Anda di halaman 1dari 28

JABATAN TEKNOLOGI KIMIA DAN MAKANAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

DAYANG NURUL NATASAHAH BINTI SIUN

33DTM20F2010

MEK ERY LEKOR SDN BHD

NO 33 JALAN 31/10A TAMAN PERINDUSTRIAN

IKS MIDF MUKIM BATU 61800

BATU CAVES KUALA LUMPUR

SESI I : 2023/2024
LAMPIRAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

DISEDIAKAN OLEH

DAYANG NURUL NATASAHAH BINTI SIUN

33DTM20F2010

DI

MEK ERY LEKOR SDN BHD

NO 33 JALAN 31/10A TAMAN PERINDUSTRIAN

IKS MIDF MUKIM BATU 61800

BATU CAVES KUALA LUMPUR

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada


Pensyarah Penilai Di Jabatan Teknologi Kimia Dan Makanan

Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilal Latihan

Industri Dan Penganugerahan

POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL


AKUAN PELAJAR

Saya dengan ini mengaku bahawa karya dalam laporan akhir ini adalah berdasarkan hasil
kerja asal saya, kecuali untuk petikan yang telah diakui dengan sewajarnya. Saya juga
mengisytiharkan bahawa ia belum pernah atau secara serentak dihantar untuk mana-mana
diploma lain di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

(Tandatangan Pelajar)

Nama: DAYANG NURUL NATASAHAH BINTI SIUN


No Matric: 33DTM20F2010
Tarikh: 6/JAN/2024
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukunya saya kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya memberikan


saya kesempatan bagi menyiapkan tugasan laporan industri ini yang telah dilaksanakan
mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Bagi menyiapkan tugasan laporan Latihan industri ini yang meliputi kerja-kerja harian
semasa praktikal dimana telah dilaksanakan semasa menjalani latihun industri selama
tempoh enam bulan. Setiap tugasan adalah dibawah pemerhatian penyelia yang sentiasa
berusaha untuk meningkatkan mutu kerja dan tugasan yang diberikan dalam masa yang
telah ditetapkan.

Saya berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil
di masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan.

Terima kasih juga diucapkan kepada penyelia, rakan-rakan kerja dan kakitangan dari Mek
Ery Lekor Sdn Bhd yang banyak membantu saya dalam tempoh menjalani latihan industri
di Mek Ery Lekor Sdn Bhd. Ribuan terima kasil juga kepada Mek Ery Lekor Sdn Bhd
yang sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri di kilang ini selama tempoh
enam bulan.
ABSTRAK

Latihan industri yang dilalui pelatih merupakan bentuk latihan kerja di MEK ERY
LEKOR SDN BHD dalam jangka masa yang telah ditetapkan oleh Politenik Tun Syed
Nasir Syed Ismail, iaitu dari 22 Ogos 2023 sehingga 6 Januari 2024. Tujuan latihan
industri ini adalah untuk mendedahkan pelajar dengan persekitaran kerja sebenar dalam
bidang atau industri yang berkaitan dengan kursus yang telah diambil. Selain itu, pelajar
juga berpeluang untuk mempertingkatkan lagi ilmu dan kemahiran diri di samping
mempraktikan apa yang dipelajari di Politeknik. Buku laporan ini pula ialah catatan
laporan secara keseluruhan sepanjang saya menjalani latihan industri. Buku laporan ini
mengandungi maklumat tentang latihan industri serta organisasi yang menempatkan
pelatih, laporan-laporan teknikal iaitu laporan tentang kerja kerja yang telah dilakukan
oleh pelatih semasa menjalani latihan industri. Rumusan kepada keseluruhan laporan yang
telah dibuat dan komen yang berkaitan dengan latihan yang telah dijalankan berserta
cadangan kepada organisasi untuk membuat penambahkebaikan pada masa akan datang.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
AKUAN PELAJAR I
PENGHARGAAN II
ABSTRAK III
JADUAL ISI KANDUNGAN IV
SENARAI GAMBAR RAJAH 20

