Anda di halaman 1dari 47

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan
Latihan Industri ialah latihan yang wajib dilalui oleh pelatih di
organisasi/syarikat yang berkaitan dengan bidang yang dipilih. Mengikut
jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik kepada pelatih-pelatih
di bawah laungannya seperti Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Jangka
masa yang telah ditetapkan oleh pihak Institut kepada para pelatih adalah lebih
kurang 4 bulan setengah. Tempoh Latihan Industri yang diperuntukkan oleh
pihak Politeknik Kulim pada semester 6 sesi 2017 adalah bermula 27
NOVEMBER 2017 hingga 13 APRIL 2018 (20 minggu).

Tempat latihan yang sesuai atau yang diingini oleh pelajar adalah bergantung
kepada faktor-faktor berikut :

1. Kesediaan firma / jabatan menerima pelajar.


2. Kekosongan tempat latihan.
3. Permintaan dari firma / jabatan tertentu yang didapati sesuai dengan
kursus yang diikuti oleh pelajar.

Sewaktu latihan industri para pelajar akan berhadapan dengan pelbagai


cabaran dan masalah yang sebelum ini tidak pernah ditempuhi dan dilalui
semasa pembelajaran didalam bilik kuliah mahupun sewaktu sesi pembelajaran
didalam bengkel di Politeknik Kulim. Sekiranya seseorang pelajar gagal
didalam modul latihan industri, pelajar itu dikehendaki untuk mengulang
semester. Semasa menjalani latihan industri,para pelajar dapat mempraktikan
segala apa yang telah dipelajari semasa sesi pembelajaran di Politeknik Kulim
dan ini secara tidak lansung pelajar akan dapat memahami dengan lebih
terperinci apa yang telah dipelajari. Pelajar yang hanya mempelajari teori dan
amali dibengkel tetapi tidak mempraktikkan apa yang telah dipelajari tidak akan

1
dapat menambah pengalaman. Persamaan yang terdapat dalam teori yang
dipelajari dengan menjalani latihan industri yang dibuat secara tidak lansung
akan dapat menambah minat pelajar terhadap kursus yang diambil di Politeknik
Kulim.

Setelah tamat menjalani latihan industri, para pelatih perlu menyiapkan


satu laporan rasmi bagi memenuhi syarat-syarat untuk lulus dalam latihan
industri. Tujuan utama Buku Laporan Latihan Industri ini disediakan adalah
untuk mencatatkan setiap kerja dan latihan yang dilakukan oleh pelajar semasa
latihan industri disamping memperkenalkan firma atau agensi kepada pihak-
pihak tertentu terutamanya kepada pihak Politeknik untuk keperluan semua
pihak sebagai tempat rujukkan.

Adalah diharapkan, buku laporan ini akan dapat menjadi rujukan dan
panduan kepada pelajar sekiranya menghadapi masalah dalam mengendalikan
kerja atau tugas di Alpha Precision Turning & Engineering mahupun di lain-lain
industri yang berkaitan, atau sekiranya timbul masalah ketika berada di alam
pekerjaan kelak terutamanya dalam sektor industri dan baik pulih.

1.2 Objektif Latihan Industri


Objektif Latihan Industri merupakan satu garis panduan untuk memudahkan
para pelajar memahami skop-skop asas latihan sepanjang tempoh yang
diperuntukkan iaitu 4 bulan setengah untuk membolehkan pelajar memahami
dengan jelas perkara-perkara yang patut dipatuhi disepanjang tempoh Latihan
Industri ini. Berikut merupakan objektif asal Latihan Industri iaitu:
i. Memberi pendedahan kepada pelatih tentang pengetahuan dan kemahiran
yang dipelajari dan digunakan semasa bekerja.
ii. Meningkatkan keupayaan dan kemampuan pelatih bagi meningkatkan
produktiviti dan prestasi organisasi.
iii. Mendedahkan pelatih kepada keadaan tempat kerja yang sebenar.
iv. Menilai pelatih dalam menjalankan tugas yang di amanahkan.

2
v. Memberi keyakinan kepada pelatih untuk membuat keputusan dan
menjalankan kerja dengan baik.
vi. Menghasilkan tenaga kerja yang berkaliber dan berpotensi untuk
meningkatkan prestasi organisasi.
vii. Dapat memberi idea-idea baru.
viii. Menghasilkan semangat kerjasama dan perhubungan yang baik antara
dua pihak.
ix. Menanam semangat setiakawan dan melahirkan hubungan yang baik
sesama rakan sekerja serta dapat bekerja dalam satu kumpulan
x. Mematuhi serta mempraktikkan langkah-langkah keselamatan yang
dipelajari semasa berada di tempat kerja.

1.3 Objektif laporan latihan industri


Laporan Latihan Industri ini disediakan oleh pelajar – pelajar Politeknik
yang mempunyai beberapa objektif.
Antara objektifnya ialah:
a) Menerangkan satu persatu aktiviti yang dilakukan di firma bertujuan
melengkapkan laporan yang dibuat secara ringkas oleh pelajar pada
setiap hari supaya ia lebih lengkap dan jelas.
b) Buku laporan ini juga bertujuan untuk memastikan pelajar menjalani
latihan industri dengan baik.
c) Pensyarah dapat menilai pelajar tersebut melalui laporan yang dibuat.
d) Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Diploma
kepada pelajar.

1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar

Latihan industri adalah satu cabang bidang ilmu untuk yang memberi peluang
kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran
yang dilalui sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif,
contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang
sedia ada yang terdapat dalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping
mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja
yang di lalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk

3
menjadikan seorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi
kelak.

Selain itu, latihan industri juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan yang sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian
masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan menjadikan
suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak lansung ia
dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan
sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali
ketika dalam sesi pembelajaran.

Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan
pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini
tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan
individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman
bekerja yang ada. Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan
tempat untuk bekas pelatih setelah tamat pengajian kelak.

Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan industri ini


adalah sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran
yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk
dimasa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi
semasa dalam tempoh

tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk


meningkatkan prestasi ke tahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai
seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang kelak.

4
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan organisasi


Alpha Precision Turning & Engineering telah dirasmikan pada
tahun 1985. ALPHA PRECISION menjadi sebuah agensi yang
berperanan untuk mengeluarkan pelbagai jenis barangan-barangan
logam untuk kenderaan,medical dan lain-lain yang secara amnya
berfungsi dengan tempahan daripada pelanggan. ALPHA PRECISION
ini mempunyai 3 tapak Plant 1A,plant 1B dan Plant 2. Saya ditempatkan
di Plant 1A sebagai MI. ALPHA PRECISION mempunyai beberapa
bahagian atau ”department” yang bekerja setiap hari bagi melaksanakan
fungsi kepada sebuah agensi. Setiap Department di ALPHA PRECISION
mempunyai seorang ketua ataupun supervisor bagi menjaga keadaan
mesin,anak buah serta merekodkan segala masalah yang dihadapi
semasa melakukan kerja. ALPHA PRECISION melakukan kerja dengan
adanya tempahan daripada pelanggan serta membuat model barangan
lain demi meluaskan perniagaannya. Setiap hantaran kepada pelanggan
pula diteliti dan dijaga dengan baik kualitinya supaya tidak rosak demi
untuk menjaga hati pelanggan dan menjaga nama baik ALPHA
PRECISION.

