Anda di halaman 1dari 33

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

KISALENI DEWI A/P PRABAGARAN


16DEE19F2018

GCS AUTOMATION TECHNOLOGY(M) SDN BHD


65, JALAN TAMBUN INDAH 1,
14100 SIMPANG AMPAT,
PULAU PINANG

SESI I:2022/202

1
PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan,
gambar dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..............................
Nama Pelajar : ..............................
No. Pendaftaran : ...............................
Tarikh : ...............................

2
ABSTRAK

Latihan industri yang dilalui pelatih merupakan bentuk latihan kerja di organisasi
tertentu di bidang elektrik dalan jangka masa yang ditetapkan oleh Politeknik, iaitu dari
15 Ogos 2022 hingga 30 Disember 2022. Tujuan latihan industri adalah untuk
mendedahkan pelajar dengan persekitaran kerja sebenar dalam bidang atau industri
yang berkaitan dengan kursus yang diambil.

Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk mempertingkatkan lagi ilmu dan
kemahiran di samping mempraktikkan apa yang dipelajari di Politeknik. Buku laporan
ini pula ialah catatan laporan keseluruhan sepanjang pelatih-pelatih menjalankan
latihan industri. Buku laporan ini mengandungi maklumat tentang latihan industri serta
organisasi yang menempatkan pelatih, laporan-laporan teknikal iaitu laporan tentang
kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pelatih semasa menjalani latihan industri,
kesimpulan atau rumusan kepada keseluruhan laporan yang telah dibuat, dan komen
yang berkaitan dengan latihan yang dijalankan serta cadangan untuk organisasi untuk
proses penambahbaikan pada masa akan datang.

Secara keseluruhannya, buku laporan ini dipersembahkan untuk pihak Politeknik


menilai dan memahami setiap kerja yang telah dilakukan oleh pelajar semasa
menjalani latihan industri di organisasi tersebut. Justeru, buku laporan ini diharap
bermanfaat kepada pembaca sebagai bahan bacaan tambahan dan sebagai satu
sumber ilmu dalam bidang yang berkenaan.

3
RINGKASAN EKSEKUTIF

Salam sejahtera, nama saya KISALENI DEWI A/P PRABAGARAN, merupakan


pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiya, kini saya di semester akhir dan telah menjalani latihan industri di
GCS Automation Technology (M) Sdn Bh. Jangka masa untuk menjalani latihan
industri adalah dari 15 Ogos 2022 hingga 30 Disember 2022. Saya akan kongsikan
serba sedikit pengalaman saya ketika menjalankan latihan industri di GCS Automation
Technology. Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan reka bentuk perniagaan. Ia
menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti logistik, pemenuhan, pengurusan data
produk, kejuruteraan dan perkhidmatan rantaian bekalan untuk sektor perusahaan,
komunikasi, pengguna, aeroangkasa dan pertahanan, perindustrian, tenaga alternatif
dan penjagaan kesihatan. Syarikat ini juga adalah sub-con syarikat mesin. Ia boleh
menambah baik pelajar elektrik untuk mengetahui lebih banyak pengalaman,
kemahiran, pengetahuan, untuk pemasangan komponen, mesin panel kawalan
pendawaian, sambungan untuk pemandu servo, motor stepper, PLC, sensor dan lain-
lain. Syarikat ini juga akan memanfaatkan kepakaran dalam pengeluaran output dan
input dalam pelbagai perkhidmatan rantaian bekalan elektrik.Syarikat mampu
menawarkan penyelesaian pembangunan kreatif dan teknikal untuk pelanggan
berpotensi yang berhasrat mengembangkan jenama dan produk mereka. Dengan
kepakaran dalaman disokong konsep berdaya pembaharuan, GCS Automation
Technology yakin mampu merealisasikan objektif untuk menghasilkan produk. Syarikat
akan memastikan kejayaan pelaksanaan projek ini, supaya ia boleh memenuhi banyak
manfaat komersial, sosial dan industri. Kesimpulannya, saya dapat meluaskan
pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar politeknik, ini memberikan setiap pelajar
lebih peluang merasai dan mengalami keadaan dan persekitaran kerja sebenar.

