oleh

pengguna.
Belajar cara-cara format komputer pengguna daripada

windows 10 ke windows 7
Pergi ke bilik hemodialysis dengan aiman untuk periksa

printer
Buat cable straight through dan uji kabel yang telah siap

terlebih dahulu
Pergi ke dewan bedah dengan aiman untuk check pc and

printer sister Kannaki


Memeriksa cpu loaner dan memadam semua dokumen

yang tidak diperlukan serta scan antivirus sebelum

diberikan kepada pengguna


Membuang virus shortcut dalam pendrive sister dengan
melancarkan command attrib
*(attrib s h r /s /d %Driver% :*.*)
Membantu mencari maklumat di dalam file aduan

kerosakan Unit Teknologi Maklumat.

Gambar Rajah 3.2.1.1: tempat di seksyen teknikal dan rangkaian

Gambar rajah 3.2.1.2: commad attrib

2 05/12/2016 Mengambil aduan pengguna dan membuka borang aduan

- yang di adukan oleh pengguna.


Format windows 10 to windows 7 pro
09/12/2016 Pergi ke klinik Orthopedik untuk memeriksa komputer

Encik MA Remo yang bermasalah.


Pergi ke Microbiology untuk menghantar kabel.
Pergi ke Wad 4A untuk mengambil gambar paip wayar yang
rosak
Membuat recovery dan membuang virus dalam

pendrive sister
Mengambil aduan kerosakan dan membuka borang aduan

yang di adukan oleh pengguna.


Pergi ke Wad 5A untuk memeriksa dan memasang komputer

di bilik sister

Gambar Rajah 3.2.1.4: paip wayar yang rosak dan pecah

Gambar Rajah 3.2.1.5: komputer yang telah di pasang di bilik sister


3.2.2 MINGGU 3 4

Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan

Cuti umum semperna hari Maulidur Rasul


3 12/12/2016 Pergi ke unit rekod untuk memeriksa saluran rangkaian

- pengguna
line internet simbol tanda seru
16/12/2016 internet ok tetapi antivirus telah block internet
Membersihkan CPU Encik Subramaniam dan

menghantar dokumen yang beliau minta ke email beliau


Pergi ke kecemasan untuk memindahkan fail Encik Gilbert
daripada komputer lama ke komputer baru
Clean pendrive sister yang terkena virus shortcut
Pergi ke klinik Padiatrik untuk memeriksa printer

sister Wani, printer ok tapi excel ada masalah


Pergi ke clinic ENT (Klinik telinga dan tekak) untuk

install driver printer pixma Encik Sulaiman


Pergi ke unit rekod untuk install driver printer HP Encik

Shahrul
Mengambil aduan Puan Norsiah daripada sumber mengenai

masalah internet (selesaikan melalui telefon)


Mengambil aduan Sister Azizah dari Wad 6C mengenai

masalah komputer slow


Pergi ke Kewangan jumpa staff Liza untuk lihat masalah

printer beliau (print wana jadi kelabu)


Mengambil aduan Sister Noridah dari KPP mengenai

masalah printer Samsung ML1610 (Bila print jadi tersekat-

sekat)
Clean pendrive Sister yang kene virus untuk

mendapatkan semula fail yang hilang


Pergi ke Fisioterapi untuk install driver printer HP Laser

Jet 2460 untuk Miss Yeoh

Mengambil aduan kerosakan Puan Maznah daripada X-


4 19/12/2016
Ray mengenai masalah infinit system tak boleh sent
-
gambar
23/12/2016 Pergi ke Fisioterapi untuk menukarkan battery CMOS
Ambil aduan Encik Aziz daripada Farmasi JPL mengenai

masalah printer (minta install driver printer)


Menghantar surat memo daripada unit IT ke timbalan

pengarah,ketua unit aset dan ketua-ketua unit/jabatan di


hospital
Ambil aduan kerosakan ICT daripada Tun Alfa dari Unit

Sajian mengenai masalah antivirus (minta update

antirirus Kaspersky)
Pergi ke Clinic Methadone untuk memeriksa masalah

komputer yang slalu on / off sendiri. Selesaikan dengan

mencabut ram dan membersihkan dulu dan memasang

semula dan tunggu sebentar.


Install driver printer Brother Encik MA Nazir di bilik

penyelia Kecemasan
Clean shortcut virus in pendriver sister
Menyusun dokumen ke dalam fail mengikut lokasi dan

minggu yang betul.