Oleh itu Latihan Industri yang melibatkan pelajar daripada jurusan


mekanikal ini perlu memahami serta memerlukan pengalaman dan
suasana kerja sama seperti di Bahagian Kejuruteraan Mekanikal.
Bahagian ini dibahagi kepada beberapa unit bagi membolehkan pelajar
untuk mengikuti kerja amali yang sering dilakukan oleh setiap unit iaitu
dengan memahami peranan unit masing-masing dalam pengurusan
kerja di bawah pengawasan ALPHA PRECISION. Unit di Plant 1 ini
contohnya QUALITY CONTOL(QC) DEPARTMENT ini melibatkan
pengeluaran logam yang kecil dan sederhana. Unit di QUALITY
CONTROL (QC) DEPARTMENT pula memberi pendedahan tentang
barangan pengeluaran yang kerap menerima tempahan pelanggan dan

5
sebagainya. Selain itu, terdapat unit yang lain seperti unit SKRAP. Unit
MAINTENANCE, Unit QC dan FINAL QC yang juga memberi input
tentang keperluan kemahiran teknikal dalam kerja-kerja.

Saya telah mengikuti aktiviti kerja ini selama menjalani Latihan


Industri di ALPHA PRECISION dengan baik. Latihan di sini memerlukan
ketekunan dan penelitian yang kuat untuk melaksanaan tugas-tugas
yang terdapat di unit-unit tertentu dengan sempurna. Latihan Industri ini
telah memberi ruang yang baik untuk saya mengenali cara bekerja,
berinteraksi dan seterusnya membiasakan diri dengan alam pekerjaan
yang akan ditempuhi setelah tamat pengajian . Pengalaman dalam
latihan juga memberi input yang berguna tentang kerjasama antara satu
sama lain dalam melaksanakan tugas ini.

ALPHA PRECISION ini telah diiktiraf oleh UL Registered Firm ISO/TS ,


serta Senior President,Chief Development Officer, John h.schmidt.
Fungsi utama lembaga meliputi aspek seperti di bawah:-

a) Mengeluarkan pelbagai rekaan kegunaan masyarakat dan


pelanggan bagi menampung keperluan di dalam dan luar negara.
b) Mengeluarkan bahan-bahan lain untuk memenuhi permintaan
pelanggan.
c) Meningkatkan hasil pendapatan per-kapita selaras dengan
pendapatan per-kapita negara.
d) Membantu dan memajukan industri yang berasaskan pengeluaran
daripada besi ini.
e) Memajukan industri pengeluaran bahan kegunaan harian sebagai
menampung kehidupam masyarakat setempat. Untuk menjadi
satu agensi yang unggul dan peningkatan taraf sosio-ekonomi
pengeluarannya serta peningkatan pengeluaran yang baik.

6
ALPHA PRECISION mempunyai visi untuk menjadi sebuah
agensi yang unggul dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi
pengeluran dan perluas pengeluaran pembuatan daripada besi serta
meningkatkan penghasilan produk dalam negara. Disamping itu ALPHA
PRECISION memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap, dan
berkesan kepada sumber bekalan produk berkaitan penghasilan barang,
pengurusan sistem import dan exsport serta penggunaan teknologi
mesin melalui kaedah pembangunan bersepadu kearah meningkatkan
hasil pengeluaran dan lain-lain produk dan meningkatkan taraf sosio-
ekonomi bagi kawasan ALPHA PRECISION.

2.2 Sejarah penubuhan organisasi

Ditubuhkan pada 1985, Alpha Precision Turning & Engineering telah


menjadi satu pertubuhan yang maju dalam Manufactoring Of Metal
Turning Precision Compenents dengan teratur dan teguh dengan
memberi harga yang berpatutan, penghantaran barang yang cekap dan
layanan pelanggan yang baik.

Pengetahuan dan pengabungan dengan teknologi terkini ditokok dengan


hasil kerja yang baik, ALPHA PRECISION menjamin akan menghasilkan
kualiti produk yang baik bertaraf dunia untuk:-
a. Oil and gas,texttiles industries,aerospace dan industri lain.
b. Komponen enjin untuk Automotif dan Motorcycle and Car Industries.
c. Stainless steel 316 connectors and valve components untuk minyak dan
industri gas.
d. Spindle untuk kerja tangan.

Menggabungkan teknologi enovatif terbaru dan tenaga kerja yang mahir,


Alpha Precision mengeluarkan produk yang berkualiti bertaraf dunia bagi :
a) Cakera keras
b) Komponen enjin untuk automotif dan industri motosikal
c) Keluli tahan karat 316, componen penyambung dan injap
untuk industri minyak dan gas

7
d) Spindal untuk alat kuasa tangan

Rajah 1.1 Logo Alpha Precision Turning & Engineering Sdn. Bhd.

Alpha Precision Turning & Engineering Sdn Bhd (Plant 1A)

Gambarajah 1.2 Gambar Syarikat

8
2.3 Carta organisasi

Rajah 1.3 Carta Organisasi Syarikat

9
2.4 Aktiviti organisasi
Objektif
 Menghasilkan barangan yang berkualiti tinggi, mengikut ISO yang
ditetapkan dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan.

Visi
 Menjadi pengeluar produk yang bermutu tinggi. Keazaman untuk
terus maju akan menjadikan produk syarikat kita yang amat
dipercayai di dunia.

Misi
 Sifar kecacatan/kesilapan apabila membuat sesuatu produk.

2.5 Halatuju organisasi

Meningkatkan pendapatan tahunan 45,000 dari RM 6,500.00 kepada RM


6,900.00 pada tahun 20016. Meningkatkan pengeluaran hasil barangan dari
195,000 kepada 210,000 pada tahun 2018 bagi menampung keperluan
tempatan dan menampung keperluan di dalam negara. Mengeluarkan bahan-
bahan lain untuk memenuhi sekurang-kurangnya 75% permintaan semasa
tempatan khasnya. Membentuk masyarakat ALPHA PRECISION sebagai
masyarakat yang cerdik, berilmu dan berkemahiran sebagai pengusaha yang
berdaya tahan.

