Anda di halaman 1dari 117

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1

PENGENALAN

Bagi setiap penuntut POLITEKNIK yang terdapat di Negara ini di wajibkan untuk menjalani Latihan Industri sama ada mereka ini mengikuti kursus Sijil ataupun Diploma. Ini adalah syarat yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK dan tempoh Latihan Industri yang ditentukan adalah selama 6 bulan. Semua pelajar akan diberi tempoh ini untuk menjalani Latihan Industri di mana-mana firma yang mereka pilih sendiri ataupun yang telah ditentukan oleh pihak pengurusan POLITEKNIK.

Latihan Industri ini dijalankan pada semester yang ketiga bagi Kursus Peringkat Sijil dan semester keempat bagi Kursus Peringkat Diploma ( kecuali bagi penuntut Kursus Diploma Sains Kesetiausahaan iaitu bagi semester ketiga ). Penganugerahan Sijil atau Diploma hanya akan diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan Latihan Industri sebelum menyambung semula semester nanti. Ia juga merupakan salah satu syarat yang di wajibkan untuk penganugerah Sijil mahupun Diploma. Dengan ini para penuntut POLITEKNIK semua harus memandang serius terhadap Latihan Industri ini dan kita tidak boleh memandang remeh sahaja. Melalui Latihan Industri inilah kita akan dapat mengetahui alam pekerjaan yang sebenarbenarnya.

1.1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri bagi pelajar yang menjalani kursus Sijil ataupun Diploma adalah satu langkah yang baik dalam usaha Negara iaitu Malaysia untuk melahirkan ramai tenaga mahir dan separuh mahir. Melalui Latihan Industri ini para pelajar yang menuntut di Politeknik dapat menimba kemahiran dan pengalaman yang baru. Malah disamping itu juga, mereka dapat mempraktikkan teori yang telah dipelajari semasa belajar di tempat pengajian. Ini kerana ketika apa yang para pelajar belajar di tempat pengajian berbanding semasa menjalani Latihan Industri ini adalah amat berlainan sekali. Ternyata semasa para pelajar menjalani Latihan Industri mereka dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan tentang dunia pekerjaan yang sebenarnya. Dengan ini mereka dapat memantapkan lagi tahap pemikiran serta kepakaran para pelajar lepasan Politeknik khususnya.

Dunia pekerjaan adalah lebih banyak rintangan dan memerlukan kematangan seseorang itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah di berikan. Latihan industri menguji sejauh manakah kebolehan serta kesabaran para pelajar untuk mempraktikkan semula teori yang telah dipelajari dan merupakan penyediaan diri bagi pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenarnya. Ketika di alam pekerjaan nanti para pelajar perlu mempelajari dan mengetahui lebih banyak kesulitan yang akan menimpa diri kita apabila sudah bekerja kelak.

Oleh itu, buku laporan industri ini adalan gambaran keseluruhan semasa saya menjalani latihan industri di Pejabat Telekom Jitra. Selain itu, saya sertakan juga penerangan-penerangan bagi sesuatu tajuk yang berkaitan dengan tugas-tugas yang saya lakukan di Pejabat Telekom Jitra ini.

1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah wajib bagi pelajar-pelajar yang sedang menuntut di POLITEKNIK sebelum layak dipertimbangkan untuk mendapat Sijil dan Diploma di dalam bidang pengkhususan masing-masing. Kepentingan Latihan Industri ini dapat dilihat apabila setiap palajar perlu lulus di dalam Latihan Industri sebelum mereka memasuki semester yang berikutnya.

Para pelajar yang menjalani Latihan Industri ini akan ditempatkan di firma-firma atau organisasi-organisasi yang sesuai dengan kursus yang di pelajari ketika berada di POLITEKNIK. Oleh itu, beberapa objektif Latihan Industri ini diadakan adalah :

Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenarnya. Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan membina perhubungan baik sesama pekerja. Untuk memperlihatkan pelajar perkaitan antara teori dan praktikal. Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan, displin masa dan etika kerja dalam Latihan Industri. Untuk memupuk sifat amanah, bertanggungjawab, membina keyakinan diri dan tahan menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Untuk menyiapkan diri bagi menyediakan satu laporan rasmi setelah tamat Latihan Industri.

1.1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri mempunyai banyak kepentingannya kepada para pelajar. Tambahan pula tempoh masa panjang yang di tetapkan oleh pihak POLITEKNIK memberi kelebihan kepada pelajarnya berbanding dengan industri pengajian lain yang hanya menyediakan ruang tempoh yang begitu singkat.

Selain itu, Latihan Industri ini membolehkan para pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal dan sebaliknya. Sebagai seorang penuntut di POLITEKNIK, teori dan praktikal adalah dua perkara yang sama penting. Oleh itu, sebagai seorang penuntut amat penting bagi mereka yang mempraktikkan apa yang telah dipelajari agar tidak berasa kekok apabila bekerja nanti.

Latihan Industri amat penting kepada para pelajar kerana : Pelajar dapat berdikari dengan mengenali cabaran dunia luar dan bertemu orang-orang yang baru di sekeliling mereka. Mengasah bakat dan minat para pelajar terhadap setiap tugasan yang telah di berikan oleh penyelia atau kakitangan di syarikat tersebut. Mematangkan kehidupan serta pemikiran pelajar dalam menempuhi tempoh sepanjang Latihan Industri tersebut. Dapat membentuk sahsiah diri dan keterampilan para pelajar kearah yang lebih positif agar mereka lebih berkeyakinan apabila bekerja kelak. Mengetahui serta mempelajari lebih mendalam lagi bagaimana sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan sistematik dan bagaimana menyelesaikan masalah yang timbul.

1.1.4 RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Semasa menjalani Latihan Industri di Pejabat Telekom Jitra ini saya telah banyak didedahkan dengan tugas-tugas yang berlainan setiap hari. Antara aktiviti dan tugas yang telah saya lakukan di Pejabat ini ialah :

Configuration streamyx. Memasang jumper di kabinet dan MDF.

Menerima aduan kerosakan daripada pelanggan. Menulis doket baru dan lama untuk di serahkan kepada kontraktor. Complete job apabila kerosakan telah dibaiki oleh pekerja Telekom ataupun kontraktor. Memfotostat borang dan dokumen. Menukar pair dan eside di kabinet dan MDF. Menghadiri mesyuarat yang diadakan pada setiap bulan. Membetulkan kerosakan pada telefon radio ( Fixed Wireless Terminal ). Memasana dan membetulkan kerosakan bagi talian ISDN.

1.1.5 SKOP LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini, penyelia tidak menetapkan sesuatu tugas kepada saya. Oleh itu, setiap hari saya melakukan tugas yang berbeza. Ini kerana penyelia mahu melihat saya mempelbagaikan tugas saya yang banyak bersangkut paut dengan kursus yang saya ambil iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik. Saya amat berterima kasih kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada penyelia serta rakan-rakan sekerja sebagaimana yang diharapkan sebelum menghadapi Latihan Industri.

Walaupun sebahagian besar tugas-tugas yang saya lakukan berkait rapat dengan jurusan yang diambil, namun saya juga diajar bagaimana menerima aduan daripada pelanggan, menggunakan mesin fotostat, menggunakan mesin fax, telefon pelanggan bagi mengetahui samada kerosakan telah dibaiki ataupun tidak, menyalin worklist, memasang jumper di kabinet dan MDF, configuration streamyx, closed doket yang telah siap dibaiki dan menghadiri mesyuarat.

1.1.6 PENULISAN LAPORAN

Laporan ini dihasilkan adalah untuk di jadikan sumber rujukan kepada pihak majikan apabila pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di POLITEKNIK keluar untuk mencari peluang pekerjaan. Malah laporan ini dapat di jadikan panduan oleh para pelajar untuk melakukan sesuatu tanggungjawab terhadap pihak majikan mereka kelak.

1.1.7 PENYELARASAN

Buku laporan Iatihan Industri ini adalah : Merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan dengan perjalanan Latihan Industri. Untuk tujuan penyelarasan. Penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap tugasan mengikut keutamaan yang sistematik dan bersepadu serta laporan disesuaikan dengan perhubungan semasa agar peningkatan diri di dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah dapat membangun dengan seiringan.

1.1.8 OBJEKTIF LAPORAN

Objektif laporan ini adalah untuk menghuraikan apa yang telah dipraktikkan semasa menjalani Latihan Industri dan juga dapat melihat sejauh manakah kefahaman para pelajar tentang Latihan Industri sebenarnya.

Selain itu, di dalam laporan ini saya juga turut menceritakan serba sedikit tentang apa yang saya laksanakan di Pejabat Telekom Jitra ini. ini bertujuan untuk dijadikan sumber rujukan bagi saya serta para pelajar di masa akan datang.

Akhir sekali, laporan ini juga bertujuan sebagai satu rumusan atau kesimpulan tentang segala aktiviti-aktiviti yang saya lakukan dan pelajari di pejabat ini selama tempoh 6 bulan ketika menjalani Latihan Industri.

Semoga dengan adanya ilmu serta kemahiran yang diperolehi semasa menjalani Latihan Industri ini saya berharap semua pelajar dapat mempraktikkan dengan sebaik yang mungkin. Di samping itu para pelajar dapat membantu Negara melahirkan tenaga pekerja yang lebih optimis di masa hadapan apabila mereka sudah mendapat pekerjaan kelak.

1.1.9 CARA LAPORAN DISUSUN

Cara yang mudah untuk saya menyusun laporan ini agar nampak lebih kemas supaya dapat mencapai objektif yang sebenar adalah seperti berikut : JANUARI Mempelajari serta memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan segala hal-hal syarikat. FEBRUARI Mula mencari maklumat-maklumat yang di perlukan untuk memuatkan ke dalam buku Laporan Industri seperti latar belakang syarikat, pemegang saham, keluaran syarikat, pelanggan dan sebagainya.

MAC Mencari maklumat yang perlu di tambah untuk dimasukkan ke dalam buku Laporan Industri iaitu tentang syarikat dan mula merangka isi-isi yang perlu ditaip untuk laporan ini. APRIL Menaip sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi dan disamping itu juga mencari maklumat tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan di dalam laporan ini. MEI Meneruskan menaip segala maklumat-maklumat yang diperolehi agar mudah untuk disusun dan dijadikan buku laporan yang lengkap. Kemudian, menyiapkan isi laporan kandungan serta lampiran yang perlu dimuatkan. JUN seterusnya menyusun segala maklumat yang telah siap ditaip agar menjadi sebuah buku laporan sebelum ia dijilid.

1.1.10 JADUAL LATIHAN INDUSTRI

Semasa saya menjalani Latihan Industri di syarikat ini mereka tidak menyediakan jadual Latihan Industri yang tetap bagi setiap pelajar. Oleh itu, ini terpulang kepada daya usaha oleh seseorang pelajar itu untuk melakukan kerja-kerja yang telah disediakan dan kerja-kerja sampingan yang diberikan oleh kakitangan mereka.

Pada kebiasaannya, kerja-kerja yang diberikan oleh penyelia turut diberi juga oleh kakitangan yang lain kerana mereka memerlukan bantuan para pelajar. Antara kerja-kerja yang biasa saya lakukan ialah menerima order pemasangan baru dari kedai Telekom Jitra, menyemak worklist, menulis aduan baru dan lama, memfotostat borang dan kertas kerja, menerima aduan

daripada pelanggan, menolong mengemas pejabat, menghadiri mesyuarat dan tutup aduan apabila kerosakan telah siap dibaiki.

Saya bersyukur kerana kebanyakkan kerja-kerja yang diberikan adalah berkaitan dengan bidang yang diambil iaitu elektronik.

1.2

LATAR BELAKANG ORGANISASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

1.2.1 PENGENALAN

Rajah 1.2.1 : Pejabat Telekom Berhad Jitra

Telekomunikasi merupakan salah satu keperluan dalam hidup manusia yang mana melalui telekomunikasi telah dapat meningkatkan taraf hidup manusia seterusnya dapat membangunkan negara. Dengan adanya telekomunikasi, suatu maklumat dapat disalurkan dengan mudah dan cepat tanpa sebarang halangan. Kerana mengetahui hal ini, kerajaan mengambil langkah yang bijak, menubuhkan Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1968 sebelum diperbadankan pada Oktober 1984. Ini memandangkan telekomunikasi adalah satu aspek yang terpenting dalam kehidupan manusia seharian pada hari ini. Dari tahun ke tahun, Telekom Malaysia berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya dan kini Telekom Malaysia Berhad berdiri megah bersama syarikat telekomunikasi lain di dunia yang memberikan produk, perkhidmatan dan penyelesaian bertaraf dunia.

Telekom Malaysia Berhad pada mulanya ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan telekomunikasi kepada rakyat Malaysia. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti perkhidmatan telefon awam dan rumah, panggilan rumah, panggilan kecemsan dan sebagainya.

Melalui pemberian lesen oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia Berhad ia memberikan hak kepada Telekom untuk mengendalikan kesemua sistem telekomunikasi. Selain itu, penubuhan Universiti Telekom (UNITEL) pada tahun 1997 adalah merupakan universiti swasta pertama di Malaysia yang mempunyai objektif menyumbng ke arah pembangunan teknologi maklumat, industri multimedia dan telekomunikasi. Begitu juga dengan penubuhan Universiti Multimedia pada tahun 1999.

Dalam era teknologi

pada masa kini, Telekom Malaysia Berhad berusaha

mempertingkatkan perkhidmatannya dan sentiasa menyalurkan produk dan perkhidmatan terbaik demi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan pelanggannya. Salah satu produk dan perkhidmatan yang merupakan penyumbang utama kepada keuntungan syarikat ialah perkhidmatan telefon Direct Exchange Line. Dengan pelanggan melebihi 4.4 bilion, Telekom Malaysia Berhad telah berusaha untuk mempertingkatkan pasaran bagi memenuhi impiannya untuk menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia dengan memberi tumpuan penuh kepada kepuasan pelanggan secara menyeluruh.

Penubuhan Telekom Malaysia Berhad juga dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, penduduk tempatan dapat memenuhi peluangpeluang pekerjaan yang disediakan dan kadar pengangguran yang wujud dapat dikurangkan .

1.2.2 SEJARAH PENUBUHAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia telah diswastakan yang dikenali sebagai Telekom Malaysia yang masih dikawal sedia oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia . Selaras dengan perkembangan komunikasi, Telekom mengorak langkah dengan terus berkembang dengan pertubuhan hasil yang berterusan menyumbangkan dengan pertambahan keuntungan yang tinggi. Telekom Malaysia juga menyumbang dari segi pembangunan pasaran telekomunikasi di Malaysia secara progresif .