Mengambil aduan kerosakan Sister Roslina daripada

ANT mengenai masalah tiada sambungan rangkaian.


Setting printer HP laserjet P1102 di Farmasi KPP
Memeriksaprinter HP laserjet 1020 Sister Mus di Wad

8A.

3.2.3 MINGGU 5 6
Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan

Cuti Umum (Christmas)


Mengambil aduan kerosakan daripada pengguna
Membuat dan mengubah suai label tepi folder didalam

word mengikut ukuran yang betul.


Memuat turun driver printer HP laserjet 1320
Memeriksa komputer Cik Mahirah di Unit Rekod
Mengambil aduan mengenai masalah printer canon pixma

148 dan meminta install driver printer di Unit Kawalan

Infeksi.
26/12/2016 Memeriksa komputer berbunyi ketika dihidupkan di Klinik

5 - Orthopedik.
Membetulkan dan memeriksa sambungan rangkaian di
30/12/2016
Klinik Derma Organ.
Install driver printer HP laserjet 1320 di Unit Rekod.
Memcari fail Staff nurse Suraini yang hilang di Wad 4A.
Mengambil aduan daripada Sister Zuraini mengenai

masalah komputer di labor room.

Cuti Umum (Tahun Baru)


6 02/01/2017 Mengambil aduan kerosakan daripada pengguna.
Mengambil aduan Miss Liew mengenai masalah rangkaian
-
di Stor Belakang ACC
06/01/2017 Menukarkan bateri CMOS di klinik Orthopedik
Memeriksa komputer Sister Intan di Wad 1B.
Install driver printer canon pixma mp 145 di bilik

kawalan infeksi
Membuat kabel Straight through
Memeriksa dan membetulka skrin monitor yang bertukar

warna kuning di Wad 2B.


Memeriksa printer HP laserjet P1006 Puan Roziah di

Unit Kewangan
Menukar kabel VGA di bilik Sister Wad 2B.

3.2.4 MINGGU 7 8

Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan

Mengambil aduan masalah wayar internet daripada Sister


7 09/01/2017
Noor Hayati daripada klinik mata
- Install driver printer HP laserjet P1102 untuk Sister

13/01/2017 Noor di Wad 1D


Memeriksa rangkaian dan laman web di komputer staff

nurse Faezah di MOT.OT @ O&G (labor room)


Mengambil aduan masalah antivirus daripada Encik

Shashikumar dari makmal Patologi


Membersihkan, install google chrome and wsp office
untuk CPU SPP
Memuat turun driver printer HP 2020
Clean pendrive sister
Mengambil aduan mengenai sambungan printer(Fuji

Xerox DocuPrint M355) to laptop di Wad 5B


Mengambil aduan mengenai masalah komputer sister Intan

dari Wad 1B
Memeriksa printer HP laserjet P1102 bilik sister Suria di

Wad 8B
Install driver printer HP laserjet P1102 & HP deskjet

2020 di klinik Orthopedik untuk sister Faridah


Clean pendrive sister Faridah
Mengambil aduan mengenai installer driver printer canon

pixma MP 287 bilik Sister Roslina di Wad 1B


Mengambil aduan mengenai installer driver printer HP

laserjet 1160 di Wad 4C.


Membuat sharing printer di Orthopedik bersama dengan

Encik Hasrul
Install driver printer canon pixma mp 128 di bilik Sister

Roslina di Wad 1B bersama Encik Hasrul

Mengambil aduan kerosakan daripada pengguna


8 16/01/2017 Memeriksa internet staff Syafinaz di Unit Rekod
Mengambil aduan mengenai masalah komputer dari Doktor
-
Khatijah di Paediatrik
20/01/2017 Menyediakan kabel Cat 6 sepanjang 5 meter untuk

Klinik ENT
Membuat setting time and date untuk komputer di

Heamatologi
Memeriksa sambungan rangkaian Encik Razak di Unit Aset.
Mengambil aduan mengenai masalah CPU di Dewan Bedah
Am
Mengambil aduan mengenai masalah monitor daripada

