Anda di halaman 1dari 62

NOTA KULIAH : PENYAKIT IKAN (FMA 1001)

Latar belakang punca-punca penyakit ikan

1. Penyakit merupakan keadaan abnormal di mana keupayaan suatu ikan untuk mengekalkan
fungsi-fungsi fisiologi normalnya kian merosot. Ikan tersebut telah kehilangan
keseimbangannya dengan diri ataupun persekitarannya.

2. Wabak/Jangkitan penyakit ikan akan merugikan industri akuakultur dengan melibatkan


peningkatan kos akibat daripada kematian ikan, kos rawatan dan penurunan kadar
tumbesaran ikan.

3. Penyakit ikan merangkumi 2 kategori besar penyakit yang menjejaskan ikan :


a. Penyakit berjangkit (infectious diseases) – Penyakit ini disebabkan oleh organisma
patogenik (e.g. parasit, bakteria, virus dan fungus) yang berada dalam persekitaran
luar mahupun yang dibawa oleh ikan lain (pembawa; carrier). Ia boleh berjangkit dari
ikan terjangkit ke ikan yang lain. Maka rawatan perlu dibuat untuk mengawal ia
daripada merebak.
b. Penyakit tak berjangkit (noninfectious diseases) – Penyakit ini disebabkan oleh
masalah persekitaran, kekurangan nutrien (nutrient deficiency) atau kecacatan genetic
(genetic defects). Ia adalak tidak berjangkit, dan biasanya tidak dapat dirawat dari segi
perubatan.

4. Penyakit ikan sering berpunca dari terganggunya keharmonian saling interaksi di antara 3
komponen penting :

Rajah 1 : Faktor-faktor penyebab penyakit ikan


(http://edis.ifas.ufl.edu/FA005)

a. Ikan – Sistem perlindungan/pertahanan (e.g. imun) yang membolehkan individu


bermandiri dan memelihara homeostasisnya dari persekitaran dan patogen.
b. Persekitaran akuatik – Keadaan luaran yang mempengaruhi tumbesaran dan
pembiakan ikan, antaranya ialah factor fizikal seperti suhu, keamatan dan fotokala

1
cahaya, komposisi kimia air, kandungan biologi, ruang dan makanan serta rangsangan
ketakutan.
c. Patogen – Parasit, fungi, bacteria dan virus yang menyebabkan penyakit kepada ikan.

5. Untuk berlakunya jangkitan penyakit, patogen mesti berupaya menjangkiti ikan,


sementara perumah (ikan) harus berada dalam keadaan “dapat dijangkiti” (susceptible
state), serta keadaan persekitaran tertentu perlu wujud (e.g. tekanan).

6. Tekanan (stress) merupakan satu keadaan di mana haiwan tidak dapat mengekalkan
keadaan fisiologinya yang biasa akibat daripada factor-faktor yang menjejaskan
kesejahteraanya. Tekanan berlaku ke atas ikan apabila ia diletak di dalam suatu keadaan
yang melebihi tahap tolerasi biasanya.

7. Jenis-jenis tekanan pada ikan dapat dibahagikan kepada 4 kumpulan utama :

Jenis tekanan Contoh Punca tekanan


Tekanan kimia Kualiti air yang buruk Oksigen larut menurun, pH
yang kurang sesuai
Pencemaran Bahan kimia, racun perosak
Komposisi makanan Jenis protein dan amino asid
Sisa metabolisme Pengumpulan bahan
bernitrogen (e.g. ammonia
atau nitrit)
Tekanan biologi Densiti populasi Kesesakan
Spesis ikan yang lain Penganasan, sikap wilayah,
ruang berenang
Mikroorganisma Patogenik dan tak patogenik
Makroorganisma Parasit luar dan dalam
Tekanan fizikal Suhu *Pengaruh penting terhadap
sistem imun ikan
Cahaya
Bunyi
Gas-gas yang terlarut
Tekanan prosedur Pengendalian
(procedural stressors) Pengangkutan
Rawatan penyakit

8. Akibat daripada tekanan, keadaan fisiologi ikan beralih ke tahap terancam (alarm state) di
mana tenaga tambahan dibekalkan untuk tindakan “lawan atau lari” (fight or flight). [lihat
Rajah 2]

9. Biasanya ikan dapat bertahan (resist) kepada tekanan untuk suatu jangka masa. Dalam
masa ini, ikan mungkin kelihatan normal, padahal tenaga simpanan semakin berkurangan
akibat daripada tekanan yang membebankan. [lihat Rajah 2]

10. Jika ketegangan ini berkekalan, maka ikan itu akan mengalami kehabisan tenaga dan
terhaus (exhausted). Sistem imun turut dilemahkan dan ini meningkatkan peluang
2
pendedahan ikan kepada serangan patogen. Akhirnya ikan tersebut akan jatuh sakit
ataupun mati. [lihat Rajah 2]

Rajah 2 : Kesan tekanan ke atas ikan (http://edis.ifas.ufl.edu/FA005)

11. Beberapa perubahan keadaan fisiologi semasa ikan mengalami tekanan termasuk :
a. Peningkatan paras glukosa dalam darah akibat daripada rembesan hormon dari
kelenjar adrenal, dan juga kanji simpanan (glikogen) dalam hati dimetabilsmakan. Ini
bertujuan untuk membekalkan tenaga tambahan.
b. Osmokawalan (osmoregulation) terjejas akibat daripada perubahan dalam
metabolisma garam mineral. Ikan air tawar akan menyerap air berlebihan dari
persekitaran (hidrat-lebih; over-hydrated) sementara ikan laut akan kehilangan air
yang banyak ke persekitaran (dehidrat; dehydrated). Lebih tenega diperlukan untuk
menjalankan osmokawalan.
c. Peningkatan kadar respirasi dan tekanan darah, serta lebih banyak sel darah merah
simpanan dibebaskan ke sistem pengaliran darah.
d. Gerakbalas inflamasi (imun) direncat oleh penghasilan hormon dari kelenjar adrenal.

12. Dalam setiap wabak penyakit, tidak semua ikan akan dijangkit dan mati. Ini bergantung
kepada bagaimana gerakbalas individu ikan terhadap sesuatu patogen berpotensi.

13. Ikan mempunyai 4 batas (barriers) pertahanan untuk perlindungan daripada jangkitan :
a. Mukus (selaput lendir) – Batas fizikal yang menghalang kemasukan patogen dari
persekitaran ke badan ikan. Ia juga satu batas kimia yang mengandungi enzim
(lysozymes) dan antibodi.
b. Sisik dan kulit – Batas fizikal yang melindungi ikan dari kelukaan. Biasanya luka
membuka peluang untuk jangkitan patogen.

3
c. Inflamasi (inflammation) – Satu gerakbalas imun selular (cellular) yang tak spesifik
terhadap protein asing (yang barasalkan bakteria, virus, fungus, parasit atau toksin).
Ciri-ciri inflamsi adalah kesakitan (pain), bengkak (swelling), merah (redness), panas
(heat) dan kehilangan fungsi (loss of function).
d. Antibodi – Gerakbalas imun selular yang spesifik dalam bentuk molekul
(immunoglobulin) yang menyerang antigen (patogen atau protein asing).

14. Kesan-kesan tekanan terhadap batas pertahanan ikan :


a. Mukus – Mengganggu keadaan kimia dan fizikal pada mukus maka membuka peluang
kepada patogen dari persekitaran.
b. Sisik dan kulit – Luka yang mendedahkan ikan kepada serangan patogen.
c. Inflamasi (inflammation) – Rembesan hormon dan keadaan suhu (terlalu sejuk atau
panas) menjejaskan gerakbalas inflamasi.
d. Antibodi – Suhu yang menurun mendadak menjejaskan penghasilan antibodi. Tekanan
yang berkekalan juga mengganggu system imun ikan.

15. Kunci untuk meminimakan wabak penyakit ikan adalah mengekalkan mutu air, nutrien
yang bersesuaian dan kebersihan. Mencegah adalah selalu lebih bijak daripada merawat.

References :
1. Aquaculture Science (2nd ed.) by Rick Parker. Publisher: Delmar, US (2002)
2. Patologi Ikan by Ronald J. Roberts; translated by Faizah Shaharom & Noor Azhar
Mohd. Shazili. Publisher: UPM (1988)
3. http://edis.ifas.ufl.edu/FA005

Penyakit ikan – Penyakit berjangkit – Parasit

1. Parasitisme merupakan sejenis simbiosis (= hidup bersama) yang melibatkan saling


bergantung/interaksi di antara organisma yang berlainan.

2. Selain daripada parasitisme, 2 jenis simbiosis yang lain ialah mutualisme ( = kedua-dua
pihak dapat manfaat dan saling memerlukan untuk terus hidup; +/+) dan komesalisme
(commesalisme = satu pihak dapat manfaat manakala yang satu lagi tiada kesan baik
mahupun buruk; +/0).

3. Parasitisme dikenali sebagai satu hubungan langsung yang obligat di antara 2 organisma
di mana satu pihak (parasit) hidup dengan bergantung secara fisiologi ataupun
metabolisme kepada pihak yang satu lagi (perumah). Akibatnya, parasit mendapat
kebaikan tetapi mendatangkan kesan buruk kepada perumahnya (+/-).

4. Secara umum, terdapatnya 2 jenis parasit berdasarkan kepada kedudukannya pada


perumah :
a. Ektoparasit (ectoparasite) – Parasit yang hidup pada bahagian luar badan perumah.
b. Endoparasit (endoparasite) – Parasit yang hidup di dalam badan perumah.

4
5. Berdasar kepada kitar hidup parasit, terdapat 2 jenis perumah secara amnya :
a. Perumah akhir (definitive host) – Perumah di mana suatu parasit mencapai
kematangan seksnya.
b. Perumah perantara (intermediate host) – Perumah ini diperlukan untuk perkembangan
parasit, tetapi bukan untuk kematangannya.

6. Antara kesan-kesan parasit ke atas perumahnya adalah :


a. Persaingan untuk nutrien – Parasit menyerap nutrien dan sesetengah menghisap darah
daripada perumahnya.
b. Kerosakan tisu – Parasit mengakibatkan luka, inflamasi, perdarahan dan sebagainya ke
atas perumah.
c. Perubahan tisu – Jangkitan parasit menyebabkan peningkatan kadar pembahagian sel
(hyperplasia) dan saiz sel (hypertrophy), perubahan sel tisu (metaplasia) atau
pertumbuhan tumor (neoplasia).
d. Penghasilan toksin dan rembesan.
e. Gangguan mekanikal – Terdapat parasit yang menyebabkan saluran limfa, usus atau
salur darah tersumbat.

7. Dalam konteks ini, parasit yang dimaksudkan hanya dihadkan kepada organisma dari
alam haiwan (animal kingdom) tanpa merangkumi fungus dan bakteria yang tumbuh pada
ikan.

8. Terdapat beribu-ribu spesis parasit ikan dan banyak lagi bakal ditemui. Walau
bagaimanapun, hanya sebilangan daripadanya yang sangat mudarat kepada ikan.

9. Majoriti individu ikan dalam populasi liar dan ternakan (akuakultur) adalah penuh dengan
parasit, tetapi kebanyakannya tidak mendatangkan padah kepada ikan perumah. Namum
begitu, parasit boleh menyebabkan perebakan penyakit yang serius di kalangan ikan
ternakan yang dipelihara dalam populasi yang tinggi.

10. Dalam keadaan persekitaran yang tertentu (e.g. suhu air yang suam), populasi ikan yang
padat dapat mendorong kehadiran suatu spesis parasit pada paras populasi yang sangat
tinggi. Bilangan parasit yang diperlukan untuk memudaratkan ikan bergantung kepada
spesis dan saiz perumah serta keadaan kesihatannya.

11. Kebanyakan spesis parasit adalah perumah-khusus (host-specific) dengan menyerang satu
ataupun sebilangan spesis perumah tertentu. Individu spesis parasit memberi kesan yang
berbeza ke atas perumah yang berlainan.

12. Parasit ikan menunjukkan kepelbagaian kitar hidup yang tinggi yang dapat dikelaskan
berdasarkan :
a. Cara penyebaran – Parasit dapat menyebar secara mendatar (horizontal) ataupun
menegak (vertical). Cara mendatar melibatkan penyebaran parasit dari ikan yang
dijangkiti ke ikan yang berdekatan. Cara menegak adalah agak jarang di mana parasit
disebarkan oleh ibu ke anaknya.
b. Perumah – Parasit dengan kitar hidup langsung hanya melibatkan satu perumah.
Sementara itu kitar hidup tak langsung memerlukan perumah perantara.

5
c. Pergandaan – Sesetengah parasit berganda dalam perumah akhirnya (e.g. protozoa).
Terdapat juga parasit yang tidak berganda dalam perumahnya (e.g. kebanyakan
helmint), maka bilangan parasit meningkat menerusi pengambilan.

13. Selalunya kitar hidup parasit melibatkan satu atau lebih perumah perantara. Parasit wujud
di dalam perumah perantara dalam bentuk larva atau juvenilnya.

14. Parasit disebar dari perumah perantara ke perumah perantara yang lain atau perumah akhir
melalui pemakanan (pemangsaan oleh perumah seterusnya) atau perlepasan parasit dari
perumah lama lalu ia menyerang/memasuki perumah yang baru.

15. Banyak parasit menghabiskan sebahagian kitar hidupnya dalam persekitaran di luar
perumah.

16. Parasit dengan kitar hidup langsung menjangkiti perumah melalui larva bebas (dalam
persekitaran)yang meyerang ataupun melalui spora atau telur yang dimakan.

17. Pengkhususan perumah : bilangan spesis perumah berbeza yang dapat dijangkiti oleh satu
spesis parasit adalah terhad. Kebanyakan parasit mempunyai perumah yang terhad kepada
spesis-spesis perumah yang berkait rapat.

18. Walaupun suatu parasit dapat menjangkiti lebih daripada satu perumah, ia mungkin
tumbesar/hidup dengan baik dalam spesis perumah yang tertentu sahaja.

19. Pengkhususan perumah suatu parasit mungkin berubah pada peringkat kitar hidupnya
yang berlainan.

20. Pengkhususan perumah adalah berkaitan dengan 3 peringkat dalam kitar hidup parasit :
a. Pencarian perumah – Parasit biasanya berada di kawasan ekologi dan geografi yang
sama dengan perumahnya.
b. Pemilihan perumah – Parasit perlu dapat memasuki dan menetap di dalam perumah
dengan keadaan kimia atau fizikal yang bersesuaian.
c. Tumbesaran dan pembiakan – Parasit mesti memperolehi nutrien dan rangsangan yang
bersesuaian daripada perumah. Selain itu, ia perlu dielakkan dari serangan/gerakbalas
imun perumah.

References
1. http://www.aber.ac.uk/parasitology/Edu/Para_ism/PaIsmTxt.html
2. http://www.aber.ac.uk/parasitology/Edu/LifeCycl/CycleTxt.html
3. http://www.aber.ac.uk/parasitology/Edu/HostSpec/HostTxt.html
4. http://biology.dbs.umt.edu/biol400/
5. Aquaculture Science (2nd ed.) by Rick Parker. Publisher: Delmar, US (2002)
6. Patologi Ikan by Ronald J. Roberts; translated by Faizah Shaharom & Noor Azhar Mohd.
Shazili. Publisher: UPM (1988)

6
Parasit ikan – Kumpulan Protozoa

1. Kumpulan Protozoa terdiri daripada sejumlah besar organisma eukariotik yang bersel
tunggal. Terdapat ~45,000-50,000 spesis protozoa dan ~20-50% daripadanya merupakan
parasit. Kebanyakan protozoa hidup bebas dalam persekitaran akuatik.

2. Protozoa adalah parasit ikan yang paling biasa dijumpai. Ia senang dikenalpasti dan juga
secara amnya senang dikawal.

3. Biasanya protozoa parasitik mempunyai kitar hidup langsung tanpa memerlukan perumah
perantara untuk membiak melainkan protozoa parasitik darah yang mempunyai kitar
hidup kompleks dengan adanya perumah perantara.

4. Protozoa parasitik dapat berkumpul dengan bilangan yang banyak pada permukaan (kulit,
sisik atau sirip) atau insang perumah ikan. Parasit yang menjangkiti insang menyebabkan
masalah pernafasan dan kematian berlaku apabila tekanan tambahan dari persekitaran
wujud. Parasit pada permukaan ikan memberi kesan mudarat jika disertai jangkitan
sekunder oleh bakteria atau fungus.

5. Dalam konteks ini, hanya 3 kumpulan protozoa parasitik ikan yang penting dan umum
akan dibincangkan. Antaranya adalah :
A. Ciliates – Ichthyophthirius, Chilodonella, Trichodina
B. Flagellates – Ichthyobodo
C. Myxozoa

A. Ciliates :
6. Kebanyakan protozoa parasitik ikan berada dalam kumpulan ciliates. Organisma dalam
kumpulan ini mempunyai struktur halus seperti bulu yang disebut silia (cilia) untuk
pergerakan dan/atau permakanan.

7. Ciliates mempunyai kitar hidup langsung dan kebanyakannya menghabitatkan ikan


ternakan kolam. Biasanya cilaites hanya memudaratkan ikan apabila bilangannya menjadi
besar.

