Anda di halaman 1dari 7

Ternakan ikan tilapia penternakan ikan tilapia

September 17, 2011 | Afiffuddin0

PENGENALAN TENTANG IKAN TILAPIA Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).Antara genus ikan tilapia adalah:

Alcolapia Danakilia Iranocichla Oreochromis Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus) Tilapia Merah (Oreochromis niloticus) Tilapia Biru (Oreochromis aureus) Sarotherodon Steatocranus

Stomatepia Tilapia

Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Mossambi Keluarga (Family) : CICHLIDAE Nama Saintifik (Scientific Name) : Tilapia mossambics (Peters) Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm Nama Lain (Other Names) : Mossambi Tilapia Nama Indonesia (Indonesian Name) : Ikan Moedjair Nama Cina (Chinese Name) C : Fei Chow Yee

Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Nile Keluarga (Family) : CICHLIDAE

Nama Saintifik (Scientific Name) : Tilapia nilotica (Linn.) Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm Nama Lain (Other Names) : Nile Tilapia

Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Kacukan (jantan) Keluarga (Family) : CICHLIDAE Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm Nama Lain (Other Names) : Tilapia Hybrid (male)

Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Kacukan (betina) Keluarga (Family) : CICHLIDAE Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm Nama Lain (Other Names) : Tilapia Hybrid (female)

MENGAPAKAH IKAN TILAPIA POPULAR

i. Mempunyai pasaran ii. Tumbesaran yang cepat iii. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran iv. Tulang yang sedikit v. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran vi. Tahan kepada perubahan persekitaran vii. Tempoh ternakan yang singkat viii. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada ix. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk

HARGA TERKINI IKAN TILAPIA. Untuk pengetahian anda, harga terkini/pasaran dengan harga tawaran berbeza. Selalunya harga tawaran lebih rendah daripada harga terkini. Selain itu harga juga bergantung pada saiz ikan, lokasi tempat (ikut negeri) dan cara penternakan (teknologi Taiwan). Daripada survey aku baru-baru ini, aku dapati harga terbaru (update) ikan tilapia ialah RM5.50 per kg di mana saiz ikan adalah 700gm 1kg seekor, manakala di Seremban harga tilapia merah RM8-10/kg. Sekiranya anda mempunyai harga ikan talapia yang lebih terkini di lokasi tempat anda sila masukkan di ruangan komen. Nanti aku update semula di dalam artikel ini. TEKNIKAL PENTERNAKAN IKAN TILAPIA Pemilihan Tapak Tapak serta lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan

tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameterparameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah : i. Suhu air 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C ) ii. pH air 6-8 iii. Oksigen terlarut lebih dari 2.5 ppm iv. Karbon dioksida kurang dari 2.5 ppm v. Ammonia kurang dari 1.0 ppm vi. Kemasinan 0-20 ppt Kedalaman air antara 3 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat. Rekabentuk dan Pembinaan Sangkar Ikan Tilapia Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap array. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos. Pengurusan Anak Ikan Tilapia Merah Dalam penternakan ikan tilapia. Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna dapat mengurangkan kos pengeluaran serta memendekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Biasanya, anak ikan tilapia yang berumur dalam lingkungan 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor akan dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat 3 peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah

yang perlu diberi perhatian iaitu peringkat pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz. Pengasuhan Anak Ikan Tilapia Merah Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan haba. Kadar Pelepasan Benih Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (5070 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor . Kadar Pemberian Makanan Ikan Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar. Penuaian Hasil Ikan Tilapia Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400

kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress). Pemasaran Ikan Tilapia Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram. Ok, demikian maklumat tentang penternakan ikan tilapia yang sempat aku kongsikan melalui artikel aku ini. Aku ulangi, sekiranya anda mempunyai maklumat tambahan berkaitan dengan penternakan ikan tilapia, mohon kongsikan maklumat terkini anda melalui ruangan komen yang telah disediakan di bawah. Sekian

Anda mungkin juga menyukai