Anda di halaman 1dari 30

NAMA MUHAMMAD HAZIQ IZ’AAN BIN ALIMUN

NO. MATRIK 29201082

TEMPAT SEDAPEK SDN. BHD. NO.4A, JALAN ASTAKAJAYA 6, TAMAN


LATIHAN ASTAKAJAYA, 85010, SEGAMAT, JOHOR.

NAMA EN. SHAMSUL KAMAL ABD RAHMAN (ACUN)


PENSYARAH

TAJUK LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI


TUGASAN

SUBJEK LATIHAN INDUSTRI (AMZ 2000)


LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

DI

SEDAPEK SDN BHD

NO 4A, JALAN ASTAKAJAYA 6,

TAMAN ASTAKAJAYA, 85010 SEGAMAT, JOHOR

OLEH

MUHAMMAD HAZIQ IZ’AAN BIN ALIMUN (29201082)

LAPORAN

DIHANTAR KEPADA

FAKULTI MUZIK

AKEDEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN

SEBAGAI SEBAHAGIAN KEPERLUAN

UNTUK

DIPLOMA SENI MUZIK

2 OGOS 2021 – 30 OGOS 2021

i
PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan ini adalah hasil daripada kerja saya sendiri kecuali ringkasan yang telah
tiap-tiap satunya telah saya terangkan sumbernya.”

Nama pelajar : Muhammad Haziq Iz’aan Bin Alimun

No. Matrik : 29201082

Tandatangan : ………………………………….

DISAHKAN OLEH : …………………………………..


MOHD KHAIRUL AZHAR BIN ZAHARI
Nama Penyelia : ………………………………….
SEDAPEK SDN BHD
Nama Organisasi : ………………………………….
30 OGOS 2021
Tarikh : ………………………………….

Tandatangan : ………………………………….

ii
PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Alhamdulilah, bersyukur saya
kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menamatkan latihan industri ini
dengan sempurna dan juga tidak ketinggalan dapat saya menyiapkan laporan akhir latihan
industri tepat pada waktunya. Selama 1 bulan, iaitu dari 2 Ogos 2021 sehingga 30 Ogos 2021
saya telah menjalani latihan industri di Sedapek Sdn. Bhd.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Shamsul Kamal Abd
Rahman iaitu penyelia latihan industri dari Akedemi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan
(ASWARA) untuk memberi nasihat dan panduan berkenaan proses laporan akhir ini.

Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sedapek
Sdn. Bhd. kerana sudi mengambil saya dan memberi tunjuk ajar sepanjang 1 bulan saya
menjalani latihan industri. Terutama kepada Mohd Khairul Azhar Bin Zahari dan Muhammad
Syahmi Bin Ibrahim kerana memberi tugasan, panduan dan mencurahkan ilmu pengetahuan
yang berguna sepanjang saya menjalani latihan industri di Sedapek Sdn. Bhd.

Terima kasih juga kepada kedua ibu bapa kerana membimbing saya dalam sepanjang
menjalani sesi diploma dan latihan industri ini. Akhir sekali, saya ingin meminta maaf jika ada
kekurangan dari diri saya sendiri sepanjang menjalani latihan industri ini.

SEKIAN TERIMA KASIH.

iii
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

Halaman Judul i

Pengesahan Pelajar ii

Penghargaan iii

Isi Kandungan iv-v

Senarai Jadual v

Senarai Rajah v-vi

BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Objektif Latihan Industri 2-3

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 3

1.4 Kepentingan Latihan Industri kepada pelajar 4

BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Latar Belakang Organisasi 5