Bagi ibusawat Telekom Malaysia Alor Setar, ia telah ditubuhkan lebih kurang pada tahun 1947 dimana ianya dapat menampung lebih kurang 50 000 muatan talian pada waktu ini untuk pelanggan kediaman .

1.2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN ORGANISASI

Jabatan Telekom Malaysia Berhad wujud pada tahun 1946 iaitu selepas zaman pemerintahan Jepun. Dalam matlamat Rancangan Persekutuan 1956, ia meletakkan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan telefon termoden. Dalam era 60an, rangkaian telefon telah dipertingkatkan oleh Jabatan Telekom. Pada tahun 1963, sistem gelombang mikro yang pertama telah dipasang diantara Kuala Lumpur dan Singapura. Ia diperluaskan ke Ipoh dan Pulau Pinang di Pantai barat serta ke Pantai Timur meliputi Kuantan dan Kota Bharu. Sistem Telefon Radio Antarabangsa daripada Kuching ke Malaya dan Singapura telah diperkenalkan pada tahun 1960. Pada April 1970, stesen Satelit Bumi Antarabangsa yang pertama ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan telefon di peringkat antarabangsa. Perkhidmatan Teleks secara manual digantikan dengan sistem automatik pada tahun 1975. Manakala, Telekom juga telah memperkenalkan perkhidmatan Antarabangsa Terus Dail (International Direct Dialling / IDD). Melalui perkhidmatan ini, panggilan terus boleh dibuat ke luar negara seperti United Kingdom, Austarlia, Jepun dan Hong Kong serta ditambah kepada lebih 70 destinasi luar negara.

Pada tahun 1980, ibusawat elektronik pertama (SPC) telah dilancarkan di Johor. Pada masa yang sama projek kabel dasar laut (submarine cable) yang menghubungkan Kuantan dan kuching telah berjaya dilaksanakan. Pada tahun 1981, Standard Satelite yang kedua di Lendu, Melaka yang menghubungkan Satelit Lautan India telah dilancarkan . Manakala pada tahun 1982, Telefax telah diperkenalkan dengan tujuan memberi kemudahan pancaran saluran cetakan,

imej dan grafik. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Telekom Malaysia (JTM), kerajaan telah mengambil langkah yang bijak dengan menswastakannya pada 12 Oktober 1984. Dengan ini, JTM telah ditukar nama kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan ia mampu bersaing dengan syarikat telekomunikasi yang sedia ada di Malaysia. Matlamat penswastaan organisasi tersebut adalah untuk meningkatkan produktiviti negara dan menyimbangkan ke arah negara perindustrian. Selain itu, Telekom malaysia Berhad (TMB) diswastakan bagi menyahut cabaran kerajaan dalam menjadikan sebuah organisasi yang terunggul di negara ini.

Pada tahun 1990, Telekom telah berjaya meningkatkan keberkesanannya apabila jumlah talian meningkat kepada 1.58 juta talian dengan anggaran nisbah 8 talian untuk 100 orang penduduk. Telekom juga telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun tersebut. Industri telekomunikasi di Malaysia berubah ke arah matlamat unuk menggalakkan persaingan sihat dengan pelbagai rangkaian lain dalam pasaran telekomunikasi menerusi perlaksanaan Akses Samarata (Equal Acess) mulai 1 Januari 1999.

Mulai 1 Julai 1995, Telekom melaksanakan penstrukturan semula organisasi sebagai persediaan menghadapi perubahan situasi pasaran terutamanya akibat pertambahan jumlah pesaing dalam industri ini. Ia memberikan tanggungjawab dan kawalan penuh kepada Pengurus Pejabat Telekom Tempatan menurut segmen masing- masing. Menerusi struktur baru ini, Telekom dapat memenuhi keperluan dan kehendak setiap segmen pasaran dengan lebih berkesan. Untuk menghadapi era globalisasi , sekali lagi pada Januari 2001 TMB distrukturkan semula. Dalam pengstrukturan baru TMB mempunyai lebih daya saing untuk mengharungi era globalisasi.

Di samping itu, perkembangan era teknologi yang semakin meningkat, pelbagai perkhidmatan baru telah disediakan. Antaranya ialah Talian COINS, TOLLFREE, VPN, KADFON, MALAYSIA DIRECT, VSAT, WILL, TELESSTOCK, ISDN, TMNET, VIDEO CONFERENCING dan sebagainya telah diperkenalkan. Dengan pencapaian dan peningkatn

yang dialami oleh Telekom Malysia Berhad, tidak mustahil sekiranya ia menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang terunggul dan terkemuka serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

1.2.4 PENSWASTAAN JABATAN TELEKOM MALAYSIA

Berdasarkan kepada permintaan dan perkembangan telekomunikasi yang semakin menggalakkan, Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) telah diperbadankan pada 12 Oktober 1984 untuk mengambil alih operasi Jabatan Telekom Malaysia selaras dengan dasar penswastaan. Operasinya dikawal melalui lesen yang dikeluarkan oleh KementerianTenaga, Telekom dan Pos bagi percubaan 20 tahun mulai Januari 1987. Lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos telah memberikan hak kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) untuk penubuhan, penyelenggaraan dan mengendalikan semua sistem telekomunikasi milik pelesen yang sedang beroperasi atau dijadualkan beroperasi ketika itu bertujuan menyediakan semua bentuk telekomunikasi, televisyen dan radio dalam negara dan seluruh dunia.

Fungsi Jabatan Telekom Malaysia diambil alih dengan rasminya oleh Syarikat Telekom Malaysia Berhad pada 1 Januari 1987. Jabatan Telekom Malaysia adalah organisasi sektor awam yang pertama dikomersilkan dengan penswastaan. Pada 6 Januari 1987 jam 10 pagi bertempat di ibu pejabat Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur telah berlangsung upacara pelancaran Syarikat Telekom malaysia di rasmikan oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos iaitu Yang Berhormat Dato Leo Moggie.

1.2.5 SEJARAH SISTEM RANGKAIAN TELEKOM MALAYSIA 1874 Talian pertama menghubungkan pejabat Residen di Kuala Lumpur dan pejabat Penolong Residen di Taiping . 1882 Talian yang melalui dasar laut yang menghubungkan Seberang Prai dan Pulau Pinang diwujudkan . 1891 Ibusawat pertama di bina di Kuala Lumpur . 1900 Perkhidmatan telefon Magneto yang pertama yang dilancarkan di Sabah . 1962 Kemudahan Sambung Terus Dail (STD) diantara Kuala Lumpur dan Singapura diwujudkan . 1964 Pemasaran kabel dasar laut SEACOM diantara Singapura Dan Kota

Kinabalu . 1970 Stesen satelit bumi dibina di Kuantan . 1975 Pemasangan ibusawat teleks automatik . 1979 Kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD) diperkenalkan . 1980 Ibusawat elektronik dilancarkan . 1981 Stesen satelit kedua di Lendu dilancarkan . 1983 Perkhidmatan Datel dan telefaks diperkenalkan . 1987 CASS (Customer Automatik Service System) dilaksanakan . 1988 Perkhidmatan Business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang . Telekom Malaysia memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai rekabentuk dan teknologi yang termoden . 1989 TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan computer dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . 1990 Perkhidmatan Toll Free antarabangsa diperkenalkan diikuti dengan kad fon tanpa bayaran . 1998 ISDN (Intergrated Service Digital Network) yang membolehkan pelanggan malihat pemanggilnya yng menggunakan ISDN juga . 1999 TM-CLIP boleh mengetahui dari mana panggilan dibuat .

1.2.6 LOGO TELEKOM MALAYSIA BERHAD

1.2.7 OBJEKTIF TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Objektif penubuhan Telekom adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelanggan berkenaan dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan sistem telekomunikasi dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Slogan Sentiasa Bersamamu menjadi bukti bahawa Telekom sentiasa mengutamakan kepuasan para pelanggannya secara menyeluruh.

1.2.8 VISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Visi Telekom adalah untuk menjadi Syarikat Komunikasi pilihan dengan penumpuan ke arah menyampaikan Nilai Terunggul kepada pelanggan dan pihak-pihak lain yang berkepintangan dalam Syarikat.

1.2.9 MISI TELEKOM MALAYSIA BERHAD

Untuk mencapai Visi ini Telekom berazam melaksanakan perkara perkara berikut :

Menjadi peneraju yang di iktiraf dalam semua pasaran yang kita ceburi.

Menjadi sebuah organisasi yang memberi tumpuan kepada pelanggan dan menyediakan penyelesaian setempat yang menyeluruh.

1.2.10 PERANAN TELEKOM MALAYSIA DALAM MSC

Koridor Raya Multimedia atau MSC (Multimedia Super Coridor) merupakan penggerak era teknologi maklumat yang direkabentuk bagi mempertingkatkan pembangunan syarikatsyarikat dan Negara-negara dengan menggunakan teknologi termaju di dunia ini. MSC akan menjadi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi industri-industri berasaskan maklumat, di mana ia membawa pembaharuan dalam teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat.

Pada masa kini, Telekom telah dilantik sebagai pembekal tunggal telekomunikasi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bertanggungjawab dalam merekabentuk, memasang dan menjalankan operasi utama telekomunikasi MSC. Dalam era teknologi maklumat ini, rangkaian teknologi adalah sangat penting kerana ia adalah kunci dalam mencipta dunia tanpa sempadan. Dalam membina rangkaian telekomunikasi MSC, Telekom memasang rangkaian kabel optik yang komprehensif, disokong oleh aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan demi menetukan kejayaan cemerlang MSC. Dengan ini, ia akan mempertingkatkan kecekapan, kelajuan dan kualiti dalam MSC di seluruh negara dan di peringkat antarabangsa.

Telekom Malaysia menghubungkan rangkaian seluruh negaranya iaitu Corporate Information Superhigway ( COINS ) dan talian Integrated Services Digital Network (ISDN ) dengan MSC. Melalui COINS, laluan domestik boleh mencapai kelajuan sehingga 155 mbps sementara talian ISDN menyediakan kelajuan yang tinggi untuk tujuan faksimili dan telefon. Dalam proses pembangunan MSC, Telekom Malaysia terlibat sepenuhnya dalam aspirasi MSC bagi memastikan rangkaian yang terbaik dan paling ekonomi . Oleh yang demikian, segala maklumat-maklumat dapat disalurkan ke seluruh negara di dunia ini dengan pantas dan berkesan.

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1

PENGENALAN

Sewaktu menjalankan Latihan Industri di Telekom Malaysia Berhad di Jitra, saya telah ditempatkan di tiga bahagian utama iaitu :-

Operasi Rangkaian Tempatan (CNO). Operasi Rangkaian Jauh (TOMA). Operasi Rangkaian Suis (SOMA).

2.1.1

OPERASI RANGKAIAN SUIS

Di bahagian operasi rangkaian suis (SOMA), kebanyakkan kerja yang dilakukan adalah melibatkan perisian komputer. Setiap pekerja di dalam bahagian ini hendakiah mahir dan cekap

dalam mengendalikan komputer tersebut. Antara kerja-kerja yang di lakukan di bahagian ini ialah proses pemotongan telefon dan penyambungan telefon, di mana pemotongan boleh di buat secara sementara atau terus kepada pelanggan, selain itu aktiviti lain seperti merekod caj-caj panggilan atau proses charging, menyelenggarakan pakej, membuat penyambungan baru, mengambil bacaan meter dan CAMA dan sebagainya.

Saya juga turut di beri penerangan tentang toll free, ISDN, SOMA, TOMA, Streamyx, Fiber Optik, Bahagian Radio SRS, Pendawaian Dalam dan lain-lain. Terdapat enam ibusawat yang di kawal oleh Host Jitra iaitu Bukit Kayu Hitam, Changlun, Padang Sera, Ayer Hitam, Tunjang dan Padang Abdul Aziz. Di setiap bilik pensuisan di ibusawat peralatan seperti alat penghawa dingin perlu di lengkapi dengan secukupnya kerana untuk memastikan haba yang panas yang keluar daripada equipment tidak menjejaskan peralatan itu sendiri.

Semasa berada di bahagian ini saya telah di tempatkan di tiga bahagian yang berasingan mengikut jadual yang telah ditetapkan bersama pelatih yang lain.

Rajah 2.1.1 : DH Display and Handley.

2.1.2 OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

Di dalam bahagian CNO terdapat beberapa operasi yang penting dan melibatkan keseluruhan rangkaian sama ada rangkaian jauh atau rangkaian suis, antaranya ialah :-

Bahagian pemasangan kabel. Bahagian pemasangan dan baikpulih telefon. Bahagian pusat kawalan utama (assignment control center @ ACC).

Di bahagian ini pula rutin harian yang sentiasa dilakukan ialah melibatkan kerja-kerja luaran, tetapi di bahagian (MDF) rutin harian yang sentiasa dilakukan ialah pilih order yang keluar dari printer iaitu hanya di kawasan Jitra sahaja. Semasa menjalankan tugas di bahagian ini, saya telah mempelajari cara untuk membuat pemasangan jumper iaitu dari ibusawat ke sesebuah rumah pelanggan. Di samping itu saya juga dapat mengenali alat yang digunakan di bahagian ini iaitu punce ( terdapat tiga jenis), cutter, jumper, testfon dan sebagainya. Selain itu saya juga dapat mengenali beberapa jenis kabinet, DP (distribution Frame), kabel serta sistem penyambungan kabel. Sehubungan dengan itu, saya juga turut di terangkan serba sedikit tentang MDF (Main Distribution Frame) atau JAB (Junjungan Agilian Besar) dan juga IDF.

2.1.3

OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN (PELANGGAN)

Operasi Rangkaian Tcmpatan atau Pelanggan (CNO) adalah salah satu unit yang terdapat di dalam Syarikat Telekom Malaysia Berhad, bahagian ini bertanggungjawab melaksanakan, mengendalikan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan (kerja-kerja fizikal luaran) Telekom Malaysia Berhad secara manual. Antara pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan ialah:-

i. ii. iii. iv. v.

Pemasangan telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya. Pemotongan talian telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya. Penyambungan talian telefon, teleks, maklumat data dan sebagainya. Membaikpulilh kerosakan secara manual. Penyelenggaraan kabel-kabel telefon sama ada kabel atas, kabel bawah tanah dan kabel fiber optik.

