Anda di halaman 1dari 29

Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


SPH – SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN
(KEMAHIRAN HIDUP)

SPL 4222
prinsip pengeluaran
ternakan

Ahli-ahli kumpulan:

1. Wong cheng yun sx070872phj01


2. Salina binti tumin sx105728phd01
3.

NAMA PENSYARAH :

tuan haji baharum bin sulman

Page 1
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Isi Kandungan:

Bil Isi Kandungan Muka Surat

1 Pengenalan
Penternakan Ikan Air Tawar
Penternakan Ikan Siakap
Penternakan Ikan Talapia

2 Pengurusan Ikan Siakap


Pemindahan ikan separa matang
Makanan
Menuai ikan siakap matang
3 Pengurusan Kesihatan Ikan
Jenis-jenis penyakit
a) Parasit
b) Kulat
c) Bakteria
d) Virus
e) Punca-punca lain
f) Pengawalan Penyakit

4 Pemakanan Ikan
Cara-cara pemberian makanan
Penjagaan ikan
5 Langkah-langkah pengurusan penternakan ikan
siakap di pusat penternakan ikan gelang patah
Penerimaan benih ikan
Pengasuhan benih-benih ikan
Pengredan ikan
6 Penutup

Page 2
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

PENGENALAN

Penternakan Ikan Air Tawar

Penternakan ikan air tawar mula mendapat perhatian terutama masyarakat


desa. Kejayaan demi kejayaan yang dipamerkan oleh pihak media massa telah memberi satu
dimensi baru terhadap industri ini. Penternakan ikan air tawar merujuk ikan yang dibela di
kawasan sungai dengan menggunakan kolam – kolam khas. Industri ini sudah mendapat
perhatian masyarakat terutama penduduk kampung kerana mampu menghasilkan
pulangan yang lumayan kepada mereka. Namun, industri ini turut memiliki pelbagai masalah
yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Antara ikan air tawar yang
boleh diternak ialah : -

IKAN BAWAL IKAN SEPAT

IKAN PUYU IKAN SIAKAP

Page 3
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Penternakan ikan siakap

Ikan siakap atau nama sintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae
merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar.
Berikutan permintaan yang baik dan teknologi yang agak kehadapan berbanding ikan marin
lain, aktiviti menternak spesis siakap terus mendahului dalam komoditi akuakultur ikan marin
Negara ini.

Di Malaysia, spesies ini adalah satu spesies yang paling banyak diternak di sangkar-
sangkar terapung dan juga kolam air payau sama ada di perairan Semenanjung atau pun
Sabah dan Sarawak. Ia diternak di sangkar terapung sama ada di laut terbuka, muara sungai,
teluk, lagun dan juga hilir sungai. Selain itu, ikan dari jenis pemangsa ini juga cepat
membesar dan boleh mencapai saiz antara 1.5 kilogram hingga dua kilogram dalam tempoh
setahun.

Ikan siakap putih adalah bersifat hemaprodite protandri iaitu ia berlaku pertukaran
jantina pada peringkat umur dan saiz tertentu. Ikan siakap putih matang dengan jantina jantan
dahulu dan akan bertukar menjadi betina.

Pada berat antara 1.5 hingga 2.5 kilogram kebanyakan ikan siakap putih adalah jantan
namun apabila ia mencapai berat antara empat dan enam kilogram kebanyakan akan bertukar
menjadi betina. Dari segi fizikal muncung ikan, siakap putih jantan sedikit berlengkok
sementara ikan siakap putih betina berbentuk lurus. Bentuk badan ikan jantan lebih pipih
berbanding ikan betina.

Ikan Talapia

Ikan Talapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari
puak biologi tilapiine cichlid. Talapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-
sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai,
tasik, dan muara. Kebanyakan ikan talapia merupakan haiwan maserba dengan
kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah talapia
merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam

Page 4
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

akuakultur di sekeliling dunia. Di mana talapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak
sengaja. Antara genus ikan talapia adalah:

• Alcolapia
• Danakilia
• Iranocichla
• Oreochromis

1. Talapia Hitam ( Oreochromis mossambicus )


2. Talapia Merah ( Oreochromis niloticus )
3. Talapia Biru ( Oreochromis aureus )

• Sarotherodon
• Steatocranus
• Stomatepia
• Talapia

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Mossambi


Keluarga (Family) : CICHLIDAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : Talapia mossambics (Peters)
Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm
Nama Lain (Other Names) : Mossambi Talapia
Nama Indonesia (Indonesian Name) : Ikan Moedjair
Nama Cina (Chinese Name) C : Fei Chow Yee