2.2 Pengenalan Organisasi 5

2.3 Latar belakang penubuhan organisasi 6

2.4 Jadual waktu beroperasi 7

2.5 Aktiviti Organisasi 8

iv
2.6 Misi, Visi dan Halatuju Organisasi 9

2.7 Carta Organisasi 10 - 12

BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Ringkasan 13 - 16

BAB 4 : KESIMPULAN

4.1 Kesimpulan 17 - 18

LAMPIRAN, PENUTUP DAN RUJUKAN

a) Lampiran 19 - 21

b) Penutup 22

c) Rujukan 23

SENARAI JADUAL

Jadual 1 7

Jadual 2 13

SENARAI RAJAH

Rajah 1 5

Rajah 2 5

Rajah 3 8

Rajah 4 10

v
Rajah 5 11

Rajah 6 12

Rajah 7 14

Rajah 8 15

Rajah 9 16

Rajah 10 19

Rajah 11 20

Rajah 12 21

vi
BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENDAHULUAN

Latihan Industri adalah salah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program
tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi. Program Latihan
Industri diperkenalkan untuk memperkuatkan budaya saing yang diperlukan untuk
meningkatkan tahap mampu kerja para pelajar. Kursus Latihan Industri memberi peluang
kepada pelajar merasai pembelajaran di dunia pekerjaan sebenar supaya dapat diberikan
pendedahan awal tentang alam pekerjaan.

Seterusnya, kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi
teknologi, komunikasi, kemahiran organisasi, peraturan-peratuan, etika professional dan
perspektif. Selain itu, kursus ini membina semangat dan sikap yang positif di kalangan pelajar
dan seterusnya meningkatkan keyakinan untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

Selain daripada itu, pihak ASWARA telah diberi tanggungjawab untuk menempatkan
para pelajar yang akan menjalani latihan industri di jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan
berkanun dan syarikat swasta yang sudi menempatkan para pelajar di tempat mereka. Oleh itu,
para pelajar boleh mempraktikkan ilmu teori yang dipelajari untuk digunakan sebaik mungkin
di alam pekerjaan yang sebenar sambil menimba pengalaman serta memperluaskan ilmu
pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

Kesimpulannya, latihan industri ini dapat memberi pengalaman dan sedikit sebanyak
dapat membuka minda pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari pandangan yang
positif. Diharapnya, pelajar membuat persediaan rapi dengan memantapkan ilmu akademik,
memperbaiki kelemahan diri seperti cara berkomunikasi dan mewujudkan keyakinan diri
sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

1
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum
layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Setiap pelajar perlu lulus
latihan industri sebelum dibenarkan untuk memasuki semester yang berikutnya. Pelajar yang
gagal perlu mengulangi semula latihan industri.

Antara objektif latihan industri diadakan adalah untuk membina personaliti individu.
Para pelajar dapat memberikan pandangan dan idea-idea yang bernas di samping melahirkan
individu yang berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran dalam apa jua keadaan. Selain
itu, latihan industri mendidik pelajar untuk berkomunikasi dengan berkesan. Para pelajar
didedahkan dengan persekitaran tempat kerja dan orang ramai. Pelajar juga dapat mempelajari
cara berkomunikasi dengan kakitangan jabatan, pelanggan dan sebagainya dengan lebih
berkeyakinan serta berkesan.

Selain itu, mengharungi era terkini yang semakin pesat, para pelajar diberi peluang
untuk membuat persediaan lebih awal sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.
Dengan pendedahan awal yang diberikan ini membolehkan pelajar bersiap sedia menceburi
alam pekerjaan yang lebih mencabar mental dan fizikal. Di samping itu, latihan industri
menggalakkan para pelajar mengamalkan etika dan peraturan kerja dengan baik. Pelajar-pelajar
diingatkan supaya lebih berdisiplin agar tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh firma atau jabatan. Justeru itu, pelajar akan mengamalkan etika dan peraturan
kerja yang baik.

Seterusnya, dengan pengetahuan yang sedia ada, sedikit sebanyak membantu pelajar
melaksanakan tugasan dengan baik serta mengetahui objektif sebenar sesuatu tugasan yang
perlu dilaksanakan. Para pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari di
kelas dengan melakukan kerja-kerja praktikal. Latihan industri juga menanamkan semangat
kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja. Apabila sesuatu tugasan diberi
dan memerlukan semangat kerja berpasukan sekali gus mampu membentuk perhubungan yang
baik antara pekerja-pekerja.