4
PENGHARGAAN

Sebagai pengenalan untuk bahagian ini, pertama sekali saya ingin menunjukkan rasa
terima kasih kepada Tuhan kerana Rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan laporan ini
yang memperdebatkan. Saya berjaya menamatkan kursus Latihan Industri ini dengan
jaya dan selamatnya. Dengan berakhirnya Latihan Industri ini, dapatlah saya
menyiapkan Laporan Latihan Industri ini berdasarkan pengalaman yang telah saya
kumpul sepanjang 20 minggu berada di GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN
BHD. Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan GCS
AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD.

Terutamanya kepada Mr.Shawn sebagai pegawai penilai dalam training department.


Beliau telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani Latihan Industri dan
menimba pengalaman selama 20 minggu di firma ini sekali gus memberi peluang
kepada saya untuk menamatkan Latihan Industri ini dengan cemerlang.Ingin juga saya
merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan pegawai-pegawai di
Unit Latihan Industri yang telah banyak menerangkan mengenai cara-cara membuat
laporan dan bimbingan untuk menghadapi Latihan Industri dengan jayanya.Di ruangan
ini juga tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang telah membantu dan membimbing
saya sepanjang menjalani Latihan Industri ini. Saya mengucapkan terima kasih rakan-
rakan yang banyak memberi tips kepada saya untuk menyiapkan laporan ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada ibu bapa dan seluruh ahli keluarga saya yang telah
memberikan sumbangan dan dorongan yang tidak putus-putus untuk saya berjaya dan
menamatkan Latihan Industri ini dengan cemerlang dan selamat.

Sekian, terima kasih.

5
Isi kandungan

BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pengenalan Latihan Industri
1.2 Objektif Latihan Industri
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
1.4 Kepentingan

Latihan Industri BAB 2:

LATAR BELAKANG

INDUSTRY

2.1 Pengenalan Industri


2.2 Organisasi Syarikat
2.3 Logo Syarikat
2.4 Waktu
2.5 Profile Organisasi
2.6 Halatuju Organisasi

BAB 3: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Jadual

Ringkasan Mingguan

BAB 4: LAPORAN

TEKNIKAL

6
BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 PENGENALAN

Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum


pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Ia
membentuk pelajar yang berdedikasi dan berpotensi tinggi. Pelajar disyaratkan
lulus semua semester dan akhir sekali Latihan Industri sebelum diperakukan untuk
penganugerahan Sijil Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di
organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada
suasana pekerjaan sebenar.

Pihak Politeknik Malaysia memberi kebebasan kepada pelajar untuk


membuat pilihan bagi membuat Latihan Industri di Jabatan Kerajaan atau di Firma
Swasta. Namun begitu ia perlulah bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh
pelajar di Politeknik BalikPulau, adalah perkara yang amat penting bagi pelajar.
Pelajar tidak perlu membazir masa dan tenaga bagi suatu pekerjaan yang tidak
berkaitan dalam bidang yang mereka ceburi di Politeknik. Pada latihan industri ini,
segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi akan membantu pelajar-pelajar
semasa mengambil langkah ke arah pekerjanaan. Melalui Latihan Industri ini, para
pelajar dapat melalui dan mendapat pengalaman kepada alam pekerjaan yang
sebenar dan berbeza dengan alam Politeknik.

Setiap masa yang digunakan semasa latihan industri mestilah dimanfaatkan


sepenuhnya. Tidak hanya melakukan kerja-kerja yang sama setiap hari, pelajar
jugaperlulah bijak mencari sebarang kerja yang berlainan untuk dilakukan setiap
masa. Pelbagai cabaran akan dihadapi oleh pelajar ketika Latihan Industri. Ini
secara langsung dapat menerbitkan komunikasi antara pelajar dan staf di sekolah
tersebut. Secara amanya, latihan industri ini memupuk semangat ketabahan jika
berlaku sebarang masalah dan dapat membantu pelajar berkomunikasi kepada
orang luar. Oleh sebab itu, pelajar tidak tertakluk kepada rakan sekuliah dan juga
pensyarah sahaja, pelajar juga akan terdedah kepada persekitaran luar, semasa
menjalani latihan industri. Contohnya apabila pelajar dikehendaki melayan tetamu
di sekolah, komunikasi yang dipelajari semasa latihan industri amat berguna
kepada pelajar apabila mereka memasuki alam pekerjaan nanti.

