Anda di halaman 1dari 6

BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Pelajar sebagai pelajar Latihan Industri ingin memberikan sedikit dapatan dan
cadangan untuk syarikat Ortustech Malaysia Sdn Bhd untuk memberitahu serba
sedikit pandangan dari sisi pelajar tentang syarikat ini dan dapat memudahkan
proses menambah baik serba sedikit kekurangan yang ada pada syarikat.

5.2 Dapatan

Sepanjang tempoh 20 minggu menjalani Latihan di Ortustech Malaysia Sdn


Bhd, saya banyak memperolehi pengetahuan dan pengalaman baru yang amat
berguna dan berharga sebagai seorang pelajar yang akan melangkah masuk ke
alam pekerjaan akan datang. Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada untuk
pelajar politeknik berbanding pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain. Saya
amat berpuas hati dengan Kerjasama, perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan
oleh kakitangan Ortustech tidak kira pangkat dan kedudukan. Pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh dapat menambah kemahiran yang sedia ada dan dapat
membuktikan pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah sangat berkesan dalam
membina pelajar yang berkemahiran dan berhemah.

Antara pendapat atau pandangan yang pelajar ingin berikan ialah:


 Kemudahan alatan yang disediakan amat memudahkan para pekerja untuk
melakukan tugas.
 Setiap pekerja harus bersikap positif dalam melakukan tugas dan kerja yang
diberikan.
 Para pekerja harus mengutamakan keselamatan ketika berada di kawasan
kerja dengan memakai Jumpsuit dan keperluan yang wajib dipakai sebelum
masuk ke dalam Production.
 Setiap pekerja perlu memastikan persekitaran sekeliling dalam keadaan yang
bersih dan selamat terutamanya dalam menghadapi Norma hidup yang
baharu dimana perlu mengikut setiap SOP ketika fenomena Virus Covid 19 ini
berlaku.
 Setiap pekerja harus menepati masa yang dijanjikan kepada pelanggan
mengikut masa yang telah ditetapkan.
 Setiap pekerja hendaklah fokus akan target yang telah ditentukan iaitu perlu
mencapai 2000 keluaran setiap model setiap hari.
 Setiap pekerja perlu berjanji akan mematuhi setiap skop kerja yang telah
ditetapkan oleh syarikat.
 Pekerja tidak dibenarkan untuk menyebarkan sebarang maklumat berkaitan
syarikat kepada orang luar.
 Pihak atasan syarikat sangat mengambil berat akan keselamatan, kesihatan
dan kemudahan setiap pekerja.
 Pihak atasan syarikat sangat mementingkan ketepatan dan kesempurnaan.
5.3 Cadangan

Penerimaan saya untuk menjalankan Latihan Industri di Ortustech Malaysia


Sdn Bhd amatlah dihargai. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan
dan idea yang mungkin boleh digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan
datang.

Pihak syarikat perlu fokus dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar Latihan
industri. Hal ini kerana, sesetengah perkara yang diajar tidak habis dan membuat
pelajar keliru dengan sesuatu kerja yang perlu dibuat.

Pihak ketua pelatih hendaklah sentiasa memberi maklumat terkini kepada


pelajar industri. Hal ini demikian kerana, pihak pelajar mahupun pihak politeknik
dapat mengetahui perkembangan berkaitan dengan keadaan sekeliling syarikat.
Oleh demikian ia dapat memupuk hubungan erat antara pihak industri dengan kolej
vokasional yang dapat menanam kepercayaan dan kerjasama kepada pihak syarikat
untuk mengambil pelajar praktikal tersebut.

Selain itu, Pihak industri perlulah menyediakan tugas – tugas khas yang
berkaitan dengan teratur. Hal ini kerana terdapat kekeliruan dalam mengagihkan
pelajar untuk tugasan setiap minggu. Pihak industri perlu membuat satu jadual khas
untuk pelajar industri dan tetapkan kerja – kerja dan memastikan setiap pekerja
dapat jalankan mesin yang mempunyai model tersendiri. Perkara sebegini penting
kerana dapat mengetahui tahap kemahiran dan prestasi pelajar tersebut.