2
Akhir sekali, menyemai amalan berhemah dan sikap bertanggungjawab dalam diri. Para
pelajar dapat menilai kebolehan diri dalam melaksanakan kerja yang telah diamanahkan. Di
samping itu, pelajar dapat menyemaikan nilai-nilai murni seperti berintegriti selaras dengan
objektif latihan industri. Menghasilkan laporan latihan industri. Mendidik dan melatih pelajar
menulis dengan baik dan kemas agar dapat menghasilkan laporan yang berkualiti. Selepas
menjalani latihan industri ini, pelajar dikehendaki menyediakan sebuah laporan seperti yang
ditetapkan oleh pihak ASWARA. Ia merupakan sebahagian daripada syarat yang ditetapkan
oleh pihak ASWARA untuk lulus dalam latihan industri tersebut. Laporan yang disediakan
hendaklah berkaitan dengan kerja-kerja yang telah dilakukan semasa menjalani latihan industri
di organisasi tersebut.

1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan industri
dengan lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa
menjalankan latihan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat.

Melalui penulisan laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari
sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Laporan yang terperinci
disediakan adalah sebagai bukti kepada latihan yang telah dijalankan dengan sempurna
mengikut jangka masa 1 bulan bermula pada 2 Ogos 2021 hingga 30 Ogos 2021 seperti yang
ditetapkan oleh pihak ASWARA.

Laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalankan oleh
pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh
pensyarah. Untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap tanggungjawab dalam
melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak firma. Di mana pelajar
dapat belajar untuk memikul sendiri tugas yang diamanahkan dengan baik.

3
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR

Persaingan dalam merebut peluang pekerjaan amat sengit pada masa kini. Melalui
latihan perindustrian, pelajar akan didedahkan tentang suasana sebenar alam pekerjaan. Pelajar
juga memperoleh pelbagai faedah dari latihan industri antaranya adalah dengan menggunakan
pengalaman menjalani latihan di firma selama empat bulan, para pelajar dapat mempelajari
serba sedikit tentang alam pekerjaan dan dapat mengawal situasi jika berada di pejabat atau
lokasi bekerja satu hari kelak.

Para pelajar tidak lagi merasa kekok dan janggal apabila mereka melangkah ke alam
pekerjaan yang sebenar di samping dapat menilai keupayaan diri sendiri sama ada boleh
menempuhi alam pekerjaan dan menghadapi cabaran apabila bekerja kelak. Ia membantu
meningkatkan lagi keyakinan diri para pelajar. Dengan adanya pengalaman selama empat
bulan menjalani latihan industri, para pelajar serba sedikit dapat membantu menyelesaikan
masalah di tempat kerja apabila sudah bekerja kelak. Ia membantu para pelajar menyemai
sikap bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap kerja yang diberikan kepadanya.

Kebanyakan firma yang mahu mengambil pekerja baru juga memerlukan pekerja yang
sudah berpengalaman bekerja, setidak-tidaknya para pelajar politeknik sudah mempunyai
pengalaman bekerja semasa menjalani latihan industri. Mendedahkan para pelajar tentang
kepentingan pengurusan masa dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Ia amat penting untuk
menanam sikap pandai mengurus masa dalam diri para pelajar supaya segala tugas yang
diberikan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Meningkatkan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dengan pekerja-pekerja di dalam


firma atau masyarakat. Ia dapat mendidik para pelajar cara-cara berkomunikasi yang baik dan
bersesuaian dengan situasi sama ada dengan ketua, kakitangan ataupun pelanggan yang wujud
di persekitaran tempat pelajar bekerja. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang
kepentingan hidup hormat-menghormati di antara satu sama lain sewaktu berada di tempat
kerja. Sifat ini penting bagi memastikan segala urusan pejabat berjalan lancar tanpa sebarang
konflik di antara pekerja.

4
BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI

Rajah 1: Logo Syarikat

Rajah 2 : Lokasi Premis

NO.4A, JALAN ASTAKAJAYA 6, TAMAN ASTAKAJAYA, 85010


SEGAMAT, JOHOR

2.2 PENGENALAN ORGANISASI

• Sedapek Sdn Bhd merupakan syarikat yang memberikan servis penghantaran makanan
dimana syarikat ini fokus dan memberikan perhatian yang tinggi pada premis makanan
yang halal. Syarikat ini telah berkembang dengan wujudnya aplikasi sendiri supaya
pelanggan dapat membuat pembelian dan mengirim makanan dengan mudah. Selain
daripada itu, pengguna tidak perlu risau kerana kesemua premis makanan yang
mendaftar di Sedapek Sdn Bhd merupakan premis yang 100% halal. Tidak lupa juga,
buat masa sekarang syarikat ini beroperasi di Segamat dan telah mengembangkan
sayapnya dengan membuka cawangan baru di Johor Bahru.

