Anda di halaman 1dari 23

KERTAS KERJA

PENTERNAKAN KAMBING SECARA SEPARA INSENTIF DAN MEMASARKAN HASIL


TERNAKAN SERTA PENGGUNAAN MESIN PEMPROSESAN RUMPUT

PENGENALAN
Permintaan manusia kini ke atas daging kambing semakin meluas di negara kita,
Malaysia. Apa yang pasti ialah industri pengeluaran daging kambing ini dapat
memenuhi keperluan manusia yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Permintaan ke atas prospek industri kambing ini adalah amat cerah memandangkan
permintaan yang semakin meningkat dan minat kami untuk menceburi bidang ini juga
begitu tinggi. Kami telah berusaha untuk mengembangkan lagi ternakan dengan
menjaga serta mengkaji dengan lebih mendalam cara-cara untuk menjaga dan
membesarkan anak kambing ini sehingga kambing ini cukup dewasa untuk dipasarkan.
Dalam Rancangan Malaysia yang ke-9 iaitu RMK 9, telah dijelaskan dengan teliti
mengenai bidang pertanian yang juga merupakan satu sumber penting kepada
pengeluaran negara kita, Malaysia. Bidang pertanian ini juga melibatkan bidang
penternakan yang mana kerajaan amat mengalakkan rakyatnya menceburi bidang
penternakan dengan disediakan pelbagai insentif, subsidi serta sokongan prasarana
untuk mengembangkan hasil penternakan. Hasil ini juga merupakan salah satu
sumbangan rakyat untuk memenuhi aspirasi serta matlamat negara kita, Malaysia.

BIODATA PENTERNAK
Nama Pemohon

: Tang Lay Kee (630307-13-5003)

No Tel

: 019-8942321

Bidang Usaha Yang Dipohon : Penternakan


Jenis Permohonan

: Bahan Mentah Penternakan Kambing dan Mesin


Pemprosesan Rumput Makanan Kambing

Lokasi Projek

: Km 3, Jalan Repok, 96100 Sarikei.

Status/Saiz Projek

: Permulaan = 7 ekor
(6 ekor kambing betina dan 1 ekor kambing jantan)

: Kini

= 9 ekor

(4 ekor kambing betina dan 12 ekor kambing jantan)

Produk

: Pengusahaan ternakan kambing dan


memasarkan hasil pengeluaran ternakan
kambing

Peluang

: Kami mempunyai tanah yang luas serta


berpotensi untuk dikembangkan dan juga bebas
dari persaingan dan kemudahan untuk
menternak kambing.

Pemasaran

: Sehingga kini, kami belum lagi menjual


sebarang ternakan kami memandangkan
bilangan kambing kami masih tidak mencukupi.

Perancangan

: Bilangan kambing yang sedia ada pada masa


kini ialah sebanyak 9 ekor dan kami ingin
mengembangkannya menjadi lebih banyak
untuk tujuan pemasaran pada masa akan datang.
Usaha dan perancangan kami diharapkan akan
membuahkan hasil serta menyahut seruan
kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-9 juga.
Selain itu, kami memerlukan kandang kambing dan
juga mesin untuk memotong rumput makanan
kambing

untuk

memudahkan

lagi

proses

pengeluaran kambing di masa akan datang.


Masa Depan

: Daripada pengetahuan serta maklumat yang


kami perolehi, kami dapati juga masa depan
untuk memajukan projek penternakan kambing
ini amat baik. Kami amat memerlukan bantuan

serta kemudahan skim yang ditawarkan oleh


Jabatan Pertanian, agensi-agensi kerajaan dan
juga institusi-institusi kerajaan untuk
menambahbaikan kandang kambing kami yang
selalu banjir terutamanya selepas hujan yang
lebat.
Anggaran Kos Projek

: RM 30,000.00

Sebanyak 9 ekor akan kami jaga dan cuba untuk mengembangkan bilangannya.
Kami berjaya menternak bermula dari 2 ekor sahaja sejak 2 tahun yang lepas dan kini
kami berjaya menternak sebanyak 9 ekor. Kami memerlukan bantuan serta subsidi
daripada kerajaan memandangkan kami juga menghadapi masalah kewangan untuk
meneruskan projek ini. apa yang paling penting ialah permohonan kami untuk
mendapatkan bahan-bahan mentah seperti kayu dan juga mesin untuk tujuan
pemprosesan rumput untuk dijadikan makanan kambing.

