Anda di halaman 1dari 40

DIPLOMA PENGURUSAN PENYELENGGARAAN

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

MUHAMMAD SYAHRUL AIDIL BIN MOHD SUKRI


(DA/F/2020/10686)

ICE TECH REFRIGERATION SDN. BHD,


NO. 115, JALAN 12,
TAMAN PERINDUSTRIAN EHSAN JAYA,
KEPONG, 52100 KUALA LUMPUR.

APRIL 2022
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


Laporan akhir Latihan industry i
Pengesahan Pelajar ii
Biodata pelajar iii
penghargaan v

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI


1.1 Pendahuluan
1.2 Tujuan
1.3 Objektif latihan industri
1.4 Kepetingan kepentingan latihan industri
1.5 Objektif laporan latihan industri

BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT


2.1 pengenalan
2.2 latar belakang
2.3 visi dan misi
2.4 projek terkini
2.5 carta organisasi

RAJAH 2.1 carta organisasi


2.2 kumpulan projek

BAB 3 RINGKASAN LATIHAN INDUSTRI


3.1 pengenalan
3.2 ringkasan tugasan semasa latihan industri
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL
4.1 laporan teknikal

RAJAH 4 Tugas 1 : penyambungan 3 fasa


4.1 Tugas 2 : penyambungan 3 fasa siap disambung dan kemas
4.2 Tugas 3 : mengikat tapak kipas blower
4.3 Tugas 4 : penyambungan wayar pada moto kipas
4.4 Tugas 5 : kipas blower dalam keadaan terikat kemas
4.5 Tugas 6 : memasang bilah pada sub kipas
4.6 Tugas 7 : menukar wayar kipas blower yang terbakar
4.7 Tugas 8 : mencari kebocoran
4.8 Tugas 9 : bahagian bocor dipotong
4.9 Tugas 10 : hujung coil di bakar
4.10 Tugas 11 : coil di welding

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN


5.1 pengenalan
5.2 dapatan
5.3 cadangan

BAB 6 KESIMPULAN
Rujukan
PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali kecuali
nukilan, gambar, dan ringkasan yang tiap-tiap satunya akan saya jelaskanya.”

Tandatangan :…………………………………………………..
Nama Pelajar : Muhammad Syahrul Aidil Bin Mohd Sukri
No. Matrik : DA/F/2020/10686
Tarikh :

PENGURUS,

……………………
(BEH TEH HONG)
PENGURUS ICE TECH REFRIGERATION SDN. BHD
UNIVERSITY COLLEGE of YAYASAN PAHANG
SESI JULI 2022

BIODATA PELAJAR

NAMA :MUHAMMAD SYAHRUL AIDIL BIN MOHD SUKRI


NO KAD PENGENALAN :021118060555
NO MATRIK :DA/F/2020/10686
KURSUS :DIPLOMA PENGURUSAN PENYELENGGARAAN
JABATAN :TECHNICIAN
INSTITUSI :UNIVERSITY COLLEGE OF YAYASAN PAHANG
FIRMA LATIHAN :ICE TECH REFRIGERATION SDN. BHD
PERINDUSTRIAN EHSAN JAYA,
KEPONG, 52100 KUALA LUMPUR
NAMA PENGURUS :MR. BEH THE HONG
TEMPOH LATIHAN :4 JULI 2022 – 23 OKTOBER 2022
PENGHARGAAN

Setinggi tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan ice tech
refrigeration SDN. BHD kerana telah memberi peluang kepada saya mejalani Latihan industri
di tempatnya selama 4 bulan. khasnya buat MR BEH TEH HONG selaku pengurus di Ice tech
ini dan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di organisasi ini. Selian itu
selaku penyelia saya kerana beliau juga telah banyak membantu saya dalam menjalankan
kerja kerja di ice tech ini terutama yang saya tidak mahir EN. ZULHAM juga banyak memberi
tunjuk ajar saya tentang penggunaan alatan terutama yang berkaitan arus elektrik, dan cara
membuat pendawaian dengan betul.

Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja ice tech terutama dalam bahagian elektrik
telah memberikan saya pengalaman yang baru dalam mengenali kaedah pendawaian yang
lebih cekap dan kemas. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam
pekerjaan pada masa yang akan datang.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak unit Latihan industry
dan pensyarah UNIVERSITY COLLEGE OF YAYASAN PAHANG yang banyak membantu dari
penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan dan penyediaan laporan Latihan industri.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan
padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan menamatkan Latihan industry
selama 4 bulan.
BAB 1
PENGENALAN

1.1 PENGENALAN ON THE JOB TRAINING

Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya dapatlah saya menamatkan
latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan
akhir Latihan industri saya pada masa dan dan waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya.
Dalam tempoh masa 4 bulan bermula pada 4 JULI 2022 sehingga 23 OKTOBER 2022,
saya telah menjalankan latihan industri di syarikat ICE TECH REFRIGERATION SDN. BHD.
Dalam tempoh saya berada dalam organisasi ini, saya dapat melalui pengalaman baru dalam
hidup saya terutama dalam pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisi ini saya dapat
mempraktikan apa yang saya belajar secara teori sewaktu di kolej dan mengenali bahan,
kelengkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan industri.
Aspek paling penting dalam mengikuti Latihan industri ini ialah, bagi saya dapat
memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang sebenar. Selain
itu ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat membuka minda untuk
memikirkan bagaimana sesuatu kerja itu dibuat dan mengenal pasti cara untuk mengatasi
masalah yang timbul semasa berada di tempat kerja. Ianya juga dapat membantu kami
untuk menambah keyakinan diri.
Selain itu, Latihan industri ini juga adalah merupakan cara terbaik untuk melatih
pelajar seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan dan orang
atasan. Di dalam latihan ianya akan memberi peluang kepada saya untuk mempraktikan
cara berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana
tingkah laku juga adalah salah satu sapek penting yang dititip beratkan dalam pekerjaan.
Secara tidak langsung ianya juga dapat muwujudkan sikap lebih disiplin dari segi
kedatangan awal ke tempat kerja, bertanggungjawab terhadap kerja kerja yang dilakukan,
membuat keputusan untuk dan berupaya menguji masalah yang dihadapi. Justeru itu,
Latihan industrdapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari segi
mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan didalam alam pekerjaan pada masa akan datang.
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Para pelajar yang mengambil apa- apa jua kursus di mana-mana kolej perlulah menjalani
latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 4 bulan. Latihan industri ini
juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum
dianugerahkan sijil atau diploma daripada pihak kolej. Di antara objektif utama latihan
industri ini wujud adalah :

I. Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.


II. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di kolej dengan
aspek-aspek praktikal di tempat kerja.
III. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesame pekerja di
tempat kerja tersebut.
IV. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan bekeyakinan tinggi
semasa latihan industri di jalankan dan di masa akan datang.
V. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sektor industri selepas tamat
peengajian.
VI. Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan
oleh kolej seperti menyediakan buku laporan Latihan industri.
1.3 OBJEKTIF LAPORAN ON THE JOB TRAINING

Apabila tamat latihan industri yang dijalankan .maka setiap pelajar diharuskan
membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan
oleh pihak politeknik .ia adalah untuk menilai sejauh manakah kebersanan latihan industri
yang telah dijalankan oleh pelajar disepanjang tempoh tersebut .laporan ini dibuat kerana ia
merupakan satu dokumen penting di mana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap
latihan yang diikuti .ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketiga temuduga.
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah
yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semester yang berikutnya. Suatu
kerja yang dilakukan secara baik tetapi tidak memberi makna jika ia tidak dicatat atau
dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak.
Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar.
Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan dan segala
peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang
memeriksa dan juga syarikat serta pihak lain untuk penilaian serta rujukan terhadap laporan
tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia
memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteran awam
khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak
secara langsung atau tidak langsung.
1.4 Kepentingan Latihan Industri

kepada pelajar yang menjalani Latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu
yang memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap
proses pembelajaran perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat
gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat di dalam diri seseorang pelajar itu
sendiri di samping mendapat kemahhiran yang sedia ada yang terdapat di dalam diri
seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang
baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut
sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang
yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian
masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan satu
pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung ia dapat
memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya
tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi
pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak
dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang
memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi di samping pengalaman bekerja yang ada.
Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk bekas pelatih
setelah tamat pengajian kelak.
Walau bagaimanapun, input yang diperoleh daripada latihan ini adalah
sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang
diperoleh semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk di masa akan
datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam
tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk
meningkatkan prestasi ke tahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang
pelajar dan pekerja yang berdikari dan cemerlang kelak.
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN SYARIKAT ICE TECH REFRIGERATION SDN BHD

Ice Tech Refrigeration sdn bhd ialah sebuah kejuruteraan pegnhawa dingin yang
menyediakan perkhidmatan terkini melalui campuran pasukan profesional tempatan dan
asing dengan misi menyampaikan perkhidmatan dan sokongan yang tiada tandingan kepada
Malaysia dan Antarabangsa.

