Anda di halaman 1dari 4

BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Pengenalan bab ini menerangkan hasil pembelajaran kerja yang dilakukan

dan dipelajari sepanjang menjalani On-The Job Training (OJT). Semasa

menjalani On-The Job Training (OJT) saya ditempatkan di bahagian

kejuruteraan. Semasa menjalani latihan saya sentiasa mengambil bahagian

dalam kerja yang dilakukan oleh penyelia dan mempelajarinya. Saya juga

mempelajari untuk mengenali peralatan yang digunakan di tapak projek.

Selain itu, dalam bab ini saya akan menerangkan beberapa perkara yang

berkemungkinan juga ia dapat memperbaiki dan memberi kemudahan dan

keselesaan bagi semua pihak serta boleh digunakan oleh pihak pengurusan

pada masa akan datang.


5.2 Dapatan

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya

menjalani On-the Job Training (OJT) ini banyak yang dapat mempelajari

tentang :-

i. Suasana bekerja dalam persekitaran pekerjaan sebenar.

ii. Dapat mempraktikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang

belajar di Kolej Vokasional.

iii. Dapat meningkatkan potensi dan keyakinan diri dengan

melaksanakan tugasan atau projek yang diberi.

iv. Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan pejabat dan kakitangan.

v. Dapat menyelesaikan tugasan yang diberi oleh penyelia dan pegawai.

Oleh itu saya ingin memberi sedikit cadangan dan juga komen agar

latihan industri ini dapat memberi pendekatan kepada pelajar-pelajar yang

akan datang untuk mencapai objektif dan matlamat latihan industri secara

efektif.

5.3 Cadangan

5.3.1 Kepada Organisasi:-

i. Organisasi perlu membuat promosi di semua institusi pengajian untuk

memperkenalkan organisasi dan membuka peluang kepada lebih

42
ramai pelatih latihan industri untuk menjalani latihan industri di firma

ini.

ii. Organisasi juga perlulah menyediakan perancangan tugas dengan

lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri.

iii. Organisasi perlu memberi jadual dan penerangan terperinci kepada

pelatih mengenai tugas-tugas yang bakal dilakukan terlebih awal

5.3.2Kepada Pelajar :-

i. Memberi pelajar pengalaman semasa menjalani latihan industri

sebelum pelajar memasuki ke alam pekerjaan.

ii. mencadangkan agar pelajar yang ingin menjalani latihan industri

supaya sentiasa bersedia untuk menerima segala tugasan yang

diberikan oleh jabatan masing-masing dan juga dapat

bersediauntuk menghadapi segala kemungkinan masalah yang akan 

dihadapi oleh pelajar.

iii. Semasa dalam tempoh On-the Job Training (OJT), seseorang pelajar

perlu bertanya kepada sesiapa sahaja jika menghadapi sebarang

masalah atau keraguan dalam menjalankan tugas. Bak kata pepatah,

“malu bertanya sesat jalan”. Oleh itu, setiap pelajar haruslah

menanamkan sifat berani dalam menimba ilmu pengetahuan.

43
5.3.3 Kepada Kolej Vokasional :-

i. Menyampaikan sistem pembelajaran dalam bahasa inggeris secara

tidak langsung pelajar yang kurang mahir akan menjadi pelajar yang

boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik.

ii. Memberikan pendedahan awal dengan menberikan skop latihan

industri setiap jurusan atau bidang secara terperinci semasa

menghantar borang permohonan latihan industri, untuk perhatian

pihak syarikat sama ada kerajaan ataupun swasta. Ini membolehkan

pihak terbabit memahami serta mengetahui pelajar tersebut sesuai

ataupun tidak menjalani On-the Job Training (OJT) di organisasi

tersebut.

44

Anda mungkin juga menyukai