TUJUAN KERTAS KERJA

Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk perkara-perkara berikut :Membuat permohonan skim sebanyak RM 30,000.00 bagi memulakan projek untuk
menternak kambing.
Tujuan Pembiayaan ialah :(i)

Pembelian makanan kambing selain makanan rumput liar setiap hari.

(ii)

Pembaikan pagar kambing yang telah reput dan memerlukan pembaikpulihan.

(iii) Penanaman rumput di persekitaraan kawasan kandang sebagai makanan kambing


secara tetap tanpa perlu bergantung kepada rumput-rumput dijalanan.
(iv) Pembinaan semula kandang kambing yang telah rosak dan reput. (dibina oleh
arwah suami beberapa tahun yang lepas)
(v) Pembaikpulihan atap kandang yang telah rosak setelah digunakan selama
bertahun-tahun.

Kegunaan Tanah adalah :(i)

Pengeluaran baja organik daripada tahi kambing.

(ii) Menjalankan projek sampingan berkaitan dengan industri ternakan seperti


pembiakan baka kambing dan juga pengeluaran daging kambing.

KEDUDUKAN PROJEK
Keluasan Tapak :- 3 ha

Pemilihan Tapak :- Projek ini telah didirikan di batu 3, Jalan Repok, 96100 Sarikei.
Kawasan persekitaraan adalah sangat luas dan juga amat sesuai untuk mendirikan
kandang kambing serta untuk tujuan pemasaran di masa akan datang. Kawasan ini
sudah sedia ada jalan raya yang berturapkan simen/tar dan kawasan persekitaraan
sudahpun dipagari.

OBJEKTIF PROJEK
Objektif utama kami menjalankan projek ini ialah untuk mengeluarkan kambing bagi
tujuan pasaran tempatan dalam keadaan yang bersih serta terkawal daripada sebarang
penyakit. Kami juga ingin menghasilkan ternakan kambing yang baik serta secara
terancang.
(i) Anak-anak kambing jantan yang muda akan kami jual sebagai pembiakan pejantan
dan tidak dipilih sebagai pedaging.
(ii) Manakala, kambing tua pula akan kami jual sebagai kambing pedaging.
(iii) Kambing dara pula akan dijadian gentian induk dan akan dijual sebagai baka.
(iv) Mewujudkan peluang pekerjaan.
(v) Kajian dan prestasi ternakan akan dibuat dari masa ke semasa dengan kerjasama
daripada Jabatan Pertanian (Veterinar).

SUMBER INPUT LADANG


Ladang ini akan memperolehi sumber makanan dari kawasan sekitar Negeri Sarawak.

Hampas Kelapa Sawit (PKC)


Pembekal yang dikenalpasti ialah seperti :(i) Agriculture Good Training, Bintangor.
(ii) Kilang sawit di sekitar Saratok dan Lubok Antu.
-

Syarikat-syarikat yang dinyatakan di atas telah dikenalpasti dapat membekalkan


kuantiti yang diperlukan untuk menampung keperluan makanan kambing
ternakan.

Khidmat nasihat dan perkhidmatan veterinar


Dari semasa ke semasa, pengurus projek akan mendapat khidmat nasihat dari Jabatan
Pertanian Bahagian Sarikei dan juga Ibu Pejabat Pertanian Negeri Sarawak.
(i) Khidmat nasihat dan bimbingan
(ii) Perkhidmatan rawatan dan kesihatan ternakan
(iii) Khidmat nasihat pemakanan
(iv) Khidmat kawalan mutu ternakan kambing
(v) Pemasaran ternakan kambing
Kawalan mutu ternakan kambing

(i) Kami akan memastikan kawalan mutu ternakan kambing ini dibantu oleh Bahagian
Veterinar Bahagian Sarikei dari masa ke semasa.
(ii) Manakala, bagi ternakan kambing yang tidak menepati piawaian akan disingkirkan.
Ini adalah untuk memastikan kualiti ternakan dan daging kambing yang dikeluarkan
berkualiti sepanjang masa.