Ice Tech Refrigeration sdn bhd telah menyampaikan penyelesaian yang berharga
kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa. Kami komited dalam mengukuhkan
pertumbuhan rakan kongsi yang teguh mendapatkan lebih banyak bahagian pasaran
memastikan potensi pertumbuhan terjamin.
2.2 LATAR BELAKANG

ICE - TECH Refrigeration telah ditubuhkan pada tahun 1998

Dengan pengalaman dan pengetahuan selama 15 tahun, ICE-TECH Refrigeration


mengkhusus dalam kejuruteraan, pemasangan reka bentuk dan perkhidmatan sistem
penyejukan industri & proses serta mempunyai pelbagai rujukan dalam pelbagai aplikasi
termasuk industri minyak sawit, industri proses dan industri minuman makanan.

Penyelesaian kami memastikan penjimatan tenaga dan sistem mesra alam untuk memenuhi
keperluan pelanggan kami.
2.3 VISI DAN MISI

VISI

Untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan berasaskan kejuruteraan penyejuk


bekuan.

MISI

Untuk memastikan perkhidmatan yang di beri adalah memuaskan dan menjimatkan kos bagi
pelanggan kami.

2.4 SENARAI PELANGGAN TETAP

I. AYAMAS FOOD CORPORATION SDN BHD


II. PK AGRO-INDUSTRY PRODUCTS (M) SB
III. MALAYSIA MILK SDN BHD
IV. DAIRYMAS (M) SDN BHD
V. IDS LOGISTICS SERVICES (M) SDN BHD
VI. F&NCC BEVERAGES SDN BHD
VII. KOUK SUI SEA PRODUCT INDUSTRIES SDN BHD
VIII. NESTLE MANUFACTURING (M) SDN BHD
IX. INTEGRATED POULTRY INDUSTRY SB
X. POKKA ACE SDN BHD

2.5 SKOP PERNIAGAAN

I. kejuruteraan penyejukan dan cantracting dalam industri makanan, minuman, dan


makanan laut

II. komponen penyejukkan: skrew compressor,recip. kompressor,kondensor,penyejat,


kapal tekanan dsb

III. selepas perkhidmatan,penyelenggaraan dan menaik taraf loji


IV. system PC/PLC untuk industri penyejuk bekuan

2.6 CARTA ORGANISASI

RAJAH 2.1 : CARTA ORGANISASI


2.7 KUMPULAN PROJEK

RAJAH 2.2 : KUMPULAN PROJEK


BAB 3

RIGNKASKAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 PENGENALAN

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan


sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang di tulis
dalam buku log secara ringkas akan di terangkan di dalam bab yang meliputi tugas
yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan di catat
dalam buku laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas
aktiviti-aktiviti dan tugas saya yang telah dijalankan semasa menjalani latihan
industri pada satu semester iaitu dua puluh minggu. Segala aktiviti yang dilakukan
akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja
yang telah dilakukan dalam seminggu di samping memudahkan proses penyemakan.
Hari kerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat
cuti umum dan cuti yang di umum oleh pihak syarikat.

Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak


perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di kolej, saya juga
telah didedahkan dengan peraturan peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu
dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan
industri. Ketika menjalani latihan industri. Ketika menjalani latihan industri di
syarikat ini, saya telah ditempatkan di bahagian penyelenggaraan mekanikal yang
lebih kepada kerja-kerja membaik pulih dan penyelenggaran peralatan mesin dalam
kilang, setiap pekerjaan yang di tugaskan telah di jadualkan oleh jurutera senggaran
untuk memudahkan tugas penyelenggaraan.
3.2 SENARAI RINGKASAN TUGASAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI

MINGGU AKTIVITI
 Mengecat paip stanless steel
compressor
 Mencuci suiz board compressor yang
Minggu 1 berkarat
4 julai 2022 – 9 julai 2022  Menambah gas ammonia
 Membuat penyambungan kabel plug
dan soket 13A
 Menanggal pendawaian pada suis
board

 Raja haji
 Membuat penyelenggaraan spiral
freezer
Minggu 2  Menukar rail spiral freezer
11 julai 2022 – 16 julai 2022