NO ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1. BAB 1: PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan Tentang Latihan Industri 1
1.2 Objektif Latihan Industri 1
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 2
1.4 Kepentingan Latihan Industri 2&3

2. BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISAI


2.1 Pengenalan Tentang Organisasi Syarikat 4
2.2 Carta Organisasi Syarikat 5
2.3 Latar Belakang Penubuhan Organisasi Syarikat 5
2.4 Aktiviti Organisasi Syarikat 5&6
2.5 Visi Dan Misi Syarikat 6
2.6 Halatuju Organisasi Syarikat 6

3. BAB 3: RINGKASAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


3.1 Ringkasan Laporan Mingguan Latihan Industri 7 - 13

4. BAB 4: KAWALAN PEMPROSESAN PRODUK


4.1 Pengenalan Kawalan Mutu Makanan 14
4.2 Prosedur Sebelum Pemprosesan Makanan 14
4.3 Peralatan Dan Mesin Yang Digunakan 14
4.4 Pelabelan Dan Pembungkusan 15

5. BAB 5: KESIMPULAN 16
6. BAB 6: KOMEN DAN CADANGAN
6.1 Cadangan untuk Syarikat Latihan Industri 17
6.2 Cadangan untuk Politeknik 17 & 18
BAB 1: PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-
program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Program Latihan Industri (LI) diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang
diperlukan untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan. Kursus Latihan Industri
memberi peluang kepada pelajar merasai pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar supaya
dapat mencapai kebolehpasaran yang tinggi.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi
perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi,
prosedur, peraturan-peraturan serta perspektif dan etika profesional organisasi. Selain itu,
kursus ini membina semangat dan sikap proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya
meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

Unit Perhubungan Latihan Industri Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh
telah diberi tanggungjawab untuk menempatkan para pelajar yang akan menjalani latihan
industri di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat swasta yang sudi
menempatkan para pelajar di tempat mereka. Oleh itu, para pelajar boleh mempraktikkan
ilmu teori yang dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin di alam pekerjaan yang
sebenar sambil menimba pengalaman serta memperluaskan ilmu pengetahuan dalam
bidang yang diceburi.

1.2 Objektif Latihan Industri

Tujuan utama latihan industri dijalankan adalah bagi memberikan pendedahan


kepada pelajor tentang dunia pekerjaan sebenar. Selain daripada pelajar dapat
menghubungkaitkan teori dan amali yang telah dipclajari dengan realiti sebenar, latihan

1
ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menerapkan dan seterusnya
mempraktikkan kemahiran gencric seperti sosial, interaksi dan budaya serta proses kerja.

1.3 Objektif Laporan Industri

Laporan latihan industri membolehkan pelajar mendokumentasikan aktiviti-


aktiviti sepanjang latihan. Laporan latihan industri wajib kepada pelajar sebagai salah satu
cara pelajar tersebut mendokumentasikan pelajaran yang diperolehi semasa menjalani
latihan. Aktiviti-aktiviti latihan yang perlu diikuti pada peringkat awal dictatkan kedalam
buku laporan yang sebenar. Buku laporan tersebut berperanan sebagai rujukan pada masa
hadapan. Pengalaman serta pengetahuan baru dapat dipertimbangkan melalui laporan
yang dibuat olch pelajar. Seterusnya, menjadi bukti kepada latihan yang telah dikuti.
Setiap gerak kerja yang dilakukan olch pelajar akan dirckodkan ke dalam buku laporan
sebagai bukti latihan yang dikuti. Dengan terhasilnya buku tersebut, pihak politeknik dan
firma dapat membuat penilaian terhadap pelajar berdasarkan kefahaman dan prestasi yang
ditonjolkan oleh pelajar. Selain itu, laporan yang baik dan bermutu bolch digunakan dalam
temuduga kerjaya. Sesuatu kerja yang cemerlang tidak memberi makna jika tidak dapat
dilaporkan dalam sebuah Isporan yang baik. Olch yang demikian, penulisan laporan
memerlukan perhatian khusus dari penulis. Piawaian 5 ini juga melatih pelajar supaya
mengikuti arahan-arahan yang telah ditetapkan keatasnya dan memenuhi kehendak
sesebuah institusi.