Rajah 2.1.3 : Operasi rangkaian tempatan (CNO) 2.1.4 MEMFOTOSTAT DOKUMEN

Walaupun tugas memfotostat dokumen tidaklah berkait rapat dengan kursus pengajian yang diambil, tetapi ini telah menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya selama ini. Pada mulanya saya tidak mengetahui cara-cara penggunaan mesin fotostat; tetapi setelah diberikan tunjuk ajar oleh penyelia dan pekerja di situ saya telah dapat memahirkan diri saya. Antara dokumun-dokumen yang biasa difotostat ialah minit mesyuarat, borang bagi kontraktor, aduan pelanggan. Terdapat cara-cara yang betul untuk menggunakan mesin fotostat di pejabat ini. Antaranya ialah :-

cara-cara untuk sorter ( pengasingan ) dokumen ialah : Tekan butang SORTER yang terdapat pada mesin fotostat. Tekan butang SORTER 1, 2, 3

Tekan nombor atau bilangan yang hendak dicetak. Tekan butang START

Rajah 2.1.4 : Mesin Fotostat 2.2 RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN

JADUAL 2.2.1 BULAN JANUARI 2007

Jadual 2.2.1 : Jadual Latihan Industri Bulan Januari

15 Januari 20 Januari 2007

Daftar latihan industri di pejabat telekom Alor Star. Diberi penerangan tentang tatacara dan cara bekerja di pejabat Telekom. Dibawa ke Ibusawat dan pejabat Telekom Alor Star untk mengambil Punch Card dan cop pengesahan penyelia untuk borang lapor

diri. Melapor diri di pejabat Telekom Jitra. Membuat penyambungan talian telefon dan streamyx di MDF Changloon. Membuat pemasangan jumper di cabinet UUM. Berjumpa dengan Pn. Norhasni Binti Hassan (Penolong pengurus Telekom jitra). Diberi jadual mengenai kerja yang akan dilakukan sepanjang menjalani praktikal di pejabat Telekom jitra.

21 Januari 27 Januari 2007

Cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. Membuat pemasangan dan pengujian bagi ITalk. Diberi penerangan tentang laluan bagi telefon dan streamyx. Membuat pemasangan bagi streamyx di UUM. Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

28 Januari 31 Januari 2007

Configuration Aurora 30. Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

Memasang talian baru bagi ISDN. Mengukur voltage menggunakan meger meter (bagi talian ISDN). Memasang jumper di MDF Bukit Kayu Hitam.

JADUAL 2.2.2 BULAN FEBRUARI 2007

Jadual 2.2.2 : Jadual Latihan Industri Bulan Februari

01 Februari 07 Februari 2007

Cuti ganti sempena Awal Muharram. Membaiki kerosakan bagi talian telefon dan streamyx pelanggan. Memasang talian baru bagi ISDN. Belajar mengenai soket telefon dan langkahlangkah pemasangannya. Cuti Kecemasan. Melihat kerosakan pada cabinet 302

Reset card di cabinet F634.

08 Februari 14 Februari 2007

Membaiki kerosakan bagi talian school net. Configuration semula streamyx di rumah pelanggan. Diberi penerangan mengenai sistem pendawaian dan langkah-langkah pemasangannya.

Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan. Menolong kakitangan pejabat mencari nombor telefon pelanggan di MDF Changloon.

15 Februari 21 Februari 2007

Memasang jumper bagi pemasangan telefon baru. Cuti hari pertama dan kedua bagi Tahun Baru Cina. Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan. Memasang talian ISDN di TUDM KepalaBatas.

22 Februari 28 Februari 2007

Mengemaskini jumper didalam cabinet 302. Memasang jumper bagi pemasangan streamyx di MDF Tunjang.

Membaiki kerosakan school net dan talian ISDN. Jumper streamyx di cabinet F616. Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

JADUAL 2.2.3 BULAN MAC 2007

Jadual 2.2.3 : Jadual Latihan Industri Bulan Mac

01 Mac 07 Mac 2007

Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan. Telefon pelanggan yang aduannya masih terdapat didalam worklist. Terima aduan kerosakan daripada pelanggan. Belajar mengenai laman web webSTARS. Diberi penerangan daripada kakitangan MDF Jitra mengenai kerja yang akan dilakukan.

Memberi docket kepada kontraktor. Diberi penerangan tentang bangunan pejabat Telekom jitra.

08 Mac 14 Mac 2007

Membuat kaji selidik. Belajar mengenai kabel utama dan kabel agihan. Diberi penerangan tentang saiz kabel agihan dan jenis cabinet. Closed docket. Membaca pelan kabel utama dan kabel agihan. Mencari bahan-bahan unuk dimasukkan ke dalam Laporan latihan industri.

Melakukan kerja-kerja pejabat. Telefon pelanggan untuk mengetahui aduan telah dibaiki ataupun tidak. Belajar menggunakan DH Display and Handley. Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan.

15 Mac 21 Mac 2007

Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan. Diberi penerangan tentang laluan bagi kabel fiber optik dari MDF ke cabinet.

Closed docket. Mengemaskini aduan pelanggan yng belum dibaiki. Lawatan pensyarah ke pejabat Telekom Alor Star (Pn. Salmiah Binti Che Ahmad). Berjumpa Pn. Zaiton Binti Ariffin untuk cop buku laporan harian.

22 Mac 28 Mac 2007

Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan. Belajar mengenai Fiba Jenis Ericsson. Telefon pelanggan yang aduannya terdapat didalam worklist. Menulis aduan baru unuk diserahkan kepada kontraktor. Closed docket. Configuration streamyx di rumah pelanggan.

29 Mac 31 Mac 2007

Belajar mengenai Fixed Wireless Terminal.

Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan. Configuration stremyx. Menulis aduan baru untuk diberi kepada kontraktor.

JADUAL 2.2.4 BULAN APRIL 2007

Jadual 2.2.4 : Jadual Latihan Industri Bulan April

1 April 7 April 2007

Menelefon pelanggan untuk mengetahui samada aduan telah dibaiki ataupun tidak. Closed docket. Menulis worklist. Belajar mengenai cabinet dan ciri-ciri sesebuah cabinet. Diberi penerangan tentang peti agihan (DP

Box). Diberi penerangan tentang ISDN dan konsepnya.

8 April 14 April 2007

Cuti ganti Israk & Mikraj. Belajar mengenai operasi rangkaian tempatan (pelanggan). Belajar mengenai ISDN National Network Coverage. Diberi penerangan tentang MDF di ibusawat. Diberi penerangan tentang fiber optik serta kebaikan dan keburukannya. Belajar mengenai operasi rangkaian suis (SOMA).

15 April 21 April 2007

Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada kontraktor. Menelefon pelanggan untuk mengetahui samada aduan telah dibaiki ataupun tidak. Belajar mengenai Pulse Code Modulation (PCM). Diberi penerangan tentang Transmitter (alat pemancar / penghantar). Belajar mengenai Radio SRS (Station Radio System). Diberi penerangan tentang produk-produk

dan perkhidmatan-perkhidmatan telekom. Belajar mengenai teleinfo dan menyelesaikan aduan yang terdapat didalam worklist.

22 April 28 April 2007

Belajar mengenai voice mail. Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan. Menulis worklist. Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada kontraktor. Diberi penerangan tentang telecard. Belajar mengenai persediaan CA Skill Area (1A). Mempelajari mengenai kadfon-payphone. Cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong.

29 April 30 April 2007

Menulis worklist. Membaiki kerosakan telefon dan streamyx pelanggan. Closed docket. Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada kontraktor. Diberi penerangan tentang pendawaian dalam. Belajar mengenai ujian telefon baru dan ujian penerimaan.

JADUAL 2.2.5 BULAN MEI 2007

Jadual 2.2.5 : Jadual Latihan Industri Bulan Mei

1 Mei 7 Mei 2007

Cuti hari pekerja. Cuti hari wesak. Menulis worklist. Menulis aduan baru untuk diserahkan kepada kontraktor. Diber penerangan tentang tanggungjawab

ketua dan penghulu bangunan. Belajar mengenai tanggungjawab pengurusan dan kesihatan. Belajar tentang TM Cellular Sdn.Bhd.

8 Mei 14 Mei 2007

Diberi penerangan tentang kerja-kerja kecemasan berkaitan kabel dan cabinet. Belajar mengenai kerosakan loji talian bawah dan loji talian atas. Menulis aduan baru dan lama untuk diserahkan kepada kontraktor. Diberi penerangan tentang prosidur penggunaan / penyelenggaraan PC & terminal CNO.

Belajar mengenai tanggungjawab & prosidur penggunaan computer pejabat.

15 Mei 21 Mei 2007

Belajar mengenai perkara-perkara yang dilarang ke atas penggunaan computer pejabat dan computer terminal CNO.

Diberi penerangan tentang tatacara pemasangan & ujian penerimaan bagi perkhidmatan ISDN Primary Rate Interface (PRI).

Pengeluaran arahan kerja &tanggungjawab Telekom Malaysia dan pelanggan. Cuti ehsan Perkahwinan.

Belajar mengenai pemeriksaan awal dan tatacara ujian penerimaan.

22 Mei 28 Mei 2007

Diberi penerangan tentang pemasangan perkhidmatan PRI dan pemasangan radas ISDN.

Belajar mengenai prosedur membuat penukaran kabel dan verifikasi cabinet. Diberi penerangan tentang tanggungjawab penyelia fibred dan cabinet. Prosedur penukaran pasangan SI dan SA. Membuat worklist dan menulis aduan baru untuk diberi kepada kontraktor. Belajar mengenai penyusunan semula kabel Si dan SA.

29 Mei 31 Mei 2007

Belajar program audit bagi verifikasi cabinet. Membuat worklist dan mencari bahan untuk laporan latihan industri.. Menulis aduan baru dan lama untuk diberikan kepada kontraktor. Belajar tentang pemasangan Pre-Jumper di projek baru. Diberi penerangan tentang pemasangan PreJumper dari aktiviti promosi pihak

pemasaran.

JADUAL 2.2.6 BULAN JUN 2007

Jadual 2.2.6 : Jadual Latihan Industri Bulan Jun.

1 Jun 7 Jun 2007

Belajar tentang pemasangan Pre-Jumper. Membuat worklist dan menelefon pelanggan untuk mengetahui aduan telah dibaiki ataupun tidak.

Belajar pemasangan Pre-Jumper dari direct sales. Diberi penerangan tentang tatacara menyemak pesanan dari LNASENQ. Diberi penerangan tentang streamyx.

8 Jun 14 Jun 2007

Belajar mengenai bahagian penjagaan pelanggan streamyx. Membuat worklist dan menelefon pelanggan untuk mengetahui aduan telah dibaiki ataupun tidak.

Menulis aduan baru dan lama untuk diberikan kepada kontraktor. Belajar tentang internet normal dailan, akses internet prabayar dan jalur lebar wayarles akses internet.

Kakitangan pejabat mengadakan jamuan perpisahan.

Berjumpa dengan penyelia untuk mendapatkan cop dan tanda tangan bagi surat akuan dan borang tamat latihan industri.

Berjumpa dengan semua kakitangan pejabat Telekom Jitra Berhad dan kontraktor Telekom Jitra untuk meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kerana banyak membantu saya selama saya menjalani praktikal di pejabat tersebut.

2.3

MASA BEKERJA DAN REHAT HARIAN

Jadual 2.3 : Masa Bekerja Dan Rehat Harian

HARI

MASA BEKERJA

MASA REHAT

AHAD RABU (PEJABAT) KHAMIS (PEJABAT)

8.30 PG 5.30 PTG 8.30 PG 5.00 PTG

1.00 PTG 2.00 PTG 1.00 PTG 2.00 PTG

Hari Jumaat dan Sabtu ialah hari cuti bagi Kakitangan Pejabat Telekom Jitra..

BAB 3 : PERALATAN DAN KESELAMATAN

3.1

PENDAHULUAN PERALATAN

Dalam proses kendalian di ibusawat, perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah peralatan, hal ini kerana setiap peralatan atau istilah lain iaitu equipment adalah penting dalam menjalani sesuatu perkerjaan dan peralatan ini juga berfungsi untuk menggerakkan, menjanakan, atau bertugas untuk melaksanakan setiap pekerjaan yang hendak dibuat di setiap ibusawat. Antara peralatan penting yang digunakan di setiap ibusawat, stesen pemancar dan bangunan berkenaan dengan Telekom memerlukan peralatan seperti :-

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Alat Penghawa Dingin (Air Cond) Sistem ALARM Bekalan Kuasa (Power Supply) Bateri (Battery) Rektifier Komputer (Programming Computer) Alat uji pembumian (Tester Earthing) Hidrometer

3.2

ALAT PENGHAWA DINGIN (AIR COND)

Alat penghawa dingin adalah salah satu sistem yang paling penting dalam ibusawat serta stesen pemancar di setiap tempat. Sistem ini penting kerana ia bertujuan untuk memastikan keadaan peralatan di ibusawat seperti CSN, SMM, SMT, SMX, SMC, SMA, SIM, TIM, RBS dan sebagainya berada dalam suhu yang rendah atau sejuk iaitu 20c hingga 23c, hal demikian berlaku kerana setiap peralatan di ibusawat atau stesen pemancar bekerja dalam suhu yang panas. Oleh yang demikian, sistem penghawa dingin inilah yang bertindak untuk menstabilkan suhu supaya berada dalam takad suhu yang rendah atau sejuk.

Rajah 3.2 : Alat Penghawa Dingin (Air Cond)

3.2.1 JENIS-JENIS ALAT PENGHAWA DINGIN

Terdapat dua jenis alat penghawa dingin yang biasa digunakan iaitu :-

a) Sistem Unit (Unit System) b) Sistem Pusat (Central Plant System)

3.2.2 SISTEM UNIT (UNIT SYSTEM)

1. Sistem unit adalah proses penyaman udara, ia terletak rapat dengan bilik supaya udara segar dan bersih dapat diperolehi dalam saluran yang pendek. 2. Asas unit penghawa dingin sistem unit terbahagi kepada 6 komponen dan setiap komponen mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Komponen-komponen ini adalah :

Pemampat (Compressor) Pemeluwap (Condenser) Injap Pengembang (Expansion Valve) Pencairwap (Evaporator/Cooling Coil) Kipas (Fan Motor) Sesalur (Duct)

3.2.3 SISTEM PUSAT (CENTRAL PLANT SYSTEM)

1. Sistem ini merupakan satu sistem dimana semua proses penyejukan di jalankan dalam satu alat (chiller) terlebih dahulu dan cecair (chiller water) yang telah disejukkan dihantar ke alat penyejukan dalam bilik-bilik (A.H.U @ F.C.U).

