Anda di halaman 1dari 34

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NIRAJ A/L KARNAGARAN


(16DEE19F2021)

GCS AUTOMATION TECHNOLOGY


(M) SDN BHD
NO.65, JALAN TAMBUN INDAH 1,
TAMAN TAMBUN INDAH ,
14100 SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG.

DISEMBER 2022

1
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NIRAJ A/L KARNAGARAN

(16DEE19F2021)

DI

GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD


NO.65, JALAN TAMBUN INDAH 1,
TAMAN TAMBUN INDAH ,
14100 SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG.

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan


Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan Kejuruteraan
Elektrik
Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat
Penilaian Latihan Industrin Dan
Penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

DISEMBER 2022

2
PENGESAHAN PELAJAR

“Saya mengakui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan Sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Pelajar : NIRAJ A/L KARNAGARAN

No. Pendaftaran : 16DEE19F2021

Tarikh :

3
PENGHARGAAN

Sebagai pengenalan untuk bahagian ini, pertama sekali saya ingin menunjukkan rasa
terima kasih kepada Tuhan kerana Rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan laporan ini
yang memperdebatkan. Saya berjaya menamatkan kursus Latihan Industri ini dengan
jaya dan selamatnya. Dengan berakhirnya Latihan Industri ini, dapatlah saya
menyiapkan Laporan Latihan Industri ini berdasarkan pengalaman yang telah saya
kumpul sepanjang 20 minggu berada di GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M)
SDN BHD. Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan GCS
AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD.

Terutamanya kepada Mr.Ooi Yung Seen (Mr.Shawn) sebagai pegawai penilai dalam
training department. Beliau telah memberi peluang kepada saya untuk menjalani
Latihan Industri dan menimba pengalaman selama 20 minggu di firma ini sekali gus
memberi peluang kepada saya untuk menamatkan Latihan Industri ini dengan
cemerlang.

Ingin juga saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan pegawai-pegawai di
Unit Latihan Industri yang telah banyak menerangkan mengenai cara-cara membuat
laporan dan bimbingan untuk menghadapi Latihan Industri dengan jayanya.

Di ruangan ini juga tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang telah membantu dan
membimbing saya sepanjang menjalani Latihan Industri ini. Saya mengucapkan terima
kasih rakan-rakan yang banyak memberi tips kepada saya untuk menyiapkan laporan
ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada ibu bapa dan seluruh ahli keluarga saya yang telah
memberikan sumbangan dan dorongan yang tidak putus-putus untuk saya berjaya dan
menamatkan Latihan Industri ini dengan cemerlang dan selamat.

4
Sekian, terima kasih.

5
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN
JUDUL
PENGESAHAN
PELAJAR

PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN


1.1 Pengenalan Latihan Industri
1.2 Maklumat Organisasi Lathihan dan Jenis Aktiviti Organisasi
1.3 Carta Organisasi

BAB 2: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Pengenalan

2.2 Jadual Aktiviti Mingguan

BAB 3:LAPORAN TUGASAN

3.1 Pengenalan

3.2 Membuat panel projek

3.2.1 Langkah membuat panel projek

3.2.2 Cara menyediakan wayar

3.3 Membuat Junction box

3.3.1 Langkah membuat Junction box

3.3.2 Cara menyediakan wayar bagi

Junction box

3.4 Alat yang digunakan

6
BAB 4 : KESIMPULAN DAN CADANGAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI

7
SENARAI RAJAH

8
RINGKASAN EKSEKUTIF

Latihan industri yang dilalui pelatih merupakan bentuk latihan kerja di organisasi tertentu di bidang
mekanikal maklumat dalam jangka masa yang telah ditetapkan oleh Politeknik, iaitu dari 15 ogos hingga
31 Disember 2022. Tujuan latihan industri adalah untuk mendedahkan pelajar dengan persekitaran kerja
sebenar dalam bidang atau industri yang berkaitan dengan kursus yang diambil. Selain itu, pelajar juga
berpeluang untuk mempertingkatkan lagi ilmu dan kemahiran di samping mempraktikkan apa yang
dipelajari di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Laporan ini pula ialah catatan laporan keseluruhan
sepanjang pelatih menjalankan Latihan industri. Laporan ini mengandungi maklumat tentang latihan
industri serta organisasi yang menempatkan pelatih, laporan teknikal iaitu laporan tentang kerja yang
telah dilakukan oleh pelatih semasa menjalani Latihan industri. Kesimpulan atau rumusan kepada
keseluruhan laporan yang telah dibuat,dan komen yang berkaitan dengan latihan yang dijalankan serta
cadangan untuk organisasi untuk proses penambahbaikan pada masa akan datang. Secara
keseluruhannya, buku laporan ini dipersembahkan untuk pihak Politeknik menilai dan memahami setiap
kerja yang telah dilakukan oleh pelajar semasa menjalani latihan industri di organisasi tersebut. Justeru,
laporan ini diharap bermanfaat kepada pembaca sebagai bahan bacaan tambahan dan sebagai satu
sumber ilmu dalam bidang yang berkenaan.

9
BAB 1: PENGENALAN

1.1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI INDUSTRI LATIHAN

Latihan industri merupakan bahagian penting dalam pendidikan politeknik. Kursus


latihan industri memainkan peranan penting dalam menyediakan pelajar-pelajar
politeknik dengan pengalaman bekerja secara langsung. Ia juga memberi pandangan
tentang pengalaman kerja dalam kehidupan sebenar dalam industri untuk memastikan
pelajar disediakan dengan secukupnya ketika memasuki pasaran kerja.Pelajar diploma
perlu menjalani latihan industri pada semester 6. Tempoh latihan industri adalah satu
semester iaitu sebanyak 20 minggu. Pelajar dikehendaki menjalani latihan industri
dalam bidang pengajian mereka dengan organisai yang mengambil bahagian. Semasa
latihan industri, pelajar diajar dan diberi panduan oleh kakitangan yang dilantik oleh
organisasi.

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) bertanggungjawab menguruskan hal


ehwal latihan industri pelajar. Pelajar akan disertakan ke sesebuah organisasi semasa
tempoh latihan mereka berdasarkan bidang pengajian masing-masing. Latihan industri
mendedahkan pelajar kepada persekitaran tempat kerja dan memberikan pemahaman
tentang industri. Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar dari segi celik
teknologi, komunikasi yang berkesan mengamalkan kemahiran sosial dan kerja
berpasukan, dasar, prosedur dan peraturan.

Latihan industri adalah penting dan merupakan elemen penting di Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah,Kulim. Ini memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengalami
kehidupan bekerja di industri lain. Majoriti akhirnya akan terlibat setelah menamatkan
pengajian.

Saya ingin memberikan penghargaan yang besar dan terima kasih kepada pihak
pengurusan GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN kerana memberi saya
peluang untuk menyelesaikan latihan industri saya dari 15 Ogos 2022 hingga 31
December 2022.

10
Pada masa yang sama, saya bersyukur kerana dapat menamatkan latihan industri saya
dengan lancar dan juga menyiapkan laporan akhir saya seperti yang diarahkan oleh
pensyarah. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa
saya yang memberikan saya semangat dan bantuan yang tidak ternilai untuk saya serta
banyak membantu saya setiap kali saya memerlukan pertolongan semasa menyiapkan
tugas yang disediakan untuk saya. Tanpa pertolongan daripada mereka, saya tidak akan
dapat menyelesaikan latihan industri saya untuk semester ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik OOI YUN SEEN
sebagai Director GCS AUTOMATION TECHNOLOGY untuk memberi saya peluang
untuk bekerja sebagai pelatih.

