Anda di halaman 1dari 35

salam semua, entry saya kali ni mengenai report latihan industri, kepada sesiapa yang pernah belajar sijil,

diploma atau ijazah mesti korang pernah membuat report mengenai kerja yang anda lakukan sepanjang latihan industri.

Mood sekarang tengah berkobar-kobar nak buat report, yes! suka sangat buat last minit, itulah semangat yang kita mahu!. Post kali ni cuma nak bagi peringatan kepada bakal atau sudah menjalani yang baru nak buat report, sebelum korang semua buat report pastikan korang setting awal dekat , Microsoft Words Pastikan setting dahulu jarak mengikut format yang diberi, contoh bagi politeknik muka surat pertama atas 10cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan kanan 2.5 cm, page kedua dan seterusnya 3cm, bawah 3 cm, kiri 4 cm dan kanan 2.5cm Bukan apa sekiranya korang semua dah siap menaip dan last-last minit nak setting saiz dan format nanti takut semua gambar dan tanda yang diletak akan lari dan tak pasal-pasal, korang kena adjust lain, dah buat kerja dua kali. Sebab saya dah kena, letih nak setting report balik semula mengikut format yang diberikan.

Kepada korang yang tak tahu nak buat objektif dan kepentingan latihan industri, korang boleh copy dan paste dari sini, tapi untuk report taknikal korang kena buat sendirila he..he. Pandai la korang

menggunakan kebijaksanaan korang untuk membuat, mendapatkan report mengikut Pelan. A,B,C.D.E yang korang boleh buat sendiri dan guna!.

1.1

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulang semula latihan industri. Objektif latihan industri adalah seperti berikut :i. Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar. ii. Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubugan baik semasa pekerja.

iii. Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerjakerja praktikal. iv. Untuk mengamalkan peraturanperaturan keselamatan dalam industri. v. Untuk meningkatkan pekerti amanah dan bertanggungjawab. vi. Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan kelak. vii. Untuk menyediakan satu laporan latihan industri setelah tamat latihan.

1.2

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan sebelum dianugerahkan Sijil / Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sesebuah syarikat berpandukan

pembelajaran yang diperolehi semasa menjalani kuliah di Politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan sebenar. Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam halhal pekerjaan sebagai contoh kedatangan /kehadiran dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan sebagainya. Para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Disamping itu, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industri bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerja kerana sesebuah syarikat

memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat mereka

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 6 bulan sebelum dianugerahkan Sijil / Diploma Politeknik. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan sebagainya.

Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industi bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap

pekerjaan kerana sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat.

p/s: Kepada semua pelajar yang akan menjalani latihan industri, semoga berjaya dan yang tengah buat lagi report latihan industri dinasihatkan anda bersungguh, kerana usaha tangga kejayaan..lupa kepada smua pelajar bejaya memasuki ipt. tahniah diucapkan. Mood bekobarkobar buat report, bulan 7 hantar.:DD Paling bagus report latihan industri korang buat sendiri baru nampak usaha dan apa yang kita belajar kita paham. copy sikit-sikit tak pe, jangan lebih-lebih sudah la.

Read more: http://akusobriyaacob.blogspot.com/2011/06/r eport-latihan-industri.html#ixzz2OTai89hc

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan berkat dan ketekunan, akhirnya saya dapat menyiapkan laporan ini sebagai memenuhi syarat penganugerahan Diploma Pengursan Pelancongan. Jutaan terima kasih ditujukan khas buat Cik Noor Zaihan Binti Ishak selaku penyelia yang banyak membantu dengan memberi bimbingan serta teguran yang membina. Penghargaan ikhlas kepada Encik Zaharizuan Bin Azhar selaku Penasihat Akademik dan Penyelaras Latihan Industri di atas dorongan dan panduan yang diberi sepanjang tempoh latihan. Segala tunjuk ajar yang diberikan amatlah dihargai dan disanjungi. Begitu juga dengan pengorbanan dan dorongan yang diberikan oleh ayahanda dan bonda tersayang. Terima kasih. Buat rakan-rakan seperjuangan, semangat dan tunjuk ajar daripada kalian menjadi hadiah yang tidak ternilai. Terima kasih di atas nilai persahabatan dan kemesraan yang dipamerkan. Jasa kalian semua akan dikenang sampai bila-bila.