10
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan
Latihan industri adalah aktiviti ringkasan keseluruhan ringkasan aktiviti yang
dijalankan sepanjang penglibatan dalam latihan industri dalam sesebuah
organisasi.
Ia mengandungi kes ringkas yang dibuat oleh pelajar semasa proses latihan. Ia
perlu dilakukan supaya aktiviti yang dijalankan semasa latihan ini adalah untuk
dipesan dan kemas bagi penilaian pemeriksa.
Ia boleh dibuat dengan hari, minggu, bulan, atau mengikut pekerjaan tertentu.
Pelajar boleh memilih cara yang sesuai mengikut kesesuaian dan kemampuan
mereka.

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri


Hari bekerja : Isnin – Sabtu
Waktu bekerja : 8.30 pagi – 5.15 petang
Hari bercuti : Ahad

11
3.2.1 Ringkasan aktiviti mingguan
Bilangan MINGGU PERTAMA

a)a) Lapor diri dengan penyelia.


b) Di beri taklimat mengenai latar belakang syarikat.
Di beri taklimat cara-cara menjalani latihan industri di
c)
ALPHA.
Kemudian di beri taklimat tentang displin dan keselamtan di
d)
tempat kerja.
e) Saya diarahkan di latih di bahagian Department IPQC.

Bilangan MINGGU KEDUA


a) Saya dibawa masuk ke dalam kilang bahagian production
melawat kawasan-kawasan kilang.
b) Bersuai kenal dengan pekerja bahagian steering dan
perkenalkan diri pada supervisor saya.
c) Diberi tugas untuk membuat pemeriksaan serration dengan
menggunakan geuge serration dan memeriksa thread rack
dngan menggunakan plug guege.
d) Membaca drawing produk pinion mengikut model.
e)
f) a)

Bilangan MINGGU KETIGA


a) Ditugaskan untuk membuat pemeriksaan dimention dengan
menggunakan alatan seperti micrometer, high geuge, profil
projektor, contracer, cmm dan sebagainya.
b) Membuat laporan untuk setiap produk yang dikeluarkan oleh
mesin yang menjalankan proses milling, supaya dapat
mengawal dimention agar mengikut spesifikasi yang diberi

12
atau berpandukan drawing.
c) Laporan perlulah dibuat untuk produk yang dijalankan
mengikut shift pagi dan malam.
d) a) Membuat pemeriksaan dimention untuk produk yang
dijalankan.
e) b)
f) c)
g) d)

13
Bilangan MINGGU KEEMPAT
a) Membaca drawing untuk 2nd process dan 3rd process yang
dijalankan.
b) Ditugaskan untuk menjaga 10 mesin yang mngeluar kan
produk.
c) Produk yang tidak mengikut spesifikasi yang diberi perlu
dilaporkan kepada superviser untuk di offset dan diperiksa
semula supaya berada di dalam spesifikasi yang diberikan.
d) membuat pemeriksaan pada produk.
e)
f)

Bilangan MINGGU KELIMA


a) Membuat report harian dngan membuat pemeriksaan
dimention dengan menggunakan alatan seperti profil,
micrometer, indicator, microscope dan lain-lain supaya
ukuran dan diameter berada dalam keadaan sempurna.
b) Mengutip produk yang reject dan dibuangkan ke store reject.
c) Produk yang dibuang perlulah dibukabuka form MRB supaya
tiada barang yang hilang dinyatakan masaalah produk
tersebut dan melengkapkan form MRB tersebut.
d)
e)

Bilangan MINGGU KEENAM


a) Membuat report FA harian untuk shift pagi dan malam untuk
mesin serta membuat FA First Set-up untuk mesin yang
menukar model sebelum dibenarkan untuk running.
b) Sorting barang yang terdapat reject.
c) Membuat 5S , report FA yang telah disahkan oleh
superviser perlu diasingkan mengikut model dan process,
seterusnya pelu dimasukan kedalam fail yang telah
disediakan.

14
d)
e)a)
f) b)

Bilangan MINGGU KETUJUH


a) Mengambil data untuk process serration sebanyak 20pcs
untuk dihantarkan kepada customer.
b) Membuat pemeriksaan full dimention untuk produk baru.
c) Mengenal symbol pada drawing
d) Mencari angle produk mengunakan profile
e)

Bilangan MINGGU KELAPAN


a) Melihat aliran proses di dalam drawing dan barcode
b) Barcode harus di cop berdasarkan proses yang kita semak
c) Menggunakan CMM bagi memastikan kedudukan produk
dalam keadaan baik
d)
e)

Bilangan MINGGU KESEMBILAN


a) Solat jumaat
b) Belajar mengggunakan vertex bagi memastikan run
out,parallel,dan flatness mengikut dimenntion
c)
d)
e)

Bilangan MINGGU KESEPULUH


a) Membuat laporan seperti biasa
b) Belajar menggunakan “profile” bagi dimension di luar seperti
“lenth” , “radius” , “angle” , dan “diameter”
c)

15
d)
e)

Bilangan MINGGU KESEBELAS


a) Melakukan laporan seperti biasa
b) Belajar menggunakan “contracter” bagi dimension di dalam
seperti , “length”,”radius”,”angle” dan “diameter” yang sukar
diperolehi melalui profile
c) Belajar mengenai produk baru
d)
e)

Bilangan MINGGU KEDUA BELAS


a) Belajar cara membuka MRB bagi barang reject
b) Membuat report seperti biasa
c) Solat jumaat
d) Belajar menggunakan CMM bagi mengetahui position
sesuatu produk bagi proses drill
e)

Bilangan MINGGU KETIGA BELAS


a) Mengetahui apa itu dented,scratched,lining, dan lain lain
b) Membuat report seperti biasa
c) Mengetahui jenis jenis barang reject
d)
e)

Bilangan MINGGU KEEMPAT BELAS


Memastikan peralatan boleh digunakan dan sudah di
a)
“calibrate”(dikemaskini)
b) Membuat report seperti biasa
c) Belajar menggunakan pin gauge
d)

16
e)

Bilangan MINGGU KELIMA BELAS


a) Cara penggunaan roughness tester iaitu mengetahui
kekasaran produk yang diminta oleh customer
b) Melakukan report seperti biasa
c)
d)
e)

Bilangan MINGGU KEENAM BELAS


a) Mengetahui penggunaan micrometer bagi mengetahui
diameter produk
b) Ketua menerangkan cara penggunaan memegang produk
apabila menggunakan micrometer
c) Melakukan report seperti biasa
d)
e)

Bilangan MINGGU KETUJUH BELAS


a) Melakukan simpanan files apabila laporan siap di cop dan
ditandatangani oleh supervisor kami
b) Belajar menggunakan dial indicator
c) Membuat laporan seperti biasa
d)
e)

