Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN CERITA

Melancong ke Melaka Bandaraya Bersejarah


Pada musim cuti persekolahan yang lalu, Adila dan keluarganya telah melancong ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Mereka sekeluarga berasa sungguh teruja kerana inilah kali pertama mereka ke sana. Adila dan keluarganya bangun awal lalu bersiap-siap untuk melancong ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Mereka pergi ke sana dengan menaiki kereta yang dipandu oleh ayah Adila. Mereka sungguh gembira ketika dalam perjalanan ke sana. Mereka tiba di Melaka pada pukul 10.30 pagi. Setibanya di sana, ayah Adila terus membawa mereka ke Menara Taming Sari. Mereka telah berpeluang menaiki Menara Taming Sari. Mereka dapat melihat pemandangan bandar Melaka dari puncak Menara Taming Sari itu. Selepas itu, mereka melawat ke Kota A Famosa. Ayah Adila merakamkan gambar keluarganya di hadapan kota tinggalan Portugis itu sebagai kenang-kenangan. Adila sekeluarga juga tidak melepaskan peluang membaca sejarah tentang Kota A Famosa yang terdapat di situ. Kemudian, mereka membeli cenderamata di kedai cenderamata yang berdekatan dengan Kota A Famosa. Pelbagai jenis cenderamata boleh didapati di sini. Mereka membeli cenderamata seperti kemeja-T dan kraf tangan. Akhir sekali, Adila dan keluarganya berkelah di pantai Tanjung Bidara ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Adila berasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama-sama keluarganya.

Anda mungkin juga menyukai