1.4 Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri merupakan salah satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang
kepada sescorang pelajar untuk mengaplikasikan pada setiap proses pembelajaran yang
dilalui semasa sesi pembelajaran didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai
perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yung
sedia ada yang terdapat di dalam diri seseorang pelajar itu sendiri disamping
menambahkan kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuato bidang kerja yang
dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan diri
sescorang pelajar itu agar menjadi lebih baik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

2
Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal
apabila seseorang pelajar itu mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah
yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk
mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung in dapat memberi kesan kepada pelajar
bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnyaa adalah tidak semudah seperti yang
dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran di politeknik. Dari
sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana dari sudut lain pula, latihan industri ini
penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat
pengajian kelak. Ini tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat
mengutamakan yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman
bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut akan menawarkan tempat
untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, dapatan yang diperolehi daripada latihan industri ini adalah
sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi
semasa tempoh latihan sebagai garis panduan dan bekalan untuk di masa akan datang.
Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam yang ditempuhi
semasa dalam tempoh latihan industri tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin
kepada pelajar tersebut untuk meningkatkan lagi prestasi ke tahap yang lebih tinggi serta
menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang
kelak.

3
BAB 2: LATAR BELAKANG ORGANISASI SYARIKAT

2.1 Pengenalan Organisasi Syarikat

Setiap organisasi yang terlibat semasa menjalani latihan industri, pelajar perlulah
mengambil tahu tentang tujuan, visi dan misi organisasi syarikat tersebut. Hal ini supaya
ianya dapat difahami dan dicapai bersama. Sesi latihan industri ini telah dijalankan di
syarikat bernama Mek Ery Lekor Sdn. Bhd yang diasaskan oleh Puan Wan Fazrina
bersama Puan Wan Farzilawati.

Gambar Rajah 2.1 Keropok Lekor Original

4
2.2 Carta Organisasi Syarikat

WAN FAZRINA

Chief Executive Oficcer

WAN
FARZILAWATI
Director

NUR HIDAYAH
YUSRA HAZIQAH SYAHIRAH NAZIHA
HR and Account QA/QC Cum
Admin
Executive Production Executive

Gambar Rajah 2.2 Carta Organisasi Mek Ery Lekor Sdn Bhd

2.3 Latar Belakang Penubuhan Organisasi Syarikat

Syarikat Mek Ery Lekor Sdn.Bhd adalah sebuah syarikat jenis Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) yang menghasilkan produk makanan. Puan Fazrina dan Puan Farzilawati
mengasaskan Mek Ery Lekor Sdn Bhd untuk meneruskan akuakultur dan pemprosesan
makanan kepada produk makanan berjenis sejuk beku dan syarikat itu berhasrat untuk
menjadi pengeluar makanan sejuk beku yang terkemuka di Malaysia.

2.4 Aktiviti Organisasi Syarikat

Penghasilan produk yang berkualiti dan mencapai tuhap yang terbaik mengikut
Akta Makanan 1983 adalah salah satu impian yang syarikat inginkan. Beberapa aktiviti
yang dilakukan untuk mendirikan sebuah syarikat industri kecil sederhana seperti ini

5
memasuki kedalam global syarikat besar untuk menembusi pasaran di Malaysia terutama
di Kuala Lumpur. Syarikat Mek Ery Lekor Sdn Bhd ini telah melibatkan diri dalam kursus
berkenaan pencarian ejen dan dropship serta tatacara pendaftaran syarikat dilaman web
rasmi. Tugasan seterusnya, kami ditugaskan untuk mencari idea tambahan dan
menjalankan R&D terhadap produk yang bersesuaian untuk dihasilkan oleh syarikat kami.
Semua tugasan ini diberikan secara berkumpulan.