Bilangan MINGGU KELAPAN BELAS


a) Belajar menggunakan “ring gauge”untuk mengesan ketidak
bolehan barang tersebut di bahagian thread
b) Membuat semakan barang yang di reject oleh final qc atas
kesalahan operator
c) Membuat laporan barang

17
d)
e)
f)

Bilangan MINGGU KESEMBILAN BELAS


a)a) Belajar menggunakan “pin gauge” bagi memastikan “go” dan
“no go”
b)b) Memastikan peralatan sudah dikemaskini iaitu sudah di
“calibrate”
c) c) Belajar membuka MRB bagi barang yang reject
d)d)
e)e)

Bilangan MINGGU KEDUA PULUH


a) Melakukan laporan seperti biasa
b) Membuat semakan produk yang dikeluarkan operator
c) Belajar “confirm” barang yang baru dikeluarkan sambal
diawasi oleh “leader”
d)
e)

18
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan
Bab ini akan saya huraikan tentang semua aktiviti dan semua aspek
yang berkaitan dengan aktiviti saya sebagai pelajar praktikal yang
ditempatkan di Plant 1 CNCB selama 5bulan

4.2 Tool Life


Tool life ada jangka masa yang telah ditentukan sebelum tool tersebut
tumpul, patah atau rosak. Tool life harus di awasi setiap masa supaya ia tidak
menjangkaui kuantiti yag ditetapkan dan merosakkan barang-barang kerja
dalam kuantiti besar.

4.3 Mesin yang Digunakan di ALPHA Precision Turning & Engineering


Sdn. Bhd.

4.3.1. Mesin CNC


Kawalan berangka (NC) adalah automasi peralatan mesin yang
dikendalikan oleh arahan dengan tepat diprogramkan dikodkan pada medium
simpanan, berbanding dengan kawalan manual dengan roda tangan atau
tindakan yang dapat dilaksanakan, atau mekanikal automatik oleh cams sahaja.
Kebanyakan NC hari ini adalah komputer (atau berkomputer) kawalan berangka
(CNC), di mana komputer memainkan peranan penting dalam kawalan.

Dalam sistem CNC moden, hujung-ke-akhir reka bentuk komponen amat


automatik menggunakan reka bentuk bantuan komputer (CAD) dan program
(CAM) bantuan komputer pembuatan. Program-program yang menghasilkan fail
komputer yang ditafsirkan untuk mengeluarkan arahan yang diperlukan untuk
mengendalikan mesin tertentu oleh pemproses pos, dan kemudian dimuatkan

19
ke dalam mesin CNC untuk pengeluaran. Kerana mana-mana komponen
tertentu mungkin memerlukan penggunaan beberapa alat yang berbeza -
latihan, gergaji, dan sebagainya, mesin moden sering menggabungkan
pelbagai alat ke dalam "sel" tunggal. Dalam pemasangan lain, beberapa mesin
yang berbeza digunakan dengan pengawal luaran dan pengendali manusia
atau robot yang bergerak komponen dari mesin ke mesin. Dalam kedua kes, siri
langkah-langkah yang diperlukan untuk menghasilkan mana-mana bahagian
adalah sangat automatik dan menghasilkan bahagian yang paling sepadan
dengan reka bentuk CAD asal.

Motion dikawal bersama-sama pelbagai paksi, biasanya sekurang-


kurangnya dua (X dan Y) dan spindle alat yang bergerak di Z (mendalam).
Kedudukan alat yang dipandu oleh terus-drive motor stepper atau servo motor
untuk memberikan pergerakan sangat tepat, atau dalam reka bentuk yang lebih
tua, motor melalui satu siri langkah turun gear. kawalan gelung buka berfungsi
selagi kuasa-kuasa disimpan cukup kecil dan kelajuan yang tidak terlalu besar.
Pada mesin kerja logam komersial, ditutup kawalan gelung adalah standard
dan diperlukan untuk menyediakan ketepatan, kelajuan, dan kebolehulangan
menuntut.

Perkakasan pengawal berkembang, kilang-kilang sendiri juga


berkembang. Satu perubahan telah menyertakan keseluruhan mekanisme
dalam kotak yang besar sebagai langkah keselamatan, selalunya dengan saling
kunci keselamatan tambahan bagi memastikan pengendali adalah cukup jauh
dari sekeping kerja untuk operasi yang selamat. Kebanyakan sistem CNC baru
yang dibina pada hari ini benar-benar dikawal secara elektronik.

20
4.3.2. Contoh CNC Machining

Rajah 4.3.1 Mazak i-630

Mazak i-630 : 6 pusat pemesinan menegak dengan 24.80 "pallet sesuai untuk
kedai pekerjaan serta aeroangkasa dan bahagian pengeluar pembinaan berat
tertumpu kepada nilai, ketepatan dan pengeluaran jumlah tinggi. Dilengkapi
dengan spindle mencondongkan dan meja putar serentak operasi 5 paksi dan
pemesinan berbilang permukaan, mesin produktif memotong bahagian
kompleks besar, seperti sarung enjin jet, komponen kerangka pesawat udara
dan kotak gear, dari titanium, aluminium dan keluli. Standard, kelajuan tinggi
dan tork yang tinggi spesifikasi spindle disediakan untuk berjaya memenuhi
pelbagai keperluan permohonan. Mesin ini dilengkapi dengan changer dua
pallet yang menyediakan operasi tanpa pengawasan dan dari kitaran
sebahagian persediaan. Borang yang mudah, cekap automasi membolehkan
pengendali untuk memuatkan, memunggah dan memeriksa bahagian dalam
satu pallet manakala mesin berfungsi pada terganggu lain.

21
Rajah 4.3.2 LG2000-2

Ditubuhkan pada tahun 1965, Hartford (Dia Hong Industrial Co. Ltd), adalah
pengeluar pakar teknologi tinggi alat mesin CNC logam bertempat di Taichung
City - Taiwan. Syarikat itu kini mempunyai lebih 430 orang dan membekalkan
produk kepada lebih 67 negara di seluruh dunia. peralatan mesin dihasilkan
oleh Hartford termasuk 5-muka Double Ruangan Pusat Machining dengan
Kepala automatik Menukar Sistem, Boring mendatar & Milling Machines, Tiang
Double menegak Machining Centers, Terbuka fronted menegak Machining
Centers & Horizontal Machining Centers, yang dibekalkan kepada ramai
pelanggan di Automotive , Elektronik, perubatan, Oil & Gas, Aeroangkasa,
Sumber dan industri tenaga dan pengeluaran umum. Yang melebihi 20,000
mesin dikilangkan dan dibekalkan oleh Hartford dalam 45 Tahun lepas dengan
pengeluaran semasa pada kira-kira 1,400 mesin setiap tahun.

