Anda di halaman 1dari 40

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

IT – 020 – 4 : 2013

PENTADBIRAN SISTEM KOMPUTER

DISEDIAKAN OLEH

NAMA:MUHAMMAD NOOR ALIF BIN NOOR AZMAN

NO. K/P: 010818-01-0053

NO. KAD MATRIK: CSA 102119


NAMA : MUHAMMAD NOOR ALIF BIN NOOR AZMAN

NO. KAD MATRIK : CSA 102119

NO. KAD PENGENALAN : 010818-01-0053

TAJUK LAPORAN : LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

NAMA PROGRAM : DIPLOMA PENTADBIRAN SISTEM KOMPUTER /


COMPUTER SYSTEM ADMINISTRATION

KOD PROGRAM : IT-020-4 : 2013

NO. BATCH : DKM 10

TEMPAT LATIHAN: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL


JALIL

NAMA PENYELIA INDUSTRI : HAJI MISPAN BIN SELAMAT

JAWATAN : GURU KANAN MATA PELAJARAN TEKNIK DAN


VOKASIONAL

TARIKH MULA & TAMAT : 3 OKTOBER - 30 DISEMBER

…………………………………………………….
Tandatangan Pelatih

Nama : ………………………………………………………..

Tarikh : ………………………………………………………….
KOLEJ KEMAHIRAN
MENTARI
Kod Pusat: L02432

(605469-A)

Our reference : MENTARI/OJT/2022/02


Date : 08 FEB 2022

To whom it may concern ,

APPLICATION FOR ONE THE JOB TRAINING ( OJT ) PLACEMENT FOR COLLEGE STUDENT

We refer to the above.


2. Kindly take note that , we have a group of students completing Diploma Computer System
ABSTRAK

Saya Muhammad Noor Alif Bin Noor Azman telah menyempurnakan latihan industri ini
dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana latihan ini bermula dengan baik dan berakhir
dengan sempurnanya. Setiap pelatih perlu Berjaya menjalani latihan industri selama 3 bulan.
Oleh itu, pelatih perlu mengikut syarat-syarat yang telah diberikan oleh JPK dan juga syarikat
industri latihan tersebut.

Selain itu, setiap pelatih perlu menyiapkan laporan rasmi berkenaan kerja-kerja yang
dilaksanakan sepanjang latihan industri dan akan dikemukakan oleh pihak kolej untuk
membuat penilaian. Laporan yang dibuat ini adalah untuk memenuhi syarat dalam
mendapatkan Sijil Diploma Kemahiran Malaysia.

Laporan seterusnya iaitu laporan harian yang perlu isi di dalam buku log pelatih adalah
bertujuan untuk merekodkan pekerjaan yang dilakukan sepanjang latihan industri bagi
memudahkan para pelatih menyiapkan laporan rasmi. Disamping itu, buku laporan juga
penting bagi pensyarah untuk meneliti proses kerja yang telah dilaksanakan oleh pelatih
semasa latihan industri serta memudahkan pensyarah ketika membuat lawatan di tempat
latihan industri dan membuat penilaian.

i
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdullilah ke hirdat ilahi kerana dengan izin-Nya saya berjaya untuk
menjalani serta menamatkan latihan industri ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
terutamanya kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil kerana
memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat mereka iaitu
bermula dari 3 oktober 2022 sehingga 30 Disember 2022

Terlebih dahulu, saya Muhammad Noor Alif Bin Noor Azman dari jurusan diploma
pentadbiran sistem komputer, ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil kerana mengizinkan saya untuk menjalani program
Latihan industri di syarikat ini bagi mengambil kesempatan yang amat berharga ini. Sepanjang
saya menjalani latihan industri, banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah di perolehi
dalam tempoh

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada senior - senior
latihan industri saya, rakan sekerja lain dan semua kakitangan Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Abdul Jalil kerana sentiasa mengambil berat tentang perkembangan saya
dan bersedia untuk memberi dorongan serta tunjuk ajar sepanjang menjalani latihan industri di
syarikat ini. Pengalaman ini akan saya manfaatkan ketika berada dalam pekerjaan yang
sebenar pada masa hadapan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Kemahiran
Mentari yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan
industri serta membantu dari penyediaan laporang latihan industri. Tanpa kerjasama dab
sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan buku laporan industri
saya ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya serta
keluarga yang telah memberikan nasihat dan sokongan yang baik.