5
2.3 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

Sejarah penubuhan Sedapek Sdn Bhd dengan bermulanya E-Bazaar pada tahun 2019
dimana pada ketika itu kes wabak Covid-19 mula meningkat. Sedapek Sdn Bhd pada waktu
itu, mengambil ’order’ daripada pelanggan hanya melalui ’Whatsapp’ untuk membeli juadah
berbuka puasa. Pada masa itu, tercetuslah idea En. Azhar untuk mencipta sebuah aplikasi
Sedapek supaya dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih mudah.

Pemilik sudah mempunyai pengalaman berniaga selama 10tahun. Beliau tinggal di


daerah Segamat dimana daerah Segamat itu tidaklah maju seperti daerah-daerah yang besar di
Johor seperti daerah Johor Bahru, Muar dan lain-lain lagi. Beliau mempunyai cita-cita untuk
menjadikan daerah segamat ini terkenal seperti daerah-daerah yang lain. Beliau ingin
popularkan Segamat dengan trademark makanan, beliau ingin menjadikan produk aiskrim
mereka menjadi trademark makanan di Segamat.

Seterusnya, SedapEk! Café mula beroperasi pada March 2019 Sebelum itu, beliau
dengan beberapa sahabat beliau yang lain telah memulakan sebuah syarikat konsultan iaitu
KBROS SDN. BHD. KBROS SDN BHD adalah sebuah syarikat bumiputera yang
menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan perundingan yang mana ia selari dengan visi mereka
iaitu menjadikan KBROS SDN BHD sebagai pusat rujukkan kepada para usahawan dalam
pengurusan syarikat, pengurusan kewangan syarikat serta pengurusan sistem-sistem IT
syarikat.

Selain itu, dengan pengalaman yang beliau dapat apabila mengendali syarikat KBROS
ini, beliau ingin melakukan memulakan cita-cita beliau iaitu beliau ingin memulakan
perniagaan sendiri. Disitu bermulalah perjalanan beliau ingin memulakan perniagaan sendiri
berasaskan F&B. Beliau menyewa sebuah bangunan kedai di Segamat No7 Jalan Astakajaya 6
Taman Astakajaya Segamat, Johor untuk menjalankan perniagaan aiskrim mereka. Beliau mula
operasi dengan 8 orang pekerja. Kini, sudah mempunyai sebanyak 20 orang pekerja (termasuk
penghantar Sedap Ek App). Perniagaaan SedapEk ini adalah specialized produk Aiskrim
mereka.

6
2.4 JADUAL WAKTU BEROPERASI

Jadual di bawah menunjukkan waktu bekerja di Sedapek Sdn. Bhd. Ia juga waktu yang sama
bagi pelajar yang menjalani latihan industri.

HARI 9am-1pm 1pm-2pm 2pm-6pm

9am-12:45pm 12:45pm-1:45pm 1:45pm-6pm

MASA

ISNIN WAKTU REHAT WAKTU


BEKERJA BEKERJA

SELASA WAKTU REHAT WAKTU


BEKERJA BEKERJA

RABU WAKTU REHAT WAKTU


BEKERJA BEKERJA

KHAMIS WAKTU REHAT WAKTU


BEKERJA BEKERJA

JUMAAT WAKTU REHAT WAKTU


BEKERJA BEKERJA

SABTU ‘OFF DAY’

AHAD WAKTU REHAT WAKTU


BEKERJA BEKERJA

Jadual 1: Jadual Waktu Bekerja

• Seperti yang kita boleh lihat pada rajah di atas, waktu bekerja di Sedapek Sdn. Bhd.
mengikut waktu pejabat dimana bermula dari 9am sehingga 6pm.

