Anda di halaman 1dari 8

MAKLUMAT PELATIH

NAMA PELAJAR : MUHAMAD ALI B OTHMAN

NO. PENDAFTARAN : DTP 0810113

NO. I/C : 870629-11-5067

JABATAN : PEMESINAN AM

KURSUS : DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN

NO. TELEFON : 0176545896

NAMA FIRMA : MASTER ENGINEERING & TRADING SDN. BHD

ALAMAT FIRMA : MASTER ENGINEERING & TRADING SDN. BHD

NO. 13, JALAN INDUSTRI BATU CAVES ¼,

TAMAN PERINDUSTRIAN BATU CAVES,

68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN.

NO. TELEFON FIRMA : 03-61860697 / 61873792

TEMPOH LATIHAN : 3 bulan

SUPERVISOR : MRS. CHEAH

JAWATAN : ADMIN & FACTORY

NO TELEFON : 03-61860697

TEMPOH LATIHAN : 6 julai 2010-7 oktober 2010

TANDATANGAN TARIKH

………………………….

i
PENDAHULUAN

Menjalani latihan industri ini merupakan program latihan kerja yang sebenar,
bagi tujuan melatih diri masing-masing dalam mempraktikkan ilmu pengetahuan
semasa di industri melalui kerja yang dijalankan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan
industri bagi tujuan penganugerahan sijil atau diploma apabila tamat pengajian kelak.
Antara tujuan latihan industri ialah:

- Dapat mempelajari atau memperbaiki kelemahan yang ada pada pelajar


melalui pekerja yang lebih banyak pengalaman

- Berkomunikasi dengan lebih berkesan

- Mengamalkan etika dan peraturan kerja dengan baik yang disediakan


oleh sesebuah syarikat tersebut

- Memberi pendedahan sebenar alam pekerjaan

- Menghasilkan laporan latihan industri yang berkaitan dengan kursus yang


diambil oleh pelajar

- Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik


sesama pekerja lama

- Memberi peluang kepada pelajar dalam membuat kerja-kerja berkaitan


industri

- Memberi peluang serta pendedahan kepada pelajar tentang persekitaran


professional yang berkaitan kepada suatu bidang yang diceburi

ii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah saya penjatkan rasa syukur yang berpanjangan terhadap


Tuhan Rabbul Jalil dengan limpah kurnianya dan dengan izin maka dapatlah saya
menjalani latihan industri dengan selamat dan jayanya di syarikat MASTER
ENGINEERING & TRADING. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Mrs
Cheah selaku admin & factory kerana telah memberi peluang kepada saya untuk
menjalankan latihan industri di Master Engineering & Trading Sdn Bhd Batu Caves.
Sepanjang menjalani latihan di Master Engineering & Trading Sdn Bhd, Mrs. cheah
Telah banyak memberikan bimbingan secara tunjuk ajar kepada saya dengan begitu
baik sekali, di atas penghargaan ini juga saya berikan kepada para pekerja di setiap
bahagian yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menjalani latihan praktikal
antaranya bahagian Operator pengeluaran, Pemesinan konvensional, Pemesinan
Cnc, Pemasangan dan lain-lain.

Seterusnya saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik


syarikat Master Engineering & Trading Sdn Bhd iaitu Mr cheah Kerana beliau telah
banyak membantu dan menyokong saya dari pelbagai sudut contohnya dari segi
kebajikan saya bagi memastikan setiap pelatih dan pekerjanya berada dalam
keadaan baik dan selamat.

Tidak lupa juga kepada rakan, dan pekerja-pekerja senior yang tidak lokek
berkongsi ilmu dengan saya dan bertungkus lumus dalam membantu saya memberi
maklumat dan data-data bagi melengkapkan lagi laporan saya semasa menjalani
latihan industri bagi menyiapkan satu buku laporan penuh latihan industri. Budi dan
tunjuk ajar serta jasa baik kalian amat saya hargai, hormati dan tidak akan saya
lupakan.

SEKIAN, TERIMA KASIH

iii
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan salah satu langkah pembelajaran yang


diperkenalkan kepada setiap pelajar yang sedang menjalani pengajian mereka di
Institusi kemahiran terutamanya di IKBN. Latihan ini biasanya akan dijalani oleh
setiap pelajar dalam tempoh masa tertentu sepanjang pengajian mereka di Institusi
tersebut. Tujuannya adalah untuk pelajar memahami dan mempraktikkan apa yang
dipelajari di kampus akan digunakan semasa Latihan Industri nanti.