ii
ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKA


SURAT
ABSTRAK i
PENGHARGAAN ii
ISI KANDUNGAN iii
1 PENGENALAN
1.1-Pengenalan Latihan Industri 1
1.2 – Matlamat Latihan Industri 2
1.3 – Skop Kerja Semasa Latihan Industri 3
2 LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 – Pengenalan Dan Sejarah Syarikat 6
2.2 – Visi Dan Misi 7
2.3 – Work Activity Yang Dilaksanakan 8
2.4 – Carta Organisasi 9
3 PELATIH DAN LI
3.1 – Pengenalan 10
3.2 – Ringkasan Aktiviti Latihan Industri Pelatih 11
3.3 – Ringkasan Skop Kerja Pelatih 13
3.4 – Cabaran Dan Penyelesaian 14
4 KAJIAN KES
4.1 – Pengenalan 16
4.2 – Selenggara Dan Baik Pulih Komputer 17
4.3 – Kebaikan Membuat Penyelenggaraan Komputer 27
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 – Kesimpulan 28
5.2 – Masalah Yang Ditemui 29
5.3 – Cadangan Penambahbaikan 30
5.4 – Kesan Latihan Industri Terhadap Pelatih 31
RUJUKAN 32

iii
BAB 1 LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pengenalan Latihan Industri

Menjalankan Latihan Industri merupakan salah satu latihan yang penting dan
wajib dijalankan oleh setiap pelajar Kolej Kemahiran Mentari di syarikat yang sudi
menyediakan khimat untuk memberi pengalaman dan gambaran pekerjaan yang
sebenar kepada para pelajar. Hal ini adalah kerana Latihan Industri ini merupakan
salah satu syarat wajib bagi pelajar itu dianugerahkan sijil atau diploma setelah tamat
menjalankan kursus yang dipelajari di Kolej Kemahiran Mentari.

Tujuan Latihan Industri ini dijalankan adalah supaya para pelajar dapar
menambahkan kemahiran serta meluaskan pengetahuan dalan kerja-kerja mekanikal
dan elektrik dengan kemahiran yang telah sedia ada . Jika sebeleh ini pelajar hanya
memperolehi pengethuan dan kemahiran secara terhad di dalan slot akademik pelajar
dapat mempraktikkan dan menajamkan skill kemahiran. Bukan itu saja, malah pelajar
dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai teknologi atau kemahiran terbaru
yang digunakan di syarikat semasa menjalani Latihan industri

Justeru itu, Latihan industri ini dapat membantu dalam membina personality
individu serta melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan majikan dan masyarakat
sebeleum menempuh alam pekerjaan sebenar. Komunikasi yang baik merupakan salah
satu kemahiran yang penting yang tidak disedari oleh segelintir pelajar. Hal ini adalah
kerana di dalam dunia pekerjaan yang sebenar, komunikasi antara pekerja dan majikan
amat penting untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham. Oleh itu, melalui
Latihan Industri ini dapat memupuk etika kerja yang berdisiplin dalam diri pelajar

1
1.2 Matlamat Latihan Industri

Matlamat latihan industri dijalankan adalah untuk menyesuaikan diri para pelajar
di tempat kerja sekaligus melahirkan tenaga kerja yang mahir di dalam kalangan pelajar.

Antara objektif lain latihan industri ialah:

i. Membolehkan pelajar mempraktikkan ilmu yang dipelajari semasa di


institut sama ada berkaitan dengan teori, amali atau perkara baru yang
tidak dipelajarai sebelum ini.
ii. Memberi pendedahan awal kepada para pelajar dengan suasana kerja
sebenar. Dengan ini, pelajar dapat mengetahui serba sedikit tentang alam
pekerjaan yang akan dilalui pada masa hadapan.
iii. Membentuk keperibadian pelajar sebelum melangkah ke alam ekerjaan
sebenar seperti disiplin, pengurusan masa dan persefahaman dengan
majikan serta cara kerja berpasukan.
iv. Menambah kemahiran pelajar yang sedia ada untuk berdaya saing apabila
menceburi pekerjaan dalam bidang masing-masing.
v. Mendedahkan pelajar tentang cara berkomunikasi dengan baik semasa
berurusan dengan pihak majikan dan pelanggan.
1.3 Skop Kerja Semasa Latihan Industri

Skop kerja ialah tugas-tugas yang diberikan oleh majikan. Antara skop kerja
yang dilakukan di syarikat adalah :

1.3.1 Memasang Perisian Komputer

 SKM Tahap 3 – CU1 (Computer System Set-Up)


 Work Activities 1 - Carry out computer software installation

Menjalankan pemasangan perisian pada komputer bagi meningkatkan prestasi


komputer untuk pekerjaan seharian. Memasang sistem operasi pada laptop atau pc
yang telah diformat. Pemasangan dan format perlu dijalankan sekiranya laptop atau pc
tersebut mengalami masalah seperti sistem berat atau tidak berfungsi dengan baik.

1.3.2 Menyelenggara Perkakasan Komputer Dan Menyediakan Laporan

 SKM Tahap 3 - CU2 Computer System Maintenance


 Work Activities 3 - Perform Computer Corrective Maintenance

Menjalankan penyelenggaraan pembetulan bagi laptop dan pc yang bermasalah


seperti membersihkan dan mengantikan peralatan baru bagi meningkatkan prestasi
laptop sehingga ke tahap yang terbaik dan memuaskan untuk digunakan.
Penyelenggaraan pembetulan haruslah dilakukan sekiranya terdapat masalah yang
telah berlaku.

