Anda di halaman 1dari 53

INDUSTRIAL TRAINING REPORT

MUHAMMAD FAIZAL BIN ZULKIFLEE

(01DEE16F2043)

DI

PANASONIC APPLIANCES AIR-CONDITIONING

MALAYSIA SDN BHD

NO 17, JALAN PUCHONG, TAMAN PERINDUSTRIAN

SUBANG UTAMA, SEKSYEN 22,

40300 SHAH ALAM,

SELANGOR DARUL EHSAN.

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK

POLITEKNIK UNGKU OMAR

IPOH PERAK
POLITEKNIK UNGKU OMAR

JUN 2019

PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil dari kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya”

Nama Pelajar : MUHAMMAD FAIZAL BIN ZULKIFLEE

No. Pendaftaraan : 01DEE16F2043


PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan

Latihan Industri dari 1 Julai 2019 sehingga 15 November 2019. Sepanjang menjalankan

Latihan Industri, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun

manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar latihan

industri. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan latihan ini boleh

menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran saya yang sedia ada.

Saya sangat terhutang budi kepada Puan Aina Binti Ramlan kerana membenarkan saya
menjalankan latihan di syarikat Panasonic Appliances Air-Conditioning ini. Dia memberikan
saya banyak maklumat tentang proses di Panasonic dan memantau saya sepanjang perjalanan
latihan industri saya. Saya telah belajar banyak dari beliau. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua jurutera dan kakitangan syarikat ini yang berada di sana untuk
membantu saya secara langsung dan tidak langsung.

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya
yang telah banyak memberi sokongan moral semasa menjalankan latihan industri. Selain itu,
saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan laporan akhir ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan

tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda

hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini

tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.


KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

HHALAMAN JUDUL i

PENGESAHAN PELAJAR ii

PENGHARGAAN iii

KANDUNGAN iv

List of Figures v

BAB 1 PENGENALAN

BAB 2 LATAR BELAKANG SYARIKAT

BAB 3 WEEKLY SUMMARY

BAB 4 TECHNICAL REPORT

BAB 5 FINDINGS AND RECCOMENDATIONS

BAB 6 CONCLUSION

4
BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan Latihan Industri

Program Latihan Industri (LI) merupakan satu model utama ataupun syarat penting
dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(KPTM). Pelajar-pelajar disyaratkan lulus latihan industri untuk menamatkan
pengajian. Latihan industri juga merupakan aset penting dalam penganugerahan sijil
atau diploma oleh Kementerian PengajianTinggi Malaysia.

Latihan Industri boleh dijalankan di firma-firma kerajaan mahupun swasta


mengikut keselesaan para pelajar bagi memastikan tempat latihan industri yang
dijalankan bersesuaian dengan kursus yang diambil. Pelajar diberi peluang oleh Unit
Perhubungan dan Latihan Industri untuk memilih sendiri firma yang bersesuaian pada
pandangan pelajar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jika gagal, maka pelajar boleh
memaklumkan kegagalan berbuat demikian kepada Unit Perhubungan dan Latihan
Industri (UPLI) untuk proses pemilihan firma yang akan diuruskan sendiri oleh pihak
Politeknik.

5
Seandainya pelajar membuat keputusan untuk memilih sendiri firma bagi proses
latihan mereka, maka pelajar boleh menyerahkan terus borang permohonan kepada
firma berkenaan. Tempoh latihan industri akan berlangsung selama satu semester,
bermula 1 Julai 2019 hingga 15 November 2019. Saya telah memilih Panasonic
Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd sebagai tempat untuk menjalankan proses
latihan industri.

1.1 Objektif Latihan Industri

Dengan menjadikan latihan industri sebagai satu komponen utama dalam kurikulum
pembelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebenarnya mempunyai
objektif yang tersendiri dalam melahirkan pelajar yang berpersonaliti menarik dan
beretika semasa menjalankan kerja. Misi untuk melahirkan generasi yang berteknologi
tinggi amat memerlukan program-program sebegini. Oleh itu, tindakan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia menjadikan latihan industri sebagai prasyarat dalam
penganugerahan sijil/diploma adalah sangat wajar.

Objektif latihan industri adalah seperti berikut:

i. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar.

ii. Membina personaliti individu.


iii. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
iv. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar.
v. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori dengan praktikal yang
dilalui.
vi. Mengetahui dan dapat membiasakan diri dengan peraturan-peraturan.
vii. Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab.

6
viii. Menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk terus tingkatkan diri
dalam bidang yang diceburi.

1.1.1 Memberi Pendedahan Kepada Alam Pekerjaan Yang Sebenar

Sepanjang menjalani latihan industri, pelajar diberi peluang untuk menunjukkan


kebolehan dalam menjalankan tugas yang diberikan. Pelajar diberi kebenaran untuk
melakukan kerja yang agak mencabar tetapi mestilah di bawah pengawasan para
pekerja untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Pelajar akan diperkenalkan dengan tugas yang bakal dilakukan dan diberi
penerangan tentang cara-cara melakukankan tugas yang akan diberikan tersebut. Selain
itu, pelajar juga dibawa ke tapak kerja untuk memudahkan pelajar menyesuaikan diri
dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar. Dari segi kesanggupan kerja yang
dilakukan, penyelesaian yang baik dan mengikut prosedur yang betul sangat penting
bagi memastikan hasil kerja yang terbaik.

1.1.2 Membina Personaliti Individu

Sepanjang menjalani latihan industri, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam
pekerjaan tetapi turut dibimbing dalam membentuk peribadi yang cemerlang. Bekerja

7
bersama-sama rakan setugas dan masyarakat luar bagi mewujudkan semangat kerja
berpasukan. Semangat demikian memberi sumbangan yang besar dalam mewujudkan
masyarakat yang saling menghormati dan bertimbang rasa.

Tugas yang telah diberikan kepada pelajar pula akan melatih pelajar untuk
bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang telah diberikan.
Sikap seperti ini perlu wujud dalam diri setiap individu untuk mewujudkan organisasi
yang bermatlamat.

1.1.3 Mengamalkan Etika Dan Peraturan Kerja Yang Baik

Dalam menjalanan setiap kerja yang diamanahkan, pelajar mungkin akan terdedah
kepada bahaya. Oleh itu, adalah penting untuk menitik beratkan ciri-ciri keselamatan.
Situasi ini secara tidak langsung akan melatih pelajar untuk mengamalkan etika dan
peraturan kerja yang baik.

