Anda di halaman 1dari 20

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PEMBIAKAN IKAN AIR TAWAR

Usaha pembiakan ikan air tawar semakin hari semakin menggalakkan.


Menurut laporan akhbar Metro, pada tahun 2020 permintaan ikan perkapita
penduduk dunia akan mencapai 19,6 kg per tahun. Meski ketika ini permintaan ikan
lebih banyak diminta oleh ikan laut, namun pada tahun 2018 produks ikan air tawar
akan menjadi produk setaraf dengan ikan laut.

Produksi perikanan tangkap akan mengalami penurunan akibat overfishing.


Ikan di laut semakin sukar didapatkan. Bahkan bila tidak ada perubahan model
produk, para peneliti meramalkan pada tahun 2048 tak ada lagi ikan untuk
ditangkap.Dengan kata lain tidak akan ada lagi menu seafood di pingan kita. Oleh
kerana itu diperlukan peningkatan produk ikan air tawar sebagai pengganti atau
penampung pengeluaran ikan laut. Sehingga kita boleh memberikan ruang kepada
biota laut untuk berkembang membiak.
4.1.1 PEMBIAKAN IKAN KELI

4.1.1.1 PENDAHULUAN

Ikan keli ekzotik, Clarius gariepinus berasal dari Afrika. Di perairan semulajadi
ikan ini membiak secara semulajadi. Di dalam kolam ikan ini boleh membiak secara
semulajadi tetapi benih yang diperolehi adalah sedikit. Bagi tujuan komersial ikan ini
dibiakan secara aruhan. Ikan jantan dan betina akan mencapai tahap kematangan
apabila berumur empat bulan.

4.1.1.2 PERBEZAAN JANTINA.

Sifat Luaran Induk Jantan Induk Betina. Bagi induk jantan alat kelaminnya
adalah panjang. Abdomennya pula kecil saiz badan adalah lebih kecil berbanding
betina. Berkelakuan sangat agresif.

Bagi induk betina pula alat kelaminnya kecil berbanding jantan dan
mempunyai saiz abdomen yang besar dan lembang serta berkelakuan kurang agresif.

4.1.1.3 BIOLOGI PEMBIAKAN

Hanya hidup dan membiak di air tawar serta boleh mencapai kematangan
pada umur 4 bulan dengan saiz badan antara 300 – 500 gram. Membuat sarang atau
lubang di bawah akar pokok atau di celah batu. Melekatkan telor pada rumput
rumpai yang terdapat di dalam sarangnya. Membiak secara berpasangan pada waktu
malam. Induk yang berumur lebih dari setahun dengan berat badan sekitar 1.0 Kg
adalah sesuai untuk pengeluaran benih secara komersial. Pada saiz ini fekunditi induk
betina ialah antara 30,000 hingga 50,000 biji telor. Bilangan telor ini adalah
bergantung pada saiz
induk dan makanan yang diberi. Untuk mendapatkan benih yang banyak, pembiakan
aruhan digunakan dalam pengeluaran benih ikan keli. Hormon yang digunakan ialah
Ovaprim, Ovatide dan Dry Pituitary Gland ikan kap. Nisbah induk ikan keli jantan dan
betina adalah 1:1

4.1.1.4 PERSEDIAAN SEBELUM MENYUNTIK HORMON.

Penyediaan tangki pemeliharaan induk. Bersihkan tangki dari sisa makanan


dan lumut. Cuci permukaan dasar dan dingding tangki dengan larutan garam – 30 g/l
untuk membunuh parasit dan kuman. Bilas dengan air bersih. Dan masukkan air
sehingga 60 sm.

Melepaskan induk ikan-ikan yang telah dipilih dilepaskan ke dalam tangki.


Induk betina dan jantan yang berusia melebihi 1 tahun dipilih menjadi induk. Kriteria
ikan yang dipilih adalah seperti dari baka yang baik & cepat membesar dan dapat
menghasilkan benih yang
banyak serta ikan yang sihat tidak cacat. Kadar perlepasan ialah 3 ekor/m.persegi.

Pemberian makanan yang sesuai adalah pelet terapong yang mengandungi 32


peratus protein. Kadar pemberian makanan adalah 3 % dari berat badan. Makanan
diberi dua kali sehari iaitu pada jam 10.00 pagi dan 4.00 petang. Makanan diberi
dengan menabur pelet ke dalam tangki pemeliharaan induk.