 Work Activities 4 - Prepare Computer Maintenance Report

Membuat borang penyelenggaraan untuk merekod dan menguruskan


penyelengaraan supaya berjalan lancar.
1.3.3 Melakukan Pembaikan Komputer

 SKM Tahap 3 - CU3 Computer System Repair


 Work Activites 3 - Perform On-Site Repair

Membuat pembaikan di luar tempat kerja dan di tempat kerja dengan


melakukan pembaikan mengikut prosedur yang telah di ajar oleh penyelia industri.
Tujuan pembaikan dijalankan adalah supaya perkakasan atau peralatan yang
digunakan semula.

 Work Activites 4 - Prepare Computer Status Report

Menyediakan laporan status komputer untuk memantau prestasi komputer


setelah melakukan pembaikan dan penyelengaraan sebelum membuat langkah terakhir
iaitu penyerahan perkakasan pada pelanggan.

1.3.4 Membuat Kabel Rangkaian

 SKM Tahap 3 – CU6 (Computer Network Connectivity Setup)


 Work Activity 2 - Carry out computer network configuration

Mengkonfigurasi rangkaian menggunakan peralatan dan kaedah yang telah


diajar oleh penyelia industri. Membuat alat yang diperlukan bagi membuat sambungan
rangkaian seperti kabel LAN yang dikenali sebagai kabel internet. Membuat
sambungan dari komputer ke router bagi mendapatkan sambungan internet.
1.3.5 Membangun Sebuah Sistem Keselamatan CCTV

 SKM Tahap 4 – CU3 (Computer System Security Control)


 Work Activity 3 - Perform Computer System Security Control

Menjalankan pembangunan sebuah sistem keselamatan seperti cctv dengan


menyediakan peralatan yang diperlukan dalam membangun cctv dan membuat
perkakasan seperti cable coaxial. Membangunkan pelbagai sistem cctv seperti indoor,
outdoor dan wireless.

1.3.6 Membuat Borang - Borang

 SKM Tahap 4 – CU4 (COMPUTER SYSTEM MAINTANANCE MANAGEMENT)


 Work Activity 5 - Produce Computer System Maintenance Report

Membuat borang penyelengaraan, borang senarai inventori, borang kemaskini


stok masuk dan keluar inventori, resit. Borang sebut harga dan borang warranty.
Membuat borang secara teliti supaya tidak berlaku salah faham maklumat di kalangan
pekerja dan pelanggan.
BAB 2

2.1 Pengenalan Dan Sejarah Syarikat

Sekolah Sultan Abdul Jalil telah diasaskan pada 21 Disember 1963 dengan nama
asalnya Sekolah Menengah Kebangsaan Kluang . nama ini diabadikan sempena SSAJ
sebagai sekolah menengah kebangsaan yang pertama di daerah kluang.Tanggungjawab yang
dipikul sekolah ini amat berat.Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil dijadikan
kayu ukur kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dijalankan di
peringkat sekolah menengah.kumpulan pelajar pertama pada tahun 1965 hanyalah 649 orang
dan guru seramai 13 orang.

Kumpulan pertama pelajar diitempatkan sementara di Sekolah Menengah Inggeris ( Kini


di kenali sebagai Sekolah Tinggi Kluang ) sehingga bangunan sekolah ini siap pada
penghujung 1964.pada peringkat awal sekolah ini mengandungi 15 buah bilik darjah dan 2
buah makmak sains am di samping kantin , pejabat dan beberapa bulan kemudian sekolah ini
dengan rasminta ditukarkan namanya kepada Sekolah Sultan Abdul jalil Kluang.Perasmian
sekolah ini dilakukan pada 9 Oktober 1969 oleh YAB Dato ‘ Haji Abdul Rahman Yaacub
selaku menteri pelajaran pada masa itu . Selaras dengan perkembangan seterusnya dua
buah bengkel Seni Perusahaan dan Sains Rumahtangga telah dibangunkan , Bangunan
tersebut digunakan sepenuhya pada tahun 1976 menjelang 1977 telah terbina 4 buah bilik
darjah dan 3 buah makmal sains tulin serta sebuah perpustakaan.Dengan Itu SSAJ mula
mengorak langkah menyediakan pelajar dalam bidang sians sebagai memenuhi keperluan
pelajar di persekitarannya.

Kini SMK Sultan Abdul Jalil mempunyai 11 bangunan yang dapat menampung
keperluan pelajar seramai lebih kurang 1800 orang . tahun 2013 merupakan sambutan jubli
emas sekolah ini .sepanjang tempoh itu sekolah telah melahirkan banyak tokoh dalam
pelbagai bidang .
2.2 Visi Dan Misi

2.2.1 VISI

Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil(SMKSAJ) sebagai


sekolah harian no.1 di Johor dan berupaya melahirkan insan berkualiti dan cemerlang.