Encik Afiq di Unit Kualiti


Mengambil aduan mengenai masalah printer Brother HB

2250 DN daripada Puan Atiqah di Unit Hasil


Mengeluarkan kertas yang tersangkut di dalam printer di

Unit Hasil
Mengambil aduan mengenai masalah internet di bilik pakar

di Klinik Orthopedik oleh Encik MA Remo


Memeriksa dua komputer yang ada masalah di Farmasi

Kompleks Pakar
Clean pendrive sister
Memeriksa internet di Klinik Orthopedik
Pergi ke SOPD, Dental KPP dan Orthopedik bersama Encik

Hasrul untuk memeriksa masalah internet (fiber optic

terbakar)
Memeriksa keyboard di bilik 3 di Klinik Rehabilities
Mengikuti Encik Hasrul ke majlis bacaan yasinn di Unit

Rawatan Harian

3.2.5 MINGGU 9 10

Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan


Mengambil aduan kerosakan mengenai masalah monitor

infinite di X-Ray oleh Puan Masnah


Mengambil aduan mengenai install driver printer canon

pixma mp145 di Klinik Mata


Mengambil aduan mengenai masalah printer canon pixma

IP 2770 di NICU
Memeriksa komputer Sister Zuriana di Wad 5B
Memeriksa printer canon pixma IP 2770 di NICU
23/01/2017 Memeriksa internet Staff Nurse Helmi di Unit Retrieval
Mengambil aduan mengenai masalah internet di PCU oleh
9 -
Nishah dan Farmasi bekalan wad oleh Kong
27/01/2017 Mengambil aduan mengenai masalah internet di bilik

penyelia di Kecemasan oleh Encik MA Nazir


Format komputer Sister dari Wad 5B
Install driver printer canon pixma mp 273 di bilik Sister

di Wad 5B
Menghantar borang kepada Staff Nurse Shima di Wad 24
Cuti Sakit (MC)

Cuti Umum semperna Tahun Baru China


10 30/01/2017 Mengambil aduan mengenai masalah no connection

- internet di Unit Kerja Sosial oleh Amy


Memeriksa printer HP LaserJet P1102 yang bermasalah
03/02/2017
di ANES Clinic
Install basic software untuk komputer Kecemasan
Clean pendrive sister
Mengambil aduan kerosakan mengenai masalah printer

Samsung di KPP1 oleh Staff Nurse Khursiah


Membuat recovery pendrive untuk Sister
Memeriksa network card komputer MA Nazir dari

Kecemasan
Membuat sharing printer untuk Doktor Khatijah di
Klinik Peadiatrik.

3.2.6 MINGGU 11 12

Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan

Mengambil aduan mengenai set password komputer oleh


11 06/02/2017
Sister Ho dari Wad 3B ICU
- Mengambil aduan kerosakan mengenai masalah screen

10/02/2017 monitor malap di Unit Sumber Manusia oleh Staff Juliani


Memeriksa komputer Sister Azlina yang tidak dapat masuk

windows di Wad 1B
Memeriksa CPU di bilik Sister Saniah di Wad 8B
Mengambil aduan kerosakan mengenai masalah printer

printing is pausing di Unit Sumber Manusia oleh Staff

Shila
Mengambil aduan kerosakan mengenai masalah printer

offline di Wad 5B oleh Sister Rosmiha


Membuat cable internet straight through untuk 10 meter
dan 5 meter
Memerksa dan menukar kabel printer di bilik Sister

Jaarah di Wad 5B
Mengambil aduan kerosakan mengenai masalah drum

printer stuck di Makmal Jantung oleh Encik MA Azhar


Mengambil aduan mengenai masalah no connection

internet di bilik Sister di Unit PCU oleh Sister Nishah


Cuti umum semperna Thaipusam

Mengambil aduan kerosakan daripada pengguna


13/02/2017

12 -

17/02/2017

3.2.7 MINGGU 13 14

Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan

20/02/2017

13 -

24/02/2017

27/02/2017

14 -

03/03/2017
3.2.8 MINGGU 15 16

Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan

06/03/2017

15 -

10/03/2017

13/03/2017

16 -

17/03/2017

3.2.9 MINGGU 17 18

Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan

20/03/2017

17 -

24/03/2017

18 27/03/2017
-

31/03/2017
3.2.10 MINGGU 19 20

Minggu Tarikh Ringkasan Tugasan

03/04/2017

19 -

07/04/2017

10/04/2017

20 -

14/04/2017
BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PERKAKASAN KOMPUTER

4.1.1 Pengenalan

Sebuah komputer dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian perkakasan atau pun

dikenali sebagai hardware dan bahagian perisian atau juga dikenali sebagai software.