22
Rajah 4.3.3 Okuma Multus B300II-W900, 5-paksi Pusingan & Mill Machining
Center

Rajah 4.3.4 Nakamura-Tome WT300, 3-Axis ketegaran yang tinggi multi-


tasking turet berkembar / spindle twin

23
4.3.3 Contoh mesin CNC yang digunakan

Rajah 4.3.5 TMT Tsunglin TTL-20AL Rajah 4.3.6 TMT Tsunglin L370-II

Rajah 4.3.7 5-Axis Ori Seiki NMV 300 DSG Rajah 4.3.8 LITZ CV1000

24
Rajah 4.3.9 TMT TSUNGLIM TTB-40
4.3.4 Mesin Larik yang Digunakan

Pelarik adalah mesin yang memotong bahan kerja semasa mereka diputar.
Mesin larik CNC dapat membuat cepat, ketepatan pemotongan, secara amnya
menggunakan indeks alat pemotongan dan mengerudi. Proses ini, berkesan
untuk program rumit untuk membuat bahagian-bahagian yang akan menjadi
lebih sukar untuk membuat pada pelarik manual. Pelarik CNC mempunyai
spesifikasi kawalan serupa dengan mesin CNC dan boleh membaca G-kod
serta bahasa pengaturcaraan proprietari pengeluar. Pelarik CNC umumnya
mempunyai dua paksi (X dan Z), tetapi model yang lebih baru mempunyai lebih
paksi membolehkan pekerjaan yang lebih maju untuk dimesin.

Rajah 4.4.10 Mesin Lathe

25
4.3.4. CMM (Coordinate Measuring Machine)

Coordinate Measuring Machine (mesin pengukur kordinat) adalah sebuah alat


pengukur multi fungsi berkecepatan tinggi yang
menghasilkan akurasi dan efisiensi pengukuran yang tinggi. Pada prinsipnya
CMM adalah kebalikan dari CNC. Pada CNC kordinat yang dimasukkan
menghasilkan gerakan pahat pada sumbu X, Y dan Z. Sedangkan pada CMM
kontak antara probe dengan benda kerja menghasilkan kordinat. Selain itu jika
pada mesin CNC menggunakan bantalan peluru bersirkulasi (circulated ball
bearing) maka pada mesin CMM menggunakan batalan udara (air pad bearing)
sehingga gerakannya sangat halus.
Untuk menjamin keakuratan konstruksi CMM dibuat sangat kaku (rigid). Salah
satu caranya dengan menggunakan granit sebagai meja atau bidang acuan.

Rajah 4.4.11 Mesin Micro-Vu Vertex 420 Vision Measurement System

4.4 Software yang Digunakan di ALPHA Precision Turning &


Engineering Sdn. Bhd.

26
4.4.1 Computer Aided Design (CAD)

Bantuan komputer reka bentuk (CAD) ialah penggunaan sistem komputer


untuk membantu dalam penciptaan, pengubahsuaian, analisis, atau
pengoptimuman reka bentuk yang. perisian CAD digunakan untuk
meningkatkan produktiviti pereka bentuk, meningkatkan kualiti reka bentuk,
meningkatkan komunikasi melalui dokumentasi, dan untuk mewujudkan
pangkalan data untuk pembuatan. [2] output CAD sering dalam bentuk fail
elektronik untuk cetak, pemesinan, atau operasi pembuatan yang lain. reka
bentuk bantuan komputer digunakan dalam pelbagai bidang. penggunaannya
dalam bentuk sistem elektronik yang dikenali sebagai automasi reka bentuk
elektronik, atau EDA. Dalam reka bentuk mekanikal ia dikenali sebagai reka
bentuk mekanikal automasi (MDA) atau reka bentuk bantuan komputer (CAD),
yang merangkumi proses mewujudkan lukisan teknikal dengan menggunakan
perisian komputer. [3]

Perisian CAD untuk reka bentuk mekanikal menggunakan sama ada


grafik berasaskan vektor untuk menggambarkan objek penggubalan tradisional,
atau juga boleh menghasilkan menunjukkan penampilan keseluruhan objek
direka. Walau bagaimanapun, ia melibatkan lebih daripada hanya bentuk.
Seperti dalam penggubalan manual lukisan teknikal dan kejuruteraan,
pengeluaran CAD mesti menyampaikan maklumat, seperti bahan-bahan,
proses, dimensi, dan had terima, menurut konvensyen khusus aplikasi. CAD
boleh digunakan untuk mereka bentuk lengkung dan angka dalam dua dimensi
ruang (2D); atau lengkung, permukaan, dan pepejal dalam tiga dimensi (3D)
ruang .CAD adalah seni perindustrian penting banyak digunakan dalam banyak
aplikasi, termasuk industri automotif, pembinaan kapal, dan aeroangkasa, reka
bentuk industri dan seni bina, prostetik, dan banyak lagi. CAD juga digunakan
secara meluas untuk menghasilkan animasi komputer untuk filem khas kesan
dosa, pengiklanan dan manual teknikal, sering dipanggil DCC penciptaan
kandungan digital. Keleluasaan moden dan kuasa komputer bermakna bahawa
walaupun botol minyak wangi dan ubat syampu direka menggunakan teknik
tidak pernah di dengari oleh jurutera.

27
4.4.2 Computer Aided Manufacturing (CAM)

Bantuan komputer pembuatan (CAM) adalah penggunaan perisian


komputer untuk mengawal peralatan mesin dan peralatan yang berkaitan dalam
pembuatan bahan kerja. Ini bukan satu-satunya definisi untuk CAM, tetapi ia
adalah yang paling biasa, CAM juga boleh merujuk kepada penggunaan
komputer untuk membantu dalam semua operasi kilang pembuatan, termasuk
perancangan, pengurusan, pengangkutan dan penyimpanan. Tujuan utama
adalah untuk mewujudkan proses yang lebih cepat pengeluaran dan komponen
dan peralatan dengan dimensi yang lebih tepat dan konsisten material, yang
dalam beberapa kes, hanya menggunakan jumlah yang diperlukan bahan
mentah (sisa itu mengurangkan), pada masa yang sama mengurangkan
penggunaan tenaga. Sekarang CAM adalah satu sistem yang digunakan di
sekolah-sekolah dan tujuan pendidikan yang lebih rendah. CAM adalah satu
proses bantuan komputer berikutnya selepas reka bentuk bantuan komputer
(CAD) dan kadang-kadang kejuruteraan bantuan komputer (CAE), sebagai
model yang dihasilkan dalam CAD dan disahkan dalam CAE boleh menjadi
input ke dalam perisian CAM, yang kemudiannya mengawal alat mesin. CAM
telah dianggap sebagai alat pengaturcaraan kawalan berangka (NC), di mana
dalam dua dimensi (2-D) atau tiga dimensi (3-D) model komponen dijana dalam
celah dengan lain-lain teknologi "Computer-Aided", CAM tidak tidak
menghapuskan keperluan untuk profesional mahir seperti jurutera pembuatan,
pengaturcara NC, atau machinists. CAM, sebenarnya, memanfaatkan kedua-
dua nilai yang profesional pembuatan yang paling mahir melalui alat produktiviti
maju, sambil membina kemahiran profesional baru melalui visualisasi, simulasi
dan pengoptimuman alat.