2.5 Visi Dan Misi Syarikat

Misi organisasi ini adalah beriltizam untuk menjadi diantara pengeluar dan
pemasaran produk makanan yang dijamin Halalal toyiban di Malaysia. Manakala visi
syarikat ini pula adalah untuk mengeluarkan dan membekal produk makanan halal dan
menepati citarasa tempatan dan antarabangsa.

2.6 Halatuju Organisasi Syarikat

Tujuan utama dalam mendirikan sebuah syarikat pemprosesan makanan ialah


untuk menghasilkan produk makanan yang mudah, sedap dan berkualiti. Bukan itu sahaja,
beberapa kebaikan yang dapat diperolehi dalam mendirikan sebuah syarikat pemprosesan
makanan antara salah satunya ialah produk makanan sentiasa berada dalam pasaran dan
mempunyai permintaan yang tinggi.

Pelbagai asbab yang dibentangkan tentang halatuju organisasi ini. Untuk


menghasilkan produk yang mudah disediakan sihat dan yang paling penting adalah produk
yang dihasilkan adalah untuk mengetengahkan serta mengekalkan rasa makanan berjenis
tradisional. Memandangkan generasi kini tidak kira wanita atau lelaki sangat berkerjaya
sehingga tiada masa untuk menyediakan satu hidangan yang sihat dan mudah. Produk
yang dihasilkan oleh syarikat Mek Ery Lekor Sdn Bhd akan difokuskan kepada pengguna
dalam semua peringkat umur dan pelancong.

6
\BAB 3: RINGKASAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

3.1 Ringkasan Laporan Mingguan Latihan Industri.

Bulan Minggu Ringkasan Laporan Mingguan


Ogos Minggu 1 - Melaporkan diri di syarikat yang ditempatkan (Mek
Ery Lekor Sdn Bhd)
- Melihat kawasan kilang dan mengenalpasti layout
kilang.
- Mendengar taklimat tentang kilang dan produk-
produk yang dihasilkan dan dipasarkan.
- Mendengar pencerahan tentang penggunaan mesin
yang baru masuk dan mesin lama di kilang
- Mendengar taklimat tentang skop kerja pelajar
praktikal
- Pelajar praktikal ditempatkan mengikut jabatan.
Minggu 2 - Menyediakan dokumentasi tentang pemeriksaan dan
pemantauan yang telah ditugaskan mengikut skop
kerja.
- Menyediakan dokumentasi tentang lawatan daripada
badan-badan kerajaan.
- Melakukan R&D terhadap idea-idea baru yang
bersesuaian untuk dijual oleh syarikat.
Minggu 3 - Menyediakan dokumentasi tentang pemeriksaan dan
pemantauan yang telah ditugaskan mengikut skop
kerja.
- Menyediakan dokumentasi tentang lawatan daripada
badan-badan kerajaan.
- - Melakukan R&D terhadap idea-idea baru yang
bersesuaian untuk dijual oleh syarikat.
September Minggu 4 - Melakukan pemeriksaan kawalan serangga