Page 5
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Nile


Keluarga (Family) : CICHLIDAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : Talapia nilotica (Linn.)
Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm
Nama Lain (Other Names) : Nile Talapia

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Kacukan (jantan)


Keluarga (Family) : CICHLIDAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics
Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm
Nama Lain (Other Names) : Talapia Hybrid (male)

Nama Melayu (Malay Name) : Talapia Kacukan (betina)


Keluarga (Family) : CICHLIDAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics
Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm
Nama Lain (Other Names) : Talapia Hybrid (female)

Page 6
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

PENGURUSAN IKAN SIAKAP BERUKURAN LEBIH 4 – 5 INCI.

TANGKI TERNAKAN

Bagi ikan siakap yang telah diasuh selama satu bulan bermula dari saiz 1 inci hingga
mencapai saiz 4 – 5 inci akan mengalami pengurusan yang lain. Anak ikan yang sudah
mencapai saiz 4 inci tersebut samada akan dijual kepada penternak – penternak setempat atau
ke luar negara iaitu Singapura, atau dipelihara hingga matang dan dijual kepada penduduk
setempat, ke jabatan kerajaan dan sekolah. Ikan siakap yang akan dipelihara akan di
keluarkan dari tempat asuhan dan diasingkan ke tangki penjagaan ikan yang khas.

Anak ikan siakap yang hendak dipelihara tersebut akan dipilih yang sihat dari
penyakit –penyakit ikan serta bersih seluruh badannya sebelum dimasukkan ke dalam tangki
– tangki yang diperbuat dari fiber. Tangki – tangki permulaan untuk ikan yang hendak
dipelihara berbentuk segi empat tepat bersaiz lebih kurang 500 liter padu air yang boleh
memuatkan sebanyak 100 ekor anak ikan ke dalamnya.

Rajah : Tangki berbentuk segi empat tepat yang menempatkan anak ikan siakap yang
berukuran antara 4 – 5 inci.

Page 7
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

PEMINDAHAN IKAN SEPARA MATANG

Ikan sikap yang dipelihara lebih kurang 1 bulan di dalam tangki peliharaan akan
membesar ke saiz 8 – 10 inci. Dengan saiz ini ikan sekali lagi ikan yang separa matang ini
akan dipilih dan dimasukkan ke dalam tangki yang lebih besar dan luas. Tangki yang
berbentuk silinder tersebut ditempatkan di bangunan yang berbumbung sama juga seperti
tangki – tangki asuhan dan tangki – tangki peliharaan yang lain. Ia bagi mengelakkan
sekiranya hujan turun dan air hujan tersebut akan memasuki ke dalam kelong atau tangki
tempat ikan siakap di ternak.

Air hujan yang turun dikuatiri akan menjejaskan kesihatan ikan dan mengelakkan
tekanan kepada ikan disebabkan oleh kandungan asid atau cemaran lain yang terkandung di
dalam air hujan tersebut. Selain itu juga, ia bagi mengawal suhu air di dalam tangki ternakan
tersebut.

Rajah : Tangki yang digunakan untuk menyimpan ikan siakap yang sudah besaiz >10 inci.

Setiap satu tangki tersebut berukuran 1000 liter padu yang boleh memuatkan 100 ekor
anak ikan untuk setiap satu tangki. Anak ikan siakap tersebut akan dipelihara hingga
mencapai ke saiz matang. Saiz matang yang dianggarkan adalah antara 500 hingga 600gram
seekor. Terdapat juga tangki-tangki yang memelihara ikan siakap hingga ke saiz 1 hingga
1.2 kilogram.

Tangki yang lebih luas dan besar ini bagi memberi keselesaan kepada ikan untuk
berenang bebas. Walaupun ikan sudah mencapai ke saiz yang besar dan mempunyai daya
ketahanan diri yang lebih tinggi, namun keselesaan tetap diutamakan bagi mengelakkan

Page 8
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

tekanan kepada ikan tersebut. Ini kerana tangki yang sempit akan menyebabkan ikan akan
berlanggar sesama sendiri atau ke dinding – dinding tangki dan mengakibatkan gegaran pada
otaknya yang boleh menyebabkan tekanan dan penyakit kemurungan. Seterusnya ikan tidak
aktif dan tidak berupaya untuk merebut makanan dan akhirnya akan mati. Selain itu,
jangkitan kulat pada sisik ikan juga akan membuatkan ikan menjadi tidak aktif dan akhirnya
mati.

