Anda di halaman 1dari 8

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri

Latihan industri merupakan latihan yang wajib dijalani atau diikuti oleh semua pelajar
Politeknik di Malaysia untuk mendapatkan Diploma. Tempoh latihan industri Politeknik
adalah selama satu semestar (20 minggu). Ia juga merupakan sebahagian daripada bidang
pengajian teknikal di Politeknik.

Bagi pelajar Diploma, mereka akan menjalani latihan industri pada semester keempat.
Lulus latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi para pelajar Politeknik sebelum
diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik. Sekiranya mereka gagal menjalani
latihan industri maka mereka akan gagal untuk menyambung pengajian ke semester
berikutnya.

Semasa menjalani latihan industri, para pelajar akan didedahkan dengan suasana alam
pekerjaan yang sebenar serta berbeza dengan keadaan semasa belajar di Politeknik. Pada
masa itu, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum
pernah ditempuhi. Selain itu, para pelajar juga dapat mengaplikasikan segala teori yang
telah dipelajari kepada bentuk praktikal. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberi
peluang kepada pelajar untuk mengaitkan teori – teori yang dipelajari semasa berada di
politeknik dengan cara kerja yang sebenar. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi disamping menyemai semangat kerja dengan produktif dan perhubungan
yang baik sesama pekerja dan pengurus syarikat.
Proses penempatan latihan industri adalah di bawah pengurusan pihak Politeknik.
Pihak Politeknik akan berusaha menempatkan para pelajar di tempat latihan yang
bersesuaian dan berdekatan dengan tempat tinggal pelajar supaya pelajar senang untuk
pulang dan dapat duduk dirumah sendiri ini kerana sesetengah firmatidak memberi tempat
untuk penginapan dan juga sekiranya berdekatan dengan rumah sendiri pelajar mudah untuk
pulang dan dapat menjimatkan kos daripada segi pergi balik daripada tempat latihan industri
. Namun demikian, pihak Politeknik memberi kebenaran kepada para pelajar untuk memilih
tempat latihan industri sendiri kerana sesetengah firma tidak mahu mengambil pelajar latihan
industri dan supaya pelajar dapat berdekari dan dapat keselesaan untuk membuat latihan
industri tempat firma yang dipilihnya dan dapat mempelajari jenis ternakan apa yang pelajar
mahu mempelajari sepanjang latihan industri ini kerana setiap firma memunyai cara ternakan
yang berbeza dan jenis ikan yang diternak pon berbeza. Selain itu, politeknik juga ada
menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar sekiranya itu tidak dapat lagi tempat
untuk membuat latihan industri tetapi pihak politeknik juga lebih menyokong suapaya pihak
pelajar memilihvdan mencari tempat untuk membuat latihan industri sendiri ini kerana untuk
memudahkan pelajar kerana kemungkinan tempat yang ditawarkan kepada pelajar jauh
daripada tempat tinggal dan kemungkinan pelajar tidak bergitu selesa tempat latihan yang
ditawarkan oleh pihak Politeknik. Disebabkan itulah pihak politeknik lagi mengesyorkan
supaya pelajar untuk mencari tempat latihan industri sendiri tetapi sekiranya pelajar tidak
mendapat lagi tempat latihan industri pihakpoliteknik akan membantu dan menawarkan
tempat untuk pelajar tersebut membuat latihan industri di tempat yang ditawarkan oleh
pihak politeknik.

Selepas selesai menjalani latihan industri, para pelajar dikehendaki menyediakan


laporan latihan industri yang lengkap untuk diserahkan kepada pihak Politeknik dan akan
dinilai oleh pensyarah. Laporan yang dibuat haruslah merangkumi latar belakang operasi
tempat latihan industri pelajar serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh latihan.
Sepanjang tempoh latihan, para pelajar adalah tertakluk kepada segala peraturan dan
undang-undang syarikat di mana latihan industri dijalankan. Pelajar yang tidak berdisiplin
atau melanggar peraturan syarikat boleh diberhentikan daripada meneruskan latihan pada
bila-bila masa oleh pihak syarikat.

Kesimpulannya, latihan industri ini boleh memberikan pendedahan kepada pelajar


tentang suasana pekerjaan yang sebenar disamping meluaskan pengetahuan yang telah sedia
ada. Selain itu, pelajar juga dapat mempraktikalkan teori – teori yang dipelajari di politeknik
semasa dilatihan industri ini. Latihan industri ini juga dapat memberi mempelajaran yang baru
kepada pelajar yang tidak dipelajari di politeknik. Latihan industri juga dapat mengajar pelajar
supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan melakukan kerja dengan betul dan baik.
1.2 Objektif Latihan Industri