Pemantauan kesihatan induk dijalankan setiap hari jika ada induk yang tidak
sihat, jalankan diagnostik dan beri rawatan yang sesuai. Cara merawat dan ubatan
adalah bergantung kepada jenis penyakit ikan. Biasanya ikan keli dijangkiti oleh
parasit & kuman. Rawatan yang biasa dilakukan ialah menurunkan paras air sehingga
10 sm, masukkan garam pada kadar 10g/l dan biarkan selama 1 jam. Tambahkan air
sehingga ke paras asal.

Induk-induk yang telah mempunyai telor-telor yang hampir matang di dalam


gonadnya diberi suntikan hormon yang bertujuan untuk merangsang
kelenjar pituitari ikan jantan untuk menghasilkan hormon testosterone untuk
mematangkan sperma, manakala induk betina menghasilkan hormon pogestrone
untuk mematang telor dan membolehkan proses ovulasi berlaku dan persenyawaan
tiruan dapat dilaksanakan.

Pemilih induk untuk pembiakan aruhan induk betina adalah seperti abdomen
yang besar & melembang ke kiri dan ke kanan. Genetal papillanya berwarna kemerah
merahan. Apabila abdomennya dipicit perlahan-lahan ke arah kloaka, akan keluar
telor yang telah bercerai antara satu sama lain.

Bagi pemilihan induk jantan genital papillanya panjang mencecah sirip anal.
Bahagian hujung genital papilla berwarna kemerah-merahan. Apabila abdomen
dipicit perlahan-lahan akan keluar sperma dari genital papilla.

Jenis hormon yang digunakan adalah hormon Ovaprim. Apabila disuntik pada
ikan, akan merangsang gonad mematangkan telor ovulasi berlaku. Dos untuk ikan
betina : 0.3 ml/kg jantan : 0.15 ml/kg. Induk perlu ditimbang satu persatu
untuk menentukan berat dan jumlah hormon yang perlu disuntik.
4.1.1.5 MENYUNTIK HORMON

Hanya satu suntikan sahaja ianya disuntik pada jam 10.00 malam. Gunakan
picagari 1.0 ml dan jarumnya sepanjang 1.25 sm. Sedut hormon, buangkan angin,
cucuk jarum ke dalam otot pada kedudukan 45º, turunkan jarum pada kedudukan
selari dengan badan ikan dan tekan picagari untuk menolak hormon masuk ke
dalam otot. Perlahan-lahan cabut jarum dan tekan otot dengan ibu jari agar hormon
tidak keluar. Untuk memudahkan suntikan hormon induk dimasukkan ke dalam
plastik dan dari luar plastik induk disuntik hormon.
Rajah 4.5.1.5.2
4.1.1.6 PROSES MEMBEDAH DEN PERSENYAWAAN

Penyediakan sperma jantan tidak boleh dikeluarkan dari badan dengan cara
meleret
abdomen seperti ikan-ikan lain induk jantan perlu dibedah. Keluarkan kedua-dua
testisnya, bersihkan dan letakkan di dalam piring petri. Potong testis dengan pisau
atau gunting dan hancurkan untuk
Rajah 4.5.1.5.4 mengeluarkan spermanya
simpan sperma dalam piring petri pada suhu bilik.
Meleret telor selepas 10 jam suntikan induk betina telah sedia untuk
mengeluarkan telor. Tangkap induk, lapkan badan supaya tidak berair. Perlahan-
lahan leret abdomen kearah kloaka dan telor akan keluar ke dalam besen. Ulangi
langkah ini sehingga semua telor habis dileret dari abdomen. Kerja-kerja ini
diteruskan kepada induk betina yang lain.

Persenyawaan telor, telor-telor yang dikumpulkan ke dalam besen


disenyawakan dengan sperma ikan jantan. Gaulkan telor dengan sperma
menggunakan bulu ayam sehingga sekata atau sehingga semua telor disenyawakan.
Proses ini berjalan selama 3 – 5 minit. Tambahkan air untuk proses perkembangan
telor. Bersihkan telor dari sisa sperma, sisa testis dan darah. Proses ini diulangi bagi
induk-induk yang lain.
Rajah 4.5.1.6.1

Rajah 4.5.1.6.2
Rajah 4.5.1.6.3

Rajah 4.5.1.6.4
4.1.1.7 PROSES SELEPAS PERSENYAWAAN

Merawat induk, induk betina dirawat selepas dileret. Kumpulkan induk-induk


tersebut di dalam tangki yang diisi air bersih. Selepas dileret induk betina akan
mengalami kecederaan, luka dan kehilangan lendir. Keadaan ini boleh dirawat
dengan acriflavin dengan kepekatan 2.0 ppm. Biarkan semalaman dan pindahkan ke
kolam induk.