7
Selain itu, latihan industri dapat membantu pelajar berfikiran wajar apabila
dihadapi dalam menyelesaikan sesuatu masalah semasa tugas yang diberikan.
Dengan ini, pelajar dapat berfikir dan berkongsi pendapat bersama staff lain dalam
mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Secara langsung ia dapat
dijadikan pengalaman dan pengajaran kepada pelajar apabila mula bekerja.

Akhirnya, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seperti
itu latihan industri menjadikan seorang perlajar yang berdedikasi dan
bertanggungjawab atas segala perbuatahnya. Ia akan membantu pelajar
sepenuhya pada masa hadapan apabila bekerja di sesuatu syarikat. Ini amatlah
penting kepada para pelajar dan pelajar akan berasa rugi sekiranya tidak menjalani
Latihan Industri ini dengan sebaiknya. Pelajar juga dapat merasai alam pekerjaan
yang sebenar dan sekiranya dapat memberikan semangat kepada para pelajar
untuk terus belajar dan mendapat kelulusan yang cemerlang. Seterusnya
mendapat pekerjaan yang baik dan menjamin masa hadapan yang cerah.

8
9
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Lulus dalam latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap
pelajar di Politeknik sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau
Diploma Politeknik. Pelajar yang menjalani latihan industri sama ada di
jabatan-jabatan kerajaan atau di dalam sektor- sektor swasta akan
didedahkan dengan pelbagai karenah dan masalah yang sememangnya
wujud di dalam dunia atau alam pekerjaan.

Tujuan utama latihan industri sebenarnya adalah untuk memberi


bimbingan dan pengalaman kepada pelajar yang akan serta bakal
menempuhi segala cabaran. Para pelajar haruslah sentiasa akur dengan
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik atau pihak syarikat
dalam mendidik diri untuk menjadi manusia yang lebih berdisiplin dan
berkualiti.

Antara objektif latihan industri :-

 Membina personaliti individu .

 Menambahkan dan meluaskan pengetahuan teknikal serta kemahiran


berfikir di kalangan para pelajar.
 Melahirkan pelajar yang berkualiti

 Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab.

 Berkomunikasi dengan berkesan.

 Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik


 Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.
 Membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan
aspek-aspek praktikal di firma.

10
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Laporan Latihan Industri merupakan dokumen penting bagi


setiap pelajar. Ini adalah dokumen dengan aktiviti yang telah
dipelajari sepanjang latihan industri. Satu kerja yang sangat baik
tidak bermakna apa-apa jika ia tidak dapat dilaporkan dalam satu
kenyataan bahawa ia sangat baik. Oleh itu, setiap pelajar akan
berterima kasih untuk dapat menyediakan laporan ini tepat pada
masanya dan boleh menghasilkan laporan yang merangkumi
semua bahagian yang telah dipelajari semasa industri latihan di
syarikat mereka sendiri.

Antara kelebihan dan faedah yang diperolehi untuk laporan ini adalah:

 Dengan kewujudan laporan ini maka boleh digunakan sebagai bukti


kepada Politeknik bahawa pelajar harus menjalani latihan industri di
tempat latihan perindustrian.
 Membolehkan pelajar berfikir dan ingat apa yang telah anda pelajari
dan diamalkan semasa industri latihan.
 Untuk mendokumentasikan semua aktiviti yang telah
dijalankan dalam tempoh latihan industri selama lima bulan.
 Jika laporan ini dibuat, ia dapat melatih para pelajar untuk
mengikuti arahan yang ditetapkan oleh Politeknik.
 Boleh digunakan sebagai rujukan oleh bakal majikan semasa
wawancara kemudian.