2. Tetapi sistem ini jarang digunakan di ibusawat dan sistem pemancar kerana kosnya yang tinggi dan peralatan yang terdapat di dalam ibusawat juga, cukup sekadar menggunakan sistem panghawa dingin jenis sistem unit.

3.3

SISTEM ALARM

ALARM adalah isyarat yang digunakan untuk mengetahui kerosakan atau sebarang jenis masalah yang berlaku di stesen-stesen atau ibusawat Telekom Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.

Isyarat alarm biasanya digunakan untuk mengetahui keadaan sebenar yang terjadi. Antara masalah yang sering berlaku yang dapat dikesan oleh alarm ialah pada kebiasaannya ia berpunca daripada kerosakan seperti alat penghawa dingin, bekalan kuasa, arus pada peralatan dan kabel, peralatan yang berkaitan dengan sistem penghantaran (transmittion) dan penerimaan (receiver) iaitu kebiasaanya pada equipment atau peralatan elektrik dan elektronik. Punca lain seperti kerosakan pada rectifier dan sebagainya yang berkaitan dengan ibusawat atau stesen pemancar.

Setiap kejadian yang berlaku contohnya seperti kejadian suhu yang tinggi pada penghawa dingin akan mengeluarkan isyarat terus ke ipoh dan dari Ipoh akan terus di hantar ke Kuala Lumpur, kemudiannya akan dipasukan oleh pihak kuasa di Kuala Lumpur , dan dapat melihat sebarang jenis kerosakan yang berlaku. Isyarat alarm di perolehi dengan wayar E dan M. wayar E ialah hear manakala wayar M ialah mouth, wayar E akan menerima manakala wayar M akan memanggil. Kedua-dua jenis wayar ini juga digunakan dalam system transmittion dan receiver.

3.4

BEKALAN KUASA

Bekalan kuasa adalah punca elektrik yang diterima dan TNB atau Tenaga Nasional Barhad, kerana jabatan ini berfungsi untuk menyalurkan voltan pada pengguna, sektor, firma, dan sebagainya. Punca voltan yang disediakan adalah mengikut piawaian yang biasa digunakan untuk kegunaan yang bersesuaian iaitu 240 volt tetapi di ibusawat ianya hanya menggunakan 230 volt sahaja kerana setiap peralatan atau equipment yang terdapat di dalam ibusawat mempunyai rektifier tersendiri untuk menyukat takat voltan pada tahap yang sepatutnya.

Rajah 3.4 : Bekalan Kuasa

3.5

BATERI

Bateri berfungsi sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada bekalan kuasa atau power supply dan bateri ini kemudiannya akan mengambil alih tugas atau peranan yang dibuat oleh unit bekalan kuasa tersebut. Terdapat dua jenis sel bateri yang digunakan iaitu sel basah dan sel kering.

Pada kebiasaannya, bateri akan membekalkan voltan selama 10 jam sahaja iaitu tahap ketahanan dan ia juga bergantung pada masa dan arus (ampiars/hours). Bagi bateri yang mempunyai

usia yang lama voltan yang disimpan akan habis dengan cepat sekali, pada kebiasaanya bateri ini akan diperiksa sebulan sekali untuk mengetahui kadar voltannya.

3.6

KOMPUTER (PROGRAMMING COMPUTER)

Komputer adalah salah satu peralatan yang terpenting di setiap ibusawat serta stesen pemancar kerana komputer adalah alat untuk memberi arahan kepada peralatan atau equipment di dalam ibusawat untuk melakukan kerja atau tugas masing-masing.

Setiap komputer yang terdapat di dalam ibusawat telah diprogramkan sendiri oleh pihakpihak yang tertentu untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan, setiap programming komputer akan dibuat secara rahsia dan seseorang pekerja yang hendak melakukan kerja dengan menggunakan komputer tersebut perlulah melepasi beberapa syarat dan peraturan yang telah di tetapkan antaranya ialah kod rahsia atau password dan nama pekerja tersebut. Sistem ini dibuat bertujuan supaya tidak akan berlaku sebarang pencerobohan atau eksploitasi terhadap kod rahsia atau jenis-jenis maklumat yang hanya boleh di ketahui oleh pekerja sahaja.

Di setiap bahagian di dalam ibusawat seperti SOMA, TOMA, CNO dan sebagainya alatan kebanyakannya akan berkendali bersama komputer yang telah di programkan, seperti di bahagian switching, komputer yang telah di programkan banyak digunakan di sini kerana dalam proses switching ianya akan melaksanakn tugas seperti charging, billing, mengambil bacaan meter, proses pemotongan terus, pemotongan sementara, proses kemasukan talian telefon dan sebagainya dan ia menggunakan kaedah programming iaitu menggunakan nama singkatan untuk membuat sesuatu proses. Oleh yang demikian, seseorang penceroboh berkemungkinan tidak dapat menembusi komputer yang telah di programkan ini.

Rajah 3.6 : Komputer (Programming Computer)

3.7

UJI PEMBUMIAN

Alat uji ini lebih dikenali lagi sebagai "earthing tester' ,dimana alat ini adalah untuk menguji kehilangan pada bumi sama ada pada tahap yang dibenarkan ataupun pada sebaliknya, tujuan lain alat ini juga adalah untuk menguji dan justeru untuk menghalang daripada sabungan kilat terus kepada peralatan di dalam ibusawat atau stesen pemancar.

Pengujian ini penting bagi memastikan peralatan di dalam ibusawat berada dalam keadaan yang baik iaitu supaya tidak berlaku litar pintas yang disebabkan oleh arus yang mengalir dari tindakbalas yang dikenakan oleh kilat.

Rintangan yang normal atau paling baik adalah 012 hingga 0.5Q tetapi pada keadaan yang baik ianya mestilah mencapai 0Q kerana semakin rendah nilai rintangan semakin cepat arus kilat tersebut masuk ke bumi. Oleh yang demikian sermua punca pembumian perlulah di sambungkan pada setiap peralatan demi mengelakkan daripada berlakunya kejadian litar pintas dan kerosakan pada peralatan.

3.8

HIDROMETER

Hidrometer adalah sejenis alat yang berfungsi untuk menyukat bacaan bateri, iaitu untuk mengetahui bateri tersebut dalam keadaan baik atau sebaliknya. Cara penggunaannya ialah selamkan hidrometer tersebut ke dalam air bateri setelah pam di tekan, kemudiannya paam yang di tekan sebentar tadi dilepaskan untuk mengetahui bacaan bateri tersebut.

Sekiranya bacaan menunjukkan pada warna merah ia bermakna bateri ini berada pada keadaan tidak baik dan merbahaya, oleh itu bateri ini perlulah dibuang untuk menjamin keselamatan. Apabila bacaan menunjukkan pada warna kuning maka bateri ini berada pada tahap yang stabil dan bagus untuk digunakan dan sekiranya bacaan menunjukkan pada warna hijau ianya menandakan bateri ini berkemampuan tinggi dan sangat baik untuk digunakan.

3.9

PENDAHULUAN KESELAMATAN

Secara umumnya, keperluan keselamatan dalam sesebuah bangunan ibusawat dan stesen pemancar terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

a) Keselamatan Diri sendiri b) Sistem Pencegah kebakaran

3.9.1 KESELAMATAN DIRI SENDIRI

Sebagai seorang pekerja yang membuat penyelenggaraan (maintenance), keselamatan diri adalah tanggungjawab setiap individu itu sendiri pada setiap masa. Segala situasi yang berkemungkinan yang akan berlaku perlu di hadapi dan di selesaikan oleh setiap pekerja itu sendiri, maka pemerhatian yang mencukupi harus diserap di dalam setiap sanubari seseorang pekerja demi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, begitu juga individu lain yang sama menjalani pekerjaan perlulah bantu-membantu sekiranya pekerja lain mendapat sebarang kecelakaan.

Keselamatan bermaksud seseorang itu dapat menjalankan tugas seharian dengan bebas tanpa menghadapi sebarang risiko atau permasalahan, manakala takrif bagi kemalangan pula ialah satu keadaan yang berlaku yang tidak dapat dikawal dan boleh mendatangkan kecederaan atau kerosakkan kepada manusia, haiwan, mesin, dan peralatan di sekeliling kehidupan.

Seperti yang telah di ketahui sistem pencegah kebakaran adalah sistem yang paling penting sekali bagi setiap individu. peralatan dan pembangunan, kerana ia adalah perkara penting dalam menjaga dan mengawasi sesebuah bangunan, ia juga adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran, kecederaan pada kakitangan pekerja, pengekploitasian terhadap peralatan dan sebagainya.

Begitu juga keadaan di ibusawat, penyediaan alat pencegah kebakaran turut di sediakan kerana kebimbangan dan berkemungkinan akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Antara alat pecegah kebakaran yang di sediakan ialah :-

i. ii. iii. iv.

Loceng Penggera Kebakaran Alat pemadam api Hos kebakaran (pili bomba) Tangga dan pintu kecemasan.

3.9.2

LOCENG PENGGERA KEBAKARAN

Loceng penggera ini adalah sejenis alat yang di sediakan sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau terperangkap di dalam lif. Loceng ini akan bertindak sendiri apabila penggera pada loceng tersebut mengesahkan keadaan seperti haba yang panas dan asap, secara automatik loceng ini akan berbunyi dan ia menandakan sesuatu kejadian telah berlaku. Loceng yang berada pada lif pula perlu di tekan sendiri oleh si mangsa yang terperangkap dan pihak keselamatan pekerja akan memberi pertolongan dan bantuan kepada individu atau pekerja tersebut. Pada kebiasaanya loceng penggera ini akan diletakkan di setiap tingkat di ibusawat atau stesen pemancar kerana untuk keselamatan dan kemudahan para pekerja di Telekom sendiri.

Rajah 3.9.2 : Loceng Penggera Kebakaran

3.9.3 ALAT PEMADAM API

Pada kebiasaanya, alat pemadam api ini akan di tempatkan di setiap bilik di dalam ibusawat, kerana untuk memudahkan pekerja memadam sebarang jenis kebakaran sekiranya berlaku kebakaran. Terdapat bilik yang mempunyai alat ini lebih daripada satu kerana mengikut saiz dan keluasan bilik serta bergantung juga pada kuantiti atau kandungan bahan pemadam api tersebut. Dengan terdapatnya alat ini para pekerja tidak lagi khuatir dan bimbang sekiranya berlaku sebarang keadaan tanpa di duga. Antara jenis alat pemadam api yang di gunakan di ibusawat ini ialah jenis carbon dioxide.

Rajah 3.9.3 : Alat Pemadam Api

3.9.4

HOS KEBAKARAN (PILI BOMBA)

Hos kebakaran adalah saluran daripada paip bomba yang dibuat bertujuan untuk menyalirkan air sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan di setiap tempat dan juga ibusawat. Pada kebiasaanya hos ini akan di letakkan di setiap tingkat berhadapan dengan tangga ibusawat, ia adalah untuk memudahkan lingkaran hos tersebut di bawa naik atau turun daripada tangga sekiranya berlaku sebarang kebakaran.

Rajah 3.9.4 : Hos Kebakaran (Pili Bomba)

3.9.5

TANGGA DAN PINTU KECEMASAN

Tangga dan pintu kecemasan pada kebiasaanya akan dibuat pada bahagian tepi bangunan ibusawat, kerana ia berfungsi untuk pekerja menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan dan sekiranya berlakunya kebakaran, seseorang pekerja tidak dibenarkan untuk menggunakan lif yang disediakan, kerana sistem elektrik akan tergendala dengan serta-merta, oleh yang demikian pekerja di sarankan dan diberi tanggungjawab untuk menyelamatkan diri mengikut

pintu dan tangga kecemasan. Pada kebiasaanya pintu kecemasan akan sentiasa tidak berkunci dan untuk memudahkan pekerja meyelamatkan diri masing-masing.

Rajah 3.9.5 : Tangga Kecemasan

3.9.6 JENIS-JENIS PAKAIAN DAN PERALATAN PERLINDUNG KESELAMATAN

Pakaian dan peralatan pelindungan keselamatan adalah penting untuk setiap pekerja di Telekom Malaysia, kerana ia adalah perkara utama untuk menghalang daripada berlaku kemalangan atau kecemasan yang begitu berat dan merbahaya. Antara peralatan perlindungan tersebut ialah :-

(a) Pelindung kepala {headprotection) (b) Pelindung kaki (foot protection)

(c) Pelindung tangan {handprotection) (d) Pelindung mata dan inuka {eye's and face protection) (e) Pelindung pernafasan {respiratoryprotection)

Rajah 3.9.6 : Peralatan Perlindung Keselamatan Diri.

BAB 4 : OPERASI RANGKAIAN TEMPATAN

4.1

RANGKAIAN AGIHAN DI ANTARA IBUSAWAT DAN PELANGGAN

Ianya merupakan rangkaian yang menghubungkan pelanggan telefon dan ibusawat Secara amnya, semua pengguna telefon, teleks, faks dan Iain-lain disambung ke ibusawat. lni adalah kerana setiap panggilan atau aktiviti perhubungan di antara pelanggan akan diatur terlebih dahulu di ibusawat. Rajah di bawah menunjukkan rangkaian agihan di antara ibusawat tempatan dengan pelanggan.

Raj ah 4.1 Ra ngk aia n agi han di ant ara ibu saw at tem pat an dengan pengguna.

4.2

MAIN DISTRIBUTION RAME (MDF DI IBUSAWAT)

MDF adalah bahagian yang menyambungkan pelanggan dengan pusat pensuisan (SOMA) selepas kabinet, ianya terdiri daripada semua pelanggan atau pengguna telefon dan data yang berada di satu kawasan atau satu daerah. Oleh itu, MDF juga berfungsi sepcrti kabinet dan peti agihan yang lebih besar iaitu sebagai titik rujukan. Ini adalah kerana tugas-tugas yang dilakukan oleh MDF adalah hampir sama dengan tugas yang dilakukan di kabinet. Selain daripada nama MDF ia juga lebih dikenali sebagai JAB iaitu Junjungan Agihan Besar.

Di antara tugas yang dilakukan oleh MDF ialah :-

i. ii. iii. iv. v.

Melakukan ujian talian telefon (untuk pemasangan telefon baru dan kerosakan). Melakukan proses jumper (untuk pemasangan telefon baru dan kerosakan). Memeriksa talian telefon yang rosak. Memotong talian telefon secara manual. Menyambung talian telefon secara manual.