4.5 Penjagaan Keselamatan

28
4.5.1. Kesedaran tentang keselamatan

Kebebasan yang memberi pendedahan kepada bahaya atau liabiliti


menyebabkan bahaya atau kemalangan. Dengan itu meningkatkan kualiti untuk
mendapatkan keselamatan atau kepercayaan, setiap kerosakan atau kerugian
wajar diinsuranskan.

4.5.2. Punca Kemalangan

Pada umumnya kemalangan di dalam tempat kerja terbahagi kepada


dua jenis bergantung pada punca berlakunya kemalangan tersebut:-

a. Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia.

b. Kemalangan yang berpunca daripada keadan peralatan dan mesin.

A) Kemalangan Yang Berpunca Daripada Kecuaian Manusia

Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan di dalam tempat kerja


boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Antara kecuaian yang
biasa berlaku adalah:-
a. Sikap tidak bertanggungjawab.
b. Menyalahgunakan peralatan.
c. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran. (merokok)

B) Kemalangan Yang Berpunca Daripada Keadaan Alatan Mesin.

Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat


daripada keadaan peralatan, mesin serta keadaan kerja yang
dilakukan. Antaranya ialah:-

29
1) Logam yang keras dan tajam.
2) Serpihan logam atau tatal yang panas.
3) Bahagian mesin yang bergerak.
4) Logam yang berat.
5) Kerosakn peralatan elektrik.
6) Lantai yang licin. Rujuk rajah 4.2.1.

Rajah 4.6.1 Contoh Wet Floor Sign

C) Langkah Keselamatan
Untuk menjauhi sebarang kemalangan yang dinyatakan di atas para
pekerja dan pelajar mestilah mempunyai semangat dan tabiat bekerja
yang baik di dalam bengkel iaitu dengan:-
a. Mengutamakan kebersihan.
b. Sikap bertanggungjawab
c. Bertimbang rasa.
d. Menghargai hasil kerja
e. Tidak gopoh.

30
D) Keselamatan Diri Sendiri

Kebanyakan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak


mengambil berat untuk melindungi pancaindera semasa bekerja,
memakai pakaian
yang tidak sesuai dan bergurau senda. Untuk menjaga keselamatan
diri perkara-perkara yang berikut hendaklah dipatuhi:-
a. Memakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan
seperti rajah 5.2.2.
b. Gunakan pelindung mata.
c. Elakkan memakai barang perhiasan.
d. Tidak bergurau senda.
e. Rambut mestilah pendek

31
Rajah 4.2.2 Safety Helth

Rajah 4.6.2 Pemakaian

E) Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin


Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin akan
diterangkan oleh pekerja.
1. Pastikan mana-mana bahagian mesin yang berbahaya dipasang
alat pelindung.
2. Harus peka dengan suis keselamatan.
3. Setiap mesin mempunyai pembumian yang sempurna.
4. Keadaan fius.

32
F) Kekemasan Tempat Bekerja
Kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat
menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan
kecekapan bekerja. Dengan itu perkara-perkara yang berikut
hendaklah diambil kira:-
1. Jangan biarkan alatan dan bahan
bersepah.
2. Elakkan minyak atau gris tertumpah.
3. Jagan biarkan tatal atau serpihan logam
bersepah di atas lantai.
4. Tempat kerja mestilah mempunyai ruang.

G) Bahaya Elektrik

Kebanyakan mesin dan peralatan di dalam tempat kerja


menggunakan kuasa elektrik. Bahaya elektrik tidak boleh dipandang
ringan. Oleh sebab arus elektrik yang sedang mengalir tidak
kelihatan maka bahayanya semakin sukar untuk dikesan. Antara
bahaya elektrik ini ialah:-

H) RENJATAN ELEKTRIK.

Punca:-
(a) Kerosakan perkakas elektrik misalnya kabel pecah.
(b) Kerosakan alat pelindung arus kebocoran bumi atau tiada
sambungan . ke bumi.
(c) Kesilapan semasa mengubahsuai peralatan.

33
Rajah 4.6.3 Renjatan Elektrik.

I) KEBAKARAN ELEKTRIK.

Punca:-
(a) Penggunaan kabel yang tidak sesuai dengan arus.
(b) Penggunaan fius yang tidak sesuai kadarnya.
(c) Kilat.
(d) Pelindung arus tidak dapat memutuskan litarnya apabila berlaku
litar pintas.

J) Bahaya Kebakaran
Kebakaran boleh berlaku disebabkan berbagai-bagai punca,
contohnya :-
1). Kebakaran disebabkan terbakarnya minyak akibat mata
bertemu.
2). Kebakaran disebabkan oleh cecair yang mudah terbakar.
3). Kebakaran disebabkan oleh arus elektrik.

4.5.3. Alat-Alat Pencegah Kebakaran


Alat pencegah kebakaran ataupun alat pemadam api terbahagi kepada lima
jenis bergantung kepada bahan yang digunakan di ALPHA.
a. Jenis buih.
b. Jenis karbon dioksida.
c. Jenis serbuk kering.
d. Jenis pasir.

34
Rajah 4.6.4 Alat Pemadam Api

4.5.4. Alatan yang Digunakan untuk Perlindungan Keselamatan (PPE)

a) Gunakan cermin mata keselamatan semasa menyediakan alat ke bawah


untuk melindungi mata daripada habuk, sekerap dan bahan kimia.
b) Gunakan telinga palam apabila memasuki kawasan pengeluaran dan
operasi mesin untuk melindungi telinga dari bunyi yang kuat bermula.
c) Gunakan keselamatan RNG atau perlindung tangan (sarung tangan) untuk
melindungi tangan daripada terkena bahan kimia.
d) Memakai kasut keselamatan apabila memasuki kawasan pengeluaran
untuk melindungi diri mereka daripada bahaya seperti sekerap dan bahan
kimia.
e) Memakai pakaian yang sesuai apabila memasuki kawasan pengeluaran
atau memulakan operasi untuk melindungi badan.

4.5.5. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

a) Pekerja mestilah memakai pelindung mata ketika melakukan kerja


dibahagian pengeluaran.