7
- Melakukan pemeriksaan dan semakan infrastruktur
kilang.
- Melakukan pemeriksaan tentang semakan
pembuangan bahan buangan dan pelupusan sisa
- Melakukan pemeriksaan suhu air dan suhu produk
masakan (proses rebusan)
- - Melakukan pemeriksaan kebersihan kilang
sebelum dan selesai proses pengeluaran.
Minggu 5 - Melakukan pemeriksaan berat dan timbangan
potongan doh
- Melakukan pemeriksaan suhu bahan-bahan mentah
yang baru masuk ataupun yang sedia ada di dalam
stor sejuk beku dan stor kering.
- Melakukan pemeriksaan terhadap cara
pembungkusan produk akhir dan merekodkan berat
setiap bungkusan.
- Merekodkan suhu produk yang disejukan (28-29°C)
sebelum proses pembungkusan dijalankan.
- Melakukan pemeriksaan kebersihan diri dan pakaian
pekerja.
Minggu 6 - Melakukan pemeriksaan kawalan serangga
- Melakukan pemeriksaan dan semakan infrastruktur
kilang.
- Melakukan pemeriksaan tentang semakan
pembuangan bahan buangan dan pelupusan sisa
- Melakukan pemeriksaan suhu air dan suhu produk
masakan (proses rebusan)
- Melakukan pemeriksaan kebersihan kilang sebelum
dan selesai proses pengeluaran.
Minggu 7 - Melakukan pemeriksaan berat dan timbangan
potongan doh

8
- Melakukan pemeriksaan suhu bahan-bahan mentah
yang baru masuk ataupun yang sedia ada di dalam
stor sejuk beku dan stor kering.
- Melakukan pemeriksaan terhadap cara
pembungkusan produk akhir dan merekodkan berat
setiap bungkusan.
- Merekodkan suhu produk yang disejukan (28-29°C)
sebelum proses pembungkusan dijalankan.
- - Melakukan pemeriksaan kebersihan diri dan
pakaian pekerja
Oktober Minggu 8 - Melakukan pemeriksaan kawalan serangga
- Melakukan pemeriksaan dan semakan infrastruktur
kilang.
- Melakukan pemeriksaan tentang semakan
pembuangan bahan buangan dan pelupusan sisa
- Melakukan pemeriksaan suhu air dan suhu produk
masakan (proses rebusan)
- Melakukan pemeriksaan kebersihan kilang sebelum
dan selesai proses pengeluaran.
Minggu 9 - Melakukan pemeriksaan berat dan timbangan
potongan doh
- Melakukan pemeriksaan suhu bahan-bahan mentah
yang baru masuk ataupun yang sedia ada di dalam
stor sejuk beku dan stor kering.
- Melakukan pemeriksaan terhadap cara
pembungkusan produk akhir dan merekodkan berat
setiap bungkusan.
- Merekodkan suhu produk yang disejukan (28-29°C)
sebelum proses pembungkusan dijalankan.
- Melakukan pemeriksaan kebersihan diri dan pakaian
pekerja

9
Minggu 10 - Melakukan pemeriksaan kawalan serangga
- Melakukan pemeriksaan dan semakan infrastruktur
kilang.
- Melakukan pemeriksaan tentang semakan
pembuangan bahan buangan dan pelupusan sisa
- Melakukan pemeriksaan suhu air dan suhu produk
masakan (proses rebusan)
- Melakukan pemeriksaan kebersihan kilang sebelum
dan selesai proses pengeluaran.
Minggu 11 - Melakukan pemeriksaan berat dan timbangan
potongan doh
- Melakukan pemeriksaan suhu bahan-bahan mentah
yang baru masuk ataupun yang sedia ada di dalam
stor sejuk beku dan stor kering.
- Melakukan pemeriksaan terhadap cara
pembungkusan produk akhir dan merekodkan berat
setiap bungkusan.
- Merekodkan suhu produk yang disejukan (28-29°C)
sebelum proses pembungkusan dijalankan.
- Melakukan pemeriksaan kebersihan diri dan pakaian
pekerja
November Minggu 12 - Melakukan pemeriksaan terhadap suhu produk
sesudah direbus (70 °C dan keatas)
- Melakukan pemeriksaan terhadap panjang (cm)
produk lekor yang digelek (roll).
- Melakukan pemeriksaan harian “Cooking test” dan
“Sensory test” kepada produk yang dihasilkan.
- Melakukan pemeriksaan terhadap bahan mentah
semasa penerimaan bahan mentah.
Minggu 13 - Melakukan pemeriksaan kawalan serangga