ABSTRAK

Pertambahan berlipat ganda jumlah pelancong antarabangsa yang melawat Malaysia mempunyai implikasi yang penting terhadap struktur gunatenaga dalam industri pelancongan, terutamanya dalam sektor pemasaran pelancongan, perhotelan dan pengangkutan. Aktiviti-aktiviti galakan, pemasaran dan pembangunan produk pelancongan yang kompetitif tidak akan sempurna tanpa penekanan yang seimbang terhadap pembangunan sumber manusia. Ia merupakan satu komponen yang penting dalam industri pelancongan. Strategi yang kemas dan bersepadu amat perlu untuk mempertingkatkan lagi tahap profesionalisma, jenis dan kualiti perkhidmatan pelancongan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Berdasarkan seruan kerajaan, ISA Travel & Tours telah menyedari peluang ini di samping sokongan kerajaan yang mahukan syarikat bumiputra berkecimpung secara serius dan mampan dalam menjana pertumbuhan ekonomi Negara. Peluang yang diberikan untuk menjalani latihan industri mampu menyediakan individu separa professional. Kemahiran yang diterima mampu menyediakan pelajar menghadapi alam

pekerjaan setelah tamat pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

ABSTRACT

The numerous ascending amount of international tourist to Malaysia give the great value on human resource in tourism industry. Especially in tourism sector, accomodation abd transportation sector. Encouragement activities in tourism development product and marketing aspect cant be excellent without stress on human resource development. Its an importnt component in tourism industry. The tight and solids strategy need to improe the levelof professionalisme, type an quality of tourism service provide by government and private sector. According to government voice ISA Travel & Tours take chance to involve seriously in tourism industry. Chance that give to do some industrial training can provide half professional person. The skills receive by person could prepare the student to involve in work field went finished study at Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. BAB 1: PENGENALAN

1.1. Pendahuluan

Modul T3410 Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelatih ditempatkan di syarikat pelancongan ISA Travel & Tours Sdn Bhd selama satu semester untuk didedahkan dengan suasana pekerjaan sebenar.

1.1.1 Objektif Latihan Industri

Objektif Latihan Industri adalah membolehkan pelajar: a. Membina personaliti individu. b. Berkomunikasi dengan berkesan. c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang

baik. d. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. e. Menghasilkan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.

1.2 Latar Belakang Syarikat 1.2.1 Sejarah Penubuhan Pada tahun 1990, Encik Ishak Bin Abd Hamid iaitu Pengarah Urusan ISA Travel & Tours telah menubuhkan sebuah syarikat perkhidmatan bas pekerja di atas nama syarikat Ishak Abd Hamid & Rakan-rakan dengan menjawat jawatan sebagai pengarah syarikat. Perniagaan bermula dengan 11 buah bas pekerja. ISA Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 26 November 1997 di bawah Akta Syarikat 1965. Beralamat di No. 11, Lorong Machang 1, Taman Pengkalan Machang, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang. Syarikat ini memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM 500 000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu Sahaja) modal berbayar. Pada Ogos 2007, syarikat telah memperolehi lesen untuk menjalan perniagaan ke luar negeri. Kini syarikat telah mempunyai 7 buah bas persiaran, 2 buah van persiaran, 3 buah bas sekolah dan 2 buah bas sewa khas.

1.2.2 Carta Organisasi Syarikat

Rajah 1.1 Carta Organisasi Ahli Lembaga Pengarah

Rajah 1.2 Carta Organisasi Pengurusan Syarikat

Rajah 1.3 Carta Pemandu Bas Persiaran

Rajah 1.4 Carta Pemandu Bas Sekolah

Rajah 1.5 Carta Pemandu Bas/ Van Pekerja

1.3 Profil Syarikat

Nama Pendaftaran : ISA Travel & Tours Sdn Bhd Alamat : No. 11, Lorong Machang 1, Taman Pengkalan Machang, Sungai Dua, 13800 Butterworth,Seberang Perai(U), Pulau Pinang. No. Telefon : 04-3562943 No.Faksimili : 04-3562543

1.3.1 Tujuan Penubuhan

a. Menambahkan bilangan penyertaan bumiputera di dalam bidang bas persiaran dan pelancongan di Pulau Pinang memandangkan bilangan yang masih sedikit. b. Memperkenalkan destinasi yang menarik dan indah diseluruh negara kepada pelancong dari dalam dan luar negara dengan perkhidmatan pengangkutan yang selesa dan cekap. c. Menawarkan pakej perkhidmatan yang selesa, menarik dan berpatutan. d. Menjadi agen pilihan yang unggul dalam pemasaran produk pelancongan. e. Menjadi pilihan yang unggul dalam pemasaran produk pelancongan. f. Menjadi perkhidmatan pengangkutan yang menjadi pilihan di Pulau Pinang. g. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang cekap, unggul dan professional.