35
Rajah 4.6.5 Gogal keselamatan

b) Setiap pekerja yang melalui kawasan pengeluaran perlukah memakai


kasut keselamatan ataupun kasut yang bertutup.

Rajah 4.6.6 Kasut keselamatan

c) Palam telinga perlulah dipakai bagi pekerja yang berada dibahagian


pengeluaran.

36
Rajah 4.6.7 Palam telinga

5.4 Maksud 5S

5S
JEPUN INGGERIS MELAYU
Seiri Sorting Out Sisih
Seiton Systematic Arrangement Susun
Seiso Spic and Span Sapu
Seiketsu Standardizin Seragam
Shitsuke Self-discipline Sentiasa Amal

 Seiri - memilih keluar dan membuang barangan yang tidak diperlukan di


tempat kerja.

 Seaton - Menyusun dan menyimpan dengan kemas, mudah diambil dan


dikembalikan di tempat

 Seiso - Basuh tempat kerja supaya tiada habuk, kotoran di atas lantai,
mesin dan peralatan.

 Seiketsu - seragam dan mengekalkan yang bersih dan menyediakan


sistem sepanjang masa dan mengamalkan Seiri

37
 Shitsuke - berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan
budaya

4.6 Polisi Kualiti


Alpha Precision Turning & Engineering Sdn Bhd berdedikasi untuk
secara konsisten membuat componen berkualiti tinggi yang memenuhi
keperluan dan harapan pengguna.

Khususnya, adalah menjadi polisi Alpha Precision Turning & Engineering


Sdn Bhd. untuk:-

a. Mengekalkan Sistem Pengurusan yang efektif untuk


memastikan pematuhan terhadap spefikasi produk, piawaian
antarabangsa dan semua keperluan peraturan yang
berkenaan.
b. Memastikan semua pekerja dilatih, cekap, bermotivasi dan
memahami bahawa Kualiti adalah tanggungjawab setiap
orang.
c. Bekerjasama dengan para pembekal dan pihak ketiga yang
lain untuk memastikan bahan dan perkhidmatan yang
digunakan mematuhi keperluan dan tahap kualiti yang
ditetapkan.
d. Mengekalkan budaya peningkatan berterusan, dengan
program dan sasaran ditetapkan untuk peningkatan prestasi.

4.6.1 Polisi Alam Sekitar

Alpha Precision Turning & Engineering, sebagai pembuat


componen yang berkualiti tinggi, komited untuk mengekalkan
pendekatan positif terhadap mengelakkan pencemaran dan
penjagaan alam sekitar.

38
Khususnya adalah mejadi polisi Alpha Precision turning & Engineering
untuk :

a. Mengekalkan Sistem Pengurusan Alam Sekitar yang efektif,


sebagaimana yang didefinasikan dalam Piawaian ISO14001.
b. Mematuhi semua perundangan dan peraturan alam sekitar
yang relevan.
c. Mengukur dan menyimpan rekod bagi impak alam sekitar yang
signifikan.
d. Menetap dan mengumumkan objektif peningkatan berterusan
dengan sasaran yang ditetapkan untuk mengurangkan impak
alam sekitar, dengan penilaian tegas dari semasa ke semasa.
e. Menggalakkan pertukaran maklumat tentang alam sekitar
secara terbuka dengan pelanggan, pembekal, kontraktor, dan
rakan niaga yang lain, bekerjasama dengan mereka dalam
usaha mengurangkan sebarang impak alam sekitar yang
signifikan dalam rantaian bekalan.
f. Menyediakan latihan untuk meningkatkan kesedaran dalam
kalangan pekerja dan pihak ketiga lain yang relevan tentang
perlunya penjagaan alam sekitar dalam semua aktiviti.
4.6.2 Polisi Kesihatan dan Keselamatan
Alpha Precision Turning & Engineering, sebagai pembuat
componen berkualiti tinggi, komited untuk mengekalkan
pendekatan positif terhadap kesihatan, keselamatan dan
kebajikan para pekerjanya dan komuniti.

Khususnya, adalah menjadi polisi Alpha Precision Turning & Engineering


untuk:
a. Menubuhkan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan yang efektif, sebagaimana yang didefinasikan
dalam Garis Panduan OHSA 18001.

39
b. Mematuhi semua perundangan dan peraturan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan berkanun yang relevan.
c. Memastikan terdapat prosedur yang membolehkan para
pekerja menyuarakan isu-isu berkaitan keselamatan dan
kesihatan.
d. Mengenalpasti dan menilai bahaya dan risiko mengunakan
suatu pendekatan yang sistematik, dengan kaedah kawalan
risiko yang bersesuaian.
e. Menetap dan mengumumkan objektif peningkatan berterusan
dengan sasaran yang ditetapkan untuk mengurangkan bahaya
dan risiko, dengan penilaian tegas dari semasa ke semasa.
f. Menggalakkan pertukaran maklumat tentang keselamatan dan
kesihatan secara terbuka dengan pelanggan, pembekal,
kontraktor dan rakan niaga yang lain, bekerjasama dengan
mereka dalam usaha mengurangkan sebarang impak
keselamatan dan kesihatan yang signifikan dalam rantaian
bekalan.
g. Menyediakan latihan untuk meningkatkan kesedaran dalam
kalangan pekerja dan pihak ketiga lain yang relevan tentang
perlunya pertimbangan keselamatan dan kesihatan bagi diri
mereka dan pihak lain akibat tindakan mereka.

4.7 Ringkasan Proses Produk

1. Material Store – Tempat untuk menyimpan pelbagai jenis besi,


aluminium, tembaga dan lain-lain.
2. CNC/ Milling/ Drill – Tempat untuk memproses pelbagai jenis produk.
Machines

3. Laser Mark/ Engrave – Membuat sesuatu butiran pada produk.


4. Washing – Membasuh produk.
5. Final QC – Memeriksa kualiti produk.
6. Shipping Store – Pack produk.

40
4.8 Aktiviti Organisasi

1.CNC-BIG DEPARTMENT

i. Terdapat beberapa jenis mesin cnc, dan terbahagi kepada


tiga bahagian iaitu MILLING, TURNING dan MC CENTER.

ii. Melakukan kerja-kerja memproses produk seperti header


body dan lain-lain.

iii. Terdapat beberapa jenis mesin yang menjalankan proses


milling,turning dan grinding.

iv. Terdapat (38) mesin di dalamnya.

v. Tedapat dalam 42 orang pekerja di dalamnya dan dibahagi


kepada beberapa kumpulan antara dua shift.

2.SKRAP

vi. Mengenali jenis-jenis bahan pengeluaran dari setiap mesin.

vii. Mempelajari cara membersih dan mengasingkan input


pengeluaran yang telah dihasilkan.

viii. Mengenali jenis-jenis mesin.

ix. ‘Overhaul’ mesin.