2.2.2 MISI

Kami berazam dengan penuh iltizam akan menjana kecemerlangan melalui


penumpuan aspek berikut:

 Kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum


 Kecemerlangan sahsiah dan akhlak
 Kecemerlangan kepimpinan
 Kecemerlangan dalan Sains, Teknologi dan Teknologi Maklumat
2.3 Work Activity Yang Dilaksanakan

Work activity ialah kitaran lengkap aktiviti kerja untuk menghasilkan permulaan
dan pengakhiran sesuatu kerja. Apabila melaksanakan perkara mengikut Work
Activities, ia akan menghasilkan satu hasil dari segi perkhidmatan, produk, atau
keputusan. Setiap aktiviti kerja mestilah bersifat observable dan measurable yang boleh
dinilai oleh manusia.

Berikut merupakan Competency Unit (CU) dan Work Activities (WA) yang saya
jalankan di syarikat ini:

2.3.1 Work activities 4 - Carry out computer software installation

WA ini merupakan salah satu WA yang terdapat di dalam IT-020-4:2013- C01


(Computer System Setup). WA ini dilaksanakan apabila saya membuat kerja-kerja
memasang sistem operasi pada komputer dan laptop pelanggan yang mengalami
masalah. Sistem operasi yang digunakan adalah antaranya windows 7, windows 10
dan windows 11. Sebelum menjalankan proses pemasangan sistem operasi, proses
format perlulah dilakukan untuk membersihkan sistem operasi yang lama dan
memudahkan proses pemasangan sistem operasi.

2.3.2 Work activities 3 - Perform computer corrective maintenance

WA ini merupakan salah satu WA yang terdapat di dalam IT-020-4:2013- C02 (


Computer System Maintenance ). WA ini dilaksanakan apabila saya membuat kerja-
kerja penyelenggaraan pada komputer dan laptop yang bermasalah dan rosak. Antara
penyelenggaraan yang dilakukan adalah seperti membersihkan habuk, mengganti
thermal paste, bersihkan heatsink dan kipas. Sebelum menjalankan penyelenggaraan
tersebut, pastikan keselamatan perlu didahulukan seperti menutup suis dan mencabut
plug yang berarus elektrik.
2.3.3 Work activities 2 - Carry out computer network configuration

WA ini merupakan salah satu WA yang terdapat di dalam IT-020-4:2013- Cu6 (


Computer Network Connectivity Setup ). WA ini dilaksanakan apabila saya membuat
kerja-kerja pembangunan rangkaian. Bukan itu sahaja, perkakasan rangkaian juga
perlu dibuat, antara contohnya ialah kabel LAN, router, modem dan switch. Kerja-kerja
yang melibatkan rangkaian haruslah mengikut prosedur yang disediakan kerana proses
kerja sekiranya tidak menepati piawaian dan prosedur keselamatan boleh
menyebabkan kegagalan fungsi rangkaian dan juga menyebabkan bahaya pada
pengguna.

2.4 CARTA ORGANISASI

Pengetua

Ayub Bin Ibrahim

Penyelia
Haji Mispan Bin Selamat

Pelajar Praktikal 1
Pelajar Praktikal 2
Muhammad Noor Alif
Nantha
BAB 3

PELATIH DAN LI

3.1 Pengenalan

Latihan industri merupakan satu daripada kursus wajib yang perlu dijalankan
oleh setiap pelajar Kolej Kemahiran Mentari bagi memenuhi syarat untuk memperoleh
sijil Diploma Kemahiran Malaysia. Setiap pelajar diwajibkan untuk menjalani latihan
industri selama 3 bulan bersamaan 12 minggu di syarikat atau organisasi kerajaan atau
swasta yang dipilih oleh pelajar.

Objektif utama latihan industri ini adalah untuk menyediakan para pelajar
tentang pengalaman dan suasana industri yang bakal dihadapi oleh pelajar pada masa
akan datang. Para pelajar dapat menyiapkan diri mereka secara fizikal dan mental
untuk menghadapi cabaran pada masa depan.

Kesannya, pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang


diperoleh dari syarikat. Pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar
dapat dimanfaatkan di alam pekerjaan pada masa akan datang.
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan

3.2.1 Keterangan Tugas Latihan

 Minggu 1 ( 3 oktober 2022 – 9 oktober 2022)

 Melaporkan diri ke sekolah Sultan Abdul Jalil


 Taklimat ringkas oleh pengetua dan penyelia
 Projek menghidupkan kipas mengunakan sensor
 Sediakan barang projek
 Kemas bilik komputer
 Susun Barang komputer
 Menolong cikgu membuat wiring dan paiping
 Menarik Wayar Pump Ikan
 Kemas wayar kable

 Minggu 2 ( 10 oktober 2022 - 16 oktober 2022 )

 Belajar cara Check Storage


 Membuat Installation windows 7 pada komputer
 Membuat Projek Blind an led in 15 minutes
 Melakukan penyelengaraan laptop

 Minggu 3 ( 17 oktober 2022 - 27 oktober 2022 )