Rajah 4.2 : Peralatan-peralatan yang diperlukan di bahagian MDF.

Di dalam MDF, mempunyai 2 bahagian yang saling berhubung:

NTA - iaitu sambungan ke bahagian suis (SOMA). LEN - iaitu sambungan kepada pelanggan atau pengguna.

4.3

NTA dan LEN

NTA dan LEN adalah nombor setiap pelanggan atau pengguna yang telah di tentukan oleh unit pemasangan melalui pesanan perkhidmatan yang menyatakan sama ada menyambung,

memasang atau memotong talian telefon secara manual. NTA adalah bahagian horizontal yang berbentuk mendatar manakala LEN adalah bahagian vertical yang berbentuk pugak.

Sekiranya pemasangan baru hendak dilakukan, dua wire jumper akan digunakan untuk disambungkan antara sisi ibusawat dengan sisi talian. Di dalam sistem ini menggunakan kabel jenis copper dan terdapat juga dari jenis fiber tetapi fiber hanya sedikit sahaja digunakan.

Rajah 4.3 : NTA dan LEN.

4.4

LOHONG

Lohong atau nama lain lubang mekanikal adalah tempat pemasangan kabel di bawah tanah untuk diagihkan kepada kabinet. Ia juga merupakan tempat untuk proses penyelenggaraan dan tempat membaikpulih sebarang kerosakan yang berkaitan dengan kabel bawah tanah. Lubang mekanikal ini terdapat dalam pelbagat saiz mengikut keperluan dan jumlah kabel yang digunakan di satu-satu tempat.

4.5

KABINET

Kabinet atau dikenali juga sebagai Gerabak Agihan mempakan tempat pengagihan talian untuk ke peti agihan (DP) sebelum sampai ke rumah pelanggan. Secara umumnya, kabinet mempakan tempat penamat kabel utama dimana ia bermula dari MDF (Main Distribution Frame) melalui lohong dan terus ke kabinet. Kabinet menggunakan unit penyambungan silang dengan dawai pemintas untuk penyambungan silang.

Pada kebiasaannya, untuk penyambungan dari kabinet ke ibusawat, kabel jenis 'lead digunakan dengan saiz 100, 1000 dan dalam pelbagai jenis saiz lagi digunakan. Di dalam sesebuah kabinet terdapal 9 teras (kompaun) iaitu setiap darinya mempunyai 200 pasang dan diagihkan kepada 20 peti agihan (DP Box).

Bermula dari kabinet ke peti agihan, kabel yang digunakan adalah dari jenis plastik (kabel plastic) dalam sesebuah kabinet juga mempunyai 1800 pasang dan terdapat dua bahagian utama iaitu E-side dan D-side. Bilangan bagi setiap teras pada E-side ialah 101 hingga 301, manakala bagi D-side pula bermula dari kabinet ke DP dan mempunyai nilai maksima 1000 pasang, bilangan bagi setiap teras bermula dari 1 hingga 200.

Di dalam kabinet mempunyai 9 teras dan ianya mempunyai 5 SA dan 4 SI. Setiap pcngiraannya adalah bermula dari SA. Agihan kabel dan talian adalah bergantung kepada keperluan dan permintaan pelanggan bagi sesuatu perrnintaan pelanggan bagi sesuatu kawasan. Pihak pemasangan akan melakukan proses menjumper atau jumpering dari bahagian E-side dan D-side bagi membolehkan satu-satu talian dapat beroperasi. Kabinet merupakan rujukan talian pelanggan pada sesuatu kawasan, ia juga bertindak sebagai titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan.

Terdapat dua jenis kabinet iaitu :i. ii. Jenis APO (Australian Post Office) Jenis BPO (British Post Office))

Kabinet jenis APO dan jenis BPO adalah kabinet yang paling banyak digunakan. Kabinet jenis APO inempunyai 1800 pasangan dan 200 pasangan penamat, untuk kabinet jenis ini, terdapat cara pengiraannya yang tertentu iaitu bermula dari bawah dan berselang-seli dengan SI dan SA iaitu E-side dan D-side, manakala kabinet jenis BPO pula mempunyai 900 pasangan dan menempatkan sehingga 100 pasangan.

4.5.1

CIRI-CIRI SEBUAH KABINET

Pemasangan kabel yang di sambungkan ke rumah pelanggan adalah sebanyak 1000 pasang tetapi hanya 800 kabel sahaja yang digunakan. Kabel yang selebihnya digunakan untuk persediaan atau standby sekiranya berlaku kerosakan pada talian. la digunakan bertujuan untuk memastikan keadaan tersebut berada dalam keadaan yang baik.

4.5.2 FUNGSI KABINET

fungsi asas bagi sesebuah kabinet adalah seperti berikut :-

a) Untuk memberi penjimatan dalam penggunaan kabel dan juga pemasangan kabel supaya lebih mudah untuk di tukar ganti. b) Untuk mengelakkan sambungan dibuka bagi penyusunan semula kabel utama yang disebabkan oleh sedikit sisihan dan daripada permintaan terdahulu. Dengan itu, ia menjimatkan masa dan kos serta mengelakkan kerosakan yang terjadi di sebabkan oleh permukaan penyambungan. c) Sebagai tempat ujian pertengahan bagi memudahkan kerosakan. d) Untuk mengelakkan pengurangan keupayaan pemancaran yang sepatutnya

dipancarkan. e) Untuk meningkatkan penyusunan bagi talian atau memudahkan pengendalian rekod-rekod supaya perlaksanaan kerja penyambungan dapat di percepatkan. f) Untuk memudahkan perancangan di masa hadapan. g) Untuk membolehkan lepasan kabel utama dengan mudah tanpa memotongnya menjadi kabel-kabel agihan yang kecil.

4.5.3

KABINET JENIS APO

Kabinet APO terdiri daripada dua saiz iaitu 900 dan 1800 sepasang, kedua-duanya berbentuk silinder dan sama garis pusatnya, bagi kabinet jenis ini, tiga komponen utamanya iaitu tudung, sarung dan tapak dan bahagian luarannya diperbuat dari aluminium dan permukaan luarnya di semburkan dengan pasir untuk menampakkan rupasaip yang pudar. Tudung kabinet disertakan dengan kunci sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Di dalam kabinet terdapat bacaan pasangan, bacaan ini digunakan untuk membezakan sisi ibusawat dan sisi agihan. lanya juga ditunjukkan pada label yang terdiri daripada unit penamat

ibusawat (B-side) dengan agihan (D-side) yang disusun berselang seli mengikut arah lawan pusingan jam disekeliling tapak kabinet.

Kebaikan menggunakan kabinet jenis ini adalah ;-

i. ii.

Dapat menjimatkan penggunaan kabel dan boleh diubahsuai dengan pasangan kabel. Dapat mengelakkan daripada membuka sambungan semasa penyusunan semula kabel utama dan juga memudahkan pasangan kabel yang bersaiz kecil.

iii.

Merupakan tempat ujian penghantaran bagi memudahkan mencari tempat kerosakan (mengenalpasti).

Rajah 4.5.3 : Kabinet Jenis APO

4.5.4

KABINET JENIS BPO

Terdapat dua jenis kabinet dalam kabinet BPO iaitu kabinet Krone dan kabinet Pouyet. Antara kabinet yang sering digunakan dalam kabinet jenis BPO ialah kabinet Krone. Kabinet ini mempunyai persamaan dengan kabinet APO dari segi fungsinya iaitu merupakan rujukan talian pelanggan dengan sesuatu kawasan. la juga bertindak sebagai titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja pemasangan. Tetapi kabinet Pouyet mempunyai kedudukan SI (sisi ibusawat) dan SA (sisi agihan) yang berbeza dengan kabinet APO, iaitu penamat ibusawat E-side dan penamat agihan D-side. Alat 'jumpering' yang digunakan adalah berbeza dengan kabinet APO.

Kabinet Krone mempunyai dua pintu dan binaannya dibuat daripada fiber glass polyster, pembinaannya juga adalah tahan kepada iklim dan persekitaran yang boleh membahayakan atmosfera, sebatian kimia dan bahan hakisan. Kabinet ini juga boleh memuatkan bilangan pelanggan sehingga mencapai 2400 pemasangan pelanggan, tetapi biasanya 1800 sahaja yang digunakan.

Rajah 4.5.4 : Kabinet Jenis BPO

4.6

PETI AGIHAN (DP BOX)

Peti agihan berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja membaiki kerosakan dan tempat untuk membuat penyambungan kabel di bawah tanah. Pada kebiasaannya peti agihan ini mempunyai 10 pasang tetapi hanya 8 pasang sahaja yang digunakan dan selebihnya adalah sebagai simpanan dan untuk ujian dari peti agihan ke ibusawat. Pada masa kini, peti agihan yang digunakan di Malaysia didapati tidak memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan tertentu, ia diperkenalkan dari Australia dan sistemnya dihentikan kerana kesukaran untuk mcndapatkan bekalan. Oleh yang demikian, peti agihan yang terbaru telah diperkenalkan di Malaysia iaitu peti agihan jenis Ericsson, setelah diuji ia didapati amat memuaskan sekiranya digunakan di dalam perkhidmatan Syarikat Telekom Malaysia Berhad.

4.6.1

HURAIAN TENTANG PETI AGIHAN

a) Binaan satu peti agihan 10 pasang. Antara sistem yang terdapat di dalamnya ialah sistem pembumian (earth bar), iaitu ia terletak pada kedudukan yang melalui spring dan penyambungan elektrik dibuat melaluinya kemudian kabel dua dawai akan disambung dengan menggunakan skru.

b) Setiap peti agihan yang baru akan dilengkapi dengan 10m atau 2.5m hujung kabel iaitu untuk membolehkan ia disambung secara terus ke kabel bawah tanah atau ke kabel atas. c) Hujung kabel yang digunakan daripada PEUT, non-filled iaitu kumpulan pemasangan untuk 10 pasang dimana .5mm adalah untuk satu pasangan dan kod warna ditunjukkan pada jadual di bawah.

d) Cara untuk membuat bacaan dan pengiraan daripada bahagian hadapan ialah dari atas ke bawah iaitu daripada pasangan 1 hingga pasangan 10, dimana kaki A adalah di sebelah kiri dan kaki b di sebelah kanan.

e) Skru pembumian di letakkan di bahagian bawah dan dihalang oleh bar pembumian.

NOMBOR PEMASANGAN 1 2 3 4 5 6

KAKI A ATAU WAYAR I PUTIH PUTIH PUTIH PUTIH PUTIH MERAH

KAKI B ATAU WAYAR 2 BIRU


OREN

HIJAU COKLAT KELABU BIRU

7 8 9 10

MERAH MERAH MERAH MERAH

OREN HIJAU COKLAT KELABU

Rajah 4.6.1 Rajah penyalut bagi pengalir.

Rajah 4.6 : Peti Agihan (DP BOX)

4.7

KABEL ATAS

Kabel atas adalah perantaraan yang menghubungkan pelanggan dengan peti agihan. Kabel yang biasa digunakan adalah kabel dua dawai, selain daripada itu, terdapat juga kabel atas yang menggunakan kabel banyak pasang iaitu digunakan untuk pasangan antara tiang ke tiang yang dikenali sebagai IB kabel.

Rajah 4.7 : Kabel Atas

4.8

KABEL BAWAH TANAH

Kabel bawah tanah menghubungkan kabinet dengan ibusawat ke ibusawat yang lain. Jenis kabel yang digunakan adalah kabel banyak pasang.

Rajah 4.8 : Kabel Bawah Tanah

BAB 5 : STREAMYX

5.1

PENDAHULUAN

Tmnet streamyx adalah satu jalur lebar yang menyediakan hubungan untuk internet dengan kelajuan bandwidths daripada 512 k hingga 2Mbps. Dengan laju berkaitan / lebar jalur, khidmat ini adalah untuk menyokong kebanyakkan aplikasi-aplikasi jalur lebar seperti jaringan pengacaraan, aliran video, e-dagang, pembelajaran jarak dan lain-lain.

5.2

FAEDAH PEMASANGAN STREAMYX

Pada dasarnya khidmat ini akan memberikan banyak faedah antaranya :-

i.

Pelanggan-pelanggan kediaman dapat menggunakan internet berat menggunakan jaring melalui 56 Kbps dail atas atau ISDN.

ii.

Perniagaan kecil dapat mengakses internet walaupun memerlukan lebar jalur yang lebih tinggi pada kos yang sama.

iii.

Perniagaan besar yang memerlukan akses internet dengan gred perniagaan yang tinggi untuk streamyx dan telefon pada masa yang sama.

iv.

Glite DSL adalah serupa tetapi ADSL kelajuannya berkurangan daripada kadar penuh ADSL.

5.3

INTERNET NORMAL DAILAN

Dapat disambung ke internet melalui dailan. Mempercepatkan pautan sehingga 56.6 Kbps menggunakan sebuah komputer dan modem atas talian telefon normal. Ia menyediakan hubungan kos rendah dan ideal untuk pengguna yang hendak menggunakan internet dan telefon pada satu masa.

5.4

AKSES INTERNET PRABAYAR

Cara yang paling cepat bagi mendapatkan internet adalah dengan internet prabayar. Pengguna tidak perlu berbaris untuk membayar bil. Pengguna boleh mendapatkan laluan internet daripada mana-mana lokasi dan tmnet prabayar juga bertindak sebagai satu kaedah bayaran untuk tmnet kawasan membeli-belah dan aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan boleh didapati di dalam BlueHyppo.

5.5

JALUR LEBAR WAYARLES AKSES INTERNET

Bagi anda yang tidak pernah berada pada tempat yang sama dua kali, tmnet hotspot dapat memuaskan keperluan-keperluan anda dengan cepat. Anda hanya perlu mempunyai komputer riba, PDA atau tablet PC dan sekeping kad WI-FI. Anda boleh mendapat kemudahan internet dengan kadar yang rendah. Tmnet hotspot mempunyai lokasi yang banyak sekali di seluruh Negara.

Rajah 5.5 : Modem dan Wireless.

5.6

CUSTOMER CARE

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi ke Customer Interaction Center di 1-300-889515 ( 8 am-12 am, Isnin- Ahad ).

Atau email kami di streamyx@tm.net.my Atau faks kami di 03-26870000.