Rajah : Ikan yang mengalamai jangkitan kulat pada badannya

MAKANAN

Ikan-ikan siakap ini diberi makanan ikan yang dipanggil pallet. Pallet ini
mengandungi khasiat untuk ikan membesar dengan sempurna dan sihat. Pallet yang
diberikan kepada ikan ini mengandungi karbohidrat serta protein yang tinggi bagi membantu
ikan ini membesar ke saiz yang dikehendaki. Terdapat juga vitamin di dalam pallet ini bagi
menjamin kesihatan kepada ikan.

Ikan peliharaan akan diberi makan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu
petang. Pallet-pallet tersebut akan diberi lebih kurang satu baldi kecil yang akan ditabur
dipermukaan air dan ikan-ikan akan timbul serta menangkap pallet-pallet yang ditabur itu.
Pada ketika itu, air akan berkocak kuat dek sambaran ikat terhadap makanannya.

Page 9
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Rajah : Ikan yang diberi makan pallet oleh salah seorang pekerja.

MENUAI IKAN SIAKAP MATANG

Setelah menempoh masa selama 1 bulan ke satu bulan setengah di dalam tangki
ternakan, ikan siakap tersebut sudah sesuai untuk dituai iaitu ditangkap dan dijual ke pembeli
setempat atau jabatan-jabatan yang berminat. Ikan siakap ini akan dijual terus setelah
ditangkap dari dalam tangki dalam keadaannya masih hidup. Pembeli akan memperoleh ikan
siakap yang masih segar dari ladang. Saiz ikan siakap pada ketika itu antara 15- 18 inci
dengan anggaran berat 600-700 gram seekor. Ada di antaranya mencapai berat hingga 1
kilogram seekor.

Ikan siakap yang dipelihara di Biotech ini mempunyai sisik yang putih dan bersih
serta berkilau kerana airnya dijaga dan ikan akan dipindahkan ke tangki yang lain setelah
mencapai ke saiz yang telah ditentukan oleh pihak biotech. Rasa isi ikan juga amat sedap
kerana ia tidak makan makanan yang sembarangn kecuali pallet khas yang telah dijamin
berkualiti dan membantu ikan untuk membesar dengan sempurna dan sihat.

Rajah : Ikan siakap yang sudah matang sedia untuk ditangkap dan dijual kepada pelanggan.

Page 10
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Pengurusan Kesihatan Ikan

JENIS-JENIS PENYAKIT

Penyakit Ikan Dan Rawatan

Kematian ikan adalah satu faktor yang menyebabkan kerugian dalam aktiviti
perikanan. Ikan merupakan organisme poikiloterma yang mana suhu badannya bergantung
kepada suhu sekitar (air). Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat ia akan
menyebabkan renjatan dan seterusnya menyebabkan ikan menjadi lemah. Populasi ikan yang
terlalu tinggi juga boleh menyebabkan kemerosotan mutu air. Makanan yang kurang atau
tidak sesuai boleh melemahkan dan menyebabkan kematian ikan.
Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan adalah disebabkan oleh pathogen (agen-
agen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :-
a) Parasit (Endoparasit/Ektoparasit)
b) Kulat
c) Bakteria
d) Virus
e) Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran

i) Penyakit Primer
Penyakit ini berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama kalinya. Ini
berlaku apabila kita campurkan ikan yang besar dengan ikan yang kecil. Ikan besar walaupun
mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kerana ikan
tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu
dengan patogen, ia mudah diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit
primer juga boleh berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak.

ii) Penyakit sekunder


Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan wujud dan
menyebabkan ikan (termasuk ikan yang lali terhadap sesuatu penyakit) senang diserang oleh
patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen

Page 11
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

tetapi dengan adanya faktor-faktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi
lemah dan daya ketahannya tidak cukup untuk melawan serangan patogen.
Fenomena berlakunya penyakit ikan dapat digambarkan seperti berikut:
Perbezaan ikan sakit & ikan sihat

a) Perubahan Kelakuan

Ikan Sihat Ikan Sakit

• Cergas • Lemah/tidak aktif


Makan seperti • Tidak makan/kurang

biasa selera
• Berenang seperti • Berenang pantas atau
biasa berpusing-pusing
• Mengesel badan
• Hilang keseimbangan
Mulut & insang

terbuka
luas & cepat bernafas

b) Perubahan Morfologi

Kemerahan di
Luka/kudis pada
kawasan badan dan
badan/ekor
kepala

Reput sirip/ekor/sisik Perut / abdomen


tanggal membesar

Page 12
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

kesan-kesan penyakit

• Kematian
• Pembantutan tumbesaran & perubahan tempoh ternakan yang panjang
• Nisbah pertukaran makanan yang rendah
• Tahap kadar kepadatan maksimum yang rendah
• Kos penghasilan yang tinggi

I. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT

Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit).

Definasi Parasit:
Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam luar badan organisma yang lain
tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut.

Ukuran 0.5 – 1 mm (gambar oleh DOF Malaysia)

1. Penyakit Bintik Putih (white spot)


Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil Ichthyophthirius multifilis. Semua jenis
ikan terutamanya anak-anak ikan. Parasit tersebut menembusi kulit ikan dan memakan sel-sel
tisu dan darah.

Tanda-tanda penyakit
- Ikan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut (peringkat
Permulaan);
- Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh badan;
- Tompok-tompok putih dan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan insang dan
menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan timbul kepermukaan untuk
bernafas;
- Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau sangkar;
- Ikan tidak makan (peringkat serius);
- Mata menjadi kelabu.

Page 13
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Cara-cara rawatan

(i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia) dalam jangka
masa yang singkat.
- Ikan diletakkan tangki atau bekas kecil.
- Ubat dimasukkan ke dalam tangki. Ikan akan dikeluarkan selepas beberapa minit.
- Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tekanan
kepada ikan
(ii) Merendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangka masa yang
panjang.
- Dos ubat yang digunakan adalah rendah dan tidak menyebabkan tekanan kepada ikan
- Ubat dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan sembuh dan
kesan ubat akan hilang dengan sendirinya.
- Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa hari.

2. Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella


Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala besar dan Lampan
jawa.

Trichodina sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Chilodonella sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Page 14
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Tanda-tanda penyakit
- Ikan menjadi pucat (serius ). Sista berwarna putih dan parasit yang bulat (ukuran 2-4 mm)
akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang menjadi berkolompok.
- Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus );
- Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan.

Rawatan
Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal dan
mencegah penyakit daripada berlaku.

3. Dactylogyrosis (penyakit kutu insang)


Disebabkan oleh: Parasit Dactylogyrus. Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak
dan Kap kepala besar. Parasit yang matang melekat pada insang bertelur.

Dactylogyrus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)


Tanda-tanda penyakit
- Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal );
- Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak boleh tertutup
dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas.

4. Gyrodactylosis (penyakit kutu insang)


Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus
Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa. Parasit ini menyerang bahagian permukaan
badan sahaja.

Tanda-tanda penyakit
Sama dengan penyakit bintik putih

Rawatan
Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis.

Page 15
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

5. Argulosis (kutu ikan )


Disebabkan oleh: Parasit Argulus
Argulus berbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garis pusat. Argulus
boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan. Ikan yang diserang adalah kap
rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian
luar badan dengan cara menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.

Argulus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit
- Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh parasit;
- Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat;
- Kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi.

6. Lernaesis (cacing sauh )


Disebabkan oleh: parasit Lernaea sp.
Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kap kepala besar
dan kap biasa.

Lernaea sp. . (gambar oleh DOF Malaysia)

Tanda-tanda penyakit
- terdapat tanda-tanda merah pada badan;
- Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami kekurangan berat
badan.

Page 16
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

II. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit Dalaman)


Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah.
Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah:
i) Trematoda Digenetik
ii) Nematoda ( cacing gelang )
iii) Cestoda (cacing peta)

1. Trematoda Digenetik
Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak. Bahagian kornea
akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di bahagian pupil, iaitu larva
cacing parasit Displostumum Spatheum. Ia memakan kanta mata dan menyebabkan ikan
tersebut buta

2. Nematoda dan cestoda


- Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot, pundi, usus
dan di dalam mata;
- Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh itu, tidak boleh
digunakan sebagai induk;
- Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau kematian
berlaku, ianya tidak serentak.