8. Jangkitan ciliates menandakan masalah kebersihan kerana kebanyakan parasit ini


membiak dalam sisa-sisa organik pada dasar kolam atau tangki. Ciliates merebak dari
kolam ke kolam melalui pukat, hos atau tangan pekerja.

9. Simptom biasa bagi penyakit ciliates termasuk gangguan pada kulit dan insang ikan yang
ditunjukkan sebagai pergerakan tiba-tiba (flashing/abrupt move), mengesel badan dan
pernafasan cepat.

10. Antara ahli-ahli ciliates yang akan dibincangkan adalah Ichthyophthirius, Chilodonella
dan Trichodina.

I. Ichthyophthirius :
i. Ichthyophthirius multifiliis ialah ektoparasit yang menyebabkan penyakit ikan yang
dinamakan “ich” atau penyakit bintik putih (white spot disease).

7
ii. I. multifiliis merupakan protozoa parasitik ikan yang terbesar dengan diameter ~0.1-1
mm. Selnya ditutupi oleh silia dan mengandungi makronukleus berbentuk ladam kuda
(horseshoe) [Rajah 3a & b] yang hampir mengelilingi mikronukleus-nya, beberapa
vakuol mengecut dan satu cytopyge (tempat untuk eksositosis) pada hujung anterior.

Rajah 3a: I. multifiliis (http://edis.ifas.ufl.edu/FA041)

Rajah 3b: I. multifiliis Rajah 4 : Tomont


(http://ag.ansc.purdue.edu/courses/aq448/diseases/parasites.htm)

iii. Trophont (trophozoite; bentuk vegetatif protozoa) memperolehi nutrient dari sel
epitelium dan cecair badan ikan. Trophont yang matang keluar dari struktur seperti
bisul pada permukaan perumah. Trophont yang terbebas ini jatuh ke dasar kolam dan
silianya merembeskan sista (cyst) untuk menyalutinya.
iv. Di dalam tomont (peringkat sista) [Rajah 4], pembahagian sel berlaku dengan cepat
dan akhirnya beribu-ribu theront (tomite) dibebaskan. Theront akan menyerang ikan
pada tisu kulit dan insang dan memulakan kitar hidup Ichthyophthirius yang baru.
[Rajah 5]

8
Rajah 5: Kitar hidup Ichthyophthirius (A & B : Trophont; C : Tomont; D : Theront)
(http://www.aquatic-hobbyist.com/profiles/disease/freshwater/ich.html)

v. Kitar hidup Ichthyophthirius adalah bergantung kepada suhu persekitaran di mana ia


disingkatkan dengan suhu air yang tinggi.
vi. Peringkat trophont dan tomont adalah rintang kepada bahan kimia kerana masing-
masing dilindungi mukus ikan dan sista. Hanya peringkat theront yang peka kepada
rawatan kimia (e.g. formaldehid cair, malachite green, methylene blue, kalium
permaganat). Theront hanya mampu hidup di persekitaran luar selama 2-3 hari.
vii. Ichthyophthirius menjejaskan kesihatan ikan secara :
a. Mengganggu lapisan epidermis dengan penghasilan mucus yang berlebihan.
Pembebasan trophont yang matang dari kulit ikan mengakibatkan hakisan
epitelium dan penebalan kutikel. Ikan yang terjangkit kelihatan puith kelabu dan
akan mati disebabkan kegagalan osmokawalan.
b. Mengganggu pertukaran gas pada filament insang (di mana oksigen memasuki
darah).
viii.Protozoa laut yang menyebabkan penyakit bintik putih pada ikan air masin ialah
Cryptocaryon irritans.

II. Chilodonella :
i. Chilodonella ialah ektoparasit yang menyebabkan ikan merembeskan mukus
berlebihan maka kulitnya kelihatan kelabu(cloudiness).
ii. Chilodonella adalah pipih (flat) dan berbentuk seperti jantung (heart-shaped) dengan
“notch” (bentuk V) pada hujung posterior sel. Pada hujung ini juga terdapatnya
makronukleus, sementara itu mikronukleus berada berdekatan atau dalam
makronukleus. Panjang sel adalah ~60-80 µm (mikron, 10-6m) dengan barisan silia
sepanjang paksi (axis) memanjang. [Rajah 6a & b]
iii. Ia bergerak dengan mengelunsur di atas sel epitelium dan meragut dengan
menggunakan farinks untuk menembusi sel perumah dan menghisap darinya.
iv. Ia membiak dengan pembahagian sel secara belah-dua (binary fission) pada suhu
optima di antara 5-10oC. Oleh itu, ia dapat mengdatangkan masalah kesihatan kepada
ikan musim sederhana/sejuk. Sistem imun ikan adalah kurang berkesan pada suhu
rendah.
v. Parasit ini menyebabkan kematian ikan dengan menjejaskan keseimbangan pernafasan
dan osmokawalan di samping kerosakan insang yang serius.

9
Rajah 6a : Chilodonella (http://edis.ifas.ufl.edu/FA041)

Rajah 6b : Chilodonella (http://aquanic.org/publicat/usda_rac/efs/srac/4701fs.pdf)

vi. Formalin, kuprum sulfat (CuSO4) dan kalium permaganat (KMnO4) telah digunakan
secara berkesan untuk merawat Chilodonella.
vii. Protozoa air masin yang setara dengan Chilodonella ialah Brooklynella yang
menyebabkan lesi (lesion) serius pada insang ikan laut.

III. Trichodina :
i. Secara amnya, Trichodina merujuk kepada protozoa dari 3 genera : Trichodina,
Trichodonella dan Tripartiella yang menyebabkan penyakit trichodinosis.
ii. Trichodina biasa dijumpai pada permukaan ikan. Tidak seperti parasit lain, ia tidak
menghisap nutrien daripada ikan tetapi hanya menganggapnya sebagai perumah
singgah dan pengangkutan.
iii. Ia nampak seperti topi apabila dipandang dari sisi. Sementara itu, pandangan atas
menunjukkan bentuk cakera yang terdiri daripada lilitan silia (untuk bergerak dan
memakan), gelang-gelang sepusat dan dentikel (denticle; struktur bergigi untuk tujuan
perlekatan pada perumah) berbentuk kail (hook-like) pada cakera pelekat/penyedut
(adhesive or sucking disk) untuk melekatkan diri pada perumah. [Rajah 7a, b & c]

10
Rajah 7a : Trichodina (http://edis.ifas.ufl.edu/FA041)

Rajah 7b : Trichodina (top view) Rajah 7b : Trichodina (side view)


(http://freshaquarium.about.com/gi/dynamic/offsite.htm?zi=1/XJ&sdn=freshaquarium&zu=http%3A%2F%
2Fwww.fishdoc.co.uk%2Fmicroscope%2Fmicro01.htm)
(http://www.koicarp.net/koi_medication/parasites2.html)

iv. Trichodina menjangkiti kulit dan insang ikan. Trichodina insang (<30µm) berdiameter
lebih kecil daripada Trichodina kulit (~50µm) dan ia bergerak lebih pantas.
v. Pembiakan secara belah dua (binary fission) dan juga konjugasi (conjugation) melalui
proses yang agak kompleks.
vi. Jangkitan Trichodina biasanya berkaitan dengan mutu air yang rendah (hasil daripada
pemberian makanan yang berlebihan) dan keadaan yang sesak.
vii. Trichodina adalah tidak mendatangkan padah pada bilangan kecil. Tetapi, apabila ia
wujud dengan berlebihan, ia menyebabkan kerosakan sel yang dilekatkan oleh
dentikelnya dengan memberi kesan-kesan berikut pada ikan :
a. Rembesan mukus yang berlebihan menyebabkan kulit kelihatan puith atau biru.
b. Nekrosis (necrosis; kematian setempat pada sel) sel epitelium yang mengakibatkan
lesi pada kulit (ulser; ulcer) dan insang (bengkak; swelling).
viii.Trichodina dapat dibunuh selepas sekali rawatan dengan formalin, CuSO4, KMnO4
atau asid asetik.
11
B. Flagellates :
11. Protozoa berflagela (flagellated protozoans) adalah parasit kecil yang menjangkiti ikan
secara luaran (external) dan dalaman (internal). Ciri-ciri pentingnya ialah mempunyai satu
atau lebid flagella yang membolehkan ia bergerak secara “jerky motion” (berenang secara
berpilin dengan tersentak-sentak).

12. Disebabkan saiz kecil dan cara pergerakannya, flagellates perlu dilihat dengan mikroskop
pada pembesaran 200 atau 400x, biasanya dengan pengenalpastian struktur flagella.

13. Protozoa parasitic kumpulan flagellates yang paling biasa menjangkiti ikan ialah
Ichthyobodo (dulu dikenali sebagai Costia).

Ichthyobodo :
i. Ichthyobodo didapati di merata dunia dan ia menjangkiti semua ikan air tawar dengan
penyakit costiasis, juga dikenali sebagai penyakit lender biru (blue slime disease).
ii. Ichthyobodo adalah ektoparasit kecil dengan saiz 10-15 µm. Sel yang berenang bebas
berbentuk bujur atau seperti ginjal (reniform) dengan 2 pasang flagella yang berlainan
panjang pada alur (groove) sel. Sel kelihatan berbentuk seakan-akan buah pear
(pyriform) apabila ia melekat pada perumah menerusi organ pencengkamnya. [Rajah
8a & b]

Rajah 8a : Ichthyobodo (http://edis.ifas.ufl.edu/FA041)

Rajah 8b : Ichthyobodo (http://aquanic.org/publicat/usda_rac/efs/srac/4701fs.pdf)

12
iii. Pasangan flagela yang panjang menonjol dari sel Ichthyobodo dan mengakibatkan
pergerakan sentakan (jerky) pada protozoa ini.
iv. Ichthyobodo membiak secara belah dua pada suhu di antara 10-25oC. Ia membentuk
sista (encyst) pada suhu di bawah 8oC, manakala ia tidak dapat hidup pada suhu
melebihi 30oC. Ia membiak lebih cepat pada suhu yang lebih tinggi.
v. Ichthyobodo boleh menjangkiti ikan pada peringkat muda (anak ikan yang baru mula
memakan) pada suhu serendah 10°C.
vi. Jangkitan berlaku pada permukaan kulit, insang dan sirip. Akibatnya ikan
merembeskan mukus berlebihan (penyakit lendir biru di mana bahagian dorsal ikan
kelihatan kelabu atau biru), dan juga mengalami bengkak pada insang dan kerosakan
sirip.
vii. Rawatan dengan formalin, CuSO4 dan KMnO4 adalah berkesan.

C. Myxozoa :
14. Protozoa myxozoa merangkumi kumpulan besar endoparasit yang menjangkiti banyak
spesis ikan pada pelbagai tisu atau organnya.

15. Ciri-ciri khas myxozoa termasuk spora multisel dan wujudnya kapsul kutub (polar
capsules) dalam spora.

16. Secara amnya, myxozoa mempunyai kitar hidup tak langsung yang melibatkan peringkat-
peringkat seksual dan aseksual di dalam perumah ikan dan cacing analida (annelid).

17. Antara 2 spesis protozoa myxozoa yang penting ialah Myxobolus cerebralis dan
Henneguya.

I. Myxobolus cerebralis :
i. Myxobolus cerebralis terkenal dengan menyebabkan “penyakit memutar” (whirling
disease) pada anak ikan jenis salmon (e.g. rainbow trout).
ii. Ia menghasilkan spora bujur berdiameter ~10 µm yang disaluti mukus tebal pada
separuh hujung posterior spora. Spora mengandungi 2 kapsul kutub yang jelas di mana
terdapatnya filamen kutub (polar filaments) berlingkar yang digunakan untuk melekat
pada sel ikan. [Rajah 9]

http://www.fishdisease.net/fd/disease_imag
es/image.php?img_id=10)

Rajah 9 : Myxospore Myxobolus cerebralis (http://www.zin.ru/BioDiv/myxoso50.htm;


13
iii. Ia mempunyai kitar hidup tak langsung yang kompleks dengan melibatkan perumah
akhir (ikan) dan perumah perantara (cacing analida) di mana sporulasi berlaku di
kedua-dua perumah.
iv. Spora yang beasal dari ikan disebut myxospore akan memasuki badan cacing dan
seterusnya spora yang disebut actinospore dihasilkan dari perumah perantara itu.
[Rajah 10]

Rajah 10 : Actinospore Myxobolus cerebralis


(http://www.vetmed.uni-muenchen.de/zoofisch/elmatbouli_main.htm3)

v. Actinospore memasuki badan ikan lalu melepaskan sporoplasma yang akan


menjangkit tisu rawan pada bahagian kepala dan tulang belakang. Di sini trophozoite
menjadi matang dan membentuk myxospore yang rintang terhadap persekitaran untuk
bertahun-tahun.
vi. Myxobolus cerebralis menyebabkan pembengkokan tulang belakang dan akibatnya
ikan berenang berputar. Ia juga menjadikan ekor ikan berwarna hitam. [Rajah 11a & b]
vii. Penyakit ini tidak dapat dirawat. Penyahjangkitan kolam perlu dilakukan dengan
kalsium siananida (calcium cyananide), batu kapur atau klorin. Rawatan air dengan
cahaya ultra ungu dapat mengurangkan spora.

Rajah 11a : Ikan mengalami kerosakan/pembengkokan tulang belakang


(http://www.orst.edu/dept/salmon/projects/salmon-parasites.html)

Rajah 11b : Ikan trout dengan ekor berwarna hitam


(http://www.vetmed.uni-muenchen.de/zoofisch/elmatbouli_main.htm3)
14
II. Henneguya :
i. Henneguya merupakan endoparasit yang kurang patogenik, tetapi bilangan yang
banyak boleh memudaratkan ikan dari segi pernafasan.
ii. Myxosporanya mengandungi 2 kapsul kutub dan satu struktur seperti ekor yang
menonjol dari sampul spora. Spora berdiameter 8-24 µm dengan struktur ekor
sepanjang 20-45 µm. [Rajah 12a & b]

Rajah 12a : Henneguya (http://edis.ifas.ufl.edu/FA041)

Rajah 12b : Henneguya (pc = kapsul kutub, bar = 5 µm)


(http://www.orst.edu/dept/salmon/projects/salmon-parasites.html)

iii. Kitar hidupnya kurang diketahui dan mungkin menyerupai kitar hidup Myxobolus
cerebralis.
iv. Spora Henneguya biasa dijumpa dalam sista (cysts) pada kulit, insang dan sirip. Sista
juga pernah dijumpa pada dan juga di organ dalam seperti otak, hati, ginjal dan limpa.
v. Sista pada lamela insang (intralamellar dan interlamellar) menyebabkan kerosakan
insang dan menjejaskan pernafasan ikan.
vi. Jangkitan Henneguya tidak dapat dirawat.

References :
1. http://edis.ifas.ufl.edu/FA041
2. Patologi Ikan by Ronald J. Roberts; translated by Faizah Shaharom & Noor Azhar Mohd.
Shazili. Publisher: UPM (1988)
3 http://cvm.msu.edu/courses/mic569/docs/parasite/ICK.HTML
4. http://www.aquaworldnet.com/dbws/protozoal.htm
5. http://www.koicymru.co.uk/parasites.htm
6. http://ag.ansc.purdue.edu/courses/aq448/diseases/parasites.htm
7. http://aquanic.org/publicat/state/il-in/ces/white.pdf

15
8. http://aquanic.org/publicat/usda_rac/efs/srac/4701fs.pdf
9. http://ag.ansc.purdue.edu/courses/aq448/diseases/parasites.htm
10.http://freshaquarium.about.com/gi/dynamic/offsite.htm?zi=1/XJ&sdn=freshaquarium&zu=
http%3A%2F%2Fwww.fishdoc.co.uk%2Fmicroscope%2Fmicro01.htm
11. http://ag.ansc.purdue.edu/courses/aq448/diseases/parasites.htm
12. http://www.afip.org/vetpath/POLA/99/Diseases_of_Fish.htm
13. http://www.biologie.uni-erlangen.de/parasit/contents/research/myxobol.html
14. http://www.afip.org/vetpath/POLA/99/Diseases_of_Fish.htm
15. http://www.cichlid-forum.com/articles/diseases_int_protozoan.php

Parasit ikan – Kumpulan Monogenea

1. Parasit ikan dalam kumpulan Monogenea terdiri daripada cacing pipih (flatworms) dari
filum Platyhelminthes (Greek : "platy"= flat, "helminth"= worm).

2. Taksonomi lama memasukkan monogenea di dalam kelas Trematoda (juga disebut flukes)
maka parasit manogenea juga dikenali dengan nama fluk monogenetik (monogenetic
flukes).

3. Kini monogenea membentuk satu kelas tersendiri di bawah filum Platyhelminthes


berdasarkan kajian filogenetik (phylogenetic) moden.

4. Kebanyakan monogenea merupakan ektoparasit yang memperumahkan vertebrata darah


sejuk khasnya ikan dan amfibia. Ia biasanya menjangkiti bahagian kulit, insang dan sirip
ikan.

5. Monogenea melekat pada ikan melalui organ posterior yang disebut haptor. Haptor terdiri
daripada 2 cangkuh/sauh (hook/anchor) utama yang dikelilingi 12-16 cangkuh pinggir
(marginal hooklets) [Rajah 13]; ia juga boleh mengandungi struktur penyepit (clamps).