Bagi penetasan pula rekabentuk tangki penetasan perlulah empatsegi bujur,


tangki gentian kaca, ukuran : 1.0 x 3.0 x 0.75 meter, dalam air : 50.0 sm, lengkap
dengan saluran air keluar bergarispusat 7.5 sm serta warna dasar dan dinding
bahagian dalam tangki adalah hijau, biru atau kelabu.

Dulang penetasan dibuat dari paip pvc bergarispusat 2.0 sm sebagai bingkai
berbentuk empatsegi bujur berukuran 0.8 x 1.0 meter. Pada bingkai ini dipasang
jaring halus bermata 1.0 x 1.0 mm. Bingkai berfungsi sebagai pelampong dan dulang
ini akan timbul diatas permukaan air di mana jaringnya akan berada di dalam air.

Menyediakan tangki penetasan dengan mencuci tangki, bersihkan tangki dari


kekotoran dan lumut. Gunakan larutan garam 10g/l. Dan biarkan semalaman dan
bilas dengan air bersih. Memasukan air dan memasang dulang penetasan, masukan
air bersih – 50 sm. Jalankan alat pengudaraan – 5.0 ppm. Pasangkan dulang
penetasan dalam tangki tersebut. Ujian mutu air perlu dijalankan untuk memastikan
air tangki penetasan sesuai untuk telor menetas. Tahap mutu air yang diperlukan
adalah pH - 6.5 – 8.3, suhu - 26 – 32ºC, oksigen larut - melebihi 5.0 ppm, ammonia -
kurang dari 0.02 ppm dan ferik - kurang dari 0.01 ppm.
Mengawal suhu tangki penetasan, suhu perlulah antara 28 - 30º C. Suhu
waktu siang lebih tinggi berbanding pada waktu malam dan awal pagi. Untuk
stabilkan suhu, seluruh hatcheri perlu ditutup. Pasangkan lampu untuk menaikan
suhu hatcheri. Suhu sesuai : 32 – 34 ºC bagi membolehkan suhu air menjadi stabil
antara 28 - 30ºC. Pada suhu ini kadar penetasan adalah melebihi 80 %. Suhu yang
rendah akan menyebabkan masa penetasan menjadi lambat dan akhirnya kadar
penetasan menjadi rendah.

Menabur telor di atas dulang penetasan, telor yang telah disenyawakan


ditabur ke atas dulang penetasan. Tabur dengan sudu ke serata mata jaring dan tidak
bergumpal atau bertindih antara satu sama lain. Hanya satu lapisan telor sahaja
ditabur di atas dulang. Taburan telor yang berlapis dan bergumpal akan
menyebabkan kadar penetasan menjadi rendah. Kejayaan penetasan adalah
bergantung kepada kecekapan menabur telor di atas permukaan dulang penetasan.

Pemerhatian penetasan telor dilakukan selepas persenyawaan telor. Gunakan


mikroskop cahaya. Pada setengah jam pertama nukleus telah membentuk satu sel.
Sel ini akan membahagi kepada 2, 4, 8, 16, 32, 64 dan seterusnya membentuk jasad
ikan. Pada suhu antara 28º - 30ºC telor akan menetas selepas 20 jam disenyawakan.
Semasa menetas, ekor rega akan bergerak pantas dan memukul kulit telor sehingga
pecah dan menetas. Rega akan bergerak pantas dan jatuh ke dasar tangki. Rega akan
berada di dasar tangki terutamanya di kawasan yang terlindung dari cahaya. Ekornya
sentiasa bergerak. Semasa menetas, mulutnya masih belum terbentuk. Rega
mendapat makanan melalui yolkanya. Selepas berumur 4 hari mulutnya akan mula
terbentuk dan terbuka. Pada masa ini yolkanya telah habis. Rega akan mula
mengambil plankton sebagai makanan permulaan.
Mengasuh benih memerlukan tangki asuhan seperti tangki gentian – 1.0 x 3.0
x 1.0 meter. Ada saluran air keluar bergarispusat 7.5 sm. Kedalaman air – 50 sm.
Warna bahagian dalam dinding dan dasar adalah hijau, biru atau kelabu.
Menyediakan tangki asuhan dengan mencuci tangki. Tangki dibersihkan dari
kekotoran dan lumut. Cuci dengan larutan garam – 10 g/l. Biarkan semalaman dan
bilas dengan air bersih dan keringkan selama 3 hari.