Tidak lupa juga, terima kasih kepada seluruh kakitangan di GCS AUTOMATION
TECHNOLOGY yang telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi
pengetahuan mengenai masuk dan keluar kerja. Penghargaan ini juga ditujukan kepada
semua pekerja yang telah mengajar, membimbing dan memberi pembelajaran
mengenai selok-belok dan tugas semasa latihan industri saya di organisasi. Tanpa
pertolongan mereka, saya pasti tidak dapat menjalani latihan industri yang berjaya ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Politeknik
terutamanya kepada pensyarah-pensyarah dalam hubungan industri dan unit latihan
kerana memberi kelonggaran kepada para pelajar untuk mencari tempat mereka sendiri
untuk melakukan latihan industri. Begitu juga, nasihat dan panduan untuk mengadakan
sesi taklimat untuk latihan industri dan kaedah penyediaan untuk membuat laporan
akhir sepenuhnya dan memenuhi kriteria yang ditentukan. Jutaan terima kasih kepada
semua pensyarah di Jabatan Elektrikal , Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang
telah sangat membantu pelajar dalam menguruskan latihan industri mereka.

Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak untuk menyelesaikan
latihan industri saya dengan jayanya. Tanpa kerjasama dan sokongan semua pihak,
saya mungkin tidak dapat menyelesaikan latihan industri ini dan juga laporan akhir.
11
1.2 MAKLUMAT & JENIS ORGANISASI

GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD ialah syarikat perkilangan elektronik
yang menyediakan perkhidmatan reka bentuk perniagaan. Ia menawarkan pelbagai
perkhidmatan seperti logistik, pengurusan data produk, kejuruteraan dalam perkhidmatan
rantaian bekalan untuk sektor perusahaan, komunikasi, perindustrian dan penjagaan
kesihatan. Syarikat ini diasaskan pada tahun 2020 dan berpusat di Simpang Ampat, Pulau
Pinang, Malaysia. Syarikat ini juga adalah sub-con syarikat SKY-TAG ROBOTICS SDN
BHD . Ia boleh menambah baik pelajar pelatih untuk lebih banyak pengalaman, kemahiran
dan pengetahuan untuk pemasangan komponen kemahiran, mesin panel kawalan pendawaian,
sambungan untuk pemandu servo, motor stepper, PLC, sensor dan lain-lain.

Rajah 1.2.1 Logo GCS Automation (M) Ddn.Bhd

 Kelayakan: SPM/ Diploma / Ijazah/ Masters

 Pengalaman: Tidak perlu

 Waktu kerja di GCS AUTOMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD

Staff & Pelajar Pratikal Isnin- Jumaat 09:00 a.m – 6.00 p.m

Jadual 1.2.1 Operasi kerja

12
1.3 ORGANISASI GCS AUTOMATION SDN BHD

MR. SHAWN
Manager

MS.NOR ATIKAH BINTI CHE MURAD


Leader

NIRAJ A/L KARNAGARAN VENNILAVAN A/L RAMANI

Pelajar intern 1 Pelajar intern 2

Jadual 1.3.1 Carta organisasi

Lokasi

Alamat : No 65, JALAN TAMBUN INDAH 1,


TAMAN TAMBUN INDAH,
14100 SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG

Rajah 1.3.2 Lokasi GCS Automation (M) Sdn.Bhd

13
BAB 2: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan sepanjang menjalani latihan
industri.Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan
diterangkan dalam bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia.Setiap tugas yang dijalankan akan
dicatat dalam buku laporan harian.Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-aktiviti dan
tugas saya yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industripada satu semester iaitu 20
minggu.Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan
kerja-kerja yang telah dilakukandalam seminggu di sampingkan memudahkan proses penyemakan.Hari kerja
dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dancuti yang diumumkan
oleh syarikat.Selain itu,saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etikansyarikat dan ianya
perlu dipraktikansetiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri..Ketika menjalani
latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkandi bahagian perancangan rangkaian yang lebihg kepada
kerja-kerja perancangan.Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa selama 9 jam sehari,
bermula dari jam 9pagi hingga 6petang setiap hari bermula dari hari Isnin hingga Jumaat.