1.3.2 Moto Syarikat

Moto syarikat ialah menawarkan perkhidmatan yang selesa dan cekap serta profesional. 1.3.3 Visi Syarikat

a. Menjadikan syarikat sebagai agen perkhidmatan yang pertama dijadikan pilihan oleh pelanggan. b. Mengembangkan perniagaan ke luar negeri (outbound). c. Menambahkan perniagaan perkhidmatan bas ekspress.

1.3.4 Misi Syarikat

a. Menjadikan pelanggan merasa dihargai dan penuh kepercayaan terhadap perkhidmatan yang disediakan. b. Meningkatkan mutu perkhidmatan bas dan menawarkan pakej-pakej yang menarik. c. Menjadikan ISA Travel & Tours sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang selesa, menarik dan cekap. 1.3.5 Logo Syarikat

1.3.6 Maklumat Am Syarikat No.Syarikat ISA Travel & Tours Sdn Bhd ditubuhkan pada 26 November 1997. ISA Travel & Tours Sdn Bhd telah berdaftar dengan: i. Kementerian Pelancongan Malaysia No. Lesen KKKP/PLN: 3356 bagi menjalankan a) Agen Pengembaraan b) Perniagaan Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri c) Perniagaan Pengendalian Pelancongan Luar Negeri ii. Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Malaysian Association of Tour And Travel Agents MATTA) No. Ahli: MA 0000 iii. Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia PERDASAMA (Malay Entrepreneur and Industrialists Association

of Malaysia) No.Ahli: 00000000 iv. Kementerian Kewangan Malaysia Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera No. Rujukan Pendaftaran: 357-oooooo2 bagi menjalankan a) Pengangkutan Penumpang b) Agen Pengembaraan v. Setiausaha Syarikat: 1.3.7 Maklumat Ahli Lembaga Pengarah

1.3.10 Kontrak Kerajaan Yang Telah Diperolehi Oleh ISA Travel & Tours Sdn Bhd Bagi Bulan Januari sehingga Mei 2009

1. 3.11 Syarikat- syarikat yang telah bekerjasama dengan ISA Travel & Tours Sdn Bhd

BAB 2: RINGKASAN HARIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan mengenai rumusan ringkasan harian yang dilakukan. Pelatih melihat skop industri ini telah menjadi salah satu di antara industri terpenting yang menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu menjadi penyumbang utama pendapatan wang. Bab ini menyenaraikan mengenai perkara-perkara yang telah di pelajari dari minggu pertama sehingga minggu terakhir. Pelbagai pendedahan mengenai industri sebenar di ketahui.

2.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

2.2.1 Minggu Pertama Tarikh/Hari Catatan 19.01.2009/Isnin i Menghadiri mesyuarat yang dikendalikan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, (MTPN) Pulau Pinang di Tingkat 56, Kompleks Tun Abdul Razak(KOMTAR). Bertajuk XCape Holiday Participations 2009.

20.01.2009/Selasa i Membantu staff membuat permohonan Pengecualian Pemandu Pelancong Sempena Musim Perayaan dengan kerjasama Atieza Trans Holiday, Terengganu ii Diberikan tugasan memperbaharui Kontrak dengan syarikat penginapan dan pengangkutan di seluruh Malaysia. Pelatih diberi kepercayaan daripada pengurus untuk menandatangani segala Contract Rates yang telah diterima buat pihak pengurus. 21.01.2009/Rabu i Diperkenalkan dengan sistem Smart Pay Petronas. Sistem ini merupakan sistem penggunaan bahan bakar. ii Diberikan tugasan memperbaharui Kontrak dengan syarikat penginapan dan pengangkutan di pulau-pulau seluruh Malaysia. 22.01.2009/Khamis i Bertemu pelanggan di Penang Bridge Sdn Bhd untk penyelesaian pembayaran perkhidmatan yang telah diberikan disamping mengaturkan sesi lawatan yang baru buat pelanggan. 23.01.2009/Jumaat i Mempelajari mengenai peraturan penggunaan Pemandu Pelancong di dalam setiap bas persiaran syarikat. ii Mempelajari cara penyelesaian masalah di dalam penggunaan khidmat Pemandu Pelancong.