Perkakasan atau hardware komputer terdiri daripada papan kekunci, tetikus, monitor, papan

induk, RAM, kad video, kad bunyi, dan sebagainya. Perisian pula merupakan program yang

disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan tugasan.

Antara contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) adalah seperti program perisian

Windows, Microsoft Office, Antivirus, Adobe reader, dan sebagainya.

Selain itu, perkakasan komputer juga terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu:-

a) Komputer Sistem Asas


b) Komputer Sistem Multimedia
c) Komputer Sistem Tersedia
4.1.2 Komputer Sistem Asas

Komputer Sistem Asas adalah terdiri daripada sebuah komputer yang mempunyai

perkakasan komputer yang paling sedikit dan asas sahaja. Komputer Sistem Asas ini biasanya

digunakan untuk menulis dengan mudah. Sebagai rujukan/panduan mengenai Perkakasan

Komputer Sistem Asas ini ialah :-

1. Papan Induk ataupun dikenali sebagai motherboard

Papan induk atau motherboard merupakan jantung bagi setiap komputer peribadi.

Papan induk adalah papan litar yang bersaiz besar yang terletak di bahagian chasis unit sistem.

Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat atau dikenali sebagai fibre glass yang

berwarna hijau serta di atasnya pula dipenuhi dengan cip ataupun IC, perintang ataupun

Resistor, kapasitor ataupun Capacitor dan

litar elektronik.

Rajah 4.1.2.1 : Papan induk

komputer riba dan komputer peribadi

2. Unit Pemprosesan Pusat ataupun

dikenali sebagai CPU


CPU merupakan akronim kepada perkataan Central Processing Unit. Ia juga dikenali

dengan nama Processor yang merupakan komponen perkakasan komputer yang paling

penting kerana ia berfungsi untuk memproses data dan menghasilkan maklumat. Ia juga

merupakan peranti elektronik di dalam keluarga Microprocessor.

CPU juga bertindak sebagai otak yang menggerakkan sesuatu aktiviti yang dilakukan

pada sistem komputer. Kebanyakan operasi arithmetik matematik dilaksanakan oleh CPU. Untuk

sistem komputer peribadi, CPU dipasang pada motherboard bagi membolehkan ia beroperasi.

Rajah 4.1.2.2 : Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

3. Ingatan Capaian Rawak (RAM)


Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) merupakan gabungan

beberapa komponen cip di atas satu modul ingatan. RAM juga digunakan unutk menyimpan

data serta perisian aplikasi sistem pengoperasian.

Selain itu, RAM juga dikenali sebagai storan prima yang merupakan salah satu storan

sementara dengan muatan dan boleh dicapai terus oleh unit pemprosessan pusat (CPU) dengan

kelajuan yang pantas. Oleh itu, RAM hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila

komputer ditutup berbanding dengan cakera keras atau cakera optik yang mempunyai ingatan

secara kekal. RAM juga mempunyai beberapa jenis yang berbeza antaranya ialah SIMM,

DIMM, SDRAM, DDR2, RDRAM, dan sebagainya.

Rajah 4.1.2.3 : RAM

4. Cakera Keras (Hard Disk)


Cakera keras merupakan sebuah media simpanan kekal yang mempunyai simpanan kekal

yang mempunyai kapasiti simpanan yang sangat besar malah paling besar berbanding dengan

peranti simpanan yang lain.

Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik.

Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida. Data yang disimpan dan dibaca di

dalam cakera keras menggunakan prinsip kemagnetan. Cakera keras ini disambungkan ke papan

induk sama ada menggunakan antara muka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA

selari.

Rajah 4.1.2.4 : Cakera Keras

5. Pemain Cakera Liut (Floppy Disk)


Pemain cakera liut merupakan peranti yang menyimpan data yang terdiri daripada

kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik

segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan

pemacu cakera liut.

Cakera liut juga dikenali sebagai floppy atau disket (nama yang dipilih agar

menyerupai perkataan kaset) yang biasanya digunakan oleh komputer peribadi dan komputer

rumah pada tahun 1980-an dan 1990-an. Selain itu, terdapat juga pemacu cakera liut yang

berdasarkan USB untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu cakera liut, dan ia berfungsi di

mana-mana mesin komputer yang menyokong USB.