11
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Latihan ini sangat penting dalam menilai keupayaan pelajar


sebagai persediaan untuk dunia bekerja ke dunia kerja sebenar selepas
tamat pengajian. Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan dapat
merasakan perbezaan antara persekitaran kerja dengan suasana
perbelanjaan. Setelah menjalani latihan industri, semangat kerjasama
dapat dipertingkatkan kerana para pelajar akan menyedari tanggungjawab
dan peranan sebagai anggota firma untuk melakukan kerja bersama dan
manfaat bersama dengan sikap yang menonjol dan tidak mementingkan
diri sendiri.

Selain itu, hubungan antara pelajar dengan peluang majikan dan


rakan sekerja akan diwujudkan. Pencampuran adalah aspek penting
dalam menjalankan pekerjaan, ini adalah kerana pencampuran dapat
meningkatkan keyakinan diri pelajar. Tanpa pencampuran yang betul
kita tidak dapat menjalankan tugas dengan lancar.

Di samping itu, pelajar juga akan menyedari kelemahan dan


kekurangan diri dari segi pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu,
para pelajar akan berusaha untuk meningkatkan keupayaan,
kemahiran, dan pengetahuan itu sendiri. Tidak dapat dinafikan
bahawa corak pembelajaran yang menekankan hanya kemahiran
teoritis tidak berguna tanpa pengetahuan tentang penerapan teori itu.
Kemudian industri latihan menerapkan teori yang dipelajari di
universiti. Secara tidak langsung melalui latihan industri, para pelajar
dapat berinovasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa
kerja.

Secara keseluruhannya, hasil daripada pengumpulan


pengalaman dan pengetahuan para pelajar amalan industri semasa
boleh menambah keyakinan untuk terus berusaha untuk mencapai
cita-cita yang mimpi itu.

12
1.5 PENGENALAN INDUSTRI

GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD adalah menyediakan


perkhidmatan reka bentuk perniagaan. Ia menawarkan pelbagai
perkhidmatan seperti logistik, pemenuhan, pengurusan data produk,
kejuruteraan dan perkhidmatan rantaian bekalan untuk sektor perusahaan,
komunikasi, pengguna, aeroangkasa dan pertahanan, perindustrian, tenaga
alternatif dan penjagaan kesihatan.Syarikat ini diasaskan pada tahun 2020
dan berpusat di Simpang Ampat, Pulau Pinang, Malaysia.Syarikat ini juga
adalah sub-con syarikat mesin. Ia boleh menambah baik elektrik pelajar
untuk lebih banyak pengalaman, kemahiran, pengetahuan, untuk
pemasangan komponen kemahiran, mesin panel kawalan pendawaian,
sambungan untuk pemandu servo, motor stepper, PLC, sensor dan lain-lain.

13
1.6 CARTA ORGANISASI

MR. SHAWN

Manager

MS.NOR ATIKAH BINTI CHE MURAD

Leader

KISALENI DEWI THURGA THEVI

Intern staff 1 Intern staff 2

1.6.1 Carta organisasi GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD

14
1.7 LOGO GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD

1.7.1 Logo GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD

15
1.8 WAKTU

Waktu kerja di GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD

Staff & Practical Student Isnin- Jumaat 09:00 a.m – 6.00 p.m

1.9 PROFIL ORGANISASI

NAMA ORGANISASI : GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD

ALAMAT : NO.65, JALAN TAMBUN INDAH 1,TAMAN TAMBUN


INDAH ,
14100 SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG.

NO.TEL :014–8078188

EMAIL : gcsautomationtech@gmail.com

WEB :-

16
1.10 HALATUJU ORGANISASI

1.10.1 MISI ORGANISASI

GCS membolehkan jenama terbaik di Malaysia. Kami membina hubungan


yang dipercayai dan menyelesaikan cabaran teknologi yang kompleks
untuk membantu pelanggan kami merealisasikan nilai, potensi dan hasil
yang lebih besar.