41
3.QC CHECKING

x. Mempelajari beberapa jenis alat untuk menguji,mengukur,


meneliti dan lain-lain.

xi. Melakukan kerja-kerja mengira dan merekod pengeluaran


setiap mesin dengan baik.

xii. Membuat laporan setiap harian untuk shift pagi,malam bagi


mencatat rekod dimention produk untuk direkodkan dan
disimpan.

42
4.9 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Contracter adalah peralatan bagi

memastikan memeriksa di

bahagian dalam sesuatu produk

Laporan dimensi yang perlu

disemak untuk memastikan

produk berada didalam keadaan

yang sempurna

43
Profile yang digunakan untuk

memeriksa dimensi seperti

radius,angle,length,diamter dan

lain lain

Vertex ini digunakan untuk

memeriksa bahagian

flatness,parallel,run out,dan lain

lain sesuatu produk

44
BAB 5
KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat di buat semasa menjalani latihan sambil kerja ini
ialah Latihan Industri sangat penting dan amat berguna kepada pelajar kerana
dengan adanya latihan ini, para pelajar akan dapat di dedahkan dengan
suasana kerja dan pengalaman yang bakal ditempuhi.Selain itu juga pelajar
dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang dipelajari di masa
hadapan selepas tamat pengajian. Syarikat ini juga banyak membantu dan
memberi kerjasama yang baik dan tunjuk ajar bagi memupuk semangat
berpasukan dan kerjasama yang cukup baik semasa membuat sesuatu kerja.

Pihak pengurusan juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai


tahap produktiviti dan pengeluaran yang tinggi. Segala kemudahan dan tugasan
yang diberikan kepada pelajar amatlah berguna untuk menambahkan ilmu dan
mengasah kemahiran sedia ada dalam latihan sambil kerja ini. Saya juga telah
banyak diberi tunjuk ajar dan dorongan dari penyelia dan pekerja-pekerja yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Banyak pendedahan dan pengalaman yang telah dapat saya pelajari


yang diberikan kepada saya. Kerjasama dari semua pihak telah memberikan
dorongan dan dapat menjayakan latihan sambil kerja ini dengan baik serta
dapat menguruskan segala tugas yang diberikan.

45
BAB 6
KOMEN DAN CADANGAN

Komen

Setelah menjalani latihan, pelajar mempunyai beberapa komen yang perlu


diambil perhatian supaya ia dapat membaiki mutu latihan industri pelajar
Politeknik. Di antaranya ialah:

Pihak Alpha Precision atau organisasi-organisasi lain hendaklah sentiasa


mengikuti perkembangan semasa mengenai keadaan pelajar yang menjalani
latihan industri. Berdasarkan pengalaman yang saya lalui pemantauan ke atas
para pelajar ini tidak dilakukan menyebabkan segelintir daripada mereka tidak
menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Pihak politeknik juga
diharapkan dapat memberi garis panduan terhadap sesebuah organisasi yang
menerima pelajar latiahan industri berkenaan tugas yang sesuai untuk pelajar.
Ini mengelakkan pelajar terlepas daripada mengambil semua pengalaman
berharga di tempat latihan mereka. Para pelajar juga diharapkan mempunyai
keinginan yang tinggi untuk mendalami apa yang mereka pelajari secara teori di
ADTEC dan secara praktikalnya di tempat latihan. Para pelajar dinasihati
mendapatkan maklumat tentang sesebuah organisasi yang hendak dipohon
bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang bakal berlaku ketika pelajar
menjalani latihan. Ini bagi mengelakkan pelajar disalah gunakan oleh pihak
organisasi. Pihak organisasi dapat merancang dengan sempurna apakah
latihan yang perlu diberi kepada para pelajar dalam tempoh pelajar di bawah
pemantauan organisasi. Ini dapat membantu pelajar mendapatkan semua
kemahiran yang ada di organisasi tersebut. Pihak firma juga perlu
menempatkan pelajar dengan latihan mengikut kesesuaian kursus yang telah
dipelajari di kampus. Pihak firma juga perlulah tegas dengan kelakuan pelajar
dan jika pelajar mempunyai masalah di firma perlulah diadili dengan tegas
supaya para pelajar terus mengikut peraturan yang ditetapkan. Peralatan yang
tidak mencukupi untuk membuat sesuatu pekerjaan. Contohnya spanar, dan

46
banyak lagi. Ini menyebabkan pelatih tidak dapat melakukan sesuatu
perkerjaan dengan sempurna.

Cadangan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
kakitangan ALPHA PRECISION terutamanya kepada Mr Tc Lim dan Mr
Riduan kerana telah sudi menerima saya menjalani latihan industri di bawah
jagaan beliau. Sepanjang latihan saya telah didedahkan dengan suasana
pekerjaan dan sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya mengetahui
bagaimana aktiviti berkaitan mesin yang dijalankan di ALPHA PRECISION.

Walau bagaimanapun saya ingin memberi sedikit cadangan untuk kemajuan


ALPHA PRECISION ini sendiri dan juga kepada diri saya sendiri pada masa
akan datang.

Antara cadangan tersebut ialah :

Memberi tunjuk ajar yang sama rata kepada pelatih yang terlibat. Sebarang
masalah di dalam kerja hendaklah dibincangkan bersama-sama supaya kami
dapat mempelajarinya. Saya cadangkan pihak firma menyediakan satu
cadangan dan garis panduan mengenai bidang kerja yang harus di lakukan
oleh pelatih. Memahami masalah pelatih yang pertama kali memasuki alam
pekerjaan dan menghargai setiap kerja yang dilakukan samada memberi
penghargaan berbentuk material atau kepujian supaya prestasi kerja berkualiti.
Meneruskan sistem pengagihan kerja supaya di beri peluang melaksanakan
kerja yang berlainan. Ini membolehkan pekerja berkongsi pengetahuan dan
pengalaman antara pekerja dan pelatih. Pekerja perlu menunjukkan contoh
yang baik kepada pelatih kerana mereka merupakan ‘role model’ kepada kami
yang seterusnya memberi persepsi terhadap suasana pekerjaan.
Memperbanyakkan kerja-kerja luar bengkel. Pengalaman di luar bengkel akan
menjadikan para pelatih akan terus berminat dengan pekerjaan mereka.
Mengimbangi kerja-kerja di bengkel dan kerja-kerja di luar bengkel supaya
pelatih dapat menimba pengalaman yang berbeza. Pengetahuan yang
mendalam tentang aktiviti firma dan pelanggan adalah merupakan perkara
pokok.

47

Anda mungkin juga menyukai