Rajah 4.1.2.5 : Pemain Cakera Liut

6. Kad Video (Video Card)


Kad video ataupun boleh dirujuk sebagai kad pemecutan grafik, adapter paparan, kad

grafik serta terdapat bermacam-macam lagi istilah lain bagi kad video. Kad video adalah sejenis

barang yang digunakan di dalam perkakasan komputer peribadi yang berfungsi sebagai penjana

dan mengeluarkan imej-imej bagi paparan komputer.

Kad video ini juga mempunyai fungsi yang serupa dengan prinsip-prinsip kad bunyi dan

juga alatan perisian yang lain. Istilah kad video ini dicipta untuk memisahkan diantara kad yang

boleh disambung ke dalam slot dengan grafik bersepadu yang terus digabungkan dengan papan

induk (motherboard). Kad video ini dihasilkan dengan menggabungkan BIOS (Basic

Input/Output System), RAMDAC Random Access Memory Digital-to-Analog Converter, cip

RAM dan Unit Pemprosesan Grafik (GPU).

Rajah 4.1.2.6 : Kad Video

4.1.3 Komputer Sistem Multimedia


Komputer sistem multimedia terdiri daripada sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan

juga yang boleh memainkan Video Cakera Padat (VCD), Cakera Padat (CD) dan juga untuk

berkaraoke. Antara senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan

sistem asas seperti :-

1. Kad Bunyi (Sound Card)

Kad bunyi atau sound card merupakan sejenis peranti keras komputer yang berfungsi

untuk megolah data yang berupa audio ataupun suara. Kad bunyi ini biasanya mempunyai ciri

penukar digit ke analog yang akan menukarkan gelombang bunyi digit atau dirakamkan kepada

format analog.

Kad bunyi juga mempunyai penyambung "line in" di mana signal bunyi dari perakam

pita atau sumber bunyi boleh disambungkan. Kad bunyi boleh mendigitkan isyarat ini dan

menyimpannya (dikawal oleh perisian komputer selaras pada cakera keras komputer). Kad bunyi

ini juga dapat dibezakan kepada dua jenis berdasarkan bentuk fizikalnya.

Rajah 4.1.3.1 : Kad Bunyi

2. Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive)


Pemacu CD-ROM merupakan sejenis cakera padat yang menyimpan data yang boleh

dibaca oleh komputer. Pada asasnya, pemacu cakera padat atau pemacu CD-ROM ini boleh

membaca data yang terkandung di dalam sesebuah cakera padat.

Pada masa kini, dengan berkembangnya teknologi baru di pasaran, pemacu cakera padat

atau pemacu CD-ROM ini bukan sahaja boleh membaca data malah ia juga boleh merekodkan

data yang terkandung di dalam cakera padat melalui teknologi laser.

Selain itu, terdapat 2 kaedah yang digunakan untuk menyipan data iaitu kaedah kekal

(rewritable) dan kaedah bolehubah (recordable). Kaedah kekal hanya membolehkan sesuatu data

direkod hanya sekali secara kekal ke atas cakera padat dan data tersebut tidak boleh dipadamkan

langsung. Manakala kaedah bolehubah membenarkan data direkod dan dipadam mengikut

kepada keperluan pengguna.

Rajah 4.1.3.2. : CD-ROM

4.1.4 Komputer Sistem Tersedia / Komputer Internet Tersedia


Komputer sistem tersedia atau komputer internet tersedia ini adalah komputer yang telah

disediakan modem Internet Ready bagi membolehkan melayari internet. Antara senarai

perkakasan sistem internet yang juga tambahan kepada perkakasan sistem asas adalah seperti

berikut :-

a) Modem luar atau modem dalam : Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan untuk

melayari internet.
b) Akaun TMnet atau laring : Akaun untuk mendapatkan hak melayari internet.
c) Satu talian telefon untuk sambungan : Satu media yang membantu menyambungkan

komputer dengan ISP.

4.2 LAPORAN TEKNIKAL 1

4.2.1 Cara-cara Format Komputer (Windows7)


Langkah 1. Masukkan CD bootable ke dalam CD/DVD ROM, kemudian mula klik sama

ada F2, F9, F12 atau Delete di papan kekunci anda untuk masuk ke mode BIOS.

Rajah 4.2.1.1 : mode BIOS

Langkah 2. Setelah memasuki BIOS boot, pilih CD-ROM drive sebagai peranti

boot pertama komputer anda.