Rancangan Operasi Sistem Pemeliharaan Ternakan


(i) Aspek pemakanan, kesihatan dan juga keadaan fizikal ternakan kambing perlu
diambilkira bagi memastikan pengeluaran ditahap yang maksima.
(ii) Jadual akan dibuat dan ini penting sebagai peringatan untuk pemberian makanan
kambing serta program kesihatan ternakan diambilkira.
(iii) Memastikan kawasan persekitaraan kandang kambing diambilkira untuk
mengurangkan masalah penyakit ternakan di masa akan datang.
(iv) Sewaktu ternakan kambing ini dilepaskan untuk meragut rumput, aktiviti-aktiviti
berikut boleh dijalankan :-

Pembersihan dan pencucian kandang ternakan dari punca air sungai


berdekatan.

Pengisian makanan tambahan dalam palung makanan.

Memastikan jumlah makanan tambahan ini adalah bergantung kepada saiz


kambing.

Kambing Bunting Berat (4-5 bulan)


(i)

Kambing bunting ini akan dibina tempat-tempat khas (berasingan).

(ii) Bagi kambing bunting yang menunjukkan tanda-tanda hendak melahirkan anak,
akan diasingkan dan dimasukkan ke dalam kandang khas sehingga melahirkan
anak.
(iii) Rumput segar dan juga konsentrat akan dimasukkan ke dalam palung makanan
kambing bunting ini setiap hari.

Anak Kambing
(i)

Anak-anak kambing yang baru dilahirkan akan dibiarkan bersama dengan ibu
kambing selama 8-12 jam untuk tujuan penyusuan kolostrum.

(ii) Anak-anak kambing yang tealah mendapat kolostrum ini akan diasingkan ke dalam
petak-petak tertentu.
(iii) Selepas 3 bulan, anak-anak kambing ini akan menjalani proses cerai susu dengan
membiarkan mereka meragut rumput di dalam cedok.

Kambing Dara
(i) Kambing-kambing dara ini akan dibiarkan meragut di dalam pedok.
(ii) Kambing-kambing ini akan diperiksan dari masa ke semasa untuk tujuan pemberian
makanan tambahan, pemeriksaan dan juga rawatan.
(iii) Dilepaskan semula ke dalam pedok selepas pengambilan makanan tambahan iaitu

konsentrat.

Operasi Harian Ternakan


Ternakan kambing akan dilepaskan untuk meragut di dalam pedok dan dibawa baik ke
kandang lagi bagi tujuan pemberian konsentrat, pembiakan dan juga rawatan.
Pemberian konsentrat ini adalah bergantung kepada tahap pengeluaran ternakan
kambing dan akan diberikan sebanyak 2 kali dalam 1 hari.
-

Anak-anak kambing dibirakan selama 3 bulan bersama dengan ibu kambing.

Selepas 3 bulan (cerai susu) hingga matang akan dilepaskan ke pedok untuk
tujuan ragutan pula.

Proses pembiakan akan dilakukan secara tabii.

Pihak pengurusan pula akan memastikan tahap pengurusan kekal pada tahap
optima dengan mengikut program kesihatan, mengawasi rekod kelahiran,
kematian, penyelarasn berat badan, pengambilan makanan, fertiliti dan juga halhal lain yang ada kaitan dengan prestasi ternakan.

Program pemulihan dengan lebih teliti dan secara sistematik bagi memastikan
hanya ternakan bermut sahaja akan terus diperlihara.

Bangunan Untuk Ternakan


-

Kandang kambing perlulah sentiasa sejuk dan selesa. Oleh itu, jenis dan bahan
yang digunakan untuk membina bumbung perlulah sesuai.

Pembinaan kandang ini juga perlulah mengambilkira ruang yang diperlukan iaitu
sekiranya jentera digunakandi dalam aktiviti pembersihan kandang.