14
2.2 JADUAL AKTIVITI MINGGUAN

Berikut adalah ringkasan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang keseluruhan


latihan industri saya di GCS Automation SDN BHD dari 15 August 2022 sehingga 31
Disember 2022.

Minggu /
Ringkasan Aktiviti
Tarikh

 Melapor diri di GCS AUTOMATION TECHNOLOGY.


 Mengetahui tentang skop kerja.
Minggu 1
 Belajar cara menggunakan mesin printing label.
15/08/2022-  Mengetahui jenis-jenis pin dan connector.
 Mula menyediakan kabel.
19/08/2022

• Menyediakan kabel 3 phase .(merah, kuning, biru)


Minggu 2 • Menyediakan kabel 37 teras.
• Membuat panel projek 1356.(memasang komponen)
22/08/2022- • Menyediakan kabel Top belt conveyor.
26/08/2022

Minggu 3
 Menyediakan sensor prioximity.
29/08/202  Memasang spring pada kabel rack L,R dan M.
 Menyediakan kabel bagi servo motor dan stepper driver.
2-
2/9/2022

15
 Belajar membuat junction box.
Minggu 4  Belajar memasukkan kabel ke dalam junction box.
5/9/2022-  Menyediakan kabel servo stepper.
9/9/2022  Mengenalpasti kabel dan mengeatahui susunanya.
 Menyiapkan panel 1A 1B 2A dan 2B.

 Memasang dan kemaskan kabel pada panel.


Minggu 5  Menyediakan kabel sensor.
12/9/2022-  Labelkan kabel encoder dan uvw.
15/9/2022  Menyiapkan junction box.
 Mempelajari dan mengenalpasti jenis-jenis kabel.

 Menyediakan kabel bagi servo driver .


Minggu 6  Memasang stepper motor connector ke stripping door gate.
19/9/2022-  Menyediakan kabel sensor proximity.
23/9/2022  Menyambung kabel pada panel.(Menyambung kabel MCA ,
MCB ke touchsreen.

 Membuat panel projek 1356.


Minggu 7  Menyediakan kabel 37 teras.
26/9/2022-  Menyediakan kabel sensor.(OPTGX ,AUTONICS,PANASONICS
30/9/2022 sensor).
 Menyediakan kabel output dari io ke contactor .

 Membuat panel projek 1328.


Minggu 8  Solder kabel 37 teras.
3/10/2022-  Menyediakan kabel single phase dan 3 phase.
7/10/2022  Menyediakan kabel 3 teras bagi junction box.

16
 Membuat kabel sensor.
Minggu 9  Membuat panel projek 1356.(memasang komponen seperti plc,
11/10/2022- contactor, elcb, mcb, dc terminal,s ervo, relay dalam panel).
14/10/2022  Menyediakan power kabel 5 teras.
 Menyiapkan junction box bagi panel projek 1356.

 Menyediakan kabel kotak (rotary , gripper, z-axis , conveyor)


Minggu 10  Menyediakan sensor panasonic.
17/10/2022-  Menyiapkan junction box bagi panel projek 1328.
21/10/2022  Menyediakan kabel bagi servo.

 Membuat panel bagi projek 1328 .(memasang plc ,


Minggu 11 contactor ,relay ke dalam panel).
28/10/2022  Mula membuat junction box bagi panel projek 1356(4set).