 Memasang Banner Gaya Hidup Sihat


 Membuat Penyelenggaraan pada pc
 Membuat pemasang Cpu dan Heatsink

 Minggu 4 ( 29 oktober 2022 - 3 november 2022 )

 Memasang Projektor Dan laptop


 Mengawal Power Point
 Menampal banner
 Menyusun meja dan kerusi
 Mengawal powerpoint

 Minggu 5 ( 6 november 2022 - 12 november 2022 )

 Memasang Projektor Dan laptop


 Mengawal Power Point
 Menampal banner
 Menyusun meja dan kerusi
 Mengawal powerpoint
 Minggu 6 ( 13 november 2022 - 21 november 2022 )

 Menyusun pokok bunga


 Menampal banner
 Membuat Projek Tong Sampah Automatik
 Membuat Projek Pintu Gerbang Automatik

 Minggu 7 ( 22 november 2022 - 30 november 2022 )

 Mengantung langsir
 Mengantung banner
 Menampal Banner Amalan Gaya Hidup Sihat
 Menghias kereta guru
 Menhidupkan Projektor

 Minggu 8 ( 1 Disember 2022 - 7 Disember 2022 )

 Mengajar Murid
 Membuat Projek Penggera Banjir
 Memasang Speaker
 Menyusun Meja dan Kerusi
 Mengantung Banner Untuk Hari Koko

 Minggu 9 ( 8 Disember 2022 - 14 Disember 2022 )

 Membuat Coding
 Mengemas Bilik Komputer
 Menyusun Fail Dalam Almari
 Membuat Projek Detected Flooding

 Minggu 10 ( 15 Disember 2022 - 21 Disember 2022 )

 Mengemas Bilik Komputer


 Menyusun File Dalam Almari
 Menyemak Komputer

 Minggu 11 ( 22 Disember 2022 - 29 Disember 2022 )

 Mengemas Bilik Komputer


 Menyusun File Dalam Almari
 Menyemak Komputer
3.3 Ringkasan Skop Kerja Pelatih

3.3.1 Memasang Perisian Komputer

Pemasangan perisian komputer harus dilakukan setelah laptop atau


komputer telah diformat dan telah selesai memasang sistem operasi yang
baharu. Perisian harus didapatkan melalui kaedah muat turun di laman web
atau mengambil dari cd asli dari kilang perisian tersebut. Kemudian, perisisan
tersebut harus dipasang menggunakan apps installer. Setelah itu, perisian
hendaklah di periksa setelah dipasang ke dalam komputer samada berfungsi
dengan baik atau tidak.

3.3.2 Menyelenggara Perkakasan Dan Peralatan Komputer

Penyelenggaraan perkakasan dan peralatan komputer adalah satu


kaedah dimana perkakasan harus dipastikan bersih dan dalam keadaan baik
serta berfungsi penuh. Antara contoh penyelenggaraan adalah penyelenggaran
berkala dan penyelengaraan semasa. Penyelenggaraan berkala ialah sebuah
penyelenggaraan yang melibatkan pemeriksaan, pengawalan kerosakan dan
kecacatan sepanjang tempoh penggunaan perkakasan tersebut.
Penyelenggaraan semasa pula ialah penyelenggaraan yang dijalankan dari
semasa ke semasa untuk mengelakkan kemerosotan prestasi perkakasan
tersebut.
3.3.3 Melakukan konfigurasi rangkaian dan perkakasan rangkaian

Konfigurasi rangkaian adalah proses menetapkan kawalan, aliran dan


operasi rangkaian untuk menyokong komunikasi rangkaian organisasi dan
pemilik rangkaian. Konfigurasi rangkaian membolehkan pentadbir sistem untuk
menubuhkan rangkaian bagi memenuhi objektif komunikasi. Selain dari
konfigurasi rangkaian, pembuatan kabel rangkaian juga penting bagi
mendapatkan sambungan rangkaian. Kabel yang perlu dibuat adalah antara
salah satu contohnya, kabel ethernet atau kabel LAN. Pembuatan kabel LAN
haruslah mengikut kod warna yang betul dan mengikut prosedur yang betul
supaya kabel dapat berfungsi dengan baik.

3.4 Cabaran Dan Penyelesaian

3.4.1 Cabaran

• Pengetahuan baharu yang belum dipelajari dan sukar difahami.

Terdapat pengetahuan baharu yang banyak belum dipelajari sebelumnya


di tempat pengajian dan sukar untuk difahami kerana terlalu banyak dan masa
yang terlalu singkat. Ketinggalan dalam pengetahuan adalah sangat sukar bagi
seorang juruteknik kerana segala pekerjaannya memerlukan pengetahuan yang
sangat tinggi.
• Penyelenggaraan yang dilakukan sangat sukar dan perlu sangat berhati-
hati serta teliti.

