Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN CERAMAH KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA

ANJURAN

SK SARIKEI DENGAN JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Pada 16 Januari 2018, pukul 8.00 am hingga 12.00 tgh, pihak sekolah bersama dengan
Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah mengadakan satu ceramah yang bertajuk
‘Kempen Keselamatan Jalan Raya. Ceramah tersebut diadakan di Dewan sekolah dan
penceramah yang memberi ceramah tersebut adalah Puan Julia Tan yang merupakan
guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini. Ceramah tersebut merupakan satu inisiatif
untuk memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai apa
yang perlu dan langkah yang patut dibuat bagi mengelakkan sebarang kemalangan
semasa di jalan raya terutama semasa muri-murid datang dan balik ke rumah dari
sekolah.

Ceramah ini melibatkan warga SKS yang terdiri daripada guru besar dan smeua
guru serta staf sokongan sekolah. Pelbagai input baharu yang dapat diperoleh dari
ceramah tersebut dan semestinya amat bermanfaat bagi seorang guru dan juga murid-
murid. Antara aktiviti yang dilakukan ialah contoh masalah-masalah yang seringkali
menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya, pengetahuan mengenai jumlah
kemalangan yang berlaku dalam satu hari, langkah yang perlu diambil untuk mencegah
apa-apa kemalangan di jalan raya, serta sesi soal jawab antara murid-murid dengan
penceramah.

Disediakan oleh,
Julia Tan Siew Luan
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Sarikei,
Sarikei.
LAMPIRAN

Penceramah sedang memberikan penerangan mengenai peraturan-peraturan jalanraya.

Penceramah memberikan ceramahnya yang bertajuk “ keselamatan jalan raya”

Anda mungkin juga menyukai