Anda di halaman 1dari 2

DEDIKASI

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah meletakkan Latihan


Industri sebagai satu program pra-syarat yang wajib ke atas semua pelajarnya sebelumn
membolehkan seseorang pelajar itu memperolehi Sijil atau Diploma setelah tamat
pengajian di Politeknik. Latihan Industri ini juga telah dikira sebagai satu semester
dengan 10 jam kredit bagi pelajar-pelajar politeknik. Saya juga telah terlibat dengan
program ini dan telah selesai menjalani tempoh Latihan Industri selama enam bulan
bermula pada 12 JANUARI 2008 sehingga 12 JUN 2008 di sebuah firma swasta iaitu
Syarikat Dunco Sdn Bhd.

Program ini merupakan salah satu pendekatan terbaik yang digunakan oleh pihak
Politeknik untuk memberikan pengalaman kerja serta yang memberikan suasana sebenar
pekerjaan kepada pelajar-pelajar untuk membiasakan diri dengan alam pekerjaan yang
realiti. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri, saya telah didedahkan dengan pelbagai
perkara baru yang secara tidak langsung memberikan saya pengalaman yang berguna
apabila saya menempuh alam pekerjaan kelak.

Oleh yang demikian, pihak Politeknik telah mewajibkan pelajar-pelajarnya yang


sudah tamat menjalani Latihan Industri untuk menyediakan sebuah buku Laporan
berdasarkan Latihan Industri yang telah tamat dijalani. Buku laporan ini akan digunakan
untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan serta
pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di firma Syarikat
Putra Jaya Sdn Bhd. Penyediaan buku laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting
untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya
membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan
mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.

ii
Akhirnya dapat juga saya menyiapkan buku Laporan Industri ini setelah tamat
menjalani Latihan Industri selama enam bulan. Dengan terhasilmya buku laporan ini
maka lengkaplah Latihan Industri saya, dan saya hanya menunggu masa untuk
ditemuduga sahaja sekembalinya ke Poloteknik Kota Kinabalu untuk menyambung
pelajaran. Sehubungan dengan itu, saya berharap buku Laporan yang saya hasilkan ini
dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang.

iii

Anda mungkin juga menyukai