1.10.2 VISI ORGANISASI

Untuk membayangkan, membangun dan menyampaikan masa depan yang


lebih baik bersama pelanggan kami.

1.10.3 TUJUAN

Untuk membuka potensi masa depan.

17
BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

Berikut adalah ringkasan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang keseluruhan


latihan industri saya di GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD dari 15
Ogos 2022 hingga 30 Disember 2022.

Minggu /
RINGKASAN AKTIVITI
Tarikh
MINGGUAN

 Minggu pertama saya dapat mengenali jenis-jenis cable,


Minggu 1 pin, connector dan peralatan.

15/08/2022-  Dapat mempelajari tentang cara untuk solder connector.


19/08/2022  Juga dapat belajar cara untuk clamp ferrules.

 Minggu kedua saya mula belajar mesin printing label.


Minggu 2
 Saya dapat belajar potong cable sensor.

22/08/2022-  Sensornya : Sensor Proximity, Sensor Count.


26/08/2022
 Semua cable sensor menggunakan pin black male
dan pasang connector black male 3way atau 2way.

Minggu 3  Minggu ketiga saya mempelajari tentang cable 10core


sebagai MCA/MCB dan Rotary.

29/08/2022-  Gunakan pin white 8way female dan cara pasang


02/09/2022 connector white female 8way.Belajar clamping ferrules
di MCA/MCB.

 Belajar cara clamping pin, masukkan label dengan


betul dan pasangan connector yang sesuai pada pin.

18
Minggu 4
 Minggu keempat saya dapat belajar tentang cable
sensor Conveyor/sensor OPTEX.
05/09/2022-
 Conveyor sensors menghantar isyarat kuasa pendek
09/09/2022
apabila item atau blok melaluinya, membenarkan
komponen elektrik lain seperti lampu LED atau
penghantar terbelah dikuasakan seketika tetapi ia
menggunakan kuasa itu sendiri.

Minggu 5
 Minggu kelima saya dapat belajar tentang cable 8
core sebagai Conveyor 1-4 dan Conveyor Out.

12/09/2022-  8 core kabel bertebat dan bersarung PVC Jenis


16/09/2022 CY Screened dan sesuai digunakan sebagai kabel
kawalan isyarat dan data dalam litar kawalan, alatan
mesin, sistem komputer, loji industri, talian pengeluaran
dan elektronik.

Minggu 6
 Minggu keenam saya buat clamping ferrules dan
soldering connector bagi panel 1356.
19/09/2022-
 Ferrules sangat mengurangkan rintangan sentuhan
23/09/2022
antara wayar dan penyambung,malah membantu
mengurangkan pengoksidaan dalam helai kerana
kekurangan ruang udara.
 Soldering ialah satu proses di mana dua atau lebih
item dicantumkan dengan mencairkan dan
meletakkan logam pengisi (solder) ke dalam
sambungan.

Minggu 7  Minggu ketujuh saya dapat buat cara clamping pin Molex
6way male dan female.
26/09/2022-  Molex 6-pin power connector can provide up to 75 watts.
30/09/2022
 Molex connector uses as connects your computer power
supply to drives and devices inside the computer.

Minggu 8
 Minggu kelapan, saya dapat belajar cable Rotary, Gripper

19
iaitu cable 12 core.
03/10/2022-
 Digunakan terutamanya dalam rangkaian berkuasa dan
07/10/2022
menyediakan bekalan elektrik utama kepada peranti
berkuasa. Kabel Berperisai 2.5mm 12 Teras biasanya
didapati membekalkan elektrik voltan utama kepada
peranti dan rangkaian berkuasa

Minggu 9
 Minggu kesembilan, saya dapat belajar cara buat cable
3-phase iaitu cable 5core.
10/10/2022-
 Kabel 3 fasa mempunyai empat wayar, tiga aktif dan
14/10/2022
satu neutral, dan membekalkan kuasa pada kedua-dua
240V dan 415V.
 Clamping pin mengikuti Y-lug dan I-lug.