Rawatan
Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan mencegah
parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut.

III. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT

1. Saprolegniasis
Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti kesesakan
ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, luka-luka pada badan ikan
apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa pengendaliannya

Page 17
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Tanda-tanda penyakit
- Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kap[as pada badan ikan;
- Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat;
- Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan ikan dan juga
menyerang telur-telur ikan.

IV. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA


Bakteria terdapat disekitar sistem perairan. Apabila faktor-faktor tekanan wujud, bakteria
akan menyebabkan penyakit.

Tanda-tanda penyakit
- Badan ikan kemerahan-merahan dan jika penyakit tidak dikawal, tanda kemerahan-
merahan akan merebak ke seluruh badan dan menjadi ulser;
- Ikan tidak berselera untuk makan;
- Kadangkala mata dan perut ikan menjadi bengkak;
- Kematian ikan yang disebabkan oleh bakteria adalah tinggi dan serentak;

Rawatan
Furanace 0.05ppm sehingga sembuh

V. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS


Virus adalah organisma yang lebih halus daripada bakteria dan ia tidak dapat dilihat
dibawah mikroskop biasa. Penyakit virus serig berlaku bersama dengan penyakit bakteria dan
tanda-tanda klinikal, rawatan dan cara-cara pengawalan adalah hampir sama seperti penyakit
bakteria.

VI. PENGAWALAN PENYAKIT

A) Faktor-Faktor Tekanan
Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh menyebabkan ikan
menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

Page 18
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

i) Suhu
Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air), dengan itu, suhu
merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat,
ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.

ii) Sumber dan Mutu Air


Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran
organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak
melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 – 9.0 .

iii) Pengendalian
Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar
akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh
memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor Kesesakan


Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan.
Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya
menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami
tekanan.

v) Makanan
Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan
zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2
kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. Banyaknya makanan tambahan
yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara
berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.

B) Ciri-Ciri Kolam
Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai
sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak
dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.

Page 19
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

C) Pengawalan Patogen
- Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan
kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat
mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea.
- Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh
patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang
digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.
- Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-
20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menangalkan parasit yang
terdapat di luar badan ikan.
- Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan di
dalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai
sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.
- Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan
penyakit primier.
- Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu
dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan
menjangkiti anak ikan.
- Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan
boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

PEMAKANAN IKAN

Teknik & amalan yang betul akan menghasilkan penggunaan makanan & pengeluaran
ikan yang baik. Oleh itu, seseorang penternak mestilah mengetahui tentang jumlah,
kekerapan dan cara pemberian makanan yang bersesuaian dengan sistem pengeluarannya.
Kadar atau banyaknya makanan yang harus diberi merupakan satu perkara penting yang
kami beri perhatian di hatceri ini. Jika terlalu sedikit makanan diberi akan mengakibatkan
perbezaan saiz yang besar di antara setiap ikan pada waktu yang ditangkap. Pada asasnya,
pemberian makanan kami buat dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Tujuan
utamanya ialah untuk memberi peluang kepada setiap individu ikan mendapatkan makanan
tersebut.

Page 20
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Makanan adalah antara faktor terpenting dalam pengurusan kolam ternakan. Benih-benih
ikan perlu diberi makan empat kali sehari dari pagi hingga petang sehingga kenyang atau ad
libitum (sehingga ikan kenyang atau berhenti makan). Teknik pemberian makanan adalah
penting bagi memastikan pengambilan makanan yang sempurna oleh ikan. Pemberian
makanan yang lebih kerap dengan kuantiti yang sama adalah digalakkan untuk memberi
peluang kepada setiap individu ikan mendapatkan makanan tersebut.
Jenis makanan yang sesuai adalah pelet terapung yang mengandungi antara 40 dan 45
peratus protein sesuai dengan tabiat ikan siakap yang suka mengambil makanan di ruang air
dan juga makanan yang terapung di permukaan. Ikan Talapia adalah daripada jenis
“Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan
juga tumbuhan). Iaitu:
a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi
(pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.