Rajah 13 : Struktur haptor


(http://www.umanitoba.ca/faculties/science/zoology/faculty/dick/z346/monopisthohome.html)

16
6. Monogenea bergerak sekitar permukaan badan ikan dan memperolehi makanan dari
mucus kulit, sel epithelium dan darah dengan bantuan haptor untuk melekatkan dirinya.
Terdapat juga yang menetap pada satu tapak yang sama pada perumahnya (site-specific).

7. Monogenea mempunyai kitar hidup langsung dengan hanya melibatkan satu perumah
yang khusus (host-specific). Oleh kerana ia bergantung kepada perumah tunggal untuk
membiak dan merebak, biasanya ia tidak akan membahayakan perumahnya kecuali dalam
kolam yang sesak.

8. Seperti cacing pipih yang lain, monogenea adalah hermafroditik (hermaphroditic) di mana
setiap individu mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina yang menghasilkan telur
dan sperma masing-masing. Maka pembiakannya ialah secara seks.
9. Antara parasit monogenea yang penting pada ikan ialah Gyrodactylus dan Dactylogyrus.

I. Gyrodactylus :
i. Ahli genus ini juga dinamakan fluk kulit (skin flukes) kerana ia biasanya dijumpa
pada kulit ikan.
ii. Ia menyebabkan gangguan pada kulit ikan maka ikan giat mengesel badannya
yang seterusnya mengakibatkan luka pada kulit yang membuka peluang kepada
patogen lain.
iii. Gyrodactylus berukuran sepanjang 0.3-1 mm. Ia mempunyai hujung anterior yang
berstruktur seperti 2 tonjolan dan tiada bintik mata (eye spot) pada badannya.
[Rajah 14a & b]

Rajah 14a : Gyrodactylus (http://www.fao.org/docrep/field/373987/3739870p.htm)

Rajah 14b : Gyrodactylus (dengan embrio) (http://www.blueridgekoi.com/disease_issues.htm)


17
iv. Ia dapat dilihat dari “scrape” kulit ikan terjangkit dengan mikroskop pada
pembesaran 30X. Pada pembesaran 100X, cangkuh utama dan kandungan anaknya
(biasanya dengan cangkuh juga) dapat dilihat dengan jelas.
v. Berbeza dengan monogenea yang lain, Gyrodactylus adalah vivipar (melahirkan
anak). Anaknya adalah mirip dengan dewasa (sub-adult) dan matang dari segi seks
walaupun sebelum ia dilahirkan. Yang paling menakjubkan ialah anak itu dapat
mengandungkan embrio yang berkembang penuh di dalam uterusnya. Embrio
kedua ini boleh membawa satu lagi embrio ketiga, dan seterusnya yang keempat.
Ini bermaksud sebanyak 5 generasi mungkin wujud dalam satu Gyrodactylus!
Maka ia mempunyai kadar dan potensi yang tinggi untuk membiak. [fig5.14 &
5.15 pg.82-3,dis. Carp –go scan]
vi. Satu Gyrodactylus bertanggungjawab kepada penghasilan ~2000 individu yang
lain. Kadar pembiakan meningkat dengan suhu dalam julat suhu hidupnya (15-
20°C). Kitar hidupnya akan dimusnahkan jika bentuk dewasanya dibunuh.
vii. Anak yang baru dilahirkan sedia melekat/menjangkiti ikan yang sama atau lain. Ia
akan mati jika gagal mendapat perumah dalam 48 jam. Sementara itu,
Gyrodactylus dewasa dapat hidup selama 10 hari tanpa perumah.
viii.Aktiviti pelekatan (dengan cangkuk) dan pemakanan Gyrodactylus menyebabkan
lesi (lesions) pada bahagaian kulit, sirip dan insang yang akan didatangi jangkitan
sekunder.
ix. Rawatan dibuat dengan menggunakan bahan kimia seperti formalin, natrium
klorida (garam), methylene blue dan benzalkonium klorida.

II. Dactylogyrus :
i. Dactylogyrus biasanya menjangkiti bahagian insang ikan. Maka ia juga dipanggil
fluk insang (gill flukes).
ii. Ia menyebabkan gangguan pada insang ikan dan menyebabkan ikan mengesel
operkulumnya pada sebarang permukaan yang sesuai. Kerosakan tisu insang yang
serius boleh berlaku walaupun dengan bilangan parasit yang sedikit.
iii. Dactylogyrus bersaiz lebih besar daripada Gyrodactylus dengan panjang mencapai
2 mm. Ia mempunyai hujung anterior dengan 4 struktur tonjolan dan juga
terdapatnya 4 bintik mata. [Rajah 17a & b]

Rajah 17a : Dactylogyrus (http://www.fao.org/docrep/field/373987/3739870p.htm)

18
Rajah 17b : Dactylogyrus (http://www.blueridgekoi.com/disease_issues.htm)

iv. Ia dapat dilihat dari kikisan (scrape) insang ikan yang terjangkit dengan mikroskop
pada pembesaran 30X. Pemastian melalui struktur dibuat pada pembesaran 100X.
v. Dactylogyrus merupakan ovipar, iaitu ia menghasilkan telur yang dibebaskan ke
persekitaran. Jangka masa penetasan telur bergantung kepada suhu : beberapa hari
pada 22-25°C tetapi 5-6 bulan pada 1-2°C. Telurnya adalah agak rintang kepada
rawatan kimia.
vi. Telur Dactylogyrus menetas kepada larva bersilia yang disebut onkomirasidia
(oncomiracidia) yang dibawa ke perumah dengan arus air atau berenang. Ia hanya
dapat hidup 10-20 jam di persekitaran sebelum ia mendapat perumahnya.
vii. Setelah onkomirasidia melekat pada permukaan ikan, ia akan merangkak ke
bahagian insang dan membesar di sana.
viii.Insang ikan terjangkit membengkak atau menjadi pucat. Ini mendatangkan
tekanan pernafasan kepada ikan.
ix. Kaedah rawatan adalah bersamaan dengan Gyrodactylus.

References :
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Flatworm
2. http://faculty.vassar.edu/mehaffey/academic/animalstructure/outlines/platyhelminthes.html
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Trematode
4. Diseases of carp and other Cyprinid fishes. By D. Hoole et al. London:Fishing News
Books. (2001)
5. Patologi Ikan by Ronald J. Roberts; translated by Faizah Shaharom & Noor Azhar Mohd.
Shazili. Publisher: UPM (1988)
6. http://www.biosci.ohio-state.edu/~parasite/monogenea.html
7. http://en.wikipedia.org/wiki/Monogenea
8. http://bioweb.uwlax.edu/zoolab/Table_of_Contents/Lab-4a/Class_Monogenea/class_
monogenea.htm
9. http://edis.ifas.ufl.edu/scripts/FA033
10. http://www.bonniesplants.com/sick_injured_fish/parasites.htm
11. http://www.living-jewels.co.uk/koi_health/gyrodactylus.asp
12. http://www.biosci.ohio-state.edu/~parasite/gyrodactylus.html
13. http://ukdiscus.co.uk/microscope.htm#Examination_of_the_mucus_smear
14. http://www.cvm.missouri.edu/cvm/courses/vm556/Platyhelminths/Trematodes

19
Parasit ikan – Kumpulan Digenea (Trematoda)

1. Seperti monogenea, parasit ikan dari kumpulan digenea (juga dikenali sebagai fluk atau
trematoda; trematode) terdiri daripada cacing pipih. Tetapi ia berbeza daripada
monogenea dengan mempunyai kitar hidup kompleks yang melibatkan sekurang-
kurangnya 2 perumah.

2. Ikan boleh menjadi sama ada perumah akhir di mana parasit trematoda matang, ataupun
perumah perantara dengan atau tanpa peringkat sista bagi trematoda.

3. Trematoda dewasa mempunyai bentuk badan yang pipih secara dorso-ventral dengan
penyedut (sucker) luaran untuk tujuan melekat dan makan. [Rajah 18]

Rajah 18 : Trematoda

4. Di dalam badan trematoda terdapatnya sistem-sistem penghadaman, pembiakan,


perkumuhan dan saraf, serta perkembangan otot yang baik.

5. Secara tradisi, trematoda dibahagikan kepada 2 order utama :


a. Gasterstomata – mempunyai mulut di bahagian tengah badan.
b. Prosostomata – mempunyai mulut pada hujung badan.

6. Prosostomata biasanya mempunyai 2 penyedut (sucker) : satu penyedut ventral untuk


melekatkan parasit pada perumah, manakala satu lagi penyedut oral mengandungi
bahagian mulut dan ia terletak pada hujung anterior badan trematoda.

7. Seperti monogenea, kebanyakan trematoda adalah hermafroditik (hermaphroditic) iaitu ia


mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina.

20
8. Trematoda adalah ovipar dan majoriti telurnya menetas di luar perumah lalu
membebaskan larva bersilia yang disebut mirasidia (miracidia). [Rajah 19]

9. Mirasidia dapat hidup bebas selama beberapa jam untuk mendapatkan perumah
perantaranya yang biasanya moluska (mollusc). Di dalam perumah ini ia menjalani
pembiakan aseks untuk menghasilkan serkaria (cercaria).

10. Serkaria perlu mendapat perumah keduanya iaitu ikan dalam masa 24 jam untuk terus
hidup. Ikan boleh menjadi perumah akhir atau perantara bergantung kepada spesis
trematoda.

Rajah 19 : Kitar hidup trematoda

11. Jika ikan adalah perumah akhir, serkaria akan tumbesar dan matang di dalamnya.
Sekiranya ikan bertindak sebagai perumah perantara, serkaria akan memsista (encyst) di
dalam ikan untuk membentuk peringkat metaserkaria. Terdapat juga trematoda yang tidak
memsista di dalam perumah perantara ikan.

12. Trematoda dapat menjangkiti ikan dari bahagian luar dan dalam semua jenis organ
misalnya usus, pundi hempedu dan insang. Kebanyakan trematoda menunjukkan
patogenisiti yang terhad.

13. Trematoda dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan berdasarkan kedudukan ikan sebagai
perumah akhir atau perantara :
a. Trematoda yang menjangkiti ikan sebagai perumah akhir – e.g. Sanguinicola inermis
b. Trematoda yang menjangkiti ikan sebagai perumah perantara :
i. Larva tidak membentuk sista – e.g. Diplostomum
ii. Larva membentuk sista – e.g.

21
A. Trematoda yang menjangkiti ikan sebagai perumah akhir :
14. Trematoda dewasa dapat dijumpai dalam pelbagai organ ikan termasuk usus, ureter
(saluran dari ginjal ke pundi kencing) dan sistem darah.

15. Famili Sanguinicolidae mengandungi >60 spesis trematoda yang wujud dalam sistem
darah ikan air tawar dan laut. Antaranya, Sanguinicola inermis mendatangkan banyak
masalah kepada industri akuakultur sedunia.

16. Sanguinicola inermis dewasa mendiami terutamanya di dalam jantung ikan. Ia hidup
selam 60 hari bergantung kepada suhu persekitaran. [Rajah 20]

Rajah 20 : Sanguinicola inermis

17. S. inermis menghasilkan telur tidak matang yang dilepaskan ke dalam sistem darah ikan.
Telurnya berbentuk tiga segi dengan mengandungi mirasidia yang sedang berkembang.
[Rajah 21]

18. Telur S. inermis berkumpul dalam kapilari darah pada insang, ginjal, hati dan limpa. Di
bahagian insang, mirasidia dalam telur menjadi matang selepas 7 hari pada suhu 20°C.

Rajah 21 : Telur S. inermis pada insang

19. Mirasidia dilepas dari insang ke dalam air. Ini mengakibatkan kerosakan serius pada tisu
insang.

22
20. Kemudian mirasidia memasuki siput akuatik yang merupakan perumah perantaranya. Di
dalam pundi penghadaman siput, ia mengalami penggandaan menerusi peringkat
sporosista (sporocyst). [Rajah 22]

Rajah 22 : Kitar hidup S. inermis

21. Sporosista menghasilkan serkaria yang terbebas dari siput ke dalam air. Serkaria
memasuki badan ikan melalui permukaannya. Kemasukan serkaria meninggalkan ekornya
dan ia berpindah ke jantung ikan untuk membesar. [Rajah 23]

Rajah 23 : Serkaria

22. Kemasukan serkaria dengan bilangan yang banyak boleh memudaratkan ikan, khasnya
anak ikan.

23. Jangkitan S. inermis menyebabkan ikan bergerak secara spiral, berbadan kurus, berwarna
gelap serta insang bengkak.

23
24. S. inermis dikawal dengan menggunakan anthelmintik (anthelmintics) dan racun moluska
(molluscicides; e.g. kuprum sulfat).

B. Trematoda yang menjangkiti ikan sebagai perumah perantara :


25. Ikan juga berperanan sebagai perumah perantara bagi sebahagian Trematoda, biasanya
pada peringkat serkaria dari perumah moluska dalam kitar hidupnya.

26. Ikan dijangkiti dengan serkaria apabila ia memakan siput yang terjangkit ataupun ia
diserang secara aktif oleh serkaria menerusi permukaan badannya.

27.Setelah memasuki badan ikan, serkaria berubah bentuk kepada metaserkaria (metacercaria)
yang akan sama ada berada dalam bentuk bebas dalam ikan atau membentuk sista pada
tisu ikan.

28. Bergantung kepada spesis trematoda yang menjadikan ikan sebagai perumah perantara, ia
dapat dibahagikan lagi kepada 2 kumpulan :
i. Tidak membentuk sista – e.g. Diplostomum (fluk mata)
ii. Membentuk sista – e.g. Posthodiplostomum cuticola

I. Trematoda yang tidak membentuk sista dalam perumah perantara ikan :


29. Diplostomum merupakan satu daripada fluk mata (eye fluke) wujud merata yang
menyebabkan penyakit fluk mata (eye fluke disease) dalam satu kalangan spesis ikan.
[Rajah 24]

Rajah 24 : Diplostomum dan larva (metaserkaria)nya

30. Selain daripada mata, Diplostomum juga dapat menjangkiti otak, saraf tunjang dan ruang
hidung ikan.

31. Seperti fluk mata yang lain, Diplostomum mempunyai kitar hidup dengan 3 perumah, 2
daripadanya adalah organisma akuatik. [Rajah 25]

32. Fluk dewasa berhabitat dalam usus kecil perumah akhirnya yang merupakan ahli daripada
famili burung camar (gull).

33. Apabila burung memakan ikan yang terjangkit, metaserkaria terbebas dari tisu ikan lalu
diaktifkan oleh garam hempedu dan berkembang dalam usus burung.

24
Rajah 25 : Kitar hidup Diplostomum

34. Perkembangan seks Diplostomum tercapai dalam masa 3 hari dan ia dapat menghasilkan
telur selama 3-5 bulan.

35. Telur Diplostomum dilepaskan bersama tahi burung ke dalam air dan ia menetas dengan
melepaskan mirasidia yang akan memasuki siput, iaitu perumah perantara pertamanya.

36. Sporosista terbentuk di dalam siput, dan seterusnya ia menghasilkan serkaria yang
dibebaskan ke persekitaran air.

37. Serkaria memasuki perumah perantara keduanya, iaitu ikan menerusi insang, mukosa di
bawah pipi (buccal mucosa) atau mata. Kemudian ia berpindah ke kanta mata untuk terus
berkembang.

38. Serkaria Diplostomum menjangkiti kebanyakan ikan cyprinid. Jangkitan biasa berlaku
pada suhu >10°C dan optima pada 17.5°C, di dalam air tenang (kolam) dengan usia
serkaria berusia <5 jam.

39. Jangkitan larva Diplostomum mengakibatkan kerosakan kanta mata maka menyebabkan
penglihatan kabur atau buta sama sekali bagi ikan.

40. Larva Diplostomum tidak membentuk sista dalam ikan mungkin kerana bahagian mata
adalah kurang terdedah kepada gerakbalas imun.

41. Pencegahan jangkitan Diplostomum dilakukan dengan mengadakan air yang bergelora
untuk menggangu serkaria daripada mencapai ikan; juga dengan rawatan racun moluska
(molluscicides) atau memperkenalkan ikan pemakan moluska (molluscivorous).

42. Ikan terjangkit dapat dirawat dengan menggunakan Praziquantel.

25
II. Trematoda yang membentuk sista dalam perumah perantara ikan :
43. Sesetengah trematoda membentuk sista sama ada pada permukaan atau di dalam organ
perumah ikannya untuk mengelakkan daripada sistem pertahanan perumah.

44. Antara spesis yang tersebar luas di dunia ialah Posthodiplostomum cuticola (= Neasus
cuticola) yang menyebabkan penyakit bintik hitam (blackspot disease) pada ikan yang
terjangkit. [Rajah 26]

Rajah 26 : Posthodiplostomum minimum

45. Serkaria Posthodiplostomum dibebaskan dari perumah perantara pertamanya, iaitu siput,
lalu memasuki ikan menerusi kulitnya.

46. Larva Posthodiplostomum yang menjangkiti ikan membentuk sista dan bintik hitam
muncul dalam masa 33 hari selepas jangkitan pada suhu 22°C.

47. Bintik hitam pada permukaan ikan adalah berpunca dari pengumpulan melanin akibat
daripada ransangan sista Posthodiplostomum.