Memasukan air ke dalam tangki ke paras 20 sm. Tambahkan air hijau sehingga
ke paras 50 sm. Berikan pengudaraan secukupnya untuk memastikan air tangki
mengandungi oksigen terlarut yang tinggi iaitu melebihi 5 ppm. Jalankan ujian mutu
air. Pastikan mutu air berada pada paras yang sesuai untuk benih hidup
dan membesar.

Pengurusan asuhan benih ikan. Dengan melepaskan benih. Rega yang


berumur 5 hari dipindahkan ke tangki asuhan. Rega dilepaskan pada waktu pagi. Rega
dari tangki penetasan dipungut dengan tangguk tangan. Hitung dan lepaskan ke
dalam tangki asuhan. Kadar perlepasan adalah 10,000 ekor semeter persegi. Pastikan
suhu air dalam besen adalah sama dengan suhu air dalam tangki asuhan untuk elakan
benih mengalami tegasan akibat suhu yang berbeza.

Pemberian makanan semasa dilepaskan rega akan memakan plankton yang


terdapat di dalam air hijau. Air hijau kaya dengan infusoria, chorella, daphnia,
diatom, cladocera, rotifera dan sebagainya. Makanan tambahan seperti powder feed
yang mengandungi tepung ikan, dedak padi, kacang soya, mineral dan sebagainya
diberi kepada rega. Makanan tersebut mengandungi antara 32 – 36 % protein.
Makanan ini dicampur air dan bentuk seperti bola dan bubuh di dasar tangki. Rega
akan memakan makanan tersebut. Makanan diberi 4 kali sehari iaitu pada jam 8.00
pagi, 12.00 th, 4.00 ptg dan 8.00 mlm.

Pemantauan kualiti air dan kebersihan tangki dijalankan sekurang-kurangnya


seminggu sekali. Kualiti air yang sesuai adalah pH - 6.0 – 8.0, suhu - 26 – 32ºC,
ammonia - kurang dari 0.02 ppm, ferik - kurang dari 0.02 ppm
Pemantauan kesihatan ikan, benih ikan keli sering diserang parasit
terutamanya kutu insang (monogenetik trematoda ). Insang yang diserang akan rosak
dan reput. Benih akan sukar bernafas dan mati. Ikan yang sakit ditangkap dirawat
dengan garam pada kepekatan 10 g/l atau dipterex dengan kepekatan 2 ppm. Biarkan
semalaman dan buang air sebanyak 50 % dan tambah air bersih sehingga ke paras
asal. Kutu insang akan mati apabila terkena garam atau dipterex.

Pemantauan pembesaran benih perlu dijalankan setiap hari. Benih lambat


membesar disebabkan oleh faktor-faktor seperti tidak mendapat makanan yang
mencukupi, mutu air yang kurang baik, baka yang kurang bermutu, benih diserang
penyakit, persaingan untuk mendapat makanan dan ruang dan erlalu padat. Langkah-
langkah yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah di atas. Dalam keadaan
normal, benih akan mencapai saiz 5.0 – 7.5 sm selepas diasuh selama 40 – 45 hari.
Salah satu cara untuk mengelakan benih yang berbeza saiz ialah memindahkan benih
yang terlalu besar ke tangki yang berasingan. Benih yang terlalu kecil juga perlu
diasing ke tangki lain agar boleh bersaing dan membesar.

Kutipan hasil dalam masa tempoh asuhan : 40 – 45 hari, saiz benih telah
mencapai 5.0 - 7.5 sm. Saiz ini sesuai untuk diternak. Benih-benih tidak diberi makan
sehari sebelum ditangkap. Untuk menangkap benih surutkan sebanyak 50 %. Benih
ditangkap dengan jaring halus. Seterusnya keringkan tangki untuk menangkap semua
benih. Kira benih sebanyak 500 ekor, masukkan ke dalam beg plastik( 45 x 100 sm )
yang mengandungi 1/3 air. Masukan gas oksigen dan ikat dengan getah.

Anda mungkin juga menyukai