1. Latihan industri adalah salah satu syarat wajib bagi setiap pelajar Politeknik untuk
mendapatkan Diploma di Politeknik.
2. Salah satu cara untuk mendedahkan pelajar tentang keadaan alam pekerjaan yang
sebenar.
3. Meningkatkan dan menambahkan pengalaman serta pengetahuan teknikal yang
membolehkan pelajar menonjol kemahiran serta kemampuannya.
4. Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap bidang yang
dipelajarai di Politeknik.
5. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal dan mempelajari
benda yang baru yang tidak dipelajari di Politeknik.
6. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.
7. Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab.
8. Membina keyakinan diri pelajar.
9. Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di industri.
10. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja dan
majikan.
11. Menilai kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam
pekerjaan selepas tamat latihan pengajian di Politeknik.
12. Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap
kepada bakal majikan.
13. Untuk mengamalkan peraturan – peraturan disektor industri selepas taamat
pengajian di Politeknik Jeli.
14. Supaya dapat menyediakan satu laporan rasmi dan tugasan yang diarahkan oleh
politeknik seperti menyediakan laporan selepas tamat latihan industri.
1.3 Kepentingan Latihan Industri kepada Pelajar

Setiap perkara yang dilakukan mempunyai keistimewaan dan kepentingan tersendiri.


Latihan industri yang dilaksanakan oleh para pelajar dalam masa 20 minggu mempunyai
kepentingan sendiri. Di antara kepentingannya ialah :-

1. Membolehkan para pelajar mendapatkan pengalaman bekerja sesuai dengan kursus


yang diikuti oleh pelajar.
2. Memberi gambaran dan membuka minda para pelajar mempraktikkan segala teori
yang telah diajar semasa sesi pembelajaran di Politeknik.
3. Memberi peluang yang baik kepada pelajar bagi mendapatkan pekerjaan selepas
tamat pengajian di Politeknik.
4. Para pelajar dapat memberikan sumbangan dalam membantu organisasi mencapai
kecekapan dalam segala hal.
5. Ingin melahirkan seorang pelajar yang berdedikasi dan berinovasi dalam
menjalankan tugas.
6. Mendisiplinkan diri pelajar dari segi ketepatan masa, kesungguhan kerja dan
personaliti.
7. Mewujudkan inisiatif iaitu kesanggupan merancang dan menjalankan kerja-kerja
dengan sendiri dan mencadangkan idea yang bernas.

Dapat disimpulkan di sini bahawa Latihan Industri yang telah dijalani oleh
setiap pelajar mempunyai kepentingannya sendiri dan amat berguna sebelum
menempohi alam pekerjaan.
1.4 Penempatan Pelajar Untuk Latihan

Seramai seorang pelajar daripada Politeknik Jeli Kelantan (PJK) yang mengikuti
program Diploma Tenologi Akuakultur telah melaporkan diri di Politeknik Jeli,Kelantan
untuk memulakan latihan industri di agensi tersebut. Mengikut tempoh latihan
industri,saya mesti menjalani latihan ini selama 20 minggu iaitu bermula pada 30
November 2015 hingga 15 April 2016.

Saya telah dibenarkan menginap di rumah sewa berhampiran dengan Politeknik.


Rumah tersebut cukup selesa dan serba lengkap dengan peralatan memasak,
membasuh pakaian dan tempat tidur. Sepanjang tempoh latihan, pelbagai aktiviti
telah dijalankan di Politeknik Jeli,Kelantan. Penyelia saya telah menyusun jadual
berserta tarikh mengenai aktiviti yang akan saya jalankan.
1.5 Objektif Laporan

Laporan latihan industri ini wajib disediakan oleh pelajar selepas tamat menjalani latihan
industri dengan sempurna. Laporan ini disediakan untuk membuktikan bahawa segala latihan
industri atau praktikal yang dijalankan adalah usaha sendiri dan laporan ini juga menunjukkan
bahawa seseorang itu benar-benar faham apa yang telah dipraktikkannya. Berikut adalah
objektif laporan :-

1. Merekodkan segala aktiviti-aktiviti sepanjang menjalani latihan industri di firma


yang tertentu.
2. Untuk dinilai oleh pensyarah bagi mengetahui sejauh mana pelajar mengikuti latihan
industri.
3. Dijadikan bukti kepada latihan yang telah diikuti oleh pelajar.
4. Digunakan sebagai bahan penilaian kepada bakal majikan semasa menghadiri
temuduga sesuatu kerjaya pada masa akan datang.
5. Untuk dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dari semasa ke semasa.
1.6 Cara Laporan Disusun Untuk Mencapai Objektif Laporan

Bagi laporan yang penulis sediakan, penulis membahagikan kepada tiga bahagian
utama iaitu pengenalan, isi dan penutup.

Bagi bahagian pengenalan, penulis menggambarkan secara umum tentang laporan


yang disampaikan. Dengan ini, objektif laporan dapat dicapai. Manakala bahagian isi pula
adalah meliputi segala pengetahuan penulis dalam tugas yang telah dilakukan oleh penulis
semasa menjalani latihan industri di firma ini. Bahagian penutup pula, penulis menceritakan
mengenai saranan dan cadangan ke atas firma dan Politeknik Jeli,Kelantan.(PJK)

Penulis juga menyusun laporan tersebut mengikut kehendak Politeknik Jeli, Kelantan
(PJK) sebagaimana yang telah diberikan dalam garis panduan penulisan laporan tersebut. Di
samping itu, penulis juga menulis laporan mengikut kehendak firma contohnya segala
maklumat rahsia firma tidak dibenarkan ditulis di dalam laporan.

Anda mungkin juga menyukai