• Pada hari Jumaat pekerja lelaki akan rehat awal sedikit untuk membuat persiapan solat
Jumaat

7
2.5 AKTIVITI ORGANISASI

JABATAN JUMLAH PEKERJA

Human Resources 1

Marketing 1

Creative 1

Operation 1

Customer service 4

Rajah 3 : Jumlah Pekerja di dalam firma

• Aktiviti utama syarikat Sedapek Sdn Bhd adalah memberikan perkhidmatan halal food
delivery.

• Customer service bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat


telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan untuk syarikat.

• Team Creative memainkan peranan dengan menjaga media sosial syarikat seperti
Facebook, Instagram dan Youtube syarikat.

• ’Marketing’ pula merancang konten bulanan syarikat dengan memberikan idea,


pandangan untuk mempromosikan Sedapek Sdn Bhd supaya dapat menarik ramai
pelanggan.

• Operation bertanggungjawab menjaga kebajikan dan tanggungjawab rider Sedapek


Sdn Bhd.

• Human resources pula menjaga kebajikan pekerja Sedapek Sdn Bhd.

8
2.6 VISI DAN MISI ORGANISASI

Visi

• Menjadikan Sedapek Sdn Bhd No.1 di dalam Malaysia yang memberikan perkhidmatan
penghantaran makanan halal dan mendapat 0.5% bahagian pasaran sama dengan
RM9.225M pada tahun 2024.

Misi

• Terlibat dengan 1000 penjual/premis makanan sebagai rakan bisnes untuk 12 bulan
pertama beroperasi.

• Mempunya 1000 rider sebagai rakan kongsi.

• Bekerjasama dengan francais ternama seperti McDonald, KFC, Tealive dan Starbucks.

• Mengembangkan Sedapek.com sebagai nama brand.

• Mencapai Gold Plate untuk Youtube channel SedapekTV (1M Subscribers)

2.7 CARTA ORGANISASI


Rajah 4

• Rajah 4 menunjukkan carta organisasi Sedapek Sdn Bhd. Ia menunjukkan hieraki di


dalam organisasi Sedapek Sdn Bhd.

• En. Mohd Khairul Azhar merupakan Developer untuk syarikat ini dan yang bernaung
di bawahnya adalah department seperti berikut :

i. Customer support Dept.

ii. Marketing & sales Dept.

iii. Creative Dept.

iv. Operation Dept.

v. Administration Dept.

vi. Human Resource Dept.

vii. Finance Dept.

10
SEDAPEK SDN BHD

Website : https://www.sedapek.com

Email : info@sedapek.com

Instagram : sedapekcom

Facebook page : Sedapek.com

Youtube : Sedap Ek TV

Phone : 07-9441415 (Pejabat) / 011-1079 4223 / 011-1076 4223

Waktu beroperasi : 10:00am-10:00pm (Setiap hari)

Waktu pejabat : 9:00am-6:00pm (Ahad-Jumaat)

Alamat : No.4A, Jalan Astakajaya 6, Taman Astakajaya, 85010, Segamat,


Johor

Rajah 5

11
MEDIA SOSIAL

Rajah 6

• Sepertimana yang kita lihat, pada rajah 5 dan 6 menunjukkan logo, uniform dan
media sosial syarikat Sedapek Sdn Bhd.

12
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI.

RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN

BIL TEMPOH 2 OGOS – 30 OGOS 2021

AKTIVITI/MINGGU 1 2 3 4

1 Pengenalan syarikat dan orientasi ✓


pekerja.
2 Sesi mengaji bersama ustaz di pejabat. ✓ ✓ ✓ ✓

3 Berbincang bersama kumpulan kreatif ✓


untuk konten syarikat pada bulan Ogos.

4 Mencari rujukan di ‘Youtube’ untuk ✓ ✓ ✓ ✓


tugasan yang diberikan.

5 Membawa instrumen ke pejabat untuk ✓ ✓ ✓


memulakan rakaman audio.

6 ‘Mixing’ audio tugasan. ✓ ✓ ✓

7 Melawat Studio Sedapek Sdn Bhd dan ✓ ✓


mengadakan perbincangan mengenai
pengambaran.
8 Mengadakan sesi pengambaran di Studio ✓ ✓
Sedapek Sdn Bhd.