Untuk memastikan bahawa anda menerima maklumat balas yang cepat daripada Tmnet Sdn Bhd Customer Interaction center 1-300-88-9515, sila pastikan bahawa anda telah mengisi maklumat pelanggan. Ini adalah untuk memudahkan pihak Tmnet Streamyx mengetahui maklumat terperinci pelanggan mereka.

Maklumat yang perlu di isi :-

i. ii. iii. iv.

Tmnet Streamyx Lohin Name. Nombor telefon (perkhidmatan talian). Orang boleh di hubungi. Saudara terdekat.

Maklumat di atas diperlukan untuk Tmnet terus menyiasat sebarang masalah yang mungkin anda akan alami.

BAB 6 : OPERASI RANGKAIAN SUIS (SOMA)

6.1

PENDAHULUAN

SOMA atau Switching Operation & Maintenance Area merupakan satu bahagian pusat bagi ibusawat, manakala ibusawat pula merupakan satu pusat dimana semua talian telefon dapat disambungkan bagi memudahkan seseorang berkomunikasi antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain mengikut destinasi tersendiri. Oleh kerana semua peralatan atau equipment di ibusawat adalah berkenaan dengan pensuisan, maka ia digunakan untuk memudahkan proses penyambungan. Antara tugas utama yang dilakukan oleh bahagian Operasi rangkaian suis ini ialah :-

a) Melakukan kerja-kerja penyambungan talian yang baru dengan menggunakan sistem komputer (ALCATEL E-10). b) Memotong talian bagi pelanggan yang tidak menjelaskan bil telefon sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Telekom. c) Mengambil bacaan meter dan CAMA bagi semua talian telefon dengan menggunakan sistem komputer (ALCATEL E-10). d) Memprogramkan semua kemudahan yang disediakan untuk pelanggan telefon. e) Mengadakan pengujian ke atas peralatan ibusawat (Common Equipment). f) Pengujian ke atas ujian meter. g) Merekod semua panggilan yang melalui ibusawat Jitra.

h) Membuka talian telefon untuk perkhidmatan toll free.

Rajah 6.1 : Jenis-jenis PUNCE yang biasa digunakan.

6.2

IBUSAWAT (EXCHANGE)

Ibusawat merupakan sumber atau pusat pengendalian pemprosesan secara automatik. Ibusawat untuk talian telefon pula terdiri daripada pelbagai jenis dan bergantung kepada peralatan yang telah disediakan oleh syarikat yang mencipta peralatan, walaupun setiap ibusawat mempunyai jenis equipment yang berbeza tetapi fungsi peralatan bekerja adalah sama dengan peralatan lain, contohnya seperti di ibusawat Jitra menggunakan sistem ALCATEL terdapat juga sistem lain yang digunakan di ibusawat ini. Penentuan untuk perhubungan telefon di seluruh dunia telah ditentukan dan di buat secara seragam oeh pihak CCITT (Consultant Comitee International Telephone Telegraf).

Di Malaysia, rangkaian telefon nasional terdiri lebih daripada 525 ibusawat telefon secara automatik. Antara jenis-jenis ibusawat yang terdapat di Malaysia ialah :-

i. ii. iii. iv.

Step By Step (ST 901) Common Control (RF, ARM,H ITACHI) Semi Electronic (ESK, PENTEX) SPC (Analog-AXE, Digital-NEAX)

Di negeri Kedah, terdapat beberapa ibusawat yang berfungsi untuk membuat kendalian kerja dan jenis-jenis ibusawat ini ialah :-

a) AXE b) NEAX

Sweden Jepun Perancis Perancis

c) ALCATEL 1 d) ALCATEL 2 -

Terdapat beberapa jenis atau kelas ibusawat, antaranya ialah :-

a. Ibusawat Tempatan b. Ibusawat Kumpulan

c. Ibusawat Tendem d. Ibusawat Zone e. Ibusawat ITE

6.2.1 IBUSAWAT TEMPATAN

Ibusawat tempatan merupakan ibusawat yang dihubungkan kepada ibusawat kumpulan dan ibusawat tempatan ini juga akan mewakili kawasan tersebut untuk sambungan talian, contohnya ibusawat BKH, CN, PSE, TJN, AHK dan PAA. Setiap ibusawat mempunyai singkatan nama, begitu juga ibusawat kumpulan turut mempunyai singkatan nama untuk kod yang telah ditetapkan oleh pihak Telekom.

Penerangan tentang Short Name di atas :-

i. ii. iii. iv. v. vi.

BKH CN PSE TJN -

Bukit kayu Hitam Changlun Padang Sera Tunjang Ayer hitam Padang Abdul aziz

AHK PAA -

Rajah 6.1.1 : Ibusawat Tempatan

6.2.2 IBUSAWAT KUMPULAN

Ibusawat kumpulan merupakan ibusawat yang dihubungkan dengan ibusawat tempatan, contohnya ibusawat Jitra (host), ianya perlu berada di tempat yang strategik kerana untuk memudahkan perhubungan yang dibuat melalui carrier dan kabel dapat disambung dengan cara yang mudah.

6.2.3 IBUSAWAT ZONE

Ibusawat ini merupakan ibusawat yang mengendalikan penyambungan ibusawat ITE mengikut aras-aras ibusawat yang melibatkan panggilan antarabangsa (international) iaitu perhubungan antara luar negara dengan erti kata hubungan destinasi ke negara yang lain.

6.3

PERINGKAT KENDALIAN IBUSAWAT (SOMA)

Setiap sistem ibusawat telefon, biasanya mempunyai beberapa peringkat atau proses untuk membuat sesuatu panggilan. Antara peringkat bagi sistem ibusawat telefon ini ialah penyediaan pelanggan, pemprosesan panggilan, pengagihan dan menyediakan panggilan untuk pelanggan sama ada panggilan luar atau dalam negeri.

Selain daripada proses penyediaan untuk pelanggan tersebut, ibusawat juga menyediakan litar pengagihan, iaitu sekiranya terdapat seorang pelanggan yang hendak membuat panggilan ke manamana bandar, maka terlebih dahulu litar akan melalui SPC Jitra.

Sistem perhubungan yang dibuat oleh 'switching' adalah termasuk memberi latihan kepada setiap pelanggan dan selepas itu akan memberi 'ringging tone kepada telefon pelanggan yang membuat panggilan dan yang menerima panggilan. Sewaktu proses 'ringging tone' berlaku ia telah mengalami beberapa proses iaitu penukaran dari kod digital kepada bentuk analog dan ke bentuk digital semula menggunakan sistem binary dan sebagainya. Oleh yang demikian, dapatlah seseorang pelanggan berhubung dengan pelanggan yang lain

Terdapat beberapa pengkelasan dalam sistem telefoni, antaranya ialah crossbar. Step by step, digital exchange dan SPC (Store Programme Control). Pada masa kini, sistem SPC di gunakan di setiap ibusawat dan penggunaannya adalah secara berkomputer. Bagi tujuan mengawal pesuisan. Sistem SPC ini juga lebih cepat dan dapat menyimpan banyak data kerana programnya menggunakan 'software' dan 'hardware.

6.3.1

TUGAS BAHAGIAN SOMA

Bahagian Operasi Rangkaian Suis merupakan unit yang paling penting dalam sistem perhubungan telefon, kerana unit ini juga berfungsi sebagai nadi untuk menggerakkan sistem telefon dengan pelanggan. Dalam erti kata lain, sekiranya SOMA tidak mempunyai kendalian, maka setiap operasi dengan pelanggan tidak akan berjalan dengan lancar kerana bahagian ini adalah perantaraan antara satu destinasi dengan destinasi yang lain.

Antara tugas yang di jalankan di bahagian ini ialah :Membuat 'backup Mengambil meter dan CAMA Mencari kerosakan talian atau talian line up Membuat 'route trace' Out going trunk test (QGT) Pemasangan baru Pemotongan perkhidmatan Penyambungan semula perkhidmatan Penukaran nombor telefon Membuka laluan (RC) Mengambil bacaan bateri di ibusawat Membaiki aduan kerosakan talian (Doket)

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii.

6.4

MEMBUAT ROUTE TRACE

Route Trace atau dengan erti kata lain ialah membuat imbasan untuk mengenal pasti nombor-nombor telefon pemanggil yang membuat panggilan, proses ini dilakukan ialah bagi menolong pekerja-pekerja pada bahagian kabel dan pemasangan. Apabila pekerja mengalami masalah kekeliruan dalam memasang kabel maka untuk memastikan kabel yang betul, pekerja tcrsebut hendaklah melakukan penyambungan kabel tadi kepada set telefon serta mendailkan nombor yang menggunakan talian khas ISDN yang terdapat di bilik pensuisan.

Selain dari itu, terdapat juga pekerja pada bahagian verifikasi menjalankan tugas unluk memastikan apa yang tertera di dalam rekod-rekod yang lepas adalah dalam keadaan yang betul, sekiranya terdapat kelainan maka satu laporan yang lengkap akan di hantar dan arahan-arahan yang telah di tetapkan perlu di masukkan ke dalam terminal bagi mengenal pasti nombor pemanggil tadi.

Rajah 6.4 : Telefon uji untuk Route trace.

6.5

PEMASANGAN BARU

Apabila kerja pemasangan dan penyambungan selesai dibuat maka dengan itu, petugas di bilik MDF akan memberikan arahan kepada petugas di bilik penyuisan bagi memasukkan isyarat tone kepada talian yang telah siap di pasang. Kerja-kerja memasukkan tone tersebut dilakukan dengan mengawal Aturcara Kawalan Tersimpan (SPC) di terminal CRT- TTY. Arahan yang dimasukkan ke terminal akan terus dihantar ke dalam terminal akan terus di hantar ke dalam peralatanperalatan pensuisan yang mana ianya dikawal secara automatik oleh litar mikro pemprosesan.

6.6

PERMOTONGAN PERKHIDMATAN

Pemotongan perkhidmatan bermaksud menamatkan perkhidmatan kepada pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran bil bulanan yang tertunggak setelah amaran diberikan beberapa kali kepada pelanggan tersebut. Pemotongan perkhidmatan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :-

a) Pemotongan Sementara b) Pemotongan Terus

6.6.1

PEMOTONGAN SEMENTARA

Di dalam perkhidmatan ini pula dapat dibahagikan kepada tiga pengkelasan yang utama iaitu :-

(a) Pemotongan atau penahanan panggilan masuk :

i. ii.

Biasanya dilakukan pada telefon-telefon awam Tujuannya adalah untuk mengelakkan pelanggan daripada membuat panggilan 'reverse charge' kepada telefon awam.

(b) Pemotongan atau penahanan panggilan keluar :

i.

Dilakukan kepada pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran bil telefon pada suatu tarikh yang telah ditetapkan di dalam bil tersebut.

ii.

Pemotongan

jenis

ini

dilakukan

sekiranya

jumlah

atau

nilai

yang

gagal

dijelaskan melebihi daripada nilai deposit telefon pelanggan. iii. Setelah pemotongan ini dibuat maka pelanggan tidak dapat lagi membuat panggilan keluar dan hanya boleh menerima panggilan masuk sahaja.

(c) Pemotongan atau penahanan masuk dan keluar :

i.

Dilakukan

kepada

pelanggan

yang

masih

gagal

membayar

bil

telefon

mereka walaupun pemotongan kedua telah dibuat. ii. Sekiranya pemotongan ini di lakukan, maka pelanggan tidak boleh lagi membuat panggilan keluar dan menerima panggilan masuk.

6.6.2

PEMOTONGAN TERUS

Pemotongan terus ini dibuat setelah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan telefon tidak lagi memerlukan perkhidmatan ini dan juga kepada pelanggan yang masih belum menjelaskan bil mereka kepada pihak Telekom.

6.7

PENYAMBUNGAN SEMULA PERKHIDMATAN

Penyambungan perkhidmatan bermaksud menyambung semula perkhidmatan telefon kepada pelanggan yang telah melangsaikan bayaran kepada pihak Telekom iaitu pelanggan yang lelah dibuat pemotongan secara sementara.

6.8

PENUKARAN NOMBOR TELEFON

Penukaran ini bermaksud menukar nombor telefon yang sedia ada atau talian peralatan kepada yang baru. Penukaran ini dilakukan di atas permintaan pelanggan sendiri ataupun talian peralatan yang sedia ada mengalami kerosakan.

6.9

SOMA

i.

Pemerhatian {attending) :a) Sistem ini memaparkan semua panggilan yang dilakukan oleh para

pelanggan. b) lsyarat daripada panggilan 'calling juga dikenali sebagai isyarat seize kerana ianya mengawal sumber dari ibusawat.

ii.

Penerimaan maklumat {information receiving) :a) Berperanan sebagai menerima panggilan dan pemadam isyarat. b) Sistem ini sedia untuk menerima maklumat daripada pelanggan yang ingin membuat panggilan. c) Semua proses ini dinamakan sebagai address signalling.

iii.

Memproses maklumat (information prosessing) :a) Memproses setiap maklumat yang diterima bagi mengawal dan

menentukan maklumat tersebut. b) Oleh kerana panggilan yang masuk dan panggilan yang keluar mempunyai proses yang berlainan untuk setiap pelanggan, maka ianya memerlukan

maklumat bagi menentukan alamat dan kelas telefon tersebut.

iv.

Ujian kesibukan (busy testing) :-

a) Bagi memproses maklumat yang diterima, ianya akan menentukan arah yang diminta oleh litar keluar dan sistem akan membuat ujian kesibukan untuk mengetahui sama ada talian yang di perlukan tersebut kosong atau sedang digunakan.

v.

Sambungan dalam (interconnection) :a) Tiga proses penyambungan dilakukan bagi perbualan yang hendak dilakukan antara dua pelanggan iaitu penyambungan kepada panggilan terminal, penyambungan kepada pemanggil teminal dan penyambungan diantara kedua-duanya.

vi.

Berjaga-jaga (alerting) :a) Selepas penyambungan dilakukan maka sistem ini akan membuat penghantaran isyarat berjaga-jaga kepada pelanggan bahawa penyambungan telah dapat dilakukan. 'supervision :a) Selepas panggilan dijawab maka sistem tersebut akan memonitorkan panggilan tersebut untuk menamatkan penyambungan yang dibuat selepas panggilan tersebut tamat.

vii.

viii.

Penghantar maklumat (information sending) :a) Sekiranya panggilan yang dibuat menggunakan ibusawat yang berlainan, maka ibusawat yang pertama akan meminta ibusawat kedua supaya menghantar maklumat yang diperlukan oleh ibusawat yang baru.