24.01.2009/Sabtu i Menerima pembayaran daripada pelanggan secara walk in . ii Merekodkan wang yang diterima daripada pelanggan ke dalam buku Wang Keluar/Masuk dan menyerahkan wang kepada pengurus syarikat. Di sini saya mengamalkan konsep amanah dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ringkasan harian dibuat dalam bentuk jadual..tapi dah copy paste lam ni x jadi petak

2.4 Kesimpulan

Melalui program latihan industri ini, pelatih telah banyak didedahkan dengan lapan komponen di dalam industri hospitaliti dan pelancongan. Sesuatu pembangunan pakej boleh mencapai kejayaan hanya dapat dilakukan dengan kerjasama semua pihak dan perancangan yang teliti dan baik. Pelatih berpendapat bahawa koordinasi antara semua pihak termasuklah operator pelancongan lain di dalam sektor ini adalah sangat penting. Selepas latihan ini, pelatih merasa lebih memahami

peranan- peranan yang dimainkan oleh operator pelancongan, agensi pelancongan, dan sektor penginapan. Dengan itu, pelatih lebih jelas dengan bidang kerjaya yang diminati dan dapat membuat perancangan untuk menceburinya selepas tamat pelajaran di Politeknik. BAB 3 : PENGURUSAN AGENSI PELANCONGAN

3.1 Pengenalan

Perniagaan pelancongan mempunyai potensi untuk merangsang ekonomi di samping memberi impak positif kepada sosial dan persekitaran. Pertumbuhan dalam industri pelancongan sebenarnya di pengaruhi dan dikuasai oleh pasaran pelancong. Ini membuktikan bahawa industri pelancongan sebenarnya merupakan kombinasi perniagaan-perniagaan kecil yang berkaitan iaitu penginapan, pengangkutan, hiburan dan membelibelah termasuklah perniagaan syarikat pelancongan. Pada bab ini pelatih telah merekodkan beberapa perkara yang dipelajari mengenai pengurusan agensi.

3.2 Dekorasi Reka Bentuk Pejabat

Pelatih memerhatikan kawasan pejabat masih terdapat beberapa bahagian di dalam pejabat yang kelihatan agak bersepah. Maklumat-maklumat di papan-papan kenyataan dan papan-papan maklumat tidak diperbaharui. Oleh itu, pelatih telah membuat sedikit pengubahsuaian. Pekerja-pekerja di sana agak sibuk, pelatih mengambil kesempatan untuk melakukan sedikit ubahsuai. Kaunter hadapan disesuaikan dengan fungsi sebagai tempat menunggu sebelum membuat temujanji dengan operator pelancongan. Kaunter Hadapan turut memainkan peranan sebagai tempat jualan. Alat komunikasi merupakan elemen penting dalam penjualan. (Rujuk Lampiran C). Setiap pekerja seperti operator pelancongan, bahagian akaun dan sebagainya mempunyai kawasan bekerja sendiri. Tempat pekerja sentiasa menunjukkan penampilan yang baik. Kawasan persendirian juga terdapat dengan wujudnya pejabat persendirian sebagai contoh Pejabat

Pengurus yang digunakan seperti pengurus mengadakan temujanji dengan pelanggan seperti pelanggan korporat. Reka dalaman sebuah agensi pelancongan mempunyai beberapa elemen penting seperti ruang, lampu, bunyi, warna dan aksesori. Beberapa aksesori turut digunakan seperti pokok hiasan. Cahaya yang terang ditempat kerja adalah baik untuk semua pekerja menjalankan tugas dengan lebih baik. Warna syiling yang digunakan adalah warna yang terang dan bersih. Mengenai bunyi pula, karpet digunakan bagi membantu menghalang bunyi bising. (Rujuk Lampiran D). Pelatih mendapati konsep reka dalaman agensi telah sempurna. Pelatih mengambil keputusan untuk mendekorasi beberapa kawasan di dalam pejabat seperti papan kenyataan, rak penyusunan broshur, dan penyusunan fail-fail di almari.

Rajah 3.1 : Proses Pengubahsuaian Pejabat

Gambarajah 3.1(a) : Lakaran Kawasan Ubahsuai.