 Menyediakan cable kotak bagi panel projek 1328.(rotary,long chain


Minggu 12 conveyor ,conveyor ,rack ).
31/10/202  Menyiapakan junction box bagi panel projek 1356.
2-  Menyediakan sensor optgx dan panasonics sensor.
4/11/2022

 Mula membuat junction box bagi panel 1356.(4set)


Minggu 13  Menyediakan kabel 15 teras servo.
7/11/2022-  Menyediakan kabel kotak 1A,1B.2A dan 2B bagi panel 1356.
11/11/2022

17
 Menyediakan kabel 37 teras.
Minggu 14  Membuat sensor optgx dan panasonic sensor
14/11/2022-  Membuat power kabel 5 teras.
17/11/2022  Membuat junction box bagi panel 1356.(4set)

 Mula menyediakan kabel kotak 1A 1B 2A 2B bagi panel


Minggu 15 projek 1328.
21/11/2022-  Menyediakan kabel 3 teras bagi junction box.(4set)
25/11/2022  Mula membuat junction box bagi panel 1328.
 Menyediakan kabel 37 teras.

 Menyediakan sensor Gll , Autonics dan Proximity.


Minggu 16  Menyediakan power kabel 5 teras.
29/11/202  Mula membuat panel projek 1328.
2-  Memasang rack dalam panel.
2/12/2022  Memasang komponen seperti plc , relay ke dalam panel.

• Menyediakan kabel sensor proximity.


Minggu 17 • Menyediakan kabel 37 teras.
5/12/2022- • Menyediakan kabel bagi stepper motor.
9/12/2022

 Menyediakan kabel 37 teras sebanyak 12 kabel.


Minggu 18  Menyediakan kabel kotak bagi panel 1328.
13/12/2022-  Membuat proximity sensor.
16/12/2022

18
 Menyediakan wayar 3 teras bagi junction box panel 1307.
Minggu 19  Menyediakan wayar kotak bagi panel 1328 (KLK).
19/12/2022-  Menyediakan wayar 15 teras bagi Strip L, Strip R ,Rack L dan Rack
23/12/2022 R.
 Membuat power wayar 5 teras.
 Mula membuat junction box bagi panel 1307.
 Menyediakan wayar 3 teras bagi junction box 1328(KLK).

 Mula membuat junction box bagi panel 1328 (KLK).


Minggu 20  Menyediakan wayar 3 teras bagi junction box panel 1328.
27/12/2022-  Menyediakan power wayar 5 teras.
30/12/2022  Menyediakan wayar 3 teras bagi panel 1307.

19
BAB 3 :LAPORAN TEKNIKAL / TUGASAN

3.1 Pengenalan

Bab ini menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan semasa latihan industri.Semasa
menjalankan latihan industri,saya telah melakukan beberapa kerja yang memerlukan kemahiran
teknikal.Antaranya ialah melakukan kerja membuat panel bagi projek 1328,1356,1307 KLK dan
UST.Tugas utama saya ialah menyediakan beberapa teras wayar bagi menyambung di dalam panel
tersebut.Selain itu saya diberi tugas untuk memasang komponen-komponen dalam panel tersebut.Antara
komponen ialah plc, contactor , motor driver , elcb , dc terminal, relay , stepper motor, mcb dan
sebagainya.Selain itu saya diberi tugas untuk memasang wayar mengikut komponen .Saya juga
mempunyai tugas yang penting dalam membuat ‘junction box’ bagi panel projek tersebut.Saya juga telah
berkerjasama bersama pekerja untuk membuat panel tersebut.

3.2 Membuat panel projek

Rajah 3.2. Panel projek 1328

Rajah 3.2.1 menunjukkan panel projek 1328 siap dipasang.Terdapat beberapa komponen yand dipasang
dalam panel tersebut.Antarannya ialah plc, contactor, motor driver, relay, elcb, stepper motor dan
sebagainya.Setiap wayar yang di pasang dalam komponen tersebut wajib dilabelkan mengikut i/o yang
diberi.Terdapat tiga jenis panel projek ,panel projek 1356, 1328 dan 1307.Selepas siap memasang , panel
dihantar ke kilang Sky -Tag bagi wiring dan ‘programming’.
3.2.1 Langkah membuat panel projek

Rajah 3.2.1.1 Memasang ‘rack’

Rajah 3.2.1.1 menunjukkan langkah membuat panel projek.Mula-mula memotong rack mengikut saiz
panel dan mengikut lukisan panel projek yang diberikan.