 Menukar teflon spiral freezer


 Menukar suction plate valve
 Menukar belting compressor
Minggu 3  Menukar shaft seal compressor
18 julai 2022 – 23 julai 2022  Membuat pendawaian compressor
yang terbakar.
 Menukar bearing spiral freezer

 Menukar roda Teflon spiral freezer


 Memasang pintu pintu freezer
Minggu 4  Membuat pipe fitting condenser
25 julai 2022 – 30 julai 2022  Pemasangan vave
 Cuti emergency
 Cuti emergency
 Membuat penanggalan pada switch
Minggu 5 box
1 ogos2022 – 6ogos 2022  Membuat penyelenggaraan tangka
gas
 Memasang kipas blower
 Memasang baring puli compressor
 Kerja pemasangan compressor
baharu pada ruang yang ditetapkan.

 Memasang moto kipas blower di


dalam bilik cooler room
 Membuat penyambungan wayar
pada moto
Minggu 6  Memasang bilah kipas pada sub moto
8 ogos 2022 – 13 ogos 2022  Menanggal moto kipas condenser
yang telah terbakar
 Membancuh cpu chemical untuk diisi
ke dalam bahagian pelapis paip
 Menukar oil filter compressor
 Memasang moto kipas yang telah
siap rewire
 Menukar minyak compressor mycom

 Menukar oil coolen compressor


 Menukar belt compressor
 Menukar bearing compressor
 Overhall compressor
Minggu 7  Menanggal cover belt
15 ogos 2022 – 20 ogos 2022  Menanggal belt
 Menanggal pully pada batang sub
compressor
 Menanggal piston compressor
 Memecahkan ketulan ais yang terjadi
disebabkan paip air blower yang
bocor di bilik cooler room
 Mencuci blower tiga kipas di bilik
ante room 1
Minggu 8  Mencuci blower 3 kipas di bilik ante
22 ogos 2022 – 27 ogos 2022 room 2
 Menukar wayar sensor blower yang
berada di bilik cooler room
 Mencuci blower 3 kipas di bilik ante

 Mencuci blower 3 kipas di bilik ante


room 4
 Mencuci blower 3 kipas di bilik ante
room 5
Minggu 9  Menanggal moto compressor
29 ogoss 2022 – 3 sept 2022  Menukar solonoid coil
 Membantu welding paip gas
condensor yang bocor
 Service compressor

Minggu 10 
5 sept 2022 – 10 sept 2022  Menanggal compressor dan
Menyusun komponentersebut
mengikut turutan
 Mencuci setiap komponen
menggunakan minyak diesel
 Mencuci bahagian dalam badan
compressor
 Memasang semula komponen
compressor
 Memassukkan minyak compressor
yang baru pada compressor
 Mengecat badan compressor
 Menutup coil paip condensor yang
bocor
 Menukar valve
 Menukar kabel moto kipas blower
kerana kabel terbakar
 Memeriksa paip gas compressor jika
ada kebocoran kerana terdapat bau
Minggu 11 gas ammonia pada tempat tersebut
12 sept 2022 – 17 sept 2022  Mengukur jarak untuk membuat
jalan paip air kondensor yang telah
siap dipasang

 Membuat jalan trunkin untuk


pendawaian moto kondensor
 Membuat penyambungan wayar
pada moto kondensor
 Overhall compressor
Minggu 12  Membuang gas ammonia
19 sept 2022 – 24 sept 2022  Membuang minyak di dalam
compressor
 Menanggal komponen compressor
 Menyusun mengikut urutan

 Mencuci setiap komponen


compressor
 Menukar ring piston
 Menukar gasket paip air
Minggu 13  Menukar 2 rod piston dengan yang
26 sept 2022 – 1 oct 2022 baru kerana crankpin telah calar
 Memasang semula komponen pada
compressor
 Memastikan compressor berfungsi
dengan baik
 Menukar minyak compressor

 Mengisi minyak kedalam generator


 Memeriksa punca mcb trip
 Menggosok valve
Minggu 14  Membuat pnyambungan soket pada
3 oct 2022 – 8 oct 2022 suis board
 Membuat tapak kondenssor
 Mengecat tapak kondensor
 Menaikkan paip blower ke bahagian
Minggu 15 atas panel di dalam kilang
10 oct 2022 – 15 oct 2022  Memotong paip
 Membantu kerja welding pada
penyambungan paip
 Menambah minyak compressor
 Memeriksa compressor berfungsi
dengan baik