3.3 Pengurusan Kewangan

3.4 Kesimpulan

Pelatih telah memperolehi peluang untuk melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap beberapa kawasan di pejabat. Pelatih dapat menambahkan kemahiran dalam rekaan pejabat. Melalui aktiviti pengubahsuaian pejabat pelatih juga mendapat kerjasama dari pihak syarikat. Pelatih juga di beri peluang untuk menggunakan mesin Money Detector Machine disamping berpeluang mempraktikkan segala yang di pelajari bagi sesi teori mengenai wang tiruan dan wang asli.

dan seterusnyalah untuk bab lain2..

BAB 7 : KESIMPULAN 7.1 Kesimpulan

Hasil laporan ini secara keseluruhannya dapat memberi informasi yang berguna khususnya mengenai perkara-perkara yang dilakukan oleh

syarikat pelancongan swasta. Sepanjang menjalani latihan di syarikat ini iaitu di syarikat ISA Travel & Tours Sdn Bhd pelatih memperolehi pelbagi pengetahuan serta pengalaman baru yang mengajar pelatih erti kehidupan dalam kerjaya bidang pelancongan. Di syarikat ini juga, pelatih dapat mengetahui kemampuan dan mengenalpasti kelemahan yang ada disamping mempertajamkan lagi teori yang dipelajari di Politeknik. Dalam tempoh 5 bulan pelatih amat berpuas hati dengan kerjasama, perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan oleh staff tidak kira apa jua pangkat. Pada pandangan pelatih syarikat ini merupakan sebuah firma yang mampu berkembang pesat di dalam bidang perkhidmatan pengangkutan serta pelancongan. Oleh demikian, kerana setiap sesuatu tugas perlukan kerjasama dalam semua bahagian untuk memudahkan proses kerja dan mempercepatkan urusan tersebut. Pelatih juga telah mengetahui cara-cara untuk menerima tempahan perkhidmatan pengangkutan ..................................... 8.2 Cadangan

Latihan Industri yang telah dijalani di sini amatlah saya hargai. Daripada latihan ini saya ingin membuat beberapa cadangan iaitu kepada : i Syarikat/Firma ii Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

8.2.1 Syarikat/Firma Selama berada di sini, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan yang munasabah agar reputasi syarikat ini dapat ditingkatkan iaitu: i Menambahkan bilangan staff untuk semua department. ii Menggantikan peralatan lama yang sering rosak dengan peralatan yang baru. iii Mewujudkan Anugerah Pekerja Cemerlang untuk menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih keras dan berkualiti. iv Memperluaskan perkhidmatan syarikat ke tahap antarabangsa supaya perkhidmatan yang ditawarkan mendapat pasaran yang meluas. v Memberikan kemudahan internet kepada setiap pekerja supaya segala urusan yang melibatkan internet tidak akan tergendala khususnya dalam proses membuat pakej pelancongan.

..................................................

8.6 Analisis SWOT

Analisis SWOT digunakan untuk mengenalpasti masalah yang wujud ini dengan lebih teliti dan jelas lalu mencari penyelesaian dan mengenalpasti faktor-faktor strategi yang berkaitan dalam membuat keputusan. Analisis SWOT merupakan kaedah lembut dalam proses membuat keputusan. Tujuan utama ialah analisis SWOT adalah mengenalpasti sifat-sifat seperti Kekuatan (strength), Kelemahan (weakness), Peluang (opportunities), dan Ancaman (threats). Tujuan utama ini bukan sahaja membina analisis SWOT tetapi adalah untuk menterjemahkan keputusan analisis itu kepada langkah-langkah yang khusus untuk membantu mengembangkan sesebuah firma dengan jayanya. Walaupun analisis

SWOT merupakan satu pandangan ringkas terhadap situasi analisis, hal ini adalah berdasarkan 4 asas yang penting iaitu: a) Mengenalpasti trend dalam industri b) Mengenalpasti pesaing-pesaing industri c) Menilai firma sendiri d) Menyelidik pelanggan yang sedia ada dan perspektifnya.