9 Gotong-royong di sekitar pejabat. ✓

10 Membantu ‘editor’ video untuk ✓ ✓


menyusun kronologi tugasan.

Jadual 2 : Jadual ringkas aktiviti sepanjang latihan industri

13
PRE-PRODUCTION (MINGGU 1)

• Mengadakan ice-breaking kepada pekerja Sedapek Sdn Bhd.

• Mendengar taklimat ringkas daripada Muhammad Syahmi Bin Ibrahim tentang unit
kreatif.

• Saya bersama unit kreatif berbincang mengenai konten untuk pengiklanan syarikat.

• Mendapat tugasan pre-record sebuah konten yang bertemakan santai dan berbincang
mengenai lagu apa yang sesuai untuk dibawa.

• Mencari rujukan di laman sesawang untuk tugasan.

Rajah 7

• Rajah 7 menunjukkan perbincangan bersama unit kreatif dan rujukan yang saya
ambil untuk menyelesaikan tugasan.

14
PRODUCTION (MINGGU 2 & 3)

• Membawa instrumen ke pejabat untuk memulakan sesi rakaman audio.

• Mixing audio yang telah siap.

• Melawat Studio Sedapek Sdn Bhd dan mengadakan perbincangan mengenai


pengambaran.

• Mengadakan sesi pengambaran di Studio Sedapek Sdn Bhd.

• Menyiarkan tugasan 1 di media sosial.

Rajah 8

• Rajah 8 menunjukkan aktiviti rakaman untuk tugasan 1 dan siaran tugasan di Sedap
Ek Tv.

15
POST-PRODUCTION (MINGGU 3 & 4)

• Membantu ‘editor’ video untuk menyusun kronologi tugasan.

• Melawat Studio Sedapek Sdn Bhd dan mengadakan perbincangan mengenai


pengambaran ke-2.

• Mengadakan sesi pengambaran ke-2 di Studio Sedapek Sdn Bhd

• Membetulkan cacat-cela audio yang telah siap.

• Menyiarkan tugasan 2 di media sosial.

Rajah 9

• Rajah 9 menunjukkan proses rakaman tugasan 2 dan bagaimana saya berbincang


bersama editor untuk penambahbaikan.

16
BAB 4 : KESIMPULAN

Latihan Industri adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran
yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran pada masa kuliah dimana ia dapat
diaplikasikan dengan berkesan. Latihan Industri ini juga merupakan satu cabang untuk
membina keyakinan diri para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar pada masa
akan datang. Latiahan indutri telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selok belok
pekerjaan untuk menyiapkan diri para pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping itu juga
ia dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan mata pelajaran dalam bidang muzik
yang saya pelajari.

Selain itu, Latihan Industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri
bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut membantu memperbaiki cara
berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat latihan juga
amat baik dan ini dapat mengajar erti kerjasama dan semangat berpasukan. Saya merasa
beruntung kerana mendapat peluang menjalani Latihan Indutri ini kerana untuk mendapatkan
pekerjaan dimana-mana syarikat kita mestilah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang
kita pohon.

Setelah menjalani Latihan Industri selama satu bulan ini, banyak yang dapat saya
pelajari dari segala aspek berkaitan dengan kerjaya terutama cara berkomunikasi dengan pihak
atasan dan pihak yang berkaitan. Selain itu, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan
yang berguna dapat saya perolehi. Melalui program latihan industri ini, saya telah didedahkan
kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, ia secara tidak langsung
telah mendisiplinkan saya sebagai seorang pekerja dan mendedahkan saya kepada struktur
organisasi jabatan atau firma.

Seterusnya, Latihan Industri patut diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfaat serta
faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam
pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, pelatih akan dapat melihat gambaran yang jelas serta
keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri dengan tugas-tugas
yang diberikan kepadanya.

17
Sepanjang menjalani latihan industri, banyak perkara yang telah berubah antaranya daripada
sudut persekitaran, pembelajaran, dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ianya secara langsung
dapat mempertingkatkan sikap toleransi terhadap diri saya sendiri.

Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri yang boleh diperbaiki
pada masa hadapan. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa program latihan industri ini sedikit
sebanyak memberi manfaat kepada pelatih walaupun terdapat kelemahan kecil yang boleh
mencacatkan keadaan, tetapi dapat ditangani dan dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.

Kesimpulan yang saya dapat ketika menjalani latihan industri ini ialah saya dapat
mempergunakan segala ilmu yang saya pelajari daripada ASWARA untuk didedahkan ke alam
pekerjaan terutamanya dalam bidang seni muzik ini. Saya juga dapat melihat dan merasai
sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berhadapan dengan pahit manis sepanjang latihan
industri dijalankan.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sedapek Sdn Bhd serta En
Shamsul Kamal (Acun) daripada unit Latihan Industri ASWARA atas segala bantuan yang
telah diberikan kepada saya sepanjang latihan industri ini dijalankan. Dan saya juga ingin
memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang terkandung dalam laporan ini. Dengan menjalani
latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi bidang
kerjaya.

18
LAMPIRAN

A) Tempat Latihan Industri.

Pejabat Sedapek Sdn Bhd. Pantri Sedapek Sdn Bhd.

Studio Sedapek Sdn Bhd Ruang solat di pejabat

Rajah 10

• Seperti yang kita boleh lihat pada rajah di atas ini adalah tempat dimana saya
menjalani latihan industri iaitu di Sedapek Sdn Bhd.

19
B) Penyediaan produksi.

File audio tugasan. Mixing audio tugasan.

Peralatan recording. Set up recording di pejabat.

Rajah 11

• Seperti rajah 11 di atas, ia menunjukkan persiapan untuk menyiapkan tugasan yang


diberi.

20
C) Aktiviti-aktiviti sepanjang Latihan Industri.

Merakam dan menyunting audio untuk tugasan Melawat studio sebelum pengambaran

Membuat pengagambaran Menjadi moderator dan musician untuk tugasan.

Rajah 12

• Rajah 12 menunjukkan aktiviti sepanjang LI dijalankan.

21
PENUTUP

BATASAN DAN PERANCANGAN AKAN DATANG

BATASAN

• Oleh kerana tugasan ini akan dimuat naik ke media social (Sedap Ek Tv), ia
perlu padat dan tidak terlalu lama agar penonton tidak bosan apabila menonton
hasil tugasan.
• Pandemik Covid-19 yang semakin mengganas memberikan cabaran yang besar
untuk team creative (produksi) menjalankan tugas.
• Disebabkan oleh peralatan recording yang minimal audio yang dihasilkan tidak
begitu kemas seperti yang dirancang.

PERANCANGAN

Salah satu perancangan besar saya adalah membeli proper recording tools
seperti interface, microphone dan laptop untuk memberikan kualiti audio yang
terbaik apabila memasuki dunia muzik yang sebenar, saya boleh memuaskan
pendengar dengan audio yang baik.

22
Rujukan

Mixing -

https://www.youtube.com/watch?v=dQCB72S64L4

https://ehomerecordingstudio.com/home-recording-studio-essentials/

Songs –

Kultusan – Sal Priadi https://www.youtube.com/watch?v=N-QEZHdc52Q

Bahtera merdeka – A. Jais https://www.youtube.com/watch?v=FqA6TEu0BVY

Warisan – Sudirman https://www.youtube.com/watch?v=ky_Mgytwd6w

Pelangi petang- Sudirman https://www.youtube.com/watch?v=SuiY_ZOc9is

Tanggal 31 – Sudirman (Noh) https://www.youtube.com/watch?v=uqqwurVJg1g

Terbang – Zynakal https://www.youtube.com/watch?v=vCV-dMvWL5E

Menghitung hari – 420 https://www.youtube.com/watch?v=OcKMXMPl3uY

Kursi Goyang – 420 https://www.youtube.com/watch?v=aKQ7VRFzIFE

Dinda – Masdo https://www.youtube.com/watch?v=me9Kh1TLmW8

Teruna dan dara – Masdo https://www.youtube.com/watch?v=l-R9BvekkAY

Aku scandal – Hujan https://www.youtube.com/watch?v=3wjJQzKpJzs

23

Anda mungkin juga menyukai