10
- Melakukan pemeriksaan dan semakan infrastruktur
kilang.
- Melakukan pemeriksaan tentang semakan
pembuangan bahan buangan dan pelupusan sisa
- Melakukan pemeriksaan suhu air dan suhu produk
masakan (proses rebusan)
- Melakukan pemeriksaan kebersihan kilang sebelum
dan selesai proses pengeluaran.
Minggu 14 - Melakukan pemeriksaan terhadap suhu produk
sesudah direbus (70 °C dan keatas)
- Melakukan pemeriksaan terhadap panjang (cm)
produk lekor yang digelek (roll).
- Melakukan pemeriksaan harian “Cooking test” dan
“Sensory test” kepada produk yang dihasilkan.
- Melakukan pemeriksaan terhadap bahan mentah
semasa penerimaan bahan mentah.
Minggu 15 - Melakukan pemeriksaan kawalan serangga
- Melakukan pemeriksaan dan semakan infrastruktur
kilang.
- Melakukan pemeriksaan tentang semakan
pembuangan bahan buangan dan pelupusan sisa
- Melakukan pemeriksaan suhu air dan suhu produk
masakan (proses rebusan)
- Melakukan pemeriksaan kebersihan kilang sebelum
dan selesai proses pengeluaran.
December Minggu 16 - Melakukan pemeriksaan terhadap suhu produk
sesudah direbus (70 °C dan keatas)
- Melakukan pemeriksaan terhadap panjang (cm)
produk lekor yang digelek (roll).
- Melakukan pemeriksaan harian “Cooking test” dan
“Sensory test” kepada produk yang dihasilkan.

11
- Melakukan pemeriksaan terhadap bahan mentah
semasa penerimaan bahan mentah.
Minggu 17 - Melakukan pemeriksaan kawalan serangga
- Melakukan pemeriksaan dan semakan infrastruktur
kilang.
- Melakukan pemeriksaan tentang semakan
pembuangan bahan buangan dan pelupusan sisa
- Melakukan pemeriksaan suhu air dan suhu produk
masakan (proses rebusan)
- Melakukan pemeriksaan kebersihan kilang sebelum
dan selesai proses pengeluaran.
Minggu 18 - Melakukan pemeriksaan berat dan timbangan
potongan doh
- Melakukan pemeriksaan suhu bahan-bahan mentah
yang baru masuk ataupun yang sedia ada di dalam
stor sejuk beku dan stor kering.
- Melakukan pemeriksaan terhadap cara
pembungkusan produk akhir dan merekodkan berat
setiap bungkusan.
- Merekodkan suhu produk yang disejukan (28-29°C)
sebelum proses pembungkusan dijalankan.
- Melakukan pemeriksaan kebersihan diri dan pakaian
pekerja
Minggu 19 - Pemprosesan keropok original lekor
- Pemprosesan keropok krispi lekor
- Pemprosesan keropok bebola ikan
- Pemprosesan keropok nipis ikan
- - Pemprosesan keropok fries lekor
Januari Minggu 20 - Pemprosesan keropok original lekor
- Pemprosesan keropok krispi lekor
- Pemprosesan keropok bebola ikan

12
- Pemprosesan keropok nipis ikan
- Pemprosesan keropok fries lekor

13
BAB 4: KAWALAN PEMPROSESAN PRODUK

4.1 Pengenalan

Prosedur operasi standart (SOP) amat dititkberatkan setiap kali menghasilkan


sesuatu produk. Sebagai pemantau pengendali pemprosesan dan kualiti makanan. Adalah
sangat digalakkan untuk memastikan kesemua produk yung dibasilkan mengikuti standart
piawaian yang telah ditetapkan untuk menjaga kualiti makanan. Beberapa produk telah
dihasilkan oleh Mek Ery Lekor Sdn. Bhd. iaitu keropok original lekor, keropok nipis lekor,
keropok krispi lekor, keropok bebola lekor dan keropok fries lekor. Kesemua produk
diatas telah dihasilkan dengan sempurna untuk para pelanggan.