Cara pemberian makanan :

1. Pemberian makanan di bahagian kolam yang tetap


Antara kebaikan memberi makanan di satu bahagian kolam yang tetap ialah:
a) dapat mengelakkan pembaziran makanan
b) dapat memerhatikan kelakuan ikan & mengawasi pemberian makanan

2. Jadual serta kekerapan pemberian makanan


3. Masa yang sesuai untuk memberi ikan makan ialah:
i. 9 - 11 pagi
ii. 2 - 4 petang
- Kekerapan pemberian makanan secara amnya 2 kali sehari dan 6 hari seminggu
- Bagi anak-anak ikan pula adalah lebih baik jika diberi makan sebanyak 2- 4 kali
sehari
4. Cara Cuba-cuba
makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun
demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.

Page 21
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

PENJAGAAN IKAN

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi
mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang
perlu ialah:

1. Memberi makanan
2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
3. Memeriksa kualiti air.
4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
5. Mengawal rumpair
6. Mengawal pemangsa
7. Membuat catatan harian

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PENTERNAKAN IKAN SIAKAP DI


PUSAT PENTERNAKAN IKAN GELANG PATAH

A. PENERIMAAN BENIH IKAN

Kebanyakan benih-benih ikan di Pusat Asuhan Ikan Gelang Patah ini diperolehi dari
pelbagai sumber sama ada dari dalam negara ataupun dari luar negara.Di pusat ini benih-
benih ikan seperti ikan siakap diperolehi dari Terengganu dan Singapura.Pelepasan benih-
benih ikan yang baru sampai biasanya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang. Ini
kerana pada ketika itu suhu berada di tahap yang sederhana dan tidak terlalu tinggi ( panas ).

Benih-benih ikan ini akan dipindahkan secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk
mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap ikan tersebut. Beg-beg plastik yang
mengandungi benih-benih ikan terlebih dahulu akan diapungkan di atas permukaan air
selama lebih kurang 30 minit agar suhu airnya hampir menyamai suhu air di dalam palong.
Kemudian, benih-benih ikan ini akan dilepaskan ke dalam kanvas ( hapa ) yang berisi air
kolam. Manakala, saliniti ( kadar kemasinan ) air kolam akan ditingkatkan kepada 30ppt
dengan menggunakan garam. Sejenis alat iaitu refraktomter digunakan untuk menentukan
kadar saliniti air palung takungan.

Page 22
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Pada peringkat ini,benih-benih ikan yang baru dilepaskan dikuarantinkan bagi tujuan
mengenalpasti benih-benih ikan yang berpenyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh
parasit.Mengikut pegawai yang bertugas di situ,benih-benih ikan yang berpenyakit akan
dirawat dan dipantau terlebih dahulu sebelum dilepaskan bersama benih-benih ikan yang
lain.Benih-benih ikan tersebut akan diberi makanan yang khusus mengikut jadual.

Gambar: Pegawai bertugas memberikan penerangan di pusat asuhan ikan Gelang Patah

B. PENGASUHAN BENIH-BENIH IKAN

Setelah ikan yang dikuarantin pada awalnya disahkan sihat dan bebas daripada
penyakit yang boleh berjangkit oleh pegawai yang bertugas, Benih-benih ikan tersebut akan
ditukarkan ke dalam palong-palong yang berlainan.Terdapat beberapa palong yang digunakan
di tempat asuhan ikan ini bagi menampung ikan-ikan yang diterima.Palong-palong tersebut
perlu dibersihkan setiap hari bagi memastikan palong berada dalam keadaan yang bersih dan
seterusnya dapat mengelakkan penyakit. Di pusat asuhan ternakan ikan ini, Sistem Bio Filter
digunakan bagi mendapatkan kualiti air yang bersih.

Page 23
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar: Ikan-ikan yang diletakkan di dalam palong yang berlainan

Semasa dalam proses asuhan, ikan-ikan sentiasa dipantau dengan teliti. Kualiti air di
dalam palong juga sentiasa dijaga.Untuk memastikan ikan-ikan tersebut terdedah kepada
jangkitan penyakit, pekerja dan para pelawat dilarang menyentuh air yang terdapat di dalam
palong dengan menggunakan tangan.Biasanya ikan-ikan yang dikenalpasti bermasalah akan
diasingkan.Ikan-ikan yang bermasalah biasanya menunjukkan ciri-ciri seperi kurang aktif
atau tidak mahu makan. Di pusat asuhan ikan ini,Puan Aziana merupakan pegawai khas yang
bertugas mengenalpasti ikan berpenyakit dan merawat ikan tersebut akan sehingga pulih.
Aktiviti memandikan anak ikan merupakan salah satu daripada cara atau teknik merawat ikan
yang terkena penyakit. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti rutin atau harian
yang boleh mengawal anak ikan daripada terkena pelbagai jenis penyakit akibat parasit,
jangkitan kuman atau bakteria. Kaedah memandikan anak ikan ini adalah dengan cara
merendamkam anak ikan tersebut dengan air tawar selama 20 hingga 30 minit mengikut jenis
ikan. Ia juga boleh dilakukan sebanyak 2 hingga 3 hari sekali atau pun mengikut keperluan
yang dikehendaki.