Tambahan pula, Pihak Industri perlulah lebih memberikan perhatian kepada


pelajar industri sama ada memberikan satu tugasan yang perlu dilaksanakan agar
pelajar dapat merekodkan laporan pada bahagian aktiviti harian. Pihak Industri
seharusnya memberikan maklumat yang lebih lanjut serba sedikit berkaitan syarikat
bagi memudahkan pelajar untuk mencatatkan maklumat tersebut di dalam laporan.

Justeru itu, keseluruhan mingguan yang dilaksanakan berjalan dengan lancar


walaupun terdapat masalah dan kekangan berkaitan dengan Virus Covid yang
melanda negara kita. Sepanjang Latihan industri ini, tiada masalah yang menimpa
dan dapat diselesaikan dengan baik bersama sama operator lain. Oleh itu, syarikat
Ortustech adalah antara syarikat yang menawarkan pekerjaan yang menarik dan
sangat terbaik.

Akhir kata, saya berharap para pelajar tidak mensia – siakan peluang yang
diberikan semasa Latihan industri dengan menggunakan pengetahuan dan
pengalaman yang diperolehi sebagai bekalan untuk memasuki persekitaran kerja
kelak. Benarlah orang kata peluang hanya sekali dan ianya tidak akan datang
bergolek tanpa usaha yang tidak pernah putus. Kekalkan bersemangat dan buktikan
yang generasi Z mampu berjaya walau dengan apa bidang sekalipun.
BAB 6

KESIMPULAN

Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman,


pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Latihan Industri
adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari. Ini jelas dengan konsep
ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan
tidak akan memberi apa – apa kesan. Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah
tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah
– ubah.

Latihan industri ini banyak mengajar saya tentang sesuatu benda yang luar
dari kemampuan untuk melakukan sesuatu tugasan dengan sebaik mungkin. Hal ini
juga dapat memberikan saya pengalaman yang sangat menarik dan menyeronokkan
sepanjang tempoh Latihan praktikal. Saya juga dapat memperoleh pelbagai idea –
idea yang bernas dalam melakukan sesuatu tugasan yang diarahkan. Malahan, saya
juga dapat berfikiran positif dan matang dalam menyelesaikan permasalahan dalam
sesebuah tugasan. Segunung harapan yang diinginkan iaitu agar dapat mewujudkan
keyakinan diri yang tinggi sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Latihan industri adalah untuk mendedahkan pelajar kepada suasana


persekitaran kerja yang sebenar. Ia adalah suasana yang berbeza di mana pelajar
perlu lebih berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, bersemangat, berfikiran matang
dan professional dalam setiap masalah kerja yang dihadapi. Di samping itu, sikap
kreatif dan pintar juga amat penting kerana dapat melahirkan individu yang
professional di dalam sesebuah organisasi. Pelajar dapat memahami apa erti
menepati masa lebih lanjut dan mempertekankan lagi kepentingan masa dalam rutin
harian.
Akhir kata, banyak ilmu dan pengalaman yang sangat berharga telah saya
kumpulkan sepanjang berada di Ortustech Malaysia Sdn Bhd. Tetapi masih belum
cukup dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Dengan adanya Latihan industri
ini, ia dapat menyedarkan pelajar betapa pentingnya pendedahan awal dan ketelitian
aspek kerja sebenar untuk di dalami sepenuhnya oleh pemikiran dan perbuatan.
Walhal, Latihan ini juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pergaulan
antara rakan sekerja. Selain itu, saya dapat mengenali pelbagai bangsa dan agama
sama ada warganegara ataupun warga asing yang mana saya dapat belajar erti
kesabaran, kerjasama dan kesedaran dalam menghadapi alam pekerjaan. Ia banyak
mengajar saya untuk lebih menitik beratkan hal hubungan sosial dengan lebih baik.
Justeru itu, saya bersyukur kerana dapat melanjutkan lagi untuk bekerja di syarikat
ini.

Anda mungkin juga menyukai