1.2 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Program latihan industri ini adalah wajib bagi semua pelajar yang telah lulus semester
lima bagi kursus diploma di politeknik. Program yang berlangsung selama 4 bulan
setengah atau satu semester ini memberi peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan
diri dengan suasana pekerjaan yang sebenar bagi melahirkan pelajar yang bermutu
dalam usaha menambahkan tenaga kerja yang berketerampilan serta berkreativiti tinggi
untuk sama-sama memajukan negara.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemampuan dan semangat pelajar dalam
menghadapi situasi yang lebih mencabar disamping membantu mendisiplinkan pelajar

8
agar mematuhi peraturan-peraturan yang telah disediakan oleh pihak Unit Perhubungan
dan Latihan Industri (UPLI) dan juga firma.

Sepanjang menjalani latihan industri, pelajar juga akan dapat mengenali


kelebihan diri mereka. Tidak kira dari segi kemampuan, kebolehan mahupun
kesanggupan mereka dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Dari situ pelajar akan
dapat mengkaji kelemahan yang ada pada diri mereka dan mengubahnya demi masa
depanyang lebih cemerlang. Pelajar juga akan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi
tanpa mengira peringkat umur mahupun jawatan setelah diberi peluang untuk
bergauldan bekerjasama dengan masyarakat.

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Laporan latihan Industri perlu disediakan oleh pelajar yang telah tamat menjalani
latihan industri. Buku laporan ini akan menjadi bukti kepada latihan yang telah
dilakukan oleh pelajar.Laporan yang lengkap dan sempurna akan dapat dijadikan
sebagai bahan rujukan semasa pelajar melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Di samping itu, buku laporan ini juga merupakan penyumbang terbesar untuk
pelajar mendapatkan pointer yang lebih tinggi. Tambahan pula, pensyarah dan juga
penyelia firma akan dapat menilai prestasi pelajar melalui buku laporan rasmi dan
laporan harian.

Objektif Laporan adalah seperti berikut:

i. Menerangkan kembali apa yang telah dipelajari dan dilakukan sepanjang


menjalani latihan industri.
ii. Merangka dengan terperinci segala maklumat yang telah dipersembahkan.
iii. Menyusun semula maklumat secara bersistematik.

9
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.0 Latar Belakang Organisasi

Sejarah Panasonic boleh dimulakan ketika Konosuke Matsushita mendirikan


Matsushita Electric Peralatan Rumah Tangga Manufacturing Pekerjaan pada tahun
1918. Panasonic telah ditubuhkan pada 1918 oleh Konosuke Matsushita sebagai
vendor soket lampu dupleks

.
Rajah 2.0.1 Konosuke Matshushita

10
Pada tahun 1927, syarikat Panasonic mula mengeluarkan lampu basikal, produk
pertama yang dipasarkan di bawah jenama kebangsaan. Semasa Perang Dunia Kedua,
syarikat yang dikendalikan kilang-kilang di Jepun dan bahagian-bahagian lain di Asia
yang mengeluarkan komponen dan peralatan elektrik seperti lampu, motor, seterika
elektrik, peralatan 'wireless', dan tiub vakum yang pertama. Selepas perang, Panasonic
berkumpul kembali sebagai Keiretsu dan mula membekalkan ledakan pasca perang di
Jepun seperti radio dan peralatan, dan juga basikal. Saudara-in-undang-undang
Matsushita, Toshio IUE, mendirikan Sanyo sebagai sub-kontraktor untuk komponen
selepas Perang Dunia Kedua. Sanyo berkembang menjadi pesaing kepada Panasonic,
tetapi kemudian telah dibeli oleh Panasonic pada Disember 2009.

Pada tahun 1961, Konosuke Matsushita pergi ke Amerika Syarikat dan bertemu
dengan para peniaga Amerika. Syarikat itu mula mengeluarkan set televisyen untuk
pasaran Amerika Syarikat di bawah nama jenama Panasonic, dan memperluas
penggunaan jenama ke Eropah pada tahun 1979. Perusahaan menggunakan jenama
nasional di luar Amerika Utara dari tahun 1950 hingga tahun 1970-an (tanda niaga
tidak boleh digunakan di Amerika Syarikat kerana ia sudah digunakan oleh Syarikat
Radio Kebangsaan di daerah produk berkait rapat). Syarikat menjual televisyen,
penerima stereo kesetiaan yang tinggi, multi-band radio gelombang pendek, dan laut
arah radio pencari, sering dieksport ke Amerika Utara di bawah pelbagai jenama
Amerika Syarikat, seperti Technics, Emerson, Curtis Mathes dan sudah tentu
Panasonic. Syarikat itu juga mengembangkan garis peralatan rumah seperti periuk nasi
untuk pasaran Jepun dan Asia. Pertumbuhan pesat menyebabkan syarikat itu membuka
kilang pengeluaran di seluruh dunia

Pengasas Panasonic, Konosuke Matshushita bermula dengan Matsushita Sales &


Service Sdn Bhd (MASCO) yang ditubuhkan pada 29 Mac 1976. MASCO telah
ditukar nama kepada National Panasonic Malaysia Sdn Bhd (NPM) pada tahun 1992.

11
Sebagai sebuah gerakan penyatuan jenama global, Panasonic secara rasmi dinamakan
Panasonic Malaysia Sdn Bhd (PM) dari 1 Oktober 2003.

2.1 Struktur Organisasi di Malaysia (Panasonic Appliances Air-Conditioning)

Rajah 2.1.2 Bangunan (PAPAMY 2)

Syarikat penghawa dingin pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1972 untuk
membuat penghawa dingin jenis tingkap. Hari ini, aktiviti utamanya adalah dalam
penghasilan penghawa dingin bilik dan komponen komponen. Di Panasonic, kami
berhasrat untuk terus memperkayakan kehidupan dan menyumbang kepada
kemakmuran masyarakat di seluruh dunia.

PAPAMY 2 telah ditubuhkan di Petaling Jaya, Malaysia pada tahun 1987. Untuk
memenuhi permintaan pemampat dan motor berkualiti tinggi, PAPAMY 2 ditubuhkan
untuk mengeluarkan pemampat putar dan motor hermetikal.

Satu lagi loji di Shah Alam ditambah untuk memenuhi tuntutan pasaran dan
memulakan pengeluaran massa pertama pemampat putar dan motor hermetikal pada
tahun 1993. Sejak tahun 2007, pengeluaran kompresor, ditambah dengan dehumidifiers
telah berpusat di kilangnya di Shah Alam. Produk PAPAMY 2 direka dan dihasilkan
dengan teknologi terkini dan mesin, robot dan kaedah yang paling canggih. Bersama

12
dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunannya, PAPAMY 2 komited untuk
memenuhi pelbagai keperluan pelanggan global yang pelbagai dan canggih.

2.2 Tujuan Syarikat

Aktiviti utama adalah dalam penghasilan penghawa dingin bilik dan komponen
komponen. Memperkayakan kehidupan dan menyumbang kepada kemakmuran
masyarakat di seluruh dunia. Mencipta keselesaan yang santai untuk pelanggan di
seluruh dunia. Meneruskan pencarian cara-cara yang ideal untuk menyediakan produk
kebolehpercayaan yang paling tinggi demi pelanggan di serata dunia
Untuk mencapai

2.3 Latar belakang organisasi

Rajah 2.1: PAPAMY 2

13
PAPAMY 2 adalah syarikat perkilangan yang muktamad dengan Pusat R & D mereka
sendiri, yang mengeluarkan komponen Penyaman Udara, komponen Big RAC, Pam
Air Panas dan Pemampat Udara untuk eksport seluruh dunia

PAPAMY 2 telah ditubuhkan di Petaling Jaya, Malaysia pada tahun 1987. Untuk
memenuhi permintaan pemampat dan motor berkualiti tinggi, PAPAMY 2 ditubuhkan

untuk mengeluarkan pemampat putar dan motor hermetikal. Kilang lain di Shah Alam
ditambah untuk memenuhi tuntutan pasaran dan memulakan pengeluaran massa
pertama pemampat putar dan motor hermetikal pada tahun 1993.

Sejak 2007, pengeluaran pemampat, ditambah dengan dehumidifiers telah berpusat


di kilang itu di Shah Alam. Produk PAPAMY 2 direka dan dihasilkan dengan teknologi
terkini dan mesin, robot dan kaedah yang paling canggih.

Ditambah dengan keupayaan penyelidikan dan pembangunan, PAPAMY 2 komited


untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan global yang pelbagai dan canggih.

Alamat : 1. PAPAMY 1 – Lot 2, Persiaran Tengku Ampuan, Section 21, Shah


Alam Industrial Site, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Nombor Telefon : 03-5891 4000 / 03-5891 4001

14
2.4 Carta Organisasi

15
Rajah 2.2: Carta Organisai JKR Pendang
2.4.1 Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

i. Memastikan pengurusan hal ehwal perkhidmatan pegawai dan kakitangan JKR


Negeri dan Daerah dilaksanakan dengan cekap dan teratur mengikut arahan
dan peraturan yang ditetapkan.
ii. Memastikan urusan pentadbiran pejabat, logistik dan kenderaan dilaksanakan
dengan kemas dan teratur.
iii. Mengumpul, menyedia dan menyelaras maklumat perjawatan warga JKR
Pendang.
iv. Menjalankan program-program latihan berkaitan urusan pengurusan sumber
manusia dan pentadbiran.
v. Menyedia, menguruskan belanjawan dan peruntukan tahunan Jabatan.
vi. Urus Setia Mesyuarat Jabatan Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Urus
Setia Mesyuarat Tabung Amanah Dana Pusingan dan Urus Setia Mesyuarat
Akaun AmanahPenyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS).
vii. Urus Setia Mesyuarat Jabatan Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Urus
Setia Mesyuarat Tabung Amanah Dana Pusingan dan Urus Setia Mesyuarat
Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS).

2.4.2 Bahagian Jalan

i. Menyediakan infrastruktur pengangkutan bagi memenuhi kemajuan pertanian,


khidmat masyarakat, pertahanan kebangsaan pelancongan dan tempat rehat.
ii. Melaksanakan projek-projek pembangunan jalan dan jambatan bagi Kerajaan
Persekutuan dan Negeri.

16
iii. Menyenggara jalan raya dan jambatan supaya sentiasa berada dalam
keadaan selesa dan selamat kepada pengguna sepanjang masa.
iv. Menaiktaraf jalan-jalan sedia ada terutamanya dari segi keselamatan
dan keselesaan pengguna jalan.
v. Menyemak dan memberi ulasan ke atas permohonan-permohonan
pembangunan daripada sektor swasta yang melibatkan jalan-jalan JKR.
vi. Sebagai penasihat teknikal kepada Kerajaan dan Jabatan-jabatan Kerajaan.
vii. Menjalankan kerja-kerja banci dan lalulintas kebangsaan dan kajian ke atas
keselamatan jalan raya.

2.4.3 Bahagian Bangunan

i. Merancang, merekabentuk dan membina bangunan kerajaan dalam tempoh


dan kos yang telah dipersetujui oleh pelanggan.
ii. Meyelenggara bangunan kerajaan sedia ada mengikut peruntukan yang
disediakan.
iii. Menyedia khidmat nasihat teknikal Jabatan Kerajaan sekiranya perlu.
iv. Mengelola dan menyelaras perlaksanaan projek-projek Bangunan Persekutuan
dan Negeri.
v. Menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan bangunan Kerajaan Negeri
Persekutuan termasuk projek penyelenggaraan.
vi. Mengawasi kerja-kerja pembinaan projek dan kerja-kerja membaiki bangunan.

2.5 Objektif dan Misi JKR

17
Objektif JKR Daerah Pendang adalah untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan
awam khususnya jalan, bangunan, lapangan terbang, sekolah, perlabuhan dan
pengkalan bagi memenuhi keperluan pembangunan Negara dengan sentiasa memberi
penekanan kepada:

J - Jangka masa secepat mungkin


K - Kos yang ekonomik
R - Rupabentuk dan mutu yang terbaik

Manakala misi korporat JKR adalah memberi nasihat dan perkhidmatan kepada
kerajaan, kementerian dan jabatan dalam perancangan rupabentuk dan pembinaan
projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang meliputi
kemudahan jalan raya, bangunan, kerajaan dan lain-lain. JKR juga mengendali dan
menyelenggara kemudahan-kemudahan jalanraya, bangunan tertentu kerajaan.

2.6 Logo Jabatan Kerja Raya

Logo bertindak sebagai satu gubahan ringkas yang membawa maksud yang tertentu.
Secara umumnya, logo yang dipaparkan itu mencerminkan kepelbagaian bidang kerja
dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Bermula dari bawah garisan lengkung berwarna hitam merentasi simbol kerja
membekalkan air bersih dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang
dinamik. Selaian itu, garisan yang berbentuk arch berwarna hitam pekat menunjukkan
simbol kerja berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga
mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju
utama negara untuk melaksanakan kerja kejuruteraan. Garisan lurus berwarna hitam di
atas garisan berbentuk arch melambangkan penglibatan untuk melaksanakan rangkaian

18
jalanraya negara. Empat belas garisan yang terletak di atas garis lurus melambangkan
penglibatan untukmelaksanakan kerja bangunan meliputi 14 negeri dan wilayah
persekutuan di Malaysia.

Rajah 2.3: Logo Jabatan Kerja Raya

Di samping itu, pemilihan kod warna juga mempunyai nilai dan maksud untuk sesuatu
logo. Kuning melambangkan kedewasaan jenama JKR sebagai salah sebuah organisasi
yang tertua diwujudkan dan mencerminkan imej yang matang dalam mencapai
objektifnya. Hitam melambangkan kekuatan atau kesatuan yang berkualitidari
cawangan-cawangan di dalam organisasi JKR yang diamanahkan untuk melaksanakan
projek pembangunan. Kelabu melambangkan wujudnya nilai-nilai murni modal insan
di dalam memberi perkhidmatan.

19
BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

3.0 Pengenalan

Ringkasan mingguan ini merupakan ringkasan daripada kerja-kerja yang telah


dilakukan oleh pelajar yang mengikuti Latihan Industri sepanjang satu semester
bermula dari 27 November 2017 sehingga 13 April 2018. Selama empat bulan setengah
pelatih berada di dalam organisasi ini, pelatih dapat meluaskan pengetahuan dan
membina pengalaman. Secara keseluruhannya, pelajar dapat mempelajari dan
memahami alam pekerjaan yang sebenar walaupun jangka masa adalah terhad seperti
yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Politeknik Malaysia, namun begitu
banyak yang telah dipelajari oleh seseorang pelatih yang mengikuti latihan industri ini.

3.1 Ringkasan Mingguan

Jadual 3.1: Ringkasan Mingguan

MINGGU/TARIKH RINGKASAN KERJA


Minggu Pertama i. Melapor diri di Pejabat Jurutera Daerah
(27/11/2017 – 30/11/2017) Jabatan Kerja Raya Pendang/Yan.
ii. Memantau kerja selenggara jalan
Pendang/ Tanah Merah (Hadapan
Taman Kiara Emas, Pendang).

20
iii. Pengukuran jalan Pendang/Tanah
Merah.
iv. Melawat kawasan tanah runtuh.

Minggu Kedua i. Pemeriksaan pebentung di kawasan


(4/12/2017 – 7/12/2017) Perkampunagn Felda Sungai Tiang,
Pendang.
ii. Lawatan ke Sungai Ular, Kulim untuk
melihat proses pembinaan jambatan.
iii. Menghadiri mesyuarat
menyelenggaraan jalan kawasan
pendang.
iv. Sesi penerangan berkaitan tugas yang
perlu dilakukan semasa berada di tapak.

Minggu Ketiga i. Memantau kerja penyelenggaraan jalan


(19/12/2017 – 14/12/2017) di Jalan Guar Chempedak/ Pokok Tai,
Pendang (K146).
ii. Memasukkan data berkaitan
pembentung ke dalam sistem.
iii. Memantau kerja penyelenggaraan jalan
(Trial Lay) di Jalan Kota Sarang Semut/
Titi Haji Idris (K133).
iv. Melibatkan diri dalam program Hari
Keluarga JKR Pendang.

Minggu Keempat i. Memantau kerja Coring Pavement Test


(17/12/2017 – 21/12/2017) di Jalan Kg Padang Pusing/ Kg Asam
Jawa.
ii. Memantau kerja Coring Pavement Test
di Jalan Tanah Merah/ Tokai.

21
iii. Memantau kerja Coring Pavement Test
di Jalan Kg Rasau/ Sungai Tiang.

Minggu Kelima i. Membuat penyemakan data


(24/12/2017 – 28/12/2017) pembentung yang telah diisi.
ii. Melakukan kebenaran merancang untuk
Taman Prima Kiara Emas dan Taman
Bidara.
iii. Pergi ke Perkampungan Felda Sg. Tiang
atas arahan Jurutera Jalan untuk
mengambil gambar pembentung di
kawasan berkenaan.

Minggu Keenam i. Memasukkan data kebenaran


(31/12/2017 – 4/1/2018) merancang dalam sistem.
ii. Mengukur jalan untuk pembinaan Jalan
Sekolah Kebangsaan Pendang 2.
iii. Memantau kerja perbaiki jalan yang
rosak.
iv. Membuat lakaran Jalan Sekolah
Kebangsaan Pendang 2.
v. Memantau kerja-kerja menyelenggara
jalan.

Minggu Ketujuh i. Ukur jalan untuk Sekolah Kebangsaan


(7/1/2018 – 11/1/2018) Pendang 2.
ii. Gotong-royong (EKSA)
iii. Pengukuran jalan dan memantau kerja
menyelenggara jalan.
iv. Melawat kawasan untuk pemohonan
tanah.

22
Minggu Kelapan i. Mengukur garisan jalan di Jalan Kg.
(13/1/2018 – 18/1/2018) Rasau.
ii. Memantau kerja coring pavement test
di Jalan Bukit Raya dan Bendang Raja.
iii. Membuat pemeriksaan bahu jalan,
longkang, dan pembentung di kawasan
Perkampungan Felda Sg. Tiang.

Minggu Kesembilan i. Mengukur jalan Guar Chempedak/


(21/1/2018 – 25/1/2018) Pokok Tai (K146)
ii. Melawat tapak (Pendang By Pass)
iii. Meemantau kerja-kerja membuat
garisan jalan di Kampung Padang
Pusing/ Kg Asam Jawa (K508)

Minggu Kesepuluh i. Memantau kawasan/ jalan yang perlu


(28/1/2018 – 1/2/2018) diselenggera dan dibaiki
ii. Memantau kerja-kerja menurap jalan
(Jalan Jenun).
iii. Menyusun dan menyiapkan laporan
(Marris).
iv. Pengiraan panjang jalan yang telah
diselenggara pada tahun 2015, 2016
dan 2017.
Minggu Kesebelas i. Pengukuran jalan Bukit Sekechong/
(4/2/2018 – 8/2/2018) Kampung Belukar.
ii. Pengukuran garisan jalan di Jalan Bukit
Sekechong/ Kampung Belukar (K129)
iii. Memantau kerja memasang cerucuk.

23
Minggu Keduabelas i. Membuat pengukuran Jalan Guar
(11/2/2018 – 15/2/2018) Chempedak/ Pokok Tai (K146).
ii. Membuat lakaran Jalan Guar
Chempedak/ Pokok Tai (K146).
iii. Membantu melipat pelan.

Minggu Ketigabelas i. Pengukuran Jalan Kg Telok Kandai/


(18/2/2018 – 22/2/2018) Batu 9 Tokai Tok Keeling (K515) dan
Jalan Kg Jelai/ Alor Rambai/ Alor
Binjal (K176).
ii. Membuat lakaran jalan (K515)
iii. Pantau kerja membuat jacking paip.
iv. Pengukuran untuk Jalan Kg Bukit
Bubus.

Minggu Keempatbelas i. Membuat pengukuran jalan untuk jalan


(25/2/2018 – 1/3/2018) baru di Kg Bukit Bubus.
ii. Membantu perolehan kerajaan.
iii. Membuat lakaran jalan untuk Jalan Kg
Jelai/ Alor Binjal/ Alor Rambai.

Minggu Kelimabelas i. Membuat slide berkaitan kerja-kerja


(4/3/2018 – 8/3/2018) pembinaan jalan untuk kursus bagi
bahagian Jalan JKR Pendang.
ii. Membuat pemantauan untuk jalan yang
perlu diselenggara.
iii. Membuat lakaran jalan untuk jalan
yang perlu diselenggara.
Minggu Keenambelas i. Memantau bahu jalan yang rendah di
(11/3/2018 – 15/3/2018) Jalan Simpang Tiga Tobiar.
ii. Memantau kerja-kerja Jacking Pipe di

24
Jalan Sawa Kecil.
iii. Menyemak boring perolehan kerajaan
iv. Memantau jalan dan perbincangan
untuk jalan yang perlu di turap di Felda
Sungai Tiang.
Minggu Ketujuhbelas i. Melawat tapak pembinaan Balai Bomba
(18/3/2018 – 20/3/2018) Pendang.
ii. Pemeriksaan kuari di Hanson Quarry
(Audit Kuari).
iii. Melawat tapak bagi pembinaan
bangunan sekolah dia Sekolah
Kebangsaan Haji Mohd Arif.
iv. Membantu membuat slide
pembentangan.
v. Kerja cabut undi untuk Projek
Mengantikan “Roadstade” Dan
Memasang Pengahadang Jalan.
Minggu Kelapanbelas i. Memantau kerja menurap jalan di Felda
(25/3/2018 – 29/3/2018) Sungai Tiang, Pendang.
ii. Bantu menaip tentang Tatacara Kerja
Pembinaan Jalan.
iii. Melawat tapak Balai Bomba Pendang.
iv. Lawatan ke Internatinal Construction
Week (ICW) dan EKSA JKR Putrajaya.

Minggu Kesembilanbelas i. Membantu melukis Sheet Pile untuk


(1/4/2018 – 5/4/2018) Cadangan Membina Penahan Tebing.
ii. Membuat pengiraan untuk Cadangan
Membina Penahan Tebing.
iii. Membuat pengukuran jalan dan
mengambil gambar untuk Cadangan

25
Menaik Taraf Jalan Sedia Ada.
iv. Membuat pelan jalan yang telah diukur
untuk Cadangan Menaik Taraf Jalan
Sedia Ada.
v. Pengukuran jambatan untuk cadangan
menggantikan jambatan sedia ada.

Minggu Keduapuluh i. Majlis peraikan pertukaran pegawai dan


(8/4/2018 – 12/4/2018) perpisahan pelajar latihan industri.
ii. Pemeriksaan pembentung dan
mengambil gambar pembentung di
Perkampungan Felda Sungai Tiang.
iii. Mengedit gambar pembentung untuk
inventori jalan.
iv. Melakukan EKSA di bilik fail utama.

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.0 Pengenalan

Sepanjang menjalani latihan industry di Jabatan Kerja raya Pendang dan ditempatkan
di Bahagian Jalan. Sebagai pelajar pratikal, diberi tugas untuk melibatkan diri dengan
kerja-kerja melibatkan jalan di kawasan Daerah Pendang. Antara kerja yang dilakukan

26
semasa latihan industri adalah seperti memantau kerja menyelenggaraan jalan yang
dilakukan di jalan-jalan tertentu di dalam kawasan daerah Pendang.

4.1 Penyelenggara Jalan

Tujuan penyelenggaraan jalan adalah untuk memastikan permukaan jalan sentiasa


memberi pemanduan yang selesa dan selamat. Selain itu, penyelenggaraan juga
dilakukan untuk memastikan struktur jalan mempunyai kekuatan yang mencukupi
untuk menampung beban trafik. Penyelenggaraan juga dilakukan untuk memulihkan
laluan dengan segera apabila berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti tanah runtuh
dan sebagainya.

Perjanjian Penswastaan Penyelenggaraan Jalan Persekutuan telah menentukan


bahawa penyelenggaraan ke atas Jalan Persekutuan dilaksanakan oleh syarikat konsesi
dengan skop kerja meliputi penyenggaraan berkala, penyelenggaraan rutin dan
penyelenggaraan kecemasan.

Operasi penyelenggaraan jalanraya adalah terancang berdasarkan kepada


restorative (penjagaan) dan preventif (pengelakkan). Dasar penyelenggaraan ini
diketogarikan kepada:

i. Penyelenggaraan Kecemasan (Immediate)


ii. Penyelenggaraan Semasa (Routine)
iii. Penyelenggaraan Berkala (Periodic)
iv. Pemulihan (Rehabilitation)

4.2 Objektif Penyelenggaraan Jalan

27
Terdapat tiga objektif utama penyelenggaraan jalan adalah seperti berikut:-

i. Untuk mengurangkan kadar kerosakan atau punkegagalan jalan dengan


itu memanjangkan usia jalan.
ii. Untuk mengurangkan kos operasi kenderaan yang menggunakan
jalanraya tersebut dengan menyediakanpermukaan yang baik.
iii. Untuk memberikan keselesaan serta menjaminkeselamatan semua
pengguna jalanraya.

4.3 Penyelenggaraan Kecemasan

Penyelenggaraan kecemasan melibatkan kerosakan yang tidak dapat dijangkakan atau


di luar kawalan tetapi memberi kesulitan atau membahayakan pengguna jalan raya
dengan serta merta, oleh itu memerlukan penyelenggaraan segera yang tidak boleh
ditangguhkan.

Antara penyelenggaraan kecemasan ialah seperti:

i. Tanah tebing runtuh


ii. Hakisan ubin / bahu jalan
iii. Pokok Tumbang
iv. Pebetung / jambatan rosak / runtuh
v. Banjir / air bah menutup jalanraya atau jambatan
vi. Bangkai binatang atas ubin jalan
vii. Kerosakkan lampu isyarat
viii. Halangan kerana kemalangan jalanraya

28
4.4 Penyelenggaraan Semasa Dan Penyelenggaraan Berkala

Penyelenggaraan semasa dan penyelenggaraan berkala diperlukan untuk mengelakkan


kerosakkan yang lebih besar berpunca dari tindakan lalulintas dan cuaca. Kedua-dua
jenis penyelenggaraan ini diperlukan untuk memastikan keadaan yang selamat untuk
pengguna jalanraya dengan memelihara keadaan perabut perabut jalan.

4.4.1 Penyelenggaraan Semasa

Penyelenggaraan semasa adalah kerja pembaikan ke atas kerosakan yang boleh


dijangka dan dikawal dari segi sifatnya dan penentuan masa pembaikan, serta tidak
membabitkan kelemahan struktur turapan jalan.

Penyelenggaraan rutin boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

i. Penyelenggaraan Bahu Jalan


ii. Penyelenggaraan Pemotongan Rumput
iii. Penyelenggaraan Perabot Jalan
iv. Penyelenggaraan Jambatan dan Pembentung
v. Penyelenggaraan Longkang

29
Rajah 4.1: Kerja Permotongan Rumput

Rajah 4.2: Kerja Membersih Longkang


4.4.2 Penyelenggaraan Berkala

Penyelenggaraan berkalamemerlukan pemeriksaan dan penilaian secara berkala ke atas


keupayaan struktur turapan jalan sedia ada dalam menampung unjuran beban trafik
bagi menentukan kaedah pembaikanyang sesuai. Kerosakan permukaan jalan biasanya

30
dapat dikaitkan dengan kelemahan struktur turapan jalan. Antara contoh yang
memerlukan penyelenggaraan berkala adalah:

i. Menguatkan struktur turapan jalan dengan mengitar semula lapisan


roadbase dengan campuran simen.
ii. Membuang permukaan jalan sedia ada dan menggantikan dengan
permukaan jalan yang baru.
iii. Memotong dan menampal permukaan jalan yang retak sebelum menurap
semula jalan yang sedia ada.

4.5 Penyelenggaraan Turapan Jalan

Penyelengaraan turapan jalan dilakukan adalah disebabkan kerosakan jalan atau


pavemen. Antara jenis-jenis kerosakan jalan yang sering berlaku dan perlu
diselenggara adalah keretakan (cracking), lekukan (rutting), pothole patchingdan
kegagalan turapan jalan itu sendiri.

4.5.1 Keretakan (Cracking)

31
Keretakan (cracking) adalah rekahan sebahagian atau sepenuhnya di permukaan jalan
yang boleh terbentuk dalam pelbagai corak. Ia membenarkan air menyerap masuk dan
melemahkan struktur turapan jalan.
Keretakan awal pada permukaan jalan sekiranya tidak dirawat akan merebak
dan bersambung membentuk keretakan yang lebih serius. Seterusnya, air akan
menyerap masuk ke dalam struktur turapan dan mengakibatkan:

i. Lapisan bitumen yang membaluti aggregate tertanggal, lalu


mengurangakan kekuatan bahan turapan.
ii. Tekanan hidraulik yang terbentuk disebabkan oleh beban trafik boleh
merebak ke kawasan yang belum berlaku keretakan dan membentuk
keretakan baru dan menyebabkan lapisan tapak, sub-tapak dan subgrad
menjadi lemah.

4.5.1.1 Jenis-Jenis Keretakan (Cracking)

Jadual 4.1: Jenis-Jenis Keretakan

32
Jenis keretakan Punca keretakan

i. Beban trafik yang berterusan sepanjang


hayat struktur turapan jalan.
ii. Kesilapan rekabentuk asas jalan.
iii. Pengoksidaan bitumen.
Lesu (Fatigue)
i. Keretakan yang lemah antara dua
lapisan.
ii. Pemadatan dilakukan semasa bitumen
sudah sejuk.
iii. Pemadatan getaran penggiling
berlebihan.
Gelincir (Slippage) iv. Penggiling diletakan atau berhenti di atas
turapan yang masih panas.
i. Jalan tidak cukup lebar.
ii. Pemadatan semasa kerja turapan dia
bahgian tepi jalan tidak mencukupi.
iii. Tiada longkang tepi jalan.
iv. Asa jalan di bahgian tepi jalan tidak
kukuh.
Tepi (Edge)
i. Bahan turapan yang tidak padat pada
bahgian sambungan.

Sambungan (Joint)

33
Keretakan yang berlaku pada turapan jalan ini perlu dirawat semasa di
peringkat awal untuk mengelakkan berlakunya keretakan yang lebih besar dan kos
untuk merawat atau membaiki jalan tersebut akan bertambah.

Terdapat beberapa kaedah pembaikan untuk keretakan turapan yang dilakukan


semasa menjalani latihan industri ini, antaranya ialah:

i. Memotong dan tampal sekiranya tahap keretakan 1-5 berlaku setempat.


ii. Menggunkan mill and pave atau hot in-place recycling (hipr) bagi
keretakan yang hampir mencapai keretakan tahap kritikal sepanjang
laluan.
iii. Kukuhkan struktur turapan sekiranya terdapat keretakan kritikal di
sepanjang laluan.

4.5.2 Lekukan (Rutting)

34
Rajah 4.3: Lekukan (Rutting)

Lekukan (rutting) adalah ketidakrataan melintang (transverse irregularity) di bahagian


laluan tayar kenderaan disebabkan oleh beban trafik berlebihan, penggunaan bahan
turapan (asphlt) yang tidak berkualiti atau kegagalan lapisan asas jalan.

Lekukan yang terjadi di bahagian laluan perlu di rawat kerana ia akan


memjejaskan kualiti pemanduan. Selain itu, lekukan tersebut akan menggalakkan air
bertakung di celah lekukan sebelum meresap masuk ke lapisan bawah dan menjejaskan
struktur turapan tersebut.Tahap kecacatan lekukan dapat ditentukan dengan mengikut
kedalam lekukan.

Jadual 4.2: Tahap Lekukan (Rutting)

Tahap Kecacatan Lekukan Ukuran Kedalaman Lekukan

35
Rendah Kurang daripada 12mm

Sederhana Melebihi 12mm tetapi kurang daripada 25mm


(lazimnya terdapat keretakan memanjang
berskala kecil di kawasan lekukan).
Tinggi Melebihi 25mm (lazimnya terdapat keretakan
memanjang dan melintang di kawasan
lekukan).

4.5.3 Pothole Patching

Rajah 4.4: Pothole Patching

Pothole ialah lubang di permukaan jalan yang berukuran tidak kurang 200 mm garis
pusat tetapi tidak melebihi 1000 mm dan kedalaman tidak kurang 25 mm. Lubang
seperti ini perlu ditampal di bawah program penyelenggaraan semasa.

Lubang yang lebih besar dikira berpunca daripada kelemahan struktur turapan dan
dirawat di bawah penyelenggaraan berkala.

36
Keretakan halus sekiranya tidak dirawat atau di baiki akan menyebabkan ia
menjadi lebih besar dan bercambah. Sekiranya dibiarkan, air yang bertakung di dalam
lubang (pothole) akan mudah menyerap masuk ke lapisan bawah dan secara tidak
langsung melemahkan asas jalan secara beransur-ansuran menyebabkan kerosakan
yang lebih parah.

Pothole yang terdapat di permukaan jalan tidak wajar ditampal kerana akan
menyusahkan penggunaan dari segi keselesaan. Hal ini demikian kerana tampalan ke
atas pothole secara terus juga tidak akan bertahan lama dan akan rosak semula.
Penampalan secara terus pothole tanpa dibuat keratan atas sebab keselamatan
pengguna jalanraya di mana setiap pothole seharusnya ditampal dalam tempoh 24 jam
mengikut Piagam Pelanggan JKR, dianggap bersifat sementara. Keratan segi empat
iaitu sepanjang 50 mm dari tepi pothole perlu dibuat terlebih dahulu menggunakan
mesin pemotong turapan dengan kedalaman keratan tidak kurang daripada kedalaman
pothole.

37
Rajah 4.5: Kerja Permotongan Lubang (Pothole)

Sebelum melakukan kerja-kerja penampalan ke atas keratan segi empat, bahan


terlerai susulan tindakan memotong di sekeiling pothole perlu dibersihkan terlebih
dahulu. Keratan segi empat itu akan mendedahkan lapisan rusher run atau lapisan
asphalt sedia ada. Oleh itu, tack coat gred RS-1K perlu disembur pada kadar 0.25-0.55
liter/m2 dan dibiarkan kering selama lira-kira 30 minit. Pada masa yang sama, tack
coat perlu disapu di bahagian tepi keratan lapisan asphalt untuk mengelakkan rekahan
mudah terbentuk di sekliling kawasan tampalan.

Asphalt yang boleh digunakan adalah dari jenis hot mix atau cold mix. Kedua-dua
jenis tersebut perlu mematuhi Jadual 4.3.5 dalam JKR/SPJ/2008-S4 dari aspek
stability, stiffness dan lain-lain. Saiz yang biasa digunakan untuk melakukan kerja-
kerja penampalan ke atas keratan empat segi adalah berukuran paling kecil 0.3 m x 0.3
m dan paling besar 1.1 m x 1.1 m. Oleh itu, cold mix yang tidak mempunyai kekuatan
secukupnya tidak wajar digunakan kerana penampalan akan dianggap bersifat
sementara.

Laluan boleh dibuka terus kepada trafik selepas siap menampal disebabkan
keratan segi empat ditampal adalah kecil, penyerapan haba ke bahagian tepi keratan
dan kehilangan haba dari permukaan yang terdedah akan menyejukkan asphlat dengan
lebih cepat. Oleh kerana itu, sekiranya premix jenis hot mix dipakai untuk menampal
keratan berukuran 0.3 m sehingga 1.1 m persegi, kawasan tersebut boleh dibuka serta
merta dan tidak perlu tunggu sehingga empat jam seperti lazimnya bagi kerja-kerja
penurapan. Sekiranya cold mix yang digunakan mematuhi Jadual 4.3.5 dalam
JKR/SPJ/2008-S4, kawasan tampalan juga boleh dibuka serta merta.

Terdapat enam cara penampalan pothole ditetapkan oleh U.S. Roads yang boleh
bertahan lama iaitu:

38
I. Pengurusan trafik yang baik semasa menutup laluan.

II. Penandaan kawasan untuk dipotong, sekurang-kurangnya satu kaki atau


0.3m sekeliling pothole.

III. Pemotongan sekeliling pothole melibatkan:

i. Pembuangan bahan pavemen yang telah rosak.


ii. Pembersihan kawasan yang dipotong.
iii. Pengeringan kawasan yang dipotong sekiranya basah.

IV. Penggunaan tack coat di bawah dan tepi potongan bagi memastikan bahan
tampalan melekat pada kawasan yang dipotong.

V. Penampalan kawasan yang dipotong dengan asphalt, tidak lebih dari


empat inci bagi setiap lapisan dan dipadatkan sehingga mencapai
ketumpatan yang ditetapkan.

VI. Pengedapan (sealing) di sekeliling kawasan potongan dengan sand seal


atau chip seal bagi mengelakan air dari meresap masuk, dilaksanakan
dengan mencurah bitumen panas di sekeliling potongan dan menabur pasir
atau batu halus di atasnya.

4.6 Pemulihan

Pemulihan jalan diperlukan apabila penyelenggaraan semasa dan penyelenggaraan


berkala sudah tidak mampu dan mencukupi untuk mencapai keadaan jalan yang baik.
Sementara itu, penguatan jalan dan pengukuhan jalan diperlukan setelah pertambahan
lalulintas telah melebihi had yang ditentukan untuk membolehkan membaru muka
jalan di jalankan. Kekerapan kerja pemulihan bergantung kepada keadaan jalan dan

39
lalulintas. Ini biasanya ditentukan dengan mengambil keputusan ujian ke atas
permukaan jalan yang sedia ada.

4.7 Tugasan Kepada Pelajar

Semasa menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya Pendang, pelajar diberi tugas
untuk memantau kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Daerah Pendang. Sebelum ke
tapak pelajar akan diberi maklumat atau tunjuk ajar oleh penolong jurutera berkaitan
tugasan yang perlu dilakukan semasa berada di tapak.

Tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah memantau aktiviti menurap
jalan, di mana pelajar perlu memastikan kerja-kerja yang dilakukan adalah:

i. Mengikut spesifikasi JKR dari segi memastikan bitumen yang digunakan


adalah mengikut gred yang ditetapkan,

ii. Ketebalan turapan,

iii. Corak pemadatan,

iv. Suhu premix semasa atas lori, semasa penurapan, semasa pemadatan
awal dan semasa pemadatan akhir.

Ketebalan turapan mengikut spesifikasi JKR adalah 50 mm. Jika turapan


tersebut kurang daripada 50 mm, ia boleh menyebabkan ketidaktahanan turapan di
masa akan datang. Di samping itu, suhu premix dan corak pemadatan juga perlu di
pantau kerana ia juga boleh menyebabkan kerosakan jalan di masa akan dating jika ia
tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

Jadual 4.3: Suhu Premix


SUHU PREMIX YANG PERLU DIAMBIL SUHU(°C)
Suhu semasa atas lori 150 - 170

40
Suhu semasa penurapan 135 - 145
Suhu semasa mula pemadatan < 130
Suhu semasa pemadatan akhir < 90

4.7.1 Jentera Yang Digunakan Dalam Penyelenggaraan Turapan Jalan

4.7.1.1 Mesin Penurap (Paver)

Rajah 4.6: Mesin Menurap (Paver)

4.7.1.2 Penggelek (Tandem Roller)

41
Rajah 4.7: Penggelek (Tandem Roller)

4.7.1.3 Penggelek Tayar Pneumatik (Pneumatic Tyres Roller)

Rajah 4.8: Penggelek Tayar Pneumatik (Pneaumatic Tyres Roller)

4.8 Projek Penyelenggaraan Turapan Jalan

42
4.7.1. Projek Menurap Jalan Di Jalan Daerah Pendang

Rajah 4.9: Menurap Jalan Di Jalan Pendang/Tanah Merah

Rajah 4.10: Menurap Jalan Di Jalan Bukit Raya/Tanah Merah

43
Rajah 4.11: Menurap Jalan Di Jalan Perkampungan Felda Sungai Tiang

Rajak 4.12: Menurap Jalan Di Jalan Kg Perupok/Bendang Raja

44
BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Dapatan

Secara keseluruhannya, melalui Latihan Industri yang telah dijalankan ini,ia mampu
melahirkan seorang pelajar yang berkemahiran serta berkebolehan dalam semua
aspek,baik dari segi pengurusan mahupun kemahiran teknikal. Ia dapat memberi satu
pengalaman yang sangat berharga kepada pelajar kerana walaupun masih di tahap
seorang pelajar, mereka teah mempunyai pengalaman yang penting untuk berusaha
menceburi bidang yang dipelajari.

5.2 Cadangan

5.2.1 Firma

Firma perlulah menyediakan perancangan tugas dengan lebih teratur untuk pelajar
yang akan menjalani latihan industri. Selain itu, pihak firma perlu memperkenalkan
syarikat dan aktiviti yang dijalankan kepada pelajar ini kerana ada pelajar yang tidak
mengetahui atau mengenali aktiviti yang dilakukan oleh firma.

45
5.2.2 Pelajar

Memberi pelajar pengalaman semasa menjalani latihan industri sebelum pelajar


memasuki ke alam pekerjaan. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada pelajar
yang amat luas tentang latihan industri dengan mengadakan taklimat atau ceramah
yang memberitahu perkara untuk dilakukan sebelum, semasa dan selepas latihan
industri di firma. Seterusnya, memberikan pelajar pengetahuan tentang latihan industri
dan memberi galakkan kepada pelajar untuk menanamkan sifat sentiasa positif dan
yakin terhadap diri sendiri.

5.2.3 Politeknik

Pihak Politeknik perlulah berhubung dengan pelajar tersebut atau pihaksyarikat supaya
pihak Politeknik dapat mengetahui masalah-masalah yangdihadapi oleh pelajar ataupun
masalah yang dihadapi oleh syarikat berhubung masalah disiplin yang telah
ditimbulkan oleh pelajar tersebutterhadap syarikat. Seterusnya, pihak politeknik
hendaklah memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran teori
kerana situasi di alam pekerjaan memerlukan pelajar menguasai bahasa ini.

46
BAB 6

KESIMPULAN

6.1 Kesimpulan

Kesimpulannya, latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan


pengenalan kepada pelajar tentang pelbagi aspek amalan dalam Kejuruteraan Awam
dan peranannya dalam masyarakat. Latihan industri merupakan satu cabang bidang
ilmu yang memberi peluang kepada saya sebagai seorang pelajar untuk
mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa pembelajaran di
universiti.

Selain itu, pelbagai perspektif dapat dilihat menerusi latihan industri ini seperti
meningkatkan kemahiran yang sedia ada yang terdapat di dalam diri para pelajar.
Seterusnya, pelakar juga mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam
sesuatu bidang kerja yang disertai. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat
penting untuk menjadikan seseorang pelajar sebagai pelajar yang terbaik dalam bidang
yang akan diceburi kelak.

Selain itu, latihan industri ini juga memberikan pelbagai pengalaman serta
mengajar nilai-nilai murni kepada para pelajar. Nilai-nilai murni dalam alam pekerjaan
seharusnya di sambung bagi membentuk masyarakat yang saling mengambil berat
serat menghormati antara satu sama lain. Di samping itu, latihan industri ini penting
kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat
pengajian kelak. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana secara umumnya sesebuah firma
amat mengutamakan individu yang memiliki pengetahuan yang tinggi dan pengalaman

47
bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat
untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Akhir sekali, latihan industri adalah salah satu medium yang sesuai untuk memberi
pengalaman di samping meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada.

48
LAMPIRAN

49
50
51
52
RUJUKAN

Aniza binti Adznan, Safinas binti Saroji, Auni Diyana binti Fadzil, SENGGARA
JALAN: APA YANG ANDA TIDAK PERLU TAHU? Bahagian Senggara
Fasiliti Jalan, 2009; 20-36.

Ir Mohd Hizam bin Harun, Sufiyan bin Zakaria, Jalan Oh Jalan, Bahagian Senggara
Fasiliti Jalan, 2014: 33-45.

PERLAKSANAAN PROJEK PENYENGGARAAN JALAN melalui web


http://eprints.utm.my/60567/1/NorhasmalianaIsmailMFGHT2016.pdf

Spesifikasi_Piawai_jalan-selenggara jalan melalui lama web


http://www.jkrbentong.gov.my/images/Nota/Jalan/Spesifikasi_Piawai_Jalan

Selenggara_Jalan.pdf.
PENYENGGARAAN JALAN RAYA DI MALAYSIA melalui laman web
http://www.geocities.ws/pahlawan/cc302files/selenggara.pdf

53

Anda mungkin juga menyukai