Rajah 3.2.1.2 memasang rack dan besi

Rajah 3.2.2.2 menunjukkan memasang rack menggunakan gerudi tangan.Selain itu, memasang besi
ditengah dan di atas panel bagi memasang plc ,contactor ,relay, elcb dan mcb.
Rajah 3.2.1.3 Siap memasang komponen

Rajah 3.2.1.3 menunjukkan panel projek siap dipasang komponen-komponen.Selepas memasang


komponen,wayar-wayar yang disediakan seperti wayar 37 teras, 25 teras , kabel 3 fasa
(kuning,merah,biru),wayar 15 teras , wayar 25 teras dan juga wayar kotak seperti rack, gripper, rotary, z-
axis,conveyor dan sebagainya di pasang dalam panel tersebut mengikut lukisan yang diberikan oleh
syarikat.

3.2.2 Cara menyediakan wayar bagi panel projek

Rajah 3.2.1.4 Menyediakan wayar 37 teras

Rajah 3.2.1.4 menunjukkan cara menyediakan wayar 37 teras.Wayar 37 teras ini dimasukkan ke plc
dalam panel projek.Panjang wayar ini adalah 9 meter.Langkah pertama ialah slip 70cm depan dan
mengapit ferrules manakala slip 40 cm belakang dan mengapit ferrule.Labelkan i/o mengikut jadual yang
diberikan.
Rajah 3.2.1.5 power wayar 5 teras

Rajah 3.2.1.5 menunjukkan power wayar 5 teras,panjangnya ialah 10 meter.Wayar ini di sambungkan ke
elcb.Depan wayar slip 1 meter dan mengapit y-lug dan belakang slip 15cm dan mengampit i-lug.

3.3 Membuat Junction Box bagi panel projek

Rajah 3.3 Membuat Junction Box

Rajah 3.3 menunjukkan junction box bagi panel projek.Junction box ini adalah satu benda yang memberi
kuasa kepada panel projek.Satu panel memerlukan satu junction box.
3.3.1 Langkah membuat Junction Box

Rajah 3.3.1 Memasang rack dan dc terminal

Rajah 3.3.1 menunjukkan cara memasang rack dan dc terminal dalam junction box.Langkah pertama
ialah menembok lubang pada depan dan kiri junction box.Untuk panel projek 1356 ,menembok lubang di
bahagian depan dan di kiri kesemua junction box.Manakala untuk projek panel 1328 , menembok lubang
bahagian dua kiri dan dua kanan .Selepas menembok lubang,memasang 32 dc terminal di tengah-tengah
junction box .Dc terminal dipasang sebab unttuk memasang wayar mengikut i/o yang diberi.
Rajah 3.3.1.1 Siap memasang wayar

Rajah 3.3.1.1 menunjukkan junction box disiap pasang wayar.Wayar yang dipasang mengikut jadual yang
diberikan.Selepas siap pasang wayar ,masukkan wayar ke dalam lubang depan dan mengikatnya dengan
pengikat kabel.
Rajah 3.3.1.2 Siap membalut

Rajah 3.3.1.2 menunjukkan junction box disiap balut menggunakan kertas pembungkus.Selepas itu,
junction box tersebut dihantar ke kilang Sky-Tag bagi memberi kuasa elektrik.