Minggu 10
 Minggu kesepuluh, ketua saya megajar cara untuk
potong cable bagi panel 1356 mengikut panjang and
17/10/2022-
saiz cable diikuti core masing-masing.
21/10/2022
 Saya dapat mempelajari cara buat cable yang telah
dipotong.
 Clamping wayar dengan pin yang betul dan pasang
connector yang sesuai untuk cable tersebut.

Minggu 11  Minggu kesebelas, saya buat soldering dan clamping


ferrules bagi cable 15core untuk panel 1328.
24/10/2022-  Ketua saya mengajar cara untuk pasang head pada
28/10/2022 connector yang disiap solder.
 Saya buat clamping white ferrules dan pasang label
mengikut kod warna sebelum clamp ferrules.

20
Minggu 12
 Minggu kedua belas, saya buat cable sensor OPTEX dan
sensor Proximity.
31/10/2022-
 Sensor OPTEX boleh mengesan sebarang objek
04/11/2022
lutsinar, menjadikan barisan sensor lutsinar ini yang terbaik
dalam industri.
 Sensor Proximity ini boleh mengesan atau merasakan
pendekatan atau kehadiran objek berdekatan dan untuk
ini ia tidak memerlukan sentuhan fizikal.

Minggu 13
 Minggu ketiga belas, saya buat cable 4core bagi Rack
L,M,R dan 6core black bagi Touch Screen.
07/11/2022-
 4core kabel berbilang teras yang fleksibel mempunyai
11/11/2022
penarafan voltan 300/500V dan kabel ini dilindungi
oleh salutan PVC luar atau sarung.
 6core black ini untuk kesambungan untuk semua
komponen kawalan akses utama seperti pembaca kad,
sesentuh pintu, REX dan kuasa penguncian/imbasan scan.

Minggu 14
 Minggu keempat belas, saya belajar buat cable sensor
LAPP 3core dan 2core.Ia menggunakan pin black female
14/11/2022-
dan pasang connector black female 3way dan 2way.
18/11/2022  Cable ini diperbuat daripada wayar tembaga kosong
yang sangat konduktif.
 Voltan 300V, ini adalah pilihan yang sesuai untuk
aplikasi voltan rendah hingga voltan sederhana.

Minggu 15
 Minggu kelima belas, saya potong cable panel 1328
dan dibahagikan kepada 4kotak iaitu 1A, 1B, 2A, dan 2B.
21/11/2022-
 Setiap kotak mempunyai 21 jenis cable dan potong
25/11/2022 mengikut panjang yang disediakan.
 Buat cable dengan pin white female & male, big white male
& female, black male & female dan molex male &
female.Pasang connector mengikut pin tersebut.

21
Minggu 16  Minggu keenam belas, saya potong cable 15core bagi

28/11/2022- panel 1307 sebagai Driver.

02/12/2022  Cable ini buat solder dan clamping ferrules.


 Saya dapat belajar buat cable 8core sebagai Conveyor,
12core sebagai Robotics dan 4core sebagai Rack & Gripper.

Minggu 17  Minggu ketujuh belas, saya buat sleeving cable bagi


05/12/2022
panel kotak KLK 1328.
-
 Saya buat soldering dan clamping cable 15core dari KLK
09/12/2022
1328, pastikan masuk label yang betul mengikut kod warna.
 Saya pasang head pada connactor yang disiap solder
cable tersebut.

Minggu 18 

12/12/2022-
16/12/2022

Minggu 19

19/12/2022 -

23/12/2022

Minggu 20

26/12/2022-

30/12/2022

22
BAB 3 : LAPORAN TEKNIKAL

3.1 CLAMPING FERRULES

RAJAH 3.1 FERRULES AND TOOLS

3.1.1 APA ITU FERRULE ?

Ferrule ialah perkataan untuk jalur logam ringkas atau topi serba boleh. Ferrule ada
di mana-mana. Ia ialah penutup di hujung tongkat atau tongkat, kerusi atau kaki meja; ia
adalah titik atau tombol pada hab payung; ia sesuai bersama tiub dan paip serta mengikat
pemegang berus cat pada bulu dan pensel pada pemadam. Perkataan itu lazimnya
merujuk kepada jalur pengukuhan atau gelang besi yang digunakan untuk mengelakkan
pecah atau haus aci kayu alatan. Nama itu berkembang daripada virelle Perancis Tengah
dan virol Perancis Lama dan akhirnya daripada viriola Latin, yang bermaksud "gelang
kecil."