Beberapa penyelenggaraan yang dilakukan sangat sukar untuk


diselesaikan jika dilakukan tanpa bantuan penyelia. Ini adalah kerana setiap
penyelenggaraan mempunyai risiko tersendiri yang sangat perlu di ambil kira
oleh juruteknik semasa melakukan penyelenggaraan. Bukan itu sahaja,
juruteknik mempunya tanggungjawab sendiri untuk menjaga barangan yang
telah diamanahkan oleh pelanggan.

3.4.2 Penyelesaian

• Membahagi masa yang ada untuk membuat rujukan dan menyalin nota.

Setiap kali penyelenggaraan dilakukan dan setiap kali terdapat banyak


maklumat baharu, pelatih haruslah mengambil nota lengkap dan membahagikan
masa yang terluang untuk membuat rujukan pada nota yang telah disalin
supaya pengetahuan lebih banyak dan mudah untuk mengingat apa yang telah
di ajar oleh penyelia.

• Meminta penyelia untuk memantau pelatih ketika membuat


penyelenggaraan.

Pemantauan perlulah dilakukan oleh penyelia terhadap pelatih ketika


menjalankan penyelenggaraan supaya kesalahan yang dilakukan dapat
diminimalkan sebanyak mungkin dan tiada kerosakan yang bertambah berlaku
atas sebab kesalahan pelatih tersebut. Kerja yang dilakukan oleh pelatih juga
perlulah sangat teliti, ambil masa dan tidak tergesa-gesa agar pekerjaan yang
dilakukan tidak berlaku kesalahan.
BAB 4

KAJIAN KES

4.1 PENGENALAN

Sepanjang tempoh latihan industrI di syarikat ini, pelatih berpeluang untuk


mempelajari hampir kesemua bahagian yang terdapat di dalam syarikat ini. Perkara ini
meliputi bagaimana syarikat ini menguruskan satu – satu bahagian dengan baik, Cara
berkesan untuk menangani pelbagai masalah yang berlaku dan bagaimana untuk
melakukan kerja yang baik untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Masalah yang berlaku bergantung pada situasi dan biasanya akan ada
masalah- masalah baru yang timbul bergantung pada situasi dan keadaan. Ianya
memerlukan sedikit sebanyak kreativiti dan kerja keras daripada pihak pengurusan
syarikat dalam membuat perancangan bagi memastikan tugasan yang diberi dapat
dijalankan dengan baik dan dapat memuaskan permintaan pelanggan.
4.2 Selenggara Dan Baik Pulih Komputer

4.2.1 Penerimaan Arahan Kerja

Sebelum sesebuah penyelenggaraan dijalankan, pelatih perlu menunggu


arahan dari penyelia industri untuk menjalankan penyelenggaraan supaya tidak berlaku
kesalahan dalam melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan kerja-kerja sentiasa
berjalan lancer. Berikut adalah senarai arahan penyelenggaraan yang diberi oleh
penyelia:

i. Penyelenggaraan komputer dan laptop


ii. Penyelenggaraan printer
iii. Penyelenggaraan berkala dan semasa

4.2.2 Analisa Keperluan Penyelenggaraan

Keperluan penyelenggaraan adalah seperti mengenal pasti peralatan


penyelenggaraan dan masalah kerosakan yang perlu diselesaikan oleh pelatih. Berikut
adalah analisa keperluan penyelenggaraan yang perlu dilakukan:

i. Menganalisa masalah-masalah kerosakan dan punca-punca kerosakan

Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnya


diketahui dahulu keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem ia mempunyai
hierarki yang tersendiri. Lebih-lebih lagi dalam sistem komputer. Ia amatlah perlu
terutama kepada juruteknik atau pembantu jurutera dalam mengesan dan
membaikpulih sesebuah sistem komputer. Begitu juga dengan mengesan kerosakan
pada alat-alat elektronik. Beberapa soalan yang harus dijawab, sebelum kita
memulakan kerja-kerja membaikpulih:

a. Apakah jenis alat yang akan dibaikpulih?


b. Apakah kerosakan (simptom) pada alat tersebut?
c. Adakah alat tersebut mempunyai litar skematik?
d. Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan?

Dalam soalan pertama, kita harus mengenal alat serta fungsi (cara
kerja). Contohnya penjana isyarat yang mana fungsinya menghasilkan isyarat
berbentuk sinus atau segiempat. Speaker berfungsi sebagai menerima isyarat, proses
kemudian menghasilkan audio. Monitor berfungsi sebagai menerima isyarat proses
kemudian menghasilkan gambar dan audio. Dari sini, barulah boleh kita tentukan
kerosakan alat. Manakala yang kedua melibatkan dari hasil yang dikeluarkan oleh alat
itu.

Misalnya memerhati keaadaan perkakasan seperti tiada gelombang di keluarkan


penjana isyarat (signal), tiada suara dari speaker, tiada gambar dari layar monitor.
Inilah yang kita panggil simptom. Dari sini, barulah kita tentukan bahagian mana dalam
litar itu yang dijangka tidak berfungsi. Kita tidak akan membuang masa jika jangkaan
kita tepat. Kita hanya boleh membayangkan litar dan fungsinya jika kita tahu bahagian
yang rosak, tetapi litar yang sebenar belum pasti. Oleh itu kita memerlukan litar
skematik. Dari litar skematik kita boleh menumpukan perhatian kepada komponen yang
dijangka rosak.
ii. Kenalpasti peralatan penyelenggaraan yang diperlukan.