Rajah 4.2.1.2 : Memilih CD-ROM drive

Langkah 3. Simpan perubahan tetapan yang telah dibuat. Tekan butang yang ditunjukkan

pada skrin atau pilih save option dari menu BIOS untuk menyimpan konfigurasi anda.
Langkah 4. Memulakan komputer anda dari cakera. Apabila komputer bermula, tekan

kekunci jika anda ditanya sama ada anda ingin boot dari cakera dengan menekan

sebarang kekunci. Selepas anda memilih untuk memulakan dari cakera, Windows

setup akan mula dimuatkan.

Rajah 4.2.1.3 : Windows setup

Langkah 5. Pilih pilihan Windows Setup anda. Apabila Windows Setup loads, anda

akan dipaparkan dengan tertingkap. Sila pilih bahasa pilihan anda, jenis papan kekunci,

dan format masa / mata wang, kemudian klik Next.


Rajah 4.2.1.4 : Windows Setup Loads, pilih bahasa pilihan anda

Langkah 6. Klik butang Install Now.

Rajah 4.2.1.5 : Install Now

Langkah 7. Tanda pada menerima Terma Lesen. Baca terlebih dahulu Terma Lesen

Perisian Microsoft, dan tanda pada Saya menerima terma lesen dan klik Next.
Rajah 4.2.1.6 : Baca Terma Lesen Perisian Microsoft

Langkah 8. Pilih pada Custom (advanced).

Rajah 4.2.1.7 : Pilih Custom (advanced).


Langkah 9. Buat pilihan di mana cakera keras dan partition yang anda mahu untuk install

windows. Cakera keras sebahagian fizikal komputer yang menyimpan data, dan sekatan

pecah cakera keras ke dalam bahagian yang berasingan.

Untuk memadam partition, klik pada pilihan Drive Options(advanced) di

sudut kanan bahagian bawah lapangan. Pastikan partition deserlahkan dan klik

pada Delete. Jika pilihan pemacu maju dikelabukan, maka partition tidak

perlu dihapuskan.

Rajah 4.2.1.8 : Memilih partition dan memadam partition


Langkah 10. Disk 0 Unallocated Space harus menjadi satu-satunya penyenaraian pada

ketika ini. Jika ianya itu tekan Next, dan jika bukan sila padam mana-mana partition

tambahan yang mungkin disenaraikan.

Rajah 4.2.1.9 : Klik Next setelah memdam partition tambahan

Langkah 11. Skrin berikutnya akan memaparkan Installing Windows. Proses ini

mengambil masa kira-kira 10 minit selepas itu sistem akan reboot.

*NOTE: Jangan tekan mana-mana kekunci semasa boot ini sedang proses supaya tidak

mengganggu seluruh pemasangan.


Langkah 12. Skrin berikutnya akan memaparkan Installing Windows sekali lagi untuk

melengkapkan proses pemasangan.

Rajah 4.2.1.10 : Memaparkan Installing Windows sekali lagi.

Langkah 13. Setup is starting windows akan muncul pada skrin, maka anda akan

diminta untuk membuat nama pengguna dan nama komputer.

Rajah 4.2.1.11 : Memaparkan Setup is starting windows.


Langkah 14. Langkah seterusnya akan meminta anda untuk membuat kata laluan untuk

akaun anda (pilihan).

Rajah 4.2.1.12 : Memaparkan pilihan kata laluan akaun komputer

Langkah 15. Skrin berikutnya akan muncul dan meminta anda untuk memilih salah satu

daripada tiga pilihan iaitu: Use recommended settings, Install important updates

only dan Ask me later.

Rajah 4.2.1.13 : Meminta untuk memilih salah satu dari tiga pilihan
Langkah 16. Skrin ini akan membolehkan anda untuk memilih zon waktu tempatan

anda dan juga melaraskan tarikh dan masa.

Rajah 4.2.1.14 : Meminta memilih zon waktu tempatan dan melaraskan tarikh dan masa.

Langkah 17. Klik pada lokasi yang sesuai komputer anda untuk membolehkan

Windows7 melaksanakan tetapan rangkaian yang betul.

Rajah 4.2.1.15 : Memilih tetapan rangkaian.


Akhirnya proses pengformatan ataupun penginstallan semula sistem pengoperasian telah

selesai dan ianya sudah boleh digunakan.