Biasanya aktiviti memandikan anak ini dijalankan selepas aktiviti pembersihan palong.
Di mana semasa air kotoran yang dibuang dari palong tinggal sedikit, maka air tawar akan
dimasukkan dengan segera ke dalam palong sehingga ¼ daripada isipadu palong. Seterusnya
anak ikan tersebut akan dibiarkan berada dalam air tawar tersebut sepenuhnya selama
beberapa minit sebelum air masin yang bersih dimasukkan semula ke dalam palong ikan.
Proses ini secara tidak langsung boleh menyahkan parasit, kuman atau sebagainya yang
melekat pada ikan dan seterusnya dapat mengelakan ikan daripada terkena sebarang penyakit
yang tidak dingini. Formalin juga boleh digunakan semasa proses ini dijalankan sekiranya
terdapat tanda-tanda jangkitan yang serius pada ikan dengan sukatan yang tertentu.

Page 24
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar:Contoh ikan yang berpenyakit

Gambar: Ikan yang direndam di dalam air tawar semasa proses rawatan ikan.

Untuk memastikan ikan-ikan di sini selamat dari serangan penyakit, palong-palong


akan dibersihkan setiap hari. Palong ikan perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sekali setiap
hari mengikut keperluan bagi memastikan air ikan di dalam palong berada dalam keadaan
bersih dan sesuai untuk tumbesaran anak ikan. Sisa makanan ikan yang melekat pada palong
boleh menyebabkan palong ikan berlumut dan airnya menjadi kotor dan tercemar. Alatan
yang biasa digunakan untuk membersihkan palong ialah berus sabut dan berus tandas.
Manakala salur getah pula digunakan untuk mengeluarkan air kotoran di dalam palong.

Gambar: Kerja-kerja membersihkan palong ikan

Page 25
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Gambar: Pusat Asuhan Ikan

Semasa dalam proses asuhan, ikan-ikan diberi makanan pallet dan juga plankton. Untuk
tujuan itu, Pusat asuhan ikan di Gelang Patah ini memelihara ikan talapia untuk tujuan
membekalkan sumber makanan plankton kepada benih-benih ikan tersebut.Selain itu juga,
ikan-ikan diberikan makanan pallet yang telah diproses terlebih dahulu.

Gambar: Tangki ternakan ikan tilapia sebagai sumber plankton benih ikan

Gambar: Pallet yang diproses di dalam alat khas

C. PENGGREDAN IKAN

Pengredan ikan dilakukan setiap tiga hingga tujuh hari. Ikan-ikan tersebut akan
diasingkan mengikut saiznya. Menggred anak ikan adalah salah satu aktiviti atau tugas yang
sangat penting dalam pengurusan menternak ikan akuakultur menggunakan kaedah palong ini.
Tujuan utama anak ikan ini digredkan adalah untuk memastikan anak-anak ikan yang
diternak berada dalam kumpulan yang sama atau hampir sama dari segi saiz ikan tersebut.

Page 26
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Kelewatan aktiviti menggred ini boleh menjadi salah satu punca yang menyebabkan banyak
anak ikan mati akibat ia makan sesama sendiri. Hal ini berlaku di mana ikan yang bersaiz
besar akan memakan ikan yang lebih kecil dalam palong yang sama apabila kita lewat
memberi makanan kepada anak-anak ikan tersebut. Selain itu, tujuan lain anak-anak ikan ini
digredkan adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan aktiviti pemasaran apabila anak-
anak ikan tersebut telah mencapai saiz tertentu yang dikehendaki oleh pembeli. Biasanya
anak ikan akan digredkan mengikut saiz-saiz tertentu bergantung kepada saiz anak ikan
keseluruhannya pada ketika itu yang boleh diasingkan mengikut kumpulan yang sama dan
sesuai seperti ½ inci, 1 inci, 2 inci, 4 inci dan sebagainya. Penapis / besen menggred yang
mempunyai lubang-lubang dan saiz tertentu akan digunakan bagi memudahkan proses
menggred ini dijalankan.