Sebelum memulakan proses selenggara, pelatih perlu memastikan semua


peralatan yang sepatutnya digunakan adalah cukup supaya pelatih dapat menjalankan
penyelengaraan dengan mudah dan sempurna. Antara peralatan yang digunakan untuk
melakukan sebarang penyelenggaraan ialah:

a) Pemutar skru
b) Berus anti-static
c) Anti-static wrist strap
d) Playar muncung tirus
e) Pemotong wayar
f) Cable tester
g) Crimping tools
h) Lampu suluh
i) Peralatan menyungkil (pry tools)
j) Testpen
k) Contact cleaner

iii. Senarai-senarai kaedah penyelenggaraan yang perlu dilakukan.

Semasa menjalankan penyelenggaraan, para pelatih perlu mengetahui 2 jenis


penyelenggaraan iaitu:
a. Penyelenggaraan pasif

Pencegahan aktif adalah prosedur yang dilakukan bagi menjadikan PC tahan


lebih lama dan kurang bermasalah. Kaedah pencegahan ini melibatkan pembersihan
sistem dan komponennya secara berkala. Teknik ini melibatkan aktiviti pembersihan
komponen, mengemaskini pemasangan cip dan penyambung, serta format semula
cakera keras (harddisk)

b. Penyelenggaraan aktif

Pencegahan pasif adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi


sistem daripada gangguan persekitaran, seperti menggunakan perkakasan
perlindungan bekalan kuasa (bagi membekalkan kuasa yang bersih, stabil serta suhu
yang terkawal), dan mengelakkan gegaran keterlaluan ke atas sistem. Dalam kata lain,
pencegahan pasif bermakna sistem dilayan dengan baik.
 Langkah-Langkah Format Dan Install Windows 7

- Langkah pertama ialah meletakkan DVD Windows 7 ke dalam dulang


DVD dan but mesin. Komputer dan perlu dikonfigurasikan untuk but
daripada DVD. Ini dilakukan melalui BIOS. Pada kebanyakan komputer,
menu BIOS boleh diakses dengan menekan sama ada kekunci F2 atau
Del semasa mesin sedang but.

Rajah 4.2.2.1. Press any key to boot from CD or DVD

- Sebaik sahaja telah melengkapkan peringkat ini, Windows 7 akan mula


memuatkan. Jika melihat imej di bawah, bahawa Windows 7 berjaya
setakat ini.

Rajah 4.2.2.2 install windows


- Selepas beberapa saat, ia akan mencapai menu pemasangan. Langkah
pertama ialah memilih bahasa dan papan kekunci.

Rajah 4.2.2.3 Tetingkap Install Now

- kini ia akan dibawa ke menu Install Now . Ia telah pun bersedia untuk
Installation, jadi boleh klik Install Now dan teruskan.

Rajah 4.2.2.4 Tetingkap Install Now


- Langkah seterusnya ialah menerima License and Terms.

Rajah 4. 2.2.5 Ruangan License and Terms

- .

Rajah 4. 2.2.6 Paparan jenis Instalasi


- Pilih partition dan kemudian tekan “Next”.

Rajah 4. 2.2.7 Halaman Partition Hard Disk

- Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini


selesai dan laptop akan restart dengan sendiri.

Rajah 4. 2.2.8 Pemasangan Windows


- Setelah pemasangan Windows selesai, tekan butang “Restart Now” atau
tunggu beberapa saat untuk proses selanjutnya

Rajah 4. 2.2.9 Paparan Restart Windows


- Masukkan Product Key ke dalam yang disediakan dan tekan “next”.

Rajah 4. 2.2.10 Paparan untuk memasukkan Product Key

- Tetingkap “Create An Account For This PC” keluar. Taipkan nama


pengguna pada ruangan “User Name” dan Taipkan kata laluan bagi
komputer serta klu bagi kata laluan tersebut dan tekan “Next”.

Rajah 4. 2.2.11 Paparan “Create An Account For This PC”


- Windows 7 telah siap dipasang dan siap sedia untuk digunakan.

Rajah 4.2.2.12 Windows 7 telah siap dipasang


4.3 Kebaikan Membuat Penyelenggaran Komputer

Penyelenggaraan komputer ialah tindakan terancang bagi mencegah ataupun


membaiki sebarang kerosakan yang mengakibatkan kegagalan dalam fungsi sesebuah
sistem komputer.

Boleh dikatakan proses penyelenggaraan ini melibatkan 10% kemahiran


mekanikal, 30% kemahiran teknikal dan 60% nasib. Kini industri penyelenggaraan
sistem komputer telah berkembang dengan pesatnya sejajar dengan perkembangan
industri perkomputeran dengan pulangan keuntungan bernilai jutaan ringgit.