Bangsal teduhan pula mestilah dibina dalam petak ragutan. Bagi memudahkan
pengurusan dan penjimatan kos, satu bangsal teduhan akan dibina di bahagian

tengah bagi 4 ataupun 3 petak ragutan. Bangsal teduhan ternakan juga


disediakan alat penangkap kilat.

Kandang
(i) Kandang
-

Kandang yang sesuai dibina dan dibahagikan kepada beberapa bahagian utama
seperti petak beranak, petak anak, petak sakit dan lain-lain.

(ii) Stor
-

Stor akan dibina untuk menyimpan makanan kambing, barang-barang am dan


juga peralatan lading.

(iii) Control Yard, Loading Ramp dab Travis


-

akan disediakan untuk anak-anak kambing yang bersaix kecil dimana jarak
antara palang / palang railing lebih kecil akan disesuaikan mengikut saiz.

(iv) Spraying Race


-

Penyahkutu akan disediakan iaitu ianya akan bersebelahan dan menyambung


dengan Control Yard.

(v) Bangsal Teduhan


-

Di dalam bangsal teduhan akan disediakan bekas minuman ternakan dan juga
palung makanan. Ini perlu disesuaikan dengan mengikut keperluan anak-anak
kambing yang masih lagi bersaiz kecil.

Pastura
Pembangunan pasture
Napier dan rumput kuda (guinea) akan ditanam di persekitaraan kandang kambing. Ini
akan dibahagikan di mana 80% akan ditanam dengan ramput ragut dan 20% lagi pula
akan digunakan pula untuk menempatkan bangunan, kandang, stor, parit, kolam
kumbahan dan juga pagar kandang kambing.
(i) Rumput Napier --- 80%
(ii) Rumput Guinea -- 20%

Pagar
(i) Pagar Sempadan
-

pagar ini akan dibina dengan menggunakan pagar jenis cyclone.

(ii) Pagar Petak Ragutan


-

Semua ragar ragutan akan menggunakan pagar elektrik.

(iii) Pintu Pagar


-

Pintu tagar ragutan berukuran 10 kaki lebar dan juga 4.5 kaki tinggi dengan
menggunakan tiang paip G.1 bersaiz 3 inci.

(iv) Pintu Pagar Sempadan


-

Pintu pagar sempadan akan menggunakan pagar Cyclone dengan tiang paip G.1
bersaiz 3 inci. Pintu dibina sebanyak 3 unit iaitu pintu masuk utama, pintu masuk
ke stor dan juga pejabat dan pintu belakang kandang kambing.

Rancangan Pemasaran

Pemasaran adalah amat pentign dalam menjalankan projek ini. Terdapat

4 jenis

pemasaran yang akan dikeluarkan iaitu :i. Kambing singkiran untuk daging kambing.
ii. Kambing jantan sebagai fidlot
iii. Kambing dara untuk jualan baka
iv. Jualan tinja sebagai baja organik

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Dara (Baka)


-

Anak-anak kambing dara dijual kepada penternak kambing yang lain dengan
harga RM800/ekor. Terdapat beberapa penternak lain yang juga tinggal
berdekatan dengan kawasan tempat penternakan kami.

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Pejantan Muda (Baka)


-

Anak-anak kambing dara akan dijual kepada penternak kambing pula dengan
harga lebih kurang RM800/ekor.

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Singkiran


-

Kambign-kambing tua, bermasalah dan juga tidak produktif akan dijual terus
kepada pembeli. Kambing-kambing yang dijual khas untuk upacara-upacara
keagamaan akan dijual dengan harga RM15.00 hingga RM20.00 sekilo.

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Feeder Jantan Untuk Penggemokan


-

Anak-anak kambing jantan dijual kepada penternakan fidlot pada harga RM25/kg
dan juga dianggarkan ternakan akan dijual dengan berat 20kg dank e atas. Bagi
anak-anak kambing jantan yang disingkirkan akan diternakan secara fidlot dan
juga akan dijual pada berat 40-45 kg dengan harga antara RM25.00.