Aktiviti menggred anak ikan mengunakan penapis penggred

Bekas / Besen penggred jenis plastik

Ikan-ikan dipalong-palong asuhan yang telah mencapai saiz 4 inci akan


dikeluarkan daripada palong asuhan sama ada untuk dijual kepada pembeli-pembeli atau
ikan-ikan tersebut terus dibela di kolam-kolam yang terdapat di pusat asuhan ini.Sekiranya
ikan-ikan tersebut terus dibela, prosedur yang hampir sama juga dilakukan ke atas ikan-ikan
tersebut supaya ikan dapat membesar dengan sihat dan seterusnya membolehkan ikan
tersebut dijual kelak.

Gambar: Ikan-ikan yang terus dibela di dalam kolam

Page 27
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

PENUTUP

Bermula dari tempat asuhan anak ikan siakap kami telah diberi keterangan serba
sedikit tentang pengurusan benih ikan siakap yang diterima dari pihak pembekal di kelong –
kelong yang disediakan khas sebagai tempat asuhan benih ikan sehingga mencapai saiz 4 inci.
Kami juga di beri taklimat oleh pegawai yang bertugas tentang operasi pengendalian ikan
yang mati ketika proses asuhan. Anak-anak ikan yang mati ini disebabkan oleh keadaan ikan
yang tidak dapat menyesuaikan dirinya ketika dipindahkan dari tempat pembiakan daripada
pembekal ke dalam kelong asuhan benih ikan. Ini kerana pihak biotech tidak tahu hal sebenar
tentang benih ikan yang diterima kerana terdapat benih ikan siakap yang bercampur dengan
pelbagai penternak yang menghasilkan dengan pelbagai cara pembiakan benih ikan siakap
daripada induknya.

Namun begitu, penjagaan rapai serta rawatan ke atas ikan sentiasa dilakukan. Air di
dalam kelong akan di tukar semingu sekali selama lebih kurang 1 bulan bagi mengekalkan
kebersihan air serta kesihatan ikan dijamin dari jangkitan kulat. Kebersihan air dijaga bukan
sahaja ketika ikan diasuh malah sehingga ikan siakap sedia untuk dituai.

Pemakanan ikan ini juga dijaga dan mengikut jadual pemakanan yang teratur bagi
tumbesaran yang sihat dan berkualiti. Makanan ikan siakap ini terdiri dari pallet yang
mengandungi karbohidrat dan protein untuk membesar dan sedikit vitamin untuk kesihatan.
Ikan yang mengalami jangkitan kulat serta sakit akan diasingkan.

Lawatan Biotech di gelang patah ini telah membawa banyak manfaat kepada kami
sekumpulan. Haraplah pihak berkenaan dapat terus-menerus menjalankan penyelidikan agar
ikan siakap ini dapat dipelihara dengan secara besar-besaran dan dapat dijual ke luar Negara.

Page 28
Laporan Lawatan Biotech di Gelang Patah

Bibliografi

1. Anon (1995), Sistem Ternakan Ikan Dalam Tangki Gentian Kaca (Fibreglass),
Risalah Perikanan Bil-61, Jababatan Perikanan Malaysia, Kuala Lumpur.

2. Dr.Yahya Buntat (2009), Prinsip Pengeluaran Ternakan, Fakulti Pendidikan,


Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

3. Eko Budi Kuncoro (2004), Akuarium Laut, Penerbit Karnisius, Yogyakarta.

4. M.Ghufran H. Kordik (2010), Panduan Lengkap Memelihara Ikan Air Tawar Di


Kolam Terpal, Lily Publisher, Yogyakarta.

5. M.Ghufran H. Kordik (2010), Budi Daya Ikan, Lily Publisher, Yogyakarta.

6. http://roporsuck.blogspot.com/2011/12/penggunaan-teknologi-moden-dalam-
bidang.html

7. http://www.arc.com.my/info/pki.html

8. http://coretan-csc.blogspot.com/2011/03/penternakan-ikan-air-tawar.html

9. http://tilapia-cichild.blogspot.com/2008/11/tilapia-tilapiine-cichlid.html

Page 29

Anda mungkin juga menyukai