3.3.2 Menyediakan wayar bagi junction box

Rajah 3.3.2.1 Menyediakan wayar junction box

Rajah 3.3.2.1 menunjukkan wayar bagi junction box.Terdapat 4 jenis wayar diguinakan dalam memasang
junction box.Pertama ialah wayar 3 teras dan 2 teras.Memotong wayar mengikut panjang yang
diberikan.Selain itu,bahagian depan wayar ,dislip 15 cm dan mengapit ferrules dan memasukkan i/o yang
diberi pada kabel warna hijau.Bahagian belakang wayar slip 5cm dan mengapit pin female dan masukkan
mengikut connector pin tersebut.
3.4 Alat yang digunakan

Rajah 3.4 Alat yang digunakan

Rajah 3.4 menunjukkan alat yang digunakan untuk membuat wayar .Antaranya ialah sleeve cutter,
cutter,pengapiy y-lug, pengapit i-lug , pengapit ferule.
BAB 4 : KESIMPULAN DAN CADANGAN

4.1 KESIMPULAN

Program latihan industri ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Politeknik di mana
setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus Latihan Industri selama 20 minggu sebelum
dianugerahkan Diploma Politeknik. Sepanjang tempoh 20 minggu saya menjalankan latihan
industri di GCS Automation (M) Sdn.Bhd iaitu bermula 15 Ogos 2022 sehingga 20 Disember
2022, pelbagai perkara yang dapat saya pelajari tentang kepentingan menjalankan latihan industri
bagi setiap pelajar.

Tujuan perkara ini dilakukan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar supaya dapat
melihat dan merasa bagaimana berada di alam pekerjaan. Para pelajar juga akan dapat
mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan
pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di politeknik. Pengalaman ini serba
sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam
pekerjaan kelak. Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat
mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan
masa, ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan
dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan,
meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan sebagainya.

Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori.
Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar.
Pentingnya Latihan Industi bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana
sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian
syarikat.
4.2 CADANGAN

Cadangan merupakan kebebasan yang diberikan kepada setiap pelajar untuk mengeluarkan
sebarang cadangan, pendapat dan komen tentang apa-apa masalah dan lain-lain pekara yang
berkaitan semasa menjalani latihan industri. Ini kerana setiap cadangan dan saranan yang
dikemukakan akan diambil perhatian dan diatasi untuk membaiki program latihan pada masa
akan datang. Setiap pekara yang dicadangkan dan disarankan merupakan input yang baik untuk
tindakan pihak yang terbabit. Setiap komen dan cadangan yang diberikan adalah bertujuan untuk
memberikan idea yang baru untuk membentuk kemajuan bersama, Di sini saya berbesar hati
dengan pihak Politeknik kerana telah membantu pelajar dengan menyediakan buku garis
panduan yang telah menyentuh secara terperinci mengenai penulisan Laporan Industri yang
lengkap. Di sini saya ingin memberikan cadangan dan komen kepada pihak Syarikat dan pihak
Politeknik.

Kepada Pihak Politeknik:

1. Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitik beratkan lawatan dari pihak
penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani Latihan Industri seperti yang telah
dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh, dan
waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar.

2. Saya juga memberi cadangan supaya pihak politeknik dapat memberi kelonggaran dan
masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti Laporan Latihan
Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga diperlukan dalam
penghasilkan laporan yang berkualiti.
3. Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan Skop Latihan Industri setiap
jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan Latihan Industri, untuk
perhatian pihak syarikat samada swasta mahupun kerajaan.

Kepada Pihak Syarikat:

1. Pihak syarikat perlu menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar yang
akan menjalani latihan industri di syarikat ini.

2. Pihak syarikat perlulah memperkenalkan pelajar yang menjalankan latihan industri di


syarikat tersebut kepada semua pekerja-pekerjanya supaya hubungan antara pelajar tersebut
lebih akrab dengan pekerja di syarikat tersebut.

3. Pihak syarikat perlu merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan tahap pelatih
sebelum menempatkan mereka di mana-mana jabatan.
Lampiran

Rajah 5 Panel projek 1328

Rajah 5.1 Panel Projek


RUJUKAN

1. https://www.sky-tag.com/

2. https://my.linkedin.com/company/sky-tag-robotics-sdn-bhd

3. https://my.joblum.com/company/gcs-automation-technology-m-sdn-bhd

4. https://m.facebook.com/profile.php?id=100069888710569&_rdr
PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI

Anda mungkin juga menyukai