48. Sista hitam berdiameter 0.7-1 mm dan mengandungi satu metaserkaria yang tanpa
penyedut.

48. Pembentukan sista pada tisu ikan menjejaskan fungsi normalnya dan ini adalah mudarat
sekiranya sista terbentuk pada tisu yang sensitif seperti insang.

49. Terdapat juga serkaria trematoda yang membentuk sista pada organ dalam atau otot ikan.
Ia mungkin menjangkit manusia jika ikan terjangkit dimakan secara mentah atau tidak
dimasak sepenuhnya.

Parasit ikan – Kumpulan Sestoda (Cestode)

1. Sestoda atau cacing pita (tapeworm) merupakan ahli dari filum Platyhelminthes. Terdapat
sejumlah ~3400 spesis sestoda, antaranya 800 spesis wujud dalam ikan.

2. Terdapat 12 order sestoda wujud dalam ikan. Pembahagian sestoda dalam order adalah
berdasarkan kepada beberapa parameter, khasnya bentuk badannya.

3. Sestoda dewasa berbadan panjang seperti pita yang berwarna putih. Bentuk asas sestoda
dewasa terdiri daripada :

26
a. Kepala yang disebut skoleks (scolex) yang telah diubahsuai (e.g. struktur sangkuk,
penyedut atau bothria) untuk tujuan pelekatan sestoda pada usus perumahnya.
b. Badan (strobila) terdiri daripada segmen (proglotid; proglottid) yang mengandungi 1-2
set organ pembiakan jantan dan betina. Terdapat sestoda, misalnya caryophyllideans
mempunyai badan yang tidak bersegmen.

4. Strobila memanjang apabila proglotid yang baru terbentuk pada bahagian leher. Sestode
boleh berukuran sepanjang 3 mm hingga 10 m, dengan strobila yang terdiri daripada 3
hingga beberapa ribu segmen. [Rajah 1]

5. Segmen yang terdekat dengan leher adalah tidak matang (organ pembiakan belum
berkembang penuh) sementara segmen pada hujung posterior badan adalah matang.
Segmen hujung ini disebut gravid yang mengandungi uterus yang berisi telur.

6. Sestoda tidak mempunyai usus, maka ia mengambil keperluan nutriennya melalui


permukaan luarnya.

7. Kitar hidup sestoda melibatkan 2 atau 3 perumah, iaitu 1 perumah akhir di mana sestoda
dewasa wujud, serta 1 atau 2 perumah perantara yang mengandungi peringkat larva yang
dipanggil metasestoda (metacestode).

8. Ikan boleh menjadi sama ada perumah akhir atau perumah perantara kepada sestoda.

9. Larva sestoda mempunyai badan yang pendek tetapi skoleks yang besar. Ia biasanya
dijumpa membentuk sista pada viscera (organ dalam) dan otot ikan.

10. Jangkitan sestoda menyebabkan kurus-kering, anemia atau nyahwarna pada perumah
ikannya. Ia juga membuka peluang kepada jangkitan sekunder oleh patogen lain.

11. Pembentukan sista peringkat metasestoda pada organ penting (e.g. otak, jantung, limpa,
ginjal, gonad) boleh menjejaskan fungsinya dan memudaratkan ikan.

27
Rajah 1 : Struktur umum sestoda

A. Sestoda dengan ikan sebagai perumah akhir – Bothriocephalus acheilognathi :


12. Bothriocephalus acheilognathi juga dikenali sebagai cacing pita karp Asia (Asian carp
tapeworm). Ia berasal dari Jepun dan China, tetapi telah dibawa ke banyak negara lain
menerusi pengangkutan ikan ternakan dan hiasan (ornamental).

13. Bothriocephalus didapati menjangkit banyak spesis ikan termasuk sejenis amfibia.
14. Bothriocephalus dewasa dapat tumbuh ke saiz dengan panjang 320 mm dan lebar 4 mm.
Ia mempunyai skoleks berbentuk ular kapak (viper) dengan 2 alur pelekat (attachment
groove) yang panjang disebut bothria. [Rajah 2]

28
Rajah 2 : Struktur Bothriocephalus

15. Kitar hidup Bothriocephalus melibatkan 2 perumah, iaitu ikan (perumah akhir) dan
kopepod (copepod; perumah perantara).

16. Telur Bothriocephalus (saiz 0.05 x 0.03 mm) berwarna kuning jingga (amber) mempunyai
satu operculum (operculum) dibebaskan bersama najis perumah akhir (ikan). [Rajah 3]

Rajah 3 : Telur Bothriocephalus

17. Telur Bothriocephalus menetas kepada larva bebas berenang yang dipanggil korasidia
(coracidia) dalam 2 hari pada 25°C atau 4 hari pada 16°C.

18. Korasidia dimakan oleh kopepod dan ia berkembang ke peringkat proserkoid (procercoid)
di dalam perumah perantara ini.

19. Ikan akan terjangkit selepas ia memakan kopepod yang telah dijangkiti.

20. Jangkitan dan bilangan Bothriocephalus dipengaruhi oleh faktor suhu dan kualiti air.
21. Simpton jangkitan Bothriocephalus pada ikan ialah pergerakan lembap, badan kurus
kering dan berenang dekat permukaan air.

22. Bothriocephalus boleh menyebabkan kerosakan sel epitelia usus, usus tersumbat, perut
buncit dan kadang kala pemecahan dinding usus ikan terjangkit.

23. Ikan terjangkit biasanya dirawat dengan anthelmintik (anthelmintics).

29
B. Sestoda dengan ikan sebagai perumah perantara – Ligula intestinalis :
24. Ligula intestinalis mempunyai pengkhususan perumah ikan yang rendah, iaitu ia
menjangkiti banyk spesis ikan.

25. Badan Ligula adalah agak lebar maka ia juga dipanggil cacing tali pinggang (beltworm).
Ligula dewasa berbadan sepanjang 10-100 cm dengan lebar mencapai 1.2 cm.

26. Ligula dewasa hidup dalam usus burung pemakan ikan dengan hayat yang pendek (2-5
hari), tetapi ia menghasilkan banyak telur yang dibebaskan bersama tahi burung ke dalam
air. [Rajah 4]

Rajah 4 : Kitar Hidup Ligula

1. Peringkat dewasa dalam burung


2. Telur
3. Peringkat korasidia (bebas)
4. Peringkat proserkoid dalam copepod
5. Peringkat pleroserkoid dalam ikan

27. Telur Ligula menetas dalam 5-8 hari dan korasidia dibebaskan. Korasidia ini dimakan
oleh kopepod (perumah perantara pertama) dan berkembang ke peringkat proserkoid.

28. Apabila kopepod dimakan oleh ikan (perumah pernatara kedua), proserkoid memasuki
usus ikan dan berkembang secara seks kepada peringkat pleroserkoid (plerocercoid).

29. Kitar hidup Ligula menjadi lengkap apabila ikan terjangkit dimakan oleh burung semula.

30. Ikan yang terjangkiti boleh dibebankan dengan Ligula yang banyak, kadang kala sehingga
berat sestoda melebihi berat badan ikan.

31. Ikan terjangkit mengalami perubahan patologi seperti badan yang mengembung
(distension), perkembangan otot yang terjejas, dan dalam keadaan serious menurunkan
berat dan kapasiti pembiakan gonad.

32. Rawatan boleh dilakukan dengan menggunakan anthelmintik misalnya Praziquantel, tetapi
ini melibatkan kos yang tinggi dan masalah teknikal.

30
Parasit ikan – Kumpulan Nematoda (Nematode)

1. Nematoda atau cacing bulat (roundworm) adalah ahli kepada filum Nematoda. Nematoda
dewasa mempunyai badan tanpa segmen berbentuk silinder memanjang dengan kedua-dua
hujung yang menirus.

2. Nematoda mempunyai jantina berasingan. Kebanyakan spesis kelihatan legap (tidak lut
sinar; opaque) atau berwarna putih.

3. Nematoda dapat menjangkiti banyak spesis ikan. Ikan yang sihat mungkin mengandungi
bilangan nematoda yang sedikit. Tetapi apabila bilangan nematoda meningkat, ia
mengakibatkan penyakit ataupun kematian ikan.

4. Nematoda menyebabkan kemerosotan produktiviti ikan pembiak (brood stock) dan kadar
tumbesaran anak ikan.

5. Ikan dapat jangkitan nematoda melalui makanan hidup yang mengandungi peringkat
nematoda yang berjangkit. Jangkitan juga ditingkatkan dengan memelihara ikan bersama
haiwan yang menjadi perumah nematoda. Terdapat juga nematoda yang dapat berjangkit
secara langsung dari ikan ke ikan.

6. Nematoda biasa dijumpai dalam salur penghadaman ikan. Ia juga boleh dijumpai di
seluruh badan ikan termasuk organ dalam seperti pundi renang dan hati, lapisan dalam
kulit atau sirip serta lapisan permukaan otot.

7. Kitar hidup nematoda dibahagi kepada 2 kategori :


a. Langsung – Jangkitan melalui pengambilan larva atau telur nematoda tanpa
melibatkan perumah perantara.
b. Tidak langsung – Melibatkan sekurang-kurangnya 2 perumah di mana ikan boleh
menjadi sama ada perumah perantara atau perumah akhir.

8. Sesetengah nematoda mempunyai perumah paratenik (paratenic host). Perumah ini tidak
diperlukan untuk melengkapkan kitar hidup nematoda tetapi ia membawa peringkat
nematoda yang berjangkit maka ia menjadi sumber jangkitan.

9. Contoh-contoh perumah paratenik ialah ikan, cacing atau organisma akuatik yang
mengambil telur atau larva nematoda secara langsung (memakan terus) atau tak langsung
(melalui pemangsaan).

10.Antara ahli-ahli nematode yang penting ialah : Capillaria, Eustrongylides dan Camallanus.

I. Capillaria :
11. Biasanya Capillaria adalah lut sinar secara relative maka cacing yang belum matang dan
cacing jantan tidak mudah dikesan. [Rajah 5]

12. Namun diagnosis jangkitan adalah jelas dengan pemerhatian cacing betina matang yang
mengandungi telur berbentuk tong (barrel-shaped) dengan operkulum yang berstruktur
penyumbat (plug) pada kedua-dua hujung telur di dalam usus ikan. Kadang kala hanya
telur sahaja dapat diperhatikan. [Rajah 6]
31
Rajah 5 : Capillaria Rajah 6 : Capillaria betina dengan telur

13. Capillaria mempunyai kitar hidup langsung dan ia dapat menjangkiti ikan melalui
pengambilan telurnya yang berjangkit. [Rajah 7]

Rajah 7 : Kitar hidup langsung Capillaria

14. Telur Capillaria mengambil masa selama 3 minggu pada suhu 20-23°C untuk
mengandungi embrio yang berkembang cukup untuk berjangkit apabila dimakan oleh ikan.

15. Tempoh yang diperlukan sebaik selepas jangkitan Capillaria sehingga ke peringkat
dewasa yang bertelur adalah 3 bulan pada suhu tersebut.

16. Walaupun Capillaria berkitar hidup langsung tanpa perumah perantara, ia mungkin
mempunyai perumah paratenik seperti cacing tubifeks (tubifex) yang membawa peringkat
berjangkitnya kepada ikan yang akan memakannya.

17. Jangkitan Capillaria dapat dirawat dengan ubat pembasmi cacing (anthelmintic) misalnya
levamisole atau fenbendazole.

18. Sisa baki organik dan najis ikan harus dibuang selepas rawatan untuk mencegah jangkitan
semula.

32
II. Eustrongylides :
19. Eustrongylides adalah biasanya panjang (1-8 cm), berlingkaran dan berwarna merah
disebabkan oleh kehadiran hemoglobin. [Rajah 8]

Rajah 8 : Ikan yang dijangkiti oleh Eustrongylides

20. Eustrongylides dapat dijumpa di dalam rongga badan (body cavity) ikan dalam bentuk
berkapsul (encapsulated) atau sista pada permukaan hati, usus, organ dalam lain dan juga
otot.

21. Eustrongylides mempunyai kitar hidup tidak langsung yang kompleks. Cacing dewasa
wujud dalam burung pemakan ikan (perumah akhir). Telur digugurkan oleh burung ke
dalam kolam dan ia menetas kepada peringkat larva pertama yang dimakan oleh cacing
tubifeks (perumah perantara pertama).

22. Di dalam cacing tubifeks, nematode berkembang kepada peringkat larva ketiga yang
dikenali sebagai “L3”, iaitu peringkat hidup Eustrongylides yang sedia menjangkiti ikan
(perumah perantara kedua) yang memakan cacing tubifeks tersebut.

23. Nematoda yang memasuki badan ikan akan bergerak ke rongga badannya, selalunya pada
permukaan organ dalam.

24. Ikan yang terjangkit biasanya menunjukkan abdomen yang mengembung akibat daripada
kemasukan nematode ke rongga badan.

25. Pergerakan Eustrongylides di dalam rongga badan mengakibatkan luka fizikal (lesi) pada
organ dalam ikan.

26. Oleh kerana jangkitan Eustrongylides berlaku dalam rongga badan ikan, maka tiada cara
rawatan melainkan mengeluarkan ikan yang terjangkit.

III. Camallanus :
26. Camallanus merupakan nematode berkitar hidup tidak langsung yang melahirkan anak. Ia
dikenali sebagai ovoviviparous (ovo = telur, viviparous = lahir anak) sebab cacing betina
mengeram telurnya di dalam badan sehingga ia menetas kepada larva.

33
27. Larva dibebaskan ke dalam air bersama dengan najis ikan dan ia dimakan oleh kopepod
atau krustsia yang lain. Di dalam kopepod, ia terus berkembang kepada peringkat larva
ketiga.

28. Larva peringkat ketiga yang terkandung dalam kopepod ini dimakan oleh ikan (perumah
akhir) dan ia berkembang kepada cacing dewasa yang membiak. Maka kitar hidup
Camallanus menjadi lengkap.

29. Camallanus menjangkiti saluran penghadaman ikan. Ia biasanya berada pada hujung
posterior usus dan selalunya menonjol keluar dari dubur ikan kelihatan sebagai cacing
berwarna merah.

30. Camallanus mempunyai struktur mulut yang kelihatan berbelah. Cacing betina
mempunyai gravid yang mengandungi kedua-dua telur dan larva. [Rajah 9 & 10]

Rajah 9 : Camallanus muda Rajah 10 : Camallanus betina berlarva

31. Oleh sebab Camallanus menjangkiti bahagian dalam usus, maka ubat pembasmi cacing
boleh digunakan untuk rawatan.

Parasit Ikan – Kumpulan Krustasea

1. Parasit ikan dari kumpulan krustasea (crustacea) merupakan ahli subfilum Krustasea di
bawah filum Arthropoda.

2. Krustasea mempunyai badan bersegmen dengan simetri dwilateral dan apendej


(appendage) bersendi. Badannya ditutupi oleh rangka luar (exoskeleton) berkitin yang
tegar atau separa tegar. Ia adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

3. Kumpulan krustasea merangkumi >38,000 spesis yang kebanyakannya hidup dalam


habitat akuatik dan beberapa ahlinya menjadi parasit kepada ikan.

4. Krustasea menunjukkan kepelbagaian morfologi yang luas maka adalah sukar untuk
memberi satu struktur umum baginya.

5. Krustasea merupakan ektoparasit yang biasanya melekat pada insang, permukaan badan
dan sirip ikan. Peringkat parasitiknya memakan darah, mukus dan sel epitelia.

34
6. Kitar hidup krustasea adalah secara langsung dengan hanya melibatkan ikan sebagai
perumah akhirnya.

7. Krustasea mempunyai jantina yang berasingan. Perkembangan dan penetasan telurnya


bergantung kepada suhu persekitaran.

8. Perkembangan krustasea melibatkan penyalinan kulit (moult) berturutan dari peringkat


larva, juvenil, pra-dewasa sehingga dewasa.

9. Jangkitan krustasea mendatangkan gangguan pada bahagian kulit ikan yang turut
menyebabkan kerosakan mekanikal, merosotnya kadar tumbesaran dan kegagalan
osmokawalan.

10. Lesi dan perdarahan akibat daripada pelekatan krustasea membuka peluang kepada
jangkitan sekunder oleh bakteria dan fungus.

11. Dua ahli krustasea yang biasa menjangkiti ikan ialah Argulus dan Lernaea.

I. Argulus :
12. Argulus berada dalam subkelas Branchiura di mana ahlinya berbadan leper dorso-ventral
dan mempunyai 2 pasang antena dan probosis pra-oral (pre-oral proboscis).

13. Argulus tersebar luas di merata dan ia mempunyai pengkhususan perumah yang rendah,
ini bermaksud ia menjangkiti banyak sepsis ikan. Ia juga dikenali sebagai kutu ikan (fish
flea/louse).

14. Badan Argulus ditutupi oleh carapace (cangkerang) bulat yang leper untuk tujuan
perlindungan dan hidrodinamik.

15. Argulus berwarna hijau-perang dan ia mempunyai mata hitam dan penyedut bulat yang
jelas dilihat. Penyedutnya adalah unik dan ia dapat bergerak seperti kaki untuk
membolehkan pergerakan tangkas. [Rajah 1]

Rajah 1 : Argulus

16. Di antara penyedut Argulus terletaknya bahagian mulut yang mengandungi proboscis
(proboscis; salur mulut) dan penyengat pra-oral (pre-oral stylet) yang digunakan untuk
makan dengan mencucuk ke dalam epidermis ikan.

