Anda di halaman 1dari 1

Hari Keusahawanan

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2 telah mengadakan Hari


Keusahawanan sekolah pada 16 Jun 2021 iaitu pada hari Ahad yang lepas.Tujuan
Hari Keusahawanan ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengalaman
mengurus gerai kepada pelajar di samping dapat menyemai sikap berdikari dan
semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Tepat pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri daripada kalangan
pelajar sibuk menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah
disediakan manakala pelajar yang tidak terlibat perlu berada di kelas masing-
masing bagi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa sehingga tiba waktu
rehat. Para peserta kelihatan bersemangat ketika menyediakan barang-barang
jualan di gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual
seperti pelbagai jenis makanan dan minuman berserta buku.

Makanan dan minuman terdiri daripada aneka mi, pelbagai jenis kek, nasi
ayam, laksa, air kisar pelbagai perisa dan banyak lagi. Semasa waktu rehat,saya
dapati pelajar yang bertugas di gerai sibuk mempromosikan barang jualan
masing-masing supaya pengunjung bertumpu di gerainya. Gerai yang menjual
makanan menjadi tumpuan pelajar manakala gerai yang menjual pakaian,
tudung dan aksesori wanita agak lengang.

Waktu rehat yang agak panjang membolehkan saya meronda kesemua


gerai yang ada dan melihat gelagat pelajar-pelajar yang lain.Saya juga
berkesempatan untuk merasai pengalaman ngeri setelah masuk ke Rumah Hantu
kelolaan Kelab Kebudayaan. Saya sangat kagum dengan kesungguhan pelajar
dan guru yang terlibat kerana berjaya merealisasikan Rumah Hantu yang ngeri
dan menakutkan.

Sepanjang saya berada di dalam Rumah Hantu,bulu roma saya sentiasa


meremang kerana suasananya sangat menakutkan.Pelajar-pelajar perempuan
yang lain tidak hent-henti menjerit kerana ketakutan namun,saya cuba untuk
mengawal diri dengan bertenang.

Pada pukul 3.00 petang, acara Hari Keusahawanan sampai ke


penghujungnya. Sebelum itu, banyak gerai mengadakan jualan penghabisan
stok sebelum menutup gerai masing-masing. Banyak pengunjung berpusu-pusu
untuk membeli makanan dan minuman dengan harga yang murah.Saya sangat
gembira dapat membantu pihak sekolah menjayakan Hari Keusahawanan.

Anda mungkin juga menyukai