Walaubagaimanapun, objektif utama latihan industri dilaksanakan ialah:-

a) Memberi pendedahan yang sewajarnya kepada pelajar berkenaan


dengan alam pekerjaan yang sebenar.
b) Membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan teori yang telah
dipelajari dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
c) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang
baik antara pelajar dengan individu yang lain.
d) Menanamkan sifat amanah, tanggungjawab dan berkeyakinan diri
menerusi latihan kepimpinan yang diberi.
e) Membiasakan diri pelajar dengan mengamalkan peraturan-peraturan
keselamatan di dalam industri.
f) Mengukuhkan keyakinan pelajar terhadap apa yang perlu dilakukan.
g) Mencetuskan daya kreativiti dan inovasi pelajar menerusi projek-
projek yang dihasilkan.
h) Menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan

iv
KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan asas bagi mendedahkan setiap pelajar menjalani


pengajian dengan kerjaya yang bakal di ceburi oleh mereka selepas tamat pengajian
nanti. Ia adalah penting untuk pelajar melihat sendiri perkaitan diantara teori yang
dipelajari dengan kerja yang dijalankan di firma-firma tertentu.

Selain sebagai satu syarat untuk mendapatkan sijil atau diploma, latihan ini sangat
penting bagi setiap pelajar memahami konsep serta pembinaan kerjaya dalam
bidang masing-masing.

Ia juga adalah sebagai satu persediaan yang baik kepada pelajar bagi melahirkan
seorang lulusan yang berkeyakinan, berkepimpinan dan bertanggungjawab terhadap
tugas yang perlu diselesaikan ketika mejawat sebarang jawatan nanti.

Dengan ini, secara tidak langsungnya dapat melahirkan seorang tenaga kerja yang
mahir dan sesuai dengan kehendak serta keperluan negara untuk melahirkan rakyat
yang berilmu dan berkemahiran bagi mencapai wawasan negara pada masa akan
datang kelak.

v
SKOP LATIHAN INDUSTRI

Selama menjalani latihan industri di sebuah kilang MASTER ENGNEERING,


dapatlah dibuat sedikit kupasan tentang skop latihan yang dijalankan di kilang ini.
Dibawah ini dinyatakan skop latihan yang diterima :

a) Pembabitan setiap pelajar dalam setiap tugas secara kumpulan atau


perseorangan.
b) Inisiatif pelajar dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti atau tugas yang diberikan
dibawah pengawasan penyelia dan juga pekerja yang mahir dalam menjalankan
kerja yang dilakukan.
c) Penjelasan mengenai proses atau prosedur akan diberikan dibawah pengawasan
penyelia, diikuti dengan latihan praktikal oleh pelajar untuk memahami dengan
lebih lanjut.
d) Perbincangan dengan penyelia mengenai masalah-masalah atau perkara-
perkara yang tidak jelas dan kemudian diterangkan secara lebih terperinci.
e) Setiap tugasan perlu dibuat laporan agar penyelia dapat menilai sejauh mana
pelajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.
f) Menggalakkan pelajar khususnya dalam aktiviti perbincangan dengan memberi
cadangan atau pendapat disamping meningkatkan lagi produktiviti syarikat.Hasil
daripada skop latihan industri dinyatakan dibawah :
a) Pelajar didedahkan pengetahuan teori dan kerja praktikal.
b) Kemahiran dan pengalaman yang baru akan menambahkan lagi ilmu
pengetahuan yang sedia ada.
c) Segala teori yang diajar di institut dapat difahami dengan mendalam lagi.
d) Pelajar dapat menilai kemampuan diri dalam menyelesaikan segala tugasan dan
kerja-kerja yang diarahkan dengan mengetahui hasilnya samada berkualiti atau
sebaliknya.
e) Pelajar akan didedahkan lagi mengenai cara berkomunikasi dengan individu lain.

vi
OBJEKTIF LAPORAN

-Merekod pengalaman semasa menjalani latihan industri


-Pelatih dapat mengetahui cara menyediakan laporan teknikal,lukisan kejuruteraan
,komunikasi dan sebagainya.
-Bermaksud ringkasan kepada pengalaman semasa menjalani Latihan Industri.
-Untuk melatih pelatih dalam meyediakan laporan

vii
ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKA SURAT

Maklumat Pelatih i

Pendahuluan ii

Penghargaan iii

Objektif Latihan Industri iv

Kepentingan Latihan Industri v

Skop Latihan Industri vi

Objektif Laporan vii

Senarai Kandungan viii

 BAB 1 Pengenalan dan latar belakang syarikat 1

1.1 Pengenalan 2-4

1.2 Profil dan carta organisasi industri 5-9

1.3 Visi dan misi industri 10


1.4 Fungsi jabatan dalam organisasi 11-16

 BAB 2 Huraian Tugasan Yang Dilaksanakan 17


2.1 Pengenalan 18-35
2.2 Keselamatan 36-38

 BAB 3 Cabaran Dan Penyelesaian 40


3.1 Cabaran dan penyelesaian 41-42

 BAB 4 Kesimpulan 44
Rujukan 46
Lampiran 48-57

viii

Anda mungkin juga menyukai