35
17. Semasa menghisap dari perumah, Argulus merembeskan toksin penghadaman untuk
membantu proses pencernaan. Toksin ini dapat menrengsakan ikan.

18. Apendej Argulus termasuk kaki renangnya adalah berduri untuk membantu pelekatan
pada ikan. Duri kecil (tiny spines) ini boleh mengakibatkan gangguan dan luka pada kulit
ikan.

19. Selepas mengawan, Argulus betina meninggalkan ikan untuk bertelur dalam bebenang
bergelatin (gelatinous string) pada permukaan yang sesuai. Bilangan telur boleh mencapai
500 biji setiap benang. [Rajah 2]

Rajah 2 : Kitar hidup Argulus

20. Telur akan menetas selepas 8 hari pada suhu 26°C untuk membebaskan larva yang
dipanggil metanauplius yang bersaiz ~0.6 mm.

21. Metanauplius perlu mendapatkan perumah dengan cepat untuk terus hidup. Ia melekat
pada ikan dengan menggunakan maksila bercangkuk (hooked maxilla). Maksila
bercangkuk ini kerkembang kepada penyedut bulat apabila ia dewasa.

22. Seluruh kitar hidup Argulus mengambil masa 40 hari. Larva perlu melalui penyalinan
kulit sebanyak 9 peringkat juvenile untuk menjadi dewasa.

23. Argulus aktif membiak pada musim panas tetapi aktiviti pembiakannya berhenti pada suhu
<12°C.

24. Argulus dapat bertahan dan hidup dengan tempoh yang panjang walaupun meninggalkan
badan perumah. Ia juga rintang terhadap keadaan yang hampir kering kontang.

25. Argulosis (jangkitan Argulus) menyebabkan ikan mengalami kelesuan (lethargy),


gangguan kulit dan kehilangan selera pada peringkat awal. Jangkitan lanjutan selalu
diiringi oleh rembesan mukus berlebihan, tompok berdarah (petechial haemorrhages) dan
hakisan sirip.

26. Dalam kes jangkitan yang serius, kehilangan kulit, lesi yang meluas, kegagalan
osmokawalan, anaemia dan jangkitan sekunder berlaku.
36
27. Argulus juga dikenalpasti menjadi vektor kepada virus yang menyebabkan penyakit
Spring viraemia kap (Spring viraemia of carp; SVC).

28. Argulus dapat dicabut dengan forsep, diikuti oleh rendaman ikan dalam air garam (0.02-
0.2%) dengan lama untuk mencegah jangkitan semula.

29. Rawatan juga boleh dilakuan dengan diflubenzuron.

II. Lernaea :
30. Lernaea berada dalam subkelas Copepoda. Oleh sebab bentuk badannya seperti cacing, ia
biasa dikenali sebagai cacing sauh (anchorworm).

31. Padahal Lernaea bukan cacing sebenar tetapi ia merupakan krustasea kerana bahagian luar
badannya ditutupi oleh kitin.

32. Lernaea berbeza dengan kopepod yang lain dengan segmen badan yang bercantum dan
kebanyakan apendejnya telah hilang atau diubahsuai. [Rajah 3]

33. Lernaea bertabur luas dan ia dapat menjangkiti banyak spesis ikan dengan menyebabkan
kematian ikan yang banyak.

34. Kitar hidup Lernaea bermula dengan 3 peringkat nauplius yang hidup bebas dalam air.
Seterusnya 5 peringkat kopepod yang parasitik pada insang ikan, tetapi ia masih dapat
bergerak bebas. [Rajah 4]

Rajah 3 : Lernaea

37
Rajah 4 : Kitar hidup Lernaea

35. Proses mengawan berlaku pada ikan dan Lernaea jantan mati selepas itu. Lernaea betina
akan mengorok pada kulit, otot atau organ ikan dan melekat dengan apendej berbentuk
sauhnya.

36. Hujung badan Lernaea betina dewasa dengan pasangan pundi telurnya yang kelihatan
seperti “Y” songsang menonjol keluar dari permukaan ikan. Ia kelihatan seperti benang
berwarna putih, hitam atau kelabu dengan panjangnya boleh mencapai sehingga 25 mm.

37. Seekor Lernaea betina dapat menghasilkan beratus-ratus telur yang akan menetas dalam
masa 3-5 hari bergantung kepada suhu air (2 hari pada 35°C).

38. Lernaea betina memakan serpihan tisu dan sel darah ikan. Pemakanan dan pelekatannya
mengakibatkan perdarahan (haemorrhage), inflamasi, nekrosis (necrosis; kematian sel)dan
bernanah (suppuration).

39. Kematian ikan berlaku akibat daripada kerosakan fizikal tisu dan jangkitan sekunder oleh
patogen.

40. Seperti Argulus, diflubenzuron digunakan untuk rawatan ikan terjangkit.

Parasit Ikan – Kumpulan Peritrich

1. Peritrich merupakan satu kumpulan besar (> 1000 spesis) protozoa bersilia dari order
Peritrichida dengan ciri tersendiri yang membezakannya daripada ciliates yang lain. Ia
dijumpai dalam habitat air tawar dan masin.

2. Peritrich tidak bersilia pada seluruh permukaan selnya kecuali hanya pada pinggiran
hujung mulutnya untuk menghasilkan arus agar zarah makanan (e.g. zarah organik dan
mikroorganisma) dibawa ke bahagian mulut (buccal cavity).

38
3. Peritrich mempunyai bentuk loceng (bell) atau cakera (disc) secara amnya. Biasanya ia
adalah sesil (sessile; tidak bergerak bebas) pada peringkat dewasa dengan melekatkan
dirinya pada objek di dalam air.

4. Peritrich tidak memakan dari perumahnya tetapi hanya wujud sebagai komensal
(commensal) yang menumpang pada permukaan perumahnya.

5. Peritrich boleh menyebabkan kerosakkan fizikal pada permukaan ikan dan ia


memudaratkan apabila wujud dalam bilangan yang banyak.

6. Antara peritrich yang menjangkiti ikan ialah Epistylis dan Trichophrya (Capriniana).

I. Epistylis :
7. Epistylis adalah protozoa unisel tetapi hidup dalam koloni bertangkai (stalked colony).
Tangkai bercabang ini adalah tegar dan sel yang berada pada hujung tangkai dipanggil
sebagai zooid. [Rajah 5]

Rajah 5 : Epistylis
8. Individu Epistylis berukuran 200-250 µm panjang dan koloni boleh mencapai sepanjang
2 mm.

9. Zooid mempunyai silia di sekeliling bukaan mulut yang akan mengecut semasa ia
memakan.

10. Koloni Epistylis kelihatan seperti jambakan fungus yang hanya dapat dikenalpasti
perbezaannya menerusi pemerhatian mikroskop.

11. Epistylis biasanya menjangkiti kulit dan sirip ikan. Dasar tangkainya melekat pada
permukaan keras yang berkalsium/berkapur (calcified) seperti pada sisik, alur sirip dan
duri. Epistylis juga pernah dijumpa pada permukaan telur ikan.

12. Epistylis membiak dengan cara pertunasan (budding) untuk menghasilkan teletroch, iaitu
peringkat juvenil yang bebas bergerak.

39
13. Teletroch menghasilkan tangkai yang digunakan untuk melekat pada koloni yang sedia
wujud.

14. Epistylis ialah satu ektokomensal (ectocommensal) yang melekat pada ikan dan
mengambil makanan dalam bentuk serpihan dari persekitaran seperti bakteria.

15. Mutu air yang buruk menggalakkan pertumbuhan Epistylis. Ia dapat melemahkan dan
membunuh ikan menerusi ulser (ulcer; luka) pada kulit yang membuka peluang kepada
jangkitan sekunder oleh bakteria. Misalnya penyakit “red sore” adalah disebabkan oleh
gabungan Epistylis dan bakteria Aeromonas.

16.Garam tanpa iodin biasa digunakan dalam rawatan jangkitan Epistylis.

II. Trichophrya (Capriniana) :


17. Trichophrya juga dikenali dengan nama Capriniana. Peringkat dewasanya adalah sesil.

18. Trichophrya membiak dengan membentuk tunas. Teletroch yang terhasil dapat bergerak
bebas dan kelihatan seperti Trichodina kecuali ia tiada gelang dentikel.

19. Trichophrya mempunyai tiub-tiub pemakanan atau tentakel (tentacle) yang menonjol
keluar dari sel berbentuk sferanya (berdiameter 50-100 µm). Namun tentakel seperti jarum
ini tidak semestinya wujud setiap masa. [Rajah 6]

20. Satu ciri unik pada Trichophrya adalah terdapatnya granul-granul yang berwarna jingga-
perang di dalam selnya.

21. Trichophrya dianggap sebagai komensal yang menumpang pada permukaan ikan dan ia
memakan serpihan dari persekitaran. Namun bilangannya yang banyak dapat
memudaratkan ikan dengan kerosakan khasnya pada insang.

Rajah 6 : Trichophrya (Capriniana)

22. Trichophrya merupakan parasit yang menjangkit secara khusus pada insang ikan. Ia
wujud dalam timbunan pada insang dan dapat menyebabkan kematian ikan dengan
menghalang kemasukan oksigen.

23. Persekitaran akuatik yang kaya secara organik dan eutrofik (eutrophic) adalah sesuai bagi
Trichophrya untuk membiak.
40
24. Rawatan Trichophrya dilakukan dengan menggunakan kuprum sulfat (CuSO4).

Penyakit Berjangkit Ikan – Bakteria

1. Bakteria wujud di merata tempat dalam habitat akuatik. Ia memainkan peranan penting
dalam penyakit pada ikan liar dan ternakan, serta terlibat dalam kerosakan ikan sebagai
makanan kita.

2. Hampir kesemua bakteria patogenik (patogen peluang) kepada ikan wujud di pesekitaran
akuatik di luar ikan. Hanya segelintir bakteria merupakan patogen obligat.

3. Sesetengah bakteria hidup pada ikan untuk tempoh yang panjang tanpa memudaratkan
ikan itu. Terdapat juga yang hadir sebagai komensal (commensal) pada ikan.

4. Biasanya jangkitan bakteria berlaku ekoran daripada perubahan besar keadaan fisiologi
ikan yang disebabkan oleh faktor dalaman misalnya semasa bertelur (spawning) ataupun
faktor tekanan dari luar.

5. Bakteria patogenik ikan yang utama dikelaskan berdasarkan Buku Panduan Bergey’s
(Bergey’s Manual) seperti berikut:
a. Bakteria mengelongsor (gliding) Gram negatif
b. Bakteria seperti sitofaga (cytophaga-like)
c. Flavobacteriaceae
d. Rod anaerobik fakultatif (facultative) Gram negatif
e. Rod aerobik Gram negatif
f. Rod aerobik Gram positif
g. Kokus (coccus) anaerobik fakultatif (facultative) Gram positif
h. Rod anaerobik Gram positif
i. Rod dan filamen kekal asid (acid fast)
j. Intrasel obligat (obligate intracellular)

6. Kajian terhadap hubungan di antara bakteria (patogen), persekitaran dan ikan (fisiologi)
telah memberi kesimpulan bahawa jangkitan bakteria pada ikan adalah berkait rapat
dengan tekanan (stress).

7. Apabila ikan mengalami tekanan, kemerataan patogen bakteria di dalam persekitaran dan
yang dibawa (sedia wujud) dalam badan ikan akan membuka peluang kepada jangkitan.

8. Tekanan pada ikan dipercayai akan melemahkan atau merencat daya pertahanan ikan
terhadap patogen. Akibatnya mikrob yang hadir pada tisu ikan (e.g. usus) atau yang wujud
di persekitaran dapat meyerang ikan dan menyebabkan penyakit padanya.

9. Keupayaan (capacity) sesuatu patogen untuk menjangkiti perumahnya menunjukkan


patogenisitinya (pathogenicity).

41
10. Terdapat 2 jenis patogen bakteria :
a. Patogen obligat / primer (Obligate/Primary pathogen)
b. Patogen peluang / sekunder (Opportunistic/secondary pathogen)

11. Patogen obligat selalunya bukan flora akuatik biasa. Ia dapat menjangkiti ikan yang sihat.
Contohnya ialah Aeromonas salmonicida dan Mycobacterium marinum.

12. Patogen peluang hidup bebas dalam air atau pada ikan. Biasanya ia tidak menjangkiti ikan
tetapi hidup sebagai saprofit (saprophyte) yang hidup pada bahan organik mati seperti
bangkai/sisa hidupan atau pada bahan kumuhan. Contohnya ialah Aeromonas hydrophilia,
Pseudomonas dan Vibrio.

13. Patogen peluang dapat menjadi patogenik dan menjangkiti ikan di dalam keadaan berikut:
a. Luka pada kulit (integument) – akibat daripada keganasan, aktiviti parasit atau bahan
kimia.
b. Sistem pertahanan ikan direncat atau dilemahkan – akibat daripada tekanan
persekitaran atau penyakit (jangkitan oleh patogen primer).
c. Peningkatan bilangan bakteria peluang –digalakkan oleh kehadiran ikan lain yang
terjangkit atau kandungan bahan organik yang tinggi.

14. Bakteria memasuki badan ikan melalui salur pemakanan, insang dan kulitnya. Seterusnya
bakteria disebar ke seluruh badan ikan. Jangkitan ini disebut jangkitan sistemik (systemic
infection).

15. Bakteria juga dapat menyebabkan jangkitan setempat (localized infection) pada
permukaan ikan misalnya ulser dan pereputan sirip (fin rot). Ia mungkin berkembang
kepada jangkitan sistemik jika tidak dirawat.

16. Seraca amnya terdapat 4 jenis jangkitan bakteria :


a. Pereputan sirip (Fin rot)
b. Ulser badan bakteria (Bacterial body ulcers)
c. Penyakit insang bakteria (Bacterial gill disease)
d. Penyakit bakteria sistemik (Systemic bacterial disease)

A. Pereputan sirip :
17. Pereputan sirip ialah satu istilah merujuk kepada nekrotik pada tisu sirip yang
mengakibatkan sirip yang koyak (ragged fin).

18. Pereputan sirip merupakan penyakit bakteria yang melibatkan bakteria peluang misalnya
Aeromonas, Pseudomonas, Flexibacter, Vibiro dan bakteria seperti sitofaga (cytophaga-
like).

19. Pereputan sirip biasanya bermula dari serangan pada pinggir sirip dan kadang-kadang
dengan lubang kecil pada bahagian tengah sirip. Ia kelihatan seperti kesan gigitan atau
potongan.
20. Sirip yang terjangkit kelihatan putih atau legap (opaque). Dalam keadaan yang serius,
sirip menjadi merah atau inflamasi berlaku. Jika tidak dirawat, ia boleh merebak ke alur
sirip (fin ray) dan sampai ke badan ikan dengan terbentuknya ulser, seterusnya kematian
ikan.
42
21. Jangkitan sekunder oleh fungus selalu diperhatikan ekoran kerosakan sirip ikan.

22. Keadaan seperti tekan, ketakutan, mutu air yang rendah, kolam yang sesak, jangkitan
parasit, keganasan atau kandungan oksigen rendah membuka peluang kepada jangkitan
sirip ikan oleh bakteria.

23. Bahagian sirip yang terjangkit perlu dipotong secara septik (septic; keadaan nyahjangkit)
untuk mencegah pereputan sirip dari terus merebak.

24. Pereputan sirip dapat dirawat dengan menggunakan garam atau hidrogen peroksida
(hydrogen peroxide).

25. Rawatan dengan antibiotik yang sesuai (e.g. Tetracycline) dibuat sekiranya jangkitan sirip
telah serius melibatkan seluruh sirip atau merebak ke badan ikan.

II. Ulser badan bakteria :


26. Ulser merupakan luka/kerosakan (break) pada kulit yang berkembang menembusi semua
lapisan di mana ia susah sembuh dan selalu diiringi dengan inflamasi.

27. Ulser bermula sebagai bintik merah atau putih yang merebak dengan segera kepada
lubang besar. Perkembangan selanjutnya boleh sampai mendedahkan otot di bawah kulit.

28. Ulser selalu mempunyai pinggir berwarna keputihan yang terdiri daripada tisu mati
(nekrotik) dengan zon inflamasi luaran yang berkembang ke tisu sihat. Sisik di sekitar
ulser dapat dijangkiti dan terangkat.

29. Ulser adalah akibat daripada kerosakan pada kulit ikan oleh tekanan (stress), aktiviti
parasit atau bahan kimia, misalnya pendedahan kepada kandungan ammonia atau nitrit
yang tinggi mahupun pH yang tinggi atau rendah. Ini membuka peluang kepada jangkitan
sekunder oleh bakteria.

30. Jika hanya seekor/sedikit ikan yang mengalami ulser, ia mungkin akibat daripada masalah
kesihatan individu. Namun jika sebilangan ikan dijangkiti maka ini menunjukkan masalah
yang telah wujud dalam persekitaran air.

31. Antara bakteria yang boleh menyebabkan ulser pada ikan termasuk Flexibacter,
Aeromonas, Vibrio, Pseudomonas dan lain-lain.