4.2 Prosedur Sebelum Pemprosesan Produk Makanan.

Sepanjang latihan industri di Alpha Magna ini, kami telah menghasilkan dan
mengkaji beberapa jenis produk mengikut cita rasa para pelanggan. Piawaian
pemprosesan makanan amat dititkberatkan demi mengekalkan kualiti makanan. Semasa
proses pemprosesan produk, semua pekerja dan kaki tangan perlu memakai pakaian alat
pelindung diri (PPE) untuk mengekalkan kebersihan dan menghindari dari sebarang
pencemaran ke atas makanan. Antara PPE yang digunakan ialah sarung tangan, penutup
hidung dan mulut, apron plastik dan kasut boot.

4.3 Peralatan dan Mesin yang Digunakan.

Peralatan dan mesin yang digunakan untuk menghasilkan produk yang dijual di
Mek Ery Lekor Sdn Bhd adalah, penimbang manual dan digital, tray besi yang digunakan
untuk menyusun doh lekor yang telah digelek, meja penyejukan, kipas dan meja
pembungkusan dan “sealer” pembungkusan. Manakala untuk mesin pula, freezer, mesin
pengadun, meja pengelek, mesin pembentuk bebola, dan dapur perebusan.

14
4.4 Pelebelan dan Pembungkusan.

Proses melabel adalah untuk mengenal pasti jenis produk. Semun maklumat yang
lengkap telah diletakkan didalam label produk. Antara maklumat penting yang perlu ada
disetiap label ialah nama produk, tarikh luput, tarikh penghasilan produk, senarai ramuan,
maklumat nutrisi, nama dan alamat pengilang serta logo halal,GMP dan sebagainya.

15
BAB 5: KESIMPULAN

Tuntasnya sepanjang saya menjalani latihan industri ini, pelbagai pengetahuan


yang baru saya pelajari mengenai bidang perkilangan makanan, perniagaan dan
pengurusan kilang. Banyak pembelajaran semasa di Politeknik dapat diaplikasikan dalam
suasana pekerjaan yang sebenar. Sepanjang 20 minggu yang telah diwajibkan oleh pihak
Politeknik bagi menjalani latihan industri, pelbagai perkara yang dapat saya pelajari dan
memberi manfaat kepada saya terutamanya dalam mendisiplinkan diri, cara
berkomunikasi dengan baik,berkeyakinan diri dan berani berhadapan dengan orang ramai.
Latihan industri ini juga memberi banyak pendedahan awal tentang alam pekerjaan.
Secara tidak langsung melalui latihan ini pelajar bersedia, serta lebih berkeyakinan untuk
berdepan dengan masalah yang mendatang.

Pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru yang diperoleh melalui tunjuk ajar dan
bimbingan daripada orang baru. Akhir sekali, secara amnya Latihan Industri patut
diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfant serta frednh kepada pelatih dari segi
ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal
ini, pelatih akan dapat melihat gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan sebenar
disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya.

16
BAB 6: KOMEN DAN CADANGAN

6.1 Cadangan untuk Syarikat Latihan Industri

Mek Ery Lekor Sdn Bhd merupakan sebuah industri Kecil dan Sederhana (IKS).
pelbagai inisiatif perlu dititikberatkan bagi memastikan syarikat ini menembusi pasaran
setaraf dengan industri makanan yang lain. Antara perkara yang perlu dititkberatkan
adalah, Antaranya, syarikat perlu menggunakan banyak mesin dan teknologi sebagai
contoh ialah kepada proses menimbang dan memotong doh.