 Menukar bearing moto


 Membuat paip gas kondensor
 Mencuci penutup badan motor
 Memotong besi channel
Minggu 16  Menurunkan compressor yang baru
17 oct 2022 – 22 oct 2022 ke bawah tapak kilang yang baru
dibina
 Menurunkan tangka gas dan pam gas
ammonia
 Menurunkan tangki minyak
compressor
 Menurunkan moto compressor

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL
4.1 Skop kerja deployment

Membuat penymbungan kabel 3 fasa pada suis utama

RAJAH 4 : PENYAMBUNGAN 3 FASA

RAJAH 4.1 : PENYAMBUNGAN 3 FASA SIAP DAN KEMAS


Menukar moto kipas blower

 Meletakkan moto kipas yang baru pada tapak yang lama


 Mengikat nut pada tapak moto kipas
RAJAH 4.2 : MENGIKAT TAPAK MOTO KIPAS BLOWER

 Membuat penyambungan kabel pada moto kipas

RAJAH 4.3 : PENYAMBUNGAN MOTO KIPAS


 moto kipas siap dibuat penyambungan dan tapak telah diikat kemas

RAJAH 4.4 : KIPAS BLOWER DALAM KEADAAN KEMAS

 memasang bilah pada sub moto kipas

RAJAH 4.5 : MEMASANG BILAH PADA BATANG SUB MOTO


 menukar wayar kipas blower yang telah terbakar

RAJAH 4.6 : MENUKAR WAYAR KIPAS BLOWER YANG TERBAKAR


Mencari dan menutup kebocoran pada coil condensor

 menggunakan air dan gas yang bocor melalui coil akan terlihat

RAJAH 4.7 : MENCARI BOCOR PADA COIL KONDENSOR


 setelah menjumpai bahagian coil tersebut dipotong

RAJAH 4.8 : BAHAGIAN BOCOR DI POTONG

 bahagian hujung coil di bakar menggunakan api torch dan di kepitkan


menggukan playar muncung

RAJAH 4.9 : HUJUNG COIL DI BAKAR


 hujung coil di welding untuk memastikan tiada lagi kebocoran

RAJAH 4.10 : SETELAH DI KEPIT DI WELDING


BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

Setelah menjalani latihan industri ini, saya ingin mengemukakan cadangan untuk
dipertimbangkan lagi bagi kebaikan bersama. Andaikata, cadangan yang saya kemukakan ini
bercanggah dengan mana mana pihak, saya ingin memohon maaf terlebih dahulu.

Saya sebagai pelajar Latihan industri ingin memberikan sedikit pendapat dan cadangan
untuk pihak University College of Yaaysan Phang (UCYP) untuk menambahkan lagi ilmu
pengetahuan tentang maintenance mahupun pentadbiran memandangkan krusus adalah
dua tahun setengah supaya dapat membangunkan dengan lebih maju ilmu pengetahuan.
Berkemungkinan juga dapat mengurangkan tekanan para pelajr dalam menghadap nota-
nota kuliah sahaja.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dalam bidang pengurusan dan
perancangan sesuatu projek. Pemilihan organisasi bukan sahaja bergantung kepada besar
atau kecil sesuatu organisasi tetapi kesanggupan pelajaar untuk mengaut segala ilmu
pengetahuan yang ada pada sesuatu organisasi.

Setelah menjalani program Latihan industri di ice tech refregeration, saya dapati terdapat
beberapa pekara yang harus dititipberatkan oleh pihak kolej terhadap pelajar praktikal itu
sendiri untuk memenuhi permintaan dan seterusnya meningkatkan kualiti para pelajar.
Berikut adalah cadangan yang diajukan agar program Latihan yang lebih sempurna dapat
diadakan pada masa akan dating.
5.1 CADANGAN KEPADA PIHAK SYARIKAT

i) Ice-Tech refrigeration Sdn Bhd perlulah memberi panduan kepada pelajar tentang
prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalankan latihan dan menyediakan jadual kerja
yang lengkap supaya pelajar dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dalam bidang
maintenance.
ii) Pelatih-pelatih juga seharusnya dibimbing dengan sebaik mungkin oleh penyelia
yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan.

iii) Pelajar harus didedahkan dengan kerja-kerja di tempat kerja untuk memahami
antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja
tersebut dilaksanakan.