Pengguna-pengguna korporat lazimnya berbelanja ribuan ringgit setiap bulan


untuk tujuan pentadbiran dan penyelenggaraan sistem komputer syarikat mereka.
Walaupun tugas penyelenggaraan bukannya mudah, namun ia adalah cabaran yang
amat menyeronokkan.

Proses penyelenggaraan adalah amat penting. Selain mengatasi kegagalan


sistem apabila kerosakan berlaku, penyelenggaraan yang berjadual juga mampu
mengelakkan kegagalan sistem yang teruk sebelum ia benar-benar berlaku.
Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Baik pulih belum tentu dapat
membaiki sistem yang rosak, sebaliknya pencegahan sejak peringkat awal melalui
penjadualan penyelenggaraan mampu mengelakkan daripada berlakunya kerosakan
sistem.
BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap pelajar yang telah menjalani latihan industri akan


memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang berguna dan bermanfaat selepas
menjalani program tersebut. Secara tidak langsung, pelajar dapat belajar supaya untuk
menjadi lebih bertanggungjawab serta memberikan komitmen sepenuhnya terhadap
tugasan yang diberikan , terutamanya tugasan secara berkumpulan .

Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
pelajar tentang keadaan sebenar alam pekerjaan. Ia merupakan suasana yang pelajar
akan berasa lebih bertangggungjawab, berdisiplin serta berdikari dalam melakukan
tugas-tugas yang diberikan pada masa masa akan datang.

Selain itu, dalam dunia pekerjaan sebenar terdapat banyak cabaran yang perlu
dihadapi. Oleh sebab itu, sikap profesionalisme dan kepintaran pelajar amat penting
untuk menangani masalah yang ditempuhi dalam dunia pekerjaan yang sebenar.
5.2 MASALAH YANG DITEMUI

5.2.1 Komunikasi

Pada peringkat awal selalunya masalah yang dihadapi semasa latihan industri
ialah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran kerja dan komunikasi
dengan rakan sekerja.

5.2.2 Ketinggalan Ilmu Pengetahuan

Terdapat beberapa ilmu pengetahuan yang tidak dapat dipelajari oleh kerana
pekerjaan yang terlalu banyak dan masa yang dapat diluangkan untuk membuat
rujukan atau ulangkaji sangat kurang sehingga ketinggalan beberapa ilmu pengetahuan
yang penting.

5.2.3 Prosedur Keselamatan Di Tempat Kerja

Prosedur keselamatan yang tidak diterapkan oleh rakan sekerja sewaktu


menjalankan pekerjaan kerana tidak ditegaskan serta lupa.
5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

5.3.1 Membuat Sesi Orientasi Berkenaan Komunikasi

Sesi orientasi berkenaan komunikasi perlulah dijalankan supaya pelatih dapat


segera menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan penyelia serta dapat
meningkatkan prestasi kerja pelatih.Penyelia juga harus membantu dalam membantu
meningkatkan keyakinan diri semasa bersemuka dengan pelanggan mahupun rakan
sekerja.

5.3.2 Memandang Serius Soal Pembelajaran

Latihan industri bukan sahaja sebuah proses dimana seorang pelatih perlu
melakukan pekerjaan di tempat sesebuah syarikat, tetapi pelatih juga perlu untuk
belajar dengan teliti supaya tidak ketinggalan pengetahuan. Pihak syarikat perlu menitik
beratkan soal pembelajaran semasa latihan industri.

5.3.3 Menegaskan Prosedur Keselamatan

Pihak syarikat perlu mengadakan beberapa pantauan dan teguran yang serius
mengenai isu prosedur keselamatan ketika pelatih dan rakan sekerja melakukan kerja-
kerja di tempat latihan industri.
5.4 KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PELATIH

Latihan industri ini telah dapat menanam rasa tanggungjawab dan berdisiplin untuk
kerja yang telah dibuat. Terdapat beberapa perkara baharu yang telah dipelajari.
Antaranya :

i. Mempelajari cara-cara untuk melakukan beberapa pekerjaan yang sukar.


ii. Memahami serta dapat menerapkan sistem pengurusan organisasi dalam
membuat tugasan yang diberikan.
iii. Meningkatkan tahap keyakinan yang tinggi.
iv. Dapat merasa sendiri pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang
sebenar yang lebih mencabar dan menimba ilmu pengetahuan.

Sejujurnya, latihan industri memberikan manfaat yang banyak kerana ia telah


memberi peluang khususnya kepada pelajar untuk mengalami sendiri, serta
mengetahui bahawa situasi bekerja merupakan situasi yang berbeza dengan situasi
pembelajaran .
RUJUKAN

i. SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang - Malaysia Education Directory (apac.com.my)


ii. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL JALIL - Sekolah Rendah
dan Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di Malaysia | Malaysia Datasets

Anda mungkin juga menyukai