Anda di halaman 1dari 4

Minit Mesyuarat AJK 3K SK Sarikei Bil 2/2017

Tarikh : 14 March 2017

Hari : Selasa

Masa : 2.00- 3.00 ptg

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Sarikei.

Kehadiran :Puan Sia Ting Ming


Puan Kamariah Binti Sarudin
Puan Dayang Yasminzal
Puan Nur Bibyana Abdullah
Puan Patricia Emmy
Encik Amirmirza Darwisy
Puan Salina Binti Baram
Puan Latifah Binti Tahir

Agenda :
1. Kata kata aluan:
1.1 Puan Latifah ,PK HEM telah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana
hadir ke mesyuarat Program Kebersihan Tandas dan Kelas kali pertama
dengannya. Beliau memohon kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan
program ini. Program ini juga wajib dilaksanakan disekolah seperti Garis panduan
yang di arahkan oleh KPM.
1.2. Mesyuarat ini adalah untuk berbincang rancangan-rancangan yang telah dirancang
oleh AJK Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan serta panitia-panitia dan Kelab-
kelab yang terlibat sempena minggu kebersihan ini. Mesyuarat ini melibatkan
banyak unit dan kelab yang berkaitan dengan program kebersihan yang akan kita
adakan . Mesyuarat juga bertujuan menyelaras program yang dirancangkan
supaya kita dapat mengadakan program yang di sepadukan untuk menjimatkan
kos.
1.3 Tarikh yang ditetapkan adalah dari 9 hb April 2017 13 April 2017.
1.4 Nama Kempen 3K ini ialah : 3 K: kebersihan, keselamatan dan kesihatan
adalah tanggungjawab kita bersama.

2. Aktiviti Program Minggu 3 K


2.1. Pada 9 April 2017 ( Isnin )akan diadakan Pelancaran minggu 3 K
ditapak perhimpunan yang akan dilancarkan oleh guru besar. Urusetia diminta
menyedikan buku program dan banner perasmian ditapak pelancaran Minggu
kesedaran 3K
Tindakan : Ketua Penyelaras 3K dan Panitia Sivik

2.2. Pada 10 April 2017 ( Selasa ) akan diadakan Pameran dan ceramah berkaitan
dengan alam sekitar .
Tindakan : Cikgu Sia Ting Ming

2.3 Pada 11 April 2017 (rabu) : Pameran dan ceramah oleh LPPKN dan Keselamatan
Trafik .Ceramah dan pertandingan kelas tercantik dijalankan.

Tindakan : AJK Kebersihan

2.6. Pada 16 April ( Isnin) akan diadakan penyampaian hadiah dan cenderahati
kepada Jawatankuasa terlibat semasa perhimpunan pagi
Tindakan : Urusetia 3K
3. Pertandingan Kebersihan antara kelas

3.1 Aktivitiaktiviti yang melibatkan pertandingan kebesihan kelas akan bermula


selepas perlancaran minggu 3 K. Pertandingan ini adalah sepanjang 2017 dan Pn
Sia Ting Ming selaku ketua untuk mengumumkan pemenang kelas terbersih dan
terbaik setiap 3 bulan sekali. Sila maklumkan kepada guru besar juga semasa
pelancaran minggu 3 K itu juga dilancarkan pertandingan kebersihan antara kelas.
Pn. Sia Ting Ming sebagai Guru Penyelaras aktiviti ini akan berjumpa Ketua
Kelas dan Penolong Ketua Kelas untuk menerangkan program ini secara
berasingan.

3.2 Format pertandingan tahun ini berlainan sedikit kerana ia tidak akan
di adakan pada setiap bulan seperti biasa tetapi di adakan 3 bulan sekali penilaian
Persediaan 1 bulan dan penilaian 1 bualan. Hadiah berupa wang ringgit akan
disampaikan Johan RM 150.00 Naib Johan RM 100.00 dan Ketiga RM50.00
.Kelas yang tercorot akan dikenakan kerja social seperti kutip sampah

Tindakan: Guru Kelas.

3.2 Semua guru-guru yang terlibat mesti mengemukakan kertas kerja yang ringkas
dan juga mendapatkan sumbangan supaya aktiviti mereka berjaya.

3.3. Mesyuarat bersetuju bayaran ceramah RM100.00 dan ada hadiah iringan
.Jawatankuasa juga diminta menyedikan hadiah iringan yang lebih untuk tetamu
jemputan yang datang

Tindakan :Urusetia Program 3K


Mesyuarat ditangguhkan pada 3.15 ptg

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(Pn. Sia Ting Ming) (Pn. Latifah Binti Tahir )


Ketua penyelaras 3K P.K. HEM
SK Sarikei, Sarikei SK Sarikei, Sarikei

Anda mungkin juga menyukai