Rajah 4.2.1.16 : Windows7 yang telah siap di format.


4.3 LAPORAN TEKNIKAL 2

4.3.1 Cara-cara membuat cable internet straight through

1. Sediakan semua peralatan yang di perlukan untuk melaksanakan tugas ini. Antaranya

ialah :-

Rajah 4.3.1.1 : Peralatan membuat kabel


PENGHARGAAN

Sepanjang menjalani Latihan Industri di MYSY INTEGRATED SDN BHD, banyak pengalaman

yang telah saya dapat. Di syarikat ini saya telah menimba ilmu yang sangat-sangat berharga

untuk saya gunakan pada masa akan datang. Dari kemahiran-kemahiran teknikal seperti

memasang rangkaian internet sehinggalah kemahiran untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran

di dunia alam pekerjaan yang sebenar. Pengalaman yang sangat berharga ini akan saya jadikan

sebagai satu pendorong untuk saya menempuh dunia pada masa hadapan.

Jutaan terima kasih buat di Telekom Malaysia, Encik Sharuddin Saidon manager ENZ Perak

Utara ,Encik Rajandran A/L Rajoo Pegawai Teknik di Taiping dan Encik Bistamam B. Mohd

Zainal Pegawai di Kuala Kangsar, kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani

latihan industri . Tanpa kebenaran meraka ,belum tentu saya mendapat pengalaman yang

berharga ini di syarikat lain. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang

telah banyak membantu saya,memberi tunjuk ajar,membetulkan kesalahan saya,menunjukkan

contoh yang terbaik dan membimbing saya untuk menjadi seseorang berkemahiran tinggi dalam

bidang yang saya ceburi ini. Akhir kata,diharapkan kita dapat lagi bekerjasama pada masa akan

datang.
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 DAPATAN

Sepanjang menjalani latihan industri di syarikat Telekom Malaysia Berhad , saya telah menimba

pelbagai pengalaman.Di antara perkara yang saya pelajari ialah bagaimana cara untuk

berkomunikasi dengan pelanggan. Walau perkara ini dipandang remeh oleh sesetengah pihak,

pada saya perkara ini adalah sesuatu yang amat penting terutama apabila saya bekerja sendiri

kelak. Kepuasan pelanggan adalah salah satu matlamat syarikat,jadi cara berkomunikasi sangat

memberi impak yang besar dalam perkembangan sesebuah syarikat itu.

Selain itu,saya juga dapat belajar teknik-teknik ketika melakukan kerja-kerja berkaitan

rangkaian. Diantara contohnya adalah, teknik melabel wayar rangkaian, teknik membuat patch

cord dengan cepat dan juga teknik memasang komputer peribadi dengan cekap. Semua teknik ini

akan banyak membantu saya pada masa hadapan.

Akhir sekali,dapatan saya ketika melakukan latihan industri adalah, bagaimana cara untuk

menjadi seorang pekerja yang terbaik. Di syarikat ini, saya telah diajar untuk mematuhi undang-

undang yang telah disediakan.Daripada penjagaan diri sendiri, peraturan syarikat sehinggalah

peraturan yang harus dipatuhi ketika bekerja di lapangan.Semua undang-undang yang dicipta ini
hanyalah untuk menjadikan pekerja sebagai seseorang yang bertanggungjawab dan bagi

memastikan keselamatan mereka.

BAB 6

KESIMPULAN

Kesimpulan daripada menjalani latihan industri,saya mendapati bahawa latihan industri adalah

sesuatu yang sangat penting kepada pelajar politeknik. Mereka harus didedahkan kepada situasi

kerja untuk membuka mata mereka untuk melihat sendiri bagaimana mereka akan berkerja di

bawah bidang yang mereka pilih.

Di dalam bidang pekerjaan yang sebenar,sebenarnya mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang

harus digali oleh pelajar.Dengan adanya silibus latihan industri ini,para pelajar harus

menggunakan peluang ini sebaiknya untuk menimba seberapa banyak ilmu yang boleh didapati.

Diharapkan,pengalaman yang saya rasai ketika latihan industri ini dapat dirasai oleh pelajar yang

lain. Semoga segala kerjasama diantara pihak Politeknik Ungku Omar dan syarikat Telekom

Malaysia dapat melahirkan lebih banyak bakal graduasi yang berkemahiran tinggi.

Anda mungkin juga menyukai