32. Ikan yang dijangiti penyakit ulser dirawat dalam air bergaram dan pemberian makanan
berubat (mediacated food) yang mengandungi asid oxolinik (oxolinic acid) atau romet
(ormetoprim dan sulfadimethoxine).

33. Luka ulser boleh disapu dengan betadine (anibiotik beriodin). Suntikan antibiotik diberi
jika keadaan telah menjadi serius.
III. Penyakit insang bakteria :
34. Penyakit insang bakteria disebabkan terutamanya oleh bakteria gram negatif berbentuk
rod, misalnya Flexibacter, Cytophagy dan Flavobacterium.

43
35. Anak ikan adalah lebih mudah dijangkiti berbanding dengan ikan dewasa.

36. Faktor jangkitan ialah kesesakan, pengumpulan sisa metabolisma (khasnya ammonia) dan
bahan organik di dalam air, serta peningkatan suhu air.

37. Tanda awal jangkitan insang oleh bakteria ialah kesesakan nafas di mana ikan timbul ke
permukaan air dan berada di pinggir kolam. Ikan akan mengambil udara dengan
menembusi permukaan air (piping).

38. Insang kelihatan bengkak dan operkulum mungkin tidak tertutup normal. Tisu insang
mungkin tertonjol keluar. Maka bahagian posterior kepala kelihatan membesar daripada
normal. Bintik berwarna putih ke kelabu wujud pada bahagian insang.

39. Pemeriksaan insang terjangkit di bawah mikroskop menunjukkan pertumbuhan bakteria


pada hujung filamen dan di antara lamela insang. Akibatnya hyperplasia, iaitu
pembesaran/bengkak pada tisu insang berlaku.

40. Rawatan secara rendaman di dalam larutan garam, asid asetik dan kalium permaganat
dapat mengurangkan plag (plague) bakteria pada insang.

IV. Penyakit bakteria sistemik :


41. Penyakit bakteria sistemik berlaku apabila bakteria menceroboh masuk ke badan ikan dan
menjangkiti lalu menyebabkan kerosakan pada organ dalamnya.

42. Penyakit bakteria sistemik menyebabkan lesi atau perdarahan (haemorrhage) pada organ
dalam dan/atau pengumpulan cecair berdarah (bloody fluid) di abdomen yang disebut
ascite.

43. Biasanya melibatkan septicemia, iaitu kehadiran bakteria di dalam darah. Bakteria di
bawah oleh aliran darah ke seluruh badan ikan termasuk organ-organ seperti ginjal, limpa,
hati, jantung dan otak.

44. Antara spesis bakteria yang menyebabkan penyakit ini adalah Aeromonas, Vibrio,
Streptococcus iniae, Mycobacterium (fish tuberculosis / mycobacteriosis), Renibacterium
salmoninarum (Bacterial Kidney Disease) dan lain-lain.

Penyakit Berjangkit Ikan – Virus

1. Jenis virus umum yang menjangkiti ikan adalah kurang banyak berbanding dengan virus
mamalia. Namun, virus dapat mendatangkan penyakit ikan yang penting melibatkan kadar
mortaliti (mortality; = kematian) atau mordiliti (morbidity; = penyakit) yang tinggi dalam
masa yang singkat.

2. Ciri-ciri am jangkitan ikan oleh virus adalah seperti berikut:


a. Pengkhususan perumah (host-specificity) – menjangkiti 1 spesis ikan atau kumpulan
ikan yang berkait rapat
b. Patogenisiti yang berkaitan dengan suhu (temperature-dependent pathogenicity)

44
c. Anak ikan adalah lebih mudah dijangkiti sementara ikan dewasa lebih cenderung
menjadi pembawa (carrier) – ikan muda belum lagi membentuk mekanisme
pertahanan (e.g. imun) yang matang.

3. Virus dijumpai dalam populasi ikan liar dan ikan ternakan. Ia juga boleh dibawa oleh
haiwan yang lain.

4. Kebanyakan agen virus penyakit ikan diketahui akibat daripada kesan jangkitannya
terhadap ikan ternakan. Pengetahuan tentang taburan virus dalam ikan liar adalah kurang.

5. Penyebaran (transmission) virus ikan adalah sama ada secara mendatar (horizontal) atau
menegak (vertical).

6. Penyebaran mendatar melibatkan jangkitan di antara ikan di dalam suatu populasi. Ini
biasanya berlaku pada sel di permukaan (e.g. epidermis). Antara 3 laluan utama
kemasukan virus ialah kulit, insang dan usus. Mata dan saluran genito-urinari adalah
laluan yang kurang popular.

7. Penyebaran menegak melibatkan pemindahan virus daripada induk kepada anak ikan dan
generasi yang seterusnya.

8. Istilah virulen (virulence) digunakan untuk menunjukkan keupayaan jangkitan atau


patogenisiti (pathogenicity) suatu virus terhadap perumahnya.

9. Virulen virus ditentukan melalui kadar morbiditi, mortaliti, kerosakan tisu atau
perencatan/kemerosotan kadar pertumbuhan perumah.

10. Virus selalunya susah dikesan berbanding dengan patogen parasit, bakteria dan fungus
disebabkan oleh saiznya yang sangat kecil.

11. Diagnosis dilakukan untuk mengenalpasti jenis virus yang bertanggungjawab ke atas
suatu penyakit ikan. Antara 3 teknik yang terlibat dalam diagnosis awal ialah:
a. Mikroskop elektron – pemerhatian zarah virus di dalam sel tisu.
b. Kultur sel (cell culture) – menumbuh virus dengan menggunakan sel hidup yang
dikultur secara in vitro, iaitu di luar organisma hidup dengan bekalan media nutrien
yang khas. Jenis sel yang khusus diperlukan oleh virus tertentu.
c. Serologi (serology) – pengesahan jenis virus dengan menggunakan serum daripada
haiwan yang telah dijangkiti oleh virus tertentu.

12. Rawatan terhadap penyakit virus adalah kurang parktikal kerana virus menggunakan sel
perumah untuk pergandaan dan hidup. Penghapusan virus akan turut menjejaskan atau
membunuh sel ikan.

13. Maka adalah perlu untuk mengadakan jagaan rapi (good nursing care) untuk ikan yang
dijangkiti virus agar sistem imunnya dapat bertindak untuk menyingkirkan virus.

14. Ini melibatkan pemeliharaan mutu air yang baik, pemberian makanan ikan yang bermutu,
penggunaan peralatan yang bersih (bebas daripada patogen) serta pengasingan stok atau
telur ikan yang terjangkit daripada ikan yang sihat.
45
15. Faktor tekanan (stress) khasnya seperti kesesakan, kandungan oksigen terlarut dan suhu
juga perlu diminimakan.

16. Penyakit virus dapat dicegah menerusi pengvaksinan (vaccination) yang telah menjadi
umum di kalangan manusia dan haiwan, tetapi vaksin untuk penyakit virus ikan masih
kurang berkembang kerana masalah kos dan sistem imun ikan (berdarah sejuk) yang
kurang difahami.

17. Antara penyakit virus ikan yang utama ialah:


i. Penyakit virus ikan channel catfish (Channel catfish virus disease, CCVD)
ii. Nekrosis hematopoietik berjangkit (Infectious hematopoietic necrosis, IHN)
iii. Nekrosis pankreas berjangkit (Infectious pancreatic necrosis, IPN)

I. Penyakit virus ikan channel catfish (CCVD):


18. CCVD adalah akibat daripada jangkitan herpesvirus pada anak ikan channel catfish (<10 g)
apabila suhu air melebihi 22°C pada musim panas.

19. Simptom CCVD adalah seperti berikut:


a. Abdomen ikan yang kembung berisi cecair kuning yang jernih dalam ruang badan
(body cavity)
b. Cara berenang yang tidak tentu (erractic swimming) – memutar pada paksi
memanjang (longitudinal axis)
c. Haemoraj (haemorrhage; perdarahan) pada dasar sirip dan permukaan kulit bahagian
ventral
d. Limpa (spleen) berwarna merah tua dan bengkak
e. Insang yang pucat

20. Faktor-faktor yang menyumbang kepada CCVD ialah:


a. Kandungan oksigen terlarut yang rendah
b. Kandungan ammonia yang tinggi
c. Suhu air melebihi 20°C, khasnya >29°C
d. Tekanan (stress) dari pengendalian yang kasar dan rawatan kimia yang berlebihan

21. Cara pencegahan/rawatan CCVD adalah seperti disebut di atas.

II. Nekrosis hematopoietik berjangkit (IHN) :


22. IHN disebabkan oleh Rhabdovirus yang menjangkiti anak ikan trout dan salmon. Kadar
mortaliti boleh mencapai 100% dalam ikan muda tetapi daya tahanan ikan terhadap
jangkitan meningkat dengan usia ikan.

23. Simptom IHN adalah seperti berikut:


a. Abdomen ikan yang kembung
b. Ikan menjadi lemah (lethargy), kadang kala dengan hiperaktiviti (sporadic
hyperactivity)
c. Haemoraj pada dasar sirip
d. Bahagian dorsal ikan berwarna gelap akibat daripada peningkatan pigmen
e. Insang yang pucat akibat daripada anemia

46
f. Mata tertonjol (pop-eye or exophthalmia)

24. Ikan yang selamat selepas jangkitan IHN menjadi pembawa virus dan penyebaran virus
berlaku dari ikan ke ikan serta dari ikan ke telurnya.

25. Ikan dapat juga dijangkit menerusi makanan ikan yang tercemar misalnya makanan ikan
yang mengandungi ikan terjangkit.

26. Tiada rawatan bagi IHN. Pencegahan dibuat dengan mengelakkan ikan dan telur
terjangkit, serta makanan ikan yang tercemar.

27. Sekiranya jangkitan IHN berlaku, semua ikan yang terjangkit mesti dimusnahkan dan
peralatan perlu dibasmi kuman.

III. Nekrosis pankreas berjangkit (IPN) :


28. Semua ikan salmon dan ikan emas dapat dijangkiti oleh birnavirus yang menyebabkan
IPN.

29. Jangkitan IPN menunjukkan peningkatan kadar kematian ikan yang mendadak dan
mengejutkan.

30. Simptom IHN adalah seperti berikut:


a. Ikan berputar pada paksi memanjang badannya (long axis of body)
b. Abdomen ikan mengembung
c. Eksoftalmias (exophthalmia)
d. Haemoraj pada dasar sirip
e. Warna badan ikan menjadi gelap

31. Ikan yang terjangkit dengan IPN menunjukkan bahan bermukus (mucoid material) di
dalam perut dan bahagian anterior usus.

32. IPN dapat merebak secara menegak dari induk kepada anak ikan menerusi telur, cecair
semen dan ovari (seminal and ovarian fluids) serta najis.

33. Jangkitan menurun dengan peningkatan usia ikan. Ikan menjadi pembawa sekiranya ia
masih hidup selepas jangkitan IPN.

34. Tiada rawatan untuk IPN selain daripada pencegahan.

Penyakit Berjangkit Ikan – Fungus

1. Fungus wujud di merata tempat dalam air masin mahupun air tawar serta iklim panas
mahupun sejuk.

2. Peranan ekologi utama fungus ialah sebagai pengurai bahan organik yang mati. Tetapi ia
mungkin juga bertindak sebagai patogen peluang atau sekunder ke atas ikan.

47
3. Sesetengah fungus dapat menjangkiti ikan yang ikan yang dilemahkan atau tisu yang luka
akibat daripada tekanan (stress) seperti penyakit, keadaan persekitaran yang buruk,
pemakanan yang buruk dan kecederaan.

4. Semua fungus menghasilkan spora. Spora yang rintang terhadap haba, kekeringan, agent
basmi kuman (disinfectant) dan sistem pertahanan ikan inilah yang terlibat dalam
penyebaran penyakit.

5. Spora fungus wujud di merata dan ia menunggu peluang untuk bercambah dan
berkembang. Hifa yang bercambah dari spora akan tumbuh pada luka pada kulit atau
insang ikan.

6. Jangkitan fungus biasanya berlaku pada bahagian luar badan ikan. Jangkitan sistemik
yang melibatkan organ dalam adalah jarang.

7. Fungus juga dapat manjangkiti telur ikan dan menurunkan kadar penetasan. Maka telur
yang terjangkit perlu diasingkan daripada telur yang sihat.

8. Secara amnya, penyakit fungus ikan dapat dirawat dengan kuprum sulfat, kalium
permaganat, malachite green atau metilina biru.

9. Penyakit fungus dapat dikawal/cegah menerusi pemeliharaan mutu air yang baik,
pemberian nutrien yang sesuai dan pengendalian ikan yang elok. Kebersihan kolam yang
memuaskan dapat mengurangkan pengumpulan spora fungus.

10. Antara penyakit fungus ikan yang utama ialah:


i. Saprolegniasis,
ii. Branchiomycosis,
iii. Penyakit Ichthyophonus.

I. Saprolegniasis :
11. Saprolegniasis merupakan penyakit fungus yang disebabkan oleh fungus Saprolegnia
yang juga dipanggil “kulat air” (water mold) yang menjangkiti ikan dan telurnya.

12. Saprolegnia wujud dalam air tawar dan payau (brackish). Ia dapat hidup pada suhu 0-
35°C.

13. Saprolegnia menyerang dan menjangkiti luka yang sedia wujud pada ikan dan merebak ke
tisu yang sihat.

14. Jangkitan Saprolegnia sering berkaitan dengan mutu air yang buruk seperti pengaliran
yang buruk, kandungan oksigen yang rendah dan ammonia yang tinggi, serta bahan
organik yang banyak di dalam air.

15. Jangkitan Saprolegnia juga berkaitan dengan kehadiran bakteria atau ektoparasit.

16. Jangkitan Saprolegnia biasanya kelihatan sebagai tompok seperti kapas yang berwarna
putih, kelabu atau perang pada kulit, sirip, insang, mata atau telur ikan.

48
17. Sekiranya luka jangkitan pada ikan dikikis dan diperiksa dengan mikroskop, Saprolegnia
akan diperhatikan sebagai hifa tanpa septa yang bercabang (nonseptate branching hyphae).

18. Ikan mati akibat daripada masalah osmokawalan atau pernafasan jika permukaan
jangkitan adalah luas pada kulit atau insang.

19. Saprolegniasis dapat dicegah menerusi amalan pengurusan yang baik (good management
practices) seperti mutu air dan pengaliran yang baik, mengelakkan kesesakan serta
pemakanan yang bermutu.

20. Rawatan umum melibatkan penggunaan larutan kalium permaganat, formalin dan
povidone iodin. Namun rawatan yang berlebihan menyebabkan kerosakan tisu yang
selanjutnya dan jnakitan semula boleh berlaku.

II. Branchiomycosis :
21. Branchiomyces atau “pereputan insang” (gill rot) adalah disebabkan oleh fungus
Branchiomyces.

22. Branchiomyces dapat hidup pada suhu 14-35°C. Sporanya yang menjadi sumber jangkitan
wujud dalam air dan bahan reput pada dasar kolam.

23. Branchiomyces dijumpai pada ikan yang mengalami tekanan persekitaran misalnya pH
yang rendah (5.8-6.5), kandungan oksigen yang rendah dan pertumbuhan alga yang
banyak.

24. Branchiomyces menjangkiti tisu insang ikan. Akibatnya ikan kelihatan letih dan
mengambil nafas di permukaan air (piping).

25. Insang yang terjangkit kelihatan berjaluran pucat dengan tisu mati atau terjangkit.
Pemeriksaan dengan mikroskop menampakkan hifa tak bersepta dan spora pada tisu
insang yang musnah.

26. Apabila tisu insang mati dan tertanggal, spora Branchiomyces dibebaskan ke dalam air
dan disebar kepada ikan yang lain.

27. Jangkitan Branchiomyces selalu mendatangkan kadar mortaliti yang tinggi.

28. Amalan pengurusan yang baik dapat mencegah pertumbuhan Branchiomyces maka ia
merupakan cara terbaik untuk mengawal Branchiomycosis.

29. Rawatan Branchiomycosis dilakukan dengan menggunakan kuprum sulfat dan formalin.

III. Penyakit Ichthyophonus :


30. Penyakit Ichthyophonus disebabkan oleh fungus Icthyophonus hoferi yang dapat tumbuh
dalam air tawar dan masin tetapi dihadkan pada suhu yang rendah (2-20°C).

31. I. hoferi mempunyai spora yang besar dengan diameter 10-250 µm. Spora ini bercambah
kepada hifa tak bersepta yang lebar (40 µm).

49
32. Penyakit Ichthyophonus menyebar menerusi spora bersista yang dibebas bersama najis
atau menerusi pemangsaan ikan yang terjangkit.

33. Laluan jangkitan utama ialah menerusi pengambilan (ingestion) spora yang berjangkit.
Jangkitan adalah sistemik dan jangkitan yang ringan atau sederhana mungkin tidak
menunjukkan simptom di luar.

34. Dalam jangkitan serius, kulit ikan kelihatan “bertekstur kertas pasir” (sandpaper texture)
akibat daripada jangkitan di bawah kulit (dermis) dan otot.

35. Sesetengah ikan yang terjangkit menunjukkan kebengkokan tulang belakang/spina


(curvature of spine).