23
3.1.2 APAKAH TUJUAN FERRULE ?

Ferrules sangat mengurangkan rintangan sentuhan antara wayar dan penyambung,


malah membantu mengurangkan pengoksidaan dalam helai kerana kekurangan ruang
udara di antara mereka.

3.1.3 FERRULE DIGUNAKAN UNTUK ?

Secara umum, ferrules ialah sebarang jenis cincin yang digunakan sama ada untuk
mengukuhkan aci atau mengikat bersama helai bahan. Dalam konteks pendawaian,
ferrule ialah tiub logam boleh ubah bentuk kecil, biasanya diperbuat daripada tembaga
bersalut timah.

3.1.4 CLAMPING TOOLS ?

Tubular Terminal Crimping Tools Mini Electrical Pliers HSC8 6-4A/6-4 0.25-10mm²
23-7AWG 6-6 0.25-6mm².

3.1.5 CARA GUNAKAN CRIMPING TOOLS

 Tanggalkan penebat daripada wayar anda untuk meninggalkan ruang yang cukup
untuk penyambung pengelim tergelincir ke hujungnya. Anda boleh menggunakan
penarik wayar untuk ini.
 Putar hujung wayar untuk menjadikan hujung lebih kukuh dan membolehkan
sambungan yang lebih baik.
 Masukkan penyambung ke dalam alat pengelim dan pegang perlahan-lahan.
 Masukkan wayar ke dalam penyambung pengelim, kemudian gunakan tekanan
dengan kuat. Jika menggunakan alat pengelim ratchet, ia akan dilepaskan secara
automatik apabila kelim dibuat, jadi anda mungkin tidak perlu memerah sekuat
mana.
 Anda boleh menguji kelim yang buruk dengan mencabut penyambung dan wayar
untuk melihat jika ia gagal. Ia sentiasa lebih baik untuk pengelim gagal sebelum

24
anda memasangnya, daripada selepas itu.
3.2 SOLDERING

RAJAH 3.2.1 SOLDER D-SUB CONNECTOR

3.2.1 ADAKAH SEMUA PENYAMBUNG D-SUB SAMA ?

Penyambung D-sub berbeza dalam saiz dan konfigurasi pin. Pin penyambung D-sub
disusun dalam (sekurang-kurangnya dua, dan paling banyak lima) baris selari. Ruang
antara pin dipanggil ketumpatan penyambung. Tiga ketumpatan penyambung D-sub
adalah normal, tinggi dan berganda.

25
3.2.2 CARA SOLDERING D-SUB CONNECTORS
i) LANGKAH 1

RAJAH 3.2.2

 ALAT YANG DIPERLUKAN


 Beberapa cara untuk memegang penyambung semasa anda mengerjakannya.
 Seterika pematerian dengan hujung 1/16" atau lebih kecil, watt tidak terlalu
kritikal tetapi ia perlu cukup panas untuk mencairkan hujung sehelai pateri
dalam satu saat atau lebih. 40W sudah tentu cukup, banyak Seterika 25W akan
berfungsi. Kami sedang mencari seterika 650+ darjah.
 Senapang haba jika anda ingin menyelesaikan sambungan dengan
pengecutan haba.
 Pemotong wayar dan penarik.

 BAHAN YANG DIPERLUKAN


 Aloi 63/37, pateri saiz kecil 0.032" atau serupa. Saya suka Kester Resin 44
tetapi ada beberapa yang bagus.
 Tiub pengecutan haba (pilihan). Jika anda bercadang untuk memasang
cangkerang belakang pada penyambung, pengecutan haba tidak diperlukan.
Untuk pemasangan di kawasan sempit, anda biasanya boleh bertahan tanpa
kulit belakang jika wayar mendapat jaket pengecutan haba yang agak kaku
seperti pengecutan haba S817C3 kami.