6.10

ISDN

Perkhidmatan ISDN (Integrated Service Network) atau dikenali sebagai perkhidmatan rangkaian digital bersepadu. la merupakan suatu sistem dan juga berbentuk aplikasi dengan kelajuan

yang tinggi iaitu 64 kbits. Dengan adanya sistem ISDN ini, ianya membolehkan audio, dimana ia menggunakan jarak yang sesuai. Disamping itu juga ianya dapat disambungkan kepada telefon, komputer, mesin faksimili dan video 'conference. Bagi perkhidmatan primary Rate Interface (PR1) pula ia berkeupayaan untuk menampung kegunaan PABX.

6.10.1 KONSEP ISDN

Dengan adanya ISDN ianya dapat membantu di dalam pelbagai pekerjaan sama ada di dalam sistem penyuisan ataupun sebaliknya. Selain daripada itu, ia juga berkeupayaan mengaplikasikan dalam kelajuan 64 kbits. ISDN juga mengandungi peralatan yang berteknologi tinggi dan berketerampilan bagi tujuan memperbaiki sifat-sifat yang khas iaitu dalam penyelenggaraan dan juga sebagai penyuisan perhubungan.

BAB 7 : OPERASI RANGKAIAN JAUH (TOMA)

Operasi Rangkaian Jauh atau lebih lagi dikenali dengan panggilan TOMA {Transmittion Operation and Maintenance Area). Bahagian ini merupakan satu bahagian yang diberi tanggungjawab untuk memasang, membuat operasi dan menyelenggarakan peralatan agar semua penghantaran dan penerimaan gelombang sentiasa beroperasi dalam keadaan yang baik dan mengekalkan sistem pemprosesannya pada tahap yang paling maksima sama ada untuk jarak yang jauh atau dekat.

Di antara kawasan penghantaran dan penerimaan yang di buat di bahagian ini ialah Bukit Kayu Hitam, Changloon, Padang Sera, Tunjang, Ayer Hitam dan Padang Abdul Aziz. Pada kebiasaannya, pekerja-pekerja di dalam bahagian ini melakukan aktiviti seperti menjaga peralatan, membuat jumper, melihat kawasan stesen pemancar, memasang kabel optik, mengendalikan antena yang rosak dan pelbagai lagi.

Terdapat beberapa bahagian utama yang di kawal oleh operasi rangkaian jauh ini, antaranya ialah :-

a) Multipleks/SOH b) PCM (Pulse Code Modulation) c) Gelombang mikro (Microwave) d) Bahagian Radio SRS e) Stesen Pemancar

7.1

PCM (PULSE CODE MODULATION)

PCM beroperasi sebagai satu proses pemodulatan dimana isyarat maklumat yang diterima dalam bentuk analog akan melalui proses sampelan. Isyarat yang telah disampel tersebut akan ditukarkan kepada kod penduaan atau lebih dikenali lagi dengan kod binary yang mewakili maklumat asal sebelum ianya dihantar melalui talian atau dipancarkan.

Frekuensi gelombang suara manusia adalah antara 300 hingga 3400 Herz dan kadangkala mencecah sehingga 4000 Herz, dan gelombang suara ini didapati dalam bentuk analog. Dalam operasi PCM, frekuensi suara tersebut akan ditukarkan kepada bentuk digital, dimana ia akan menjalani beberapa proses, antaranya ialah :-

i. ii. iii.

Penyampelan (sampler) Pengkuantuman (quantiser) Pengkod (coder)

Ketiga-tiga proses yang berlaku di atas berlaku dalam masa yang singkat dan pantas serta sukar bagi seseorang individu menganalisa atau melihat proses-proses yang terjadi dalam hal ini.

7.1.1

KEISTIMEWAAN

ISYARAT

DIGITAL

(PCM)

BERBANDING

DENGAN

ISYARAT PEMODULATAN ANALOG

a) Di dalam perhubungan jarak jauh, isyarat PCM dijanakan semula dengan sepenuhnya pada setiap stesen pengulang. Kesan hingar tidak akan menjadi komulatif. Dalam mereka bentuk sistem pengulang, perkara yang diambil kira ialah hingar saluran diantara dua stesen pengulang. Di dalam sistem pemodulatan analog, pengulang berfungsi sebagai penguat untuk menaikkan amplitud isyarat dan voltan hingar.

b) Nisbah isyarat hingar bagi sistem PCM adalah lebih baik berbanding dengan sistem analog.

c) Dapat mengendalikan pelbagai isyarat dan sistem PCM ini juga digunakan untuk memancarkan isyarat analog yang boleh diubahsuai kepada penghantaran maklumat yang berbentuk digital.

d) Proses pemodulatan dan penyahmodulatan dapat dilaksanakan dengan menggunakan litarlitar sistem digital. Ia juga dapat mcmberikan kestabilan dan kebolehan yang tinggi serta penggunaan litar terkamil dapat menjimatkan kos.

e) Isyarat PCM juga boleh disimpan untuk masa akan datang, ia juga mudah dilaksanakan dengan menggunakan memori berdigit.

f) PCM memberi kemudahan kepada teknik pemultipleksan didalam perhubungan. Teknik pemultipleks ini adalah sistem dimana banyak saluran yang boleh dimuatkan didalam satu talian penghantaran.

g) Isyarat ini boleh dihantar menggunakan gelombang mikro, VF line, Kabel Coaxial, gentian optik dan wave guide.

h) Penggunaan kabel optik menjadikan ia lebih ekonomik kerana boleh membawa muatan yang tinggi.

i) Mudah untuk diselenggarakan kerana alatannya terdiri daripada litar bersepadu atau integrated circuit dan kurang menimbulkan sebarang masalah.

j) Lebih menarik jika dibandingkan dengan sistem FDM pada masa lalu.

7.1.2

KEKURANGAN DALAM SISTEM PCM

Walaupun sistem ini dikatakan sistem terbaik yang digunakan oleh pihak Telekom, namun terdapat beberapa kekurangan pada sistem ini, antaranya ialah :-

i. ii. iii.

Tidak fleksibel serta mahal bagi rangkaian televisyen. Rangkaian pengurusan dan kebolehan penyelenggaraan bantuan amal terhad. Kadar talian sistem yang lebih tinggi adalah satu kemestian.

7.2

PENYAMPELAN (SAMPLER)

Penyampelan adalah satu proses bagi mengubah isyarat suara manusia iaitu 300Hz hingga 3400Hz kepada PAM (Pulse Amplitude Modulation). Setiap penyampelan isyarat maklumat mengambil masa 3.9us dan masa yang di ambil bagi satu sample pula ialah 125us. Frekuensi penyampelan telah di tetapkan iaitu 8 kHz, sekiranya didapati frekuensi penyampelan ini kurang daripada nilai tersebut, maka isyarat daripada channel-channel yang lain akan bertindih dengan isyarat lain. Sekiranya kejadian ini berlaku maka mutu penghantaran isyarat digital akan berkurangan dan isyarat yang dihasilkan juga tidak berkualiti. Seandainya frekuensi penyampelan ini melebihi 8Hz maka jarak antara satu channel dengan channel yang lain akan menjadi terlalu jauh serta memakan masa yang panjang.

7.3

PENGKUANTUMAN (QUANTISER)

Selepas melalui proses penyampelan, isyarat yang telah tersampel tersebut akan melalui satu proses iaitu proses pengkuantuman. Proses ini adalah bertujuan untuk menentukan nilai amplitud analog kepada isyarat maklumat. Aras-aras isyarat yang telah melalui proses penyampelan tersebut akan dibulatkan kepada aras pengkuantuman yang terhampir. Selepas itu, denyut-denyut atau isyarat tadi akan dikodkan kepada kumpulan berdasarkan kepada kod-kod binary atau perduaan.

7.4

PENGKODAN (CODER)

Selepas proses pengkuantuman tadi, isyarat yang lelah dikuantumkan akan melalui proses yang dinamakan pengkodan. Isyarat tadi dikodkan kepada 8 bit iaitu 7 bit adalah isyarat pembawa maklumat dan 1 bit darinya adalah digunakan bagi menentukan polariti iaitu 1 adalah polariti positif dan 0 adalah polariti negatif.

7.5

MULTIPLEKS / SDH

SDH atau Synchronous Digital Hierarchy adalah satu piawaian antarabangsa bagi rangkaian telekomunikasi optik untuk sesuatu kapasiti tinggi. Ia adalah bertujuan untuk menyediakan infrastruktur yang lebih mudah, ekonomik, dan fleksibel untuk rangkaian telekomunikasi. Sistem ini menggunakan laluan FOC dan DRS.

7.6

FIBER OPTIK / GENTIIAN OPTIK

Kabel gentian optik adalah sejenis kabel yang diperbuat daripada kaca yang diselaputi oleh getah. Media penghantarannya adalah dalam bentuk cahaya atau laser yang bergerak dengan kelajuan cahaya dengan mempunyai sudut pantulan yang tertentu sebelum menghasilkan penghantaran. Di sini gentian optik dapat menyediakan banyak laluan bagi pelbagai jenis kemudahan.

Apabila dilihatkan dari segi saiz dan rekabentuk gentian ini ia didapati bersaiz kecil namun ia mampu membawa maklumat lebih banyak dan pantas berbanding dengan kabel kuprum yang biasa digunakan. Namun begitu, kabel gentian optik ini amat merbahaya jika dibandingkan dengan kabel yang lain kerana sekiranya cahaya penghantaran daripada kabel tersebut dibuat dan terkena pada mata ia akan mengakibatkan kerosakan pada mata atau mungkin seseorang boleh menjadi buta. Gentian yang dihasilkan daripada kaca juga boleh menyebabkan jari seseorang yang terluka apabila menyentuhnya.

Ketahanan kabel gentian optik adalah melebihi daripada kabel yang biasa digunakan kerana struktur semulajadi yang tidak membawa kesan kepada sebarang tarikan elektromagnatik dan juga elektrik. Dari segi kehilangan pula, pada kebiasaannya ianya berlaku sekitar I8dB/m pada kabel biasa.

Antara keburukan kabel gentian optik ialah ianya mudah patah apabila dibengkokkan semasa proses pemasangan, ia juga tidak terlepas dari serangan tikus, tupai dan anai-anai, kejadian sedemikian lazimnya terjadi di kawasan luar bandar atau pedalaman dimana melibatkan kabel 'over head' dan kabel 'underground'. Kos untuk membaiki kabel jenis ini adalah terlalu tinggi kerana ianya menggunakan peralatan yang mahal dan kerja yang hendak dilakukan juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati.

Terdapat beberapa jenis gentian optik yang digunakan di dalam sistem perhubungan di Telekom Malaysia, antaranya ialah:

a) Single Mode Step Index b) Multimode Step Index c) Multimode Graded Index

7.6.1

SINGLE MODE STEP INDEX

Kabel jenis ini adalah kabel yang paling banyak digunakan, kerana diselaputi oleh satu persatu sarung kabel yang tebal iaitu bahan pelindung bagi menutupi gentian optik daripada sebarang kerosakan.

7.6.2 MULTIMODE STEP INDEX

Kabel jenis ini mempunyai banyak wayar di dalam sarung penebatnya. Oleh yang demikian, ia boleh menyebabkan berlakunya pantulan yang tidak seragam dan akan mengakibatkan

berlakunya kehilangan yang akan menjejaskan isyarat yang dihantar menerusi talian. Kapasiti yang dibawa oleh salurannya lebih kurang 150 kapasiti sahaja dan ia amat sesuai bagi kegunaan untuk jarak dekat sahaja sebagai contoh di dalam ibusawat.

7.6.3 MULTIMODE GRADED INDEX

Kabel jenis ini berlaku pembiasan yang besar di pusat fiber semasa proses penghantaran dijalankan tetapi akan mengecil pada bahagian permukaan. Walau bagaimanapun pantulan yang berlaku tersebut berlaku dalam keadaan yang seragam dalam bahagian fiber ini. Ianya lebih sesuai digunakan dalam jarak yang sederhana seperti perantaraan ibusawat tempatan dengan ibusawat kawasan yang berdekatan.

7.7

BINAAN KABEL FIBER OPTIK

Fiber optik mengandungi teras dengan index biasan yang tinggi, manakala lapisan yang mengelilinginya pula mempunyai index biasan yang rendah. Kaca fiber dilindungi oleh dua lapisan iaitu lapisan pertama daripada plastik atau resin atau kain kasa lembut (soft ultra violet cured acrylate) dan lapisan kedua pula ialah nylon atau kain kasa yang keras atau kasar {hard ultra violet cured acrylate). Rajah dibawah menunjukkan binaan kabel fiber optik.

7.8

PERBEZAAN ANTARA KABEL FIBER OPTIK DENGAN KABEL LOGAM

Rajah 7.8 menuniukkan Perbezaan antara Kabel Fiber Qptik dengan Kabel Logam

CIRI-CIRI Kehilangan per km

KABEL FIBER OPT1K Lebih rendah (0.3 hingga 0.6 dB/km)

KABEL LOGAM Lebih besar (18 dB/km)

Garis pusat Gangguan gelombang elektromagnetik Lebarjalur Kos Kualilti maklumat Kemudahan bahan Berat

Lebih kecil (0.125mm) Tiada

Lebih besar (9.5mm kabel sepaksi) Ketara

Lebih besar (sehingga 1 GHz) Lebih kecil (beberapa ratus MHz) Makin menurun dalam jangka panjang Baik dalam Senang di perolehi Lebih ringan (1 kg untuk 40 km) Terdapat gangguan Semakin berkurangan Lebih berat (1 kg untuk 0.7km) Kos yang tinggi

7.9

GELOMBANG MIKRO / MICROWAVE

Gelombang mikro atau lebih dikenali lagi dengan microwave adalah satu perantaraan di antara satu tempat dengan tempat yang lain dalam sistem telekomunikasi atau perhubungan dua arah, dalam erti kata lain ia berperanan dalam proses penghantaran dan penerimaan bagi setiap proses yang terlibat sama ada ibusawat atau stesen pemancar di seluruh negara. Antara sistem yang terdapat di dalam microwave ialah :-

i. ii. iii. iv. v. vi.

Power Supply (unit bekalan kuasa) Transmitter (penghantar) Receiver (penerima) Modulator (pemodulatan) Demodulator (penyahmodulatan) Switching

Dalam sistem penghantaran (Tx) tahap frekuensi yang digunakan ialah daripada frekuensi yang rendah kepada frekuensi yang tinggi, manakala bagi sistem penerimaan di microwave pula adalah daripada frekuensi yang tinggi ke frekuensi yang rendah. Tugas modulator pula adalah untuk meninggikan frekuensi dan menstabilkannya, manakala bagi demodulator pula adalah untuk merendahkan kembali frekuensi.