Jadual 8.1 :Analisis SWOT Bil Perkara Keterangan 1 Kekuatan (strength) a. Reputasi yang baik dalam industri b. Kedudukan kewangan yang stabil c. Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan perkhidmatan pengangkutan selama 17 tahun d. Bersedia mengambil inisiatif untuk memasarkan produk syarikat e. Mempunyai imej yang baik di kalangan pesaing f. Bilangan pengangkutan yang semakin bertambah dari masa ke semasa g. Mempunyai rekod perniagaan untuk meyakinkan

pelanggan dan institusi kewangan h. Organisasi yang terdiri daripada ahli keluarga sendiri

2 Kelemahan (weakness) a. Pengurus yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pelancongan b. Organisasi terlalu menumpukan ke arah perkhidmatan pengangkutan c. Tidak mempraktikkan aktiviti pemasaran secara meluas d. Terlalu fokus kepada pelanggan korporat e. Staff yang tidak mencukupi bagi setiap bahagian f. Terminal bas syarikat jauh dari pejabat pengurusan

3 Peluang (opportunities) a. Pembangunan infrastruktur yang pesat b. Permintaan tinggi dalam perkhidmatan pengangkutan c. Permintaan tinggi dalam pakej-pakej pelancongan d. Kemudahan perkongsian maklumat melalui beberapa persatuan e. Terdapat banyak organisasi/individu di kawasan

persekitaran yang memerlukan khidmat syarikat sebagai operator pelancongan f. Ahli pengurusan yang berkelulusan dalam bidang pemasaran

4 Ancaman (threats) a. Tidak membenarkan penggunaan internet di kalangan staff b. Tiada penggunaan CCTV bagi keselamatan c. Persaingan dari pesaing disekitar yang sangat sengit d. Kenaikan harga bahan bakar pengangkutan e. Pelbagai penyakit yang mengancam industri pelancongan

Jadual 8.2 : Strategi Yang Telah Digunakan Bil Keterangan 1 Memadankan kekuatan diri dengan peluang dan mewujudkan strategi Kekuatan-Peluang dengan menggunakan kekuatan demi merebut peluang a. Menggunakan reputasi yang baik untuk merebut peluang permintaan yang tinggi daripada pasaran daripada segi perkhidmatan pelancongan(pakej). b. Pengalaman selama 17 tahun dalam segi

perkhidmatan pengangkutan dapat merebut peluang dalam permintaan pasaran bagi penyediaan perkhidmatan pengangkutan 2 Memadankan kelemahan organisasi dengan peluang dan mewujudkan strategi KelemahanPeluang untuk mengatasi kelemahan dengan peluang yang ada a. Ahli pengurusan yang terdiri dari keluarga sendiri membantu pengurus memahami pengurusan pelancongan b. Mengatasi masalah mempraktikkan aktiviti pemasaran dengan ahli pengurusan yang berkelulusan khusus dalam pemasaran 3 Memadankan kekuatan organisasi dengan ancaman dan mewujudkan strategi KekuatanAncaman untuk mengelakkan daripada ancaman dengan menggunakan kekuatan a. Staff sanggup mengambil inisiatif lain untuk memasarkan produk syarikat walaupun tidak menggunakan internet b. Mampu menggunakan rekod yang sedia ada dalam perniagaan dalam persaingan yang sengit

4 Memadankan kelemahan organisasi dengan

ancaman dan wujudkan strategi KelemahanAncaman untuk mengurangkan kelemahan dan mengelakkan ancaman a. Mampu menambahkan bilangan staff untuk aktiviti pengurusan syarikat b. Berpotensi meningkatkan aktiviti dalam pelancongan berdasarkan pengalaman

8.2.2 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin i Memberi kelonggaran kepada pelajar untuk menjalani latihan industri di dua tempat yang berbeza samada agensi kerajaan atau swasta. ii Memberi elaun tambahan kepada pelajar yang sedang menjalani latihan industri.

RUJUKAN

Anderson, Luella F. and Littrell, Mary Ann. Souvenir-Purchase Behavior of Women Tourists.

Annals of Tourism Research 22. 1995 Ashiba, Hiroyasu, Introduction To Tourism Study (In Japanese): Mineruba Syobou, 1994. Dunn, Graham M.S. Anomie, Ego-Enhancement and Tourism. Annals of Tourism Research 15. 1977 McIntosh, Robert W., Goeldner, Charles R., and Ritchie, J.R.Brent, Tourism: Principles, Practices, Philosophies (7th ed.): John Wiley & Sons,Inc.,1996. Nurwati Badarulzaman , Kertaskerja Bengkel Asas Pemandu Pelancong Bumiputera, Universiti Sains Malaysia, 1994. Profil ISA Travel & Tours Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai