Anda di halaman 1dari 25

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

ARKITEK PUNCA CIPTA project office PT 910 TINGKAT ATAS, DESA DARUL NAIM 16150 PASIR TUMBOH KOTA BHARU KELANTAN

Disediakan oleh : Nama No . Pend Jabatan Tempoh Latihan : MUHAMMAD SULHIE BIN MAT SEKRI : 02DSB10F1022 : JABATAN KEJURUTERAAN AWAM : 19 DISEMBER 2011 18 MEI 2012

DEDIKASI
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah meletakkan Latihan Industri sebagai satu program pra-syarat yang wajib ke atas semua pelajarnya sebelum membolehkan seseorang pelajar itu memperolehi Diploma setelah tamat pengajian di Politeknik. Latihan Industri ini juga telah dikira sebagai satu semester dengan 10 jam kredit bagi pelajar-pelajar politeknik. Saya juga telah terlibat dengan program ini dan telah selesai menjalani tempoh Latihan Industri selama 22 minggu bermula pada 19 DISEMBER 2011 sehingga 18 MEI 2012 di sebuah firma swasta iaitu Syarikat Arkitek Punca Cipta ( project office ). Program ini merupakan salah satu pendekatan terbaik yang digunakan oleh pihak Politeknik untuk memberikan pengalaman kerja serta yang memberikan suasana sebenar pekerjaan kepada pelajar-pelajar untuk membiasakan diri dengan alam pekerjaan yang realiti. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara baru yang secara tidak langsung memberikan saya pengalaman yang berguna apabila saya menempuh alam pekerjaan kelak. Oleh yang demikian, pihak Politeknik telah mewajibkan pelajar-pelajarnya yang sudah tamat menjalani Latihan Industri untuk menyediakan sebuah buku Laporan berdasarkan Latihan Industri yang telah tamat dijalani. Buku laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan serta pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di firma Arkitek Punca Cipta. Penyediaan buku laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.

Akhirnya dapat juga saya menyiapkan buku Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan Industri selama enam bulan. Dengan terhasilnya buku laporan ini maka lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk ditemuduga sahaja sekembalinya ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah untuk menyambung pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap buku Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang.

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menjalani latihan industri di firma Arkitek Punca Cipta (project office) selama 20 minggu yang bermula daripada 19 Disember 2011 sehingga 18 Mei 2012 seperti yang telah diwajibkan oleh pihak pengurusan bagi pelajar Diploma Sini Bina sesi Disember 2011. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Encik Medalishah Mohamed yang telah menjaga, mendidi dan member tunjur ajar kepada saya sepanjang saya disini. Tidak lupa juga kepada kakitangan yang lain di atas kesudian memeberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugas dan membantu saya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sepanjang tempoh latihan industri ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pensyarah pensyarah POLISAS terutama Puan Mawar binti Ahmad yang telah banyak member tunjuk ajar, dorongan dan nasihat dalam tempoh menyiapkan laporan industri ini. Sesungguhnya segala ilmu yang biberikan kepada saya akan saya pergunakan dengan sebaiknya demi masa depan saya untuk mengharungi alam pekerjaan kelak. Akhir sekali tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih buat ayah dan ibu serta pelajar-pelajar Politeknik yang juga membuat latihan praktikal kerana sering menyuntik semangat dan memberikan cadangan yang bernas kepasa saya.

Sekian, terima kasih.

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH MUHAMMAD SULHIE BIN MAT SEKRI 02DSB10F1022

DI

ARKITEK PUNCA CIPTA project office PT 910 TINGKAT ATAS, DESA DARUL NAIM 16150 PASIR TUMBOH KOTA BHARU KELANTAN

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Awam Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat Penganugerahan Diploma Seni Bina

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH DISEMBER 2011

ISI KANDUNGAN BAB KANDUNGAN


Judul Dedikasi Penghargaan Senarai Rajah Senarai Jadual

MUKA SURAT

BAB 1

PENGENALAN
1.1 1.2 Latar Belakang Firma Carta Organisasi

BAB 2 BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI MENGIKUT MINGGU LAPORAN TEKNIKAL

BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan

Latihan industri ( LI ) merupakan satu bentuk latihan amali yang perlu diikuti oleh setiap pelajar untuk memenuhi syarat pengajian bagi mereka yang menuntut di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. Ini adalah syarat utama sebelum seseorang itu diperakukan untuk penganugerahan Diploma Seni Bina.

Ianya diwajibkan kepada pelajar yang memasuki semester empat. Lebih kurang 22 minggu pelajar akan didedahkan mengenai pengalaman kerja di sesebuah syarikat yang pelajar sendiri pilih. Selain daripada itu pelajar perlu menyediakan satu laporan lengkap menerangkan secara terperinci tentang kerja-kerja yang pelajar lakukan semasa menjalani latihan industri tersebut.

Pelajar dibenarkan untuk memilih sendiri tempat latihan mereka atau boleh juga menerusi UPLI POLISAS. Walaubagaimanapun pelajar hanya dibenarkan memohon satu syarikat sahaja. Pemilihan mestilah bersesuaian dengan kursus yang diambil pelajar.

Cabaran dan permasalahan sepanjang menjalani latihan dianggap sebagai pengalaman yang bermakna yang tidak dapat dilupakan. Ini menjadikan pelajar lebih matang dan berani untuk menghadapi alam pekerjaan yang mencabar dan getir pada masa kini. Keistimewaan Latihan Industri ini ialah ianya dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui perkara-perkara baru yang tidak diperolehi di dalam kelas. Pendekatan dan pendedahan ini akan membantu pelajar mengetahui situasi sebenar dalam alam pekerjaan. Justeru itu, pelajar akan mengalami satu pengalaman baru dimana mereka perlu bijak mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari dan dibuktikan dengan latihan yang dilakukan oleh pelajar.

Terdapat juga garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pelajar bagi menjalani Latihan Industri ini. Tujuan garis panduan disediakan adalah supaya pelajar sentiasa berdisiplin dan tidak menimbulkan masalah kepada firma sepanjang latihan dijalankan. Tindakan yang tegas juga akan diambil kepada pelajar yang menimbulkan masalah dan tidak cuba untuk menyelesaikannya. Buku garisan panduan Latihan Industri ada disediakan oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri (LI ).

Latihan Industri ini dapat membantu pelajar merasai sendiri pengalaman dan pengetahuan yang sebenar mengenai alam pekerjaan yang akan

dihadapi oleh pelajar kelak. Maka dengan itu seharusnya pelajar mendapat pengajaran dan manfaat dari Latihan Industri ini. Melalui latihan ini juga,

pelajar akan sendirinya menjadikan dirinya sebagai seorang yang berilmu dan berketerampilan tinggi di mata masyarakat.

1.1.1 Objektif Latihan Industri

Diwujudkan untuk memenuhi objektif dan matlamat yang telah ditetapkan oleh UPLI Politeknik seluruh Malaysia. Antaranya :-

Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari dengan aspek praktikal. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri yang berkaitan

1.1.2 Objektif Laporan Latihan Industri Kepada Pelajar

Laporan latihan industri adalah diwajibkan kepada semua pelajar Politeknik yang telah menjalani latihan industri. Umumnya, laporan ini diwajibkan berdasarkan beberapa kepentingan iaitiu :-

Sebagai bukti pelajar mempunyai pengalaman

Laporan yang dihasilkan merupakan bukti bahawa pelajar telah menjalani aktiviti sepanjang latihan dengan baik dan

bertanggungjawab. Ini akan memberi pelajar satu pengalaman bekerja dan boleh digunakan dalam proses temuduga.

Dokumen sokongan untuk temuduga

Sesebuah laporan juga dapat mencerminkan kualiti bagi seseorang pelajar. Laporan yang baik dan bermutu akan membantu pelajar mendapat pekerjaan yang baik bergantung kepada laporan yang diberikan. Selain itu, laporan dapat menjadi rujukan sebelum temuduga dan menjadi dokumen sokongan kepada sesebuah firma.

Membantu pensyarah menilai

Penilaian yang dibuat oleh pensyarah bukan hanya berdasarkan kedatangan semata-mata. Laporan juga penting untuk pensyarah menilai sejauh mana kemampuan seseorang pelajar mengaitkan teori dengan praktikal melalui laporan yang dihasilkan.

Memberi peluang kepada pelajar mendokumentasikan pengalaman

Proses penulisan laporan diwajibkan mengikut garis panduan kepada penyumbangan idea mereka ke dalam bentuk tulisan dengan mendokumentasikan pengalaman ke dalam sebuah buku.

1.2

Latar Belakang Organisasi

1.2.1 Sejarah Penubuhan

Arkitek Punca Cipta (APC) adalah sebuah firma arkitek yang menjalankan projek pelaksanaan kediaman individu hinggalah kepada badan korporat, multi-nasional dan kerajaan. APC telah berjaya melaksanakan projek yang berbeza saiz dan kompleksitinya hampir di semua negeri di Malaysia. Ia juga mampu menawarkan perundingan pembangunan multidisiplin dengan kakitangan dalaman dan perkongsian strategic dengan firmafirma perundingan yang lain.

APC sudah lebih kurang satu dekad dalam mana ia berkembang dari pejabat kecil di rumah kepada satu firma dengan 40 kakitangan. Ditubuhkan pada Mei 1995. Firma ini memulakan perniagaan dengan komisen daripada pertubuhan korporat dan syarikat kewangan. Daripada asasnya di Kuala Terengganu.

1.2.2 Carta Organisasi Syarikat


Ar. NASHARUDDIN BIN HJ ABDUL MAJID

PRINCIPAL Architects
Mahadi Bin Mat Ali Mohd Azri Bin Mat Nor Mohd Arshad Bin Ariffin Mohamad Radzi Bin Jambul Nik Ahmad Johari Bin Nik Mat

associates

Project Director
Norhayati Binti Haji Saad

Project Admin Director


Amir Hamzah Bin Abdul Majid Saffiyah Binti Che Yusof Siti Zauwiah Binti Yazid

Architectural Designers
Hang Lekiu Bin Mustafa Zubaidi Bin Hashim Nik Nurul Naqiah Bt Nik Pa Kamarul Azaham B. M.Azahar Aishah Binti Liman Mohd Khairuldin B. M. Rased Norhazura Binti Mohd Sazali

Finance & Human Resource


Sharifah Salwa Binti Syed Shafie Tuan Roslina Bt Tuan Ibrahim

Support Staff
Mohd Nizam Bin Ramli Sidek Bin Ismail Zuraida Binti Awang Nor Azura Bt Mat Ali

Interior Designers
Rosnida Binti Ismail Medalishah Bin Mohamed Wan Mohd Shahril Bin W. Chik Mohd Faisal Bin Mohd Fuad

Information Technology
Ismail Bin Ali @ Abdul Aziz Noraini Binti Isa

Draught Person
Zahri Bin Ibrahim Wan Syahhirman Bin W. Aziz Ibrahim Bin Mohd Dom Mohd Ikhwan Bin Rahman Nurul Hudaa Binti Abdullah Tengku Asmizan B. T.Abd Aziz Rozanor Bin Nayan Mohd Fadzril Bin Mohd Rasul

Business Development
PENGURUSAN PUNCA CIPTA SDN BHD

CKA Landscape Sdn. Bhd.


Che Khairul Anuar B. Abd Majid Khairuni Binti Mohd Khalil Normaimun Binti Sobri N. Mohd Saharuddin B. N. Yahya

Construction Management / Engineering


Hj Abd Ghani Bin Omar (contract)

1.3

Profil Syarikat

Nama pendaftaran : ARKITEK PUNCA CIPTA

Alamat : 1340 Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No. Telefon : 09-617 0075 / 09-617 0095 No. Faksimili : 09-617 4879 Website : hhtp://www.puncacipta.com

Alamat (site office) : Pt 910, Aras 1, Desa Darul Naim Pasir Tumbuh 16150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. No. Telefon : 09-7656897 No. Faksimili : 09-7656897

1.3.1 Jenis Perkhidmatan

Seni bina i. ii. iii. iv. v. Reka bentuk skematik Pembangunan reka bentuk Dokumen kontrak Pelaksanaan project Perkhidmatan tambahan

Kejuruteraan i. ii. iii. Khidmat nasihat awam dan struktur Khidmat nasihat mekanikal dan elektrik Infrastruktur

Analisis pembangunan i. ii. Aliran tunai dan kajian pelaburan Kajian kemungkinan

Reka bentuk dalaman dan membaikpulih i. ii. Pengurusan kemudahan Reka bentuk dalaman

Analisis kewangan dan cadangan pembangunan i. ii. iii. Cadangan pembangunan Perancang kewangan Aliran masuk dan analisis sensitiviti

BAB 2

RINGKASAN AKTIVITI MENGIKUT MINGGU

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Pertama : 19hb DISEMBER 2011 22hb DISEMBER 2011 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu pertama,saya berkenalan dengan semua staf-staf

yang berada di pejabat. Selepas itu saya dirujuk kepada Encik Medalishah iaitu penyelia saya selama saya menjalani latihan industri di sini. Saya menghantar resume dan mendapat pengenalan mengenai syarikat. Untuk minggu pertama saya diberi kerja untuk mengenalpasti bahan-bahan yang digunakan di sebuah banglo. Saya juga belajar menggunakan sketch up.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Kedua : 26hb DISEMBER 2011 29hb DISEMBER 2011 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu kedua saya teruskan dengan belajar sketch up.

Mencuba semua ikon yang ada di dalam sketch up. Mendapat working drawing yang telah lama untuk dijadikan sebagai pengenalan awal untuk membuat lukisan kerja dengan Auto CAD. Saya menyambung kerja minggu lepas dengan merujuk brochure , majalah dan lukisan yang telah lama disiapkan oleh syarikat. Untuk sketch up saya menyuapkan dinding, menebuk tingkap, dan menyiapkan garaj.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ketiga : 1hb JANUARI 2012 5hb JANUARI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Untuk minggu yang ke-3, saya menyambung sketch up yang dua

minggu lepas. Saya juga membuat hiasan dalaman @ interior di dalam sketch up. Saya membuat rujukan majalah-majalah dan brochure untuk rendering dinding luaran dan dalam. Untuk hari kedua minggu ini, saya dibawa melawat tapak rumah yang sudah siap lama dibina untuk di ubah di Pasir Mas. Saya membuat ukuran keliling rumah serta lakaran awal.

MINGGU

: Ke-4

TARIKH MASA AKTIVITI

: 8hb JANUARI 2012 12hb JANUARI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu yang ke empat saya masih meneruskan

menggunakan sketch up dengan mengubah plan rumah di dalam sketch up. Memasukkan pintu dan tingkap di dalam sketch up. Membuat sebuah rumah dua tingkat di dalam sketch up. Masih dalam belajar untuk mencekapkan menggunakan sketch up.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-5 : 15hb JANUARI 2012 19hb JANUARI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu ke lima, saya menbuat pelan lantai bagi rumah di

dalam sketch up yang pertama. Saya dan staf-staf membuat gotong-royong di dalam pejabat. Saya mendapat kerja untuk membuat pelan lantai di dalam Auto CAD dan diberi penerangan tentang kehendak pemilik. Menyiapkan sketch up bagi dua buah rumah yang lepas.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-6 : 22hb JANUARI 2012 26hb JANUARI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m :

Pada minggu yang ke enam, saya meneruskan kerja dengan membuat bubble diagram untuk pelan lantai. Saya menyiapkan bumbung rumah dua tingkat di dalam sketch up beserta rendering. Mendapat contoh pelan rumah yang lengkap dalam fail Auto CAD untuk dijadikan rujukan.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-7 : 29hb JANUARI 2012 2hb FEBUARI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu ini, saya menyiapkan pelan lantai dan plot ke dalam

kertas A4 untuk di create dengan staf. Saya meneruskan dengan membuat pelan bumbung. Seterusnya, saya pergi melawat tapat di Bunut Payung, Kota Bharu. Saya mendapat pelan lantai bagi dua buah tandas untuk rumah Haji Ramli untuk dilukis semula di dalam Auto CAD beserta semua pandangan dari dalam tandas. Selepas selesai saya plot dan cetak di atas kertas A4.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-8 : 6hb FEBUARI 2012 9hb FEBUARI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Menyambung kerja minggu lepas iaitu menambah mosaic da

furniture ke dalam tandas mengikut kehendak pemilik. Cetak sekali lagi untuk penyelia. Menyambung render pelan bumbung untuk rumah pertama yang

dibuat di dalam sketch up. Membuat semua pandangan dan spesifikasi di dalam Auto CAD bagi rumah berkeluasan kurang 2000 kaki.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-9 : 12hb FEBUARI 2012 16hb FEBUARI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Saya menyambung membuat pelan lantai tandas pada minggu ke-7

di dalam sketch up. Saya membuat section. Saya pergi malawat tapak rumah di Pasir Mas. Rumah 1 tingkat yang ingin dijadikan ke dua tingkat. Mengambil ukuran keseluruhan rumah.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-10 : 19hb FEBUARI 2012 23hb FEBUARI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu yang ke-10 ini, saya mulakan dengan belajar

software baru iaitu Adobe Illustrator CS. Saya mendapat pendedahan awal Adobe Illustrator ini daripada staf. Saya belajar dengan membuat logo Kementerian Persekutuan. Saya menyiapkan logo dalam masa satu minggu ini. Seterusnya saya menyambung kerja AutoCAD yang minggu lepas dengan membuat pandangan dan keratan rumah di Pasir Mas.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-11 : 26hb FEBUARI 2012 1hb MAC 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Untuk minggu ini, saya membuat kad perkahwinan dengan

menggunakan Adobe Illustrator CS. Saya mendapat penerangan daripada staf untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan intuk membuat kad perkahwinan. Saya membuat lagi sekali tandas rumah Haji Ramli tetapi di dalam Sketch Up. Pada minggu ini juga saya pergi melawat tapak di Pengkalan Chepa yang hampir siap. Saya mengambil ukuran setback rumah. Seterusnya saya pergi ke tapak di Pengkalan Chepa juga iaitu rumah Semi-D(rumah untuk dijual oleh Raja Perempuan). Saya mengambil gambar keseluruhan rumah untuk melihat perkembangan rumah.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-12 : 4hb MAC 2012 8hb MAC 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Untuk minggu ini, saya pergi melawat tapak rumah bangle Haji

Ramli di Padang Pak Amat, Pasir Puteh. Saya diarah untuk mengambil ukuran hadapan rumah. Ukuran itu adalah untuk dibuat lanskap oleh pereka lanskap dari Kuala Lumpur. Saya juga didedahkan untuk melihat kerja-kerja plaster dan pemasangan tindih kasih dengan mengunakan simen. Saya juga menyiapkan pelan rumah,pandangan, dan keratan rumah Pasir Mas menggunakan AutoCAD kerana kesalahan ketinggian di dalam lukisan.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-13 : 11hb MAC 2012 15hb MAC 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu ini pula, saya meneruskan menyiapkan sedikit lagi

lukisan rumah Pasir Mas. Seterusnya,saya mendapat tugasan untuk menyiapkan 2 kad perkahwinan dalam masa 2 minggu sebelum diberi kepada staf.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-14 : 18hb MAC 2012 22hb MAC 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Saya menyambung kerja membuat kad perkahwinan yang minggu

lepas. Selepas itu, saya mendapat lukisan kerja dari staf untuk dibuat di dalam sketch up berbentuk 3D.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-15 : 25hb MAC 2012 29hb MAC 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m :

Pada minggu ini, saya saya menghantar 2 kad perkahwinan kepada staf(Baizurah). Selepas itu, saya perlu mengubah lagi kad perkahwinan itu mengikut kehendak staf. Saya juga menyambung sketch up yang minggu lepas untuk disiapkan pada minggu ini.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-16 : 1hb APRIL 2012 5hb APRIL 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu ini, saya mendapat lagi satu kad perkahwinan untuk

dibuat menggunakan Adobe Illustrator CS. Saya scan contoh yang diinginkan oleh pelanggan. Saya melakar peta di dalam Adobe Illustrator. Selepas itu, saya menyambung membuat sketch up minggu lepas kerana kesalahan pada sudut bumbung di dalam sketch up.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-17 : 8hb APRIL 2012 12hb APRIL 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Seterusnya, saya meneruskan dengan membuat kad perkahwinan.

Saya juga sambung sketch up minggu lepas bersama rendering bumbung. Saya juga membuat detail untuk petunjuk langit di dalam AutoCAD dan juga sketch up.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-18 : 15hb APRIL 2012 19hb APRIL 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu ini pula, saya mendapatkan lagi lukisan kerja

lengkap dari staf dan membuat balik di dalam sketch up untuk 3D. Saya juga mendesign pintu ,tingkap, dan interior mengikut kehendak pelanggan.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-19 : 22hb APRIL 2012 26hb APRIL 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Untuk minggu ini,saya menyambung sketch up minggu lepas.

Saya mengambil gambar dari semua sudut rumah itu di dalam sketch up dalam bentuk 2D graphic dan memasukkan ke dalam Adobe Illustrator CS untuk dibuat flyers berserta spesifikasi bahan.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-20 : 29hb APRIL 2012 3hb MEI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m :

Untuk minggu ini, saya mendapar pelan lantai yang telah diubah suai untuk diubah suai lagi iaitu pelan lantai spa/salon. Saya perlu mengubah pintu masuk, reka letak dalaman, dan juga keratan di dalam AutoCAD. Saya banyak rujuk dengan staf untuk pengubahsuaian ruang. Saya juga mewarna lukisan kerja pada minggu ini.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-21 : 6hb MEI 2012 10hb MEI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu ini, saya mendapat kerja unutuk membuat flyers

dengan menggunakan Adobe Illustrator CS. Pada minggu ini juga, saya pergi melawat tapak di Kota Bharu. Saya mengukur keseluruhan rumah untuk mengubahsuai kepada pejabat. Saya juga membuat pelan lantai di dalam AutoCAD berbasarkan ukuran yang saya ambil.

MINGGU TARIKH MASA AKTIVITI

: Ke-22 : 6hb MEI 2012 10hb MEI 2012 : 8.30 a.m 5.30 p.m : Pada minggu ini, saya mendapat sketch up 3D unutuk dibuat

flyers ke dalam Adobe Illustrator CS. Flyers dibuat beserta tittle block dan juga spesifikasi. Saya juga mendapat kerja daripada penyelia untuk

mengubahsuai hadapan rumah. Saya diminta untuk membuat terus ke dalam sketch up. Saya print dan menyerahkan kepada penyelia.

Anda mungkin juga menyukai