Strategi Rancangan Pemasaran Baja Organik


-

Najis ternakan akan dikumpulkan dan diolah menjadi baja kompos dan
kemudiannya akan dijual sebagai baja organik dengan kadar harga RM1.50/kg.

Pengangkutan Ternakan
-

Pembeli akan membeli terus dan mengangkut terus dari lading ternakan.

Rancangan Kewangan

Kos Perlaksanaan
Dianggarkan kos perlaksanaan sebanyak RM63,382 perbelanjaan ini terdiri daripada
perbelanjaan modal iaitu penyediaan prasarana dan pembelian jentera serta
perbelanjaan pusingan. Pecahan adalah seperti berikut :A.
Perbelanjaan Aset Tetap

Kos (RM)

Prasarana

Tahun 0

1. Penyediaan Tanah

500

2. Tanaman Rumput

500

Tahun 1

3. Jantan (RM600/ekor)

1200

4. Betina (RM400/ekor)

1600

5. Kandang dan Stor

10000

6. Pagar Keliling

5000

7. Jalan dan Parit

750

8. Bekalan air dan elektrik

Sedia ada

9. Control Yard

500

10. Tangki Air dan Perparitan

1000
Jumlah

36450

B.
Perbelanjaan Aset Tetap

Kos (RM)

Jentera

Kos 0

1. Atap Zink kandang

5000

2. Penyambungan Kandang (Bahan Mentah)

3000

3. Pagar Kandang Kambing

2000
Jumlah

10000

Jumlah Kos Aset Tetap (A+B)

46450

Kos 1

Kos (RM)

Parameter

Kos (RM)

42x12bulanx

RM2041

Kos Kendalian Induk & Anak Setahun


1. Kos makanan belanja
2. Kos rumput 3 sen/kg untuk induk (4.5kg/hari)

3 senx135kg
3. kos rumput 3 sen/kg untuk anak (2.5kg/hari)

27x12bulanx

RM729

3 senx75kg
4. Garam & Vitamin

69XRM2x12bulan

RM1656

5. Ubatan

69XRM2x12bulan

RM1656

6. Utiliti & bahan api

RM850

7. Baja & Racun

RM3000

8. Belanja Pengurusan

RM1000

9. Pelbagai

RM500

Jumlah kos tetap dan kos kendalian Tahun 0 dan Tahun 1 adalah sebanyak RM 50000

Penutup
Berdasarkan kepada dasar baru kerajaan dalam DPN3 yang mahu menjadikan
bidang pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi negara, prospek penternakan
khususnya industri kambing mempunyai masa depan yang amat cerah.
Kemudahan dari segi geran dan bantuan kerajaan dari semasa ke semasa juga
merupakan salah satu faktor pemangkin kepada perkembangan industri. Selain itu,
kurangnya persaingan dan risiko yang rendah juga boleh mempercepatkan lagi
kemajuan industry kambing di Sarawak.

Harga daging kambing segar terjamin stabil kerana permintaan yang tinggi dan
juga sentiasa meningkat. Harga yang stabil ini dapat mengimbangi kenaikan kos
pengeluaran ternakan kambing. Selain juga, peningkatan pupolasi manusia dari
semakin hari serta kenaikan pendapatan rakyat juga akan menyebabkan permintaan
kepada daging segar juga meningkat dari semasa ke semasa.
Sekiranya pemasaran dan penjualan daging kambing dibuat dengan teratur dan
sistematik, kami percaya projek yang dilaksanakan ini akan berjaya serta memberikan
pulangan yang amat lumayan kepada kami juga.

Lampiran
Gambar-Gambar
Kandang Kambing dan
Juga Kambing Ternakan
2011

Kandang Kambing (Pandangan Depan)

Palung Tempat Makanan Kambing

Tempat Kambing Mengambil Makanan dan Juga Garam Masin

Anak-Anak Kambing Yang Baru Dilahirkan Baru-Baru Ini

Keadaan Pagar Yang Telah Rosak Dan Perlu Diperbaiki

Pintu Utama Yang Belum Diperbaiki

Anda mungkin juga menyukai