36. Organ dalam mungkin mengbengkak dan wujudnya granuloma yang berwarna putih
kelabu pada permukaan jantung, hati, limpa dan ginjal.

37. Tiada rawatan untuk penyakit Ichthyophonus. Pencegahan adalah satu-satu cara kawalan
penyakit ini.

Penyakit Ikan tak Berjangkit – Penyakit Pemakanan

1. Pertimbangan dari segi pemakanan ikan adalah sama penting dengan penyediaan keadaan
persekitaran yang bersesuaian untuk ternakan ikan.

2. Ikan yang mengalami kekurangan makanan dari kuantiti (kelaparan; starvation) dan
kualiti (kurang zat makanan; nutritional deficiency) dengan tempoh yang berpanjangan
(kronik; chronic) akan mempunyai risiko masalah kesihatan yang tinggi.

3. Ikan dengan penyakit pemakanan (nutritional related disorders) mengalami pertumbuhan


yang lambat, abnormal dalam perkembangan, masalah kulit dan tulang, kegagalan bertelur
serta maut dalam kes yang serius.

4. Pemakanan yang buruk turut menurunkan daya tahanan ikan terhadap jangkitan penyakit.

5. Pemakanan yang seimbang adalah mustahak untuk menyediakan keperluan tenaga dan
pertumbuhan bagi ikan.

6. Kumpulan zat makanan yang utama merangkumi protein, karbohidrat, lipid, garam galian
dan vitamin. Selain daripada karbohidrat, bekalan asid amino, asid lemak, garam galian
dan vitamin perlu (essential) mesti diberi dalam pemakanan ikan.

7. Penyakit pemakanan ikan dapat dibahagikan kepada 6 kategori utama:


a. Kekurangan zat (nutritional deficiency)
b. Kelaparan (starvation)
c. Keracunan pemakanan (nutritional toxicity)
d. Makanan berlebihan (overfeeding)
e. Penyakit yang berkaitan dengan memakan organisma hidup
50
f. Penyakit yang berkaitan dengan memakan ikan sakit atau mati

A. Penyakit kekurangan zat (nutritional deficiency disorders) :


8. Penyakit kekurangan zat biasanya wujud dalam ikan ternakan yang melibatkan
kekurangan vitamin, asid amino, garam galian dan asid lemak perlu (essential).

9. Penyakit kekurangan vitamin mungkin wujud dalam sistem akuakultur yang memberi
pemakanan buatan (artificial diet).

10. Lebih kurang 15 jenis vitamin didapati adalah penting bagi ikan. Namun setiap spesis ikan
memerlukan jenis dan amaun vitamin yang berlainan.

11. Terdapat 2 kumpulan vitamin berdasarkan keterlarutannya sama ada larut air (e.g.
kumpulan B, C, kolin, inositol) atau larut lemak (e.g. A, D, E, K).

12. Masalah kekurangan vitamin larut air (water-soluble) lebih biasa berlaku kerana vitamin
ini tidak dapat disimpan di dalam badan ikan.

13. Antara vitamin larut air, masalah kekurangan vitamin C (asid askorbik) paling biasa
berlaku pada ikan ternakan kerana ikan tidak dapat mensintesis vitamin C.

14. Tambahan pula vitamin C mudah musnah/hilang dalam pemprosesan dan penyimpanan
makanan ikan akibat daripada suhu tinggi, kelembapan tinggi dan cahaya terang.

15. Penyakit kekurangan vitamin C menunjukkan simptom pertumbahan yang lambat serta
perdarahan pada sirip atau/dan kulit ikan.

16. Kekurangan vitamin C mungkin menyebabkan scoliosis atau “penyakit rosak belakang”
(broken back disease) pada ikan akibat daripada perkembangan tulang yang terjejas.

17. Kekurangan asid folik (vitamin B-9) dan asid pantotenik (vitamin B-5) masing-masing
menyebabkan anemia dan penyakit insang (pencantuman lamela) pada ikan keli (channel
catfish).

18. Penyakit kekurangan asid amino boleh berpunca dari pemberian makanan dari sumber
protein yang terhad dari segi jenisnya.

19. Kebanyakan protein adalah kekurangan satu hingga beberapa jenis asid amino. Maka tiada
sejenis sumber protein dapat memenuhi keperluan asid amino bagi ikan.

20. Ikan memerlukan bekalan asid amino perlu untuk mensintesis protein baru untuk
tumbesaran dan metabolisma.

21. Kekurangan asid amino lisin (lysine) menyebabkan kerosakan sirip (fin erosion) dan
peningkatan kadar mortaliti.

22. Kesan kekurangan metionin (methionine) dan triptofan (tryptophan) masing-masing


adalah katarak (cataract; kekeruhan mata) dan scoliosis.

51
23. Ikan memerlukan garam galian untuk pelbagai proses metabolisma seperti sintesis
hemoglobin serta untuk fungsi enzim dan hormon.

24. Selain daripada makanan, ikan dapat menyerap sebahagian keperluan garam galian dari
persekitaran melalui kulit atau insangnya.

25. Kekurangan magnesium (Mg), manganese (Mn), selenium (Se) dan zink (Zn)
mengakibatkan pertumbuhan merosot dan katarak.

26. Ikan dapat mensintesis kebanyakan asid lemak melainkan siri asid lemak linolenik dan
linolik (linoleic) yang terkandung dalam kategori omega-6.

27. Kekurangan asid lemak ini menyebabkan penyahwarnaan (depigmentation), kerosakan


sirip, cardiomyopathy (inflamasi otot jantung) dan sebagainya.

28. Masalah kelaparan berlaku pada ikan liar akibat daripada persekitaran sejuk yang
melambatkan kadar metabolisma ikan. Bekalan makanan juga berkurangan pada musim
sejuk.

29. Ikan ternakan boleh juga mengalami kelaparan walaupun dengan kuantiti makanan yang
mencukupi tetapi jenis makanan yang tidak sesuai untuk ikan tertentu.

30. Kelaparan kronik (berpanjangan; chronic starvation) memberi kesan penurunan berat,
badan kurus dan abdomen yag cekung (concave) kepada ikan. Pertumbauhan merosot dan
daya pembiakan turut menurun.

31.Kelaparan selalu membawa kepada penyakit kekurangan zat makanan yang disebut di atas.

32. Walaupun bukan biasa, keracunan pemakanan mungkin berlaku pada ikan sekiranya
pengambilan vitamin tertentu (vitamin larut-lemak) dengan berlebihan, misalnya vitamin
A.

33. Pemberian makanan yang mengandungi sumber prrotein tumbuhan mesti dirawat untuk
menyahaktifkan (deactivated) toksin tertentu yng dapat merencat pertumbahan ikan.

34. Makanan ikan yang disimpan pada suhu dan kelembapan tinggi menggalakkan
pertumbahan kulat (mould). Sesetengah fungus misalnya Aspergillus, Fusarium dan
Penicillium menghasilkan mikotoksin (mycotoxin) yang sangat toksik yang dapat
membunuh ikan dengan dos/kuantiti yang rendah dalam makanan.

35. Pemberian makanan yang berlebihan sering menyebabkan kematian ikan ternakan akibat
daripada kualiti air yang berkaitan dengan perkumuhan ammonia (toksik) dan sisa
bernitrogen (dari makanan yang tidak dihabiskan) yang meningkat.

36. Masalah obesiti (obesity) diperhatikan pada ikan yang diberi makanan berlebihan dengan
kerap dan berpanjangan.
37. Penyakit yang berkaitan dengan makanan organisma hidup melibatkan kemasukan
patogen menerusi saluran penghadaman ikan.

52
38. Organisma hidup seperti kopepod, cacing anelida (annelid) dan udang (shrimp) yang
dimakan oleh ikan mungkin menjadi perumah/pembawa kepada parasit ikan.

39. Cacing Tubifex (liar yang hidup dalam lumpur) yang menjadi makanan hidup yang
popular bagi ikan didapati megandungi patogen virus, bakteria dan protozoa yang
menjangkiti ikan.

40. Organisma hidup yang menjadi makanan ikan mungkin mengandungi toksin kimia seperti
racun rumput (herbicide) atau racun perosak (pesticide) yang diperolehi melalui makanan
ataupun bio-penimbunan (bio-accumulation).

41. Penyakit yang berkaitan dengan memakan ikan sakit atau mati melibatkan ikan yang
memangsakan ikan sakit ataupun ikan yang memakan bangkai ikan.

42. Tindakan pemangsaan atau pemakanan bangkai ini menggalakkan penyebaran penyakit
dari ikan ke ikan.

Pengawalan Penyakit Ikan

1. Pengawalan penyakit ikan dapat dicapai menerusi pengurusan kesihatan ikan dengan
matlamat untuk menghasilkan produk ternakan yang sihat, murah, bermutu dan juga
menjamin kebajikan haiwan ternakan.

2. Pengurusan kesihatan ikan dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama:


a. Pencegahan penyakit (disease prevention)
b. Amalan penternakan yang baik (Good husbandry)
c. Langkah-langkah rawatan (curative measures)

A. Pencegahan penyakit :
3. Cara terbaik untuk mencegah penyakit ikan yang berjangkit ialah dengan mencegah
kemasukannya ke sistem akuakultur. Maka semua sumber jangkitan yang berpotensi perlu
diawasi dan dikawal.

4. Pembatasan kemasukan (restriction of access) perlu diadakan ke atas manusia,


alat/kenderaan, pemangsa, haiwan pembawa, ikan liar dan patogen untuk memasuki
sistem akuakultur.

5. Langkah penyahjangkitan (disinfection) dilakukan ke atas pekerja, pelawat, kenderaan dan


alat yang memasuki kawasan ternakan. Pembasmi kuman (disinfectant) yang biasa
digunakan ialah iodin yang mudah diberi, mempunyai kesan toksik (toxicity) rendah
terhadap ikan dan tidak berkekalan (nonpersistent).

6. Haiwan pemangsa, pembawa and ikan liar yang mungkin menjadi perumah/pembawa
sumber penyakit berjangkit dapat dihalang secara fizikal dari memasuki kolam ikan
dengan pembinaan pagar, jaring dan penapis.
7. Penyahjangkitan sumber air dengan ozon atau sinaran ultra-ungu dapat meminimakan
kemasukan patogen akuatik ke dalam kolam ikan.

53
8. Makanan ikan khasnya makanan hidup/segar membawa risiko jangkitan penyakiy yang
tinggi. Ia mesti dipastikan telah melalui proses penyahjangkitan.

9. Membawa masuk ikan baru ke dalam satu sistem akuakultur (biasanya untuk tujuan
pembiakan) merupakan salah satu risiko terbesar untuk memperkenalkan jangkitan.

10. Ikan baru ini perlu menjalani kuarantin (quarantine) di dalam tempat berasingan untuk
satu tempoh (biasanya 3 bulan) untuk memastikan ia sihat sebelum diperkenalkan ke
dalam kolam ikan.

11. Penvaksinan (vaccination) merupakan satu cara kawalan penyakit yang melibatkan
perlindungan ikan daripada patogen menerusi sistem imun ikan. Ia telah digunakan
dengan berjaya bagi banyak jenis haiwan ternakan.

12. Namun vaksin untuk penyakit ikan kurang berkembang sebab kos penyelidikan dan
penghasilan yang tinggi. Tambahan pula keimunan perolehan (acquired immunity) ikan
adalah lemah dan mungkin tidak memberi perlindungan sepenuhnya daripada jangkitan
patogen.

B. Amalan penternakan yang baik :


13. Sekiranya penyakit dibawa masuk ke sistem akuakultur secara tidak sengaja, ikan masih
mempunyai sistem pertahanan diri yang mungkin dapat merintang terhadap jangkitan.

14. Peluang bagi ikan untuk mengatasi jangkitan ini meningkat jika teknik penternakan yang
baik diamalkan untuk mengurangkan tekanan (stress) dan menjaga kebersihan kolam.

15. Kepadatan stok (stocking density) yang sesuai untuk spesis ikan tertentu adalah penting
untuk mengelakkan masalah kesesakan (overcrowding) yang menjadi sebab utama
tekanan pada ikan ternakan.

16. Polikultur (polyculture) yang melibatkan perternakan lebih daripada sejenis spesis ikan
yang tidak bersaing untuk ruang dan keperluan lain dapat memaksimakan kepadatan stok.

17. Tekanan pengendalian (handling stress) terhadap ikan dapat dikurangkan menerusi
pembinaan kolam dan penggunaan peralatan yang bersesuaian.

18. Pemeliharaan mutu air dan parameter persekitaran (e.g. suhu, pH) kolam adalah penting
untuk meminimakan tekanan fisiologi kerana ikan adalah sensitif terhadap perubahan
keadaan kimia dan fizikal.

19. Pemakanan ikan harus dirumuskan (formulate) mengikut keperluan spesis, masa dalam
setahun, iklim dan pertumbuhan. Pemberian makanan ikan perlu dikawal rapi dari segi
kuantiti dan kualitinya.

20. Pemeriksaan kesihatan ikan perlu diadakan dari masa ke semasa di mana kelakuan
(behaviour) abnormal atau simptom penyakit mesti dilaporkan segara untuk tindakan
kawalan atau rawatan yang sewajar.

54
C. Langkah-langkah Rawatan :
21. Sekiranya penyakit wujud pada ikan ternakan, maka kaedah kawalan yang muktamat ialah
rawatan melalui langkah-langkah kimia dan fizikal.

22. Rawatan dengan bahan kimia (chemotherapeutic) tertakluk kepada peraturan suatu negara
khasnya dalam kes ikan ternakan untuk makanan manusia. Ini adalah penting kerana
kebanyakan bahan kimia mempunyai tempoh penyingkiran minina (minimum withdraw
period) atau paras sisa baki maksima (maximum residual level) dalam daging ikan.

23. Rawatan kimia terhadap penyakit ikan harus mengambilkira perkara-perkara seperti:
a. Daignosis penyakit yang tepat
b. Penentuan bahan rawatan kimia yang paling sesuai
c. Pemberian (administration) ubat secara selamat dan berkesan
d. Memenuhi permintaan peraturan negara atau rantau (region)
e. Menyimpan rekod untuk setiap langkah yang diambil untuk rawatan ikan

24. Rawatan kimia perlu mempertimbangkan jenis penyakit, spesis ikan, tapak/cara rawatan
(route of administartion) dan sistem di mana ikan itu dipelihara, iaitu sama ada tertutup
(confined) atau terbuka (extensive).

25. Ikan sakit perlu dipastikan (target) dan dihadkan ke dalam satu ruang bersesuaian untuk
rawatan kimia. Ini akan melibatkan penangkapan ikan dan proses rawatan kimia yang
sudah tentu membawa kesan tekanan (stress).

26. Rawatan kimia terhadap ikan diberi menerusi 5 tapak/cara:


a. Bermediakan air (waterborne)
b. Mulut (oral)
c. Suntikan (injection)
d. Semburan (spray)
e. Mengelap (swab)

27. Rawatan bermediakan air merupakan kaedah yang paling biasa digunakan menerusi
pemberian bahan kimia ke dalam air. Kebaikannya ialah pengendalian ikan dapat
diminimakan atau dielakkan sama sekali.

28. Dalam rawatan bermediakan air, bahan kimia diberi kepada ikan sakit dengan 3 cara:
a. Rendaman tetap (constant immersion)
b. Mandian (bath)
c. “Flush”

29. Kaedah rendaman tetap melibatkan penambahan bahan rawatan kimia secara langsung ke
dalam sistem. Maka pengendalian ikan dapat dielakkan.

30. Rendaman tetap sesuai digunakan untuk merawat patogen luar misalnya parasit, fungus
dan bakteria yang menjangkiti kulit dan insang ikan.
31. Keburukan rendaman tetap ialah bahan kimia yang digunakan mungkin membunuh
organisma lain di dalam sistem, misalnya bakteria dalam penapis biologi (biological filter)
dan hidupan yang menjadi makanan semulajadi kepada ikan.

55
32. Amaun bahan kimia yang banyak diperlukan untuk rawatan rendaman tetap jika sistem
yang terlibat ialah kolam yang luas.

33. Kaedah mandian merupakan cara memberi bahan rawatan kimia yang paling murah,
berkesan dan biasa digunakan di mana ikan sakit dipindah ke satu bekas yang berasingan
untuk dirawat.

34. Kaedah mandian membenarkan dos (dosage) ubat yang tepat, masa rawatan serta keadaan
yang terkawal.

35. Keburukan kaedah mandian ialah ikan sakit perlu ditangkap dari sistem serta rawatan
berulang-kali diperlukan kerana patogen dalam sistem tidak dapat dihapuskan.

36. Kaedah “flush” digunakan untuk rawatan ikan di dalam sistem yang melibatkan kadar
pengaliran masuk dan keluar yang tinggi dan berterusan.

37. Bahan kimia dimasukkan melalui sumber air masuk (inlet) dan dicurah hingga bertaburan
(flush through) ke seluruh sistem.

