Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara
yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar
sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan.
Latihan industri ini juga adalah merupakan satu cabang untuk membina keyakinan diri
dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi
pada masa akan datang.

Ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selok-
belok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping
itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi pelajaran-
pelajaran dalam bidang sains komputer yang telah saya pelajari.

Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi
menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki cara
saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat
latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama. Saya
berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani latihan
industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana
syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita mohon.
CADANGAN DAN KOMEN

Latihan industri yang dijalani benar-benar telah membuka pandangan mengenai alam
pekerjaan sebenar. ini kerana ia telah:

• Menyedarkan kepentingan latihan industri


• Membantu pelatih menghayati realiti kehidupan di alam pekerjaan
• Memberi pengalaman dan pengetahuan terhadap operasi dan perlaksanaan yang
sebenar dalam realiti pekerjaan.
• Memanfaatkan pengetahuan yang telah dipelajari dan organisasi mengenai
bagaimana organisasi beroperasi.
• Meningkatkan kemahiran komunikasi dan prosedur kerja.
• Memberi keyakinan untuk menempuh alam pekerjaan pada masa akan datang.
• Memberikan peluang untuk meluaskan kemahiran serta pengetahuan yang
dipelajari di tempat latihan.

Anda mungkin juga menyukai