Seterusnya, syarikat ini juga memerlukan tenaga pekerja yang mencukupi untuk
memastikan penghasilan pengeluaran produk berjalan lancar. Secara umumnya
mengetahui bahawa tenaga kerja utama adalah pekerja tetap. Tanpa pekerja tetap, syarikat
akan mengalami kerugian yang besar kerana ketiadaan pekerja untuk membantu
penghasilan produk.

6.2 Cadangan untuk Politeknik

Kursus Latihan Industri telah memberi kesan yang amat positif kepada pelajar
untuk meningkatkan mutu hasil kerja. Pelajar dapat pendedahan kepada situast sebenar
proses pengoperasian, pembangunan dan pengurusan di tempat kerja. Pelajar juga dapat
menimba pengalaman dalam mempelajari pelbagai teknik seperti menyelesaikan masalah,
menyumbang buah fikiran, bekerja secara kumpulan, mendisiplinkan diri dan sebagainya.
Selain daripada itu, ia juga mampu melahirkan graduan yang cemerlang dan sentiasa
berfikiran terbuka, berinovasi, bijak berkomunikasi serta berdaya saing. Tetapi bagi
pendapat saya masih ada beberapa kelemahan terhadap latihan industri. Oleh itu, saya
ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk menambah lagi kemantapan latihan
industri. Antara cadangan saya ialah,

Pihak Politeknik disyorkan supaya mengumpul maklumat mengenai tempat-


tempat yang kebiasaannya menjadi pilihan pelajar untuk menjalani latihan industri agar
dapat dipastikan bahawa premis berkenaan betul-betul akan memberi manfaat yang

17
berguna kepada pelajar kelak. Seterusnya, pihak penyelaras latihan industri Politeknik
sepatutnya periu lebih kerap membuat lawatan ke organisasi tempat pelajar menjalani
latihan industri. Keadaan ini bagi membolehkan pihak terlibat mengikuti perkembangan
semasa pelajar disamping mengetahui segala kesulitan yang dihadapi. Akhir sekali,
sentiasa menghubungi pihak firma untuk mengetahui perkembangan dan keadaan serta
tingkah laku pelajar. Sekiranya dalam masa tersebut pelajar didapati membuat perkara
yang melanggari peraturan maka tindakan disiplin yang tegas perlu dilaksanakan.

18
SUMBER RUJUKAN

1. Osman, Siti & Khoiry, Muhamad Azry & Abd Rahman, Norinah & Abd.
Rahni, Ashrani Aizzuddin & Radzi, Mohd & Mansor, Mohd Radzi Abu &
Nordin, Darman & Johar, Suhana. (2016). The effectiveness of industrial
training from the perspective of students of the civil and structure engineering
department. Journal of Engineering Science and Technology. 11. 1-12.
https://www.researchgate.net/publication/310240963_The_effectiveness_of_i
ndustrial_training_from_the_perspective_of_students_of_the_civil_and_stru
cture_engineering_department/citation/download
2. Profile Syarikat. (n.d.). Retrieved May 17, 2022, from
http://orangkampungpage.blogspot.com/p/blog-page_17.html.

19
LAMPIRAN

Gambar Rajah 2.1 Keropok Lekor Original

Gambar Rajah 2.2 Carta Organisasi Mek Ery Lekor Sdn Bhd

20
GANTT CHART LATIHAN INDUSTRI (OGOS–JANUARI)

TASK M M M M M M M M M M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16 M17 M18 M19 M20
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Taklimat tentang kilang

Menyediakan dokumentasi
pemeriksaan dan pemantauan
Melakukan R&D terhadap idea-
idea baru
Melakukan Pemeriksaan dan
Pemantauan harian
Melakukan Pemeriksaan dan
Pemantauan Mingguan
Membantu mengendalikan lawatan
badan kerajaan
Membantu pemprosesan produk
sejuk beku
Membantu pemprosesan produk
pengeluaran segera

Anda mungkin juga menyukai