7.10

TRANSMITTER (ALAT PEMANCAR / PENGHANTAR)

Transmitter atau alat pemancar adalah satu rangkaian yang terdapat di dalam rangkaian gelombang mikro, ianya mempunyai ribuan saluran telefon di bahagian inputnya, untuk membolehkan pesanan dihantar secara serentak, saluran-saluran ini mestilah digabungkan terlebih dahulu, hal ini berlaku disebabkan oleh lebar jalur bagi satu rangkaian gelombang mikro adalah lebih besar berbanding dengan satu saluran telefon.

Saluran-saluran ini biasanya digabungkan dalam domain frekuensi menggunakan proses SDH (Synchronise Digital Hirarcy). Ini dilakukan di bahagian multipleks di transmitter. Isyarat keluaran daripada bahagian multipleks disesuaikan dengan kuasa yang diperlukan dan di tekankan dalam bahagian BB (baseband) transmitter.

Proses penekanan ini adalah prose pembentukan amplitud atau frekuensi untuk membolehkan nisbah optimum isyarat kepada hingar di kekalkan semasa proses penghantaran. Selepas melalui bahagian BB, kemudiannya BB tersebut akan masuk kepada bahagian pemodulatan, dimana ia dimodulatkan ke pembawa IF (Intermediate Frequency) dengan frekuensi biasa iaitu 70 MHz.

Dalam rangkaian tertentu, pembawa RF (Radio Frequency) atau sebahagian daripada pembawa RF dimodulatkan terus daripada pembawa BB, tetapi penggunaan IF adalah lebih umum. IF digunakan kerana penguatan dan pembentukan lebih mudah di perolehi serta perlindungan dan pengawalan lebih mudah dilakukan pada frekuensi rendah.

Bahagian If menguatkan frekuensi yang telah termodulat ke atas IF tertentu dan jika perlu ia juga boleh mengubah nilai fasa dan nilai amplitud untuk keadaan isyarat yang optimum. Penghadang amplitud dilakukan pada peringkat akhir bahagian IF untuk membuang pemodulatan amplitud yang tidak diperlukan.

7.11

BAHAGIAN RADIO SRS (STATION RADIO SYSTEM)

Radio dan gelombang mikro adalah bahagian yang mempunyai tujuan atau fungsi yang sama, tetapi gelombang radio merambat arah pancaran ke semua arah manakala gelombang mikro bergerak dan memfokuskan pada arah yang dituju sahaja.

Radio adalah istilah am yang kadangkala digunakan bagi semua frekuensi daripada 30 kHz hingga kepada 300 GHz. Kegunaan radio ialah bagi perhubungan data yang menggunakan antena di paras bumi untuk menghubungkan titik-titik dalam rangkaian penghantaran data dan kegunaannya juga adalah untuk radio bersel.

Satu kelebihan radio berbanding dengan gelombang mikro ialah tiada gangguan daripada hujan, tetapi ia juga mempunyai keburukan iaitu kadar data yang rendah, iaitu dalam julat kilo bits, berbanding dengan julat yang dicapai oleh gelombang mikro dalam Giga bits.

Di dalam SRS, antara tugas yang dijalankan ialah clearing fault, maintenance, annual tests, installation (bergantung kepada bahagian CNO) dan mengemaskini rekod setiap hari. Antara aktiviti yang dijalankan di bahagian radio SRS ini ialah :-

a) WTLL (Wireless In Local Loop) b) RILL (Radio In Local Loop) c) MARS (Mulyi Access Radio System) d) PMR (Public Mobile Radio) e) COUNTRY SET (Single Channel)

7.11.1 WIRELESS IN LOCAL LOOP

Sistem ini direka khas untuk memudahkan pelanggan yang mempunyai masalah talian telefon di rumah, hal ini kebiasaannya berlaku dikawasan luar Bandar atau pendalaman. Oleh itu, pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan perhubungan rangkaian telefon ini akan disediakan sistem WILL. Sistem ini berfungsi seperti telefon yang menggunakan elektrik iaitu bateri yang perlu di cas. Sistem ini lebh baik jika dibandingkan dengan RILL kerana satu kad pada telecenter WILL akan menghasilkan dua channel berbanding dengan RILL yang hanya dapat menghasilkan satu channel sahaja.

7.12

MULTI ACCESS RADIO SISTEM

Perkhidmatan MARS digunakan untuk kawasan seperti pulau, pedalaman dan seberang sungai. Tujuan utama MARS digunakan adalah kerana ibusawat yang terdapat di tempat atau kawasan tersebut kecil dan jauh daripada ibusawat utama. MARS memberikan perkhidmatannya kepada 128 pelanggan bagi setiap satu centre (stesen pusat) dan hanya 10 panggilan sahaja yang dapat dibuat dalam satu masa. Apabila kesemuanya telah digunakan maka nada sibuk akan diterima oleh pelanggan lain yang mana ianya bertindak sebagai pengulang untuk menghantar balik kepada tempat yang hendak di hubungi.

BAB 8 : SISTEM CASS

8.1

PENGENALAN SISTEM CASS

Sistem CASS adalah satu sistem yang diwujudkan untuk menyemak maklumat pelanggan, hutang pelanggan dan bil telefon pelanggan. CASS adalah singkatan daripada

Customers Automated Services System. Selain untuk menyemak maklumat pelanggan, ia juga digunakan sebagai rujukan ketika membuat collection pada setiap bulan.

8.2

SPESIFIKASI

Perkakasan yang digunakan untuk mengendalikan sistem ini ialah komputer. Tanpanya, sistem ini tidak akan beroperasi.

8.3

CARA MENGENDALIKAN

Masukkan ID Telekom untuk ke peringkat seterusnya.

Masukkan kod laluan atau

password dan pilih bahagian yang hendak digunakan seperti, tanya untuk mengetahui semua maklumat pelanggan; collect untuk tinjauan pembayaran bil; dan enquiry untuk semak bil semasa, alamat pelanggan dan sebagainya. Untuk sebarang bantuan, rujuk maklumat yang tertera di bawah.

8.4

PENGGUNAAN MENU TANYA muka depan dekstop Untuk masuk ke sistem ini, perlulah klik pada ikon SISTEM CASS yang terdapat pada desktop. Untuk memasuki sistem ini, perlulah taip ID Telekom. Selepas itu, tekan ENTER untuk seterusnya.

Rajah 8.1: Cara masukkan ID Telekom Untuk masuk ke bahagian prod 5 iaitu bahagian yang digunakan oleh kebanyakan kakitangan Telekom di sini, taip d pada tempat yang disediakan dan tekan ENTER.

Rajah 8.2: Cara masuk ke bahagian Prod 5 Masukkan password dan tekan ENTER.

Rajah 8.3: Bahagian masukkan password Seterusnya, taip tanya untuk mengetahui semua maklumat pelanggan seperti alamat lengkap, senarai akaun dan nombor telefon, nombor ID, profil pelanggan dan sebagainya. Tekan ENTER untuk seterusnya.

Rajah 8.4: Cara masukkan kod tanya

Rajah 8.5: Contoh menu pertanyaan Untuk mengetahui ID pelanggan, masukkan nombor telefon dan tekan F2 untuk sahkan pilihan yang dimasukkan.

Rajah 8.6: Cara mandapatkan ID pelanggan Highlight biru itu merupakan ID pelanggan. Copy ID tersebut untuk tindakan seterusnya. Tekan PAUSE BREAK untuk paparan hadapan.

Rajah 8.7: Contoh ID pelanggan Selepas itu, paste ID tersebut pada ruang yang disediakan. Untuk sahkan nombor ID tersebut, tekan F2 dan menu pilihan pelanggan dipaparkan.

Rajah 8.8: ID yang telah dipaste

Rajah 8.9: Menu pilihan pelanggan

Terpapar lengkap seperti kategori, kelas industri, kod segmen, nama dan alamat pelanggan dan lain-lain.

Rajah 8.10: Contoh maklumat pelanggan Seterusnya, untuk mengetahui nombor perkhimatan dan nombor akaun, tekan F4.

Untuk keluar daripada tanya di atas, tekan PAUSE BREAK.

Rajah 8.11: Contoh nombor perkhidmatan dan nombor akaun 8.5 PENGGUNAAN MENU ENQUIRY Seterusnya, taip enquiry untuk mengetahui bil semasa, alamat pelanggan dan lain-lain. Tekan ENTER untuk seterusnya.

Rajah 8.12: Cara masukkan kod enquiry Menu utama pertanyaan akan dipaparkan. Untuk ke Maklumat Am Pelanggan, tekan F2.

Rajah 8.13: Menu utama pertanyaan Selepas itu, masukkan nombor telefon pelanggan pada ruang yang disediakan. Tekan F2 untuk sahkan nombor perkhidmatan tersebut.

Rajah 8.14: Cara masukkan nombor telefon Nombor nombor akaun inbois akan dipaparkan. Pilih nombor akaun dan tekan F3 untuk seterusnya.

Rajah 8.15: Nombor nombor akaun inbois

8.6

KOMEN DAN CADANGAN

Setiap sistem yang beroperasi, pasti ada kelemahan masing-masing. Begitu juga dengan sistem CASS. Walaupun ia ditugaskan untuk memberi kemudahan untuk mencari maklumat pelanggan, adakalanya ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya;

i.

Sistem ini sering break down secara tiba-tiba. Pernah juga ia tidak dapat digunakan setengah hari. Ini akan melambatkan setiap tugasan yang menggunakan sistem ini kerana ia perlu diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang masalah dan gangguan.

ii.

Adalah disyorkan supaya pihak bertanggungjawab dapat memantau dan memastikan sistem ini sentiasa dalam keadaan baik dan tidak bermasalah bagi melicinkan lagi kerjakerja yang berkaitan.

iii.

Nama syarikat dan alamat pelanggan yang tidak kemaskini. Pelanggan tidak memberitahu pihak Telekom tentang pertukaran nama syarikat dan alamat terkini. Ini menyukarkan pihak Telekom mengesan pelanggan tersebut.

iv.

Untuk menjadikan setiap keja berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan, adalah dicadangkan supaya pihak Telekom sentiasa mengemaskini dan mengambil tahu tentang maklumat pelanggan dari semasa ke semasa. Oleh itu, hubungan antara pelanggan dan kakitangan Telekom adalah sangat penting.

8.7

KESIMPULAN

Apa yang dapat disimpulkan daripada sistem CASS ini ialah penggunaan sistem ini sangat penting kepada Telekom Malaysia kerana tiada alternatif lain untuk mengesan maklumat pelanggan selain sistem ini.

BAB 9 : KESIMPULAN, SARANAN DAN CADANGAN

KESIMPULAN

Setelah tamat menjalani Latihan Industri yang bermula pada 15hb Januari 2007 dan telah selamat berakhir pada 15hb Jun 2007 di Pejabat Telekom Jitra. Kini dapatlah saya membuat beberapa kesimpulan.

Selama 6 bulan saya menjalani Latihan Industri di pejabat tersebut, saya telah diajar dan diberi pendedahan dengan lebih mendalam mengenai bidang Elektronik dan berkaitan dengan Elektrik iaitu kursus yang diambil di Polimas. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini tidak diketahui telah dipelajari sepanjang saya melalui tempoh Latihan Industri ini. Sesungguhnya ini dapat mematangkan para pelajar bagi menempuhi alam pekerjaan yang sebenar setelah tamat pengajian di politeknik. Walaupun terdapat beberapa tugas yang tidak berkait rapat dengan bidang yang diambil, ini juga dapat menambahkan lagi pengetahuan para pelajar. Saya bersyukur

kerana telah mendapat tunjuk ajar daripada pihak syarikat terutamanya penyelia serta rakanrakan sekerja.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah Latihan Industri yang diwajibkan kepada pelajar politeknik ini dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman kepada saya. Selain daripada itu, ia juga memberi semangat serta kenyakinan kepada saya untuk terus menceburkan diri dalam bidang ini kerana ia berkait rapat dengan kursus yang saya ambil di Polimas iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik. Mulai dari saat ini saya bertekad dan terus berazam untuk terus menimba pengetahuan sebanyak yang mungkin dalam bidang yang saya ceburi.

SARANAN DAN CADANGAN

Semasa menjalani Latihan Industri, para pelajar mungkin menghadapi masalah-masalah tertentu contohnya seperti penyesuaian diri di tempat kerja. Disebabkan perkara tersebut, beberapa faktor perlu diambil kira bagi mengelakkan masalah-masalah ini dari terus berlaku. Bagi menambahkan lagi keupayaan dan membantu para pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang menjalani Latihan Industri, terdapat beberapa saranan dan cadangan yang boleh diambil dan diantaranya ialah : 1. Bagi pihak para pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang akan menjalani Latihan Industri, mereka perlu menitik beratkan tentang masalah-masalah yang bakal dan dihadapi oleh mereka sendiri semasa menjalani Latihan Industri. Pihak

politeknik juga haruslah mengambil berat mengenai masalah yang dikemukan oleh para pelajar serta mengambil tindakan ynag sewajarnya.

2. Para pelajar yang akan menjalani Latihan Industri perlu mengambil beberapa langkah berjaga-jaga dan harus tahu apakah tindakan yang perlu diambil seandainya berlaku sebarang masalah atau kesulitan.

3. Bagi majikan, pegawai atau penyelia firma atau syarikat perlu memberikan perhatian yang penuh terhadap para pelajar serta memberi tunjuk ajar yang secukupnya seperti yang diharapkan. Selain itu,mereka juga perlu memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada para pelajar yang menjalani Latihan Industri.

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa Latihan Industri yang dijalankan oleh para pelajar bukanlah semudah yang disangkakan. Dengan itu, para pelajar mestilah mengambil inisiatif dan memandang lebih serius dalam perkara tersebut.

SENARAI RUJUKAN

1. Buku Laporan Latihan Industri Diploma Kejuruteraan Elektronik, Sesi Januari 2004, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Syaifullizan Anuar bin Azham.

2. Buku Laporan Latihan Industri Sijil Ukur Bahan, Sesi Julai 2006, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Badrul Hisyam Bin Ishak.

3. Buku Panduan Latihan Industri Polimas 2007

4. Buku Laporan Harian Latihan Industri 2007

5. Profil Pejabat Telekom Berhad..

Anda mungkin juga menyukai