38. Kaedah “flush” sesuai digunakan untuk rawatan telur ikan di dalam Zuger jar.

39. Namun rawatan bermediakan air hanya terhad kepada bahan kimia yang larut air (water-
soluble) sahaja.

40. Pemberian mulut (oral) merupakan cara rawatan yang sesuai digunakan untuk sesetengah
bahan rawatan kimia dengan syarat:
a. Bahan kimia mesti dicampur dan digabungkan ke dalam makanan ikan
b. Bahan kimia harus tetap aktif setelah bergabung dengan makanan
c. Ikan akan mengambil makanan yang telah dimasukkan dengan bahan kimia
d. Bahan kimia tidak dimusnahkan oleh proses penghadaman ikan
e. Bahan aktif (active ingredient) mesti dapat diserap menerusi dinding usus ikan

41. Pemberian mulut dilakukan selepas ikan tidak diberi makanan selama 24 jam. Amaun
makanan berubat (medicated food) diberi pada kadar 2% berat badan ikan dengan dos
bahan kimia dikira berdasarkan pemakanan ikan sebanyak 1% berat badan sehari.

42. Pemberian makanan berubat kurang berkesan sekiranya ikan sakit hilang selera makan
dan jenis makanan tidak sesuai untuk ikan tertentu.

43. Masalah ini dapat diatasi dengan pemberian mulut secara intubasi (intubation) di mana
ubat disuntik ke belakang kerongkong (throat) ikan dengan menggunakan tiub kecil yang
lembut.

44. Kaedah suntikan merupakan cara terbaik untuk pemberiaan dos bahan rawatan kimia yang
tepat. Ia dilakukan dengan menyuntik ubat ke dalam peritoneum atau otot ikan.
45. Namun kaedah suntik memberi tekanan (stress) yang tinggi kerana ikan sakit perlu
mangalami proses pengendalian dan pelalian (anaesthesia).

56
46. Kaedah semburan memberi bahan rawatan kimia dengan menyembur pada bahagian kulit
dan insang ikan. Ini biasa dilakukan semasa menggred (grading) ikan.

47. Kaedah mengelap dilakukan pada tapak jangkitan tertentu pada bahagian luar ikan,
misalnya lesi kulit yang disebabkan oleh bakteria.

48. Biasanya antibiotik disapu pada luka ikan dan seterusnya ia ditutup dengan bahan kalis air
(water-repellent substance).

49. Rawatan kimia melibatkan pemilihan ubat dan penentuan dosnya bergantung kepada
spesis dan umur ikan, kaedah pemberian, jenis penyakit serta parameter persekitaran.

50. Rawatan fizikal atau dikenali sebagai rawatan secara persekitaran (environmental
treatment) adalah sangat berkesan sekiranya rawatan dapat disebar dan dicapai ke seluruh
sistem dan ikan.

51. Antara parameter yang dapat dikawal dan digunakan dalam rawatan fizikal termasuk:
a. Suhu – Sesetengah patogen dapat dibunuh menerusi penyelarasan suhu melebihi tahap
tolerasi patogen tetapi masih dalam julat fisiologi ikan
b. pH – Banyak agen penyakit adalah sensitif terhadap perubahan pH, misalnya Costia
hidup dalam julat pH 5-6, maka peningkatan pH dapat mengawal parasit ini
c. Penapisan (filteration) – Penapis (filter) seperti panapis mikro (microfilter) yang
digunakan dalam sistem air berkitar (recirculated) dapat menapis dan menyingkirkan
patogen dari sistem
d. Sinaran ultra ungu (ultraviolet radiation) – digunakan untuk membunuh mikrob
e. Cahaya – Banyak parasit mempunyai peringkat hidup yang fototaksik (phototaxic),
iaitu suka terhadap sumber cahaya. Maka parasit ini dapat disingkirkan dengan
meletakkan lampu di saluran air keluar (outlet)
f. Kawalan perumah perantara – Banyak parasit mempunyai kitar hidup tak langsung
yang melibatkan perumah perantara. Parasit ini dapat dihapuskan menerusi kawalan ke
atas perumahnya
g. Ozon (ozone) – Walaupun ozon ialah sejenis bahan kimia tetapi ia selalu disertakan
dalam kemudahan pembasmi kuman yang khas untuk merawat air

Cara Diagnosis Penyakit Ikan dan Menghantar Ikan untuk Diagnosis

1. Diagnosis penyakit ikan memerlukan kemahiran yang tinggi yang melibatkan doktor
veterinar atau pakar patologi ikan dengan keperluan kemudahan dan peralatan makmal.

2. Penternak (aquaculturist) dan pengemar (aquarist) ikan turut memainkan peranan dalam
pemeriksaan (examination) ikan dan penghantaran (submission) sampel untuk diagnosis.

3. Pemeriksaan awal (initial) berdasarkan tanda/simptom penyakit dan cara atau kadar
kematian adalah berguna untuk menumpukan diagnosis dan seterusnya menjimatkan kos
dan masa diagnosis penyakit.
4. Ikan biasanya menunjukkan tanda klinikal dan kasar (clinical and gross signs) yang
sedikit secara relatif. Sekiranya pemeriksaan awal gagal memberi kesimpulan yang baik
bagi punca penyakit ikan, maka sampel perlu dihantar ke makmal untuk diagnosis lanjutan.
57
5. Penghantaran ke makmal mesti merangkumi spesimen berikut:
a. Ikan – ikan sakit dalam bentuk hidup, dibunuh, beku atau diawet; termasuk juga
sampel tisu ikan yang khusus
b. Air kolam atau akuarium – untuk ujian kimia umum, patogen, alga dan toksikologi
(toxicology)
c. Bahan lain yang disyaki terlibat
d. Sejarah lengkap (full history) – huraian terperinci tentang amalan penternakan dan
bentuk (pattern) mortaliti

6. Ikan sakit yang hidup merupakan bentuk spesimen yang paling sesuai dihantar untuk
diagnosis. Ia dapat digunakan untuk semua jenis analisis kecuali ujian kimia tertentu
kerana kandungan bahan kimia dalam tisu mungkin berubah semasa pengangkutan.

7. Sekiranya ikan tidak dapat dihantar secara hidup, ia haruus dibunuh secara eutanasia
(euthanasia) dengan rendaman dalam bahan pelali (anaesthetics) yang berlebihan.

8. Ikan yang telah dibunuh perlu disejukkan dalam ais dan dihantar secepat mungkin dalam
tempoh tidak melebihi 1 atau2 jam untuk ikan kecil dan 12 jam untuk ikan besar. Tujuan
ini adalah untuk meminimakan pereputan atau autolisis (autolysis) pada tisu ikan.

9. Ikan yang dibunuh masih sesuai untuk diagnosis seperti ikan hidup kecuali kebanyakan
ektoparasit mungkin sudah hilang.

10. Tisu yang mudah mangalami pereputan khasnya insang dan usus perlu ditetapkan (fix)
dalam bahan penetap (fixative) seperti 10% formalin isotonik dengan penimbal (buffer)

11. Bagi kedua-dua ikan hidup dan ikan yang dibunuh, sampel darah dan lumuran dari kulit
dan insang harus disertakan dalam penghantaran ikan.

12. Bagi kawasan yang terpencil di mana specimen ikan yang dibunuh tidak sempat dihantar
ke makmal, maka ia perlu dibekukan atau diawet dengan bahan kimia seperti formalin dan
etanol.

13. Ikan yang dibekukan masih dapat digunakan untuk pemeriksaan kasar (gross examination)
dan untuk analisis toksikologi.

14. Ikan yang diawet hanya dapat digunakan dalam pemeriksaan kasar dan histologi, tetapi
pemencilan patogen tidak dapat dilakukan dari spesimen ini.

15. Ikan mati adalah tidak sesuai untuk dihantar untuk diagnosis kerana masalah pereputan. Ia
terpaksa juga dihantar dalam ais atau dibekukan sekiranya ikan terjangkit yang hidup
tidak dapat diperolehi.

16. Bilangan ikan yang perlu dihantar ke makmal untuk tujuan diagnosis ialah sekurang-
kurangnya 5-10 ekor bagi setiap kes.
17. Apabila seluruh ikan sama hidup atau mati tidak dapat dihantar untuk diagnosis, maka
sampel tisu ikan tertentu dipilih untuk ujian khusus. Ini melibatkan pemilihan sampel

58
untuk diagnosis patologi, histologi, virologi, mikrobiologi (bakteria dan fungus) dan
parasitologi.

18. Pemilihan sampel untuk diagnosis patologi melibatkan pembedahan ikan diikuti oleh
penetapan (fixation) tisu dan organ seperti insang, mata, otak, hati, limpa, jantung, ginjal,
usus, pankreas dan sebagainya.

19. Tisu ikan ditetapkan dengan penetap biasanya 10% formalin isotonik berpenimbal.
Penetap khas seperti penetap Bouin (Bouin’s fixative) adalah sesuai untuk mata dan kulit,
serta penetap Davidson (Davidson’s fixative) yang sesuai bagi insang.

20. Sampel tisu untuk histologi harus dipotong ke saiz tidak melebihi 0.5-1 cm tebal dalam 2
dimensi, dan disimpan dalam penetap dengan isipadunya 10 kali isipadu sampel.

21. Ikan kecil dengan diameter abdomen kurang dari 0.5 cm atau panjang badan kurang dari 5
cm boleh ditetapkan secara keseluruhan.

22. Ikan sakit yang kecil boleh dihantar untuk diagnosis virologi dalam bentuk hidup, dibunuh
dan disejukkan atau ditetapkan.

23. Bagi ikan besar, sampel tisu dengan isipadu 5 mm3 yang disejukkan dengan ais adalah
memadai untuk analisis virologi.

24. Biasanya pengambilan tisu hati, ginjal dan limpa secara aseptik adalah cukup untuk
mengesan kebanyakan virus jangkitan sistemik. Organ ikan yang lain yang disyaki
terjangkit boleh turut dihantar.

25. Dalam diagnosis bakteriologi, ikan sakit yang hidup atau dibunuh akan dihantar tetapi
bukan ikan yang telah mati sebab bakteria saprofitik (saprophitic) tumbuh cepat pada tisu
ikan mati dan menjadi punca pencemaran.

26. Sekiranya seluruh ikan tidak sempat dihantar, maka lumuran (smear) dan pengelapan
(swab) harus diambil dari organ yang dijangkiti.

27. Lumuran digunakan untuk pewarnaan Gram dan khas sementara hasil penyelapan
ditumbuh pada media agar darah bagi bakteria dalaman atau media Ordal bagi bakteria
luar.

28. Penghantaran untuk diagnosis fungus dalam adalah serupa dengan kaedah yang digunakan
bagi bakteriologi. Namun jangkitan fungus luaran harus diperiksaan secara histologi yang
melibatkan sampel kulit dan insang.

29. Ikan sakit yang hidup paling sesuai dihantar untuk diagnosis parasitologi kerana
kebanyakan parasit dapat dikekalkan. Parasit yang besar masih dapat dikenalpasti dendan
hidup jika seluruh ikan atau bahagian terjangkit dihantar dengan cepat dalam keadaan
sejuk.

59
30. Namun sebilangan protozoa mungkin hilang dalam pengangkutan atau proses penyejukan
ikan atau sampel terjangkit. Maka lumuran dan tisu yang ditetap perlu disertakan untuk
tujuan diagnosis.

31. Sejarah lengkap yang dihantarkan bersama sampel ikan adalah penting agar diagnosis
yang tepat dapat dibuat. Maklumat yang harus disediakan dalam sejarah termasuk:
a. Nama dan alamat penghantar dan pemilik
b. Data populasi yang terjangkit termasuk kedudukan, saiz, umur, punca dan masa ia
mula diternak.
Spesis lain yang turut wujud tetapi tidak dijangkiti perlu disenaraikan
c. Data mengenai penyakit yang merangkumi kadar morbiditi dan mortaliti, tempoh,
tanda penyakit, abnormaliti (abnormality), wujudnya masalah yan serupa sebelum ini
dan rawatan yang telah diberi
d. Jenis sistem dan masa pembinaannya, serta maklumat penapisan atau bekalan air
e. Data air dan persekitaran termasuk sumber air, kemasinan (salinity), pengaliran, suhu,
pH, kandungan oksigen, kehadiran alga atau pencemar serta bentuk cuaca seperti
hujan lebat, kilat, angin ribut (storm) dan “heat wave”.
f. Data pengurusan – kadar stok (stocking rate), jenis makanan, ubat atau vaksin yang
diberi, perubahan sistem pengurusan, faktor tekanan (stress)
g. Maklumat terperinci mengenai spesimen yang dihantar dan analisis yang diperlukan,
serta tarikh dan cara pengumpulan spesimen

32. Setelah ikan sakit dihantar ke makmal, kerja diagnosis akan bermula dengan pemeriksaan
luaran. Ikan hidup akan dilalilan terlebih dahulu. Pemerhatian dilakukan terhadap sirip
dan dasar sirip (fin base), lesi kulit, abnormaliti kasar (gross) dan parasit yang ternampak
(visible).

33. Kikisan kulit (skin scrape) dan sisik (scale) juga diambil dan diperiksa dengan mikroskop.

34. Pengelapan (swab) bakteria luaran di ambil pada tapak potongan secara aseptik merentasi
lesi kulit sehingga ke otot. Sampel bakteria ditumbuh pada media kultur yang sesuai.

35.Sampel darah akan diambil dari aorta yang terletak sepanjang ventral tulang belakang ikan.
Perwarnaan lumuran darah untuk pemeriksaan parasit dan kiraan sel darah dilakukan.

36. Seterusnya pemeriksaan dalaman dibuat dengan pembedahan ikan untuk mendedahkan
organ dalamnya.

37. Jantung ikan diperolehi dan diperiksa dengan mikroskop pembedahan di dalam penimbal
salin (saline buffer). Seterusnya in dipotong untuk pemeriksaan parasit di dalamnya.
Jantung ini ditetapkan dengan formalin untuk tujuan pemeriksaan histologi seterusnya.

38. Pemeriksaan organ dalam seperti limpa, hati, ginjal dan usus dibuat dengan pemerhatian
dari segi warna, pendarahan, tumor (tumour), abnormaliti dan parasit.

39. Organ dalam ini dipotong kepada kepingan kecil untuk pemeriksaan langsung di bawah
mikroskop, histologi dan virologi.

60
40. Insang turut diperiksa untuk abnormaliti dari segi warna, nekrosis, percantuman
(clubbing), perdarahan dan parasit dengan bantuan mikroskop.

41. Mata ikan dikeluarkan dan dibedah untuk memerhatikan kelegapan kanta (len opacity)
dan struktur mata yang lain di bawah mikroskop.

42. Pemeriksaan kasar dilakukan terhadap ruang hidung (nasal cavity) untuk abnormaliti dan
parasit.

43. Otak ikan diperolehi menerusi keratan melintang pada kepala ikan. Otak yang sempurna
diperiksa untuk tanda penyakit seperti tumor, perdarahan dan nekrosis. Sebahagiannya
diperiksa lebih lanjut menerusi histologi dan virologi.

44. Ujian-ujian makmal yang seterusnya melibatkan pemeriksaan dari segi parasitologi,
bakteriologi, serologi, virologi dan histologi.

45. Sampel tisu diperhatikan untuk kehadiran parasit menerusi penyediaan basah tanpa
perwarnaan atau penetapan dan pewarnaan parasit.

46. Parasit yang ditetapkan boleh diwarnakan dengan pewarna umum borax carmine.
Sementara itu pewarna Leishman dan Giemsa digunakan untuk mewarnakan sampel
parasit dalam lumuran darah.

47. Pemeriksaan bakteriologi dibuat dengan menumbuh bakteria dari hasil pengelapan (swab).
Pengelapan dilakukan dengan memotong masuk organ yang telah disterilka dengan
alkohol pada permukaan dan sampel bakteria diambil sepanjang potongan tersebut.

48. Hasil pengelapan ditumbuh pada media kultur yang sesuai dan ujian-ujian mikrobiologi
dibuat untuk mengenalpastikan bakteria yang hadir.

49. Ujian serologi melibatkan pemeriksaan serum darah ikan untuk kehadiran antibodi
terhadap antigen (portein asing) dari patogen khasnya bakteria dan virus.

50. Pemeriksaan virologi terhadap tisu ikan memakan masa yang panjang dan kos yang tinggi
dengan melibatkan teknik kultur sel (cell culture) kerana virus hanya dapat tumbuh dalam
sel hidup.

51. Kultur sel melibatkan pertumbuhan sel secara in vitro dengan menggunakan media khas
pada keadaan yang khas. Sel ikan yang telah ditumbuh di dalam makmal digunakan untuk
menumbuh dan memencil virus dari tisu ikan untuk tujuan pengenalpastian selanjutnya.

52. Histologi yang melibatkan pemeriksaan struktur mikro (microstructure) tisu merupakan
kaedah yang paling berguna untuk mengesan abnormaliti pada peringkat sel. Namun ia
memerlukan masa yang panjang, kos yang mahal dan keputusannya mungkin susah
ditaksirkan.

53. Tisu ikan yang disediakan untuk pemeriksaan histologi harus dikendali dengan berhati-
hati untuk mengelakkan kerosakan struktur sel.

61
54. Secara amnya, penyediaan sampel tisu untuk histologi melebatkan proses-proses berikut:
a. Penetapan tisu
b. Pemprosesan tisu untuk mikrotomi (microtomy)
c. Keratan atau mikrotomi tisu kepada kepingan nipis (thin section) dengan tebal 5-7 µm
d. Pewarnaan tisu – pewarna haematoxylin dan eosin (H&E) biasa digunakan untuk
tujuan umum

62

Anda mungkin juga menyukai