iv) Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan tentang
kerja-kerja yang berkaitan dengan kursus pelajaran, di mana pengetahuan ini tidak dapat
diperolehi sepenuhnya di kolej hanya dengan mendapatkannya secara teori.

v) Ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan komunikasi yang baik
seperti memberi penerangan secukupnya tentang sesuatu kerja supaya pekerja atau pelatih
dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin.
5.2 CADANGAN KEPADA PIHAK UCYP

i) Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah dipohon oleh


pelajar supaya pelajar memilih organisasi yang berkaitan dengan bidang
yang diceburi supaya pelajar dapat mengambil manfaat daripada program
latihan organisai.

ii) Pihak university College of yayasan haruslah berhubung dengan


organisasi Latihan industri pelajar untuk tempahan janji temu agar masa
lawatan pensyarah terlibat tidak berlanggar dengan masa pegawai jika
pegawai mempunyai jadual padat. Justeru, pihak kolej dapat menjalinkan
hubungan yang erat dengan organisasi secara tidak langsung boleh
mendorong pihak organisasi untuk mengambil para pelajar (UCYP) pada
masa akan datang.

iii) Pensyarah (UCYP) harus memberi pemantauan dan sokongan yang lebih
kerap terhadap pelajar yang sedang menjalani latihan industri kerana
setengah pelajar mungkin mempunyai masalah yang dihadapi oleh pelajar
memandangkan pelajar masih belum bersedia di alam pekerjaan.

iv) Pihak (UCYP) hendaklah memberikan taklimat panduan yang lebih


berkesan kepada pelajar mengenai cara untuk melengkapkan buku
laporan harian yang lebih tepat. Contohnya seperti format bagi laporan,
kaedah penulisan yang sesuai, perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu
dalam penulisanlaporan harian.
5.3 CADANGAN KEPADA PELAJAR PRAKTIKAL

i) Pelajar mestilah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan


mematuhi peraturan dan etika kerja yang baik agar pihak
organisasi tidak memberi perspektif yangburuk pada pihak
institusi.

ii) Pelajar yang ingin menjalani latihan industri hendaklah sentiasa


bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan
sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab.

iii) Pelajar mestilah tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi


semasa menjalani latihan industri supaya ilmu yang diperolehi
sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk
menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi aset yang
berguna kepada diri sendiri.

iv) Latihan industri merupakan pembelajaran secara berkesan untuk


para pelajar UCYP dan usaha ini harus diteruskan pada masa akan
datang
BAB 6

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Latihan industri yang telah saya jalankan selama


enam bulan (4) ini amatlah berguna dan sangat membantu terutamanya
kepada diri saya. Latihan industri ini dapat menjadi salah satu landasan bagi
saya untuk mengenali dan merasai pengalaman bidang kerja yang sebenar
dengan lebih mendalam. Di samping itu, ilmu yang diperolehi sepanjang
pengajian di University College of Yayasan Pahang dapat diaplikasikan
sepenuhnya di alam pekerjaan. Justeru itu, Latihan industri ini amat baik dan
wajar diteruskan bagi melahirkan graduan yang lebih berkualiti tinggi selaras
dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan profesional yang dinamik.

Dalam tempoh menjalani Latihan industri di Syarikat Ice Tech


Refrigeration Sdn Bhd ini, banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang
saya perolehi Ketika melakukan kerja technician di kilang mahupun di tapak
pembinaan. Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna untuk memajukan
diri dan juga membantu untuk kemudahan di masa hadapan terutama sekali
dalam bidang technician. Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar
adalah baik kepada pelajar terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran
agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi. Pelajar juga dapat
mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam
situasi pekerjaan yang sebenar.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada


mereka yang telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna kepada saya.
Jasa dan bantuan mereka tidak akan saya lupakan. Saya juga ingin memohon
maaf kepada Pihak Ice Tech Refrigeration Sdn Bhd dan Latihan Industri (UPLI)
University college of Yayasan Pahang atas sebarang kesilapan dan kekhilafan
yang terkandung di dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia menerima teguran.
RUJUKAN
1. https://www.ctoscredit.com.my/business/ICE_TECH-
REFRIGERATION-SDN-BHD-0706009A
2. https://www.slideshare.net/rizalshah94/contoh-laporan-
latakhir
3. Buku garis panduan ON-THE JOB TRAINING kolej vokasional

Anda mungkin juga menyukai