26
ii) LANGKAH 2

RAJAH 3.2.3

 Tanggalkan hujung setiap wayar untuk dipateri ke dalam penyambung. Gunakan


cawan pateri pada penyambung sebagai tolok kedalaman untuk melihat berapa
banyak penebat yang anda ingin tanggalkan. Apabila wayar didedahkan dengan
betul, wayar yang diletakkan di bahagian bawah dalam cawan pateri akan
mempunyai lebih kurang 0.030" jurang antara hujung cawan pateri dan penebat.

27
iii) LANGKAH 3

RAJAH 3.2.4

 Sekarang, kita "timah" helai wayar yang terdedah. "Sparingly" ialah kata kunci
apabila menggunakan pateri. Cukup untuk menukar wayar terkandas anda menjadi
wayar pepejal. Jika wayar tidak terlalu bersih, anda mungkin menghadapi masalah
untuk mengalirkan pateri, tambah lebih banyak pateri (fluks tambahan dan aliran
pateri cair melepasi helai membantu menghilangkan pencemaran yang
menghalang lekatan pateri yang baik) dan goncangkan pateri yang berlebihan
dengan segera selepas anda mengeluarkan haba.
 Jika anda akan menutup sambungan siap dengan pengecutan haba, sekarang
adalah masa untuk meletakkan kepingan (0.5 hingga 0.7" panjang) pada wayar
yang disediakan.

28
iv) LANGKAH 4

RAJAH 3.2.5

 Sekarang isikan sebahagian setiap cawan pateri pada penyambung dengan


pateri. Dengan pateri .032", anda hanya melekatkan hujung helai pateri ke
dalam cawan, pukul dengan seterika supaya pateri yang sudah ada di dalam
cawan cair dan anda tidak memasukkan sebarang pateri tambahan ke dalam
rongga. Kami tidak saya tidak mahu mengisinya; cuma salutkan permukaan
dalam cawan dengan pateri segar.

29
v) LANGKAH 5

RAJAH 3.2.6

 Seterika harus mempunyai sedikit pateri cecair di antara hujung dan wayar
untuk mendapatkan pemindahan haba yang baik. Lap hujung pada span
selulosa lembap dan cairkan jumlah pateri terkecil yang mungkin pada hujung
daripada gulungan pateri 0.032" anda. Masukkan hujung konduktor tin ke
dalam cawan pateri yang terisi separa (pastikan ia adalah wayar yang anda
ingin letakkan pada pin ini! . . penyambung yang dipateri tidak sukar untuk
diolah semula tetapi ia lebih kecoh berbanding dengan pengeliman pada pin
yang mudah ditanggalkan). Pegang wayar dengan cara yang jika cawan tidak
diisi sebahagian, wayar akan tergelincir ke dalam dan bahagian bawah dalam
cawan.

 Apabila sambungan mencapai suhu yang betul, wayar hanya akan jatuh ke
tempatnya yang terduduk sepenuhnya dalam cawan pateri. Jika anda
mempunyai pateri minimum pada hujung dan suhu yang mencukupi, ini akan
berlaku dengan cepat . . . dua saat atau kurang adalah tipikal. Sebaik sahaja
wayar menyentuh bahagian bawah, keluarkan haba dan tahan sambungan
sehingga pateri menjadi pejal. Ulangi proses ini dengan setiap wayar yang
tinggal.

30
vi) LANGKAH 6

RAJAH 3.2.7

 Jika anda menggunakan pengecutan haba, luncurkan penutup ke bawah di


atas sambungan yang telah siap. Sapukan haba untuk menurunkan
pengecutan kepada saiz siap. Jika anda menggunakan penutup PANJANG,
kemungkinan besar anda akan mendapat sedikit tarikan pada satu atau lebih
penutup yang meninggalkan jurang antara hujung pengecutan dan badan
penyambung.

3.2.3 CONTOH LEPAS SOLDERING

31
RAJAH 3.2.8

32
33

Anda mungkin juga menyukai